BAB 1 : TERIMA AKU SEADANYA
IZZARA melangkah
laju menuju ke
arah escalator untuk turun. Seperti sedia maklum, dia
ada temujanji
dengan clientnya
pukul 3:00 petang
di Starbucks, Sunway Pyramid. Sengaja datang
20 minit awal. Mudah
baginya untuk menyediakan
dokumen-dokumen yang diperlukan. Tidaklah kelam-kabut
dan dia akan
lebih berkeyakinan bila
berurusan dengan clientnya nanti. Semua tu perlu diambil kira. Tambahan pula, untuk
mendapatkan dan meyakinkan
client bukannya
senang!
Setelah menuruni
escalator, Izzara
mengatur langkah untuk
ke tempat yang
dijanjikan. Suasana pusat membeli-belah
Sunway Pyramid ketika
itu agak lengang. Mungkin disebabkan
hari bekerja. Tidak seperti
suasana di hujung
minggu. Kadang-kadang mahu mencari
ruang untuk parkir
kereta punyalah susah. Maklumlah, Sunway Pyramid
antara tempat yang menjadi
tumpuan warga kota.
Ketika Izzara
leka mengatur langkah, serasa mahu
gugur jantungnya kerana
terkejut dengan suara
seorang kanak-kanak perempuan
menjerit. Dia segera berpaling. Matanya terus
terarah pada suara
yang menjerit itu. Saat
itu juga kelihatan
susuk tubuh kecil berlari menuju
ke arahnya.
“Mommy!!
Izzara terpana
seketika bila anak
kecil itu menjerit
memanggilnya mommy! Dan dia terpinga-pinga bila
si comel itu
tiba-tiba memeluk kakinya
dengan erat. Entah anak
siapa-siapa pulak yang
beria-ia memanggilnya mommy ni?
Dah tu selamba
pulak memeluk kakinya
dengan erat! Hati Izzara
disapa rasa hairan
dengan tingkah anak
comel itu. Kenapa si
comel itu seolah-olah
mengenalinya? Namun dia yang
menghairankannya, kenapa dia
tidak mengenali seraut
wajah comel yang
mendongak sayu memandangnya? Puas matanya
meneroka ke wajah
itu, sungguh dia tidak
kenal akan anak
kecil itu!
“ Aduhai…
anak siapa pulak
yang sesat ni!” Keluh
Izzara dalam hati.
“Rania! I'm here, sayang… She's not
your mommy, Rania. Come
to daddy, sayang.” Tiba-tiba
kedengaran suara garau
yang separuh menjerit
memanggil anak kecil
itu. Mendengar lelaki itu
menyebut nama Rania, barangkali Ranialah
nama si comel
yang masih erat
memeluk kakinya. Serentak itu,
Izzara mengalih pula
pandangannya ke arah
suara buat seketika. Kemudian dia
berkalih pula pada
anak comel yang
sudah berkaca-kaca sepasang
mata bundarnya yang
cantik itu. Suaranya merengek-rengek menyebut
mommy! mommy!
“Aduh, menangis pulak
budak kecik ni!” Desis
Izzara lagi.
“Rania….” Sekali lagi suara garau
itu menyeru nama
si comel. Namun kali
ini lembut saja
nadanya. Dan ketika itu, lelaki
tersebut semakin menghampiri
Izzara dan anak
comel itu. Jelas terpancar
kerisauan di wajahnya. Risau pula
jika perempuan yang
dipaut erat kakinya
itu marah dengan
tingkah anaknya yang
tiba-tiba meluru ke
arahnya dan memeluk
kakinya.
Namun si
comel itu tetap
tidak berganjak dari
situ. Dia langsung tidak mengendahkan
panggilan lelaki tersebut. Malah semakin
erat dia memeluk
kaki Izzara. Cara dia
memeluk seperti dia
enggan melepaskan Izzara pergi jauh
darinya. Dan, riak sayu
yang terlakar di
wajah comel itu
sudah cukup meggambarkan
bahawa dia menanggung
rindu yang sangat
mendalam pada mommynya.Terlalu mendambakan
kasih seorang yang
bergelar ibu.
“I
want my mommy! Please… don't let
mommy go, daddy.”
Rayu
Rania Arissa sambil
merengek-rengek. Dia masih enggan
melepaskan pelukannya itu.
Izzara masih
terpinga-pinga dan pelik
dengan situasi tersebut. Kenapa di Sunway Pyramid
ni, dia jugak yang
menjadi mangsa si
kecil itu? Ramai lagi
gadis atau perempuan lain kut!
