Assalamualaikum & Hi, Love :)
BAB 8 : TERIMA AKU SEADANYA.
GHAZ KHUZAIRI merenung
seketika ke arah
si jelita di
hadapannya. Kelihatannya
mata bundar milik
si jelita itu
bergenang dengan air matanya.
Dia tahu, Izzara sangat
tersentuh dengan kisah
sedihnya terutamanya nasib
si comel, Rania Arissa. Lalu, dia mengeluarkan
sapu tangan miliknya
dan menghulurkannya pada
Izzara yang sesekali
menghala pandangannya ke
arah lain, cuba menahan
hiba.
"Zara, ambik sapu tangan
ni, buat lap
air mata awak
tu. Jangan risau, sapu tangan
ni bersih, saya tak
guna lagi pun. Sengaja
standby untuk
awak."
Sempat lagi
tu, Ghaz Khuzairi
mengusik Izzara.
Izzara memandang
ke arah sapu
tangan berwarna ungu
yang dihulurkan oleh
jejaka kacak di
hadapannya, kemudian dia tergelak
kecil sambil tangannya
mencapai sapu tangan
itu. Segan agaknya bila
Ghaz Khuzairi dapat
mengesan rasa sebak
dan genangan air mata di
kelopak mata bundarnya.
"Saya sedih, Ghaz... dengan kisah
awak, Marlissa dan terutamanya
Rania. Kasihan dia, Ghaz…kecik-kecik dah
jadi anak yatim. Dan
saya sangat bersimpati
dengan nasib arwah
Marlissa sebegitu."
Sebak Izzara
meluahkan rasa simpatinya
sambil menyapu perlahan
airmatanya dengan sapu
tangan yang dihulurkan
oleh Ghaz Khuzairi
sebentar tadi.
"Saya pun
tak menjangkakan yang
nasib arwah begitu, Zara. Saya sangat
kesal dengan tindakan
Ryan sanggup meninggalkan
arwah Marlissa yang
sarat mengandung tanpa
sebarang pesan. Saya dapat
tahu dia terima
better offer
daripada Emirates Airlines
tu setelah saya
masuk berkerja semula
daripada cuti sakit. Saya
sangkakan dia bawak arwah Marlissa
bersama tapi sebaliknya
yang berlaku. Saya tak
tahu dia tinggalkan
Marlissa selama 3
bulan tu kalau
Sarah kawan kami, tak memaklumkan pada
saya masa hari
pengebumian arwah. Marlissa tu
perempuan yang baik, Zara. Malah, masa saya
hantar dia ke
hospital masa tu, dia
sempat berpesan, walau apa pun
yang telah Ryan
buat pada dia, dia tetap maafkan
Ryan sebab Ryan
tu tetap suaminya.
Setianya seorang
isteri yang menghitung
hari menunggu si
suami balik, dengan harapan
yang menggunung agar
suaminya kembali namun
sampai ke akhir
hayatnya, si suami tetap
tidak kembali padanya. Pada
malam tu, saya nampak
betapa beratnya sengsara
yang dia tanggung
selama ditinggalkan suaminya. Sedih hati
saya tengok keadaan
dia ketika itu, Zara. Sampai hati
Ryan tinggalkan dia
dalam keadaan macam
tu sekali."
Sebak Ghaz
Khuzairi meluahkan rasa
terkilannya dengan sikap
Ryan Arshad dan
pilu hatinya dengan
nasib yang menimpa
arwah Marlissa.
"Ghaz, walaupun saya tak mengenali
diri arwah, tetapi secara
peribadinya saya tahu
dia seorang wanita
yang baik dan
seorang isteri yang setia.
Saya dapat rasakan
betapa bebanan yang
ditanggungnya sangat berat
dengan keadaan dirinya
yang sarat mengandung
tanpa suami di
sisinya. Saya pun kesal
dengan sikap Ryan
yang tak menghargai
isteri sebaik arwah Marlissa tu. Kalau
pun dia tak
kisahkan pasal arwah, sekurang-kurangnya dia
perlu fikirkan jugak
anaknya yang dikandung
arwah Marlissa. Saya tak
dapat bayangkan kalau
awak tak jumpa
dan tolong arwah
malam tu. Bagaimana agaknya
nasib dia dan
anaknya. Saya rasa bersyukur
sebab awak dan
keluarga awak sanggup
jaga dan didik
Rania. Kalau tak, saya pun tak tahu apa
nasib si comel
tu."
