Assalamualaikum & Hi all :)
BAB 15 : TERIMA AKU SEADANYA.
RANIA ARISSA kelihatan girang
bermain sambil menganyuh
basikalnya di halaman
banglo milik Datuk
Ghazali. Sesekali dia memberhentikan basikalnya
di tepi kolam
ikan yang terdapat
di banglo itu. Seronok
melihat ikan peliharaan
Datin Irmanina yang
bebas berenang. Pantang betul
nampak ikan, pasti leka
si comel ni
dibuatnya. Turut berada di
halaman banglo itu
ialah Datuk Ghazali, Datin Irmanina, Ghaz Khuzairi
dan Izzati Aisyah
yang sedang duduk
bersantai di gazebo
sambil menikmati minum
petang.
" Kak Long tak singgah pulak kat sini ye, pa? Selalu rajin jugak dia datang ke sini lepas kerja. Dia busy ke kat ofis tu,pa?" soal Izzati Aisyah pada Datuk Ghazali yang baru sampai dari ofisnya. Tangan si gadis itu menuangkan teh O ke cawan milik papanya.
" Oh, Kak Long kamu tu ada dinner dengan Abang Farhan kamu malam ni. Tu yang dia tak singgah sini. Terus balik rumah dialah tu." jawab Datuk Ghazali lembut bila anak bongsunya itu bertanyakan tentang anak sulungnya, Intan Shafinas.
" Ye ker, pa? Hmm, candle light dinner lah tu. Untung Kak Long dapat Abang Farhan yang baik dan romantik tu kan! Walaupun masing-masing busy tapi tetap ada masa bersama."

Kata Izzati Aisyah
yang kagum dengan
abang iparnya sambil
matanya sesekali melihat
Rania Arissa yang
leka bermain tidak
jauh dari gazebo
tempat mereka duduk
bersantai.
" Irma risau jugak
ni,bang. Intan dan Farhan
tu dah 3
tahun kawin, tapi sampai
sekarang tak nampak
kita ni nak
menambah cucu." ujar
Datin Irmanina pada
suaminya, bimbang tentang anak
sulungnya itu belum
berpunya cahayamata.
" Ala yang, tak payahlah
nak risau sangat. Belum
ada rezeki lagi
tu. Lagipun bukannya mereka
suami isteri tu tak teringin
nak menimang anak
sendiri. Insha Allah nanti adalah rezeki kita
nak menimang cucu
lagi. Yang penting kita
doakan yang terbaik
untuk mereka suami
isteri. Sayang jangan risau sangatlah."
Pujuk Datuk Ghazali
pada isteri tersayang
sambil tangannya menepuk
lembut tangan si
isteri yang duduk
di sebelahnya. Ghaz Khuzairi
dan Izzati Aisyah
hanya tersenyum melihat
si ayah memujuk
lembut si ibu
yang tampak risau
benar itu.
" Ma, janganlah
terlalu fikirkan sangat
pasal tu. Kalau Kak
Long tau mama
risau sangat pasal
ni, nanti dia pun
naik risau sama. Kita
sama-sama doakan ye, ma. Moga
Kak Long dan
Abang Farhan tu
cepat-cepat bagi mama
cucu. Lagipun kitakan dah
ada Rania,ma." sampuk
Ghaz Khuzairi pula
seraya memeluk bahu
mamanya.
" Yelah, ma. Janganlah
risau sangat. Yang mama
kena fikirkan sekarang
ni pasal anak
lelaki mama tu. Bila
lagi ntah nak carikan
mommy untuk
Rania. Untung-untung dapat tambah
cucu untuk mama
dan papa. Zati okey
jer kalau anak sedara
berderet.. he he he." pujuk
Izzati Aisyah pula
yang sempat mengusik
si abang.
" Amboi, anak dara mama
ni. Sempat pulak dia mengusik
abang dia. Tak lama
lagi Zati pulak
yang kena bagi
mama menantu dan
cucu. Mama taknak tunggu
lama-lama macam Kak Long dan
Abang Ngah kamu
tu."
