BAB 13 : TERIMA AKU SEADANYA.
QALEEF mengatur
langkah keluar dari
Masjid Umar selepas
menunaikan solat Zohor
di situ. Bukan hanya
Masjid Umar yang
ada di sekitar
situ, malah terdapat banyak
masjid di Sheffield. Setiap kawasan
memang disediakan sebuah
masjid dan Masjid
Umar adalah antara
masjid yang rajin
dia kunjungi kalau
dia ke Sheffield. Penerbangannya ke
Malaysia dijadualkan pada
esok hari iaitu
Isnin dan dia
berharap tidak ada
perubahan untuk jadual
penerbangannya memandangkan hatinya
sudah tidak sabar
menjejak kaki ke
Malaysia dan tidak
sabar meluangkan masa
dengan sang kekasih
yang dirinduinya. Oh, my
Izzara sayang!
Dan hari
ini, memandangkan segala
tugasnya sudah selesai, dia
mengambil peluang untuk
ke London bertemu
dengan Danial, sepupunya yang
sudah bertahun bekerja
dan menetap di
London. Dia sudah memaklumkan
pada sepupunya itu
dan mereka berdua
sudah tak sabar
untuk bersua muka
dan berborak panjang.
Dah alang-alang
nak ke London
ni, pastinya dia akan
mengunjungi Restoran Melur. Restoran yang
menjadi pilihannya bila
ke kota tersebut
kerana restoran itu
memang ada menyediakan
masakan Melayu. Sedap pulak
tu! Antara menu yang
menjadi kegemarannya bila
dia mengunjungi restoran
tersebut adalah Nasi
Goreng Istimewa yang
dihidangkan bersama dengan
satay, keropok,udang dan telur. Malah,
Kari Laksa yang
turut terdapat di
restoran tersebut juga
merupakan menu pilihannya
dimana rempah untuk
kari laksa itu
diimport dari Malaysia. Udang, sotong dan fishball
yang dicampurkan dalam
kari laksa tersebut
menambahkan rasa sedap
hidangan itu. Haih, tak sabar
pulak nak lepak
kat restoran tu
nanti!
Di Sheffield
bukannya tiada restoran
yang menyediakan makanan
halal, malah terdapat banyak
restoran yang menyajikan makanan
halal seperti restoran
Laventine, Lahori, Red Sea, Manu
Salwa dan Palmera.
Orang Malaysia yang
ada di sekitar
Sheffield ni sering
menjamu selera di
restoran-restoran tersebut.
Di Sheffield banyak
menyajikan nasi Arab
dan Pakistan, jadi Nasi Beriani, Nasi
Mandi dan Nasi
Kudirstan serta semua
jenis lauk arab
memang mudah didapati
di sini.
Piza dan burger
juga senang dan
murah didapati sini. Kalau
soal mencari makanan
halal di Sheffield
ni, bukan masalah
besar buat Qaleef
lagi pun dia
memang kerap juga
ke sini atas
urusan kerjanya dan
sudah biasa dengan
persekitaran di sini. Tapi
yang menjadi masalah
bila dia terpaksa
berjauhan dengan sang
kekasih. Kalau soal hati ni memang
payah beb! Kalau dah
10 hari terpisah
memang parah jugaklah
hati menanggung rindu
yang bertamu di
kalbunya. Tapi nak buat
macam mana, dah tuntutan
kerjanya begitu!
Bila terkenangkan
Izzara yang jelita
tu, hatinya kembang setaman
bila si gadis
cantik sudi menerima
lamaran ketika di
KLIA tempohari. Dan soal
untuk menghantar rombongan
merisik sudah dia
maklumkan pada kedua
orang tuanya tentang
hajatnya itu melalui
panggilan telefon dua
hari lepas. Dan pastinya
ibu dan daddynya setuju
dan gembira kerana
mereka memang ternanti-nanti si
anak teruna mereka
menamatkan zaman bujangnnya.