Sayu pengucapan
daripada bibir si
jelita itu. Sesungguhnya,
Izzara turut merasakan
kesedihan yang dialami
Ghaz Khuzairi saat
itu. Air muka dan
genangan air mata
si kacak di
hadapannya menggambarkan betapa
Ghaz Khuzairi sedih
dan terkilan dengan
apa yang telah
terjadi terutamanya nasib
yang menimpa arwah Marlissa.
"Saya bersyukur
sangat sebab Allah
pertemukan saya semula
dengan arwah Marlissa
malam tu, Zara. Saya bersyukur
dapat membantunya di
saat dia memerlukan
seseorang ketika itu. Luluh
hati saya tengok
keadaan dia, Zara. Paling saya
terkilan, dia tak dapat
melihat dan memeluk
anaknya sendiri kerana
Allah lebih menyayanginya
di saat anaknya
lahir ke dunia, Zara. Saat yang
saya takkan lupakan
ketika Rania memberi
ciuman ke pipi
kaku milik arwah
dengan tangisan Rania
seolah-olah si comel tu
turut sedih dengan
pemergian mommynya."
Luah Ghaz
Khuzairi dengan sebak
dan akhirnya gugur
jua air matanya
ketika mengenangkan saat
pilu itu. Izzara kaget
seketika bila melihat
si kacak di
hadapannya itu mengalirkan
air matanya. Kelihatan Ghaz
Khuzairi menyapu perlahan
air matanya dengan
jari-jemarinya. Izzara memandang seketika
ke arah sapu
tangan yang digenggamannya itu, lalu
menghulurkannya pada Ghaz
Khuzairi. Cewah! Berbalas-balas
dan berkongsi sapu
tanganlah pulak!
"Ghaz, rasanya sapu
tangan ni bersih
lagi, ambiklah buat lap
air mata awak
tu. Kalau saya tahu
kita berpesta menangis
cenggini, awal-awal lagi
saya bawak satu
kotak tisu ke
sini. Agaknya hari ni
hari sedih sedunia, ya
tak Ghaz?”
Usik Izzara
dengan senyuman manisnya, cuba menceriakan suasana
sedih dan pilu
itu.
"Pandai awak
kenakan saya balik
ye, Zara. Tak pasal-pasal saya
jadi buruk siku
ambil sapu tangan
ni balik. Anyway, thanks ya Zara
sebab sudi mendengar. Saya cuma
nak awak tahu
dan faham kenapa
Rania beria-ia menganggap
awak mommy dia. Sebab awak
seiras sangat dengan
arwah Marlissa, Zara. Kalau sebelum
dia hanya dapat
menatap wajah mommynya melalui
gambar dan pastinya
dia gembira bila
dapat bertemu dengan
awak semalam. Dan semenjak
kejadian semalam tu, dia
selalu bertanyakan tentang
awak jer, Zara. Sampai saya
sendiri dah mati
akal nak menjawab.
Terang Ghaz Khuzairi
sambil menyapu air matanya dengan
sapu tangan yang
dihulurkan oleh Izzara
tadi. Eh…eh...dahlah buruk siku
si Ghaz Khuzairi
ni, dah tu selamba
jer korang
berkongsi sapu tangan
ye? Bahaya ni... he he he.
"Tulah, nak gugur
jantung saya tadi
bila tengok gambar
arwah Marlissa iras
benar dengan muka
saya. Dan baru saya
faham kenapa Rania
beria-ia memeluk kaki
saya semalam dan
menganggap saya ni mommy
dia. Kasihan dia, Ghaz. Dan saya
bukan setakat kasihan
pada dia tapi
saya memang dah
jatuh sayang pada
dia semenjak kejadian
semalam." Kata
Izzara sayu dan
hatinya memang makin
bertambah kasih setelah
mendengar citra hidup
si comel itu. Oh
sayangku, Rania Arissa!
"Sebab tu
saya tergamam bila
terpandang wajah awak
semalam, Zara. Saya
seolah-olah tak percaya
apa yang saya
lihat. Awak dan arwah
Marlissa sangat seiras. Cuma
bezanya awak tak
mengenakan tudung.”
