I wish I could tell you, mama...how much you mean to me.
But there are no words to describe.. how much i admire you,
How much i appreciate you, How much I thank you,
For everthing you've done.
I love u, mama & Happy Mother's Day :)
For everthing you've done.
I love u, mama & Happy Mother's Day :)
Enjoy & Thanks for reading, Love :)
Hugs & kisses,
Hugs & kisses,
~ Nina Harith ~
BAB 12 : TERIMA AKU SEADANYA.
IZZARA
terpegun
bila melihat rumah
batu dua tingkat
di hadapannya itu. Rumah
yang tampak mewah
itu, kalau dah reka
bentuknya begitu di
kampung ni, dah macam
ala-ala banglo pulak.
“Biar betul
Sham ni? Ke minah
ni salah rumah?”
Desis hati
Izzara. Seperti yang dia
dimaklumkan oleh Shamzlin, orang tuanya
membina rumah itu
di tanah pusaka
yang dihak milikkan
pada ayahnya itu. Tapi
kalau nak difikirkan
balik, apa nak dihairankan
kalau orang tua
Shamzlin mampu membina
rumah yang dah
ala-ala banglo di
kampung tu kerana
keluarga Shamzlin memang
golongan yang berada. Ayah
dan mamanya Shamzlin
mengambil keputusan untuk
menetap di kampung
kelahiran ayah Shamzlin
tu setelah keduanya
bersara sebagai jurutera
di Petronas.
Dan rumah
yang dibina di
tanah pusaka tersebut
telah siap 1
tahun sebelum mereka
bersara. Hampir 2 tahun
orang tua Shamzlin
menetap di kampung
setelah bersara dan selama
itu jugaklah Izzara
tak berjumpa dengan
orang tua Shamzlin. Kali terakhir
dia bertandang dan
berjumpa dengan orang
tua Shamzlin ketika
keluarga Shamzlin masih
menetap di Taman
Melawati lagi. Dan ini
kali pertama Izzara
menjejak kakinya ke
kampung halaman orang.
"Weh, makcik! Yang kau
tercegat kat situ
dah kenapa?"
Tegur Shamzlin
yang sedang mengeluarkan
beg pakaian dari
bonet kereta. Dia pelik
bila Izzara mengelamun
bila memerhati sekitar
rumah orang tuanya
itu. Takkan minah ni
tak biasa tengok
rumah batu 2
tingkat kut! Kat KL
tu melambak rumah
yang design macam rumah
orang tuanya ni.
"Sham,
rumah batu 2
tingkat depan kita
ni rumah orang tua kau
ke?”
Terluah jua
soal yang berlegar-legar di
kepala Izzara seketika
tadi, mahukan kepastian.
"Eh, yelah… nilah rumah
ayah dan mama
aku yang aku
cerita kat kau. Kenapa? Kau nampak
rumah batu tu dah macam
rumah panjang ke? Peliklah
aku dengan kau
ni, Zara. Pasal rumah pun
nak kecoh!"
Omel Shamzlin
sambil matanya melilau
sekeliling rumah orang
tuanya. Hatinya tertanya-tanya,
mana pergi dua
insan kesayangannya tak
keluar-keluar? Masa sampai tadi,
dia dah siap
menekan hon kereta. Takkan ayah
dan mamanya tak
dengar? Nak kata orang
tuanya takda kat
rumah, tapi kereta Honda CRV
dan Volvo XC 60
milik orang tuanya
elok jer tersadai
di porch rumah.
"Cantiknya rumah parents
kau, Sham. Dah macam banglo
pun ada. Tapi rumah family
kau kat Taman
Melawati pun cantik.”
“Parents
aku memang diaorang
upah arkitek untuk design
plan rumah ni, nampak
sangat memang parents aku
nak menetap di
kampung ni, aman dan
damai. Dah bosan duduk
bandar besar yang
sentiasa sesak tu. Yang
rumah family aku kat
Taman Melawati tu
nasib baiklah kak
Shareena nak jugak
duduk kat situ. Nak
suruh aku berulang-alik
dari Taman Melawati
ke Bandar Sunway
memang aku tak
sanggup nak hadap
jalan sesak sentiasa. Tu
yang aku lebih
rela dok rumah
sewa jer.”
Terang
Shamzlin mengenai rumah
yang dikagumi oleh
Izzara di hadapan
mereka itu. Memang orang
tuanya mengupah arkitek
untuk reka bentuk
pelan rumah tersebut. Memang cantik
dan sering mendapat
perhatian penduduk sekitar
kampungnya itu. Namun, bukan
bermaksud orang tuanya
membina rumah yang
besar dan tampak
mewah itu untuk
menunjuk, jauh sekali untuk
bermegah. Tak salah rasanya
kalau orang tuanya
membina rumah yang
besar dan selesa
untuk mereka sekeluarga
kerana orang tuanya
memang berkemampuan.
“Eh,
Sham...mana ayah dan
mama kau tak
keluar pun? Kereta diaorang
ada jer
tu.”
Tanya Izzara yang
sudah mengangkut beg
untuk ke pintu
rumah. Shamzlin cuba untuk
mengetuk pintu utama
rumah dan sambil
memberi salam. Dan belum
sempat dia mengetuk, pintu tersebut
dibuka dari dalam. Kelihatan mama
Shamzlin, Puan Suraya terpacul
di depan pintu
seraya menjawab salam. Dia
tersenyum ke arah
anak perempuan bongsunya
dan sahabat baik
anaknya itu. Shamzlin menyalami
dan memeluk mamanya. Dan
macam setahun tak
berjumpa jer. Berkali-kali pipi
mamanya dicium, rindu sangat
le tu! Izzara hanya
mampu tersenyum bila
melihat kemanjaan sahabatnya
itu. Macam dia sorang
jer ada mama, ober betul!
“Apa khabar, auntie Sue. Dah
lama Zara tak
jumpa dengan auntie.
uncle
Sharif mana, auntie ?
Soal Izzara
sambil menghulurkan salam
pada Puan Suraya. Lantas badannya
dipeluk dan pipinya
dicium mesra wanita
itu.
“Alhamdulillah. Auntie
sihat. Happy auntie
bila Sham cakap
yang Zara nak
ikut dia balik
kampung, dah lama auntie
tak jumpa Zara. Dah
makin cantik anak
dara ni ye. Oh
ya, uncle kamu ada kat
dapur. Tadi kami siap-siap
nak lunch. Ingatkan kamu
berdua ni lambat
lagi sampainya. Eh, jomlah kita
masuk, bolehlah lunch
sama-sama.”
