Assalamualaikum & Hi all :)
# Our future is in hand of Allah, so put your trust in Allah and strive in d way of Allah & strive for your hereafter life :)
Love,
~ Nina Harith ~
BAB 9 : TERIMA AKU SEADANYA.
DI DAYCARE yang
menempatkan Rania Arissa
dan kanak-kanak lain
iaitu di bangunan bersebelahan
tadika Smart Kids Islamic
Preschool, kelihatan
Rania Arissa dan
kanak-kanak daycare
yang lain leka
bermain di satu
ruang yang dikhaskan
untuk mereka bersantai
dan bermain dengan
permainan yang disediakan
sambil menunggu di
ambil oleh ibubapa
masing-masing. Tidak jauh dari
ruang bermain dan
bersantai itu terdapat
juga playground section iaitu
ruang yang menempatkan
permainan gelongsor,jongkang jongkit
dan buaian.
Rania Arissa
dan Amanda, leka bermain
di satu sudut
yang tidak jauh
dari kanak-kanak lain
bermain. Terdapat juga dua
orang kanak-kanak perempuan
iaitu Awatif dan
Maisarah yang turut
bermain bersama dengan
mereka.
“Rania, kite nak masak
ayam gorenglah macam
mama kite masak. Sedap!”
Cadang Amanda
yang sibuk bermain
dengan perkakas masakan
mainan. Sesekali dia sibuk
menepuk-menepuk patung Barbie Rapunzel
miliknya yang di bawa dari
rumah, yang diribanya itu. Uikss!
Kecik-kecik dah
sibuk training
jadi mama. Sibuk belajar
masaklah segala sambil
jaga anak. Anak sapalah
ni wei!”
Ha’ah, ibu kite pun
masak ayam goreng, sedap!“
Sampuk Awatif.
“Yelah,
mama Maisarah pun
pandai masak. Dia masak
ayam goreng, sedap!”
Tambah Maisarah
pula.
Rania Arissa
hanya mendiamkan diri
bila kawan-kawannya sibuk
memuji mama masing-masing
pandai memasak. Sedangkan dia, mana
pernah merasa masakan
mommynya. Jumpa mommy pun
hanya sekali! Tengah mereka
sibuk bermain masak-masak, ibu Awatif
dan mama Maisarah
datang ke daycare untuk
menjemput mereka balik. Tinggallah hanya
Rania Arissa dan
Amanda meneruskan aktiviti
memasak di sudut
tersebut. Rakan-rakan yang lain
sibuk bermain permainan
lego dan bermain
di playground section.
“Amanda,
bak sini baby tu. Rania
tolong sikatkan rambut
dia, ye.”
“Okey, kita sikat
rambut baby
sama-sama, lepas sikatkan rambut
dia, kita tidurkan baby ni
okey!”
Cadang Amanda
sambil menghulurkan patung
Barbie Rapunzel
itu pada Rania
Arissa.”
Amboi,
si bestie
berdua ni
dah sibuk sikatkan
rambut dan nak
tidurkan babylah pulak!
“Rania, mama kite kan, dia
buatkan kite
susu lepas tu
dia tidurkan kite sambil
peluk kite. Tapi
kadang-kadang papa yang
tidurkan kite sambil peluk kite… he he he.”
Belum sempat
Rania Arissa membalas
kata-kata Amanda itu, kedengaran lembut
suara memanggil Amanda. Puan
Amirah iaitu mama
Amanda sudah berada
di pintu masuk
di ruang mereka
bermain. Amanda berpaling ke
arah suara tersebut
dan berlari-lari anak
ke arah mamanya. Gembira mamanya
sudah sampai untuk
menjemputnya balik.
Di sudut
sana, Rania Arissa mencemik
menahan sedih. Air mata
sudah bergenang di
kelopak mata bundarnya. Sudahlah dia
sentap bila kawan-kawan
sibuk bercerita tentang
mama masing-masing dan
kenapa pulak hari
ini daddynya lambat datang
menjemputnya? Selalunya, dia
yang balik awal
dari Amanda.
Kelihatan Amanda
kembali ke arah
Rania Arissa untuk
mengambil beg dan
patung Barbie Rapunzel miliknya
sebelum dia balik. Dan
dia perasan akan
wajah si bestienya itu cuba menahan
tangisnya.
“Rania,
kenapa awak sedih
ni? Daddy awak
lambat datang eh? Selalu
awak balik dulu
dari kite.”
Amanda sudah
mendekati dan memegang
tangan kawan baiknya
itu. Konon nak memujuklah
tu.
“Rania sedih
sebab daddy Rania lambat
datang jemput Rania. Entah-entah daddy lupa.”
Pecah juga
tangisan si comel
itu. Berjurai air matanya.