Umur
si Qaleef tu dah 32
tahun, pastinya sebagai ibubapa
risau jika si
anak tak kawin
sampai sekarang! Lagi pun
ibu dan daddy Qaleef
memang berkenan benar
dengan Izzara tu. Tiba-tiba
terbit senyum di
bibir nipis si
kacak itu bila
teringat ibunya sudah
merancang bermacam-macam untuk
majlis perkahwinannya nanti. Dan
ibunya beria-ia memastikan
majlis itu nanti
menjadi kenangan yang
terindah bagi dua
mempelai tersebut.
Tambahan pula
ibunya sudah teringin
benar nak menimang
cucu. Takpa bu, Qaleef akan
bagi 10 orang
cucu untuk ibu
dan daddy. Bisik hati
Qaleef. Geli hati pulak
dia bila teringat
usikannya pada Izzara
yang dia inginkan
anak 10 orang. Tak
keruan si jelita
itu bila si
kacak menyuarakan hasratnya
ya satu itu. Teringat
dia pada detik
pertemuannya dengan Izzara
yang tak terduga
itu, dan dari situlah
mulanya bibit-bibit cinta
mereka.
Dua Tahun
Lalu....Bila Dua Hati
Menjadi Satu.
IZZARA memerhati
sekeliling pemandangan di
Taman Tasik Shah
Alam itu. Tak sangka
petang begini ramai
pulak orang yang
berkunjung kat situ. Ada
yang berjongging, ada yang
berkelah tepi tasik
tu dengan keluarga, ada
yang duduk lepak
dengan rakan-rakan di
bangku yang terdapat
di taman tersebut, dan
ada yang sibuk
mengambil gambar persekitaran
taman tasik tersebut
dengan kamera masing-masing. Dia sendiri
tak menyangka boleh
sampi ke sini. Tak
pasal-pasal dia diangkut
sama oleh Shamzlin
yang sibuk nak berjongging bagai! Tapi
dia tak sangka
pulak sampai ke
sini si minah tu
nak berjongging. Ingatkan
Shamzlin bawak dia
ke Tasik Subang yang
berdekatan dengan Hotel Holiday
Villa Subang atau
lebih tepat, belakang Sime Darby
Medical Centre. Itu memang port
Shamzlin berjongging.
“Mengarut betul
minah ni, dia yang
nak berjongging, aku pulak
yang terheret sama. Jauh
pulak tu! Ada ke
sampai ke Shah
Alam ni diangkutnya
aku! Nasib baiklah aku
sempat rembat DSLR
aku ni, bolehlah sambil
menunggu dia berjongging
tu
aku tangkap gambar
yang cun kat
sini.”
Bebel Izzara
dalam hati bila
terkenangkan sahabatnya itu
sibuk mengajaknya berjongging masa
di rumah tadi. Dia
memang tak minat
nak berjongging bagai ni. Baik
petang-petang cenggini
layan Channel Astro yang
macam-macam program TV
yang best! Tapi kasihan pulak
bila Shamzlin dok
sibuk merayu bagai
tadi, tu yang dia
terpaksa bersetuju dengan
cadangan sahabatnya itu.
“Takpalah,
okey jugak kalau
aku lepak kat
taman tu sambil
cuci mata atau
ambil gambar yang
cun-cun. Untung-untung dapat tangkap
gambar lelaki handsome. Tak pun dapat
tangkap gambar Masjid Sultan
Salahuddin Abdul Aziz
Shah, yang tak jauh
dari taman tasik
tu pun okey
jugak!”
Bisik hatinya
sedikit nakal, tau nak merembat
gambar lelaki kacak
jer! Sememangnya aktiviti mengambil
gambar memang hobinya. Kalau berjalan
atau bercuti ke
mana-mana, pastinya dia
tak lupa membawa
Nikon DSLR D7000 with
18-105 lens miliknya
itu.