Terang
Ghaz Khuzairi betapa
tergamamnya dia bila
melihat wajah Izzara
yang seiras dengan
Marlissa.
"Hmm...Ghaz, saya
cuma bertanya, kalau Ryan
muncul semula dan
mahukan Rania daripada
awak, apa tindakan awak, Ghaz?
"Zara,
memang saya yang
menjaga dan mendidik
Rania sedari dia
kecil lagi, tapi kalau
Ryan muncul untuk
menuntut Rania daripada
saya, dia berhak kerana
walau apa pun
yang telah berlaku,
Rania Arissa tetap
anak dia, darah daging
dia. Dan saya tiada hak nak
menghalangnya. Malah, parents saya
selalu mengingatkan saya, Ryan
tetap berhak ke
atas Rania dan
saya cuma hanya
memegang dan menunaikan
amanah yang telah diberikan oleh
arwah Marlissa untuk
menjaga dan mendidik
si manja tu. Saya
pernah menjejak Ryan
tapi sampai ke
sudah dia tak
dapat dikesan. Saya tak tahu ke
mana menghilangnya Ryan. Namun
jauh di sudut
hati saya, saya akui, tak
sanggup saya nak
melepaskan Rania pada Ryan atau
sesiapa pun sebab
Rania umpama nyawa
saya,jantung hati saya. Saya
tak dapat bayangkan
hidup saya tanpa
Rania Arissa suatu
hari nanti."
Ghaz Khuzairi
kembali sebak bila
mengenangkan betapa tidak
bermaknanya hidupnya nanti
jika Ryan betul-betul
muncul untuk menuntut
haknya yang satu
itu. Walaupun Rania bukan
darah dagingnya, tetapi
si manja itu
umpama sang pelangi
yang mewarnai dan
menceriakan hidupnya.
Kasihnya pada Rania
Arissa memang tiada
penghujungnya.
"Tapi saya
risau kalau Ryan
tak mampu nak
menjaga dan memberi
didikan yang sempurna
sebagaimana awak menjaga
dan mendidik Rania
selama ni, Ghaz."
"Saya terfikir
juga pasal tu, bukan
bermaksud saya ni
terlalu sempurna menjaga
dan mendidik Rania
selama ni. Akan tetapi
saya risaukan diri
Ryan yang dahulu. Kalau
dia masih juga tak berubah, macam mana
dia nak mendidik
Rania dengan sebaiknya
sedangkan dia sendiri
terumbang-ambing. Zara, setiap
anak Adam dilahirkan
suci bersih, ibu bapanya
yang menjadikannya Yahudi, Nasrani dan
Majusi (Riwayat Al- Bukhari).
Kitalah yang
bertanggungjawab dalam membentuk
akhlak mereka, memberikan didikan
dunia akhirat dan
menjadi role model yang
baik pada mereka. Tapi
kalau sebaliknya, maka jangan
salahkan anak-anak sebab
mereka ikut rentak
kita yang mengajar
dan mendidik mereka. Saya
selalu mendoakan moga
Ryan berubah menjadi
seorang bapa yang
bertanggungjawab dan boleh
memberi didikan dunia
akhirat buat Rania. Sekurang-kurangnya hati
saya lapang untuk
melepaskan Rania bersamanya. Dan saya
selalu mendoakan moga
Ryan dapat mencurahkan
sepenuhnya kasih sayang
pada Rania dan mendidik Rania
dengan sebaiknya kerana
anak adalah anugerah
dan amanah daripada
Allah, Zara."
Sesungguhnya,
itulah yang Ghaz
Khuzairi doakan moga
Ryan akan berubah, bukan bermaksud
dirinya terlalu baik
atau sempurna untuk
mendidik Rania Arissa
tetapi harapannya moga
Ryan berubah sekurang-kurangnya dia
tahu erti tanggungjawab
seorang bapa pada
anak. Cukuplah baginya jika
Ryan dapat memberi
didikan yang sempurna
dan mencurahkan kasih
sayang pada Rania
Arissa jika Ryan
benar-benar kembali menuntut
haknya itu. Ya Tuhan, pedihnya hati
bila dia mengenangkan
jika terjadinya perpisahan
antara dia dan
Rania Arissa. Namun dia
harus akur, Rania Arissa
bukan hak mutlaknya. Dan seteruk-teruk
Ryan Arshad tu,
dia tetap ayah
kandung Rania Arissa.