“Kenapa sayang
auntie Mira
ni menangis? Amanda buat
Rania ye?” Soal Puan
Amirah yang sedari
tadi perasan akan
sketsa dua sahabat
itu mara ke
arah dua kanak-kanak
comel tersebut. Lantas dia
memeluk Rania Arissa
yang tiba-tiba menitiskan
airmatanya. Kaget dia seketika, risau budak
berdua ni bergaduh
sampaikan Rania Arissa
ni menangis bagai.
“Mama, Rania ni nangis sebab daddy
dia lambat datanglah. Bukan kite yang
buat dialah, mama.”
Petah Amanda
berkata pada mamanya
sambil memuncungkan mulut
comelnya itu. Sentaplah tu!
“La yeker, daddy ada
cakap tak nak
pergi mana-mana masa
hantar Rania tadi?”
Soal Puan
Amirah yang memeluk
Rania Arissa, cuba memujuk si
manja itu. Dia pun
hairan, selalunya Rania Arissa
yang balik dulu
dari Amanda. Kenapa hari
ini boleh lambat
pulak daddy dia datang
menjemputnya. Jangan lupa jemput
anak sudah! Meraung budak
ni nanti!
“Daddy cakap
dia lambat sebab
dia ada hal. Rania
suruh daddy cari mommy.
Tapi kenapa lambat? Rania takda
kawan kalau Amanda
balik.”
Adu Rania
Arissa yang sudah
tersedu-sedu menangis.
“Takpa,
sayang. Auntie Mira
dan Amanda boleh
temankan Rania ye. Kita
tunggu daddy Rania sampai. Dah, jangan menangis
lagi, pergi main dengan
Amanda ye, sayang.”
Lembut Puan
Amirah memujuk Rania
Arissa yang di
dalam pelukkannya itu, dan
dia memutuskan untuk
menunggu di situ
sampai Ghaz Khuzairi
datang menjemput Rania
Arissa. Tak sampai pula hatinya melihat
si comel bermata
hazel itu
menangis bila tiada
Amanda menemannya di
situ. Namun, terbit rasa hairannya
bila Rania Arissa
memberitahunya tadi yang Ghaz Khuzairi
pergi mencari mommy si
manja tu. Apa yang
dia dimaklumkan oleh
suaminya yang pernah
bersembang dengan Ghaz
Khuzairi, yang mommy Rania
Arissa sudah meninggal
sejak Rania Arissa
lahir lagi.
“Si Ghaz
Khuzairi ni cari mommy yang
mana pulak? Cari mommy baru
untuk Rania Arissa
ke?”
Sempat pulak
Puan Amirah ni
bersoal jawab dalam
hati. Dia memang jatuh
kasihan pada Rania
Arissa bila dia
dapat tahu yang
si manja itu
tidak pernah merasa
kasih sayang seorang
ibu sejak dia
lahir. Kasihan Rania Arissa!
IZZARA
sudah
berada di hadapan
pintu pagar Smart Kids
Islamic Preschool. Inilah tadika
Rania Arissa seperti
yang di dalam
alamat yang diberikan
oleh Ghaz Khuzairi
kepadanya tadi. Selesai saja kerjanya, dia keluar
dari ofis untuk
menjemput Rania Arissa memandangkan
market close pukul 5:00 petang dan
selepas menutup komputer
dan mengemas apa
yang patut di
meja kerjanya, dia bergegas
keluar. Kata Ghaz Khuzairi
tadi, kebiasaannya pukul 5:00
petang si daddy sudah
menjemput anaknya itu
di daycare. Ini bermakna dia
sudah terlambat dan
risau jika Rania
Arissa menangis di daycare
tu nanti kerana
lama menunggu.
Sempat Izzara
tertanya-tanya pada dirinya, macam tak
percaya bila siap
menjemput ‘anak’ segala
kat tadika. Tak pernah
dibuat dalam seumur
hidupnya. Jemput anak orang
pulak tu! Tapi bila
dia terkenangkan wajah
mengharap Rania Arissa
semalam, dia harus menunaikan
janjinya pada si anak yatim
tersebut.
Belum sempat
dia memberi salam, datang
seorang wanita ke
arahnya sambil tersenyum
padanya. Cikgu daycare
Rania Arissa agaknya.
“Ya,
Puan. Datang nak jemput
anak ke?” Soal wanita
itu sambil menghulurkan
tangannya untuk bersalam.
“Ha’ah... saya
Izzara, datang nak jemput
Rania Arissa. Tadi daddy dia
dah maklumkan pada
pihak daycare yang saya
datang jemput Rania
Arissa balik.”
Jawab Izzara
sopan sambil tersenyum
dan menyambut huluran
salam wanita di
hadapannya itu.
“Oh,
ya. Tadi memang daddy Rania
ada telefon bagitau
yang Puan Izzara
datang jemput Rania. Saya
Cikgu Nurul, cikgu tadika
dan daycare kat sini. Rania
ada kat ruang
sana, puan nak tunggu
kat sini atau nak
pergi jumpa dia
kat sana?