Shamzlin sudah
entah ke mana, katanya
tadi nak pusing
10 kali tasik
tu. Memang gila! Tak pengsan
ke minah tu
nanti? Tasik yang besar
macam tu nak
dipusingnya 10 kali. Jangan
Izzara jadi mangsa
mengangkutnya ke kereta
balik nanti sudah! Badan
dah kerempeng macam
tu pun sibuk
nak jogging, nak kurus
lagi katanya!
“Haih, tak paham
betullah dengan Sham
ni, kalau dah kurus
sekeping sangat mana
lawa! Memang sah-sah takda
lelaki yang nak
kat kau nanti
Sham!”
Bebel Izzara
lagi sambil kakinya
mengatur langkah untuk
meneroka sekitar taman
tasik itu dengan
memegang Nikon DSLR D7000
with 18-105 lens
miliknya itu. Projek pertamanya
adalah ingin mengambil
gambar masjid biru
yang tersergam indah
di hadapannya itu.
Ketika dia
ingin mencari port yang
sesuai untuk mengambil
gambar Masjid Sultan
Salahuddin Abdul Aziz
Shah yang popular
di Shah Alam
itu, tiba-tiba dia terdengar
petikan string gitar. Dia memang
pantang part bunyi gitar
ni. Memang haruslah kepalanya
menoleh ke arah
bunyi petikan string gitar
yang menggoda deria
pendengarannya itu!
Matanya terarah
ke bangku yang
dihadapannya. Tidak jauh dari
tempat dia berdiri. Kelihatan seorang
lelaki yang membelakanginya sedang
memetik gitar akustik. Wah! Paling membuat
hati Izzara teruja
ialah bila si
lelaki memetik string classical
guitar dengan memainkan
instrumental lagu Hotel
California dari kumpulan
The Eagles. Ouchh, memang betul-betul
membuat hatinya tergoda! Si
lelaki nampak begitu
santai memetik string classical
guitar!
Dan yang
mengagumkannya, bukan semua yang
minat bermain gitar
ni boleh memetik
string gitar
untuk memainkan lagu Hotel
California kerana lagu
tersebut memerlukan teknik
plucking yang
berbeza-beza. Kira si lelaki
yang di hadapannya
itu seorang yang superb
jugaklah dalam bab
gitar ni. Dahlah dengan
classical guitar
bagai tu! Memang cunlah
bunyi instrumental lagu tersebut! Leka Izzara
seketika mendengar instrumental lagu Hotel
California yang dimainkan
oleh lelaki tersebut.
Dalam Izzara
leka melayan petikan string
gitar itu, dia perasan
si lelaki seolah-olah
jauh termenung. Huh, memang hebatlah, dalam termenung
tu boleh pulak
sempoi memetik string
gitar akustik tu
dengan memainkan lagu Hotel
California! You’re so
awesome, man! Entah macam mana
terdetik di hati
Izzara untuk curi-curi
menangkap gambar si
lelaki yang berbadan
tegap itu. Memang scene yang
menjadi favouritenya. Lelaki dan
gitar!
“Alah, bukan mamat
tu perasan pun
kalau aku curi-curi
ambik gambar dia. Dia
dah sedap termenung
melayan perasaan sambil
memetik string gitar, ntah-ntah layan
hati dia yang frust
kut! Lagi pun bukan
aku amik dari
arah depan, dapat curi-curi
ambik dari arah
belakang dan tepi
pun dah cun! Agaknya
muka mamat ni
tak handsome kut? Harapkan badan dia jer
yang sasa tu! So,
kira tak rugilah
kalau tak ambik
dari arah depan.”
Bisik Izzara
dalam hati sambil
tangannya cekap menangkap
gambar si lelaki
yang sedang memetik
gitar itu.