“Kami gerak
dari Sunway pukul
9 lebih macam tulah tadi, ma. Lagipun jalan
tak jammed sangat pun. Ermm,
mama mesti masak bestkan? Sham dah
lapar dah ni ma.
Jom, Zara…it’s time
for lunch, babe! Timing
memang cun betulkan!”
“Anak mama
dan Zara datang, mestilah mama
masak best! Kalau dah 12:30
tengahari begini, time
ayah kamu tu
makan. Kejap lagi dia
nak ke masjid,
Zohor kat sana. Jom, Zara. Auntie masak special untuk
dua anak dara auntie
ni.”
“Thanks, auntie
Sue. Zara mintak maaf
sebab susahkan auntie nak
masak bagai Zara
datang ni. Auntie tak perlulah
susahkan diri nak
masak yang special,
Zara datang ni just
nak jumpa auntie dan uncle. Dah lama
kita tak jumpa. Hmm…auntie Sue ni ada
barang yang mama
kirim suruh bagi
kat auntie. Dia kirim salam.”
Izzara menghulurkan
paperbag berwarna
coklat itu kepada Puan
Suraya.
“Hesy, takda susah
mananya kerja memasak
ni, Zara. Since auntie
dah tak kerja
ni, itulah aktiviti auntie untuk
isi masa lapang auntie
kat rumah ni. Lagi
pun memasak tu
memang hobi, auntie. Alahai, mama Zara ni buat susah-susah
jer bagi barang
kat auntie. Nanti cakap kat
mama terima kasihlah
bagi barang ni ye.
Eh, jomlah kita ke
dapur. Beg tu biar
kat sofa tu
dulu, nanti after lunch, Sham tunjukkan
Zara bilik ye.”
Puan Suraya
melangkah ke dapur
rumahnya diikuti oleh
Izzara. Shamzlin sudah tidak
tiada di ruang
tamu ketika mamanya
berborak seketika dengan
Izzara tadi. Ke dapur
untuk berjumpa dengan
ayah tersayang agaknya. Sampai sahaja
di dapur, kelihatan Shamzlin
berborak dengan ayahnya
yang duduk di
meja makan itu. Manja
betul si minah
kalut ni, siap memaut
lengan ayahnya!
Shamzlin dan
Izzara membantu Puan
Suraya menghidang lauk-pauk
untuk santapan tengahari
mereka. Setelah itu, mereka
menikmati makan tengahari
itu sambil berbual
santai. Izzara sangat menyenangi
suasana tersebut kerana
layanan Shamzlin dan
keluarganya pada Izzara
memang tak berubah
dari dulu, sejak dia
mengenali keluarga sahabat
baiknya itu.
IZZARA baring
di tilam yang
empuk itu. Perut yang
kenyang dan dengan
penghawa dingin di
bilik itu terpasang
menyebabkan matanya serasa
mahu terlelap jer. Tapi
dia harus mandi
dan mengerjakan solat
Zohor terlebih dahulu. Namun
hatinya jadi tak
keruan bila Shamzlin
memberitahunya ketika mereka
dalam perjalanan ke
kampung tadi, yang
Shamzlin sekeluarga mandi
air perigi. Dia tertanya-tanya, takkan rumah
secantik dan semewah
ni takda bekalan air
paip? Tapi Shamzlin memaklumkannya tadi
yang mereka sekeluarga
guna air tangki
untuk masak dan
minum, cuma kalau nak mandi tu kena mandi
air perigi.
Aduh! Haru betullah! Takkan dia
nak mandi tepi
perigi dengan berkemban
segala! Tak pernah dibuat
dalam seumur hidupnya
mandi air perigi, malah
ini kali pertama
dia menjejak kakinya
ke kampung. Tadi dia
siap menggoogle air perigi
tu macam mana
rupanya. Nak menangis pun
ada bila melihat
bagaimana rupanya perigi
yang dimaksudkan oleh
Shamzlin.
“Ya Allah, Sham! Takkan kau
nak suruh aku
mandi air perigi
yang tak ditapis
langsung tu! Gilalah kau, Sham!”
Desis Izzara
dalam hati dengan
riak mukanya yang
terpancar kebimbangannya bila
mengenangkan dia harus
mandi air perigi!
Shamzlin melangkah
masuk ke bilik. Dia
pelik bila melihat
Izzara yang tengah
baring itu seolah-olah
risau memikirkan sesuatu.
“Weh, Zara. Kau fikirkan
apa tu? Kau kata
nak mandi tadikan?”
Izzara bangun
dari pembaringannya, dia menyuara
sesuatu pada Shamzlin. Moga sahabatnya
itu boleh membantu.
“Sham,
tadi masa nak
masuk simpang kampung
kau, ada stesen
minyak Petronas, kan? Sham,
kau tolonglah aku, temankan
aku ke sana
ye?”
“Eh,
kau ni
dah kenapa nak ke stesen
minyak Petronas pulak? Takkan
kau nak isi
minyak kut, sebab kita
ke kampung dengan
Vios aku tu. Ke
kau nak beli something
kat sana?”
Serius Shamzlin
bertanya, pelik dengan permintaan
sahabatnya. Tiba-tiba nak ke
stesen minyak.
“Sham,
aku sebenarnya tak
biasa mandi air
perigi yang macam
kau cakap tu. Aku
dah google tadi perigi
tu macam mana
rupanya. Aku rasa tak
sangguplah, Sham. Bukan apa
aku risau kulit
aku alergik dengan
air tak bertapis
macam tu. Sorry ya, Sham. Bukan bermaksud
aku nak pandang
rendah pada air
perigi segala ni, tapi
aku memang tak sangguplah.
Lagi pun
tadi ada gambar
perigi yang aku google
tu, siap ada
katak lagi tu! Sham, kau
temanlah aku mandi
kat stesen minyak Petronas
tu ye? Aku sanggup
mandi kat situ
dari aku mandi
air perigi yang
kau cakapkan tu. Aku
perigi pun tak
pernah tengok, apatah lagi
nak mandi. Kau tolonglah
aku, Sham.”
Dalam perasaan
serba salah itu, Izzara
terpaksa juga menyuarakan
hasrat hatinya. Tak sanggup
dia nak mandi
air perigi yang
dimaksudkan oleh Shamzlin
setelah dia melihat
sendiri macam mana
rupa perigi yang
dimaksudkan oleh sahabatnya
melalui Google search.