Usik Datin Irmanina
pada anak daranya. Namun jauh
di sudut hatinya,
dia turut risaukan
anak lelaki tunggalnya
itu yang seakan-akan
tiada hati mahu
mengakhiri zaman bujangnya. Haih, kalau diikutkan
rasa risaunya tentang
anak-anaknya, dengan si
sulung yang sudah
35 tahun tapi
belum dikurniakan anak
dan dengan si
anak lelaki yang
seolah tiada hati
nak menikah, mahu lemah
jantung dibuatnya kalau
terlalu memikirkan hal
anak-anaknya itu. Apa
yang mampu dia
lakukan adalah mendoakan
yang terbaik untuk
anak-anaknya.
" Eh, kenapa pulak Abang
Ngah dikaitkan sama
ni, Zati? Nakal ye adik
abang sorang ni! Ma, ntah-ntah Zati
yang tak sabar
nak bagi mama
menantu dan cucu
kut? Ke Zati memang
dah ada calon? Kalau
takde, Abang Ngah
ada sorang kawan yang single. Ala, kawan Abang
Ngah masa study kat
US dulu, Arief. Zati pernah
jumpa masa dia
datang rumah nilah.”
Ghaz Khuzairi turut membalas usikan Izzati Aisyah. Adiknya yang seorang tu boleh tahan jugak nakalnya kalau bab mengusik. Tak pasal-pasal dia yang terkait sama.
“ Eii, apa Abang Ngah ni! Siap nak jadi matchmaker bagai! Zati tak cakap pun nak kawin ke apa tadi. Zati kan muda lagi, Abang Ngah tu yang sepatutnya dah kawin lama dah. Mana Zati ingat siapa Arief kawan Abang Ngah tulah. Pa, tengok Abang Ngah ni. Sibuk jer nak usik-usik Zati.”
Datuk Ghazali tersenyum bila anak daranya mengadu padanya dengan mulut sudah muncung sedepa. Sentap bila si abang mengusik siap nak menjodohkan adiknya dengan sahabat baiknya itu.

“ Alahai, anak dara
papa ni. Abang Ngah
usik sikit dah
muncung sedepa camtu.
Yang dia
boleh pulak mengusik
Abang Ngah dia
ye. Kalau Zati memang
betul-betul dah ada
calon, papa okey jer. Asalkan
calon tu baik, boleh
dibuat suami.” Datuk
Ghazali turut menjadi
nasi tambah, tumpang sekaki
mengusik si anak
daranya.
Makin bengang Izzati Aisyah bila papanya turut mengusik sama. Dia ingin bangun dari tempat duduknya untuk mendapatkan Rania Arissa sedang leka mengayuh basikalnya itu. Layan Rania Arissa lagi best!
Makin bengang Izzati Aisyah bila papanya turut mengusik sama. Dia ingin bangun dari tempat duduknya untuk mendapatkan Rania Arissa sedang leka mengayuh basikalnya itu. Layan Rania Arissa lagi best!
“ Hmm, Khuzairi... mama baru teringat nak tanya. Hari tu Rania ada cite kat mama, yang dia ada jumpa mommy dia. Siapa mommy yang dia maksudkan tu, Khuzairi? Setahu mama mommy Rania tu dah meninggal. Ke anak mama ni memang dah ada calon untuk mommy Rania tu?
Soal Datin Irmanina
dengan matanya terarah
ke wajah anak
bujangnya yang kacak
itu. Terbit senyuman dibibirnya
bila teringat si
cucu petah bercerita
tentang mommynya. Dan Izzati Aisyah
yang sudah bangun
dan baru melangkah
setapak dua kembali
ke tempat duduknya
semula bila mendengar
mamanya bertanyakan tentang
mommy yang
dimaksudkan oleh Rania
Arissa. Si comel itu
juga ada menceritakan
padanya tentang mommynya itu. Dia
membetulkan posisi duduknya, tak
sabar nak mendengar
penjelasan dari abangnya. Memang drama
betul si Izzati
Aisyah ni! Tadi bukan
main muncung sedepa,
siap nak bawak diri
bagai! Sekarang dah macam
wartawan Melodi pulak!
“ Ha’ahlah, Khuzairi. Rania
pun ada cite
kat
papa masa nak
ajar dia mengaji
hari tu. Dia cakap
atuk ada ajar
dia baca Surah
Al- Fatihah. Atuk tu baik
katanya. Bila papa tanya
siapa atuk tu, dia
jawab atuk tu
papa si mommynya.