Setelah itu, dia
yang masih berdiri
tidak jauh dari
bangku yang diduduki
oleh lelaki itu, leka
melihat semula gambar-gambar
yang diambilnya tadi. Ketika
dia leka meneliti
setiap gambar di
DSLRnya, tiba-tiba haruman Davidoff Cool Water menusuk
hidungnya, seolah-olah si pemakai
wangian tersebut dekat
dengannya. Dia mengangkat kepala, memandang di
hadapan, tapi tiada siapa
yang di hadapannya
saat itu. Akan tetapi hidungnya
masih terbau haruman
tersebut. Haish, naik seram
pulak dia! Dahlah
nak Maghrib ni. Waktu begini hantu bersepah sana
sini! Tiba-tiba meremang bulu
romanya!
“Best
sangat ke curi-curi
tangkap gambar I tu?”
Lembut suara garau
menerjah ke telinga
Izzara.
Nak gugur
jantungnya bila mendengar
suara garau yang
menyapa gegendang telinganya. Dia menoleh
ke arah suara
tersebut. Sesak dadanya bila
si lelaki tadi
sudah berada di
belakangnya, dekat pulak tu! Namun, Izzara tergamam
seketika bila matanya
bertentangan dengan mata
lelaki yang memetik
string classical
guitar yang berwarna
coklat tadi. Ya Allah,
kacaknya dia! Begitu juga dengan
lelaki yang di
hadapannya itu seolah-olah
tergamam sama bila
melihat si jelita
di hadapannya.
“Ehem, mana ada I
curi-curi tangkap gambar
youlah! Dah memang
you ada
kat depan tu. Lagi
pun ni kat
tempat public
kan? So, tak
salah rasanya kalau I
tangkap gambar you tengah
main gitar. Bukan I usik you
main gitar pun.”
Jawab Izzara
selamba, cuba membela diri. Sempat
pula dia berdehem
bila lelaki di
hadapannya itu tergamam
bila mereka bertentangan
mata. Dan Izzara terkantoi bila
jejaka kacak itu
dapat tau dia curi-curi mengambil
gambar lelaki itu
dengan DSLRnya.
“Cik yang
jelita, memanglah taman tasik
ni kawasan public tapi you
kena ingat, I ni
bukan reta public yang
boleh orang sesuka
hati nak tangkap
gambar I
segala. Bak sini DSLR you
tu, I nak
delete semua
gambar I
yang you dah tangkap
tadi. Nanti entah apa-apa
you nak buat dengan
gambar I ni nanti.”
Qaleef menghulurkan
tangannya pada Izzara, inginkan kamera
yang dipegang erat
oleh si jelita
itu.
“Muka jer
jelita tapi suka-suka
dia jer nak
curi tangkap gambar
orang!”
Omel Qaleef
dalam hati. Bukan boleh
percaya perempuan sekarang
ni, kadang-kadang muka jer
lawa tapi kepala
tak betul! Hangin jugak dia
tadi bila melihat
gambarnya ada di
dalam DSLR milik
Izzara. Bukan dia tak
perasan yang si
jelita tu curi-curi
menangkap gambarnya sedang
memetik string
gitar! Berani betul perempuan
ni!
Namun Izzara
seakan enggan menyerahkan
DSLRnya itu kepada
jejaka tersebut. Alahai, sayanglah kalau
mamat tu delete gambar-gambar
yang sempat dia
tangkap tadi. Dahlah memang
gambar tu favourite scene
dia! Bukan senang nak
dapat tangkap gambar
cenggini! Silap hari
bulan dia boleh
kena hempuk dengan gitar
oleh yang empunya
badan sebab berani
curi-curi tangkap gambar
tanpa kebenaran!
“Ermm, encik apa entah nama you tapi I
tak kisahlah nama you
apa tapi I mintak
maaflah sebab curi
tangkap gambar you sedang
main gitar tadi. Hmm,
sebenarnya I
ni tak boleh
tengok orang main
gitar, pasti I
tangkap gambar kalau
ada kamera di
tangan I ni. Dan I nak
mintak jasa baik you, izinkan I simpan
gambar ni ye? Kalau
you nak I bayar pun, I sanggup bayar
sebab I sayanglah nak delete
semua gambar yang I
dah tangkap tadi."