Namun sebaliknya
reaksi Shamzlin, usai Izzara
meluahkan rasa kebimbangan
mengenai mandi air
perigi, boleh pulak dia
tergelak sakan! Siap menekan
perut segala. Geli hati bila Izzara
siap ajak teman ke stesen
minyak semata-mata tak
sanggup mandi air
perigi! Biar betul anak
dara Datuk Iskandar
ni?
“Hadoi, Zara! Kau ni
lawak betullah! Pasal apa kau lurus
bendul sangat ni wei? Sanggup pulak
nak mandi kat toilet
stesen minyak tu! Lawaklah
kau ni, Zara! Kalau kau
nak tau, aku sendiri
pun mana pernah
mandi air perigilah. Kat rumah
ayah dan mama
aku ni mana
ada perigi! Tadi tu
saja jer aku
mengauta kau! Tapi tak
sangka pulak kau
boleh percaya! Tak sangka
aku yang part ni, kau
lurus bendul pulak
ye, Zara!... ha ha ha."
Izzara merenung
tajam ke arah
Shamzlin yang galak
ketawa, dah macam langsuir
pun ada bunyi
ketawa minah tu. Dia
mengambil teddy bear milik Shamzlin yang
ada di atas
tilam itu lalu
dibalingnya ke arah
sahabatnya itu. Hmm... apa jer
rasa kena baling
dengan teddy bear, memang
tak rasa apalah. Kalau
baling si Shamzlin
tu dengan bongkah
batu, tobat minah tu tak mengauta Izzara
lagi!
“Hampeh
kau, Sham! Kau ni memang nak
makan pelempang aku
kan? Eiiii...besar-kecik besar-kecik
jer aku tengok
kau ni tau! Dada
aku dah naik
sesak tau tak, bila
mengenangkan nak mandi
air perigi segala! Gila betullah
minah kalut ni!”
Bebel Izzara, geram
bila Shamzlin mempermainkannya.
“Alololo...marahnya cik
Izzara kita ni! Dah
macam Rika Sumanto
dalam sinetron Bawang Putih
Bawang Merah jer kau tu, Zara. Tak
payahlah kau nak
tenung aku cenggitu.
Tak takut pun! Yang
kau tu lurus
bendul sangat percaya
dengan omongan aku
tu, kenapa? Yang kau basuh
pinggan kat sinki
tadi tu, bukan air
paip namanya tu?”
Kata Shamzlin
dengan sisa tawanya. Geli
hati mengenangkan Izzara
yang percaya pasal
perigi yang diceritanya
ketika perjalanan ke
kampungnya tadi. Dah tu, sanggup pulak
nak mandi kat toilet
stesen minyak yang
dia sendiri tak
sanggup nak menyinggah
melepaskan hajat kat
situ. Pasti kotor!
“Dah kau
kata rumah kau
ni guna air
tangki, so aku
bajetlah yang paip
kat sinki tu air tangki. Hampehlah kau
ni, labu!
“Eh...eh sesuka
hati kau kata
aku yang jelita
ni labu. Kau tu
labu! Yang kau tu,
tak nampak ke
bilik air dalam
bilik aku ni? Cer try
kau masuk bilik
air tu, ada perigi
ke tak? Tulah kau, asik
berangan nak kawin
dengan si Qaleef
tu. Sampai bilik air
pun tak perasan. Sudahnya, aku yang
tak berdosa ni
kau salahkan!”
“Hish, malaslah aku
nak melayan perempuan
sewel macam kau
ni! Baik aku pergi
mandi. Kalau dilayankan kau
ni, silap hari bulan
aku pun tersewel
sama. Part Qaleef
tu kau jangan
sebut-sebut ye, sentap okey! Dada
aku ni dah
nak pecah menanggung
rindu kat dia, lepas
tu boleh pulak
kau sebut-sebut nama
dia!”
“Uikss! Aku engineer
yang bijak ni
kau kata perempuan
sewel? Memang nak kena
mandi air perigi
betul-betul kau ni, Zara! Kalau ayah
aku dengar, dan-dan dia pergi
gali tanah buat
perigi paksa kau
mandi. Kata lagi anak
kesayangan dia ni
perempuan sewel! Masa tu
baru pecah dada
kau, bukan sebab
rindukan Qaleef tu,
tapi pecah dada
sebab kena mandi
air perigi...he he he.”
Makin galak Shamzlin
menyakat Izzara yang
wajah jelita sahabatnya
itu sudah kemerahan, menahan geram
bila mengenangkan dirinya
diauta oleh Shamzlin.
“Wah-wah! Over pulak kau
ni kan! Aku rasa
kalau ayah kau
tu tahu yang kau mengauta
aku, silap-silap dia gali
perigi tu suruh kau yang
mandi. Anak perempuan kesayangan
konon! Dahlah, aku nak mandi
dulu. Nak solat Zohor
lepas ni.”
“Yelah,
lepas mandi dan
solat tu, kau rest jelah
dulu. Tidur ke. Nanti petang
sikit aku nak
bawak kau meronda
kampung ni, kut kita
terjumpa perigi ke, bolehlah
kau merasa mandi
kat perigi tu...he
he he.”
Izzara yang
ingin melangkah masuk
ke dalam bilik
air itu, berpaling semula
bila Shamzlin cuba
mengusiknya lagi. Tak habis-habis
lagi dengan perigi
dia tu! Dan Shamzlin
cepat melangkah keluar
dari biliknya bila
Izzara merenung tajam
ke arahnya. Baik cabut
cepat, kang tak pasal-pasal
ada yang hilang
kepala nanti!
SHAMZLIN memberhentikan kereta
Honda CRV mamanya
di hadapan rumah
kayu yang agak
uzur itu. Izzara yang
duduk dibahagian penumpang
hadapan itu menoleh
ke arah Shamzlin. Hatinya tertanya-tanya rumah
siapa yang Shamzlin
singgah ni? Tadi sahabatnya
membawanya meronda ke
kawasan kampung tersebut
seperti yang dirancang
tengahari tadi. Dia yang
baru kali pertama
menjejaki kaki ke
kampung terpesona dengan
keindahan sawah padi
yang menghijau dan
kedamaian suasana kampung
tersebut. Dia sempat mengambil
beberapa gambar pemandangan
yang indah di
sekitar kampung tersebut
dengan Nikon DSLR D7000
with 18-105 lens
miliknya.
