Assalamualaikum & Hi All :)
Anyway my darlingss, here chapter 14 for you!
Thanks & Enjoy reading ya.
~ Nina Harith~
BAB 14 : TERIMA AKU SEADANYA.
GHAZ KHUZAIRI terkaku
seketika bila memandang
ke arah wajah
lelaki yang mesra
dengan Izzara tadi. Begitu
juga dengan lelaki
tersebut, turut terkaku bila
matanya bertentangan dengan
Ghaz Khuzairi.
“Arief ? Irfan Arief
Iskandar ke ni? Kau
ke, bro?”
Soal Ghaz
Khuzairi setelah dia
mengenali wajah milik
si jejaka berambut
lurus, panjang hampir
mencecah ke bahu
itu. Lelaki berkaca mata
di hadapannya itu
masih kacak dan bergaya macam
dulu juga.
“Hey, Kapten
Ghaz Khuzairi Ghazali! Oh my
friend! Akulah ni!
Takkan dah bertahun
tak jumpa kau
dah tak ingat
aku, bro!”
Irfan Arief
bersalaman seraya memeluk
sahabat baiknya itu. Bertahun
mereka tidak bertemu, hanya berhubung
melalui panggilan telefon,
Whatsapp, dan Skype. Dia
yang mengenali Ghaz
Khuzairi ketika sama-sama
melanjutkan pelajaran di US ketika
dulu. Namun selepas masing-masing
berjaya mendapatkan ijazah, Ghaz
Khuzairi mengambil keputusan
untuk balik ke
Malaysia tetapi dia
menyambung Master pula. Dan
seterusnya setelah tamat
Masternya itu, dia mengambil
keputusan untuk bekerja
di New York
dan menetap di
situ bertahun lamanya.
“Ya Allah,
aku macam tak
percaya jelah jumpa
kau kat KLIA ni.
Aku ingat kau
terus dok kat
New York sana. Tak
nak balik-balik dah! Lama
betul kau kat
sana kan? Ni kau
balik bercuti or coming
back for good, bro?”
Ceria Ghaz
Khuzairi bertanya pada
sahabat baiknya itu. Gembira
tak terkata bila
dapat bersua muka
dengan sahabatnya, Irfan Arief. Sudah
bertahun tak bertemu
dan sungguh dia
tak menyangka boleh
bertemu semula, di
KLIA pulak tu. Irfan
Arief atau lebih
dikenali panggilan Arief
oleh rakan-rakan yang
sama menuntut di
US dulu adalah
antara insan yang
sangat baik dan
berjasa dengannya. Teringat dia
ketika kemalangan dulu, si
Arief nilah antara
yang banyak memberinya
semangat ketika itu. Kebetulan pula
masa tu, Irfan Arief
balik ke Malaysia
cuti sebulan.
Dan itulah
kali terakhir dia
bertemu dengan Irfan
Arief. Sahabatnya itu setelah
mengambil keputusan bekerja
dan menetap di
New York, jarang benar
balik ke Malaysia. Kalau balik
pun tak lama
kerana cutinya tak
panjang. Dan bila Irfan
Arief ingin berjumpa
dengannya, dia pulak terpaksa
fly memana. Sudahnya mereka
hanya berhubung melalui
panggilan telefon dan Skype. Lagi pun
dengan teknologi yang
canggih masa kini,
memudahkan mereka untuk
bertanya khabar masing-masing.
“Itulah, aku pun macam
tak percaya boleh
jumpa kau kat
sini. Aku baru nak surprise
kat kau. Ingat nak
terjah datang ke
rumah kau. Rosak plan aku. Hey bro, kau
tak nampak ke
beg aku yang
besar-besar tu. Ada 4
beg pulak tu.
I’m coming back
for good, bro. Aku decided nak
tolong papa aku, kesian
dia dah tua
sangat nak handle business
family aku tu. Lagi
pun kesian kat
Abang Iqram aku tu, takda
yang tolong dia.”
“Alhamdulillah…
I'm
glad to hear that, bro. Finally, nak
jugak kau kerja
kat sini ye. Aku
ingat kau sayang nak
tinggalkan minah salih kat sana. Kut
kau nak angkut sorang
minah salih bawak
balik sini. Hmm, kau naik flight apa
tadi, Arief? Tadi masa nak parking, aku ada
nampak Emirates Airlines
dan Qatar Airlines
parking
kat airport bay.”
“Hish, takda kerjalah
aku nak mengangkut
minah salih dari
sana. Mama aku dah warning
awal dah, jangan
nak bawak menantu
omputih, dia tak
berkenan katanya. Aku naik flight
Emirates. Dah sampai tadi
dah, tapi lama
kat baggage claim area
tadi, nak amik
beg-beg aku nilah. Kau
pulak, nak fly
atau baru sampai
dari fly ke ni?”
“Amboi!
Anak yang mendengar
kata mak jugak
kau ni ye, bro?
Entah-entah kau memang
ada sorok minah
salih kat sana. Eh, dah
aku kat Arrival level
ni, mestilah baru sampai
dari fly lah, bro. Kan
aku cakap tadi
masa aku nak parking,
aku nampak Emirates
Airlines dan Qatar
Airlines parking kat airport bay
tu. Haih, kau ni tetiba
balik Malaysia jadi blur
semacam, dah kenapa pulak, bro? Ke
dah tak sabar
nak dok bawah
ketiak mama kau, maklumlah anak
mak yang mendengar
kata... he he he”
“Weh, takda maknanya
aku nak sorok
minah salih kat
sana. Minah salih bukan taste
aku okey! Lagipun gadis
Melayu kat Malaysia
ni lawa-lawa, kut aku
dah dok kat
sini, ada rezeki aku
nak rembat sorang gadis
Melayu yang cun! Amboi, kau bukan
main lagi mengata
aku ni anak
mak ye, ini bukan
pasal anak maklah, aku
still jet lag
mood lagi ni. Eh, lupa
pulak aku nak
kenalkan kat kau dengan wanita
jelita sebelah aku ni."
Jawab
Irfan sambil menumbuk
lembut dada Ghaz
Khuzairi, hangin dikatakan
anak emak! Dan dia
baru teringat mahu
memperkenalkan Izzara yang terkaku seakan
terkejut dengan pertemuan
dua jejaka di
hadapannya itu. Irfan Arief naik hairan
bila melihat reaksi
adiknya yang seakan
terkejut dan tiba-tiba
senyap itu. Tadi bukan
main lagi membebel
sebab lama menunggu
si abang, dan
bergurau serta galak
ketawa dengannya sebentar
tadi.
