Salam malam jumaat semua :)
BAB 5 : TERIMA AKU SEADANYA.
"AWAK ni Cik
Izzara ya? "
Soal si
lelaki itu setelah
memandang pada wanita
yang memberi salam
kepadanya.
Izzara menepuk
lembut dahinya setelah
dia teringat akan appoinment dengan client di
hadapannya yang dibuat
melalui panggilan telefon
semalam. Macam manalah dia
boleh terlupa. Nasib baik
dia sempat balik
ke pejabat setelah
memenuhi appointment yang
pagi tadi. Kalau dia
terlambat balik ke
pejabat tadi, kan haru client ni
nak menunggu dia
di sini.
"Ya,
saya Izzara. By the way, encik ni
Datuk Ghazali ke? Yang
called saya
semalam nak buat transfer
shares kan?"
Soal Izzara
kepada lelaki yang
kemas berbaju kemeja
berwarna biru itu. Kalau betullah
lelaki di hadapan
itu Datuk Ghazali, sungguh dia
tak percaya. Yalah, selama dia
bekerja dan berurusan
dengan client
terutamanya yang high networth
client macam Datuk
Ghazali ni, bukan senang
nak berurusan terus
dengan mereka ni. Selalunya, secretary or personal
assistant mereka yang
urusankan. Paling tidak pun, Izzara
sendiri harus datang
ke pejabat mereka
jika ada urgency nak
diselesaikan. Kalau nak datang
sendiri ke Excellent
Investment Berhad sekadar
untuk buat transfer shares
atau account updating,
memang agak payahlah
nak jumpa orang
yang berpangkat macam
Datuk Ghazali ni. Sanggup
datang menguruskannya sendiri.
"Ha'ah, sayalah Datuk Ghazali yang called Cik
Izzara semalam tu. Saya
mintak maaflah kalau
menyusahkan Cik Izzara
waktu rehat begini. Saya
sebenarnya ada urusan
pukul 3 petang nanti,
tu yang
datang masa ni."
Makin kagum
Izzara dengan lelaki
di hadapannya itu
bila siap meminta
maaf bagai. Memang susah
nak jumpa orang
yang berpangkat yang
sangat sopan dan
merendah diri begini. Lelaki yang
kemas penampilannya itu, pada
amatan Izzara mungkin
usianya lebih kurang
umur papanya. Gaya dan
sikap serta sifatnya
dah ala-ala papanya.
Berkarisma dan
sopan serta berlemah-lembut bila
berbicara. Tetiba teringat kat
papa. Rindulah pulak kat
papa !
"Datuk, tak perlulah
minta maaf. Memang dah
tugas saya kena
sentiasa ada untuk client. Lagi pun
saya memang tak
keluar lunch
pun hari ini. Anyway,
Datuk ada bawak
tak dokumen yang
saya bagitau semalam untuk
buat transfer tu?
"Hmm, saya ada
bawak dokumen yang diperlukan.
Cik Izzara nak surat beranak
anak saya kan?
"Ha'ah.
Surat beranak anak
Datuk, sebab semalam Datuk bagitau
saya yang Datuk
nak transfer shares Datuk tu kepada
anak Datuk kan? So,
dokumen yang diperlukan
untuk transfer shares tu
adalah sekeping salinan
surat beranak. By
the way, Datuk nak transfer
berapa kaunter kepada
anak Datuk tu?
"Ya,
betullah tu. Saya nak transfer
shares tu kepada
anak saya. Tapi saya
terlupa pulak nak buat salinan
untuk surat beranak
dia, saya bawak yang
original jer. Hmm, saya nak transfer 5
kaunter saham saya
tu kepada dia. Tapi
saya dah lupa
berapa kaunter saham
yang saya ada. Tak
silap saya, ada 20 kaunter
saham saya miliki.