Ahaks! Tak pasal-pasal
dapat gelaran puan
kau, Zara! Dapat percuma
lagi tu!
“Hmm…
Cikgu Nurul, kalau saya ke
sana jumpa Rania, boleh?
“Boleh,
puan. Mari kita ke
sana. Lagipun Rania tengah
menangis tu sebab daddy
dia lambat jemput
dia balik.”
Izzara melihat
sekilas jam di
tangannnya. Sudah pukul 5:40
petang. Patutlah pun Rania
Arissa menangis sebab
dia memang dah
lambat sampai! Terbit rasa
bersalahnya pada Rania
Arissa, tak pasal-pasal melalak
budak tu menunggu
orang menjemputnya.
Sampai saja
di hadapan ruang
tempat Rania Arissa
menunggu, Izzara pelik bila
melihat seorang wanita
memeluk Rania Arissa
dan beria-ia memujuk
si comel tu. Kelihatan
seorang budak perempuan
comel turut berada
di situ. Dan mereka
nampak rapat dan
kenal dengan Rania Arissa.
Takkan cikgu tadika
atau daycare ni kut? Sebab
telinganya sempat menangkap
si wanita yang
tengah sibuk memujuk
Rania Arissa, membahasakan dirinya
auntie Mira. Dan
hatinya menjadi pilu
bila melihat Rania
Arissa sudah tersedu-sedu
menangis di dalam
pelukkan wanita itu. Kedua-duanya tidak
perasan akan kehadiran
Izzara di situ.
“Rania Arissa.”
Sapa Izzara
lembut sambil matanya
memandang penuh sayu
ke arah si
manja yang sedang
menangis itu. Dan Rania
Arissa menoleh ke
arah suara yang
menyebut namanya sebentar
tadi. Dia terkaku seketika
di dalam pelukan
auntie Miranya. Terkejut agaknya
bila orang yang
ditunggunya selama ini
sudah berada di
hadapannya kini. Dan tak
semena-mena tangisan reda, terbit
pula senyuman manisnya
bila melihat wajah yang
menyebut namanya tadi.
“Mommy!!!”
Jeritan kecil
dari mulut mungil
Rania Arissa sambil
merungkaikan pelukkannya lalu
mara dan berdiri
di hadapan Izzara.
Izzara mencangkung
di hadapan Rania
Arissa yang nampak
sungguh comel memakai
smocked dress
by Gap berwarna
merah itu. Bila melihat
smocked dress
berwarna merah yang
dipakai oleh Rania
Arissa, dia teringat akan
cerita Ghaz Khuzairi
tentang drama Rania
Arissa pagi. Dan mujurlah
Ghaz Khuzairi berjaya
memujuk si comel
agar memakai uniform
untuk ke
tadika dan si daddy
mencadangkan pada si
comel itu memakai
smocked dress
itu masa di daycare. Izzara merenung
kasih ke arah
wajah mulus Rania
Arissa itu. Jari-jemarinya sempat
menyapu lembut air mata si comel sambil
tersenyum manis.
“Sayang,
rindu mommy tak? Soalnya Izzara
sambil membelai lembut
rambut Rania Arissa.
“I
miss you so
much, mommy.”
Jawab Rania
Arissa sambil mengangguk
laju lalu mendakap
erat Izzara. Sayu kedengaran
suaranya itu.
“I
miss you too, sayang. Sorry ya mommy
lambat jemput, sayang. Kasihan sayang
mommy ni, sampai
menangis-nangis tunggu mommy jemput
dia ye.”
Izzara membalas
erat pelukkan Rania
Arissa. Lama mereka berkeadaan
begitu. Izzara membiarkannya agar
rindu Rania Arissa
padanya terubat. Moga hilang
rasa sedih si
comel itu. Kasihan sayang
mommy!
“Rania,
ini mommy
awak
ye?”
Soal
Amanda yang curious bila
melihat wanita jelita
itu memeluk erat
kawan baiknya itu. Amanda
ni kalau tak
sibuk bertanya itu
ini memang tak
sah. Pasti setia menyampuk! Tapi, memang patut
pun dia bertanya
sebab sebelum ni
mana pernah wanita
jelita ni datang
menjemput Rania di
tadika atau di daycare.
Rania Arissa
merungkaikan pelukkan itu
perlahan dan menoleh
ke arah Amanda
yang sudah berada
di sisinya itu.
“Ha’ah,
nilah mommy
Rania.” Jawab Rania sambil
tersenyum ceria. Sukalah dia sebab mommy dah
ada di depan
mata.
“Yeke?
Cantiknya mommy awak, Rania.
Macam mama kitelah. Sebab
mama kite pun cantik.”