“Eleh, alasan jer jet
lag mood, kau tu
memang blur
punlah! Yang aku baru
sampai dari Perth
ni, tak jet lag mood
jugak ke namanya? Hmm,
aku tertanya-tanya jugak
ni, bro. Zara ni special
kau
ke, bro?”
“Hello, bro... kau dari Perth
tu, 5 jam jer. Yang
aku ni berbelas
jam kau tau! Dah
naik bosan aku
dalam flight tadi, gila lama! Tu
yang aku malas
balik selalu, part lama dalam flight tu
aku malas! Eh, Zara ni
memang special dalam hidup
aku! Eh jap, tadi kau
tegur Zara dulukan? Maksudnya kau
dah kenal Zaralah
ye?"
Soal Irfan
pada Ghaz Khuzairi
sambil matanya memandang
hairan ke arah
sahabatnya itu dan
juga ke arah
adiknya. Seingatnya, selama
dia mengenali sahabatnya
itu, Ghaz Khuzairi tak
pernah bertandang ke
rumahnya walaupun dia
pernah mempelawa jejaka
kacak itu. Dan seingatnya
juga, dia tak
pernah memperkenalkan Izzara
itu adalah adiknya
pada Ghaz Khuzairi
selama mereka bersahabat. Mereka cuma
rapat masa di US dulu
dan jarang berjumpa
bila ada di
Malaysia. Walaupun mereka rapat tetapi jarang
bercerita hal family.
Cuma yang dia
tahu Ghaz Khuzairi
mempunyai seorang kakak
dan adik perempuan. Dan dia
hanya pernah berjumpa
dengan adik Ghaz
Khuzairi yang bernama
Izzati Aisyah itu. Itupun
jumpa ketika dia
ke rumah sahabatnya
itu sekali dua.
“Abang Irfan, Zara
tak tahu pulak
yang Ghaz ni kawan abang
Irfan. Tak pernah story kat
Zara pun. By the way, Zara
memang kenal Ghaz
ni. Lately ni
jer kami baru
mengenali satu sama
lain.”
Sampuk Izzara
yang sedari tadi
dia mendiamkan diri. Mahu
tak terkejut bila
dapat tahu yang
Ghaz Khuzairi itu
adalah sahabat abangnya
yang sama menuntut
di US dulu.
“Abang Irfan
nak story
macam mana sedangkan
Zara mana pernah
jumpa Ghaz bersama
dengan abang Irfan before
ni. Lagi pun kami
rapat masa kat
US dan kat
Malaysia pun susah
nak berjumpa dengan
cuti abang Irfan
tak panjang lepas tu pulak,
Ghaz ni sibuk fly
segala. Tapi kan, macam mana Zara boleh
kenal Ghaz? You all bukannya
satu tempat kerja
pun?”
“Part
Zara boleh kenal
Ghaz tu, nanti
Zara story
okey? Hmm, Zara nak
ke ladies dululah ye, Abang
Irfan dan Ghaz. You all
duduklah kat kerusi
tu dulu. Dah lama
tak jumpa kan? Pasti
banyak benda nak
diborakkan tu. Zara pergi
dululah ye.”
Sopan Izzara minta diri yang kononnya
nak ke tandas, tetapi sebenarnya
dia ingin memberi
ruang pada abangnya
dan Ghaz Khuzairi
berborak panjang. Sahabat baik
dah lama tak
bersua, pasti banyak
yang nak diceritakan. Sedari tadi
dia memerhati Ghaz
Khuzairi yang rancak
berborak dengan abangnya, tak
sangka pulak jejaka
yang nampak agak
pendiam dan sopan
menutur kata-kata itu
kaki menyakat jugak
ye? Bila dia tengok
Ghaz Khuzairi dan
abangnya saling menyakat
dan usik-mengusik mengingatkannya pada
dia dan Shamzlin. Lebih kurang
jer. Suka bergurau dan
menyakat satu sama
lain. Dah namanya sahabat
baik, mestilah cenggitu kan!
Ghaz
Khuzairi hanya tersenyum pada Izzara
bila si jelita
itu memandang ke
arahnya sebelum gadis
tersebut berlalu untuk
ke tandas.
“Zara, lama
pun takpa. Take your time, sis. Bolehlah Abang
Irfan borak-borak dengan
Ghaz dulu.”
Izzara yang
baru mengatur langkah
untuk ke tandas, menoleh ke
arah abangnya dan
seraya menganggukkan kepalanya
sebagai membalas kata-kata
abangnya itu. Kemudian dia
mengatur langkahnya semula
untuk berlalu dari
situ. Irfan Arief dan
Ghaz Khuzairi mengatur langkah
ke kerusi yang
tidak jauh dari
mereka berdiri tadi.
“Arief,
kau kata
Zara tu special
kau. Tapi pasal
apa dia panggil
kau abang Irfan? Dah
macam adik dan
abang pulak. At least kalau
dah special tu panggillah
baby ke, honey ke tak pun bushuk
ke... he he he.”
Ghaz Khuzairi
masih tak puas
hati, inginkan penjelasan daripada
sahabatnya. Sempat pulak dia
mengusik lelaki yang
duduk di sebelahnya
itu. Namun dadanya sesak
jugak nak tahu
apa sebenarnya kaitan
Izzara dan Irfan
Arief. Entah kenapa, dia
seakan kecewa jika
Izzara itu memang
kekasih sahabat baiknya
itu. Adakah kerana dia
sudah menaruh hati
pada Izzara?
“Hey
Ghaz! Kau ni agak-agaklah! Kalau Zara
tu girlfriend aku, takda maknanya
aku cakap pasal
nak rembat gadis
Melayu tadikan? Gilalah, mahu makan
pelempang aku nanti
kalau cakap pasal
perempuan lain depan girlfriend! Tulah kau, dulu
masa aku ajak
datang rumah, kau tak nak.
At
least kalau kau
ke rumah aku, kau
taulah apa kaitan
aku dan Zara
tu. Kau dengar sini
ye, Kapten Ghaz Khuzairi... for your information, Izzara
tu adik akulah. Dia
jelah adik aku
sebab tu aku
rasa dia tu special
sangat! Yang muka kau
risau semacam ni
kenapa? Ke kau ada
hati kat Zara,
bro?”
