BAB 11 : TERIMA AKU SEADANYA.
RANIA ARISSA memaut
lengan daddynya
yang tengah leka
bersembang dengan Yasmin
dan Iqram. Turut berada
di situ Datuk Iskandar, Datin Aziah, Izzara
dan Shamzlin. Si comel
itu cuba menyatakan
sesuatu pada Ghaz
Khuzairi.
“Daddy... let’s go
home now. Rania
dah mengantuk.”
Omel si comel itu
seraya memeluk Ghaz
Khuzairi, memang nampak dah
mengantuk betul gayanya.
Ghaz Khuzairi
memandang sekilas jam Tag
Heuer Aquaracer di tangannya. Sudah pukul
10:30 malam, patutlah anaknya
sudah mengantuk. Selalunya weekdays begini
dia memang membiasakan
si comel tu
awal. Mudah nak kejutkan
dia bangun awal. Selalunya pukul
10:00 malam, Rania Arissa
sudah lena dengan
memeluk teddy bear
kesayangannya.
Ghaz
Khuzairi memandang ke arah
wajah si comel
itu, kasihan, memang anaknya
dah mengantuk dah
tu. Tapi dia naik
segan pulak nak
minta diri, baru tak
sampai 15 minit
duduk bersembang dengan family
yang ramah dan
baik ni. Takkan dia
nak minta diri
pulak, dahlah family
Izzara ni begitu
lapang dan senang
hati menerima kedatangannya
dan paling dia
terharu keluarga ini
ikhlas menerima Rania
Arissa.
“Ala, kasihan sayang
nenek ni. Mengantuk ye, sayang?”
Soal Datin
Aziah.
“Esok Rania nak pergi
tadika. Daddy cakap
kalau tidur lewat, nanti
lambat bangun. Jomlah daddy,
kita balik.”
Rania Arissa
sudah merengek-rengek sambil
tangannya menarik tangan
Ghaz Khuzairi. Haih, budak kecik
ni kalau dah
mengantuk, memang buat perangai. Ghaz Khuzairi
sudah serba salah
dibuatnya, segan dengan family Izzara
pun ye jugak. Tapi
memang patut pun
si anak tu
merengek, memang dah tampak
mengantuk sangat dah
tu. Yasmin yang perasan
akan riak muka
serba salah Ghaz
Khuzairi itu terus
bersuara.
“Takpalah Ghaz, kasihan
Rania tu nak
tidur. Lagi pun memang
dah lewat dah
ni pun, sepatutnya time macam
ni untuk budak
macam dia tu
tidur. Nanti free, bawaklah dia datang
ke sini lagi.”
Ujar
Yasmin.
“Hmm, saya kena
mintak diri dululah. Rania dah
merengek-rengek dah ni, selalu
pukul 10 malam
memang dia dah
tidur dah. Dia dah
mengantuk sangatlah tu. Saya
mintak maaflah kat
semua, tak dapat nak
sembang panjang. Insha Allah, ada
masa boleh kita
borak panjang lagi
ye.“
Ghaz Khuzairi
menepuk-nepuk perlahan belakang
Rania Arissa yang
sudah memeluknya dengan
tangan si comel
itu melingkar di
lehernya. Hatinya lega bila family
Izzara seakan faham
lalu dia bangun
untuk bersalaman.
“Ghaz tak
perlulah nak mintak
maaf. Kami faham, biasalah budak-budak
kalau dah mengantuk
memang cenggini perangai diaorang. Alahai, nampak mengantuk
betul cucu atuk
ni ye. Salam atuk
dulu, sayang. Nanti jangan tak
datang rumah atuk
ni. Jumpa atuk dan
nenek.”
Datuk
Iskandar turut faham
reaksi wajah Ghaz
Khuzairi yang segan
untuk meminta diri, yelah
baru tak sampai
15 minit duduk, si
anak dah sibuk
ajak balik. Dia menghulurkan
tangannya pada Rania
Arissa untuk bersalaman
dan sempat dia
mencium pipi gebu
si comel yang
bijak itu.
“Ghaz, ni name
card saya. Nanti free datanglah
rumah or kita set date
jumpa kat mana-mana. Pasti banyak
perkara awak nak
sembang dengan Yasmin
kan? Dah lama korang tak
jumpa. Jangan lupa ye, Ghaz. Bawak Rania
sekali.”
Iqram Arief menghulurkan name cardnya
pada Ghaz Khuzairi
selepas dia bersalaman
dengan jejaka yang
kacak itu. Selama ini
dia hanya kenal
Ghaz Khuzairi melalui
cerita si isteri
tapi malam ni
tak sangka pula
boleh bersua muka
dengan jejaka yang
tampak santai tetapi
tetap kacak bila
memakai Canterbury Rugby Jersey
berlengan panjang dan
jeans Levi’s itu.
“Yelah Ghaz, jangan
lupa ye. Banyak perkara
nak sembang dengan awak. Lama
betul tak jumpakan.”
Tambah
Yasmin yang sudah
berdiri di sisi Iqram
sambil memaut manja
lengan si suami.
“Insha Allah, thanks ye
Iqram, Yasmin. Maybe
lepas balik dari fly ke Perth
nanti saya call and
decide bila nak
jumpa.”
“Bila fly nya, Ghaz? Rania ni parents
awaklah yang jaga
ye?”
Soal Yasmin.
“Esok saya fly
ke Perth, 4
hari. Dan Rania ni
memang parents
saya yang jaga
kalau saya fly ke mana-mana.
Malam ni
nak gerak sanalah, tidur kat
sana.”
Terang Ghaz
Khuzairi pula.
Setelah masing-masing bersalaman, Ghaz Khuzairi
meminta diri seraya
menuju ke pintu
untuk keluar. Izzara yang
tidak jauh dari
situ mara ke
arah Ghaz Khuzairi
yang sedang mendukung
Rania Arissa.
“Mengantuknya sayang mommy
ni. Come, mommy dukung
dia, kita sama-sama ke
kereta daddy ye.”
