Assalamualaikum & Hi All :)
# Be strong enough to let go and patient enough to wait for what you deserve.
Chapter 10 for u, darlingsss
Enjoy & thanks for reading :)
Hugs & kisses,
~ Nina Harith ~
Enjoy & thanks for reading :)
Hugs & kisses,
~ Nina Harith ~
BAB 10 : TERIMA AKU SEADANYA.
HONDA CITY milik
Izzara tiba di
hadapan banglo 3
tingkat milik keluarganya. Hatinya masih
berdebar-debar bila mengenangkan
penerimaan keluarganya terhadap
Rania Arissa. Adakah papa
dan mamanya dapat
menerima si comel
ini sebagaimana dia
menerimanya dengan seikhlas
hatinya. Dia menoleh ke
arah Rania Arissa
yang turut memandangnya, mungkin si
comel itu hairan
dengan gerak-geri Izzara
yang seakan berat
melangkah keluar dari
keretanya.
"Mommy, kita dah
sampai rumah mommy ye?" Manja Rania
Arissa bertanya.
"Ye,
sayang. Nilah rumah family mommy. Atuk dan
nenek ada kat
dalam agaknya. Jom sayang, kita
keluar pergi jumpa
diaorang."
Izzara keluar
dari keretanya diikuti
oleh si comel
yang turut keluar
di bahagian pintu
penumpang. Tiba-tiba
kedengaran bunyi hon
kereta dari arah
belakang kereta Izzara. Rasa
nak gugur jantung
Izzara bila mendengar
bunyi hon kereta
yang agak kuat
itu. Dan entah kenapa
baru dia teringatkan
akan Rania Arissa! "Rania! Sayang kat
mana? Rania Arissa!" Bertalu-talu nama
si comel itu
terbit dari mulut
Izzara.
"Mommy! Rania kat
sinilah!"
Izzara memandang
ke arah suara
di pintu keretanya, di
bahagian penumpang.
Kelihatan Rania Arissa
bersandar di pintu
tersebut. Izzara mengurut dadanya, tanda lega
bila Rania Arissa
berkeadaan baik saja. Kemudian matanya
menghala ke arah
bunyi hon kereta
yang agak kuat
tadi. Tiba-tiba dia seakan-akan
mahu membaling kasutnya
ke arah cermin
kereta tersebut. Kalau dah
kereta Toyota Vios berwarna
putih tu, mustahil dia
tak dapat cam
dan paling dia
kenal si pemiliknya!
"Hampeh punya
Shamzlin! Buat jantung aku
nak gugur jer! Nak
makan pelempang aku agaknya minah
ni!"
Bisik Izzara
dalam hati. Nak maki
si Shamzlin tu
kuat-kuat tak boleh, nanti
didengar dek Rania
Arissa tu nanti
lain pulak jadinya.
Izzara pergi
mendapatkan Rania Arissa, lalu
dipimpinnya tangan si
manja itu dan
kemudian dia mara
ke arah Shamzlin yang
baru keluar dari
keretanya.
"Hi,
babe! Eh, kau ni dah
kenapa dengan muka
pucat semacam ni, Zara?”
"Kalau kau
nak tau, nyaris lagi
cermin Vios kau
tu pecah kena
baling dengan wedges Salvatore
Ferragamo aku ni."
Bisik Izzara
ke telinga Shamzlin, risau butir
perbualannya didengar oleh
Rania Arissa.
"Kau merapu
apa ni, sampai nak
baling cermin kereta
aku bagai. Taulah wedges Salvatore
Ferragamo kau tu
mahal tapi janganlah
nak ober, sampai cermin Vios
aku pun kau
nak try test!"
Soal Shamzlin
pelik, turut berbisik ke
telinga Izzara. Minah ni
gila agaknya, sampai nak
pecahkan cermin kereta
segala.
"Yang kau
tekan hon kereta
kau tu kekuat
pasal apa? Nak gugur
jantung aku, tahu tak? Kata
aku yang over, tapi kau tu
over sebenarnya. Macamlah Vios
kau tu jer
yang ada hon
kereta!"
Balas
Izzara, masih dengan
nada berbisik.
Belum sempat
Shamzlin membalas,
kedengaran suara halus menyampuk.
"Mommy,
kenapa cakap bisik-bisik? Auntie ni siapa, mommy?
Izzara dan
Shamzlin memandang ke
arah suara halus
itu. Shamzlin tersentak bila
si comel itu
memanggil Izzara dengan
panggilan mommy. Hatinya
tertanya-tanya, anak siapa yang
panggil Izzara ni mommy
bagai? Nampak begitu manja
dengan Izzara pulak
tu. Takkan anak sedara
kut! Setahunya Izzara ni
mana ada anak
sedara,. Abang Iqram tu
memang dah lama
kawin tapi dia
belum ada anak
lagi.
Bila dia
mengamati wajah si
comel di hadapannya
itu, tiba-tiba dadanya berdegup
kencang. Wajah si comel
tu ada iras
dengan wajah Izzara
walaupun si comel
tersebut memiliki mata hazel. Ya Allah, takkanlah Izzara
sanggup buat kerja
tak senonoh, siap dah ada anak
bagai ni? Tapi wajah
budak ni ada
iras anak mat
salih, sikit pun takda
iras Qaleef. Ya Allah,
takkan si Izzara
ni ada skandal dengan
mat salih pulak! Sampai
hati kau, Zara! Kesian Qaleef!