“Rumah siapa
yang kau singgah
ni, Sham? Sedara kau
ke?”
Soal Izzara hairan.
“Nilah rumah
Nek Timah, kan mama
aku suruh hantar
barang-barang dapur kat
sini tadi. Kau ingat
tak dua orang
anak yatim piatu
yang parents aku support
segala keperluan
mereka tu. Inilah rumah
mereka. Nek Timah tu
nenek budak berdua
tulah.”
Jawab Shamzlin
seraya membuka pintu
kereta untuk keluar.
“Oh,
anak yatim yang
tinggal dengan nenek
diaorang selepas parents
diaorang tu meninggal
masa accident
tu ye? Yalah, aku baru
teringat pasal anak
yatim piatu yang
kau pernah story kat
aku tu. Hmm, rupanya nilah rumah
diaorang.”
Baru
Izzara teringat pasal
dua beradik yatim
piatu yang malang
itu, yang Shamzlin pernah
cerita kat dia
dulu. Ayah dan mama
Shamzlin yang ikhlas
menghulurkan bantuan pada
dua beradik itu
setelah nenek mereka
iaitu, Nek Timah
tidak sanggup melepaskan
dua beradik tersebut
untuk di tempatkan
di rumah anak
yatim. Orang tua Shamzlin
kasihan melihat Nek
Timah yang sudah
berusia 72 tahun, membanting tulang
semata-mata untuk mencari
rezeki untuk menampung
perbelanjaan cucu-cucunya yang
malang itu.
Dan
mereka mengambil keputusan
untuk membiayai segala
perbelajaan serta keperluan
dua anak yatim
itu termasuk juga keperluan
Nek Timah. Secara tidak
langsung, dua anak yatim
piatu tersebut menjadi
anak angkat mama
dan ayah Shamzlin. Menurut kata
Shamzlin, orang tuanya pernah
mempelawa Nek Timah
dan cucu-cucunya tinggal
bersama dengan mereka
kerana bimbang dengan
keselamatan keluarga tersebut,
dengan keadaan Nek
Timah yang agak
uzur tu. Namun Nek
Timah menolak pelawaan
tersebut atas sebab
sayang membiarkan rumah
pusaka yang didiami
oleh mereka itu
tak berpenghuni.
“Kasihan mereka
nikan, Zara? Yang sulung tu
Nadrah, baru umur 10
tahun dan yang
bongsu tu Nazim
baru 8 tahun. Kecik-kecik dah yatim piatu. Aku
dan kakak-kakak aku
bersyukur sangat bila parents
aku mengambil keputusan
untuk menjaga budak
berdua tu. Dah hampir
setahun jugaklah mereka
ketiadaan ibu bapa
dan selama itu
jugaklah parents aku jaga
dan beri perhatian
pada mereka tu.”
Jauh di
sudut hati Shamzlin,
dia memang bersyukur
mempunyai ibubapa yang
sangat prihatin akan
kesusahan orang lain
dan tidak kedekut
dengan rezeki yang
mereka milikki untuk
dikongsikan dan dihulurkan
pada yang memerlukan. Assisting those suffering
in the true
sense would make
us appreciate what
we have. And we
will learn to
appreciate how fortunate
we are. Dan dia
sesungguhnya sangat bersyukur
dengan kurniaan rezeki
yang Allah berikan
pada mereka sekeluarga
dan bertuah kerana
dia masih memilikki
ibubapa kalau nak
dibandingkan dengan nasib Nadrah dan
Nazim yang dalam
usia semuda itu
sudah kehilangan ibubapa
untuk tempat bergantung
harap. Ada nenek pun, sudah
uzur untuk membanting tulang
untuk sesuap rezeki.
“Syukur Ya
Allah dengan kurniaan
dan nikmatMu yang
kau berikan padaku
serta keluargaku.”
Bisik Shamzlin
dalam hati, mensyukuri dengan
segala nikmat yang
telah Allah kurniakan
padanya.
Shamzlin dan
Izzara melangkah keluar
dari kereta. Ketika mereka
ingin memberi salam, kelihatan seorang
kanak-kanak perempuan keluar
dan turun untuk
mendapatkan Shamzlin dan
Izzara. Itulah Nadrah yang
Shamzlin maksudkan agaknya.
“Assalamualaikum, Nadrah. Mana Nek
Timah, dik?”
Soal Shamzlin sambil
menyambut huluran tangan
Nadrah yang ingin
bersalaman dan memeluk
si gadis comel
itu.
“Waalaikumussalam,
Kak Sham. Nek Timah
ada kat dalam. Bila
Kak Sham sampai? Yang
ni siapa, Kak Sham?”
Soal si gadis itu
sambil matanya terarah
pada Izzara.
“Kak Sham sampai tengahari
tadi. Oh ya, ni kawan
Kak Sham, Izzara. Panggil Kak
Zara ye. Nazim mana, dik?”
“Oh,
Kak Zara
yang mama Sue
cakap kawan Kak
Sham nak ikut sekali
balik kampung tu ye?
Cantiknya Kak Zara! Nazim
ada kat dalam, dengan
nenek. Kami tengah minum
petang kejap tadi. Jomlah
Kak Sham dan
Kak Zara, jemput naik
ke rumah.”
Izzara bersalaman
sambil memeluk Nadrah, sebak
dadanya bila melihat
Nadrah yang seusia
itu sudah ketiadaan
orang tua. Kesiannya kau, dik!
“Kak Sham lupa
pulak, Nadrah. Mama suruh Kak
Sham hantar barang
dapur untuk korang. Kejap
ya Kak Sham
pergi ambik barang
tu kat bonet
kereta.”
“Nadrah tolong
Kak Sham ye.”
Nadrah mengikuti
langkah Shamzlin ke
arah bonet kereta, dia
membantu kakak angkatnya
itu mengeluarkan barang
dapur yang dikirimkan
oleh mama angkatnya. Izzara turut
membantu sahabatnya itu. Lalu mereka
bertiga melangkah naik
ke rumah kayu
yang agak uzur
tersebut. Tiba sahaja di
dalam rumah itu, kelihatan seorang
perempuan tua, yang usianya
dalam awal 70an
itu keluar dari
arah dapur. Seorang kanak-kanak
lelaki mengekori langkah
neneknya itu.
“La,
kamu ke
Sham? Nek Timah ingatkan
ayah atau mama
kamu yang datang
tadi.”