Rania Arissa
yang tengah mamai
dalam pelukkan Ghaz
Khuzairi, mencelikkan mata bundarnya
bila mendengar suara
milik Izzara dan seraya
mendepangkan tangan lalu
dihulurkan Ghaz Khuzairi
pada Izzara. Izzara merapatkan
badannya sedikit pada
Ghaz Khuzairi untuk
mendukung si comel
itu. Haruman Dior Homme Perfume
milik Ghaz Khuzairi
menerjah ke rongga
hidungnya, entah kenapa jantungnya
tiba-tiba seakan dipalu
kencang!
Adakah sebab
wangian maskulin milik
lelaki kacak itu
atau kerana kedudukannya
begitu rapat dengan
Ghaz Khuzairi ketika
mengambil si comel
dari dukungan si
lelaki yang kacak
berkaca mata di
hadapannya. Dan dia memandang
ke wajah Ghaz
Khuzairi yang turut
memandangnya. Kedua-duanya
terkesima dengan situasi
tersebut. Namun rengekkan Rania
Arissa menyebabkan Izzara
dan Ghaz Khuzairi
tersentak dari adegan
tenung-menenung sebentar tadi. Ghaz
Khuzairi menoleh ke
arah lain sambil
mengurut perlahan belakang
tengkuknya dengan tapak
tangan kanan, cover
malu letteww! Haih, depan family
pun boleh bermain
mata dengan anak
dara orang ye, Ghaz?
Papa dan
mama Izzara yang
sedari tadi menyaksikan
adegan Ghaz Khuzairi
menghulurkan Rania Arissa
pada Izzara, tersenyum senang. Hati
tua mereka seolah-olah
bahagia dengan apa
yang dilihat oleh
mata kasar mereka
tetapi keduanya tak
mengerti gelora jiwa
di hati kedua-dua
anak muda di
hadapan mereka ketika
itu.
Izzara yang
mendukung Rania Arissa
mengekori langkah Ghaz
Khuzairi untuk ke
kereta milik lelaki
itu di porch banglo
milik keluarganya. Yang lain
sudah masuk ke
dalam rumah setelah
bersalaman dan berpamitan
dengan Ghaz Khuzairi
dan Rania Arissa
yang meminta diri
untuk balik sebentar
tadi. Sampai saja di
kereta Mazda CX-9
itu, Ghaz Khuzairi membuka
pintu penumpang di
bahagian hadapan dan
menyelaras tempat duduk
untuk menempatkan Rania
Arissa yang sudah
lena itu.
Setelah berpuas
hati, dia mengambil Rania
Arissa dari dukungan
Izzara. Dan sekali lagi
kedudukannya agak rapat dengan
Izzara dan hatinya
bagai dipalu kencang. Naluri lelakinya
terusik bila melihat
Izzara mengenakan satin stripe
pyjamas Victoria's Secret
berlengan panjang berwarna
peach lembut
itu. Walaupun nampak sopan
tapi jantung serasa
nak gugur bila
baju itu nampak
seksi di badan
Izzara dengan rambut
ikal panjangnya yang
dibiar lepas bebas. Memang
betul-betul membuat naluri
lelakinya berkocak hebat!
Ya Tuhan, entah
kenapa dia merasakan
nalurinya berkocak bila
melihat gerak geri
dan pakaian serta
haruman yang di
pakai si jelita
itu. Dan wangian yang
dipakai oleh Izzara
itu mengingatkannya pada
insan yang pernah
dan sentiasa bertakhta
di hatinya. Wangian Miss
Dior Cherie adalah
wangian kegemarannya arwah
Marlissa! Ya Allah, kenapa
Izzara ni banyak
sangat persamaanya dengan
arwah Marlissa! Hatinya berbisik.
“Ghaz?
Are
you okay? Why are
so quiet? What’s wrong?
Tanya Izzara
pada Ghaz Khuzairi
yang tiba-tiba senyap
dan kaku setelah
mengambil Rania Arissa
dari dukungannya. Bukan nak
diletaknya si comel
ni ke seat tu, boleh
pulak terkaku kat
situ.
“Erm… errr...nothing. Just
saya hairan dan
lupa nak tanya, baju
siapa yang Rania
pakai ni. Seingat saya, dalam
beg dia tu
saya tak bubuh
pun jubah ini
untuk dia. Lagipun rasanya
saya tak bekalkan
baju lebih untuk
dia. Mana dia dapat
baju ni?"
Soal
Ghaz Khuzairi yang
baru perasan akan
baju yang dipakai
oleh anaknya, sambil itu
cuba menutup malunya
yang boleh pulak
terkaku terkenangkan arwah
Marlissa. Kemudian dia meletakkan
Rania Arissa yang
diambilnya dari dukungan
Izzara tadi ke
tempat duduk penumpang
di bahagian hadapan. Tempat duduk
yang telah diselaras
kedudukannya, agar anaknya
selesa baring di
situ.
“Oh, tu jubah
mama saya beli untuk
cucu-cucu sedara dialah. Mama
beli masa buat
umrah hari tu. Kebetulan
ada lebih dan
muat dengan Rania. Tadi
dia sibuk nak
solat berjemaah sama-sama, tu
yang mama mandikan
dan pakaikan dia
jubah tu.”
Jelas Izzara
pada Ghaz Khuzairi
yang berdiri dihadapannya, matanya sempat
memandang sekilas ke
arah Rania Arissa
yang sedap melayan
lenanya.
“Zara, saya nak
ucapkan terima kasih
sebab awak dan
keluarga awak layan
Rania dengan baik. Saya
bersyukur sebenarnya awak
dan keluarga awak
ikhlas menerima dan
melayan Rania. Hanya Allah
yang membalas kebaikan
awak sekeluarga.”
“Ya Allah, Ghaz... berapa kali
awak nak berterima
kasih ni. Dah jadi
tanggungjawab kita sesama
manusia, kan? Sebenarnya
saya masih tak
sangka yang kak
Yasmin tu kawan awak dan
arwah Marlissa. Patutlah dia
pernah cakap muka
saya ni seiras
dengan kawan dia.”
“Saya pun
tak sangka Sarah
Yasmin tu kakak
ipar awak. Terkejut saya
tengok dia ada
dengan family
awak tadi, kami dah
lama lost contact since dia
kawin dan resigned dari MAS.”