Kata
Amanda dengan perasaan
kagumnya dengan kecantikkan mommy Rania
itu. Amanda sempat memandang
sekilas ke arah
mamanya dan kemudian
memandang ke arah
Izzara. Mungkin cuba membuat
perbandingan siapa paling
cantik. Dua-dua cantiklah! Nasib baiklah
dia sempat memuji
mamanya cantik, kalau tak
malam ni tidur
dan bancuh susu
sendirilah. Lepas tu
peluklah Barbie
tu sampai ke
pagi ye! Agaknya mama
boikot kalau tak
puji mama cantik
tadi... he he he. Nak harapkan
papa, dia outstation!
Izzara hanya
mampu tersenyum mendengar
celoteh Amanda. Puan Amirah
yang sedari tadi
tergamam menyaksikan sketsa
dua beranak itu
tertanya-tanya hairan,
setahu dia suaminya
pernah menyatakan yang mommy
Rania Arissa tu sudah meninggal. Itu maklumat
yang suaminya dapat
dari mulut Ghaz
Khuzairi sendiri sebab
si suami sering
jugak bersembang dengan
daddy Rania
Arissa ketika menghantar
dan menjemput anak
di tadika ni. Kalau
betul mommy
Rania Arissa itu
sudah meninggal, tapi siapa pulak wanita
ni? Wajah jelita tu
pun ada iras
Rania Arissa. Dan kalau
betul ini mommy Rania
Arissa, kenapa muka Rania
Arissa tu ada
iras-iras mat salih pulak terutamanya
mata hazel
milik si comel
tu?
Nak
kata ikut iras
Ghaz Khuzairi tu, memang
taklah sebab wajah
Ghaz Khuzairi tu
memang pure malay. Tapi tetap
kacak! Haish, peninglah dengan
semua ni. Takpa, nanti
si suami balik
dari outstation, dia nak selidik
betul-betul, entah-entah suami dia
yang tersalah dengar
apa yang Ghaz
Khuzairi pernah ceritakan. Puan Amirah
bermonolog sendiri bila
hairan dengan apa
yang dilihatnya saat
itu. Wanita jelita yang
dianggap mommy oleh Rania
Arissa itu memang
iras dengan muka
si comel tu. Dan
kemudian, dia melangkah ke
arah Izzara, Rania Arissa
dan Amanda.
“Assalamualaikum. Saya Amirah, mama
si Amanda ni. Panggil
je kak Mira. Amanda
dan Rania ni
kawan baik. Puan ni mommy
Rania ye?
Lembut Puan Amirah
menyapa dengan tersenyum
manis, sambil tangannya untuk
bersalaman.
“Waalaikumussalam. Ha’ah, saya mommy Rania. Saya
Izzara, akak panggil jer Zara.
Oh, Amanda ni bestfriend Rania
ye, patutlah macam rapat
jer.”
Balas Izzara mesra
sambil menyambut huluran
salam dari Puan
Amirah.
“Akak dah
sampai tadi dah, nak
jemput Amanda ni
balik. Tapi kasihan pulak
nak tinggalkan Rania
ni sorang. Menangis dia bila
tengok Amanda ni
nak balik. Yelah, selalu dia
yang balik dulu
dari Amanda ni. Tapi
hari ni daddy dia lambat pulak
datang menjemputnya. Itu yang
dia menangis tu. Jadi, akak temankan
dia sebab dia
dengan Amanda ni
memang rapat.”
“Saya mintak
maaflah kak Mira, sebab
dah susahkan akak
kena tunggu lama
kat sini. Saya memang
dah terlambat tadi. Last minute
plan nak jemput
Rania ni. Kalau tak memang daddy dialah
yang jemput dia
balik. Thanks ya
kak, sebab tolong
temankan Rania tadi. Kasihan
dia sampai menangis-nangis menunggu.”
“It’s
okay, Zara. Akak memang
tak rushing nak balik. Lagi
pun Rania ni
memang rapat dengan
Amanda ni jer, dia
ni taklah peramah
macam Amanda. Kalau Amanda
ni, main redah jer
dengan siapa dia
nak bermain. Ikut suka
dia jer. Yang Rania
ni kalau takda
Amanda, mati kutulah dia.”
Izzara tersenyum
mendengar kata-kata Puan
Amirah yang ramah
bercerita itu. Patutlah anaknya
ramah, ikut mama dia. Dia
teringat kata-kata Ghaz
Khuzairi tadi, dia menghantar
Rania Arissa ke
tadika semata-mata mahu
anaknya belajar bergaul
dan berkawan dengan
rakan sebayanya.
Sekurang-kurangnya Rania Arissa
pandai menyesuaikan dan
pandai membawa diri
jika berada di
khalayak orang ramai.