Tapi, kenapa dia?
“Aku ni
dah macam mak
orang ke?”
Soalnya dalam
hati.
Sungguh,
dia tersepit dengan
'drama' dua beranak
ni. Sudahlah dia ada
temujanji dengan clientnya
sekejap saja lagi. Namun,
amat payah untuk dia melepaskan
diri memandangkan Rania
Arissa begitu erat
memeluk kakinya. Seolah-olah Izzara
itu memang ibunya.
Mommynya! “Ya Tuhan! Kotor
pulak seluar aku! Aduh,
macam mana ni? Takkan
aku nak tolak
je si comel
ni? Hesy… tak sampai hatilah!”
Desis Izzara
sendiri. Seluar panjang putih
Dorothy Perkins yang
dipakainya basah kerana
tercalit air mata
dan hingus si
comel itu. Paling meresahkan
Izzara bila anak
itu semakin kuat merengek-rengek dan enggan melepaskannya.
Ghaz Khuzairi mara
ke arah Rania
Arissa yang sedang
memeluk kaki perempuan
yang membelakangi itu. Perempuan itu nampak begitu sophisticated gaya
penampilannya. Izzara yang
sedang tertunduk sambil
memegang tangan Rania
Arissa. Gayanya seperti memujuk
anak kecil itu
yang masih menangis. Dalam masa
yang sama, dia tidak
perasan yang Ghaz
Khuzairi mara ke
arah dia dan
budak comel itu. Namun, dia menoleh
bila Ghaz Khuzairi
menegurnya.
“Cik...
saya nak
mintak...”
Namun Izzara
pelik, kenapa lelaki itu tergamam bila
memandangnya? Lama dia memandang ke
wajah yang seperti
terpana tatkala melihatnya
wajahnya tadi. Eh! Pelik pulak
bila lelaki itu
tiba-tiba terdiam terkaku
di hadapannya.
Izzara menjadi
tidak keruan dengan
apa yang dialaminya
saat itu. Sumpah apakah sehingga
dia terpaksa berhadapan
dengan situasi begini? Dalam
mengejar masa untuk
bertemu dengan client, namun
malang baginya kerana
dipertemukan dua makhluk
Tuhan yang sangat
pelik ini.
Si anak
yang tiba-tiba memeluk
kakinya dan memanggilnya
mommy. Malah
si ayah dengan
gaya patung cendana
bila melihat wajahnya. Semakin terpinga-pinga Izzara
dibuatnya! Tiba-tiba nak berdrama
jejak
kasih di pusat
membeli-belah ni, dah kenapa? Apa
yang sudah jadi
padanya hari ni? Sangat
pelik! Kenapa lelaki tergamam
saat memandang wajahnya? Rambut dia
serabaikah? Atau make up
dia comotkah? Eh, dah macam
juri Dewi Remaja
pulak! Nak menilainya begitu
begini!
Izzara membelek
jam tangan Tissot
miliknya. Alamak! Dah
terlambat ni. Mati aku!
Keluh Izzara
di dalam hati.
“Encik... Encik!”
Tegur Izzara
pada lelaki itu
yang masih gaya
dengan patung cendana. Tegak berdiri
di hadapannya. Melihat tiada
respon dari lelaki
tersebut, Izzara melayangkan
pula tangannya beberapa
kali di hadapan
wajah itu.
Lalu tak
semena-mena Ghaz Khuzairi
tersedar dari khayalannya
tadi. Dengan riak wajah
yang menahan malu, dia
mengusap-usap perlahan belakang
tengkuknya. Spontan
tingkahnya itu. Demi Tuhan, dia
tergamam tatkala melihat
wajah milik perempuan
ituu. Hatinya cuba menyangkal. Namun pandangan
matanya tidak mampu
menidakkan apa yang
dilihatnya itu.
“Mustahil dia!”
Sempat lagi
Ghaz Khuzairi bermonolog
sendiri. “Encik, saya dah
lambat ni. Saya ada
appointment sekejap lagi.
So, boleh tak encik
lepaskan saya dari
si comel ni? Anyway,
I'm forgot to
introduce myself. I'm Izzara.
Just call me
Zara.”
Pinta Izzara
yang ramah memperkenalkan dirinya
pada lelaki itu. Mesra
sungguh si Izzara. Terbawa-bawa mood melayan
clientnya pulak. Tak
pasal-pasal lelaki itu
tersampuk dengan mood budi
bahasa itu.