“Ya Allah, pasal
apa aku blur sangat
ni? Baru aku teringat
yang Zara pernah
bagi name card dia
pada aku. Dah terang-terang
nama Iskandar kat name
card tu. Nama papa korang
samalah. Kenapalah aku tak terfikir dari
tadi. Haish, tapikan muka korang
tak samalah, bro. Macam mana aku
nak perasan? Kau tu
ikut muka ayah
kau dan Zara
tu banyak ikut
muka mama kau. Tapi
Zara dan Abang
Iqram kau tu
lebih kurang jer
muka diaorang. Aku kawan
jelah dengan adik
kau tu. Takda melibatkan
soal hati pun, bro.”
Jawab Ghaz
Khuzairi menafikan rasa
hatinya pada Izzara
walaupun hakikatnya dia
sudah mula menaruh
hati pada si
jelita itu. Kalau dia
tak menyimpan rasa
itu, tadi kenapa hatinya
seakan kecewa bila
melihat Izzara bermesra
dengan jejaka lain? Paling
haru bila jejaka
tersebut adalah sahabat
baiknya. Namun hatinya seakan
lega bila Irfan
Arief memaklumkan pada
dia yang Izzara
itu adalah adiknya.
“Hai,
kenapalah baru sekarang
aku tahu si
Irfan Arief ni
ada adik perempuan
yang cun cenggitu!
Mulia pulak hatinya! Melepaslah aku!”
Desis hati
Ghaz Khuzairi. “Eh, kejap! Kau kenal
mama dan papa
serta Abang Iqram
aku? Eh, macam mana kau
boleh kenal diaorang, bro?
Selama kenal kau, aku
tak pernah kenalkan
diaorang pada kau
dan aku tak
pernah tunjuk gambar family
aku kat kau, Ghaz. Eh, kau ni
sengaja ke apa,
nak buat kepala
aku ni berserabut, bro?”
Soal Irfan
Arief pada jejaka
yang segak dengan
pilot uniform
yang tersarung di
badan sasa dan
tinggi lelaki itu. Dah
kacak macam ni
pun tapi masih
lagi tak berpunya?
“Hari tu
aku datang rumah
kau, ambik Rania kat
sana. Dari situlah aku
kenal family kau. Dan paling
aku tak sangka
tu, Arief...kakak ipar kau,
Sarah Yasmin tu
sebenarnya kawan aku
masa dia kerja
MAS dulu. Since dia menikah
dengan abang kau, selama
itulah aku lost contact
dengan dia.”
“Hish…bro,
makin pening aku dengan
cerita kau ni. Siap
Rania ada kat
rumah aku bagai.
Pastu boleh pulak
kakak ipar aku
tu kawan kau. Lagi
pun masa abang
aku kawin kau
tak datang sebab
aku sendiri pun
kat New York
tak dapat balik. Cuba
kau cerita kat
aku, apa puncanya Rania
boleh ada kat
rumah aku dan
kau boleh kenal
dengan family aku? Pening aku
dengan kau ni.”
Dan
Ghaz Khuzairi menceritakan
segala tentang pertemuan
tak terduga antara
dia dan Izzara
di Sunway Pyramid
tempohari. Puncanya
disebabkan Rania Arissa
yang menganggap Izzara
itu adalah mommynya kerana
Izzara seiras dengan
arwah Marlissa, mommy
kandung Rania Arissa. Dan
dia turut menceritakan
bagaimana dia boleh
mengenali ahli keluarga
sahabatnya itu ketika
dia mengunjungi banglo
3 tingkat milik
keluarga Irfan Arief,
masa dia ingin
menjemput Rania Arissa
untuk balik. Dan berpunca
dari situlah terjadinya
pertemuan antara dia
dan Sarah Yasmin.
“Yalah, bro... Aku baru
teringat yang kau
dulu pernah tunjuk
gambar arwah Marlissa
kat aku. Memang muka
arwah tu seiras
dengan muka Zara. Dan
aku masa tengok
gambar tu pun
aku terkejut jugak
dengan apa yang
aku lihat. Seiras betul, Ghaz. Patutlah Rania
mengganggap Zara tu mommy
dia. Dan aku macam
tak percaya pulak
kau ni kawan
Kak Yasmin. Ghaz, bila aku
fikirkan balik apa
yang dah berlaku
ni, indahnya aturan Allah
tukan? Mula-mula kau kenal
Zara, lepas kau bertemu
semula dengan kak
Yasmin dan sekarang
boleh pulak jumpa
dengan aku kat
KLIA ni. Aku rasa
kalau bukan sebab
kau nak tegur
Zara tadi, takdanya kita
berpeluang duduk bersembang
macam ni.”
“Aku bersyukur, Arief bila family
kau boleh terima
anak aku dengan
seikhlas hati mereka. Layan
aku dan Rania
dengan baik sekali. Dan
aku rasa beruntung
dapat berkawan dengan
adik kau tu. Baik
betul dia, Arief. Tak sangka
dia sanggup dan
ikhlas menolong aku
bila aku mengutarakan
hasrat aku untuk
dia bantu aku
beri perhatian pada
Rania, sebab Rania
tu dah beria
menganggap Zara tu mommy
dia, bro. Masa tu
pening betul bila
aku fikirkan soal
nak mintak tolong
adik kau. Seriously, aku memang tak
sangka adik kau
sanggup menerima cadangan
aku, sekaligus meringankan bebanan
di kepala aku
ketika itu. Mana nak
jumpa orang yang
seikhlas hatinya nak
membantu kita tanpa
sebarang syarat, bro? Zara dan family kau
tu low profile betul, kan? Macam kau
jugaklah. Bila aku dah
tau Zara tu adik kau, baru
aku tahu yang uncle
Iskandar tu sebenarnya
Datuk Iskandar, antara businessman yang
berjaya di Malaysia
ni. Aku tak tahu
Zara tu anak
Datuk Iskandar sebab
dia tak bagitau
aku pun. Lagi pun
dalam name card dia
tu tak bubuh
pun title
Datuk part nama papa
kau. Entah kenapa, aku makin
kagum dengan adik
kau tu."
Panjang lebar Ghaz Khuzairi bercerita pada Irfan Arief. Dia bersyukur bila ‘dipertemukan’ dan berpeluang mengenali Izzara dan keluarga sahabatnya itu. Mereka ikhlas menerima Rania Arissa itu dengan hati yang terbuka dan dengan seadanya siapa si manja anak yatim itu.