"Oh, pasal salinan
tu nanti saya
uruskan kejap lagi. Nak
bagitau Datuk ni, setiap
satu kaunter saham yang
Datuk nak transfer dikenakan
bayaran RM10. So, kalau Datuk
nak transfer 5 kaunter
saham Datuk tu, maknanya Datuk
kena bayar RM50. Pasal
berapa kaunter saham
yang Datuk ada
tu, kejap lagi saya
suruh CDS staff ( Central
Depository System ) print statement
untuk kaunter saham
dan berapa unit
setiap saham yang
Datuk ada. Apa kata
kita ke kaunter
depan untuk settelkan transfer shares
Datuk ni. Jom Datuk , kita
ke sana."
Setelah memberi
penerangan sedikit tentang
dokumen dan proses
untuk membuat pemindahan
saham, Izzara membawa Datuk
Ghazali ke kaunter
depan iaitu kaunter
untuk urusan pemindahan
saham, mengemaskinikan akaun dan
juga untuk pembayaran.
Sampai sahaja
di kaunter depan, Izzara
menjemput Datuk Ghazali
duduk di tempat
yang dikhaskan untuk client bagi
memudahkan mereka mengisi
borang. Sebelum itu, Izzara sempat
meminta surat beranak
untuk dibuat salinan
dan meminta kad
pengenalan Datuk Ghazali. CDS staff
akan meminta kad
pengenalan client sekiranya client mahukan
penyata atau untuk
kaunter dan unit
saham yang mereka
ada. Tanpa kad pengenalan, penyata tidak
boleh dicetak untuk
pihak client kerana itu
memang sudah prosedur
Bursa Malaysia. Kemudian, Izzara ke
kaunter depan yang
tidak jauh dari
situ untuk untuk
mengambil borang pemindahan
saham dan membuat
salinan surat beranak
tadi bagi pihak
Datuk Ghazali. Usai itu,
dia kembali mendapatkan
Datuk Ghazali untuk
memberikan borang pemindahan
saham tersebut untuk
diisi.
"Datuk,
ini borang untuk transfer
shares dan yang
ni pulak statement untuk
kaunter dan kuantiti
saham yang Datuk
ada. Saya dah tengok
statement tu
tadi, actually Datuk
ada memiliki 22
kaunter saham. So, sekarang ni Datuk
isi
transfer form
ni dulu ye. Kalau
ada yang tak pasti tu, boleh
tanya saya."
Sopan dan
lembut Izzara menuturkan
kata-katanya itu. Dia yang
sudah duduk berhadapan
dengan Datuk Ghazali
menghulurkan borang biru
itu kepada clientnya.
Dia turut mengembalikan
kad pengenalan Datuk
Ghazali yang dimintanya
tadi. Datuk Ghazali menyambut
borang dan kad
pengenalannya sambil mengucapkan
terima kasih seraya
dibalas oleh Izzara
ucapan itu. Dan kemudian
dia mengisi borang
tersebut sambil diperhatikan
oleh Izzara.
Izzara akui
dia harus melayan
clientnya dengan
berhemah dan efisyen
walaupun siapa sahaja
clientnya, samaada yang
berpangkat atau tidak. Dia
tidak meletakkan sebarang standard
dalam melayan clientnya kerana
prinsipnya, walaupun siapa sahaja
yang menjadi clientnya,
mereka tetap sumber
rezekinya. Sebab itulah dia
akan memberi layanan
yang sehabis baik
dalam menguruskan hal-hal
clientnya itu.
"Cik Izzara, column untuk witness
ni, saya perlu isi
ke?"
Soal
Datuk Ghazali yang
sedari tadi leka
mengisi borangnya itu. Mungkin
dia keliru dengan
column tersebut
lalu mengutarakan kekeliruannya
itu kepada Izzara.
Izzara melihat column
yang dimaksudkan oleh Datuk Ghazali
sebentar tadi.
"Oh,
column ni
cuma diisi oleh remisier
atau dealer. That means, saya yang akan
jadi saksi bagi
pihak Datuk. Takpa,
kosongkan column tu, nanti saya settlekan. Anyway, Datuk confirm
nak transfer 5 kaunter
saham tu kepada
anak perempuan Datuk
ni?"
Tanya Izzara
merujuk kepada anak
perempuan Datuk Ghazali
yang bernama Izzati
Aisyah. Sedap nama dia. Mesti
lawa orangnya.