Izzara memandang
ke wajah Ghaz
Khuzairi dengan perasaan
simpatinya. Dia faham, bukan mudah
untuk Ghaz Khuzairi
melepaskan Rania pada
Ryan jika ayah
kandung si comel
itu benar-benar datang
menuntut haknya. Perginya Rania
Arissa di sisi Ghaz Khuzairi
umpama si manja
itu membawa bersama-sama
separuh jiwa lelaki
yang mulia hatinya
itu.
Dan Ghaz
Khuzairi memandang ke
arah Izzara, lama. Seperti cuba
meluahkan sesuatu yang
terpendam di benak
hatinya. Dia menghela nafasnya
perlahan, cuba mencari kekuatan
untuk meluahkannya. Bila mengenangkan
Rania Arissa, hatinya seakan-akan
terbit kekuatan untuk
meluahkan kata-katanya itu.
“Hmm… Zara, awak tahukan, Rania dah pun menganggap
awak ni mommy dia
dan selalu bertanyakan
tentang awak? Maksud saya, Rania
sudah beranggapan yang mommy
dia tu memang
ada semenjak dia bertemu dengan
awak semalam.”
Sesak rasanya
dada Ghaz Khuzairi
cuba mengungkapkan kata-katanya
itu. Risau kalau Izzara
salah faham dengan
pengucapannya.
“Yeah… So, apa yang
awak nak cuba
sampaikan pada saya
ni, Ghaz? Saya tak berapa
nak fahamlah, Ghaz.”
Alahai si
Izzara ni, datang balik dah blur
dia. Yang si Ghaz
Khuzairi cakap terbelit-belit tu
dah kenapa.? Memanglah Izzara
tu jadi blur dibuatnya!
“Hmm... Zara, Rania ketika
dan saat ini
sangat perlukan awak. Sangat
memerlukan seorang mommy di
sisinya…”
Belum sempat
Ghaz Khuzairi menghabiskan
ayatnya itu, Izzara sudah
menyampuk.
“Ya Allah, Ghaz! Saya makin
tak fahamlah dengan
apa yang awak
cuba nak sampaikan
tu. Cuba awak berterus-terang jer, Insha
Allah saya sedia
mendengar dan akan
pertimbangkannya nanti.”
Lembut Izzara
menuturkan kata-katanya,
cuba berdiplomasi untuk mengurangkan rasa
gugup lelaki di hadapannya itu
yang nampak payah
untuk meluahkan hasrat
di benak hatinya.
“Saya sangat
perlukan pertolongan awak
mengenai Rania ni, Zara. Kalau boleh, saya
mahu awak luangkan
sedikit masa untuk
dia, layan dia macam
anak awak sendiri. Maksud saya, awak
anggaplah Rania Arissa
tu seperti anak
angkat awak dan
harap awak sudi
curahkan kasih sayang
pada dia sebagaimana
saya dan keluarga
saya mencurahkan dan berkongsi kasih
sayang kami padanya.
Sejujurnya, saya segan
nak menyusahkan awak, tapi
memandangkan Rania dah
menganggap awak ni mommy
dia dan selalu
bertanyakan tentang diri
awak, jadi sebab tu
saya nekad untuk
berjumpa dengan awak, Zara. Lagi pun
saya dah tak
sanggup lagi menabur
alasan dan janji
bila dia selalu
bertanyakan tentang awak, Zara. Saya berharap
awak sudi terima
permintaan saya ini
demi seorang anak
yang sangat mendambakan
kasih seorang ibu. Dan
awak anggaplah ini
permintaan daripada seorang
kawan. Demi Tuhan, saya
tiada berniat serong
melainkan ianya semata-mata
untuk kebahagiaan seorang
anak yatim seperti
Rania Arissa tu, Zara.”
Izzara menarik
nafas leganya bila
mendengar penjelasan dan
permintaan daripada Ghaz
Khuzairi. Dia agak bimbang
jika lelaki di
hadapannya ini membuat permintaan
yang bukan-bukan tadi. Yalah,
tengok dari reaksi
Ghaz Khuzairi yang
agak berat meluahkan
permintaannya tadi, menyebabkan
dada Izzara sesak
nak mendengar. Mana tahu
si kacak tu
tiba-tiba melamarnya untuk
menjadi mommy
betul untuk Rania
Arissa, niaya nanti! Habis Qaleef
kekasih kesayangannya itu
nak letak celah
mana? Oh, Qaleef kusayang!