“Rania ni
manja sangat, kak Mira. Sampai
dengan Amanda pun
nak berkepit 24
jam. Oh ya kak,
saya mintak diri dululah ye. Nak
bawak Rania ni
jalan-jalan kejap lagi. Thanks dan
saya minta maaf
sekali lagi sebab
susahkan akak tadi. Rania,
salam auntie Mira
dan Amanda dulu, sayang.”
Izzara dan
Rania Arissa menghulurkan
salam untuk meminta
diri pada Puan
Amirah yang pada
amatannya ada iras-iras
pelakon Eja itu. Cantik
dan tinggi lampai
macam pelakon yang
popular tersebut. Si comel, Amanda
turut menyelit sama untuk bersalaman
dengan Izzara dan
Izzara sempat memeluk
dan mencium pipi
gebu milik Amanda
yang petah dan
ramah tu.
“Auntie, nanti datang
jemput Rania lagi
ye. Tapi jangan lambat macam
tadi, nanti Rania nangis
lagi.” Pesan Amanda yang
pada Izzara selepas
mereka berpelukan.
“Insha Allah, nanti
auntie Zara
datang jemput Rania, boleh
jumpa Amanda lagi
lepas ni.“ Balas
Izzara sambil tersenyum, kagum dia
dengan keprihatinan si
kecil itu pada
kawan baiknya.
Dan mereka
berempat bersama-sama melangkah
ke arah pintu
pagar tadika tersebut
untuk ke kereta
masing-masing. Sampai saja di
pintu pagar, Rania Arissa
tiba-tiba bersuara, cuba
menyatakan sesuatu pada
Puan Amirah.
“Auntie
Mira, tengok tu Amanda
pakai kasut terbalik
lagilah, auntie.”
Puan Amirah
dan Izzara serentak
memandang ke arah kaki
comel milik Amanda. Si
Amanda sudah tersengih
sambil menutup muka dengan kedua-dua
tangan comelnya itu. Segan
dengan auntie Zara dia
agaknya, terkantoi pakai
kasut terbalik!
Izzara tersenyum,
geli hati dengan
reaksi spontan Amanda.
Puan Amirah pula sudah mencangkung
di depan anaknya, cuba
membetulkan semula kasut
yang terbalik dipakai
oleh si comel
yang keletah itu. Alahai, berapa kali
mama nak kena
betulkan ni, sayang!
“Zara,
kalau nak tau
akak ni dah
jenuh nak mengajar
Amanda ni pakai
kasut dengan betul. Akak
dah ajar dah,
mana kiri dan
kanan. Kadang-kadang, bila
kita betulkan balik, dia
kata salah, tak sama. Memang
anak bertuah Amanda
ni, talkative tapi pakai
kasut selalu terbalik!”
Adu Puan
Amirah sambil tangannya
ligat membetulkan kasut Poney
pink yang dipakai
terbalik oleh si
comel Amanda. Mulutnya turut
ligat mengomel tentang
tabiat anaknya yang suka
memakai kasut terbalik
itu.
“Takpa kak,
agaknya Amanda ni confuse
kut mana kanan
dan kiri. Dia pakai
ikut selesa dialah
agaknya. Lama-lama nanti okeylah
tu kalau kita
rajin mengajar dia
cara memakai kasut
tu dengan betul.”
Cewah!
Over
pulak si Izzara
ni berpendapat begitu. Walhal itu kali pertama
dia melihat kanak-kanak
memakai kasut terbalik. Entah-entah dia
masa kecik dulu
pun pernah ada
tabiat cenggini kut!
“Itulah,
akak sabarkan jugak
nak mengajar Amanda
memakai kasut dengan
betul. Yelah, umur pun baru 3 tahun, Insha
Allah nanti pandailah
tu dia pakai
kasut dengan betul
kalau kita sentiasa
mengajarnya.”
Puan Amirah
membalas kata-kata Izzara
sambil tersenyum dan
dia memang sudah
lali dengan tabiat
anaknya yang satu
itu. Tambahan pula sudah
menjadi tanggungjawab ibubapa
sepertinya untuk mengajar
dan menegur jika
anak-anak mereka berbuat
silap atau salah. Teringat dia
dengan kata kata ini.
“Children
make silly mistakes. It’s a part of
growing up. Our duty
is to help
them out of their mess
in a way
that they shine
forever. Most children who
have been assisted
positively after falling, become much
stronger, standing high above
others due to
the real life
learning experience they’ve
have.”
“Insha
Allah, lama-lama nanti
dia akan pandai
jugak pakai kasut
dengan betul. Hmm, saya dan Rania
nak minta diri
dululah ye kak
Mira.”
Setelah berpamitan,
mereka melangkah menuju
ke kereta masing-masing. Izzara memimpin
Rania Arissa menuju
ke kereta Honda
City miliknya yang
tidak jauh dari
pintu pagar tadika
tersebut. Ketika dia ingin
menghidupkan enjin keretanya,
Rania Arissa bersuara,
bertanya sesuatu padanya.