Soal Nek
Timah pada Shamzlin
ketika mereka bersalaman
dan berpelukkan.
“Mama kirim
salam, nek. Dia nak ikut
tadi, tapi Kak
Sheena cakap dia on
the way nak
sampai dari KL. Dia
pun balik jugak hari ni, tu
yang mama tak
jadi nak ke
sini. Hmm… Nek, yang ni
kawan Sham, Izzara namanya. Panggil Zara
jer, nek. Dia ni serumah
dengan Sham kat
KL sana.”
Terang Shamzlin
mengenai kakaknya yang
nombor dua iaitu
Kak Shareena atau
lebih dikenali sebagai
Sheena dan seraya
itu dia memperkenalkan Izzara
pada Nek Timah.
“Lawanya Zara
ni ye, kamu pun
apa kurangnya Sham. Sama-sama lawa
anak dara ni. Eh, jemputlah duduk
dulu. Nanti nenek suruh
Nadrah hidangkan air. Kebetulan kami
tengah minum petang
tadi.”
Nek Timah
menjemput kedua gadis
jelita itu duduk
ke set kerusi
kayu di ruang
tamu tersebut. Izzara memerhati
sekeliling ruang rumah
yang sederhana besar
itu. Cuma perabot asas
sahaja ada di
dalam rumah tersebut
dan sebuah peti
televisyen 21 inci. Itu pun
semuanya atas ihsan
orang tua Shamzlin
yang peka dan
mengambil berat ke
atas keluarga yang
serba kekurangan itu.
“Nek Timah
tak payah susah-susah. Sham dan
Zara dah minum
sebelum ke sini
tadi. Lagi pun kami datang
ni nak jenguk
Nek Timah, Nadrah dan
Nazim ni. Sambil tu
hantar sekali barang
dapur yang mama
bagi tu.”
“Terima kasihlah
ye, Sham. Nek Timah tak tahulah apa
nasib kami ni
kalau ayah dan
mama Sham tu tak hulurkan
bantuan pada kami
yang kekurangan ni. Nek
Timah rasa terhutang
budi sangat dengan
kamu sekeluarga terutamanya
orang tua kamu
tu, Sham. Kalau mereka tu
takda, agaknya dua beradik
ni dah kat
rumah yatim agaknya. Pilu
hati nenek bila
mengenangkan kalau mereka
ni dihantar ke
sana. Nenek tak sanggup
nak berpisah dengan
dua beradik tu. Cukuplah
mak ayah diorang
yang dah tinggalkan
nenek. Hanya budak berdua
ni jelah yang
nenek ada. Nenek bersyukur
sangat bila ayah
dan mama kamu
tu sanggup nak jaga dan tengokkan
budak berdua ni.”
Bergenang air mata Nek
Timah bila mengenangkan
ada jugak insan
yang berhati mulia
seperti Encik Sharif
dan Puan Suraya. Dia
tak dapat membayangkan
hidup dia dan cucunya
tanpa bantuan insan
yang berhati mulia
itu.
“Nek Timah
janganlah sedih macam
ni. Ayah dan mama
tu ikhlas membantu
nenek sekeluarga. Lagipun rezeki
yang Allah limpahkan
untuk kami tu
sebenarnya adalah tujuan untuk
dikongsikan dengan orang
yang memerlukan macam
Nek Timah, Nadrah dan
Nazim. Lagi pun dah
jadi tanggunjawab kami
sekeluarga untuk menghulurkan
bantuan dan memberi
perhatian pada nenek
dan dua beradik
ni, nek. Oh ya, nek… lupa nak
bagitau, mama ajak Nek
Timah, Nadrah dan Nazim
makan tengahari kat
rumah kami esok. Mama
buat makan-makan untuk
kita semua sementara
Sham, Kak Sheena dan
Zara ada kat
kampung ni. Mama cadang
nak masak special untuk kita
semua esok. Jangan tak
datang ye, nek. Ayah cakap
nanti dia datang
jemput Nek Timah, Nadrah
dan Nazim esok. Pukul 11
pagi esok katanya.”
Shamzlin sudah
memeluk bahu Nek
Timah, cuba memujuk orang
tua itu yang
pilu mengenangkan nasib
diri dan cucu-cucunya
yang hilang tempat
bergantung harap setelah
anak lelaki tunggalnya
dan menantunya terkorban
dalam kemalangan jalanraya. Hampir setahun
peristiwa itu berlaku. Dan
selama itu jugaklah
dia dan cucunya
bergantung harap dan
belas ihsan pada
Encik Sharif sekeluarga, doanya moga
Allah sentiasa merahmati
keluarga yang berhati
mulia dan pemurah
itu.
Dan Shamzlin
sempat menyampaikan pesan
mamanya pada Nek
Timah, menjemput mereka untuk
makan bersama tengahari
esok. Mamanya masak istimewa
esok sempena sambutan
hari ibu dan
sebab itulah dia
dan Kak Sheena
berpakat balik minggu
ni semata-mata untuk
meraikan hari ibu
buat insan yang
melahirkan dan banyak
berjasa pada dia
dan kakak-kakaknya. Kakak sulung
iaitu Kak Shareeza
kini berada di
luar negara kerana
melanjutkan pelajaran bersama-sama
suaminya. Kakaknya itu minat
dalam bidang perundangan
mengambil PhD dalam
bidang tersebut dan
begitu juga dengan
suaminya. Rindunya dia pada
kakak sulungnya dan
paling dia rindui
dengan anak sedaranya, Aleesya yang
berusia 5 tahun
yang petah dan
comel tu.
“Mama kamu
tu buat susah-susah
jelah nak masak
dan jemput kami
ni makan sekali. Nenek
ni sampai naik
segan dah, sebab
asik bertandang makan
jer kat rumah
kamu tu, Sham. Dahlah barang
dapur dan keperluan
sekolah budak berdua
ni mereka yang
bantu. Nenek nak membalas
memang tak mampu, jadi
nenek selalu berdoa
dan mengharapkan agar
budak berdua ni
tak lupa dengan
budi kamu sekeluarga, Sham.
“Nek Timah
ni tak payahlah
nak segan pulak. Esok
jangan lupa ye, Nek Timah. Ermm… Nek Timah, kami
berdua mintak diri
dululah ye, nek. Esok jangan
lupa ye.”
Shamzlin dan
Izzara sudah bangun
dari duduk dan
bersalaman dengan Nek
Timah dan dua
cucunya. Ketika Shamzlin bersalaman
dengan dengan Nadrah
dan Nazim, dia
berkata sesuatu pada
dua anak yatim
piatu itu.