“Kalau kau nak tahu, kami adik beradik memang tak suka sebenarnya orang tahu yang kami ni anak orang kenamaan. Eleh, yang kau tu pun sama. Kalau bukan sebab kita ni berkawan baik, aku tak tahu pun yang kau tu anak Datuk Ghazali. Tapikan bila fikirkan balik, bila aku tengok family aku dan family kau lebih kurang jer kan? Suka low profile. Lagi pun aku tengok parents aku lebih kurang dengan parents kau jugak. Tak pernah nak memaksa kita ni ikut kehendak mereka. Macam papa akulah. Dia tak kisah bila aku dah Zara memutuskan untuk mencari mengalaman kat luar dulu. Bersyukur betul aku dapat parents yang sangat memahami begitu.”
Ujar Irfan Arief. Sesungguhnya, dia sangat bersyukur punya ibubapa yang sangat memahami. Rasa bersyukur bila papanya menghormati keputusannya untuk mencari pengalaman di tempat lain bagi menimba pengalaman dalam dunia perniagaan. Setiap ibubapa harus berbangga dengan apa yang anak-anak mereka lakukan terutamanya perkara yang melibatkan masa depannya. Dan kerana peluang yang diberi oleh orang tuanya, dia memilih untuk berkerja di New York sebelum dia memutuskan untuk kembali berkhidmat dengan papanya pula. Malah, dia menjadikan papanya sebagai inspirasi untuk dia berjaya dalam dunia perniagaan.
“Aku pun sama, Arief. Bersyukur sangat dapat parents yang sangat memahami. Masa aku tamat degree dulu, balik jer Malaysia aku memang bantu jugaklah papa aku handle business dia tu. Tapi tak lama sebab minat aku dengan dunia penerbangan ni memang mendalam. Bila aku menyuarakan hasrat aku ingin menjadi pilot pada papa aku, tak sangka betul dia bagi permission kat aku. Malah bagi galakan lagi tu. Dia cakap, dalam soal minat anak-anak dia memang sentiasa menyokong asalkan minat anaknya itu berfaedah. Lagi pun dia tak suka nak memaksa anak-anaknya kalau tak berminat nak bantu dia handle business dia tu. Risau nanti lain pulak jadinya kalau dah tak minat. Tu yang aku decided ambil aviation course masa tu. At last tercapai jugak cita-cita aku, bro. Itu pun di atas restu dan sokongan parents aku.”
Setelah mendapat persetujuan dan restu daripada kedua-dua orang tuanya, Ghaz Khuzairi ke United Kingdom untuk menjalani latihan penerbangan di Perth, Scotland. Hampir setahun setengah dia di Air Service Training ( AST ) Scotland, untuk menuntut ilmu dan selok-belok dunia penerbangan di sana.
Untuk menjadi seorang juruterbang, dia perlu menduduki peperiksaan dan latihan dalam pelbagai subjek yang berkaitan dengan ilmu penerbangan. Dia harus mengikuti pengajian tentang ilmu penerbangan seperti navigasi (amalan dan umum ), meteorologi (teori dan amali ), peralatan teknikal atau sistem pesawat, radio aids, plotting, flight planning dan bermacam lagi. Malah, untuk mencapai tahap juruterbang yang professional, dia perlu menguasai ilmu-ilmu penerbangan secara mendalam dan teruji semasa melakukan penerbangan yang lebih kompleks terutamanya di luar negara.
Dia menggunakan sepenuh masanya untuk memahami dan mendalami teori penerbangan dengan bimbingan dan tunjuk ajar daripada para Flying Instructor yang sangat berpengalaman di institut tersebut. Akhirnya, dengan semangat yang jitu dan minat yang mendalam pada penerbangan, Ghaz Khuzairi berjaya meraih Airline Transport Pilot Licence with Instrument Rating (ATPL/IR). Iaitu lesen yang melayakkannya menjadi seorang juruterbang professional dan mampu ‘menerbangkan’ pesawat ke pelbagai destinasi.
“Hmm, tulah aku pelik jugak bila kau sambung ambil aviation course masa tu. Buat penat jer ambil degree. Sudahnya kau jadi pilot pulak. Tapi takpalah. Mana tahu, one day, kau terbuka hati nak handle business papa kau tu. Eh Ghaz, mentioned about Rania, dia sihat ke, bro? I’m pretty sure, yang girlfriend aku tu makin cute and sweet, kan?”
Tersenyum lebar Irfan Arief bila mengenangkan si manja, Rania Arissa yang comel itu. Teringin pula mahu berjumpa dengan ‘girlfriendnya’
“Wah! Mentang-mentang Rania Arissa tu comel, terus kau nak mengaku dia tu girlfriend kau. Daripada kau tunggu Rania, baik kau ambik je adik aku, Zati tu buat isteri. Dah elok sangat kalau nak dibuat isteri tu, bro. Aku restu je kalau kau berkenan… he he he.”
Ghaz Khuzairi ketawa tiba-tiba bila melihat dahi Irfan Arief berkerut mendengar usikannya. Dan Irfan Arief hanya menggelengkan kepalanya bila mendengar lelaki itu selamba mengusiknya. Selamba je nak calonkan Zati tu untuk dijadikan isteri! Entah Zati tu nak ketidak dengan dia!
Ghaz Khuzairi yang sudah reda tawanya itu, kembali menyambung kata-katanya. Bercerita perihal anak dara kesayangannya pula. Irfan Arief seperti teruja untuk mendengar kabar si manja yang dia sempat melayan melalui video Skype saja.
“Hmm…Alhamdulillah, Rania sihat. Makin happy anak dara aku tu semenjak dah ada mommy ni. Eh Arief, bila free nanti kita hang outlah. Nanti aku bawak Rania sekali. Mesti dia suka jumpa kau. Uncle Irfan yang handsome katanya. Rania tu suka betul kalau dapat bersembang dengan kau kat Sykpe. Haih, ada jugak yang dapat menantu kawan sendiri karang. Anak dara aku tu tak sudah-sudah puji kau tu handsome! Sentap aku, tahu! Aku yang paling kacak dari kau ni dah tak dipujinya. Sikit-sikit, uncle Irfan handsome.”
Seloroh Ghaz Khuzairi. Meletus ketawa Irfan Arief bila mendengar perihal Rania Arissa. Terkenang kepetahan si manja itu berkata-kata semasa berbual-bual menerusi video Skype. Kembang hatinya bila Rania Arissa memujinya kacak! Kanak-kanak kan jujur dengan setiap kata-katanya. Jadi betullah tu dia tu kacak! he he he.