"Hmm, buat masa ni
biar saya transfer
5
kaunter dulu kat
dia. Actually, saya nak transfer
shares pada anak
saya yang 2
orang lagi tu
tapi diaorang cakap hold dulu. So,
saya just proceed
untuk Izzati Aisyah
ni dululah. Dia ni
anak bongsu saya. Masih study lagi
kat Universiti Teknologi
Petronas, ambil course
Mechanical of Engineering. Dia dan abangnya tak berminat
dengan hal-hal business
ni
dan tak berminat
nak bantu saya handle
company. Cuma kakak diaorang
yang sulung tu jelah yang
berminat tolong saya. Tapi dalam
soal minat anak
ni, saya tak pernah
nak paksa. Ikut diaoranglah
nak kerja apa
pun, yang penting
mereka berjaya dunia
dan akhirat, itu
pun dah memadai
bagi saya. Oh ya
Cik Izzara, ni borang
dah siap diisi, dan
ni RM50 untuk
bayaran transfer."
Datuk Ghazali
mengeluarkan sekeping wang
RM50 dari wallet Hermes miliknya
dan dihulurkan kepada
Izzara beserta dengan
borang transfer yang telah
siap diisi tadi.
Izzara menyambut
borang dan wang
bayaran transfer tersebut.
Izzara meneliti setiap
maklumat yang diisi
di dalam borang
itu sebelum dia
mengisi ruang untuk
diisi oleh saksi. Dalam
masa yang sama tergiang-ngiang di
telinganya dengan keramahan
Datuk Ghazali bercerita
tentang anak-anaknya.
Prinsip Datuk Ghazali
mengenai minat anak-anaknya
mengingatkan Izzara pada
papanya. Soal minat anak,
papanya juga tak
pernah memaksa anak-anaknya
untuk membantunya mengendalikan
perniagaan milik keluarganya. Malah papanya
menyokong dia dan Irfan Arief
untuk menimba pengalaman di
tempat lain. Tiba-tiba dia
merasakan papanya dan
Datuk Ghazali ni
lebih kurang jer
personaliti mereka berdua
ni. Sama-sama handsome
pulak tu walaupun
dah berusia... he he he.
"Okey,
semua maklumat lengkap
diisi dan sekarang
saya hantar borang
ni ke kaunter
depan dululah ye, Datuk. Nak serah
pada CDS staff untuk
proses transfer ni. Tapi Datuk
perlu menunggu dalam
kurang 15 minit untuk proses
transfer ni. Boleh, Datuk?"
Sopan Izzara
bertanya.
"It’s okay, saya boleh
tunggu."
Jawab Datuk
Ghazali sambil tersenyum.
"Oh ya, Datuk…Sementara menunggu
transfer ni
siap diproses, Datuk nak
minum apa-apa tak? Nanti
saya suruh tea lady
buatkan air untuk
Datuk."
"Hmm…Thanks, but
no thanks, Cik Izzara. Tak
perlu susah-susah, saya dah
minum before ke sini tadi."
Izzara melangkah
ke kaunter dengan
membawa dokumen-dokumen untuk
diserahkan kepada CDS staff
bagi proses pemindahan
saham Datuk Ghazali
tadi. Setelah hampir 15
minit, Izzara kembali mendapatkan
Datuk Ghazali yang
sedang leka membaca
THE EDGE yang
sememangnya disediakan oleh
pihak pengurusan di
ruang tersebut.
“Okay,
transfer dah settle,
Datuk. Ini copy untuk rujukan
Datuk dan yang ini
pulak receipt payment.”
Izzara menyerahkan
kedua–duanya kepada Datuk
Ghazali. Borang pemindahan saham
itu mempunyai 3
keping di mana 1 keping
untuk di hantar ke
Bursa Malaysia, 1 keping
pula untuk disimpan
atau rujukan client dan 1 keping
lagi untuk filing.
“Thanks
a lot, Cik Izzara. Rasanya dah
tak ada apa
dah kan? So, I have to
go now. Bye the way,
hopefully we will
meet again after
this.”
Ucap Datuk
Ghazali sambil tersenyum.