“Adik Kak
Sham ni, esok jangan
lupa datang ye. Mama
masak best esok untuk
adik Kak Sham
berdua ni. Lagi pun Kak
Sham ada beli something untuk
adik berdua ni. Jumpa
esok ye.”
Ujar Shamzlin
mengingatkan dua beradik
itu sambil tangannya
menggosok lembut kepala
adik angkatnya berdua
itu. Kemudian dia dan
Izzara meminta diri
dan turun untuk
ke kereta Honda
CRV mamanya. Beberapa minit
kemudian kereta itu
bergerak perlahan meninggalkan rumah
kayu yang agak
uzur itu.
IZZARA merenung
jauh ke sawah
padi yang terbentang
luas di hadapannya. Hatinya terasa
damai dengan suasana
menghijau itu. Dia dibawa
oleh Shamzlin lepak
di bangku bawah
pokok yang mengadap
sawah padi yang
terbentang luas itu
setelah balik dari
rumah Nek Timah
tadi. Sesaat kemudian, matanya
menghala ke arah
Shamzlin yang duduk
di sebelahnya, di bangku yang
sama. Shamzlin turut menikmati
pemandangan yang cantik
dan sungguh mendamaikan
itu.
“Sham, best
betul kalau hari-hari
dapat menikmati keindahan
ciptaan Allah nikan? Sekurang-kurangnya kita
dapat release stress dengan
bebanan kerja, kan?”
Kata Izzara
sambil tangannya cekap
mengambil gambar pemandangan
sawah padi yang
menghijau dengan DSLRnya
itu.
“Hmm, memang pun. Sebab
tu aku suka
balik kampung dan
aku suka lepak
kat bangku ni sambil menikmati
keindahan dan kehijauan
bendang ni. Sangat mendamaikan!”
“Ermm… Sham, kau tahu
tak...bila aku tengok
keadaan family Nek Timah
tadi tu, baru aku
sedar betapa hidup
aku selama ni
jauh lebih bertuah
kalau nak dibandingkan
nasib mereka tu especially nasib
Nadrah dan Nazim
yang seusia itu
sudah kehilangan ibubapa
untuk tempat bergantung.”
Shamzlin memandang
ke arah Izzara
sebelum dia membalas
kata-kata sahabatnya itu.
“Kau tahu tak, Zara… aku bersyukur
bila mempunyai ibubapa
yang prihatin dan
peka dengan kesusahan
orang lain. Maksud aku, ayah
dan mama aku
tu walaupun hidup
senang dan rezeki
yang diberikan oleh
Allah itu melimpah, tetapi mereka tidak
lokek untuk berkongsi
rezeki dan kesenangan
yang mereka kecapi
tu. Malah mereka ikhlas
membantu tanpa mengharapkan
balasan atau ganjaran. When we
wholeheartedly assist those
in need, we will
be assisted by
the One whom
we all need.”
Shamzlin juga
tak lupa dengan
kata-kata ayahnya bila
menyentuh soal memberi
bantuan serta pertolongan
pada yang memerlukan
seperti keluarga Nek
Timah itu. If you’re selfish
and can’t give
from some of
the wealth Allah
has blessed you
with then you
have no right
to complain if He takes
it back of
you. And if you
don’t wanna give
thats your loss. We
should give from
our wealth before
poverty strikes us.
“Aku pun
sama, Sham. Aku rasa bertuah
dan bersyukur bila
papa dan mama
aku tidak bermegah
dengan kesenangan yang
Allah kurniakan pada
kami sekeluarga. Malah,
mereka tidak lupa
berkongsi kesenangan itu
dengan menyumbangkannya kepada
beberapa buah rumah
anak yatim dan
mama aku sering
meluangkan masanya di
rumah anak yatim
tersebut. Papa dan mama
aku selalu berpesan
pada kami anak-anaknya, kita yang
senang ni kenalah
melebihkan dan memberi
perhatian pada yang
memerlukan.
Barulah hidup kita
dan rezeki yang
Allah kurniakan itu
pada kita diberkatinya
olehNya. Giving preference
to others over
ourselves when it
comes to goodness
is quality that
displays true closeness
to Allah. Dan
aku teringat lagi
tazkirah yang papa
aku sampaikan malam
Jumaat lepas tentang
matlamat kehidupan kita
untuk mencari keredhaan
Allah. Inilah salah satunya
untuk mendapat keredhaan
Allah iaitu dengan
menggunakan pemberian rezeki
yang Allah bagi
pada kita itu
ke jalan kebaikan
contohnya menyumbangkannya pada
yang memerlukan.”
“Sama-samalah kita
mendoakan moga perjalanan
hidup kita ni
sentiasa mendapat keberkatan
dan keredhaan Allah. Hmm...
Zara, jadi ke korang nak celebrate
Mother’s Day untuk
mama kau kat
Hotel Hilton malam
esok?”
“Insha Allah, jadi. Lagi pun
Abang Iqram dan
Kak Yasmin dah booking
table dah. Kenapa, kau nak join
sekali ke? Eh jomlah. Kau
macam tak biasalah
pulak dengan family aku.”
“Hishh, takpalah. Aku just nak
tanya jer dengan
kau. Kalau macam tu, confirmlah ye
kita balik Sunway
esok lepas Zohor. Lagi
pun kita kena celebrate
Mother’s Day untuk
mama aku dululah
ye tengahari esok. Huh, nasib baiklah
Kak Sheena sempat
balik petang ni, bolehlah
celebrate sama-sama.”
“Sham, sebut pasal Mother’s
Day ni tetiba
aku teringat kat
Nadrah, Nazim & Rania
Arissa. Yelah, kalau kita yang masih ada
mama, bolehlah celebrate
Mother’s Day
nikan? Tapi mereka tu
aku rasa kesian
pulak. Terfikir jugak apa perasaan mereka
tu bila tiada
insan yang bergelar
ibu di sisi
mereka. Paling aku sebak
bila teringatkan Rania
Arissa tu, sejak lahir
dia tak pernah
merasa pelukkan seorang
ibu. Tak pernah dicium
dan dimanjakan oleh
seorang ibu. Tak macam
kita, setiap masa
dapat mendakap dan
mencium pipi mama
kita. Kalau kita sedih, at least
kita ada mama
tempat kita mengadu
dan perlukan sokongan.”