Izzara tersenyum
bila melihat riak
kehairanan di wajah
Shamzlin bila Rania
Arissa memanggilnya mommy sebentar
tadi. Bukan dia tak
faham apa yang
Shamzlin tengah fikirkan
bila melihat wajah
milik si comel yang ada
iras dengan wajahnya. Sah
minah ni merapu
dan fikir bukan-bukan!
"Rania,
inilah auntie Shamzlin. Kawan mommy,
salam auntie
Sham, sayang."
Shamzlin tetap
menyambut huluran tangan
mulus itu yang
ingin bersalam dengannya. Makin sesak
dadanya bila Izzara
melayan Rania Arissa
seolah-olah itu memang
anaknya. Dia tetap terkaku
dari menyatakan sesuatu
pada Izzara kerana
dia seakan-akan tak
percaya dengan situasi
yang dihadapinya ketika
itu. "Dan kau, Sham… tak payah
nak buat muka blur
kau tu. By the way, kau
ingat lagi tak Rania
Arissa yang aku
pernah cerita kat
kau? Inilah dia, Rania Arissa. Comel
tak?"
"Ya Allah, Zara! Pasal apa
kau tak bagitau
aku awal-awal yang
si comel ni
Rania Arissa! Sampai aku
dah terfikir bukan-bukan
tadi. Rania sayang, meh
auntie Sham nak
peluk sayang auntie ni, boleh?"
Shamzlin mencangkung
di hadapan Rania
Arissa sambil mendepangkan
tangannya lalu Rania
Arissa terus memeluknya.
"Amboi,
tadi bukan main
lagi kau jual
mahal, sekarang dah sibuk
nak peluk segala. Eh, jomlah kita
masuk ke dalam, nanti
mama aku bising
pulak kita lambat."
Ajak Izzara
sambil dia mengatur
langkah diikut oleh
Shamzlin yang sudah
mendukung Rania Arissa. Uikss!
Dah berdukung bagailah
pulak! Terlebih caring pulak
si Shamzlin ni.
"Zara,
macam mana Rania
ni boleh ada
dengan kau, babe?
Soal Shamzlin
sambil mencium pipi
gebu si comel
lalu ciumannya itu
dibalas mesra oleh
Rania Arissa. Makin jatuh
sayang Shamzlin dengan
keletah si comel
yang manja itu.
"Itu cerita
lain kali aku story
kat kau, now aku tengah
serabut nak explain
kat
mama dan papa
aku pasal Rania
Arissa ni."
"Eh,
diaorang tak tahu
lagi ke? Gilalah kau, Zara. Boleh pulak
selamba kau angkut
si Rania ni
ke sini."
"Tulah,
aku cuak
jugak bila fikir
pasal penerimaan mama
dan papa aku
nanti. Well, kau pun tahu kan
yang bab ni
memang aku tak
suka nak sorok-sorok
especially kat
mama aku. Baik aku story awal-awal
daripada aku terkantoi kemudian
hari.”
“Yelah,
kau tukan anak
mama! Tapi aku suka
dengan cara kau, seeloknya begitulah, babe!
Sampai sahaja
di pintu masuk
rumahnya, belum sempat Izzara
dan Shamzlin memberi
salam, kedengaran suara milik
mama Izzara memanggilnya
dari arah kanan
banglo itu. Dan mereka
menoleh ke arah
suara tersebut, kelihatan mama
Izzara iaitu Datin
Aziah, Datuk Iskandar, Abang Iqram
dan isterinya Yasmin
tengah bersantai sambil
menikmati minum petang
di meja yang
berdekatan dengan gazebo di
halaman banglo tersebut.
Izzara pergi
mendapatkan mamanya dan
yang lain untuk
bersalaman diikuti oleh
Shamzlin. Setelah usai bersalaman, mereka melabuhkan
punggung di kerusi
yang disediakan. Rania Arissa
dengan manjanya duduk
diribaan Izzara.
“Abang Iqram, kenapa
dengan kak Yasmin
tu, bang? Migrain eh?
Soal
Izzara pada abang
sulung yang duduk
berhadapan dengannya itu
setelah melihat kakak
iparnya, Yasmin yang ayu
bertudung itu menyandarkan
kepalanya di dada
abangnya. Sekali sekala kelihatan
si suami memicit-micit
lembut kepala si
isteri.
“Tu tandanya, Zara nak
jadi makcik lepas
ni.”
Sampuk Datin
Aziah pula.
“Hah?
Yeke, Abang Iqram? Dah berapa
bulan dah? Alhamdulillah,
akhirnya!”
“Dah masuk
dua bulan lebih
dah. Tapi kesianlah kat
isteri kesayangan abang
ni, sebab teruk
dengan morning sickness segala.”
“Congratulation, Abang Iqram
dan Kak Yasmin. Haih, tak sabarnya
nak tengok baby tu
lahir nanti, sure cute!”
“Cute
ikut mommy dia.”
Sampuk Yasmin
yang sedari tadi
mendiamkan diri, menahan sakit kepala agaknya.
Mereka yang
berada di situ
tersenyum mendengar jawapan
dari mulut Yasmin, mata
terpejam tapi nak juga bersembang. Dan Datin
Aziah sedari tadi
memandang ke arah
Izzara, paling tepat memandang
ke arah Rania
Arissa yang dipangku
oleh Izzara itu. Hatinya
tertanya-tanya anak siapa
yang comel diangkut
oleh Izzara ni? Nampak
begitu rapat dan
manja dengan anak
daranya tu.