Kata Izzara
dengan lembut berbaur
memujuk si kacak. Dia cuba berdiplomasi
dengan jejaka yang di hadapannya
itu. Malas nak gaduh-gaduh, lagipun lelaki
tu nampak cool jer. Takda
riak marah atau
nak menengking bagai.
Dan Qaleef
tersenyum bila mendengar
kata-kata Izzara sebentar
tadi. Minah di hadapannya
itu walaupun agak
sengal dan nakal
sebab curi-curi menangkap
gambarnya tadi tapi
masih ada kesopanan
dan kelembutan dalam
bertutur. Sanggup pulak tu
mintak maaf! Tapi dia
hairan jugak, apa
yang best sangat gambar
orang memetik gitar
sampai perempuan itu
sanggup nak bayar
segala? Special jugak
minat minah ni ye!
Tiba-tiba terbit idea
di kepalanya. Gadis lawa
dan sopan cenggini
mana
boleh lepas macam
tu jer! At least kasi
‘ikat’ sikitlah dan
jangan kasi lepas kat
orang lain! Hati dah
terpesona dah ni
dengan kecantikkan dan
kelembutan serta kesopanan
si jelita itu!
“Okey,
kalau macam tu
sebagai balasan gambar
I yang
telah you curi-curi tangkap
tu, I akan
halalkan gambar-gambar tu
dengan syarat you bagi contact
number you dan you
kena belanja I lunch
or dinner, deal?”
Terbit senyuman
di bibir nipis
milik Qaleef bila
melihat si jelita
di hadapannya itu
tidak keruan dengan
syarat yang dia
utarakan sebentar tadi.
"Hmm, is it
okey if I
just give you
my contact number, encik?"
"Don’t call me
encik, call me Qaleef, please! Anyway, there are only
2 conditions here
and if you
don’t agree to
them, I’ll have to
delete all the
pictures you have
taken."
Serius nada
suara Qaleef walaupun
lembut dia menuturkannya.
Izzara
berkira-kira dalam hati, dia
nak bersetuju ke
tak dengan syarat
si kacak hadapannya
itu. Inilah padahnya kalau
dah buat salah
kat orang! Haish, masalah betullah kalau
dah terkantoi cenggini!
Kalau tak setuju
kang tak pasal-pasal
gambar yang dia
curi-curi tangkap tadi
kena delete oleh mamat
tu. Ala, sayanglah pulak kalau didelete! Gambar cun tu!
Setuju ajelah Izzara
oii! Ini nasib
baiklah si jejaka
kacak tu boleh
cakap elok-elok lagi
kat kau, kalau orang
lain dah kena
tengking gamaknya sebab
suka hati kau jer nak
curi tangkap gambar
orang. Kira beruntunglah jumpa
mamat yang cool macam
tu!
"Then, give me your
handpone. I nak bubuh
nombor telefon I kat
handphone you."
Qaleef tersenyum
seraya meletakkan iPhone 4
miliknya ke telapak
tangan Izzara. Dan Izzara
menaip nombor telefonnya
ke iPhone 4 milik
Qaleef dan usai
itu dia menghulurkannya pada
si kacak itu.
"Okay, good girl! I'll
set time for
our lunch or
dinner ya. I'll call
you, sweetie."
Kata
Qaleef dengan senyuman
di bibirnya. Nombor yang
ditaip di iPhonenya tadi
sempat didailnya. Cuba memastikan
samaada si gadis
itu tidak menipunya. Bila nombor
itu didail, kedengaran Blackberry milik
Izzara berdering. Dan Qaleef
tersenyum puas!
“No
worries, I will keep
my word, Qaleef. If
anything comes up, just
give me a
call, okay? Anyway, my name is Izzara, you
can call me Zara. I
admit it was
my bad, taking picture
of you playing
your guitar without
asking. I’m really sorry
about that. And thanks
for not deleting
the pictures.”