“Ghaz,
kadang-kadang kita memang
tak sangka dengan
apa yang telah
Allah aturkan atau
takdirkan untuk kita. Macam
tak percaya jer, secara
tak sengaja saya
kenal awak dan
Rania secara tidak
langsungnya boleh menemukan
awak, Rania dan kak
Yasmin setelah lama
awak dan kak Yasmin lost contact.”
“Betul tu, Zara. Saya tak
menjangkakan perkenalan kita
tak sampai dua
hari ni boleh
menemukan saya dan
Sarah Yasmin. Erm, wait
for a minute
ya, Zara.”
Ghaz Khuzairi
melangkah ke keretanya, ke
bahagian pemandu. Dia membuka
pintu dan mengambil
sesuatu dan kemudian
kembali ke arah
Izzara.
“Zara,
ni contact number
mama dan adik
saya, Zati. Kalau awak nak jumpa Rania
selama saya takda
4 hari ni, awak
call jer diaorang ni. Nanti
saya inform kat diaorang
ya.
Ghaz Khuzairi menghulurkan
sekeping name card
pada Izzara dan
seraya di sambut
oleh Izzara.
“Insha Allah, nanti free saya
nak bawa Rania
tu jalan-jalan sebab
tadi tak sempat . Saya
baru teringat ada dinner
malam ni dengan
family.”
“Takpa, kalau nak
bawak Rania jalan-jalan, saya izinkan. Call jer Zati
adik saya ni. Dia
okey, lagi pun dia
ni kaki merambu jugak. Kaki shopping. Yang jadi
mangsa penemanya si
Ranialah. Rania dengan Maksu
Zati dia memang
sekepala.”
Cerita Ghaz
Khuzairi mengenai adik
bongsunya Izzati Aisyah, yang
kaki shopping itu. Rajin ‘mengangkut’
si Rania Arissa
keluar shopping dan berjalan-jalan. Sukalah si
comel tu yang sememangnya pantang
diajak!
“Wah, kaki
shopping
ye? Ada geng ni. Boleh
saya ajak dia
dan Rania keluar
sama-sama nanti.”
“Hmm, okeylah, Zara. Saya
dan Rania nak
gerak balik dululah
ye. Thanks for
everything. Anything, just
let me know
or call Zati, adik saya
tu.”
Ghaz Khuzairi
meminta diri untuk
bergerak balik. Sebenarnya hatinya
tak keruan bila
melihat Izzara yang
berdiri di hadapannya
itu, tampak seksi
dengan sepersalinan baju
tidur satin tersebut. Sesak dadanya
bila angin malam meniup
baju si jelita
yang kadang-kadang menampakkan
lekuk-lekuk yang tak
sepatutnya di pandang
oleh matanya. Tiupan angin
malam itu juga
mengusik lembut rambut
ikal panjang milik
si jelita yang terlepas bebas
itu. Haih, tergugat jugak imannya
nanti kalau lama
kat situ. Ketika dia
ingin menutup pintu
penumpang di bahagian
hadapan, tiba-tiba Rania Arissa
membuka matanya dan
bertanya sesuatu kepadanya.
“Daddy, mana mommy?”
“Aikk? Budak ni
mengigau ke siap
tanya mommy
bagai ni?”
Desis hati
Ghaz Khuzairi. Terkejut bila
tiba-tiba si comel
itu bersuara. Izzara yang
mendengar Rania Arissa
bertanyakan dirinya terus
mendapatkan si comel
yang kononnya mengantuk
sangat tadi tu
kan!
“Hai, dah bangun
ke sayang mommy ni? Tadi
bukan main lagi
mengantuk mata dia.”
“Wanna
to kiss you, mommy.”
“Oh, no
wonderlah sayang mommy ni
bangun ye? Mommy lupa nak kiss
dia rupanya. Come here and
gave me a
kiss."
Izzara merapatkan
badannya pada Rania
Arissa dan seraya
itu si manja
itu memeluk dan
menciumnya lalu dibalas
mesra oleh Izzara.
“Be good, dear. Dengar cakap
Tok Pa dan
Tok Ma ye. Nanti
mommy bawak
dia jalan-jalan ye. Mommy gonna
miss you and
good night, sayang.”
“Good night
and I love
you, mommy.”
“I
love you too,
sweetheart.”
Balas Izzara
lalu menutup pintu
kereta. Ghaz Khuzairi yang
sudah menghidupkan enjin
keretanya, melambai tangannya pada
Izzara. Beberapa saat kemudian, kereta Mazda CX-9 itu
bergerak meninggalkan perkarangan
banglo 3 tingkat
itu. Dan Izzara mengatur
langkah masuk semula
ke dalam rumah.
DI RUANG rehat
keluarganya, kelihatan
Shamzlin tengah rancak
bersembang dengan kak
Yasmin dan abang
Iqram.
“Abang Iqram, mana
mama dan papa?” Soal
Izzara.
“Kat atas
agaknya, dalam bilik kut, diaorang
baru jer naik.”
“Oh,
okey! Sham, kejap ya aku
nak tanya mama
aku pasal barang
dia nak kirim
kat mama kau
tu. Kejap lagi kita
gerak balik okey.”
“Okey, aku takda
hallah nak tunggu. Lagi
pun dah lama
tak sembang dengan
Kak Yasmin ni.”
Izzara melangkah
ke lift
untuk ke tingkat
3 iaitu untuk
ke bilik mama
dan papanya. Gila nak
naik tingkat 3
guna tangga. Penat seyhh!
Sampai saja
di tingkat 3
banglo keluarganya itu, Izzara
menapak ke bilik
orang tuanya. Kelihatan pintu
terbuka luas, sayup-sayup kedengaran
mama dan papanya
bersembang. Izzara mara ke
bilik tersebut tetapi
dia tidak terus
masuk tetapi berdiri
di dinding yang
berdekatan dengan pintu
bilik orang tuanya. Curi-curi dengar
apa yang disembangkan
oleh insan kesayangannya
itu. Matanya sempat mengintai
ke dalam bilik itu, kelihatan
papanya memeluk mamanya
dari belakang yang
sedang berdiri menyapu
losyen di hadapan
meja solek Vintage French,
koleksi kegemaran mamanya.