“Sayang mama, siapa
si comel yang
Zara bawak ni? Ini
ke special guest yang sayang mama
bagitau nak bawak
tadi ye?”
Lembut Datin
Aziah bertanya dan
mata yang lain
turut tertumpu pada
Izzara, menunggu jawapan keluar
dari mulut si
jelita itu. Mereka turut
tertanya-tanya siapa budak
yang sangat comel
bersama Izzara tu.
“Ya Tuhan, terlupa pulak
Zara nak kenalkan
budak cute
ni kat semua. Nak
tahu, inilah dia Rania
Arissa. Come,sayang…
salam nenek, atuk, uncle
Iqram dan auntie
Yasmin."
Izzara memimpin
Rania Arissa mendapatkan
mama dan papanya
untuk bersalaman, dan Rania
Arissa bersuara bertanya
sesuatu pada Izzara.
“Mommy, ini nenek
dan atuk ye?”
“Ye,
sayang. Meh sini, sayang
salam uncle Iqram dan auntie Yasmin
pulak."
Rania Arissa
menurut saja kata
Izzara itu, ketika dia
menghulurkan tangannya pada
Yasmin, tiba-tiba Yasmin memeluk
dan mencium Rania
Arissa lalu berkata
sesuatu pada Izzara.
"Comelnya Rania
ni, Zara. Geram Kak Yasmin
kat dia ni! Pipi
tembam dia ni
rasa nak picit-picit
jer! Eh, perasan tak muka
Rania ada iras
muka Zaralah. Anak siapa
ni, Zara?"
Soalan Yasmin
itu membuatkan semua
yang ada di
situ tersentak, hanya Shamzlin
yang nampak tenang. Dan
mereka mengamati wajah
milik si comel
itu, memang betul muka
Rania Arissa seiras
dengan Izzara. Paling tak
keruan adalah Datin
Aziah. Walaupun Rania Arissa
memiliki sepasang mata hazel
tetapi si comel
itu memang iras
dengan anak daranya. Nak
pecah dadanya bila
memikirkan Izzara membuat
sesuatu yang boleh
mencalarkan nama baik
keluarga. Dia memandang tajam
ke arah anak
daranya itu, serius!
Seolah-olah mahukan perjelasan
daripada Izzara. Begitu juga
dengan Datuk Iskandar
dan Iqram Arief, serius
memandang ke arah
Izzara. Dan belum sempat
Izzara bersuara untuk
menjelaskan perkara sebenarnya, suara halus milik
Rania Arissa bergema.
"Rania nak
pergi tengok fish boleh
tak, mommy?"
Soal Rania
Arissa sambil jari
telunjuknya menunjuk ke
arah kolam ikan
peliharaan mamanya yang
tidak jauh dari
situ.
"Boleh,
sayang. Elok-elok ye."
Balas Izzara
membenarkan Rania Arissa
ke arah tersebut, sempat lagi
dia mencium pipi
gebu Rania Arissa
sebelum melepaskan si
comel ke sana. Kemudian dia
memandang wajah-wajah yang
serius di hadapannya
ketika itu. Setia memandangnya
untuk mendengar penjelasan
dari mulut Izzara. Dan
kecut perutnya serta
bercampur baur perasaannya
bila memikirkan reaksi
mereka itu nanti
terutamanya papa dan
mamanya. Izzara berdehem sebelum
cuba untuk bersuara.
"Papa,
mama.. Zara mintak maaf
kalau papa dan
mama tak suka
dengan perbuatan Zara
ni. Zara tak bermaksud
nak buat papa
dan mama fikir
bukan-bukan mengenai apa
kaitan Zara dan
Rania. Buat pengetahuan papa
dan mama serta
Abang Iqram dan
Kak Yasmin, Rania Arissa
tu anak kawan
Zara. Dan Zara bersumpah, yang Rania tu tiada
kaitan hubungan apa-apa
dengan Zara. Dengan apa
yang sudah terjalin
ni adalah atas
dasar simpati dan
atas sebab Zara
menolong seorang kawan
yang perlukan pertolongan
dari Zara."
Izzara menarik
nafas lega bila
melihat wajah-wajah di
hadapannya itu yang
tadi serius bertukar
menjadi sedikit tenang, seolah-olah boleh
menerima penjelasannya sebentar
tadi. Kemudian dia kembali
menyambung kata-katanya dengan
menceritakan segala kisah
citra hidup si
comel yang malang
itu, tentang Marlissa, Ghaz Khuzairi
dan Ryan Arshad. Dan
dia turut menceritakan
bagaimana boleh terjalinnya
hubungan 'ibu dan
anak' antara dia
dan Rania Arissa. Shamzlin yang
ada di situ
turut tekun mendengar
cerita serta penjelasannya. Eloklah, tak payah
dia nak ulang
tayang nak bercerita
perkara yang sama
pada Shamzlin lagi!
"Kasihannya dia, sayang. Habis, yang jaga
Rania sejak dia
lahir tu, Ghaz Khuzairilah
ye, Zara? Mulianya budak Ghaz
Khuzairi tu ye."
Kata Datin
Aziah, sambil menyapu lembut
air matanya. Tersentuh bila
mendengar kisah Rania
Arissa.