“Aku pun
jatuh simpati pada
mereka tu, Zara. Dahlah seusia
begitu mereka kehilangan
tempat bermanja dan
mengadu. Bila tengok nasib
mereka tu, dari situ
aku belajar erti
bersyukur betapa beruntungnya
kita yang masih
ada mama. Jauh lebih
bertuah nasib kita
ni, Zara kalau nak
dibandingkan dengan mereka
tu. Dan kita tak
tahu bila mama kita
akan meninggalkan kita. Jadi
sama-samalah kita memanfaatkan peluang
yang Allah bagi
pada kita ni,
untuk bersama dengan
insan yang bergelar
ibu dan menjadikan
serta memberi layanan
yang istimewa pada
mereka tanpa mengira
masa dan tempat. Kasih
seorang ibu tiada perbandingannya,
Zara. Tiada satu pun
di luar sana
yang kita suka
seperti kita menyukai
mama kita. Ibu adalah
menakjubkan dan makhluk
Allah yang indah. Dan
kita hanya mempunyai
seorang ibu di
dunia ini. Insan yang
melahirkan kita. Hanya dia
seorang.”
Lembut Shamzlin
melafazkan kata-katanya itu
sambil matanya masih
merenung jauh ke
arah sawah padi
yang terbentang luas
itu. Hatinya memang tak
boleh menidakkan betapa
pengorbanan seorang ibu
itu sangat besar
dan tiada galang
gantinya. Makin kuat rasa
sayangnya pada mamanya
yang banyak berjasa
dan penyayang itu.
“Aku setuju
dengan kata-kata kau
tu, Sham. Ibu adalah seorang
insan yang sangat
istimewa, tiada siapa yang
boleh mengantikan pelukkan seorang
ibu. Dan tiada siapa
yang boleh mengantikan
doa daripada seorang
ibu. Dan kasih sayang
seorang ibu itu
adalah nikmat yang
Allah kurniakan begitu
istimewa sekali pada. Malah, kasih sayang
dan pengorbanan seorang
ibu itu juga
mustahil kita sebagai
anak boleh membayarnya
balik dan kita
tahu hati seorang
ibu tidak akan
meminta dibayar balik
di atas segala
jasa, kasih sayang dan
pengorbanan mereka untuk
kita. Mulianya seorang ibu
sampaikan syurga seorang
anak itu terletak
di bawah telapak
kaki ibu.”
“Ermm... Zara, aku
tak dapat bayangkan
betapa tak bermaknanya
hidup aku tanpa
mama aku. Begitu juga
dengan ayah aku. Mama
dan ayah aku
adalah insan paling
berjasa dalam membesar
dan memberi didikan
yang sempurna buat
kami adik-beradik. Dan aku
nekad yang aku
takkan sekali buat
mereka sedih dan
tak pernah sekali
untuk cuba menderhaka
pada mereka. Kau tahu
kan, redha Allah itu
bergantung pada redha
kedua ibubapa kita, dan
murka Allah bergantung
pada murka kedua-dua
ibu bapa kita.”
Izzara turut
memandang ke arah
sawah padi yang
luas menghijau Hatinya mengakui
kebenaran kata-kata sahabatnya
itu. Dia sendiri pun
tak dapat membayangkan
hidupnya tanpa kedua
orang tuanya itu. Dan
dia sentiasa mendoakan
kesejahteraan dan kebahagiaan
papa dan mamanya. Kasihnya pada
orang tuanya itu
tiada bandingannya.
“Ya Allah, ampunilah bagiku
segala dosaku dan
juga dosa kedua
ibubapaku dan kasihanilah
mereka sebagaimana mereka
memelihara dan mendidikku
sejak dari kecil
lagi.”
Doa
Izzara dalam hati.
“Eh,
Sham... Kak Sheena balik
KL esok jugak ke?”
“Hmm, Kak Sheena
maybe balik petang
Isnin kut sebab
dia ambik cuti Isnin tu. Alah, dari kampung
aku ni nak
ke KL tu,
3 jam jelah. Lagi
pun Kak Sheena
nak bincang dengan parents
aku pasal majlis
pertunangan dia bulan
depan. Nanti bolehlah kau
ikut aku balik
kampung lagi untuk
majlis Kak Sheena
tu ye.”
“Alhamdulillah,
at
last bertunang jugak Kak Sheena
tu. Ingatkan orang busy 24
jam macam dia
tu tak sempat
nak fikir pasal
nikah kawin ni. Insha
Allah, pasal majlis Kak
Sheena tu pasti
aku datang sebab
aku dah jatuh chenta
dengan kedamaian kampung
kau ni, Sham.”
“Tu
yang parents
aku happy bila dia
kata dia nak
bertunang. Dia dengan Abang
Fakhrul tu dah
6 tahun berkawan, lagi pun
umur Kak Sheena
tu dan 31
tahun, memang patut pun
mama dan ayah
aku tu risau.”
“Ececeh, yang kau
tu umur dah
28 tahun tapi
belum berpunya lagi, kau
ingat mama kau
tu tak risau? Kau
jangan jual mahal
sangat, Sham. Nanti kalau umur
kau dah 30
an, susah tau
nak carik calon
suami. Ghaz Khuzairi tu
ada jer. Kalau kau
nak, aku boleh
rekemenkan. Untung Rania Arissa
dapat mommy yang jelita
macam kau... he he he.”
“Kau jangan
nak ober
pulak, Zara! Mentang-mentanglah Qaleef tu dah melamar
kau, berlagak pulak nak
jadi matchmaker segala. Lagi pun
Ghaz Khuzairi tu handsome
gilerlah, berkarisma
pulak tu. Risau aku
nak jadi isteri
dia. Tak senang duduk
aku nanti bila
perempuan lain dok usha
dia kan! Almaklumlah, abang pilot yang hot
giteww kan!”
“Handsome and hot
tapi setia tu, Sham. Dah
bertahun dia single cenggitu
jer. Memang untunglah siapa
yang dapat memenangi
hati dan memiliki
cinta si jejak
kacak yang penyayang
dah bertanggungjawab macam
tu. Kau ingat senang
ke nak jumpa
lelaki yang single,
sanggup jaga seorang
anak angkat. Anak ex-girlfriend dia
pulak tu! Betapa mulianya
hati dia tu, Sham. Aku
kagum dengan sikap
dan sifat Ghaz
Khuzairi tu. Susah nak
jumpa lelaki macam
tu sekarang.”