“Ya Allah, Ghaz. Kalau pasal
Rania, tak perlulah awak nak rasa
segan segala untuk
minta saya bantu
awak. Ghaz, bagi saya tak
salah kalau saya
yang lebih bernasib
baik daripada si
comel tu, mencurahkan dan berkongsi kasih
sayang saya pada
dia sebab dia
anak yatim dan
sememangnya memerlukan perhatian
dan kasih sayang
kita yang sangat
bernasib baik jika
nak bandingkan citra
hidupnya yang memilukan
tu. Kalau pun awak
tak menawarkan saya
untuk meluangkan masa
buat si manja
tu, saya sendiri akan
datang cari dia, Ghaz. Sebabnya, sejak pertemuan
saya dengan Rania
semalam, seolah-olah ada sesuatu
yang menarik saya
untuk lebih dekat
dengan Rania dan
saya masih terbayang-bayang wajah
mengharap dia semalam. Sejujurnya, saya pun dah jatuh
sayang pada Rania, Ghaz. Dan awak
tak perlulah nak
beratkan bahu awak
dengan permintaan awak
ni, kerana saya memang bersetuju
dan besar ganjarannya
kalau kita membahagiakan
anak yatim seperti
Rania tu, Ghaz.”
Lembut Izzara
menuturkan persetujuan itu
untuk bersama-sama mencurahkan
kasih dan sayang
serta memberi perhatian
buat Rania Arissa
dengan seikhlas hatinya. Dan
sesungguhnya diri Rania
Arissa itu seolah-olah
ada daya penarik
untuk dia lebih
mendekati si manja
yang sangat istimewa
baginya. Tambahan pula, setelah
dia mendengar kisah
hidup si manja,
membuatkannya nekad untuk
lebih rapat dengan
Rania Arissa.
“Alhamdulillah, terima kasih, Zara. Saya tak tahu macam
mana saya nak
balas budi awak
ni, Zara. Lapangnya dada dan
fikiran saya ni, hanya
Allah jer yang
tahu, Zara. Pasti Rania gembira
dapat bertemu dengan
awak lagi lepas
ni.”
“Sama-sama,
Ghaz. Tak perlulah nak
balas budi segala, Ghaz. Saya ikhlas
membantu awak dan
memang sudah menjadi
tanggujawab kita untuk
memberi perhatian pada
si comel tu. Saya
ikhlas, Ghaz.”
Ucap Izzara
dengan tersenyum manis.
“Sebenarnya,
saya
risau dengan respon
awak sebaliknya bila
saya mengutarakan permintaan
saya tadi. Tapi tulah
saya bersyukur sangat
setelah mendengar persetujuaan
awak. Hmm, dah hampir
pukul 5 petang
ni, rasanya saya nak
mintak diri dululah, Zara. Kejap lagi
nak jemput Rania
kat daycare. Takut terlambat pulak, tak
pasal-pasal menangis anak
dara saya tu
nanti.”
Luah Ghaz
Khuzairi pada Izzara
tentang apa yang merisaukannya tadi. Bimbang
Izzara tidak bersetuju
dan paling teruk
risau Izzara menghalaunya
dari situ jika
Izzara beranggapan permintaannya
itu merapu jer. Namun
dia lega, Izzara memberi respon
yang positif pada
permintaannya dan tak
sangka Izzara semulia
itu hatinya. Bertuahnya lelaki
yang memilikki Izzara. Dan
bertuah lelaki yang
memberi cincin yang
tersarung di jari manis
si jelita itu. Aikk?
Dah menerawang sampai
ke cincin nampak! Macam
kecewa jer si
abang pilot tu!