"Ye,
ma. Ghaz Khuzairi dan keluarga dia
yang jaga dan
didik Rania tu sejak dia
lahir lagi, ma. Hmm, Zara harap
papa dan mama
bagi keizinan pada
Zara untuk bantu
Ghaz Khuzairi untuk
sama-sama bagi perhatian
pada si comel
tu. Zara tak sampai
hati nak hampakan
permintaan Ghaz Khuzairi
terutamanya Rania Arissa. Kasihan kat
Rania, ma. Sejak bertemu dengan
Zara, dia dah menganggap
yang Zara ni mommy dia
yang sebenar sebab
wajah arwah mommy Rania
tu iras betul
dengan Zara, ma."
Sayu
Izzara meminta keizinan
pada papa dan
mamanya dengan riak
mukanya penuh mengharap
agar kedua orang
tuannya itu faham
akan niat murninya.
"Zara,
nak buat
perkara baik macam
ni tak perlulah
nak minta izin
segala. Sudah menjadi tanggungjawab
kita sesama insan, memberi pertolongan
pada yang memerlukan
terutamanya pada anak
yatim seperti Rania tu. Dah
menjadi tanggungjawab kita
memberi perhatian pada
kanak-kanak sepertinya. Dan Zara
sepatutnya bersyukur, sebab Zara
'dipilih' untuk membantu
insan yang memerlukan
pertolongan. Besar ganjarannya kalau
kita ikhlas memberi
perhatian serta mendidik
anak yatim ni, Zara. You should
know that, when you
find yourself in
a position to
help someone, be happy
because Allah is
answering that person
du'a through you. So,
Zara sepatutnya bersyukur
sebab Allah bagi
peluang pada anak
papa ni, untuk membantu
Ghaz Khuzairi dan
Rania Arissa. Honestly, I'm proud
of you, dear! Macam nilah anak papa
dan mama, yang ikhlas
membantu orang yang
sangat memerlukan bantuan
kita."
Belum sempat
Izzara membalas kata-kata
papanya itu, Yasmin pula
bersuara, menyampuk.
"Zara,
Kak Yasmin nak
tanya, Ghaz Khuzairi tu
kerja apa ye? Dan
nama mommy kandung Rania
tu apa ye, sebab
tadi masa Zara
bercerita pasal mommy dia, Zara
tak mention nama arwah
tu. Boleh Kak Yasmin
tahu?
Soal Yasmin
sambil merenung Izzara
dengan riak muka
yang curious tentang Ghaz
Khuzairi dan arwah
Marlissa itu. Hilang sakit
pening kepalanya setelah
teruja mendengar cerita
Izzara sebentar tadi. Ditambah pula
persoalan tentang Ghaz
Khuzairi dan arwah mommy
Rania yang berlegar-legar difikirannya.
"Hmm… Ghaz tu
dia MAS pilot, kak. Dan nama mommy kandung
Rania tu, Marlissa. Dia stewardess kat
MAS tapi dia resigned
dari MAS setelah
dia mengandungkan Rania, sebab
dia kena alahan
teruk masa tu. Husband dia, Ryan
yang mencadangkan agar
dia berhenti kerja
masa tu, kak."
Namun,
belum sempat Yasmin
membalas jawapan Izzara
itu, tiba-tiba Izzara menjerit
kecil seraya memegang
erat tangan kakak
iparnya.
"Ya Allah, Kak
Yasmin! Macam mana Zara
terlupa yang akak
dulu MAS stewardess jugak! Entah-entah akak Sarah yang
Ghaz Khuzairi ceritakan
tu? Sarah kawan pada
arwah Marlissa, yang arwah
jumpa malam dia
meninggal tu kak. Ye
ke kak?
Izzara sudah
menepuk perlahan dahinya. Macam mana dia tak
terfikir yang kakak
iparnya dulu pernah
berkhidmat di MAS
sebelum bernikah dengan
Abang Iqram. Dan macam
manalah dia tak
terfikir yang Sarah
sahabat kepada arwah
Marlissa adalah Sarah
Yasmin, kakak iparnya sendiri. Kecilnya dunia! Kebetulan apakah
ini?
"Ya Tuhan,
takdir apakah ini, Zara? Arwah Marlissa
tu kawan Kak
Yasmin dan kami
pernah jadi housemate
masa
kami single dulu.
Last kami
bertemu masa dia datang jumpa
akak, datang bertanyakan tentang
suaminya, Ryan. Akak tak boleh
lupa betapa wajah
arwah ketika menggambarkan
yang dia derita
ditinggalkan si suami
tanpa sebarang berita. Kesian dia, Zara. Dalam sarat
mengandung tu sanggup
keluar mencari si
suami.
Akak tak
sangka Ryan sanggup
buat arwah macam
tu lagipun arwah
tu sangat baik, perempuan yang
baik. Tak sangka begitu
pengakhiran kisah hidupnya. Dan
kali terakhir akak
jumpa Rania selepas
pengebumian mommy
dia. Paling akak tak
boleh lupakan bila
memandang wajah sayu
anak arwah tu, seolah-olah dia
turut sedih dengan
pemergiannya mommy
dia. Pilu hati akak bila
mengenangkan nasib Rania
menjadi anak yatim
setelah dia lahir
ke dunia. Ada ayah
pun tapi entah
ke mana menghilangnya. Selepas akak
menikah dengan Abang
Iqram dan resigned
dari
MAS, akak memang dah lost
contact dengan Ghaz
Khuzairi."