“My
pleasure, Datuk. Dah
tugas saya bantu client. Insha Allah, kalau
ada rezeki kita
jumpa lagi. Mana tau
lepas ni Datuk
datang lagi nak buat tranfer shares
untuk anak Datuk
yang 2 orang lagi tu. Anyway,
kalau ada apa-apa
yang nak tanya, boleh
jer call
saya."
Sopan Izzara
menuturkan kata-katanya sambil
tersenyum.
"Okay, then. Apa-apa nanti
saya akan call Cik
Izzara lah ye. Kalau
boleh hal macam ni, saya prefer
handle sendiri. Tak nak
menyusahkan secretary
saya sebab dia
pun banyak kerja
lain nak dibuat. Okey, saya minta
diri dululah ye, Cik
Izzara."
"Hmm, biar saya
hantar Datuk ke main
entrance, ye. Mari,
Datuk."
Izzara mempersilakan
Datuk Ghazali ke
pintu utama Exellent
Investmen Berhad itu. Mereka
berbual-bual sambil mengatur
langkah.
"Thanks, Cik Izzara. Hmm, kalau boleh
tak payah panggil
saya Datuk sebab
Cik Izzara ni
dah macam umur
anak-anak saya jer. Panggil
uncle pun
takpa, Cik Izzara. Anyway, Cik Izzara
dah kerja kat
sini berapa lama
dah?
"Uncle
pun tak payahlah
nak bercik-cik dengan
saya. Panggil Zara jer. Hmm,
Zara dah
kerja kat sini
dah 3 tahun
lebih dah. Nak cari experience
dulu selok-belok hal business
ni, especially bab
nak buat marketing ni, uncle."
Balas Izzara
yang sudah selesa
menyebut panggilan uncle pada
lelaki itu.
"Uncle bangga
dengan anak muda
macam Zara ni
yang ada wawasan
untuk meningkatkan mutu
kehidupan sendiri. Yang rajin
menimba pengalaman untuk berjaya
dalam hidup. Cuma uncle nak
nasihatkan pada Zara, nak
berjaya dalam hidup
ni harus kena ingat
akhirat juga. Maksud uncle,
kita nak
cari pengalaman dan
nak berjaya dalam
hidup, jangan terlalu mengejar
tuntutan duniawi sehingga
kita lupa tanggungjawab
kita pada Allah. Jangan
sampai kita mengabaikan
perintah atau suruhanNya. Yang penting
solat 5 waktu
wajib Zara tunaikan
dan rajin-rajinlah berdoa
kepadaNya moga apa
sahaja yang Zara
lakukan mendapat keberkatan
dan keredhaan daripadaNya. A busy
life makes prayers
harder, but prayers make
a busy life
easier, Zara.
Oleh itu, jangan
jadikan alasan kita
sibuk dengan kerjaya
kita sampai satu
tahap kita mengabaikan
perintah Allah dan
malas berdoa kepadaNya. Zara, walaupun Allah
tidak membeza-bezakan pemberian
rezeki di dunia
ini kepada manusia, tetapi kebahagian
sebenar hanya diberikan
kepada orang yang
beriman di akhirat
kelak. Ketaatan kita kepadaNya
semasa kita di
dunia menjadikan kita
orang yang beriman
di akhirat kelak. Jadi, jangan mengambil
mudah tuntutan kita
sebagai hambaNya. Barulah hidup kita
seimbang kerana tidak melebihkan tuntutan
dunia dan melupakan
keperluan untuk bekalan
kita di akhirat
kelak.
Dan satu
lagi, kita harus bersyukur
dengan setiap kurniaan
dan rezeki yang
Allah bagi pada
kita. Be grateful
for what you
used to have
and what you
will be blessed. Jangan mengeluh
atau merungut kalau
kita tidak dapat
apa yang kita
inginkan. Dan jangan jadikan
setiap dugaan dan
ujian Allah itu
jadikan kita putus
asa untuk berjaya. The best
success usually comes
after the biggest
disappointment. Jangan
mudah kecewa dan
mengalah, setiap dugaan itu
pasti ada kemanisan
disebaliknya. If you
complain that Allah
is testing you
too much, you're failing
the test. Remember that
Allah has better
plan for you as
He is the
best planner. Have faith
in Allah and
put all your
trust to Him.