“Hmm,
tak salah kita
saling bantu-membantu. Mana tahu
esok-esok saya pulak
yang perlukan pertolongan
daripada awak. Dah hakikat
hidup, Ghaz. Kita manusia ni
saling perlu memerlukan. Hidup ini
ibarat roda, kadang-kadang kita
di atas dan
ada ketikanya kita
di bawah. Dan tidak
sempurna iman seseorang
itu sehingga dia
mengasihi saudaranya sebagaimana
dia mengasihi dirinya
sendiri. Jadi takda salahnya
kalau kita sama-sama
untuk memberi kebahagiaan
dan keceriaan hidup
buat Rania Arissa, Ghaz. Dah tanggungjawab
kita sebagai hambaNya. Oh, ya… nanti sampaikan
salam saya pada
Rania ye, Insha Allah
nanti kalau ada
masa, saya akan
jumpa dia ye.”
Ghaz Khuzairi
tersenyum bila mendengar
kata-kata yang terbit
daripada bibir si
manis depannya itu. Dia
kagum dengan diri
Izzara, tak menyangka Izzara
seikhlas hati boleh
menerima Rania Arissa
yang tak sampai
dua hari mereka
bertemu. Dan seraya itu
Ghaz Khuzairi mengeluarkan
name cardnya
dari dompet Braun Buffel
miliknya lalu dihulurkan
pada Izzara.
“Zara, ini name
card saya. Kalau ada
apa-apa atau awak
nak berjumpa dengan
Rania, awak contactlah saya ye. Dan
saya sangat berterima
kasih dengan awak
kerana sudi menerima
Rania dalam hidup
awak. By the
way, saya minta diri
dululah, dan saya mintak
“Not
a big deal, Ghaz. Apa-apa nanti
saya akan call awak
ye.”
Balas Izzara
sambil menyambut name card
yang dihulurkan oleh
Ghaz Khuzairi sebentar
tadi. Dan dia menghantar
pandang ke arah
Ghaz Khuzairi yang
melangkah menuju ke
pintu keluar. Kemudian dia
mengambil sesuatu yang
ada di dalam planner lalu dia memanggil
Ghaz Khuzairi. Si kacak
itu terhenti langkahnya
seraya dia menoleh
ke arah si jelita yang
memanggilnya. Dan Izzara mara
ke arah Ghaz
Khuzairi lalu menghulurkan
sesuatu pada lelaki
tersebut.
“Ghaz, ni name card
saya. Simpan elok-elok dan
jangan sampai tercicir
lagi, jenuhlah awak nak
cari saya nanti.”
“Thanks, Zara. Insha Allah, kali
ini takkan hilang
lagi.”
Kata Ghaz
Khuzairi dengan tersenyum
manis dan kemudian
dia kembali mengatur
langkahnya setelah Izzara
membalas ucapan terima
kasihnya itu.
Izzara memandang
seketika ke arah
lelaki yang sudah
melangkah ke pintu
keluar. Entah bagaimana, dia teringatkan
akan sesuatu lalu
dia memanggilnya semula
dan kembali mara
mengatur langkah ke
arah Ghaz Khuzairi.
“Ghaz
!”
Ghaz Khuzairi
terhenti melangkah dan
menoleh ke arah
suara yang lembut
memanggilnya.
“Ya,
Zara. Ada apa-apa lagi
ke?
Soalnya pada
si jelita itu.
Izzara sudah
di hadapan Ghaz
Khuzairi sempat menguntumkan
senyum sebelum berkata
sesuatu pada Ghaz
Khuzairi.
“Ghaz, thanks ya sebab pinjamkan sapu
tangan awak tu
tadi dan kalau
boleh, saya nak sapu
tangan tu boleh
tak?”
Tanpa berfikir
panjang, Ghaz Khuzairi menghulurkan
sapu tangan yang
dipinjamkannya tadi pada
Izzara. Dia agak pelik
dengan permintaan Izzara
itu.
“Thanks, Ghaz. Saya nak cuci
sapu tangan ni, nanti
saya pulangkan semula
pada awak, ye.”
Jelas Izzara
pada lelaki di
hadapannya itu yang
Izzara sendiri dapat
menangkap riak muka
hairan di wajah
kacak itu bila
dia meminta sapu
tangan sebentar tadi.
“Ya Allah, Zara. Saya ingatkan
awak nak buat
apalah tadi dengan
sapu tangan tu, tak
payahlah susah-susah. Saya boleh
cuci sendiri sapu
tangan tu nanti.”