“Oh, I’m
so sorry. I’m really
forgot all about
her. By the way, I’m
Ghaz Khuzairi. Just call
me Ghaz or
Khuzairi. No need to
call me encik. It sounds
so formal. Dan si
comel ni anak
saya, Rania Arissa.”
Balas Ghaz Khuzairi dengan
segaris senyuman. Kemudian dia
mencapai tangan Rania
Arissa dan memujuk
anaknya itu agar
melepaskan pautan pada
kaki Izzara.
Tiba-tiba jantung
Izzara berdegup kencang. Terpesona dia seketika bila
melihat senyuman manis
Ghaz Khuzairi yang kacak pada
pandangan matanya. Dia terpaksa
mendongak untuk memandang
Ghaz Khuzairi yang
lebih tinggi darinya. Badan dan
ketinggian lelaki itu
persis model professional
saja!
Demi
Tuhan! Lelaki di hadapannya
itu sungguh kacak
dengan badannya yang
sasa, kulit sawo matang
dan hidungnya yang
mancung. Punya sepasang mata
yang agak sepet
dengan bulu keningnya
yang tebal di
sebalik cermin mata
yang dipakainya itu. Sungguh
berkarisma dan perfect!
Macam hero filem
pun ada!
“Sayang...
please come to
daddy ya. Mommy's got
something else to do.
Nanti kalau kerja mommy
dah settle, kita jumpa mommy ya. Come,
sayang.”
Ghaz
Khuzairi yang sudah
mencangkung di hadapan
Rania Arissa. Sekali lagi
cuba memujuk si
comel yang sedang
merengek-rengek itu. Ghaz Khuzairi
dapat merasakan Izzara
tidak selesa dengan
situasi tersebut. Malah dia
dapat membaca air
muka keliru Izzara
bila dia sendiri
membahasakan perempuan itu mommy
pada Rania Arissa. Pastilah Izzara
keliru. Anak dan si
ayah macam berpakat-pakat pulak
mengelarnya dengan panggilan
mommy. Kenapa pula dia
dianggap mommy kepada
anak lelaki itu? Lagi
pun, bukannya dia
kenal dengan Ghaz
Khuzairi tu! Aduh, semakin sesak
dada Izzara dibuatnya!
Rania Arissa
melepaskan pelukannya pada
kaki Izzara. Dia yang
mendongak dan memandang
sayu pada daddynya
cuba
menyatakan sesuatu.
“Daddy… janji tau, bila kerja mommy
dah siap kita
jumpa mommy ye, daddy? Rania nak
bawak mommy jalan-jalan. I
missed mommy so much.”
Pinta Rania
Arissa yang comel
memakai Guess smocked dress
berwarna biru muda dan bertali
pinggang warna merah
jambu. Rambut dark
brownnya yang panjang
itu ditocang dua. Alahai… sudahlah comel,
bergaya pulak tu!
"Okay, my
sweetie pie. I’m promise
you… bila kerja mommy
dah siap, nanti kita
jumpa mommy ya. Biar mommy pergi
buat kerja dia. Dan
kita balik dulu
ya, sayang.”
Pujuk Ghaz
Khuzairi lagi.
Walaupun terdetik
rasa bersalah di hati
Ghaz
Khuzairi kerana mencipta
janji pada Rania Arissa. Namun
dia terpaksa berbuat
demikian kerana memandangkan
Rania Arissa sukar
untuk melepaskan Izzara. Terbit rasa bimbangnya jika
tidak dapat menunaikan
janjinya pada Rania
Arissa untuk bertemu
semula dengan Izzara selepas
ini. Pada masa yang sama,
dia juga rasa
bersalah pada Izzara
kerana memandai mencipta
janji pada Rania
Arissa tanpa meminta persetujuan
daripada Izzara terlebih
dahulu.
Adakah Izzara
akan bersetuju dengan
janji yang dibentangkan
Ghaz Khuzairi pada
Rania Arissa?
Ketika Izzara
ingin melangkah meninggalkan
dua beranak itu, tiba-tiba tangannya
ditarik perlahan oleh Rania Arissa. Terhenti langkahnya.
“Mommy,
ada tisu
tak? Rania nak tisu, boleh?”
Tanya si
comel itu malu-malu
sambil tersenyum.