Sejak bila cucu
papa tu ada mommy ni, Khuzairi?” soal Datuk
Ghazali pula yang
teringat akan cerita
si comel padanya
tempohari.
“ Memang pun Rania
dah ada mommy sekarang. Khuzairi dan
Rania dah jumpa
dan berkenalan dengan
family mommy
Rania tu.”
Jawab Ghaz Khuzairi
selamba. Sengaja membuat mereka
yang di hadapannya
itu tertanya-tanya dan
ingin tahu siapa
perempuan yang dimaksudkan
oleh Rania Arissa
mommynya.
“ Ya Allah, Abang Ngah! Takkan Abang Ngah menikah tak bagitau papa dan mama. Sampai hati Abang Ngah membelakangkan family kita. Tak sangka Abang Ngah sanggup buat macam tu.”
“ Ya Allah, Abang Ngah! Takkan Abang Ngah menikah tak bagitau papa dan mama. Sampai hati Abang Ngah membelakangkan family kita. Tak sangka Abang Ngah sanggup buat macam tu.”
Luah si adik
dengan nada sedih. Terkilan dengan
sikap si abang
memandang remeh soal nikah kawin
dan sanggup membelakangkan keluarga
sendiri. Datin Irmanina hanya
mampu menayangkan muka
kecewanya bila mendengar
kata-kata anak bujangnya
itu. Begitu juga dengan
Datuk Ghazali, tersentak bila
mendengar kata-kata anaknya. Ya
Tuhan, takkanlah Ghaz Khuzairi
sanggup membelakangkan keluarga
kalau melibatkan soal
nikah kawin ni! Dan
dia menyuarakan sesuatu
pada Ghaz Khuzairi.
“ Khuzairi, papa tahu mungkin
Khuzairi ada alasan
sendiri untuk berbuat
demikian. Tapi papa ingin
tahu jugak bagaimana
semua ni boleh
berlaku tanpa pengetahuan
papa dan mama
sebagai orang tua
Khuzairi.”
Soal Datuk Ghazali
lembut, cuba memberi peluang
pada si anak
untuk menjelaskan hal
sebenarnya. Mungkin anaknya itu
ada alasan yang
kukuh sehinggakan sanggup
membelakangkan keluarganya sendiri. Bukan bermaksud
dia suka atau
tidak kisah si
anak bertindak sedemikian
tetapi sebagai ketua
keluarganya, dia tidak mahu
menghukum atau menuduh
tanpa mendengar penjelasan
dan hal sebenarnya
dari mulut si
anak.
“ Papa dan mama, boleh
tak jangan serius
sangat. Khuzairi bergurau jelah
tadi. Boleh pulak mama dan
papa serius camtu.
Yang paling over tu
adik abang ni, siap
tuduh Abang Ngah
membelakangkan keluarga segala.”
Kata Ghaz Khuzairi
tersenyum sambil tangannya
menepuk lembut tangan
Izzati Aisyah. Niatnya cuma
bergurau tapi tak
sangka pulak orang
tuanya boleh serius
begitu. Yang paling over si
adik perempuannya. Siap menuduh
dia yang bukan-bukan.
“ Ya Allah, bertuahnya anak
abang ni. Boleh pulak dia
bergurau hal yang
begini. Irma ni dah
naik sesak dada bila dengar
pasal tu tadi, bang.” kata Datin
Irmanina memandang wajah
suaminya.
“ Yelah Abang Ngah
ni, benda camni pun nak
buat gurau. Kami ni
serius bertanya, dia boleh pulak
nak bergurau senda
bagai!” sampuk si
Izzati Aisyah. Geram pulak
dia dengan abangnya
yang boleh pulak bergurau
hal cenggini.
“ Khuzairi ni saja
nak papa dan
mama ni sesak
dada ye. Tapi betul
ke Rania tu
memang dah ada mommy? Beria-ria si
comel tu bercerita
kat papa aritu.” tanya
Datuk Ghazali lagi
ingin tahu tentang
perempuan yang dimkasudkan
oleh cucunya itu.
“ Sebelum Khuzairi nak jelaskan pasal hal mommy Rania tu, Khuzairi nak mintak maaf kat papa dan mama serta Zati sebab buat semua susah hati tadi. Sejujurnya, Khuzairi cuma bergurau jer tadi.”