“Uikss! Kau ni dengan bakal menantu sendiri pun nak cemburu! Tapi tulah, aku suka betul layan Rania tu berceloteh. Dia tu tak macam budak 4 tahun. Bijak dan petah betul berkata-kata. Siap tahu handsome segala tu. Bertuah kau, Ghaz. Berpeluang menjaga dan mendidik Rania tu.”
“Kerana itulah aku sayang sangat pada dia tu, Arief. Rania tu umpama nyawa aku. Kalau dia pergi dari hidup aku, bermakna dia membawa separuh jiwa aku. Dia jugalah yang menjadi punca kekuatan aku untuk meneruskan hidup selepas dengan apa yang telah berlaku pada aku dulu. Rania tu umpama ‘hadiah’ dari Allah pada aku di atas kesabaran. Dia umpama cahaya dalam hidup aku. Dan aku tak nafikan di atas keikhlasan aku yang redha menerima takdir Allah, sedikit sebanyak mendekatkan aku padaNya. Hanya Allah yang sebaik-baik penyembuh kesedihan dan kekecewaan aku dulu. Malah hadirnya Rania Arissa dalam hidup aku umpama kegembiraan yang Allah kurniakan untuk aku. Truly in the heart there is a sadness that can not be removed except with the happiness of knowing Allah and being true to Him. And in it there is an emptiness that can not be filled except with love for Him and by turning to Him and always remembering Him.”
Jelas sayu nada Ghaz Khuzairi bercerita. Sayu bila mengenangkan kisah sedihnya yang dulu. Namun dalam masa yang sama, dia bersyukur bila dia diuji itu Allah telah mengurniakannya Rania Arissa. Si manja itu umpama pembangkit semangat dan kekuatan padanya. Dia percaya, setiap ujian yang Allah beri itu pasti ada hikmah disebaliknya.

“Ghaz, aku bersyukur bila kau seolah-olah boleh menerima dengan redha di atas apa yang berlaku pada kau dulu. Dan sebagai kawan aku inginkan hidup kau sempurna macam sekarang. Dulu masa kau frust tu, aku risau jugak kau terus bersedih meratap kekecewaan kau masa tu, ditambah lagi dengan keadaan kau yang cedera teruk akibat kemalangan masa tu. Sebenarnya Ghaz, aku kagum dengan kau yang kuat menghadapi dugaan yang Allah takdirkan untuk kau.”
“Kalau nak
diikutkan sangat rasa
kecewa dan sedih
aku masa tu, memang
aku dah berputus
asa nak meneruskan
hidup aku, Arief. Rasa tak
mampu aku nak
meneruskan hidup yang
masih panjang perjalanannya
dengan hati kecewa
aku masa tu. Adakalanya laluannya
seakan payah untuk
aku lalui dengan
kaki aku yang
seakan sudah lemah
untuk melangkah. Tapi, aku kena
kuat dan aku
tak mahu melayan
perasaan kecewa dan
sedih aku kerana
jika aku bertindak
begitu seolah-olah aku
menyalahkan takdir Allah
untuk aku. Dan dengan
hati aku yang
sarat dengan keyakinan
terhadap janji dan
rahmat Allah, yang
menguatkan aku untuk
meneruskan perjalanan hidup
aku dan aku
yakin Allah sentiasa
bersama dengan hambanya
yang redha dan sabar dengan
ujianNya. Dan aku percaya, setiap dugaan
dan ujian itu
pasti ada hikmahnya
asalkan kita redha
dan tabah menerimanya.
Kau tahu, Arief... sokongan dan
kata-kata perangsang dari
kau jugaklah yang
menguatkan hati aku. Aku
memang ramai kawan, tapi
nak cari sahabat
yang baik macam
kau, sangat susah. Kau
terlalu mengambil berat
akan diri dan
keadaan aku masa
tu. Having all
the money is
the word doesn’t
even come close
to having a
best friend who
really cares and is always
there for you. I
really appreciate what
you’ve done to me,
bro. Kaulah sahabat aku
dunia dan akhirat. Aku
terharu sangat dengan
sokongan kau pada
aku ketika aku
ditimpa ujian dulu.”
Ujar Ghaz
Khuzairi dengan nada
sebak sambil tangannya
menepuk lembut bahu
sahabatnya yang banyak
memberi sokongan padanya
ketika dirinya kecewa
dengan pengakhiran cintanya
pada arwah Marlissa
dan sedih dengan
keadaan diri yang
cedera teruk akibat
kemalangan dulu. Demi Tuhan, dia
tak pernah lupa
akan jasa insan
yang mulia itu.
“Ghaz, kita kena
ingat, hidup ni adakalanya
kita happy dan adakalanya
kita ditimpa kesedihan. Aku tak
tahu lagi nasib
aku kemudian hari
macam mana. You should remember, bro... this life
is a test. Dan
kita kena bersedia
dan tabah dengan
apa yang Allah akan uji
atau dugakan untuk
kita. Lagi pun kau
juga sahabat yang baik dan
aku ikhlas dengan
apa yang aku
boleh bantu kat
kau kerana aku
menghargai persahabatan kita
ni, bro. Sometimes, the best
way to help
someone is to
understand them. Kalau kau
susah dan sedih, aku
turut merasakannya juga,
bro.”
Balas Irfan
Arief turut menepuk
perlahan bahu Ghaz
Khuzairi, cuba menenangkan sahabatnya
yang agak sebak
bila mengenangkan memori
lukanya ketika dulu. Sebagai
sahabat, dia bersedia membantu
dan memberi sokongan
pada lelaki yang kacak itu.
“Hmm..
sorrylah, bro. Tetiba pulak aku
buka balik story lama
aku tu. Tak pasal-pasal
dah macam drama
samarinda pulak, nak sebak
bagai. Ni, aku nak tanya
kau. Yang kau tu
bila nak menamatkan
zaman bujang kau
tu? Takkan dah menetap
lama kat New
York, takda orang Malaysia
kat sana yang
kau berkenan?”
“Eleh...kau ni
mengata aku, yang kau tu melambak
gadis Melayu yang
sopan dan ayu
kat sini, takkan sorang
pun kau tak
rembat buat isteri. Aku
soal jodoh ni, takdalah
nak memilih sangat,
bro. Aku tak mencari
yang terlalu sempurna, cukuplah bagi
aku perempuan itu
seorang yang sentiasa
belajar dan berusaha
untuk menyempurnakan imannya. Kalau dia
ada niat begitu, at least
senang aku nak
bimbing dia nanti. Tambahan pula,
aku tak jumpa
lagilah perempuan yang
boleh membuat hati
aku ni berdetak
kencang dan yang
mampu membuat perasaan
aku tak keruan. Kalau yang
seksi dan yang
terlalu lawa tu
memang bukan taste akulah, bro.