Hmm, uncle minta
maaflah kalau Uncle
ni terlebih bercakap
dan buat Zara
rasa tak selesa
nak mendengar. Uncle
cuma nak berkongsi
nasihat pada Zara sebab Zara
dah macam anak uncle. Malah, dengan anak-anak
sendiri pun uncle suka
nasihatkan mereka. Terpulang pada
Zara kalau nak
ikut ke tidak
nasihat uncle
ni. Kita sebagai hambaNya
tak kira tua
atau muda, haruslah saling
ingat-mengingati antara satu
sama lain, demi kebaikan
kita bersama."
Panjang lebar
nasihat Datuk Ghazali
kepada Izzara. Dan Izzara
mendengarnya dengan penuh
minat.
"Thanks for
your great advice, uncle. Zara betul-betul
kagum dengan uncle kerana
sudi berkongsi nasihat
pada Zara. Walaupun tak sampai sejam
kita bertemu ni,
Zara dapat rasakan
yang uncle ni seolah-olah
macam papa Zara
yang suka menegur
dan bagi nasihat
pada kami anak-anaknya. Insha Allah, Zara
akan pegang nasihat
yang berguna uncle
bagi ni. Thanks again, uncle. I'm really appreciate
it."
Ucap Izzara
ikhlas.
Sungguh,
dia rasa
sangat bertuah bila
diberi nasihat sebegini. Pengalamannya berurusan
dengan clientnya, sangat payah
nak jumpa client yang
boleh bercerita pasal
hal peribadi, lagi-lagi bila
nak berkongsi cerita
atau memberi nasihat
macam Datuk Ghazali
ni.
"My pleasure, Zara. Hmm, kejap ye,
uncle nak call driver
uncle. Nak bagitau dia
yang urusan uncle dah settle. Dia tunggu
kat kereta tadi."
Balas Datuk
Ghazali sambil mendail
nombor telefon pemandunya.
Tak sampai
5 minit sebuah
kereta BMW X5
tiba di perkarangan
pintu masuk Excellent
Investment Berhad, iaitu kereta
milik Datuk Ghazali
yang dipandu oleh
pemandu peribadinya. Sebelum melangkah
ke kereta itu, sekali
lagi Datuk Ghazali
sempat menitipkan nasihat
buat Izzara.
"Zara,
kita orang business ni
memang selalu busy dan
selalu terkejar-kejar dengan
masa. Sampai tahapnya, masa untuk
diri sendiri pun
tak ada. Tapi jangan
dijadikan alasan sibuk
mengejar business tu, sampai kita
lupa pada Allah. And one
more thing, jangan lupa
jasa dan berbuat
baik kepada kedua
orang tua kita. Doa
dan restu mereka
adalah tunjang kebahagiaan
dan kejayaan seorang
anak untuk berjaya
dalam hidup. Dan jangan
lupa sentiasa doakan
kebaikan dan kesejahteraan
untuk mereka. Ingat tu , Zara. By the
way, driver uncle
dah sampai. Okay, I've got to go.
Thanks for your
cooperation and Assalamualaikum. "
Izzara membalas
salam dan matanya
menghantar pandangan ke
arah BMW X5
yang bergerak keluar
dari perkarangan pejabatnya. Hatinya masih
kagum dengan kata-kata
nasihat daripada Datuk
Ghazali tadi. Personaliti Datuk
itu mengingatnya pada
personaliti papanya, sama-sama seorang
yang sentiasa merendah
diri dan tak
lokek berkongsi kebaikan
dengan orang lain
termasuk anak-anaknya dan businessman yang
sibuk tetapi tetap
tidak mengetepikan perintah
Allah.
"Faith
is not complete
without good character
and good character
will not be
benefit without faith."
Bisik Izzara
dalam hati sambil
melangkah masuk ke
pejabat. Ketika dia melintasi
reception counter, Fifi memanggilnya
untuk memaklumkan sesuatu
kepada Izzara. Dan Izzara
mengatur langkah ke
arah Fifi.