Izzara yang
pelik dengan permintaan
Rania Arissa itu, tanpa
berfikir panjang terus
mengeluarkan tisu dari handbag
Coachnya itu. Lalu diberikan
kepada Rania Arissa. “Mommy… I
want to say
sorry to you. Seluar mommy ni
dah kotor. Sorry ya, mommy.”
Ucap Rania
Arissa sayu. Tangan comelnya
lincah mengelap seluar
Izzara yang basah
dan kotor kerana
terpalit hingus dan
air matanya tadi.
Hati
Izzara tiba-tiba tersentuh
dengan perlakuan Rania
Arissa yang terdidik
akhlaknya. Sungguh Izzara kagum
dengan didikan yang
diberikan pada si
comel itu.
“It’s
okay, sayang. Mommy tak marah.
Sebab mommy tahu yang
sayang mommy ni tak
sengaja. Mommy tahu
sayang mommy ni sedih sebab
rindu pada mommy,
kan? Tak apa. Nanti kalau
kerja mommy dah selesai, mommy
akan
bawak sayang jalan-jalan, okey?”
Janji Izzara pada
Rania Arissa. Dia sempat
menghadiahkan ciuman di
kedua-dua pipi gebu itu dan erat memeluk
tubuh comel itu. Rania
Arissa di dalam
dakapan Izzara hanya mengangguk
laju. Suka mendengar janji
yang dibentangkan Izzara
kepadanya.
Setelah agak
lama berpelukan, Izzara merungkai
perlahan pautannya pada
tubuh comel itu. Dia
merenung seketika ke
wajah suci Rania
Arissa. Dia menguntum senyum
pada Rania Arissa
yang juga tersenyum
comel padanya. Air mata
yang masih bergenang
di mata bundar
itu dikesat lembut. Kemudian, Izzara kembali
memeluk Rania Arissa
dengan erat. Sungguh dia
sangat pelik dengan
perlakuannya itu.
Tatkala itu juga, terbit
perasaan sayang dan
kasihnya pada Rania
Arissa. Dengan spontan boleh pula dia mengaku dirinya
mommy si
comel itu. Dan dia
masih tertanya-tanya kenapa
Rania Arissa itu
beria-ia menganggapnya mommy?
Yang dia
pun jadi pelik
kenapa mudah mengaku
si comel itu
anaknya?
Demi Tuhan, dia
sudah jatuh sayang
pada Rania Arissa. Tersentuh hatinya
bila melihat riak
wajah sayu dan
penuh mengharap itu.
Ghaz Khuzairi
yang sedari tadi
menjadi pemerhati hanya
mampu melafazkan syukur. Bersyukur dan
gembira kerana Izzara
memberi respon yang
positif pada Rania
Arissa. Dia sangat berterima
kasih dengan 'kerjasama'
yang diberikan oleh
Izzara. Sekurang-kurangnya
Rania Arissa dapat
merasa pelukan kasih
daripada 'mommynya' itu.
Setelah
itu, Izzara melepaskan pelukan
dan menyerahkan Rania
Arissa kepada Ghaz
Khuzairi. Dan Ghaz Khuzairi
menyambut Rania Arissa
seraya menyuarakan sesuatu
pada Izzara.
“Cik Izzara… If you
don’t mind, can I have your
name card or
contact number? I'm
afraid I did’nt bring
my name card
with me right now. Furthermore, awak dah
berjanji nak bawa
Rania berjalan-jalan nanti. So,
senang saya
nak cari awak. Dan
saya minta maaf
kalau awak tak
selesa bila anak
saya menganggap awak mommy
dia. I have a
reason
why she called
you mommy. Nanti saya akan ceritakan
pada awak.”
Kata Ghaz
Khuzairi perlahan. Bimbang butir
perbualannya didengar oleh
Rania Arissa.
Izzara kaget
bila Ghaz Khuzairi
begitu rapat dengannya. Rasa nak
luruh jantungnya bila
mendengar suara garau
yang perlahan berkata-kata
padanya. Namun dia faham
dengan tingkah lelaki
itu. Barangkali bimbang si
comel mendengar apa
yang diperkatakan lelaki
tersebut.
“Okay, you
owe me an
explaination about this. By
the way, saya ni
nampak tua sangat
ke? Sampaikan anak orang
pun mengaku saya
ni mommy dia?”