“Hurmm, kalau dah
jodoh aku dengan
dia, aku memanglah tak
menolak. Aku pun kagum
dengan Ghaz Khuzairi
tu dan aku
akui memang susah
nak jumpa lelaki
sebaik, penyayang, bertanggungjawab
dan berkerjaya macam
dia tu. Pendek kata
memang bertuahlah kalau
perempuan yang berjaya
memiliki hati dan
cinta Ghaz Khuzairi
tu. Tapi kau tahukan
prinsip aku? Aku bukan
jenis yang menagih
dan mengharap cinta
seorang lelaki. Bagi aku, biar
rasa cinta tu
hadir dengan sendirinya. Kalau kau
nak kenenkan aku atau
aku nak memikat
hati dia, memang
bukan prinsip akulah.”
“Uikss, rasa suka
tu dah macam
ada jer? Ke kau
memang dah berkenan
since kau
jumpa dan tengok
sendiri si Ghaz
Khuzairi malam tu…he
he he?”
Usik Izzara
lagi. Shamzlin sudah menayangkan
muka bengangnnya bila
dia diusik dan
dikaitkan dengan pilot kacak
itu.
“Haish, kau ni
tak sudah-sudah nak
kaitan aku dengan
Ghaz Khuzairi tu! Kau
jangan Zara, silap hari
bulan kau yang terbekenan kat
mamat tu nanti. Tak
pasal-pasal merana si Qaleef
kau tu. Eh, sebut pasal
Qaleef, bila dia
balik, Zara?”
“Weh, takda maknanya
aku nak curang
kat Qaleef tu, Sham! Cinta mati
aku tu! Qaleef akan
balik dua hari
lagi. Haih, tak sabarnya
nak pergi jemput
dia kat airport dan
nak tengok wajah yang dirinduiku
selalu tu!”
“Ah, sudah! Ni
yang aku malas
bila sebut nama
Qaleef ni, mulalah kau tu jiwang
karat. Tak pasal-pasal termuntah ijau
aku dengar ayat
kau tu. Eh, jomlah kita
balik. Dah nak Maghrib
ni. Lagi pun malam
ni nak tolong
mama aku prepare untuk
dia masak esok. Dah
macam-macam hidangan yang
dia plan nak masak. Yang
paling best dia nak
masak chicken chop, lasangna
dan spaghetti bolognese untuk
Nadrah dan Nazim
tu. Yang adik aku
berdua tu western food
memang favourite
diaorang. Lagilah bila mama
aku tu memang expert
bila part masakan western food
ni.”
Izzara dan
Shamzlin sudah bangun
dari bangku tersebut
lalu mengatur langkah
untuk kereta yang
diletakkan di tepi
jalan yang tidak
jauh dari tempat
mereka duduk melepak
itu. Sempat lagi dua
gadis jelita ini
bersembang sambil mengatur
langkah.
“Wah,
terliur aku bila
dengar hidangan yang
mama kau nak
masak esok. Sure best kan, Sham! Dah lama
aku tak rasa chicken
chop dan lasagna yang superb mama
kau masak! Tetiba aku
teringat kat mama
akulah, Sham. Tak sabar nak celebrate
Mother’s Day untuk
dia malam esok!“
Hati Izzara
memang tak sabar
untuk meraikan hari
ibu untuk mama
tersayang. Tak sabarnya nak
mendakap dan mencium
pipi mamanya! Sudah menjadi
‘tradisi’ mereka sekeluarga
menyambut hari ibu di hotel
atau restoran yang
eksklusif bagi meraikan
hari bermakna buat
insan yang begitu
istimewa di hati
mereka sekeluarga.Dan pastinya
dia telah menyediakan
hadiah yang istimewa
untuk mamanya. Happy
Mother’s Day, mama kusayang!
>>>>>> bersambung
P/S : Happy mother's day to kak kemboja, kak Alida, Kak Mona Haslina, Kak Roziah Ahmad, Kak Leen Myhaneeza, Kak Nor Aisyah MJ, Kak Rose Ishak, Kak Razida Hanim & all hot mamas yang folo TAS :)
Post kali ni kureng umph sikit sbb x ada scene ghaz & rania arisa...
ReplyDeletekak Eijan...bagi Abg Ghaz sibuk fly kak..Rania pulak dok sibuk menyendeng maksu Zati dia..hehhe
DeleteThanks ya for reading TAS & Happy Mother's Day, Kak :)
~hugs~
Walaupun tader scene rania n ghaz, tapi terubatler tgk abg ghaz bukan main mengancannya dgn spek dia tuh
ReplyDeleteNina ni dah dok melting tgk gmba Ghaz tu kak..:)
DeleteThanks ya for reading TAS & enjoy ur holiday :)
~hugs~
best..tp kali ni kurang kick sikit..hehhehe
ReplyDeletedidie
Hi Didie...kurang kick sbb xde Abg Ghaz & Rania ye Didie..heheh
DeleteThanks for reading TAS,dear :)
Mcm xkne nadrah ngan nazim tu favourite mkn western...xsesuai laaaa...org kampung.. miskin... Xpnh kuar bandar... Tp ske western...
ReplyDeleteHi Yazreina shayang..
ReplyDeleteYang, now org kampung mkn western tau..bkn setakat mkn,they all pun bleh masakan sendiri western food kat rumah..:)
Abt Nadrah & Nazim tu,ms menulis part both of the ni..Nina imagine kan yg dorang ni dulu ms parents they all ada, dorang ni kira org senang,dok kat bandar..so bila parents dah meninggal xcident, so dorang dok dgn nek Timah lah..waris yg ada..silapnya Nina tak cite dlm part dorang ni pasal ni & Nina budget readers akn fahamlah..sorry,my bad..:(
Sorry jgak coz penulisan Nina ni banyak kekurangannya..Nina baru nk merangkak dlm bidang penulisan ni..dan menulis berdasarkan angan2 Nina yg suka berangan..some more novel selalunya ada yg tak logik kan.
btw, thanks for reading TAS..Nina appreciate it!
Nina... Sorrylah... Tp xleh nk budget readers bleh guess....sbb xde diceritakan... Dahler dorg miskin... Susah nk imagine plak... Tq for explaining it to me dear..
DeleteLove reading TAS tp byk betul info u bg dlm each chapter...
Hmm..my bad...sorry ya, Yazreina
Deletethanks coz bg comment yg membina..really appreciate it.
Thanks for reading TAS yg byk kekurangannya ini.