“Mommy,
kita nak pergi
mana? Daddy mana, mommy?”
Soal Rania Arissa
sambil dia mendekatkan
wajahnya ke wajah
Izzara, mencium kedua-dua pipi
Izzara.
“Kita pergi One
Utama nak tak, sayang? Kita jalan-jalan
kat sana, semalamkan mommy janji
nak bawak sayang
jalan-jalan. Oh ya, daddy pergi
tempat lain, nanti balik daddy jemput
Rania kat rumah mommy
okey, sayang.”
Izzara membalas
ciuman si comel
yang mengangguk laju, setuju
dengan cadangannya dan dia memeluk
si manja itu seketika.
Terhibur dengan keletah
manja Rania Arissa. Tiba-tiba dia
teringat akan sesuatu, lalu
dia menoleh ke
bahagian tempat duduk
dibelakang, dan mengambil teddy bear
yang sempat dibelinya
di kedai souvenir yang
berdekatan dengan ofisnya
tadi. Teddy bear
berwarna coklat itu
dihulurkan pada Rania
Arissa.
“Sayang,
mommy
lambat tadi sebab singgah beli teddy
bear ni untuk, sayang. Suka tak?
Soal Izzara
sambil tersenyum.
“Mommy, Rania suka teddy
bear ni! Thank you, mommy! Jom mommy,
kita pergi jalan-jalan!”
Girang Rania Arissa
bersuara, menggambarkan
betapa hatinya sangat
gembira dapat keluar
bersama dengan mommynya.
“You’re welcome,
sayang. Okey, sayang duduk elok-elok, mommy nak drive ni. Come,
mommy tolong pakaikan
Rania seat belt ye.”
Setelah semuanya
berkeadaan selamat untuk
memandu, Izzara menekan
minyak dan keretanya
bergerak menghala ke
arah Damansara Utama.
GHAZ KHUZAIRI meraup
wajahnya perlahan. Sedari tadi
dia memerhati sketsa
di daycare
Rania Arissa. Tanpa Izzara
menyedari, dia sememangnya mengekori
kereta Izzara yang
menuju ke tadika
untuk menjemput Rania
Arissa. Hatinya sebak bila
melihat Rania Arissa
menangis kerana lama menunggu orang
menjemputnya dan bergenang
airmatanya bila Rania
Arissa dan Izzara
lama berpelukkan sebentar
tadi. Sesungguhnya, dia
sangat bersyukur kerana
Izzara sudi membantu
untuk meluangkan masanya
keluar bersama Rania
Arissa, sekaligus memenuhi permintaan
anaknya itu untuk
berjumpa dengan mommynya semula. Dan
dia seakan tak percaya tadi
bila si jelita
itu ikhlas membantu tanpa
meletakkan sebarang syarat. Mulianya hati
si jelita itu, memang
bertuah lelaki yang berjaya memilikki
Izzara Iskandar.
Dia juga
tak menyangka walaupun
perkenalannya dengan Izzara
tak sampai dua
hari, tetapi mereka seolah-olah
kenal lama dan
selesa berkongsi cerita
masing-masing. Seolah-olah
ada chemistry dalam diri masing-masing. “Sometimes, in life we
find comfort in
people we least
expect it from.” Begitu agaknya yang
dia boleh gambarkan
tentang dia dan
Izzara. Ghaz Khuzairi tak
menjangkakan terjadinya pertemuan
semalam mencipta ikatan
yang boleh dianggap
bersahabat kerana diri
masing-masing sudah nampak
selesa dengan ikatan
yang baru tercipta
itu.
Ghaz
Khuzairi
menghidupkan enjin kereta
Mazda CX-9
miliknya untuk bergerak
balik ke rumah.
Dia harus mengemas
barangnya dan keperluan
Rania Arissa kerana
esok dia bekerja
semula setelah bercuti
3 hari dan
dia dijadualkan untuk fly
ke Perth, Australia selama
4 hari. Rania Arissa
akan dihantar ke
rumah orang tuanya. Malam
ini, dia dan Rania Arissa
akan bermalam di
rumah orang tuanya
dan segala urusan
anaknya ke tadika
seperti biasa akan
diuruskan oleh mamanya.
IZZARA memberhentikan keretanya
bila lampu isyarat
menunjukkan isyarat merah. Dia
menoleh ke arah
Rania Arissa yang
leka bermain dengan
teddy bear
yang dibelinya tadi. Si
comel itu turut
menoleh dan memandangnya sambil
tersenyum. Tak semena-mena si
comel itu mendekatkan
wajahnya ke wajah
Izzara lalu bibir
mungilnya itu menyapa
lembut pipi mommynya. Alahai, manjanya budak
comel ni. Izzara turut
membalas ciuman si
comel itu, selesa dengan
perlakuan Rania Arissa
yang manja. Selang beberapa
saat kemudian, kereta Izzara
bergerak perlahan setelah
lampu isyarat hijau
menyala.