Soal Izzara
kepada Ghaz Khuzairi
dengan sinis seraya
dia menghulurkan name cardnya. Sungguh dia
geram dan sakit
hati kerana lelaki itu memandai mengikat
janji pada Rania
Arissa. Sudahnya dia terbabit
sama. Tak pasal-pasal dia
kena mengaku jadi
mak orang!
“No
worries, cik Izzara. I’ll call you
and thanks for
your cooperation. Anyway, awak bukan
nampak tua. Tapi awak
nampak sangat cantik
di mata Rania. Mungkin kerana
itu dia anggap
awak ni mommynya.”
Jawab Ghaz
Khuzairi dengan senyuman
nakal.
Makin membara
hati Izzara bila
melihat senyuman lelaki
itu. Sudahlah tadi Ghaz
Khuzairi selamba membabitkan
dia dengan 'drama'
diaorang dua beranak. Sekarang ni
sempat pulak mengusiknya. Nasib baiklah
dia ni ayu
dan sopan-sopan alah! Kalau
tidak, memang nak
kena lempang laju-laju
saja muka Ghaz
Khuzairi tu! Biar terus
tak handsome. Baru padan
muka dia!
Izzara yang
memang dah bengang
tahap petala itu
sempat menjeling geram
pada Ghaz Khuzairi. Kemudian dia
terus mengatur langkah
meninggalkan dua beranak
yang sangat pelik
baginya. Tak pasal-pasal jatuh
saham dia tadi
terpaksa mengaku mak
orang!
Namun,
dia akui
hatinya sudah jatuh
sayang pada Rania
Arissa. Hati siapa yang tidak jatuh
sayang pada anak
secomel dan sepetah
Rania Arissa itu. Manja
pulak tu! Bertuahnya kalau
dia punya anak
secomel Rania Arissa!
SETELAH agak
jauh melangkah, dia menoleh
ke arah dua
beranak itu. Sangkanya Ghaz
Khuzairi dan Rania
Arissa sudah berlalu
pergi. Namun, dia agak
terkejut bila melihat
mereka masih di
situ. Tiba-tiba hatinya menjadi
sayu bila melihat
wajah Rania Arissa
yang sedang didukung
oleh Ghaz Khuzairi.
Tangan comel
itu melambai-lambai ke
arahnya. Lalu dia membalas
lambaian si manja
tersebut dengan menguntum
senyum. Demi Tuhan, dia suka
melihat adegan si
ayah mendukung atau memeluk si
anak. Terserlah sifat penyayang
lelaki itu.
Dia berpaling dan
meneruskan langkah untuk
ke tempat yang
dijanjikan dengan clientnya.
Masanya banyak terbuang
dengan drama dua
beranak itu tadi. Harap-harap clientnya tak
sampai lagi. Jika tidak,
tak buat malu
dia saja sebab
terlambat dan tak
menepati masa!
“Daddy...
Rania nak jalan
sendiri. Tak naklah daddy dukung. Nanti
bila Rania jalan-jalan
dengan mommy, nanti tak larat mommy
nak dukung Rania
sebab mommy tak besar
macam daddy.”
Pinta Rania
Arissa yang petah
itu dengan manja. Tangannya masih melingkar di leher Ghaz
Khuzairi.
Dahi Ghaz
Khuzairi berkerut sedikit
kerana agak pelik
dengan omelan Rania
Arissa. Dan beberapa saat
kemudian dia tersenyum
lalu melepaskan Rania
Arissa ke bawah. Haih, dan dan pulak
si anak daranya
ini tak nak didukung.
Selalunya, merengek-rengek nak
didukunglah. Minta dipeluklah.
Namun bila saja
sudah berjumpa 'mommynya' terus
dia ingin berjalan
sendiri. Selalunya si comel
ni manja je
memanjang.
Ghaz
Khuzairi membelek-belek name card
yang dihulurkan Izzara
sebentar tadi.
“Erm… Izzara
Iskandar. Senior Executive
of Product Specialist. Excellent Investment
Bhd? Macam aku familiar je
dengan firm ni!”
Bisik Ghaz
Khuzairi dalam hati.
“Daddy, can
you buy a
new dress for
me? Nanti Rania nak
jumpa mommy nak pakai
cantik-cantik. Mesti mommy
suka! Faster, daddy!”
Tangan comel
si manja itu
menarik-narik baju Ghaz
Khuzairi agar cepat
mereka melangkah dari situ.