"Okay, Zara. Once I’m
free, I’ll set a date for
our lunch or
dinner, then I’ll
call you."
IZZARA meletakkan
keretanya tidak jauh
dari Restoran Victoria Station, Ampang. Dia ke
sini adalah untuk
memenuhi permintaan Qaleef
untuk makan malam. Bila
teringatkan peristiwa siang
tadi, nak gugur jantungnya
bila Qaleef sanggup
berkunjung ke Excellent
Investment Berhad,
semata-mata untuk bertemu
dengannya. Ini kali kedua
dia menerima pelawaan
Qaleef untuk keluar
bersama setelah keluar
lunch bersama
kali pertama tempohari
bagi memenuhi syarat
si lelaki itu. Dan
kini hampir 3
bulan mereka sudah
mengenali antara satu
sama lain, hanya
melalui panggilan telefon.
Bukannya Qaleef tidak
pernah mengajaknya keluar
selepas itu tetapi
Izzara sering beralasan
yang dia sibuk. Kenalah jual
mahal sikit, beb!
Sampai saja
di pintu masuk
restoran tersebut, Izzara di
sambut mesra oleh
pelayan restoran sambil
dia memaklumkan meja
telah ditempah atas
nama Qaleef. Pelayan restoran
itu menjemput Izzara
ke meja yang
telah ditempah itu. Tiba
saja sudut yang
agak privacy, Izzara
dijemput duduk oleh
pelayan restoran tersebut
ke meja yang
sudah lengkap dengan
hidangan serta sebatang
lilin telah dinyalakan. Keadaan restoran
itu agak lengang, mungkin sebab weekdays
kut! Hati Izzara tertanya-tanya, mana perginya
Qaleef sedangkan makanan
yang masih panas
sudah lengkap terhidang
di meja mereka.
Setelah lima
minit duduk di meja tersebut, tapi bayangan
Qaleef juga tidak nampak. Takkan
dia lupa kut? Matanya
sempat melihat hidangan
di meja tersebut.
Cheesy Mushroom Steak
dan Green Pea with
Scallops soup antara
hidangan yang dipesan
oleh Qaleef untuknya. Nampaknya Qaleef
macam tahu jer
selera dia.
Selang
beberapa minit kemudian, telinganya seolah-olah
terdengar petikan string gitar! Matanya menghala
ke arah bunyi
tersebut dan dia
terkesima bila melihat
Qaleef yang segak
mengenakan Topman tuxedo shirt berwarna
kelabu gelap yang
dipadankan dengan Topman grey
skinny trousers, yang
duduk di kerusi
tidak jauh dari
meja yang mereka
tempah. Si kacak yang
bergaya itu tampak
lagi menggoda bila
santai duduk di
kerusi tersebut dengan
memetik classical guitar. Gitar berwarna
coklat yang menjadi
punca pertemuan mereka
di Taman Tasik
Shah Alam 3
bulan lepas.
Ya Tuhan, nak
ternganga mulut si
Izzara bila mendengar
suara merdu milik
jejaka kacak di
hadapannya menyanyikan lagu Hotel
California sambil tangannya
memetik string classical guitar
itu. Terimbas kembali memori
di taman tasik
tempohari! Tapi malam ni
agak special kerana Qaleef
siap menyanyikan lagu Hotel
California untuknya.
Ketika di taman
tasik tempohari Qaleef
hanya memainkan instrumental lagu
tersebut. Sungguh Izzara kagum
dengan persembahan Qaleef
malam itu Alahai, jangan kau
jatuh hati sudah
le, Zara oii!
Selesai persembahannya itu, Qaleef
cuba menyatakan sesuatu
pada Izzara yang
masih terkesima dengan
apa yang dilihatnya
ketika itu.