Iqram Arief
sudah memeluk Yasmin, cuba
menenangkan si isteri
yang teresak-esak sedih
mengenangkan nasib arwah Marlissa dan
Rania Arissa. Yasmin pernah
menceritakannya tentang Marlissa, Ghaz Khuzairi, Ryan dan
Rania Arissa tetapi
dia tak menjangkakan
yang takdir Allah
boleh menemukan semula
isterinya dengan Rania
Arissa, sekaligus bakal menemukan
Yasmin dengan Ghaz
Khuzairi. Syukur Ya Allah!
Kemudian Yasmin
memandang ke arah
si comel yang
sedang leka melihat
ikan peliharaan di
tepi kolam tidak
jauh dari situ. Nampak
sungguh comel dengan
tangan kanannya mengelek
teddy bear
berwarna coklat. Dia bangun
dan mengatur langkah
ke arah Rania
Arissa, memeluk dan mencium
pipi gebu si
comel dengan juraian
airmatanya. Demi Tuhan, dia
tak sangka akan
pertemuan yang tak
terduga ini. Terima kasih
ya Allah, kerana
memakbulkan doanya selama
ini.
Dan Rania
Arissa agak kaget
bila auntie Yasminnya itu tiba-tiba
memeluknya, siap menangis bagai. Naik
hairan dia dengan
wanita itu beria-ia
menangis ketika memeluknya.
"Auntie Yasmin, kenapa nangis? Kepala auntie sakit
sangat ye?"
Polos si
comel itu bertanya
pada Yasmin yang
merenungnya dengan juraian
airmata. Tangan comelnya sempat
menyapu lembut ke kelopak mata
Yasmin. Makin sebak Yasmin
dengan perbuatan Rania
Arissa yang polos
itu, lalu dia memeluknya
semula. Erat.
"Auntie Yasmin
menangis bukan sebab
sakit kepala sayang. Tapi
auntie menangis
sebab happy dapat jumpa
sayang dan dapat
peluk sayang auntie yang
comel ni. Dah besar
sayang auntie ni ye."
Sebak Yasmin
menuturkan kata-katanya.
Kemudian dia
kembali merenung kasih
ke arah wajah
bersih si comel. Kasihan sayang
auntie!
“Mar,
anak kau
dah besar dan
comel, Mar. Sebijik macam muka
kau, Mar. Kalau kau ada
pasti kau bangga
dengan kecomelan anak
kau ni. Dan aku
bersyukur sangat sebab
Ghaz Khuzairi menjalankan
amanah kau dengan
baik, Mar. Alhamdulillah.”
Bisik Yasmin
dalam hati, seolah-olah dia
bercakap dengan arwah
Marlissa.
Insan-insan yang
memandang sketsa antara
Yasmin dan Rania
Arissa turut sebak
dan menahan air mata dari
berguguran. Sesungguhnya
Allah saja yang
tahu betapa sebak
dan pilunya hati
mereka dengan situasi
ketika itu. Iqram Arief
mara ke arah Yasmin yang
sedang memeluk erat Rania Arissa. Bimbang dengan
keadaan isterinya yang
terlalu sedih dengan
pertemuan yang tak
terduga itu. Dan
dia risau, dengan keadaan
isterinya yang mencangkung
itu menjejaskan kandungannya
yang belum kuat
lagi.
"Sayang, jomlah kita
duduk sana, tak elok mencangkung macam
ni. Sayangkan tak berapa
sihat, nanti effect kat baby kita, sayang.”
Pujuk Iqram Arief dengan
lembut. Kemudian dia membantu
isterinya bangun, usai itu
dia mencapai Rania
Arissa lalu didukungnya. Lalu pasangan
bahagia itu mengatur
langkah bersama-sama ke
arah meja tersebut. Dan mereka sekeluarga
menikmati minum petang
bersama-sama, turut disertai oleh
Shamzlin dan si
comel, Rania Arissa. Bila jam
sudah menunjukkan hampir
pukul 7 petang, Datuk
Iskandar mencadangkan agar
mereka pergi membersihkan
diri dan bersiap-siap
untuk menunaikan solat
Maghrib dan bacaan
Yassin berjemaah sebentar
lagi. Ketika mereka melangkah
masuk ke rumah, Rania
Arissa yang didukung
oleh Iqram Arief, menyatakan sesuatu
pada Izzara.
"Mommy, Rania pun nak
solat jugak. Tapi Rania
punya telekung ada
dalam beg Barbie,
daddy letak kat
dalam beg tu."
"Boleh,
sayang. Nanti mommy ambilkan beg
Rania tu kat
kereta ye. But now sayang
kena mandi dulu, bersihkan badan
sayang yang dah
berpeluh ni."
"Tapi Rania dah mandi
kat daycare
tadilah, mommy. Rania tak
bawak baju lebihlah, mommy."
"Mommy tahu
sayang dah mandi kat daycare tu, tapi
sayangkan dah berpeluh-peluh ni. Lagi
pun kita kalau
nak solat kenalah
dalam keadaan bersih, sayang. Sayang mandi, ye. Tapi sayang
takda baju lebih ye?
"Takpa Zara, mama
masih simpan lagi
jubah kanak-kanak yang
mama beli masa
pergi umrah hari tu.
Rasanya sedang elok untuk
Rania ni. Jom Rania, nenek
mandikan sayang nenek
ni ye."