“Patutlah Rania
tu macam anak
mat salih jer, rupanya
ayah dia memang
ada darah campuran
Melayu- Australia. Mesti handsome
ye, bang?”
Soal Datin
Aziah sambil menyapu
losyen ke tangannya.
“Amboi, isteri abang
ni! Depan suami pun
boleh tanya pasal
lelaki lain handsome ke
tidak. Yang suami awak
ni dah tak handsome
ke?”
Giat Datuk
Iskandar, sengaja bergurau dengan
isterinya yang tetap
jelita itu walaupun
usianya sudah lewat
50an.
Datin Aziah
memalingkan badannya,
mengadap Datuk Iskandar. Matanya merenung
kasih ke arah
wajah lelaki yang
sentiasa di hatinya,
seraya dia memeluk
pinggang suaminya itu. Terbit
perasaan risaunya jika
si suami terasa
hati dengan soalannya
tadi. Maklumlah, kadang-kadang
lelaki yang dah
berusia ni sensitif
dan suka diberi
perhatian. Lagi-lagi
perhatian dari si
isteri.
“Abang, Azie
ada tersalah cakap
ke? Abang terasa hati eh?”
Soalnya
risau.
“Alahai, isteri abang
ni cepat benar
panik. Takkanlah abang nak
terasa, sayang oiii! Sebab abang
tahu yang isteri
abang ni sayang
kat abang jer. Bukan
lelaki lain. Tapikan yang, abang
berkenan betul dengan
Ghaz Khuzairi tu. Bertuahlah siapa
dapat bermenantukan sGhaz Khuzairi
tu ye.”
“Azie pun
sama, bang. Berkenan betul Azie
dengan budak Ghaz tu,
kalau kita ada
anak perempuan sorang lagi, boleh
kenenkan dia
dengan anak kita. Hmm,
abang tak risau
ke anak dara
kesayangan kita tu, dah
lama berkawan dengan
Qaleef tu, takda ura-ura
nak menikah pun, bang. Saya risau
umur anak kita
tu dah 28
tahun, tapi tak
nampak nak ke
arah menamatkan zaman
bujangnya. Naik risau saya
dengan anak dara
awak tu. Qaleef tu
pun apa kurangnya. Memang baik
budaknya, Azie memang suka
kalau dia jadi
dengan Zara.”
“Yang,
soal nikah kawin
ni kita tak
boleh nak paksa
budak-budak tu nak
menikah kalau budak
berdua tu belum
bersedia. Kalau dipaksa nanti, lain
pulak jadinya. Apa-apa hal
nanti, kita pulak
disalahkan. Sayang jangan risaulah, Zara dan
Qaleef tu pasti
ada perancangan yang
baik untuk masa
depan mereka tu. Kita
sebagai orang tua
doakan yang terbaik
untuk mereka.”
“Azie bukan
apa, bang…budak berdua tu
dah lama jugaklah
berkawan, ke hulu ke
hilir bersama. Risaulah takut
mereka buat sesuatu
yang boleh memalukan
keluarga kita. Anak dara
kita sorang tu jer, bang.”
“Jangan terlalu memikirkan
yang bukan-bukan, yang.
Macam yang abang
katakan tadilah, kita sebagai
orang tua mereka,
haruslah mendoakan yang
terbaik dan mintak
dijauhkan perkara yang
tak elok berlaku. Kalau anak
kita tu sentiasa
pegang nasihat kita, Insha
Allah pandailah dia
bawak diri. Tapi kita
kena perhatikan dan
tegur jugak kalau
mereka buat sesuatu
yang tak sedap
mata kita ni
menengoknya. Setakat ni abang
tengok Qaleef tu
pandai hormatkan anak
dara kita tu. Sayang
jangan fikirkan sangatlah.”
Datuk Iskandar
menarik perlahan badan
Datin Aziah rapat
ke badannya dan
mencium penuh kasih
ke pipi si
isteri setelah usai
mengutarakan kata-kata untuk
memujuk si isteri
yang risau tentang
anak daranya itu. Tangannya menggosok
lembut belakang si
isteri, cuba menenangkan isteri
tersayang. Aduhai, romantiknya
bapak kau, Zara!
“Ehem...ehem!”
Datuk Iskandar
dan Datin Aziah
menoleh ke arah
suara yang berdehem
itu. Si anak dara
sudah melangkah masuk
ke bilik mereka, namun
mereka tetap masih berpelukkan manja.
“Sayang mama
nak apa? Tengok tu
bang…sajalah tu nak
kacau kita ni
nak beromantik suami
isteri.”
Datin Aziah
sengaja menggiat anak
daranya yang tampak
serba salah tu.
“Sorry, Zara bukan nak
ganggu si suami
isteri nak beromantik
bagai. Zara cuma nak
tanya barang yang
mama nak kirim
kat mama Sham
tu. Zara dan Sham
nak gerak balik
kejap lagi.”
“Ya Allah, sayang. Lupa pulak
mama. Takpa, nanti kejap
lagi mama hantar
barang tu kat
bawah ye. Zara tunggu
kat bawah, nanti mama
turun.”
“Okey, ma. Zara
tunggu kat bawah
ye, ma.”
Izzara sudah
mengatur langkah untuk
keluar dari bilik
tersebut. Namun sampai saja
di muka pintu, dia
berpaling.
“Mama...
papa , Zara tak nak
adik tau, sebab Abang
Iqram dan Kak
Yasmin on the way
nak bagi cucu
kat mama dan
papa. Lagipun kita dah
ada Rania Arissa
yang comel tu…
he he
he.”
Usik
Izzara sambil ketawa
kecil.
Dan belum
sempat Datin Aziah
membalas kata-kata anaknya
itu, Izzara bersuara semula
sambil tangannya menarik
tombol pintu, untuk menutup
pintu bilik tersebut.