memohon maaf pada
insan-insan yang di
hadapannya itu dan
dia kemudiannya menceritakan
segala tentang Izzara
dan pertemuan mereka
sehinggakan menjalinkan hubungan
ibu dan anak
antara Rania Arissa
dan Izzara. Datuk Ghazali, Datin Irmanina
dan Izzati Aisyah
tekun mendengar cerita
dari si jejaka
kacak itu. Nak ternganga
mulut Izzati Aisyah
bila mendengar cerita
abangnya itu. Haih, over betul minah sorang
ni!
“ Teringin betul mama
nak jumpa dengan
Zara yang baik
hati tu, Khuzairi. Nanti ajaklah
dia datang ke
rumah ni. Boleh mama
berkenalan dengan Zara
tu.”
“Hah, yelah Khuzairi. Ajaklah dia datang ke rumah ni. Papa pun teringin nak kenal dengan orangnya tu.”
“Hah, yelah Khuzairi. Ajaklah dia datang ke rumah ni. Papa pun teringin nak kenal dengan orangnya tu.”
Sampuk Datuk Ghazali
pula. Izzara yang diceritakan
oleh anaknya itu mengingatkan pada
Izzara yang dia
jumpa masa membuat
shares transfer
di Excellent Investment
Berhad tempohari. Tapi takkan
Izzara yang sama
kut walaupun Izzara
yang dia jumpa
itu juga seorang
yang baik dan
berbudi bahasa.
“ Eh, Abang Ngah lupa
ye? Sabtu nantikan birthday Rania. Bolehlah jemput
Kak Zara datang
masa tu nanti. Zati
pun teringin nak
jumpa Kak Zara
tulah.” usul Izzati
Aisyah pula.
“ Oh, yalah. Terlupa pulak
pasal birthday Rania tu. Kalau
camtu, nanti Abang
Ngah jemput dia. Pasti
Rania suka kalau
Zara datang masa birthday
dia nanti.”
Balas Ghaz Khuzairi
pula. Entah kenapa hatinya
berbunga riang bila
nama si jelita
itu terbit di bibirnya dan
membayangkan Izzara ada
bersama masa sambutan
hari jadi Rania
Arissa nanti. Hatinya seakan
tidak sabar untuk
menatap wajah si
jelita yang telah
mencuri hatinya!
Kelihatan Rania Arissa menapak ke arah gazebo tempat mereka duduk bersantai tadi. Dan si comel itu mendapatkan daddynya sambil duduk di ribaan lelaki itu.
“ Daddy, Rania nak mandi kat swimming pool dengan daddy boleh tak?” soal si comel itu sambil mencium pipi daddynya dengan manja.
“ Boleh, sayang. Tapi kita mandi sekejap jer ye sebab dah nak maghrib dah ni. Nanti kejap lagi kita nak solat maghrib sama-sama dengan Tok Pa, Tok Ma dan Maksu Zati.”

lalu membalas ciuman
anaknya dan memeluk
erat si comel
itu. Rindunya pada anaknya
itu tak terkata
setelah hampir 4
hari ditinggalkan.
“ Amboi, mentang-mentanglah daddy dia ada, dengan Maksu dah buat-buat lupa ye. Tak ajak Maksu pun mandi sama.” drama si mak saudara pada anak saudara kesayangannya itu. Sempat dia mencium pipi gebu anak saudaranya itu.

“ Jomlah, Maksu. Kita
mandi sama-sama.” pantas
Rania Arissa menjawab. Risau le
tu Maksu mogok
taknak geng!
“ Takpelah, sayang. Maksu
nak tolong Tok
Ma kemas semua
ni. Lain kali jelah
ye. Rania mandi dengan
daddy jer,okay?” balas Izzati
sambil mencubit lembut
pipi Rania Arissa.
“ Okay, Maksu! Jomlah, kita pergi mandi swimming pool, daddy.”
“ Okay, Maksu! Jomlah, kita pergi mandi swimming pool, daddy.”
“ Alahai, anak daddy
ni. Dah tak sabar
ye nak mandi
dengan daddy ye.” balas
Ghaz Khuzairi lalu
mendukung anaknya dan
melangkah ke arah
kolam mandi yang terdapat di banglo
orang tuanya.