Rania Arissa
yang sudah diturunkan
oleh Iqram Arief dari dukungannya
itu, mencapai tangan yang
dihulurkan oleh Datin
Aziah dan dia
mengikut langkah Datin
Aziah untuk pergi
membersihkan diri dan
bersiap-siap untuk menunaikan
solat Maghrib berjemaah.
SUASANA di
bilik yang dikhaskan
untuk beribadat itu
kelihatan tenang, hanya kedengaran
suara merdu milik
Iqram Arief mengalunkan
azan Maghrib. Jemaah wanita
sudah mengambil tempat
masing-masing, begitu juga si
manja yang duduk
bersebelahan dengan Datin
Aziah. Dah tak boleh
berenggang langsung dengan
nenek barunya si
Rania ni ye! Dan
solat Maghrib berjemaah
itu diimamkan oleh
Datuk Iskandar. Pembantu rumah
mereka, Kak Salmah turut
menyertai mereka. Setelah selesai
menunaikan solat Maghrib
dan bacaan Yassin
berjemaah, Datuk Iskandar mengambil
tempat di hadapan
sekali iaitu mengadap
para jemaah untuk
menyampaikan sedikit tazkirahnya. Sudah menjadi
rutinnya menyampaikan sedikit
tazkirah untuk keluarganya
itu sekiranya mereka
berkesempatan solat bersama-sama. "Malam ni
papa nak berkongsi
sedikit pada anak-anak
papa dan juga
kat kamu, Shamzlin tentang
Istidraj. Harap kamu semua
boleh buka hati
dan minda bila mendengar tazkirah
papa ini. Di sini
papa nak jelaskan
maksud Istidraj. Istidraj adalah
nikmat pemberian oleh
Allah kepada manusia
yang mana pemberian
itu tidak diredhai
olehNya. Siapa golongan manusia
Istidraj ini? Manusia Istidraj
adalah manusia yang
lupa daratan iaitu
manusia yang beranggapan
walaupun mereka ini
berbuat maksiat dan
mengingkari perintah Allah, tapi
mereka berpendapat bahawa
Allah tetap menyayangi
mereka.
Kadang-kadang kita
tertanya-tanya mengapa golongan
ini walaupun gemar
berbuat maksiat dan
ingkar dengan perintah
Allah tetapi hidup
mereka tetap mewah, rezeki
mereka melimpah-limpah? Ingatlah,
pemberian nikmat oleh
Allah kepada golongan
ini adalah pemberian
yang bukan diredhaiNya. Kadang-kadang Allah memberikan nikmat
yang banyak terhadap
golongan ini untuk
bertujuan menghancurkannya.
Rasulullah s.a.w
bersabda :
"Apabila kamu
melihat bahawa Allah
Taala memberikan nikmat
kepada hambaNya yang
selalu berbuat maksiat (durhaka), ketahuilah bahawa
orang itu telah
diistidrajkan oleh Allah
SWT."
(
Diriwayatkan oleh At- Tabrani, Ahmad & Al- Baihaqi )
Papa nak
ingatkan anak-anak papa, kita
ni hidup bukan
kekayaan yang kita
kejarkan, jauh sekali untuk
hidup susah. Tapi matlamat
hidup kita yang
sebenarnya adalah mencari
keredhaan Allah. Nikmat dunia
bukan segala-segalanya. Often
times, we treat this
world as though
it's everything, when in
reality, we need to
bear in the
mind that the
Hereafter is what
we should really
be concerned with. Nasihat papa, tak
salah kalau kita
nak hidup senang
tetapi jangan terlalu
mengejar kesenangan itu
sehinggakan kita mengabaikan
atau lupa dengan
perintah Allah. Jangan jadi
hamba dunia sebab
di akhirat nanti
kita yang rugi. Oleh
itu, kita sebagai hambanya
hendaklah mensyukuri segala
nikmat yang dikurniakan
dengan mentaati segala
perintah dan suruhanNya. Dan kita
seharusnya menggunakan pemberian
Allah itu ke
jalan kebaikan dan
ikhlas mengabdikan diri
kepadaNya. Percayalah, bila
tujuan hidup kita
untuk mencari keredhaan
Allah, Insha Allah selamatlah
kita di dunia
dan akhirat."
Usai Datuk
Iskandar mengakhiri tazkirah
dan membacakan doa, masing-masing bersalaman. Si comel
Rania Arissa menjadi
tumpuan dan masing-masing
menghadiahkan ciuman ketika
bersalaman dengan si
comel itu. Izzara terasa
lapang dadanya dengan
penerimaan mereka terhadap
Rania Arissa. Ketika mereka
ingin keluar dari
bilik beribadat itu, sekali
lagi si comel
bersuara menyatakan sesuatu
kepada Datuk Iskandar.
"Atuk,
boleh ajar Rania
mengaji tak? Sebab lepas
solat, daddy ajarkan Rania
mengaji. Kalau daddy takda, Tok
Pa yang ajarkan."
Pinta Rania
Arissa yang tampak
sangat comel bila
memakai telekung. Tangannya sudah
memegang tangan Datuk, seolah-olah memujuk. "Alahai,
pandainya cucu atuk
ni. Tapi kat rumah
atuk ni takda
Muqaddam atau buku
Iqra, sayang. Takpa, atuk
boleh ajarkan cucu
atuk ni baca
Surah Al Fatihah, nak?