“Zara, thank you for
coming, your being here
means a lot
to me. Tonight is
simply not for
our dinner only, I
also want to
sing a special
song for a
special lady who
has walked into
my heart. This song
I’m going to
sing is especially
dedicated to you, Zara."
Usai itu, Qaleef memetik
classical guitar
dengan menyanyikan lagu Tentang
Seseorang yang dipopularkan
oleh Kumpulan Ada
Band.
Teruntukmu
hatiku
Inginku bersuara
Merangkai smua tanya
Imaji yang terlintas
Inginku bersuara
Merangkai smua tanya
Imaji yang terlintas
Berjalan
pada suatu
Tanya slalu menggangguku
Seseorang itukah dirimu kasih
Tanya slalu menggangguku
Seseorang itukah dirimu kasih
Kepada
yang tercinta dirinya ku mengeluh
Semua resah di diri
Mencari jawab pasti
Semua resah di diri
Mencari jawab pasti
Akankah
seseorang
Yang ku impikan kan hadir
Raut halus menyelimuti jantungku
Yang ku impikan kan hadir
Raut halus menyelimuti jantungku
Cinta
hanyalah cinta
Hidup dan mati untukmu
Mungkin kah smua tanya kau yang jawab
Hidup dan mati untukmu
Mungkin kah smua tanya kau yang jawab
Dan
tentang seseorang
Itu pula dirimu
Kubersumpah akan mencinta
Itu pula dirimu
Kubersumpah akan mencinta
(
Tentang Seseorang by
Ada Band)
Setelah usai
mendendangkan lagu yang
ditujukan khas buat
Izzara, Qaleef bangun dari
duduknya dan mengambil
sejambak mawar merah
yang diletakkannya di
sebuah meja kosong
yang tidak jauh
dari situ. Kemudian dia mengatur
langkah ke arah
Izzara duduk sambil
membawa jambangan mawar
merah tersebut. Sampai saja
di meja Izzara
duduk, dia merendahkan sedikit
badannya, sambil
menghulurkan mawar merah
itu pada Izzara.
“Zara...tonight, I really
want to tell
you what I
feel about you, I
am falling in
love with you, Zara. And I
want you to
know that, even though
we’ve just barely
met and we
hardly know each
other that well, I
really love and
adore you, Zara. I
hope you’ll give
me a chance
so our relationship
can get to
the next level. I’m
hoping you won’t
let me down
because you’re the
only woman in my heart, Zara."
Ucap Qaleef
dengan penuh mengharap
sambil menghulurkan sejambak
mawar merah itu
pada wanita yang
telah mencuri hatinya.
Izzara terkaku
seketika dengan reaksi
Qaleef yang sungguh
romantik itu. Dan kemudian
dia menyambut huluran
jambangan mawar merah
tersebut.
"Oh…Qaleef, I’m
really touched by
what you’ve done
for me tonight. No
man has ever
put up such
a special performance
just for my
sake. I’m really touched
and I really
appreciate your doing
this, Qaleef. But, can I have some
time to think
all this over,
about our relationship?
To tell you
the truth, I really
enjoyed getting to
know you and
I really like
that you’re not
pushing me. And thank
you for this bouquet of
roses. I love it.”
"It's
okay, Zara. I'm understand
and I can
wait for it, dear. By
the way, jom
kita makan. Hope you suka
dengan apa yang I
dah pesan untuk you
ni."
"Thanks, Qaleef.”
Dan
bermula dari situlah
hubungan Izzara dan
Qaleef berkembang mekar
sehinggalah Qaleef melamar
Izzara masa di
KLIA hari tu. Hampir
dua tahun menjalinkan
hubungan cinta yang
serius dan tak
lama lagi si
teruna bakal menyunting
si dara untuk
dijadikan isterinya dunia
akhirat.