“Next
time, kalau nak beromantik
bagai, sila tutup pintu
ni dulu ye. Takdalah
kena terjah... he he he.”
“Ya
Allah, budak bertuah ni, merapu
jer cakapnya.” Omel
Datin Aziah.
Datuk Iskandar
hanya mampu menggelengkan
kepalanya bila melihat
si anak daranya
sudah berlari keluar
menghala ke arah
lift untuk turun. Nakal
betul!
TIBA
sahaja
di bawah, Izzara menuju
ke ruang rehat
keluarganya. Sementara
menunggu mamanya turun, boleh
sembang-sembang dengan Shamzlin, Kak
Yasmin dan Abang
Iqram yang sedari
tadi rancak berbual. Dia
mengambil tempat duduk
bersebelahan dengan Abang
Iqramnya sambil memaut
manja lengan si
abang. Yasmin hanya tersenyum
bila melihat tingkah
si adik ipar
yang manja dengan
suaminya itu.
"Akak sangkakan
yang Ghaz tu dah kawin, rupanya masih single
lagi. Setia betul dia
dengan cintanya pada
arwah."
Ujar Sarah Yasmin yang
menjangkakan Ghaz Khuzairi
sudah memiliki keluarga
sendiri. Walaupun arwah Marlissa
itu sudah menjadi
isteri Ryan Arshad, cintanya Ghaz
Khuzairi pada si
jelita itu tetap
bersisa. Sejak arwah Marlissa
dimilikki oleh Ryan
Arshad, hati Ghaz Khuzairi
seolah-olah tertutup untuk
bercinta lagi dan
wanita yang jelita
yang cuba memenangi
hatinya hanya dipandang
sepi oleh si
kacak berkaca mata
itu.
"Setia betul
si Ghaz tukan
kak? Dahlah handsome giler, mana tak
si Anita tu
sanggup memusnahkan masa
depan orang lain
semata-mata cintanya tak
berbalas oleh Ghaz
tu."
Ujar Shamzlin
pula, yang terpesona
dengan kekacakkan ketika
kali pertama melihat
Ghaz Khuzairi. Nasib baik
tak ternganga mulutnya
tadi. Kalau tak, buat
malu ibu mengandung
jer! Tapi dia akui
memang si pilot tu
kacak dan berkarisma.
"Ececeh,
lain macam jer
kau puji si Ghaz tu, Sham? Dah
berkenan ke? Kalau kau
berkenan, aku boleh
tolong ejas untuk kau."
Sela Izzara
pula yang masih
duduk menyendeng di
sebelah abangnya.
"Ha'ah Sham, awak
tu single dan Ghaz
tu pun single.
Alright
le tu."
Sampuk
Iqram pula, mengusik Shamzlin.
"Tak salah
mencuba, Sham. Bertuah perempuan yang
dapat Ghaz tu. Baik, bertanggungjawab dan
penyayang pulak tu. Nak
pulak dah ada
Rania Arissa yang
comel tu. Haih, rugilah Sham
kalau tak mencuba!"
Giat
Yasmin pula, jadi nasi
tambah mengusik Shamzlin. Muka Shamzlin
sudah kemerahan,malulah tu bila diaorang
tu siap berpakat
nak mengenenkan dia dengan
Ghaz Khuzairi yang
kacak tu. Izzaralah ni, kalau
dia tak mulakan
mengusik dia dan
Ghaz Khuzairi tu, takdalah
Abang Iqram dan
Kak Yasmin tumpang
sekaki mengusik sama.
“Nak kena lempang
laju-laju agaknya si
Zara ni! Tak pasal-pasal
aku jadi bahan! Hampeh kau, Zara!”
Desis hati
Shamzlin, geram dengan Izzara
yang membahankan dia.
"Helo, Sham puji
dia jer okey! Tak
semestinya hati Sham
ni berkenan, Kak Yasmin
dan Abang Iqram. Dan
kau Zara, jangan nak ober
ye! Kang tak pasal-pasal
kau yang jadi
mak betul si
Rania Arissa. Hah, ternganga kau!"
Balas Shamzlin
yang geram dengan
Izzara mengusiknya.
Mentang-mentang dia tu
dah ada Qaleef, sibuk
nak jadi matchmaker bagai!
Izzara sudah
tergelak bila melihat
muka Shamzlin yang
kemerahan bila diusik. Sarah
Yasmin dan Iqram Arief hanya
tersenyum dan menggelengkan kepala
bila menyaksikan Shamzlin
dan Izzara sempat
bertekak tak mengira
tempat.
"Hmm, Kak Yasmin, ada
ke pilot yang pakai
cermin mata kak? Setahu
Zara pilot tak boleh
pakai cermin mata
kan? Tapi Ghaz tu
pakai cermin mata
pulak?"
Izzara bersuara, inginkan
kepastian.
"Ha’ah,
yelah Kak Yasmin. Sham
pun wondering jugak ni. Boleh
ke pilot
pakai cermin mata
segala ni kak?"
Sampuk Shamzlin.
"Boleh jer
kalau pilot nak pakai
cermin mata, asalkan
correctable 6/6
dan takda astigmatism.
Dulu MAS
memang takda pilot yang
pakai cermin mata
sebab company requirement. But
now dah boleh. So,
pilot boleh pakai
cermin mata atau contact
lens yang boleh
betulkan kerosakan macam
tu normallah. Kalau ada
masalah lain yang
serius contohnya kalau
calon tu rabun
yang power dia tinggi
sangat memang tak
bolehlah jadi pilot."
"Kak Yasmin,
correctable 6/6 tu
apa ye kak?"
Soal Izzara lagi.
"Oh, 6
tu means perfectlah. Macam ada seorang pilot
masa akak kerja
dulu, dia correctable 4/6. Means
dia boleh nampak
dari 4 kaki
apa yang orang
dengan mata perfect nampak
dari 6 kaki. Kalau
lagi teruk, lagi kecil
nombornya. Dan kalau yang power
seribu lebih mahu
jadi 2/6 or even 1/6. Kan
masa kita check mata
tu, jarak kita dengan
board tu
6 kaki, so line yang
kita start blur tu diaorang taulah
berapa jaraknya. Macam kawan
akak tu masa
dia start jadi pilot kat
MAS, dia dah pakai
cermin mata dah. Tapi
macam Ghaz tu, masa
akak still
dengan MAS dulu, dia
tak pakai cermin
matalah. Mungkin dia baru lagi tu kut pakai
cermin mata tu. Hmm, tapi
makin handsome
pulak dia berkaca
mata macam tu. Haih, makin ramailah
perempuan yang cuba
nak tackle dia. Melepaslah awak, Sham."