"Ada
apa, Fifi ?"
"Zara,
pagi tadi ada client
you ni nak
jumpa dengan you pagi
tadi. I called
extension you tapi
Faris bagitau I yang you tak
masuk pagi tadi
sebab ada appointment kat
luar. I dah inform
kat client tu, tapi dia
cakap pukul 3 petang nanti
dia datang lagi."
Oh,
takpa. Kalau dia datang, nanti
call extension
I okay, Fifi. Thanks."
Usai
mengucapkan terima kasih
melangkah masuk sambil
melihat jam ditangannya. "
“Dah pukul
2:30 petang. Baik aku pergi
solat Zohor dulu,
nanti tak menyempat pulak
kalau dah leka
layan client."
Bisik Izzara
lalu mengatur langkahnya
menuju ke surau.
"ZARA, you dari
mana?"
Damia bertanya
pada Izzara yang
baru masuk ke dealing
room dan menarik
kerusi di meja kerjanya
untuk duduk.
"Client
I datang tadi, buat
transfer shares."
Jawab Izzara
yang sudah tersandar
lega.
"Eh,
Zara… I dah
tengok video lelaki
yang nyanyi lagu ‘Sayang’ tu. Memang
kelakarlah video tu! Kalau
you tengok
tadi just tersengih-sengih jer,
tapi I
gelak tergolek dibuatnya. Tak boleh blah betul
lelaki tu siap buat aksi
macam tu. Sengalkan?... ha ha ha."
Damia ketawa
kecil bila menceritakan
tentang video yang
kononnya ditengok oleh
Izzara tadi. Senang betul
nak mengauta si
Damia ni!... he he he"
I kan
sopan-sopan alah dari you, so
still I boleh control gelaklah
bila tengok video
tu. You tu
lainlah, tak boleh tengok
yang kelakar sikit,
mulalah gelak you ala-ala
langsuir tu keluar... he
he he."
Kalau Damia
tahu aku mengauta
dia ni, silap hari
bulan kena lempang
laju - laju sampai pengsan
aku dengan minah
sorang ni. Izzara sempat
bermonolog dalam hati. Nak
tergelak pun ada
bila mengenangkan si
Damia tu mudah
terpesong dengan omongannya
itu.. he he he
"Puihh... sopan konon! Nak
termuntah hijau I dibuatnya. Poyo jer you ni, Zara
ooii!"
"Eh,
betullah I ni sopan plus ayu-ayu
gitu! Sebab tu Qaleef
sayangkan I... he he he."
"Uwek!
Tiba-tiba I rasa betul-betul
nak muntah hijaulah."
Sela
Damia sambil menunjukkan
aksi mahu nak
termuntah itu. Izzara hanya
mampu tersengih melihat
aksi rakan sekerjanya
yang agak nakal
itu.
"Damia, you
ingat lagi yang
Farah pernah transfer satu
client ni
kat I masa dia
nak resign dari sini
dulu. Client dia
yang Datuk tulah. You ingat
lagi tak ?"
Serius rentak
suara Izzara bila
bertanyakan pada Damia.
"Oh,
Datuk Ghazali tu ke?
Yang Farah selalu
cerita Datuk tu
baik bagailah. Entah-entah baik
sebab ada skandal."
Sedapnya mulut
Damia menuduh. Berdosa tau, main
tuduh-tuduh!
"Hesy, you ni
tak baik cakap
macam tu. Memang Datuk
Ghazali tu baiklah. Dialah client yang
nak buat transfer shares
tadi. Seriously, dia memang
baik, Damia. Tadi dia siap
bagi nasihat kat I. Dah
macam ala-ala ustaz
orang tua tu. You patut
pergi mintak maaf
kat dia sebab you
berdosa tuduh dia
ada skandal bagai dengan
Farah tu. Kalau
tak, nanti you masuk api
neraka… he he he."
Sempat lagi
Izzara mengusik si
Damia.
"La, dia ke client yang you jumpa
kat depan tadi?"