Biarlah dia seorang
wanita yang sederhana,
yang penting dia
mampu membahagiakan aku.”
“Aku doakan
moga kau bertemu
dengan wanita idaman
hati kau dan
moga cepat kau
menamatkan zaman bujang
kau tu. Kalau dah
terlajak sangat, nanti tak
laku, bro. Aku takpalah, dah
ada Rania. Aku tak
kawin pun takpa, at least
Rania boleh jaga
aku bila dah
tua nanti, Insha Allah. Lagi
pun aku tak
jumpa lagi yang
berkenan di hati
dan hati aku
belum terbuka lagi
nak menikah ni, bro.”
Dalih Ghaz
Khuzairi bila soal
hati diperkatakan. Segan dia
nak berterus-terang pada
sahabatnya itu yang
hatinya sudah berkenan
pada Izzara. Kecoh nanti
kalau mamat tu
tahu!
“Thanks, bro.
Aku pun
sentiasa mendoakan yang
terbaik untuk kau. Kalau
dah susah-susah sangat, aku
tunggu jelah Rania
Arissa tu. Bukan orang
lain jugak yang
jadi pak mentua
aku, kau jugakkan...he
he he.”
Usik Irfan
Arief. Tak habis-habis berangan
mahukan Rania Arissa
yang masih kecik
tu.
“Ceh,
kau ni
mengarut ajelah. Adik aku
Zati tu kan
ada, yang kau nak
tunggu Rania tu
buat hape? Dan sah-sah kau
tak bergigi masa
tu. Rania pun tak hingin
agaknya dengan kau
yang dah tua
sangat! Eh, sebut pasal anak
aku tu, aku nak
mintak diri dululah,
bro. Aku ingat balik
ni terus nak
ambik dia kat
tadika. Aku dah inform kat
mama aku yang
aku nak jemput
si comel aku
tu. Ya Allah, hampir 4
hari aku tinggalkan
si buah hati
aku tu, dah rindu
sangat nak peluk
dan cium dia. Rindu dengan
bau dia...he he he.”
“Untunglah orang
yang ada anak macam
kau. Nak lagi anak
yang comel macam
Rania tu. Yang aku
ni, balik rumah peluk
mama aku jelah. Okeylah, bro. Kang lambat pulak
kau nak pergi
jemput girlfriend
aku tu. Nanti menangis
dia kat tadika
tu nanti kalau
lama menunggu. Nanti aku set
date bila boleh
keluar dengan kau. Boleh
sambung borak lagi. Ni
aku tertanya-tanya ni, si
Zara ni berak
batu ke apa
adik aku tu? Lama
betul ke ladies.”
“Alright,
bro. Apa-apa nanti, kau roger
aku okey. Nanti aku
bawak Rania, girlfriend kau tu
sekali. Eh, yelah mana ye
Zara. Lama jugak dia ke
ladies
tu ye?”
Irfan Arief
dan Ghaz Khuzairi
melilau sekitar KLIA
itu. Tercari-cari kelibat Izzara
yang sedari tadi
ke tandas tapi
sampai sekarang tak
nampak-nampak batang hidungnya. Namun beberapa
minit kemudian kelihatan
si jelita itu
mengatur langkah ke
arah kerusi tempat mereka
duduk. Di tangan Izzara
ada satu paperbag yang
dipegangnya.
“Hmm, kau tengok
tu, Ghaz. Aku dah agak
dah adik aku
tu pasti merayap. Sempat pulak shopping
kat KLIA ni. Kalau
dah kaki shopping tu, pandai
jer cari port nak
bershopping.”
Ghaz Khuzairi
hanya tersenyum bila
mendengar sahabatnya mengomel
pasal adik perempuannya
yang jelita itu. Kemudian
dia menghulurkan tangannya
untuk bersalaman dengan
Irfan Arief sebelum
bergerak balik.
“Okeylah,
Arief. Aku mintak diri
dululah ye. Nanti jangan
lupa call aku.”
“Okay,
bro. Nanti aku call kau ye.
Take
care and drive
carefully, bro.”
Irfan Arief
menyambut huluran tangan
sahabatnya itu seraya
memeluknya sebelum si
jejaka kacak itu
berlalu pergi. Namun belum
sempat Ghaz Khuzairi
mengatur langkah, suara halus
milik Izzara memanggil
namanya.
“Ghaz, nak
gerak balik dah
ke?”
Soal Izzara
yang sudah berada
di hadapan abangnya
dan Ghaz Khuzairi.
“Ha’ah,
Zara. Saya nak pergi
jemput Rania kat
tadika kejap lagi. Kenapa
ye, Zara?”
Soal Ghaz
Khuzairi pada si
jelita yang ringkas
penampilannya dengan mengenakan
Lace hem
Pleated top by
Dorothy Perkins berwarna
putih itu yang
dipadankan dengan Levi’s skinny
jeans berwarna hitam. Ringkas tetapi
tetap menawan pandangan
matanya!
“Saya nak
kirim coklat ni kat Rania. Nanti
awak tolong bagi
kat dia ye. Di
sebabkan saya bercuti
dan free hari ni, ingat petang
karang nak amik
dia. Tapi terlupa pulak
saya yang awak
balik dari Perth
hari ni. Takpalah, bagi peluang
daddy dia
lepaskan rindu dulu.”
“La,
awak tak
payahlah susah-susah belikan
coklat untuk dia, Zara. Anyway, thanks ya, Zara.
Kalau nak jumpa
Rania, call jer
saya okey, nanti
saya boleh hantarkan.”
Jawab Ghaz
Khuzairi lalu menyambut
paperbag yang
dihulurkan Izzara padanya.
“Hah,
Ghaz. Nanti free bawak jelah
Rania datang rumah.”
Sampuk Irfan
pula.
“Insha Allah, apa-apa nanti
aku bagitaulah ye. Okeylah,
aku gerak dululah, bro.
Zara, saya balik
dululah ye. Nanti Rania
tertunggu-tunggu pulak kat
tadika tu. Assalamualaikum.”