********************
GHAZ KHUZAIRI mengambil
paperbag yang
diletaknya di tempat
duduk belakang. Kemudian dia
membuka pintu penumpang
di bahagian hadapan
untuk mendukung anaknya
yang sudah bersedia
dengan beg Barbie di
belakangnya itu. Dia mengatur
langkah ke pintu
pagar tadika Smart Kids
Islamic Preschool dengan
mendukung Rania Arissa. Kelihatan Encik
Ariffin sedang mendukung
anaknya Amanda yang
sudah sampai di
pintu masuk kelas
Saidatina Aisyah. Sampai sahaja
di pintu masuk
kelas anaknya, Ghaz Khuzairi
menyapa papa Amanda
itu.
“ Assalamualaikum, bang. Lama
tak nampak abang
hantar Amanda. Masa saya
jumpa Amanda kat sini hari
tu, dia kata abang outstation.”
Sapa Ghaz Khuzairi
sambil menghulurkan tangannya
pada Encik Ariffin. Rania Arissa
masih didukungannya.
“ Waalaikumussalam. Hmm, alhamdulillah abang
sihat, Ghaz. Lately sibuk
sikit outstation sana sini, tu
yang jarang hantar
Amanda ke tadika.”
Jawab Encik Ariffin
dengan senyuman manisnya. Dia
yang sedang mencangkung, membantu anaknya
membuka kasut itu
berdiri semula setelah
ditegur oleh juruterbang
yang kacak dihadapannya. Sudah lama
mereka tidak bersua
ketika menghantar anak
masing-masing ke tadika
ini. Huluran tangan Ghaz
Khuzairi untuk bersalam
dengannya dibalas mesra.
“ Rania, salam Uncle
Ariffin, sayang.” arah Ghaz
Khuzairi pada Rania
Arissa yang masih
didukung itu. Dan si
comel itu menghulurkan
tangannya untuk bersalaman
dengan Encik Ariffin.
“ Uncle Ghaz, nak
salam.”
Sampuk si comel
Amanda yang sudah
berada di hadapan
Ghaz Khuzairi itu. Dia
yang sibuk membuka
kasut tadi lantas
mara ke arah
Rania Arissa dan
Ghaz Khuzairi tanpa
sempat membuka kasutnya
yang sebelah lagi. Encik
Ariffin hanya mampu
menggaru perlahan kepalanya, pening dengan
karenah anaknya yang
pantang nampak kawan
baiknya itu. Tak menyempat-nyempat!
Ghaz Khuzairi meletakkan Rania Arissa ke bawah dan menyambut huluran tangan mulus milik Amanda yang comel itu
Ghaz Khuzairi meletakkan Rania Arissa ke bawah dan menyambut huluran tangan mulus milik Amanda yang comel itu
“ Amanda, ni souvenir dari Perth yang uncle beli kat sana. Nah, ambik ni sayang.”
Ghaz Khuzairi menghulurkan
paperbag yang
di dalamnya ada
sehelai Tshirt kanak-kanak berwarna
putih yang tertulis “
I Love Perth Australia” dan
seekor anak patung
beruang koala berwarna
kelabu gelap yang
sebesar pemeluk si
comel itu.
“ Thank you,
Uncle Ghaz.” ucap
Amanda sopan sambil
menyambut paperbag itu.
“ My pleasure, sweetie. Hmm, Rania pergi
masuk kelas ye. Be good, dear. Nanti daddy amik
Rania tengahari nanti
ye.”
Ghaz Khuzairi mencium
dan memeluk Rania
Arissa sebelum si
comel itu masuk
ke kelas bersama
dengan Amanda. Dia dan
Encik Ariffin memerhati
langkah dua kawan
baik itu menuju
ke pintu masuk
kelas Saidatina Aisyah
itu. Apabila secomel berdua
sudah masuk ke
kelas tersebut, Ghaz Khuzairi
menyatakan sesuatu pada
Encik Ariffin.
“ Hmm, Abang Ariffin, saya
nak jemput abang
sekeluarga ke rumah
orang tua saya
Sabtu ni, 8 malam
macam tulah. Ada majlis
sambutan hari jadi
Rania Arissa pada
hari tu. Harap abang
sekeluarga sudilah datang
ke majlis kecil
kami tu nanti.”