Ha’ah,
dialah. I
terkejut okey, sebab high networth
client macam Datuk
Ghazali tu payah
tau in person datang
semata-mata buat transfer
shares. Padahal secretary
or personal assistant
dia boleh handle transfer shares
tu untuk dia. Tak
pun I boleh datang
ke ofis dia. Dahlah
dia tu humble and
low profile orangnya. Siap suruh I
panggil dia uncle lagi
tau."
"Patutlah
Farah selalu puji
dia tu humble dan
baik jer orangnya. Before ni you
memang tak pernah
jumpa dia ke, Zara?
"I memang
tak pernah jumpa
dia before ni. Yelah, dia dulukan
Farah client’s, so bila
Farah resigned, dia transferlah
client tu pada I sebab Datuk
Ghazali tu nak stay kat
Excellent ni jer. Bila
dah transfer dengan I, before
ni kalau dia
nak buat trading or
apa-apa yang dia
nak tanya pasal
jual beli shares ni, dia
just called
I je. Cuma
bila pasal nak transfer
shares ni jer, dia
datang ke sini
jumpa I. Katanya tak menyusahkan secretary dia
untuk uruskan. Baikkan Datuk
tu?"
Belum sempat
Damia membalas kata-kata
Izzara, sekali lagi bunyi
deringan telefon di
meja mengganggu perbualan
Izzara dan Damia. Lantas
Izzara menjawab dan
dia dapat mengagak
siapa yang membuat
panggilan.
"Zara, client you dah
ada kat depan
ni."
Maklum Fifi
pada si jelita
itu.
"Okey,
suruh dia duduk
dulu ye. Thanks, Fifi."
Ucap Izzara
lembut.
Kemudian dia
mencapai pen dan planner, lalu dia
mengatur langkah keluar
menuju ke reception counter. Sampai sahaja
di reception counter, seperti biasa
Fifi memaklumkan dan
menunjukkan ke arah
client yang sedang
duduk yang tengah
leka membaca suratkhabar
THE STAR. Seorang lelaki
yang tampak segak
dengan memakai jeans Levi's
dan tshirt Hackett Polo
berwarna putih. Lelaki yang
berkarisma itu duduk
mengadap ke arah
Fifi dan Izzara
yang tidak jauh dari
situ. Dan Izzara mara melangkah dengan
yakin walaupun hakikatnya
hati dia tidak
keruan setelah melihat
raut wajah kacak
milik lelaki itu. Dia
kenal akan lelaki
yang berkaca mata
itu. Daddy Rania
Arissa!
‘’Assalamualaikum.”
Izzara memberi
salam kepada lelaki
yang tengah leka
membaca suratkhabar yang
disediakan di ruang
tersebut.
“Waalaikumussalam.”
Jawab Ghaz
Khuzairi seraya dia
mendongakkan memandang ke
arah suara yang
memberi salam.
Dia terpegun
seketika bila melihat
wanita yang cantik
dan sophisticated penampilannya di
hadapannya ketika itu.
“Cantiknya dia! Patutlah
Rania jatuh sayang
dengan Zara ni. Cantik
dan lembut jer
wajahnya.”
Bisik Ghaz
Khuzairi di dalam
hati. Bukan sahaja Rania, entah–entah dia
pun turut jatuh
suka dengan si
jelita itu.
Izzara yang
memakai sepersalinan dari ZARA itu
memang nampak cantik
dan ayu gitu.
Tambahan lagi dia
yang memakai blazer ZARA
berwarna hitam itu
menampakkan lagi imej
korporatnya. Mahu tak si
Ghaz Khuzairi tu
terpegun melihat si
Izzara ni.
“Kenapa tak call dulu before
nak datang. At least saya
boleh arrange time nak
jumpa dan takdalah
awak susah–susah sampai
datang 2 kali. Sorry Ghaz,
saya ada appointment pagi
tadi, tu yang tak
masuk ofis.”
“It’s
okay, Zara. Saya mintak maaf
sebab ganggu masa
awak. Actually, name card yang awak
bagi semalam tu
tercicir mana entah. Sebab
tu saya tak call awak
nak datang ni. Luckily,
firm ni quite famous
jugaklah, senang saya nak
cari awak.”