Sempat pula
Yasmin menggiat Shamzlin
tu.
"Oh,
patutlah ada client’s
Zara
ni, pilot jugak. Pakai cermin
mata, so Zara budgetlah
yang pilot
memang boleh pakai
cermin mata, tambahan pula client’s
Zara tu dah
lewat 30an. Agaknya sebab
faktor usialah kut
dia berkaca mata tu."
Sampuk Izzara
pula.
Suara Datin
Aziah membantutkan perbualan
mereka seketika.
Masing-masing yang ada
situ memandang ke
arah suara tersebut
yang sedang menyatakan
sesuatu pada Izzara.
"Zara, ini
dia barang yang
mama nak kirim
kat mama Sham
tu. Nanti sampaikan salam
mama kat dia
ye. Sayang mama ni, elok-elok
sikit kat rumah
orang. Jangan bangun lambat,
sayang. Tak manis.
Ringan-ringankan tangan tu
bantu apa yang
patut."
Pesan Datin
Aziah sambil meletakkan
paperbag berwarna
coklat itu ke
atas meja. Kemudian, dia duduk
bersebelahan dengan Shamzlin.
"Auntie Azie, kalau free jomlah
kita balik kampung
Sham sama-sama. Mama teringin
sangat nak jumpa dengan auntie."
Ajak
Shamzlin sopan sambi
matanya menghala ke
wanita yang tetap
jelita itu walaupun
usianya sudah menginjak
lewat 50 an.
"Auntie mintak maaflah
Sham, bukan auntie tak
sudi tapi auntie ada
program amal untuk
Rumah Anak Yatim
Cahaya Kasih weekend ni. Insha
Allah, nanti kalau
ada kelapangan auntie bawaklah
uncle sekali
ke kampung Sham
tu. Kalau mama dan
ayah Sham tu
turun ke KL, suruh
diaorang ke rumah
ni, Sham."
"Insha Allah, auntie.
Nanti Sham bagitau
mama Sham. Hmm... Zara, dah takda apa
lagi dah kan? Kita
gerak baliklah Zara. Dah
pukul 11 lebih
dah ni."
Usul
Shamzlin sambil melihat
sekilas jam ditangannya.
"Ha'ahlah, dah 11
lebih
dah rupanya. Jomlah Sham, kita
balik." Izzara dan
Shamzlin bangun dari
duduk dan masing-masing
bersalaman dengan mereka
yang ada di
situ.
"Sayang ingat
ye pesan mama,
elok-elok kat rumah orang ye, sayang."
Datin Aziah
mengingatkan lagi si
anak daranya sambil
memeluk manja dan
mencium kedua-dua pipi
si jelita itu.
"Ye,
ma. Insha Allah Zara
taulah bawak diri
nanti. Lagi pun Zara
dah kenal dengan
family Sham, ma. Mama ni risau betul
tau."
Balas Izzara
manja. Dia turut menyalami
papanya, Iqram Arief dan Sarah Yasmin.
Usai bersalaman
dan berpamitan, Izzara dan
Shamzlin melangkah keluar
untuk ke kereta
masing-masing. Namun Datin Aziah
sempat menegur sesuatu
pada dua gadis
pingitan itu.
"Zara,
Sham.. kamu berdua balik
macam ni jer
ke? Tak tukar baju? Takkan
balik dengan pyjamas ni?"
Soal Datin
Aziah hairan dengan
anak gadis berdua
tu, selamba jer keluar
rumah dengan baju
tidur.
"Alahai,
mama kusayang… kitaorang terus
balik ke rumah
la, ma. Tak singgah memana
pun. Risau betul mama
ni tau!"
"Tak manis
sayang oii! Anak dara keluar
dengan pyamas begini. Kalau kawan
mama ke atau siapa yang kenal kamu
berdua nampak keluar
malam-malam begini dengan
pyjamas, tak kenalah. Dah, jangan nak
menyinggah memana pulak. Terus
balik!"
Izzara hanya
tersengih bila mamanya
membebel, memang patut pun
orang tua tu
bising. Shamzlin yang memakai
cotton polkadot
pyjamas Victoria's Secret
itu turut tersengih
sama. Dia yang datang
sehelai sepinggang tadi, apa
lagi pyjamas Izzaralah dirembatnya. Datin Aziah
tak tahu yang
si gadis berdua
ni sebenarnya dah
pernah ke Mc
Donald dengan pyjamas segala
semata-mata memasing layan
mata tak boleh
tidur dengan melepak
sambil menikmati burger di
situ. Part ni
memang dua sekawan
ni main taram
jer, ikut mana sempat
jelah! Walaupun ada
mata-mata yang semacam
tengok si jelita
berdua ni yang
selamba lepak dengan
pyjamas bagai. Alah, ada mamat
tu selamba jer
dengan kain pelekat
bagai ke Mc
Donald. Apa ada hal! Janji
hati suka dan
perut kenyang!
"Okey ma. Kitaorang
terus balik rumahlah."
Jawab Izzara
lalu masuk ke
keretanya dan menghidup
enjin kereta. Beberapa minit
kemudian, Honda City dan Toyota Vios
milik dua jelita
itu perlahan meninggalkan
banglo 3 tingkat
tersebut.