“ Oh, Sabtu ni birthday Rania Arissa ye, Ghaz? Kalau Amanda tahu ni pasti dia nak pergilah tu. Tapi abang mintak maaflah, Ghaz. Kami 3 beranak nak balik ke Kuching Sabtu nanti. Balik ke kampung mama Amanda, kebetulan pulak ada majlis perkahwinan sepupu dia hari Ahad tu. Kesian pulak kat Rania sebab Amanda tak dapat datang.”
“ La, yeker bang. Alahai, sunyilah Rania kalau Amanda tak datang. Tapi nak buat macamana ye tak? Dah bukan rezeki Ranialah. Flight bila tu, Abang Ariffin?

“ Kami ambik flight Sabtu
pagi tu. Dah alang-alang
cuti sekolah ni
seminggu jugaklah kami kat Kuching
tu nanti. Hmm, kesian pulak kat
Rania tapi Amanda
dapat bagi hadiah
jelah sebagai ganti
diri tak dapat
datang.”
“ Hishh, tak payahlah nak bagi hadiahlah, bang. Hmm, takpalah kalau macam tu, bang. Saya nak minta diri dululah ye, bang.”
“ Hishh, tak payahlah nak bagi hadiahlah, bang. Hmm, takpalah kalau macam tu, bang. Saya nak minta diri dululah ye, bang.”
“ Hmm, yelah. Sekali lagi
abang mintak maaflah
sebab kami sekeluarga
tak dapat datang. Terima kasih jugaklah
sebab bagi souvenir kat
Amanda tadi. Buat susah-susah
jer Ghaz beli
semua tu.”
“ Tak perlulah nak minta
maaf, bang. Lagipun majlis tu
kami buat simple jer,
bang. Mungkin lain kali
ada rezeki Rania
nak sambut birthday dia
dengan Amanda tu.
Hmm, pasal souvenir tu, hal kecil
jer tu, bang. Apa yang
saya beli untuk
Rania, saya belikan jugak untuk
kawan baiknya tu. Lagipun Amanda tu
dah macam anak
saya sendiri. Okeylah bang,
saya nak gerak
dululah ye. Assalamualaikum.”
Setelah masing-masing bersalaman, kedua-dua lelaki itu mengatur langkah keluar dari perkarangan tadika Smart Kids Islamic Preschool lalu ke kereta masing-masing.
Setelah masing-masing bersalaman, kedua-dua lelaki itu mengatur langkah keluar dari perkarangan tadika Smart Kids Islamic Preschool lalu ke kereta masing-masing.
IZZARA termenung seketika
bila melihat kedua-dua
tayar hadapan Honda
City miliknya itu
pancit. Nasib baiklah hatinya
tergerak untuk memeriksa
tayar keretanya sebelum
masuk ke dalam
Honda City itu. Haih,
time aku nak
pergi kerja, time tu
jugaklah cik city ni
buat hal! Desis hati
Izzara.
Tapi yang peliknya malam tadi masa dia balik dari rumah orang tuanya, elok jer. Tapi pagi ni boleh pulak pancit, sampai dua tayar pulak tu! Dia melihat jam Tissot di tangannya, baru pukul 740 pagi, yang si Shamzlin pesal keluar awal pulak pagi ni? Selalu pukul 815 pagi baru dia keluar rumah. Kalau Shamzlin tu ada, boleh dia mintak tolong sahabatnya itu menghantarnya ke ofis. Habis sekarang ni dia nak mintak tolong kat siapa pulak ni? Takkan dia nak menyusahkan Abang Irfan pagi-pagi ni nak mengadap jalan sesak dari Damansara ke Bandar Sunway ni. Nak harap Qaleef si buah hatinya itu malam karang baru nak sampai ke Malaysia. Aduh, serabut betullah! Nak tak nak, terpaksalah dia mengambil teksi untuk ke ofis!

Izzara menapak keluar
dari rumah teres
2 tingkat itu. Namun
tak sampai 3
minit melangkah untuk
ke perhentian bas
yang boleh tahan
jauhnya, sebuah teksi
Proton Waja yang
kebetulan lalu di
kawasan rumah sewanya
itu di tahan
olehnya. Dia masuk ke
teksi yang dipandu
lelaki Melayu setelah
menyatakan tempat yang
dia ingin tujui. Lagipun tak
jauh mana pun
kalau dari rumah
sewanya itu ke
Excellent Investment Berhad. Kalau
jalan tak jammed, 10
minit pun boleh
sampai ke ofisnya
itu.