Irfan Arief
dan Izzara membalas
salam Ghaz Khuzairi
dan mereka turut
mengatur langkah dengan
menyorong troli yang
memuatkan beg-beg Irfan
Arief. Mereka mengatur langkah
untuk ke tempat
Izzara meletakkan kereta.
TAK
sampai
10 minit Lexus RX 450h
yang dipandu oleh
Irfan Arief yang
meninggalkan perkarangan bangunan
KLIA, kedengaran lagu A Thousand
Year di Blackberry
milik Izzara. Izzara yang
duduk di tempat
duduk penumpang di
bahagian hadapan itu
mengambil Blackberry tersebut dari Coach tote bag miliknya. Kemudian dia
melihat nama pemanggil
yang tertera di
skrin telefonnya itu.
“Kapten Mazlan
ni nak apa
tiba-tiba telefon ni?”
Bisiknya dalam
hati setelah melihat
nama tersebut. Kapten Mazlan
adalah antara clientnya. Seorang MAS pilot
yang agak particular tetapi
baik budi bahasanya.
“Assalamualaikum, Izzara… You
busy ke?”
Sapa Kapten
Mazlan.
“Waalaikumussalam.
Eh, takdalah busy.
I on
the way from
KLIA, nak ke Damansara.
I’m on
leave today. Anyway, ada apa call
ni, kapten?"
“Oh, you
on leave hari
ni ye? I baru
nak tanya pasal MAS- OR
yang I subscribe
on that day. Everything okay, Zara? I mean, MAS-OR form
tu dah submit ke
registrar's ke?"
“Hmm, pasal tu
rupanya. I ingat
apalah tadi. By the way, you
punya MAS-OR form tu submitted ke registrar's
on last Friday. Termasuk clients I
yang lain yang subscribe
MAS-OR tu. No
worries, kapten. I promise
you, everything will
be okay. Lagi pun you
under Execellent Nominees
(Tempatan) client, so takda
masalah sangatlah. I
mean, you tak payah
nak ke bank
untuk buat bank draf
dan kena ke registrar's sendiri
untuk submit form tu,
sebab semuanya tu nominees
staff yang proses
semua pasal MAS-OR tu
dan settlekan bank draf
bagi pihak you. Dan despatch
yang submit forms tu
ke registrar's.”
“Okay, good! Anyway, I nak reconfirm
kat you, Zara. Hari tu I subscribe 120,000
units for
MAS-OR kan? So, I
kena bayar RM27,600.00
because every
unit for MAS-OR
tu harganya RM0.23 kan? That’s mean
120,000 units x RM0.23 = RM 27,600.00. Betul
tak, Zara? If not
my mistaken.”
“Ha’ah,
betullah tu. Sebab you punya mother
shares ( MAS) ada 30,000
units. Maksudnya 30,000 units
( MAS) x 4
= 120,000 units for rights
shares ( MAS-OR ). Sebab ratio untuk
MAS-OR ni adalah
1 : 4. So, 120,000 units of
rights shares provisionally
allotted to you. So, betullah kiraan
you tu, kapten.”
“Oh, okay.
How about service
charges, Zara?”
Soal
Kapten Mazlan lagi.
“Okay,
pasal service charges tu, RM10
for nominees
service charges, RM10 for revenue
stamp dan RM3 for
bank draf charges. Takpa, nanti I
emailkan pada you about details
payment for MAS-OR
dan charges payment ya, kapten.”
“Sorry ya, susahkan
you sebab
kena explain kat I pasal
MAS-OR ni. Dah dua
kali you explain kat I. Actually, I confuse
sikit pasal kiraan
dan risau duit
dalam akaun I tak
cukup untuk payment tu. Tu
yang I call you. Okay,
another one question, bila listing
date of rights
ya, Zara?”
“No problem, kapten. Normallah tu. Got a
few of my clients pun confuse
jugak pasal rights segala
ni especially part kiraan
tu. Takpa, I sedia
membantu selagi I boleh
bantu clients I. Oh ya, pasal
your payment, semua okay, kapten. Kalau duit
dalam account you tak
cukup, dah lama I cari
you. Oh ya, listing date
for MAS-OR on 5th June. Nevermind, I’ll call
you to inform
to you about
the rights listing
ya, kapten.”
“Okay,
then. Anyway, thanks for your
explanation dan tolong
settlekan MAS-OR form untuk I. Just
nak everything okay before
I fly ke Auckland esok. Hmm,
rasanya itu saja
yang I nak tanya.
Anything, just email
to me ya, Zara. Thanks and Assalamualaikum.”
Selepas membalas
salam Kapten Mazlan
itu, Izzara menyimpan semula
Blackberry miliknya. Kemudian dia
menghala pandangannya ke
arah Irfan Arief
yang leka memandu
itu. Sesaat kemudian si
abang turut menoleh
sama ke arah
adiknya yang jelita
yang duduk di
sebelahnya.
“La,
cuti pun
client call
jugak ke, Zara? Ni kapten
yang mana pulak
ni?"
Soal si
abang.
“Alah, standardlah tu
kalau weekdays memang clients
akan call, abang Irfan.
Lainlah kalau weekend,
selalunya memang diaorang
takkan kacau pun. Yelah, clients mana
tahu kita cuti
ke tak, unless kalau
kita dah inform awal-awal
kat diaorang. Yang called tadi
tu Kapten Mazlan, dia
MAS pilot. Antara client Zara
lah. Dia tu memang
particular sikit
orangnya. Biasalah, bab duit
ni kenalah particular,
ye tak? Lagilah kalau
melibatkan jumlah sampai
ribuan ringgit kan!”
“Wah,
MAS pilot?
Mesti handsome kan? Tak terpikat
ke? Ni nak tanya, kaunter atau
saham MAS ni
memang ramai MAS pilots yang
beli ke?”
“Dah lewat
30 an dah
dia tu dan
dah kawin pun. Takdalah
handsome mana. Lagi
handsome Ghaz
Khuzairi kawan abang
Irfan tu… he he he. Eh, tak
semestinya kaunter atau
saham MAS tu pilot
or MAS staff
yang beli, ada jugak
yang bukan kerja
dengan MAS yang
beli kaunter ni. Terpulang
pada investor lah nak
beli kaunter apa
yang listing kat Bursa
Malaysia tu.”
“Eh...eh…
Abang Irfan macam
terdengar pulak orang
tu puji Ghaz
tu handsome. Hai, takkan
dah berkenan kut? Habis
si Qaleef awak
nak letak kat
mana, cik kak oii!”