HATI Ghaz
Khuzairi masih berdebar
bila mengingatkan situasinya
dengan Izzara tadi. Sudah
lama dia tak
berperasaan begini. Walaupun ramai
wanita jelita dan seksi yang
cuba menambat hatinya
namun di pandang
sepi dan tidak
menggugat naluri lelakinya. Hanya kekasihnya, arwah Marlissa
yang mampu mengocak
jiwa lelakinya itu. Entah
kenapa malam ni, perasaan
yang pernah dia
alami ketika dengan
arwah Marlissa seolah-olah
terbit semula rasa
itu ketika matanya
bertentangan dengan mata
Izzara dan naluri
lelakinya terusik bila
melihat si jelita
itu tampak seksi
dengan satin pyjamas yang
dipakainya tadi. Dengan rambut
ikal milik si
jelita itu yang
terliuk lembut ketika
ditiup angin malam
menjadikan dirinya tak
keruan! Dan dadanya seakan
dipalu kencang bila
haruman Miss Dior Cherie
yang pernah menjadi
wangian kegemaran Marlissa
menusuk ke hidungnya
ketika mendekati Izzara
tadi. Sesak dadanya bila
berdua dengan Izzara
tadi.
Ya Tuhan, takkanlah aku
dah jatuh suka
dengan Izzara kut? Tapi
kenapa perasaan dan
naluri lelaki tiba-tiba
terusik bila melihat
Izzara malam ni? Adakah
sebab Izzara itu
seolah-olah jelmaan arwah
Marlissa atau kerana
memang si jelita
itu tampak seksi
dengan pyjamas dari fabrik
satin yang dipakainya
yang sesekali menampakkan
lekuk tubuh wanita
itu yang mengusik
jiwa dan naluri
lelakinya bila baju
si jelita itu
ditiup angin malam?
Dia akui, walaupun kisahnya
dan arwah Marlissa
hanya tinggal sejarah, namun sedikit
sebanyak rasa cinta
dihatinya terhadap arwah
masih bersisa walaupun
hatinya redha menerima
takdir Tuhan yang
arwah dulu bukan
jadi milik mutlaknya. Rasa cinta
dan kasihnya pada
Marlissa tetap bertamu
dihatinya walaupun dia
sedar adalah salah
bila menyimpan rasa itu
pada wanita yang
sudah menjadi isteri
orang. Dan kerana itulah, hatinya seakan
tertutup untuk menerima
dan bercinta dengan
wanita lain selain
arwah Marlissa.
Bukan dia
tidak pernah mencuba
untuk menerima insan
lain yang berusaha
mengetuk pintu hatinya, tapi
hatinya seakan-akan tertutup
menerima insan lain. Namun
dia masih tertanya-tanya kenapa
malam ni rasa
itu terbit semula
setelah lama 'terkubur'
dijiwanya? Takkan dia sudah
jatuh cinta dengan
Izzara yang tak
ubah seperti arwah
Marlissa itu? Ya Tuhan,
takkan aku jatuh
hati pada wanita
sudah menjadi milik
orang lain. Cincin yang
tersarung di jari
manis si jelita
itu sudah menunjukkan
bahawa Izzara sudah
punya yang istimewa
di hatinya.
“Ya Allah,
berikanlah aku pertunjuk. Janganlah disebabkan
perasaan di hatiku
ini menjadikan aku
mengharap pada insan
yang hatinya bukan
untukku. Aku mohon padaMU, Ya
Allah.”
Desis hati
Ghaz Khuzairi sambil
mengurut perlahan dadanya
yang masih berdebar-debar bila
mengingatkan si jelita, Izzara.
"Daddy, kenapa? Sakit dada ke?"
Soal Rania
Arissa yang terbaring
di tempat duduk
penumpang, sedari tadi memerhati
daddynya. Dia pelik
bila Ghaz Khuzairi
yang nampak macam
mengelamun itu tiba-tiba
mengurut perlahan dadanya. Macam menahan
sakit dada pun
ye jugak!
Ghaz Khuzairi
tersentak dari lamunan
bila mendengar suara
halus milik anaknya
itu. Eh, bukan dia ni
tidur ke tadi. Yang
dia pun satu, boleh
pulak memandu sambil
mengelamun. Bahaya betul!
"Hmm, daddy okey
jer, sayang. Tak sakit apa-apa
pun. Eh, bukan anak daddy ni
tidur ke tadi?"
"Hmm, mata dah
tak mengantuklah, daddy. Daddy, nak pasang
CD boleh? Rania nak
dengar lagu Thank You
Allah, boleh tak daddy?"
Mudahnya
jawapan si anak, tadi
bukan main lagi merengek-rengek nak
balik sebab dah
mengantuk sangat. Sekarang boleh pulak siap
nak dengar lagu
kegemarannya. Nakal ye, anak daddy ni!
"Boleh,
sayang tapi Rania
pasangkan CD tu ye,
daddy
tengah drive ni, sayang."
“Okay, daddy."
Rania Arissa
mengambil CD yang
memuatkan lagu kegemarannya
itu lalu memasangnya. Bila lagu Thank
You Allah yang
dinyanyikan oleh kumpulan
Raihan itu berkumandang,
Rania Arissa turut
menyanyi sama. Dia sudah
hafal setiap lirik
lagu tersebut walaupun
ada beberapa lirik lagu bahasa
Inggeris tu tak
berapa nak betul
sebutannya. Mahu tak menghafal
kalau setiap kali
masuk jer ke
kereta daddynya, lagu inilah yang
dimainkan si comel
itu. Antara lagu yang
diajar oleh cikgu
di tadikanya.
The sky
is clear
The air is clean
The land is green
Thank you Allah
The air is clean
The land is green
Thank you Allah
The
path we walk
The lines we talk
The thing we see
Thank you Allah
Thank you Allah
The lines we talk
The thing we see
Thank you Allah
Thank you Allah
Say
Thak You Allah
Thank You Allah
Thank You Allah
When I
sleep
When I eat
When I breath
Thank You Allah
Thank You Allah
When I eat
When I breath
Thank You Allah
Thank You Allah
Say
Thank You Allah
Thank You Allah
Thank You Allah
In the
night or in the day
Every morning after prayer
I'll never forget to say thank you
Every morning after prayer
I'll never forget to say thank you
There
are times when I'm alone
Feel alright or not so strong
I'll pray to you and say
Feel alright or not so strong
I'll pray to you and say
Thank
You Allah
Thank You Allah
Thank You Allah
So
friends everytime remember
Allah The Most Merciful
Say Thank you Allah
Thank You Allah
Allah The Most Merciful
Say Thank you Allah
Thank You Allah
(
Thank You Allah
by Raihan )
“Kenapa kita
kena say thank you
kat Allah, daddy?”