Ketika Izzara
mencari parking space di shopping
complex One Utama
itu, lagu A Thousand Years
berkumandang di Blackberrynya. Telefon bimbit
di dalam handbag Coach
itu dicapai lalu dia menjawab
panggilan tersebut.
“Assalamualaikum,
Zara kat
mana ni? Dah balik
dari ofis ke?”
Sapa si
pemanggil.
“Waalaikumussalam, mama. Ha’ah, Zara dah
balik dari ofis but
now Zara kat
One Utama ni, ma. Kenapa, ma?
“Ya Allah, bertuahnya anak
dara mama ni. Dah
lupa agaknya yang
mama cakapkan hari
tu. Malam nikan kita dinner sama-sama
kat rumah ni. Mama
dah masak sedap-sedap
dah tu.”
“Ya Tuhan,
macam mana Zara
boleh terlupa ni, ma. Sorry,
ma. Okey kalau macam
tu Zara ke
rumah sekarang. Nasib baik
Zara memang dah
ada kat Damansara
ni, tak jauh nak
ke rumah kita. Insha
Allah, kejap lagi Zara sampai
ye, ma. Tapi Zara ada bawak special guest
sekali ni, ma.”
"Jangan lambat
sangat, sayang. Nanti boleh
kita berjemaah solat
Maghrib dan baca
Yassin sama-sama. Papa pun
dah sampai dah
tu. Abang Iqram dan
Kak Yasmin kamu
tu on the way
nak ke sini
katanya. Hah, satu lagi jangan
lupa ajak Shamzlin
sekali. Dah lama mama
tak jumpa dia. Ni
special guest
apa pulak ni, Zara?
Ada-ada jerlah sayang
mama ni.”
“Ala, Zara dah dekat
dah ni, ma. Dalam 10
minit macam tu
sampailah nanti. Nanti Zara
ajak Shamzlin sekali
datang rumah ye. Hmm...
special guest ni,
nanti kat rumah
Zara kenalkan dengan
mama dan papa ye.
Okey, ma... Zara nak gerak
dah ni. Jumpa kat
rumah nanti ye, ma.”
“Yelah,
jangan lupa ajak
Shamzlin tu. Drive elok-elok, sayang. Assalamualaikum.”
Izzara menutup
semula Blackberrynya setelah membalas
salam mamanya. Dia mengerling
jam di dashboard keretanya, sudah pukul
6:10 petang. Hatinya berkira-kira, kalau nak
bawak jugak Rania
Arissa pusing satu One Utama
ni memang tak
sempatlah dia nak
sampai ke rumah
mamanya sebelum Maghrib
nanti. Dia memandang ke
arah Rania Arissa, si
comel itu leka
dengan teddy bearnya. Hati Izzara
berat untuk membatalkan
janjinya pada Rania
Arissa, tapi tak salah
kalau dia mencuba
nasib untuk mengutarakan
cadangannya pada si
comel itu untuk
ke rumah orang
tuanya. Untung-untung Rania Arissa
bersetuju dengan cadangannya
itu. Lagipun Rania Arissa
kan anak yang
baik, yang mendengar kata.
“Sayang, nak
tak pergi rumah mommy? Tapi kalau
kita pergi rumah mommy, kita tak
jadilah nak jalan-jalan
kat sini. Nak tak, sayang?”
“Wah,
pergi rumah mommy?
Jauh tak
mommy? Mestilah Rania
nak, janji mommy ada.”
“Tak
jauh, sayang. Dekat sini jer. Okey, next time mommy
bawak sayang jalan-jalan
ye. Tapi hari ni
kita pergi jumpa
atuk dan nenek
dulu, okey?
“Okey,
mommy! Rania nak
jumpa atuk dan nenek,
mesti diaorang baik
macam Tok Pa
dan Tok Ma
kan, mommy?”
Tok Pa
dan Tok Ma tu merujuk
kepada mak ayah Ghaz Khuzairi
agaknya, soal Izzara dalam
hati bila mendengar
dua nama yang
terbit dari mulut mungil si
comel.
“Ye,
sayang. Atuk dan nenek
baik sangat. Mesti diaorang
suka jumpa sayang
mommy ni. Kita
pergi sekarang ye, sayang”
“Okey,
mommy.”
Namun kepala
Izzara ligat memikirkan,
bagaimanakah penerimaan mama
dan papanya pada
Rania Arissa. Bolehkah menerima
si comel ini
sebagaimana dia menerima
diri Rania Arissa?
“Ya Allah, moga
Engkau mempermudahkan segalanya.”