Ghaz Khuzairi
geli hati bila
tahu apa tujuan
Izzara meminta sapu
tangannya tadi. Haih… macam-macam pulak
si jelita ni. Dah
macam kerenah si
Rania Arissa pun ada!
“Ghaz, saya
ada satu lagi
permintaan. Hopefully awak
setuju dengan permintaan
saya ini.”
“Apa dia, Zara? Insha Allah, saya
akan cuba tunaikan
permintaan awak tu
jika saya mampu.”
Balas Ghaz
Khuzairi yang sudah
terbit rasa gementarnya
dengan apa yang
cuba Izzara lafazkan
sebentar lagi.
“Hesy, apa lagi Izzara
nakkan ni? Janganlah dia
mintak yang bukan-bukan.“
Bisik hati
Ghaz Khuzairi.
“Ghaz,
kalau awak izinkan, kejap lagi
balik dari kerja
saya nak jemput
Rania kat daycare dia, boleh? Dan kalau
boleh, lepas tu saya
nak bawa dia
keluar jalan-jalan dengan
saya, boleh tak Ghaz?”
Pinta Izzara
dengan menayangkan muka
mengharapnya agar Ghaz
Khuzairi bersetuju dengan
permintaan yang satu
itu. Izzara baru teringat
akan janjinya pada
Rania Arissa semalam
untuk membawa si
manja tu keluar
bersama-sama. Dan sekiranya Ghaz
Khuzairi mengizinkan, dia
akan menunaikan janjinya
pada si manja
bermata hazel itu balik
dari kerja nanti.
“Syukur Ya
Allah. Zara, sebenarnya saya
cuba membuat permintaan
ini tadi, sebab
Rania sememangnya mengharap
untuk bertemu dengan
awak. Tapi saya
agak keberatan nak
menyusahkan awak. Masa kat
tadika tadi dia
sempat berpesan pada
saya supaya carikan
awak untuk dia. Okey, saya nak call
pihak tadika maklumkan
pada guru yang
bertugas di daycare tu yang awak
jemput Rania hari ni.
Kejap lagi saya bagi alamat
tadika atau daycare dia
ye.”
Gembira tak
terkata hati Ghaz
Khuzairi bila mendengar
permintaan Izzara itu. Lalu
dia mengeluarkan iPhone 5
dari kocek seluarnya
dan mendail nombor
telefon pihak tadika
untuk memaklum kepada
guru yang bertugas
di daycare tersebut yang
sebentar lagi Izzara
akan datang menjemput
Rania Arissa. Syukur Ya
Tuhan!
>>>>>
bersambung
p/s: Be like bee that seeks out of the secrets and the goodness and ignores the filth :)
p/s: Be like bee that seeks out of the secrets and the goodness and ignores the filth :)
Thanks a million to readers & senior writers (yg pm Nina ) coz always gimme support. Allah saja yang membalasnya. Insha Allah :)
Jgn bagi qaleef curang hokay...i think kan...lepas ni zara terpaksa ( terpaksalah sgt kann ) kawin dgn abg ghaz sb Ryan ugut nak amik Rania sb ryan pun sebenarnya dah kawin n nak jaga anak dia.... He..he..
ReplyDeletehahhaha...Nina dah tergelak ni kak oii..tapi best aper imaginasi akak ni..ni mesti slalu join anak2 tgk citer barbie ni kan?hehhe
DeleteBtw,thanks kak ~hugs~
as salam Nina,
ReplyDeletesorry ye nak tanya sikit...pertemuan ghaz n zara kat pejabat zara kan. then dorang sembang ttg kisah rania.rasanya mesti sembang lama kan sbb nak bercerita bukan mudah n zara/ghaz siap boleh flash back kisah2 sendiri lagi..sorry ye just nak tanya...dorang sembang kat pejabat zara time keje kan tak mengganggu ke tugasan zara (kalau tak silap i la kan keje kat broker house(betul ke ni) ni bz selalu kita entertain client aje) ni just my opinion la... sorry ye kalau tersilap tafsir....
Waalaikummussalam :)
DeleteNi Kak Suzaimah kan? yang pm Nina tanya soklan ni.Sorry kak,Nina tak prasan akk drop comment kat chap 8 ni.Btw, pasal soklan akk tu,Nina dah explain thru pm tu kan.Hopefully,akk faham apa yg Nina explain ye :)
Thanks for reading TAS :)