Ghaz Khuzairi
terus menyimpan name card
Izzara ke dalam
kocek seluarnya. Dalam
masa yang sama
dia tergesa-gesa melangkah
kerana ditarik oleh Rania
Arissa. Dan kerana tergesa-gesa, tanpa Ghaz
Khuzairi sedari name card
milik Izzara tercicir
dari simpanannya. Huh! Haru
betul!
KETIKA memandu
pulang, Ghaz Khuzairi masih memikirkan kejadian
tadi. Kenapa masa ni
jugak perempuan itu
muncul? Dia yang bercuti
hari ini sengaja
meluangkan masa untuk
membawa Rania Arissa
membeli-belah setelah
mengambil si comel
itu di tadika
tadi. Sungguh, dia tidak menjangkakan
mereka boleh terserempak
dengan Izzara. Akan tetapi, kenapa boleh terserempak
dengan Izzara tatkala
Rania Arissa ada
bersamanya? Ya Tuhan,
kebetulan apakah ini?
Dia menoleh
ke tempat duduk
di sebelahnya. Rania Arissa
yang sedang leka
bermain game Angry Bird
di iPadnya itu nampak
ceria saja. Barangkali ceria
setelah bertemu dengan
perempuan yang dianggap
mommynya tadi.
Malah ketika
memilih smocked dress untuk
Rania Arissa tadi, beria-ia si
manja mahukan dress
berona merah
cili. Sama dengan warna
baju yang dipakai
oleh ‘mommynya’
tadi. Cepat saja si
comel bermata hazel
itu 'menangkap' warna
baju yang dipakai
oleh Izzara. Jelas menunjukkan
yang Rania Arissa
payah melupakan tentang 'mommynya’
selepas ini.
Ghaz Khuzairi
buntu bila memikirkan
harus bagaimanakah dia
menerangkan pada Rania Arissa tentang
perempuan tersebut? Rania Arissa
yang baru berusia
4 tahun itu
bukan mengerti lagi
tentang kehidupan. Mana mungkin
anak sekecil itu
akan mengerti hakikat
sebenar
”Ya Allah! Macam
mana ni? Serabut kepala
aku!”
Keluh
Ghaz Khuzairi.
Ya Tuhan, dia
sangat tertekan bila
memikirkan untuk menerangkan
keadaan sebenar kepada
Rania Arissa. Dia tak
sanggup membuatkan si
buah hati pengarang
jantungnya itu kecewa.
Demi Tuhan, sungguh dia tidak sanggup
melihat Rania Arissa
bersedih! Tidak terlintas di hatinya untuk
membuatkan Rania Arissa
bersedih. Dia telah berjanji
pada dirinya untuk
sentiasa membahagiakan intan
payungnya itu. Janjinya terpateri
sejak Rania Arissa
hadir dalam hidupnya.
Sesungguhnya,
Rania Arissa itu
adalah amanah daripada
seseorang untuknya. Dia akan
cuba sedaya upayanya
untuk memegang amanah
ini dengan sentiasa
membahagiakan dan mengembirakan
hati Rania Arissa. Juga
memberikan didikan dunia
akhirat dengan sesempurna
mungkin. Itu janji Ghaz
Khuzairi!
Impressive yang! Kak rozi sukee... Bahasa pun okay n not too relax.. Keep up the good work.. Hopefully more coming soon...
ReplyDeleteThanks 4 reading & ur support,kak Rozie :)
DeleteInsha Allah..i'll u d nx chapter..harap sabar menunggu ye.Pray d best d me..:)
Gooddddd...... Gambar pun hot :)
ReplyDeleteThanks,dear :)
DeleteGood intro...
ReplyDeleteThanks 4 reading, Aisyah :)
DeletePermulaan yg 'mengterujakan'....
ReplyDeleteOk. ..nak bace bab sterusnya!!!
Thanks, Sarinah :)
DeleteInsha Allah nnt saya up lg nx chapter ya.Hope Allah mpermudhkn nya.:)
sukalah .. dah jatuh cinta nie... hehe.. teruskan :)
ReplyDeleteThanks, Anon :)
Deleteterbaik....teruja nie
ReplyDeletethanks, rosz ;)
Deletesgt best i love it
ReplyDeleteThanks 4 reading, shayanggg
Deletehope bleh folo for nx chapters ya ;)
just start reading it..impressive and keep it up
ReplyDeleteThanks for reading TAS,dear
Delete~hugs~
Best Dan x sabar tunggu novel
ReplyDeleteNovel Insha Allah nk kuar Januari ni..maybe mid or end january.
Deletethanks,dear :)