Teksi yang dinaiki
Izzara tadi akhirnya
masuk ke perkarangan
Excellent Investment Berhad. Dia
melangkah keluar dari
teksi tersebut setelah
membayar tambangnya. Hampir 15
minit Izzara berada
dalam teksi itu
dengan menghadap jalan
sesak pulak pagi ni.
Dan entah kenapa
naik rimas pulak dia
dengan pemandu teksi
yang terlampau peramah
itu. Sampaikan umur dan
gaji si Izzara
pun dia nak
tanya! Dah macam soalan
matematik pun ada! Lepas
tu boleh pulak puji
Izzara ni tetap
cantik walaupun hanya
mengenakan make up yang
nipis. Wah, dah macam sesi
kecantikan dan anda
pulak! Kalau semua pemandu
teksi terlampau peramah
begini, sumpah lepas ni
Izzara taknak naik
teksi lagi. Sesak dadanya
masa dalam teksi
tadi, mata si pemandu
asik memerhatinya
melalui cermin pandang
belakang itu. Naik seram
pulak Izzara dibuatnya!
Setelah hampir setengah
jam duduk di
meja kerjanya, bunyi lagu A
Thousand Year dari
Blackberry milik Izzara
mengejutkan Izzara yang
tengah leka membaca
Market News
itu sebelum dia mengemailkannya kepada
clientnya. Dahi Izzara
berkerut sedikit bila
melihat nama Shamzlin
di skrin telefonnya
itu. Apa hal pulak
minah ni telefon
pagi-pagi ni? Soal Izzara
dalam hati sebelum
dia menjawab panggilan
dari sahabatnya itu.
“ Hello, Zara. Kau dah kat
ofis ke? Kau okey
tak ni?” soal
Shamzlin dengan nada
bimbangnya.
“ Hah, yelah. Aku dah kat
ofis ni. Aku okeylah. Apa
yang kau risau
sangat ni?”
“ Hmm, ntahlah aku rasa tak sedap hati pulak pagi ni. Tu yang aku call tanya kau okey ke tak.”
“ No worries, babe. Aku okey jelah. Tapi aku nak mintak tolong kaulah, Sham. Balik nanti aku tumpang kau ye. Cik city aku buat hal pulak pagi ni. Tayar depan dua-dua pancit! Aku naik teksi ke ofis tadi. Aku tumpang kau, boleh ke, Sham? Ke kau balik lambat.”

“ Patutlah aku asik teringat
kat kau jer. Rupanya
kau memang ada problem. Okey, balik nanti
aku jemput kau
kat ofislah ye. Tapi
pukul 6 petang camtu
takpe ke, babe?”
“ Setakat pukul 6 petang tu aku boleh tunggu lagi. Tapi kalau kau memang kena balik lambat lebih dari pukul 6 tu kau cakap kat aku awal-awal, Sham. Nanti aku boleh mintak tolong Abang Irfan aku jemput aku jer.”

“ Eh, takpe-takpe. Kau tak
payah susahkan abang
kau pulak. Aku janji before
6pm aku datang
jemput kau. Kau tunggu
jer kat situ
diam-diam, okey!”
“ Hmm, yelah. Nanti kalau
kau nak gerak
jemput aku, bagitau kat aku
dulu ye. Okay, babe! Take care!”
Izzara menyambung kerjanya semula setelah usai bersembang dengan sahabatnya itu. Lega hatinya bila memikirkan yang dia tak perlu naik teksi lagi untuk balik kerana Shamzlin sedia datang menjemputnya balik nanti.

JAM di desktop
nya sudah menunjukkan
pukul 510 petang. Sepatutnya lagi
5 minit dia
boleh balik tapi
memandangkan keretanya problem hari
ini terpaksalah dia
menunggu Shamzlin tiba
6 petang nanti
seperti yang dijanjikan
oleh sahabatnya itu
pagi tadi.
Closing reports sudah
disiapkannya sebentar tadi
dan segala dokumen
clientnya pun sudah disiapkan sama. Kebetulan pula
hari ini dia
tiada appointment dengan
mana-mana client. Kalau tak terpaksalah
dia mengangkut kereta
syarikat untuk memenuhi
temujanji dengan clientnya.