Doa Izzara
dalam hati. Sesungguhnya hatinya
berkecamuk memikirkan penerimaan
kedua orang tuanya
nanti. Sebelum bergerak, dia mendail
nombor telefon sahabat
baiknya, menyampaikan pesan mamanya
tadi buat Shamzlin.
“Assalamualaikum,
Sham” Sapa Izzara
setelah Shamzlin menjawab
panggilannya.
“Waalaikumussalam,
ada apa
Zara?”
Shamzlin membalas
salam Izzara.
“Babe, aku lupa
nak inform
kau yang mama
aku ajak kau dinner
sekali dengan family aku
malam ni. Kat rumah
parents akulah. Sorry
babe, aku betul-betul lupa
nak bagitau. Anyway, kau kat mana
ni?”
“Kau ni memanglah,
semenjak si Qaleef
tu melamar kau, asik
lupa jer kerjanya! By
the way, aku kat
One Utama ni, tengah
cari parking space. Ingat nak shopping
sikit. Tapi cancellah, sebab aku
dah lama tak
rasa masakan mama
kau.. he he he.”
“Hah?
Kau dekat One
Utama jugak ke? Wei! Aku
pun kat sinilah, tengah cari parking
space jugak! Hmm, aku kononnya
nak jalan-jalan kat One Utama
ni. Tapi tulah, nasib baik
mama aku telefon
kejap tadi ingatkan
aku pasal dinner malam
ni. Kalau macam tu, kita
ke rumah parents
aku
sekaranglah, Sham. Lagi pun kau
kalau bab makan
nikan memang tak
menolak...he he he.”
“Ceh,kurang asam
punya kawan, sempat lagi
tu mengutuk aku! Okeylah, aku gerak
sekarang. Jumpa kat sanalah
nanti.”
“Eh, Sham. Aku nak
bagitau kau ni. Ada
someone special
aku nak kenalkan
dengan kau. Nanti kat
sana aku kenalkan
ye.”
“Someone
special? Siapa tu, Zara?
Kalau kau try nak ngejas
aku dengan kawan
lelaki kau, tak naklah
aku!”
“Kau sabarlah!
Nanti kat sana
aku kenalkan, pasti kau
suka! Eh, okeylah, aku nak
gerak ni. Kang tak sempat
kita nak berjemaah
solat Maghrib nanti. Bubaiii…darling
Sham.”
Setelah menamatkan
perbualan telefonnya dengan
Shamzlin, Izzara menoleh ke
arah Rania Arissa
yang sedari tadi
mendengarnya bersembang dengan
Shamzlin.
“Mommy,
tadi mommy cakap
dengan siapa tu?”
Soal si
comel ingin tahu.
“Oh,
tadi tu
mommy cakap
dengan auntie Shamzlin, kawan mommy.
Dia pun
nak ke rumah mommy
kejap lagi. Nanti Rania
boleh kenal dengan
dia.”
Lembut Izzara
membalas sambil membelai
rambut ‘anaknya’ itu. Lalu
dia menghadiahkan ciuman
ke pipi gebu
milik Rania Arissa.
“Auntie
Shamzlin tu baik
macam mommy tak?”
Soal si
kecil itu lagi.
“Auntie
Shamzlin baik, sayang. Cantik pulak
tu. Pasti dia happy dapat
jumpa Rania nanti. Okey, sayang duduk
elok-elok ya, mommy nak drive ni. Kita
ke pergi jumpa
atuk dan nenek
ye, sayang.”
“Okay, mommy.”
Balas Rania
Arissa tersengih ceria
menampakkan barisan gigi
susunya yang tersusun
cantik, lalu si manja
itu membetulkan posisi
duduknya. Dan Izzara memandu
menghala ke rumah
orang tuanya yang
tidak jauh dari
situ dengan perasaan
bercampur baur. Kecut hatinya
mengenangkan penerimaan orang
tuanya terhadap Rania
Arissa nanti.
>>>>>>> bersambung
P/S: Thanks a million to TAS readers & followers. Tidak dilupakan pada silent readers esp Nini darling ( wah sibuk dgn project pun sempat jugak terjah kat sini ye, anyway thanks babe! ).. May Allah blessing all of u.. thanks, my darlingssssss :)
P/S: Thanks a million to TAS readers & followers. Tidak dilupakan pada silent readers esp Nini darling ( wah sibuk dgn project pun sempat jugak terjah kat sini ye, anyway thanks babe! ).. May Allah blessing all of u.. thanks, my darlingssssss :)
best ... sambung lagi :)
ReplyDeleteThanks 4 reading,dear :)
Deletelalalaala....ghaz ikut dlm diam jgk x nanti rasenye??? hope family zara dapat terime..:)
ReplyDeleteDIDIE
Hi Didie :)
DeleteGhaz ikut ke tak ek? nnt kita tgk sesama kat nx chapters ye..btw,thanks 4 reading, Didie darling :) ~hugs~