Polos si
manja bertanya.
“Rania,
kita kena say thank
you kat Allah
sebab Allah yang
menciptakan kita, bagi kita
rezeki, bagi kita sihat.”
Jawab si daddy
dengan lembut, yang tenang
memandu itu
“Rezeki tu apa,
daddy? Kalau kita
sakit tu, tandanya
Allah marah ye
sebab kita tak say
thank you kat
Dia ye, daddy?”
Soal si manja
lagi, bulat matanya memandang
ke arah Ghaz
Khuzairi. Nampak curios
sangat dengan apa
yang ditanyanya tu.
“Sayang, rezeki
tu macam daddy pergi
kerja, dapat duit lepas
tu beli makanan
untuk kita makan, beli
baju Rania, daddy beli kereta
dan rumah, lepas
tu bayar tadika
dan daycare
sayang. Semuanya itu adalah
rezeki yang Allah
bagi kat kita, sayang. Kalau kita
sakit, bukan bermaksud Allah
tak sayang kat
kita, Allah bagi kita
sakit tu, sebab
Allah nak uji
kita. Kalau sayang nak tahu,
sakit yang Allah
bagi tu adalah
penghapus dosa-dosa kecil
kita, sayang.”
“Hmm,
daddy, macam mana
kita nak say thank
you kat Allah, daddy?”
“Kan daddy selalu
suruh Rania solat, ajar
sayang mengaji. Itu antara
cara kita nak say
thank you kat
Allah, sayang.”
“Daddy, tadi atuk
ajar Rania baca
surah Al-Fatihah sebab
Rania tak bawak
buku Iqra, jadi atuk
ajar baca surah
Al-Fatihah jer tadi.” “
Yeke,
sayang? Takpa, nanti daddy
belikan buku Iqra
untuk sayang bawak
ke rumah atuk
ye. Nanti boleh atuk
ajar sayang mengaji
Iqra ye.”
“Okay, daddy. Hmm... daddy, kita tidur
rumah Tok Pa dan Tok Ma
ye
malam ni?”
“Ye,
sayang. Esok daddy nak kerja
dah. Sayang duduk dengan
Tok Pa dan Tok Ma, ye. Lagi
pun esok mak su Zati
balik. Dia cuti seminggu.”
“Hah?
Mak Su
balik esok? Bestnya daddy! Rania
dah lama tak
jalan-jalan dengan mak su!”
Ghaz Khuzairi
tersenyum bila melihat
reaksi Rania Arissa
yang ceria bila
dapat tahu mak
su Zatinya balik
esok. Sukalah sebab ada
yang bawak dia
keluar jalan-jalan nanti.
>>>>>> bersambung
P/S : Jangan marah coz Nina memang 'melepas geram' bubuh gamba Abg Ghaz bebyk kat n3 ni..:) Ohhh melting!..:P
smbng lagiiiiii... best2
ReplyDeleteWahhhh...Insha Allah nanti Nina up n3 lagi ye, yunk..hari2 xbolehlah xsiap keje Nina nanti..hahha
DeleteBtw, Thanks 4 reading TAS,dear ~hugs~
Dear, seriously i'm melting too....hahaha and tak sangka you "fall in love" with CB too. Anywy Philippians ni ramai stock hero yg hot. And tq with that info,dah takder rzki my cousin kot nak jdi pilot.hihihi
ReplyDeleteHug...Hug...Hug for you 2
From :Yaya
Yaya Darling...thanks ya coz suggest CB utk abg Ghaz..honestly, muka CB tu mmg yg Nina imagine kan utk watak Ghaz Khuzairi..Nina tak sangka pulak yg Philipian artist ni hensem2 ye coz Nina ni bkn jenis nk melayan tv sgt..hehhe
DeleteThanks jugak coz bertanya. Shud thanks to d real abg Ghaz yg tlog kasi info ni..:)
Hugs & Kisses for you,dear :)
Izzati Aisyah:
ReplyDeletekaki shopping ek?x de lah akak...saya bukan kaki shopping, saya kaki novel jer..ahaks!..nama je sama tapi dlm cerita nie minatku x sama dgn zati...hehehe...best3x...x sabar nak tunggu smbungan...x maulah Izzara dengan Qaleef..nak dia dgn Ghaz Khuzairi gak...hehehe
hhhahah....kesian nama kene jual kaki shoppin ye, Zati
DeleteDear,kita tgk endingnya camne ye..:)
Btw, Maksu Zati fav Rania tu..Rania suka mengekor jln2 hehe
Thanks, Zati ~hugs~
it'okay kak Nina...glamour nama I sebab ada dlm novel TAS...
Deletelove u more...hugss~
Insha Allah, mudahan dpt jd novel :)
DeleteThanks,Zati darling ~hugs~
baru dapat menerjah TAS...ehem2...Ghaz...dalam hati ada taman ek? agk2nya chenta Zara nanti beralih arah ek Ghaz tak Nina? hihihihi...
ReplyDeletepsssttt.. tu tnda nk mntak n3 baru tu....:)
best sis...nk lagi...
(Leen MyHaneza)
Hi kak Leen shayangg...Thanks ya coz sempat nk menerjah TAS kat sini..hehhe
DeleteGhaz dah jatuh chenta balik dah setelah btahun perasaan tu xde..hehe
Tapi Izzara setia orangnya :)
Wahhh...nak n3 baru????????????????????? cer tgk question mark tu..hahha
Insha Allah, nnt free Nina up lg entry ya :)
Thanks & hugs
Buatlah zara terjatuh chenta kat ghaz n sebaliknya .. Qaleef bgi kat watak yg lain lak.. nak n3 sambongan cik writer ..
ReplyDeleteWahhh....Izzara tu setia giler..caner ek?..heheh
DeleteTakpe, nanti kita tgk ending dia caner ye,dear :)
Thanks 4 reading TAS ~hugs~