"Nak,
atuk!"
Jawab si comel itu
sambil tersenyum dan
seraya itu dia
duduk bersila di
hadapan Datuk Iskandar. Datuk Iskandar
bangun dari duduknya
untuk ke kabinet
yang menempatkan Al
Quran dan kitab-kitab
koleksinya serta buku-buku
agama yang tersusun
di kabinet tersebut. Kemudian dia
bersila semula mengadap
si comel yang
menunggu untuk diajar
mengaji. Yang lain sudah
tersenyum melihat keletah
Rania Arissa yang
bijak itu.
Yasmin
sangat bersyukur bila
melihat Rania Arissa
terdidik dengan didikan
yang sempurna yang
diberikan oleh Ghaz
Khuzairi. Dia kagum dengan
lelaki itu mampu
melunaskan tanggungjawab dan
amanah yang diberikan
oleh arwah dengan
baik. Dan kemudian Yasmin
menuruti yang lain keluar
dari bilik tersebut
untuk sesi makan
malam keluarga itu
pula. Hanya tinggal Datuk
Iskandar yang tengah
mengajar Rania Arissa
membaca Surah Al
Fatihah.
DI MEJA makan
yang boleh memuatkan
seramai 20 orang
itu meriah dengan
pelbagai hidangan yang
dimasak sendiri oleh
Datin Aziah. Bukan selalu
mereka sekeluarga dapat
berkumpul begini. Datuk Iskandar
telah menetapkan majlis
makan keluarga begini
diadakan setiap 2
kali sebulan. Bertujuan untuk mengeratkan hubungan
mereka sekeluarga. Dan sudah
pastinya hidangan untuk
makan malam istimewa
mereka sekeluarga dimasak
sendiri oleh Datin
Aziah dan Kak
Salmah, pembantu rumah mereka
hanya membantu apa
yang patut.
"Wah,
mama siap masak
ikan pari masak
asam pedas ni, ma? Dah
lama Zara tak
makan masakan mama
ni."
"Hmm, Kak Yasmin
kamulah yang mengidam
nak makan ikan
pari masak asam
pedas ni. Tu yang mama
masakkan."
"Mama,
thanks ya
masakan asam pedas
ni. Dah terliur dah
Yasmin ni, ma.
Ucapan Yasmin
yang terharu dengan
kesungguhan ibu mertuanya
untuk memenuhi selera
mengidamnya itu.
"La, Yasmin tak
payahlah nak berterima
kasih bagailah. Kalau Yasmin
nak makan apa-apa, bagitau jer
kat mama. Nanti mama
masakkan untuk menantu
kesayangan mama ni. Untuk
bakal cucu mama
jugakkan."
Ujar Datin
Aziah sambil menyeduk
lauk asam pedas
itu ke pinggan
Yasmin. Untunglah dapat ibu
mentua yang baik cengginikan! Bertuahnya, Yasmin!
"Hah,
Shamzlin. Makanlah lebih sikit, jangan
segan-segan. Ambik jer lauk
mana yang Sham
teringin nak makan. Bukan
selalu kamu tu
nak merasa masakan
auntie ni."
Ramah wanita
jelita itu menjemput
Shamzlin merasa lauk-pauk
hasil air tangannya. Shamzlin tu
nak segan segala
pasal makan? Memang taklah! Lagi
pun dia memang
dah biasa dengan
family Izzara
ni.
“Auntie
Azie, thanks
ye sebab ajak
Sham join dinner ni. Hmm,
tulah memang dah
lama Sham tak
rasa masakan best auntie
ni”
Jawab Shamzlin
sopan-sopan alah, sempat memuji
masakkan Datin Aziah
yang sememangnya sedap
tu.
“Cucu atuk
ni nak lauk
apa, sayang?"
Soal Datuk
Iskandar pada Rania
Arissa yang duduk
sebelahnya itu.
“Rania
nak ayam goreng
sedap boleh tak, atuk?
Soal si
manja dengan tersengih, suka dilayan
begitu oleh ketua
keluarga yang baik
hati itu.
“Boleh, sayang.
Makan ye
sayang, nenek masak ayam goreng
memang sedap.
Ujar
Datuk Iskandar seraya
meletakkan seketul paha
ayam goreng ke
pinggan Rania Arissa.
"Pa, hari
ni tak busy ke kat ofis? Nampak
papa balik awal
dari ofis. Biasa dekat
nak Maghrib baru
papa sampai rumah."
Tanya Izzara sambil
menyuapkan nasi ke
mulutnya.
"Hmm, papa ada appointment
dengan kawan
lama papa pukul
3:00 petang tadi. Kawan
papa sama study di Edinburgh dulu. Semenjak masing-masing
dah kawin, terus lost contact. Yelah, masing-masing
sibuk dengan family dan
kerja. Kebetulan pulak hari tu terjumpa
balik masa kat
satu majlis launching kat
Hotel Istana. Tu yang
set appoinment untuk jumpa
dengan dia hari
ni. Lama juga bersembang, maklumlah dah
lama tak berjumpa." Datuk Iskandar
teringat akan sahabatnya
itu. Orangnya tetap macam
dulu juga, baik dan low
profile walaupun dia
sudah menjadi seorang
businessman yang
berjaya. Tidak pernah berbangga
diri dengan pencapaiannya
itu. Kadang-kadang dia merasakan
dia dan sahabatnya
itu serasi kerana
sering bersependapat, sebab tu
mungkin mereka boleh
kekal bersahabat walaupun
pernah terputus hubungan.