Qaleef sudah
tiba ke tempat
penginapannya, bila
terkenangkan memori indahnya
bersama Izzara sebentar
tadi, hatinya tidak sabar
untuk terbang balik
ke Malaysia esok. Sudah
pastinya si buah
hati tersayang itu
yang ingin dia
temui yang ditinggalkan
hampir 10 hari
itu Rindunya pada Izzara
hanya Allah saja
yang tahu!
GHAZ KHUZAIRI yang
segak memakai uniform
dan
topi pilot itu mengatur
langkahnya di KLIA
yang sentiasa sibuk
dengan orang ramai
yang berkunjung di
situ. Dia baru saja
tiba dari Perth, sudah tidak
sabar untuk balik bertemu dengan
anaknya yang ditinggalkannya selama
4 hari. Pastinya ada
buah tangan untuk
si comel tersayang. Namun langkahnya
terhenti bila matanya
menangkap susuk tubuh
seorang wanita yang
dikenalinya.
Kelihatan si
wanita yang cantik
tersebut berpelukkan seketika
dengan seorang jejaka
di hadapan pintu
keluar balai ketibaan
antarabangsa itu. Entah kenapa
dadanya terasa sesak
bila melihat kemesraan
di antara si gadis
itu dengan jejaka
tersebut. Dia tidak dapat
melihat wajah milik
si jejaka itu
kerana berdiri membelakanginya. Dan kelihatan
si gadis tampak
begitu gembira dengan
senyuman disulami gelak
ketawanya.
“Ya Allah, kenapa
aku rasa kecewa
bila melihat kemesraan
mereka tu? Itu ke lelaki yang
istimewa di hati
si jelita dan
yang memberi cincin
yang tersarung di
jari manis milik
Izzara yang dia
nampak tempohari?”
Bisik
hati kecewa Ghaz
Khuzairi.
Dia
mengambil keputusan untuk
menyapa Izzara dan
si jejaka itu. Tak
salah rasanya dia
menegur. Lagi pun Izzara
tak buat salah
apa-apa pada dia
malah Izzara telah
berjasa padanya bila
soal anaknya, Rania
Arissa dikait sama. Dia
mengatur langkah untuk
ke arah dua
insan yang tengah
gembira, seronok dapat
bertemu. Mungkin telah lama
berpisah agaknya. Dan ketika
dia hampir di
situ, dia menegur Izzara
dan seraya itu
jejaka yang di
sebelah Izzara turut
menoleh ke arahnya. Tersentak dia
seketika bila melihat
wajah lelaki yang
mesra dengan Izzara
tadi. Jantungnya serasa mahu
gugur saja bila
terpandang wajah itu.
Ya Tuhan, takdir
apakah ini? Dia kenal
sangat lelaki yang
sebelah Izzara tu, yang
berpelukkan dengan si
jelita tadi. Lelaki tersebut
adalah sahabat baiknya! Ya
Tuhan, naik sesak dadanya
tiba-tiba!
>>>>>>>>bersambung
P/S: sorry if ada yang terlepas edit...Nina tak larat nak mengedit betul-betul..still penat dengan 'bebanan' kat opis...huhuhu
Thanks a million for follow & reading TAS... Nina love u all & may Allah bless all of u, love...amennn :)
Thanks a million for follow & reading TAS... Nina love u all & may Allah bless all of u, love...amennn :)
smbng lagiiii
ReplyDeleteWahhh...tak sabar nak tau ye sape sahabat baik Ghaz tu ye,dear :)
DeleteThanks for reading TAS,love
~hugs~
suspennn..ni mesti irfan abg izaraa
ReplyDeleteHi Anon..alahaiii...ada yg kata Qaleef la,Ryan lah pastu Irfan abg Zara..hehhe..nk tau siapa gerangan jejaka iteww?tggu Nina up bab 14 ye,yunk :)
DeleteThanks for reading TAS ~hugs~
cpt sambung!!
ReplyDeleteHi,Dear...Insha Allah Nina try sambung post new n3 mlm esk ya :)
ReplyDeleteThanks,yunk :)