Sengaja Irfan
Arief mengusik adiknya
itu. Padahal dia tahu
yang Izzara tu
bukannya mudah jatuh
suka pada mana-mana
lelaki dan adiknya
itu sangat setia
orangnya.
“Hello,
cik abang... Zara cuma
puji dia tu handsome
jer okay! Tak bermaksud
Zara ni suka
kat dia. Dah dia
tu memang kacak
dan berkarisma dari
Abang Irfan kan! Lagipun
Zara hanya setia
pada Qaleef seorang
okey! By the
way, sebut pasal Ghaz
Khuzairi tu, tak sangka
ye Abang Irfan
dan dia tu
dah lama kenal
rupanya. Sahabat baik pulak
tu.”
“Tulah, abang
pun tak sangka
jugak bila dia
kenal Zara dan family
kita especially bila dia
tu sebenarnya kawan
kak Yasmin. Tapi paling
abang Irfan tak
sangka bila adik
abang ni sebenarnya
dah jadi mommy orang
ye. Senyap-senyap jer dia
ada anak ye? Comel
pulak budak Rania
tu. Tak teringin ke nak jadi mommy
betul si Rania
tu? Bertuah tau, dapat
Ghaz Khuzairi tu,
sis.”
Irfan
Arief mengusik lagi, suka
tengok muka adiknya
kemerahan sebab menahan
malu bila diusik
dengan Ghaz Khuzairi.
“Abang Irfan
ni suka cakap
yang bukan-bukan tau! Zara
cuma menolong Ghaz
tu jer. Lagi pun
Zara dah jatuh
sayang kat Rania
tu. Abang Irfan ni
kalau tak merapu
memang tak sah! Dahlah, baik pandu
jer kereta ni
elok-elok. Tak sabar Zara
nak surprise
kat mama yang
Abang Irfan balik
hari ini. Lagi pun
mama masak best untuk
tengahari ni, kononnya Zara request
nak lunch
satu family. Papa dan Abang
Iqram pun balik lunch
sama-sama nanti.”
“Tiba-tiba Abang
Irfan pulak yang
tak sabar nak
jumpa mama dan
papa. Wah, tak sabarnya nak lunch
dengan family! Anyway, thanks ya, my beloved sister! Sebab sanggup
apply cuti hari ni
semata-mata nak jemput
Abang Irfan kat airport.”
“Not a
big deal, Abang Irfan. Nanti
belanja Zara shopping ye! Dapat
Burberry handbag
satu pun dah
okey...he he he. Actually,
Zara apply cuti
dua hari. Hari
ini dan esok
tapi esok punya
cuti Zara kena cancel
sebab Qaleef sampai
malam esok kat
KLIA. Hari tu dia cakap sampai
kat KLIA pagi
Selasa. Tapi boleh pulak
dia Whatsapp kat Zara
malam tadi, yang flight dia
sampai malam esok, maknanya bukan
pagi esoklah. Katanya ada problem
dengan jadual penerbangannya. Tu yang
Zara tak jadi
cuti esok.“
“No problem,
nanti Abang Irfan
belikan tapi Zara
kena pilih sendirilah. Eh, Qaleef kat
mana? Ingat dia ada
kat sini. Oh malam
esok nak jemput
kekasih kat airport la ye?”
“Dia kat
Sheffield. Ada kursus kat
sana 10 hari. Yelah, haruslah Zara
pergi jemput dia ke airport
esok. 10 hari
tak jumpa, rindu gila
kat dia!”
“Uikss,
gatalnya adik abang
ni ye? Takpa, balik nanti
abang Irfan bagitau
kat papa dan
mama suruh kawinkan
Zara dan Qaleef
cepat-cepat. Bahaya betul kalau
orang dah angau
bercinta ni!”
“Abang Irfan! Jangan
nak over sangat boleh
tak? Silap hari bulan
papa dan mama
yang suruh Abang
Irfan menikah dulu. Padan
muka!”
Irfan
Arief hanya tergelak
bila mendengar bebelan
Izzara yang bengang
kena usik itu. Kasihan
si adik, sampai
merah mukanya kena
usik oleh si
abang. Nasib kaulah Zara, dapat
abang yang agak sengal dan
kuat mengusik tukan!
>>>>>>>>>bersambung
P/S: Itewww dia! Irfan Arief si abang Izzara rupanya. Lupa ye yg Nina pernah mentioned pasal Irfan mintak Izzara jemput dia kat airport dalam bab 4 dan Nina pernah mentioned pasal si Arief (saja tak bubuh nama penuh Irfan Arief dlm bab 7 tu..heheh) sahabat baik Ghaz Khuzairi yang byk bg sokongan ms dia accident dulu dalam bab 7...heheheh
Thanks for follow & reading Terima Aku Seadanya :)
Hugs & kisses, love :)
Hugs & kisses, love :)
agak lama tak jenguk new entry. sangat busy..and bukak jer ada 3 n3 baru. good job writer
ReplyDeleteyaya
Hi, Yaya darling :)
DeleteNo wonder la dah agk lama jgak xnmpak YaYa comment.sookayy, darling..anytime u can read as long as u sudi folo TAS nina yg byk kekurangannya ni.
Thanks 4 ur support,dear ~hugs~
tu die sprisenye...hehehe...best
ReplyDeletedidie
Hi, Didie darling :)
DeleteHah,kan! Irfan Arief rupanya..sb tu Izzara siap berpeluk bagai dgn jejaka iteww...hehhe
Thanks 4 reading TAS, dear ~hugs~
Hmmm... Saya suka... Tp meleretlah... And too much info... Penat nk bce... bla bla bla bla....
ReplyDeleteYazreina
Deletea fews readers suka entry yg pendek but a fews of them suka entry yg panjang..so, d best way is i folo my plot..some of d chapter ada yg pjg dan ada yg pendek..depend on apa yg Nina yg ceritkanlah..
btw, Nina br blajar nk menulis novel..so mmg byk kekurangan dlm penulisan Nina ni..apa yg Nina bleh katakan kat sini, sorry for kekurangan tersebut.
btw,thanks ya for reading TAS
saspens ingatkn ghaz nmpak zara peluk qalef..hehehhe...abg rupenye...hehehehe.
ReplyDeleteKeep it up...nk continue bc next n3. wat marathon arinie...;)
Thanks Aida :)
DeleteTerharu bila Aida sanggup marathon bc TAS :)
~hugs~