"Kawan abang
yang mana tu, bang? Azie kenal
ke?”
Sopan
Datin Aziah bertanya
pada suaminya.
"Alah,
sayang kenal. Ghazali Ghaffar
tu, sekarang ni dah
jadi Datuk Ghazali. Orangnya tetap
macam tu jugak, yang. Tak sombong
dan low profile.
Tiba-tiba Izzara
terhenti dari mengunyah
makanan, teringat dia pada
Datuk Ghazali clientnya
yang datang ke
ofis siang tadi.
“Hmm,
takkanlah Datuk Ghazali
tu, lagipun ramai
yang nama Ghazali
kat Malaysia ni.”
Desis Izzara
dalam hati. Malas nak
ambil tahu, Datuk Ghazali
yang mana satu
yang papa dia
maksudkan tu. Dan dia
terus menyambung suapannya.
"Nanti abang
jemputlah dia datang
ke rumah, Azie teringin
jugak nak kenal
dengan wife dia."
Cadang
Datin Aziah pada
suaminya.
"Plannya begitulah. Nanti bila
kita sama-sama free,
kita jemputlah mereka
sekeluarga datang lunch or
dinner kat rumah
kita ni."
"Zara,
mama lupa nak
tanya. Zara jadi ke nak ikut
Shamzlin balik kampung
weekend ni, sayang?"
"Insha Allah, jadi
ma. Pagi Sabtu tu
kitaorang ke sana. Kenapa, ma? "Mama ada
barang nak kirim
kat mama Shamzlin. Nanti before balik
jangan lupa ingatkan
mama ye. Takut mama
terlupa nak kasi kat
Zara. Ni, si Rania ni
tidur dengan Zara
ke malam ni?
"Eh,
taklah ma. Nanti daddy dia
datang jemput kat
rumah sewa Zara. Kenapa
ma?
"Takdalah,
mama saja bertanya."
Balas Datin
Aziah.
"Eh, Zara. Suruh jelah
Ghaz tu datang
jemput Rania kat
sini. Boleh kak Yasmin
jumpa dia sekali."
Sampuk Yasmin
sedari tadi leka
menjamu selera.
“Ha'ah... betul tu, Zara. Abang Iqram
pun teringin nak
berkenalan dengan Ghaz
Khuzairi tu."
Sampuk Iqram
pula.
"Yelah,
Zara. Suruh jelah Ghaz
Khuzairi tu jemput
Rania kat sini, papa
pun teringin nak
kenal daddy Rania yang
budiman tu."
Datuk Iskandar
turut menyampuk. Bersetuju dengan
cadangan menantu dan
anak lelakinya itu.
“Yelah, kejap
lagi lepas makan
Zara call dia
suruh datang jemput
Rania kat sini
jelah.”
Balas Izzara.
"Zara,
lupa mama nak
tanya. Qaleef tau ker
pasal Rania dan
Ghaz Khuzairi ni?"
Soal Datin
Aziah
"Hmm,
yang tu
Zara tak bagitau
lagi, ma. Zara ingat tunggu
Qaleef balik dari
Sheffield nanti baru
Zara nak cerita
kat dia."
"Eloklah macam
tu, nanti jangan
sayang mama ni
lupa nak bagitau
kat dia pulak, takut
jadi salah faham
nanti. Risau kalau dah
salah faham, terjejas pulak
hubungan kamu berdua
nanti.”
“Zara,
explain elok-elok
kat Qaleef tu, Insha
Allah pasti dia
faham dengan situasi
Zara. Lagipun Qaleef tu
baik dan jenis
yang memahami.”
Ujar Datuk
Iskandar pula.
“Insha Allah, papa...mama. Nanti Zara
bagitau dan cakap
elok-elok kat dia ye.”
Balas Izzara
>>>>> bersambung
p/s : Dear Kak Kemboja Puteh...Wishing you my sister, a very happy birthday! Wishing ur health, happiness & love on ur special day & May Allah blessing u always ~hugs~
p/s : Dear Kak Kemboja Puteh...Wishing you my sister, a very happy birthday! Wishing ur health, happiness & love on ur special day & May Allah blessing u always ~hugs~
Understandingnya family zara ni yer...
ReplyDeleteKan :)
Deleteklu boleh xmo create conflict sb family...selalunya family memahami :)
Walaupun Qaleef baik, tp nak Ghaz dan Zara bersatu sbg suami isteri dan terus menjaga Rania Arissa....Ghaz ni anak uncle Ghazali client Zara dan kawan papa zara kan?
ReplyDeletekak Eijan..thanks ya folo TAS :)
ReplyDeleteNnt kita sesama endingnya Zara dgn sapa ye :)
Yup, Ghaz tu ank kepada Datuk Ghazali, client Izzara..but part Ghazali mana kwn Datuk Iskandar tu, tggu nx chapter ya kak :)
Thanks & hugs :)
best keluarga yg memahami dan bahagia tenang je :)
ReplyDeleteseharusnya begini,bukan?
Deletebanyak family di msia mcm ni..family yg memmahami :)
Thanks & hugs,darlinng :)
semakin menarik..pe pown teruskan...best..
ReplyDeletedidie
Thanks 4 reading TAS ye, Didie darling :)
DeleteWait 4 nx n3 ye,dear.
~hugs~