Izzara mencapai senaskhah
THE EDGE untuk dibaca. Baru
sahaja dia membaca
headline naskhah
tersebut, kedengaran lagu A Thousand
Year berkumandang lagi
di Blackberry miliknya. Izzara menjawab
panggilan tersebut.
“ Zara, aku dah kat depan main entrance ofis kau ni. Aku tunggu kat sini ye.” Shamzlin memaklumkan pada Izzara yang dia sudah sampai di pintu masuk utama Excellent Investment Berhad.
“ Eh, awalnya. Baru pukul 515 petang. Kau kata nak datang 6 petang.” soal Izzara hairan.
“ Hey, perempuan! Kau jangan banyak tanya boleh tak? Aku dah sampai awal ni kira okey tau! Aku bagi masa kau 5 minit, kalau kau tak keluar jugak, aku balik dulu! Kau baliklah dengan teksi atau bas!”
“ Hamboihhh...ober betul kau ni, perempuan! Mentang-mentanglah cik city aku buat hal arini, kau pulak nak berlagak! Yelah, aku dah ready ni. Kejap lagi aku keluarlah.” bebel Izzara sambil mencapai handbagnya.

Sampai sahaja di
pintu masuk utama, ketika
Izzara ingin melangkah
keluar dari pintu
tersebut, alangkah
terkejutnya dia bila
melihat jejaka yang
kacak yang berdiri
tidak jauh dari
luar pintu masuk
itu dengan tersenyum
manis padanya. Nak gugur
jantungnya bila menatap
wajah si lelaki
itu. Tapi kenapa dia
yang ada kat
situ? Mana Shamzlin? Soal Izzara
sambil matanya melilau
sekitar perkarangan Execellent
Investment Berhad, mencari kereta
dan kelibat Shamzlin!
>>>>>>>>> bersambung
P/S: make a readers wonder what will happen next.... he he he
By the way, thanks for follow & reading Terima Aku Seadanya.
Nina love all of u, guys! ~hugs~ muahsss
By the way, thanks for follow & reading Terima Aku Seadanya.
Nina love all of u, guys! ~hugs~ muahsss
Sengaja mahu menebeskan kita all of a sudden! Ku kira Ghaz la tew.... Takan Qaleef pulak kan?!...
ReplyDeletehahah..tanjat gegel..sapa ntah jejaka kacak iteww...wait 4 nx chapter ya,sis :)
DeleteThanks for reading TAS & hugs
I like this chapter...santai and tak meleret2... Nice...
ReplyDeleteThanks for reading, Yazreina :)
Delete~hugs~
suprise for izzara qaleef sudah pulang...tayar pancit tu keja si shamzlin kannn...
ReplyDeleteHi Anon :)
Deletehahah..wat a surprise!..kita tggu kisah seterusnya ye,dear :)
Thanks for reading TAS, darling :)
bestnyaaaaaa... smbng lgiiii
ReplyDeleteInsha Allah akan bersambung new n3..hehhe
DeleteThanks, dear :)
daddy rania nak mandi kat swimming pool boleh x??...suke part ni mesti cute rania mase ni..heheheh...sape plk yg tunggu??? suprise lg larh nmpaknye..:)
ReplyDeletedidie
Rindu sgt kat daddy dia tu..4 hari kena tinggal..hhehe
Deleteehemm..sape pulak yg tggu Izzara tu ye :)
tggu nx chapter ya,dear
Thanks for reading TAS ~hugs~
Izzati Aisyah:
ReplyDeletex agak2 abang Ngah nak jodohkan zaty dengan kawan die...ahaks!...
hamboiihhh...dlm diam minat kat irfan arief yek!..Abg Ngah offer tp buat2 xkenallah..tak igtlah sape si Irfan arief tu..takpe2..kita tggu kesudahannya yang Irfan Arief dgn sape ek!..hehe
DeleteThanks for reading Tas,dear
p/s:nnt kak Nina tnya abg ngah ye..:)
hahaha...rasanya mcm cinta Irfan Arief tu dgn Shamzlin jer...x mau mengharap lebih...ehhh, apesal mcm frust je nie...hik3...sabar jelah..
DeleteHa'ahlah kenapa ye orang tu macam frust jer..hahha
DeleteTakpe,ye ke tidak Shamzlin & Irfan Arief tu..jeng..jeng