Kata Ghaz
Khuzairi sambil tersenyum.
Dia rasa sangat
lega bila Izzara
masih ingat akan
dirinya dan seolah-olah
senang menerima kedatangannya.
“La,
name
card tu tercicir? Tapi takpa, at least
awak jumpa jugak ofis
ni. Hmm, Rania Arissa
mana? Dia tak ikut
awak pulak hari
ni?” Soal Izzara bila
dia tak nampak
kelibat si comel
itu. Pelik jugak, selalunya
budak manja macam
Rania tu rajin
jer nak mengekor.
“Saya cari company
address kat Google, tu
yang boleh sampai
sini ni. Actually, Rania kat tadika, tu
yang tak ikut
sekali.”
“Eh,
dia kat
tadika? Berapa umur Rania
tu?” Soal Izzara
pelik, pada tekaannya umur
Rania Arissa tu
mungkin baru 4
tahun. Tapi takkan dah
sekolah tadika kut? Kalau
dia ke nursery tu, makes sense
jugaklah.
“Rania tu baru
4 tahun umurnya. Tadika tu
memang ambil budak yang berumur
3 dan 4
tahun jugak. Kadang-kadang bila
saya cuti tapi
kalau saya ada
hal lain, saya tinggalkan
dia kat daycare sebelah
petang tu, lepas kelas
pagi dia. Tapi kalau
saya kerja, saya
hantar ke rumah parents
saya sebab malam
takda orang temankan
dia kat rumah."
Izzara keliru
mendengar penerangan Ghaz
Khuzairi. Pelik! Kenapa
kalau dia pergi
kerja dia tinggalkan
Rania Arissa tu
kat rumah parents dia? Takkan
kerja sampai malam
atau tidur kat
ofis kut? Eh, dia ni
kerja apa? Peliklah! Dahlah semalam
dan hari ni
nampak macam tak kerja jer
kalau tengok pakaian
yang dipakainya.
“Hmm…Ghaz, saya tanya
sikit boleh? Awak kerja apa ye? Sebab
saya agak confuse bila
awak mentioned pasal awak
hantar Rania ke
rumah parents awak kalau
awak kerja."
Ghaz Khuzairi
tersenyum geli hati melihat muka
keliru Izzara. Dia membetulkan
posisi duduknya dan
memandang semula ke arah wajah
yang jelita itu.
“Saya kerja
dengan MAS. Kalau saya fly kadang–kadang
ambik masa 3
hingga 4 hari. Sebab
tu saya kena
tinggalkan Rania kat
rumah parents
saya. Lagi pun diaorang
boleh hantar dan jemput
Rania kat tadika
tu.”
“Oh, awak
ni MAS pilot la
ye?” Soal Izzara
lagi. Patutlah handsome dan
berkarisma jer orangnya, puji Izzara
dalam hati. Haishh, terpuji pulak
mamat ni handsome!
Kalau Qaleef tahu
ni, mahu merajuk setahun
si buah hatinya
tu nanti!
“Ha’ah,
tulah kadang–kadang saya
kasihan dengan Rania
tu, selalu kena tinggal. Tapi
nak buat macam mana,
dah tugas saya
macam tu. Tapi dia
anak yang baik
dan sangat faham. Dia
tak banyak hal
bila saya takda.”
“Rania memang
budak baik. Comel pulak
tu. By the
way, mentioned about Rania, dia
okey ke?
“She’s fine
but she needs
you, Zara. Dia selalu tanya
pasal awak, Zara.”
Izzara tergamam
mendengar kata–kata Ghaz
Khuzairi itu. Kemudian dia
pelik bila Ghaz
Khuzairi mengeluarkan sekeping
gambar berukuran paspot
dari wallet Braun Buffel
milik si kacak
itu. Dan seraya gambar
tersebut disambut bila
Ghaz Khuziri menghulurkannya kepadanya.
Tiba–tiba terasa
jantungnya serasa mahu
gugur bila melihat
gambar tersebut. Dan fikirannya
tiba–tiba terkenangkan akan peristiwa itu.
>>>> Bersambung
Tanjat akak nina..ingat datuk ghaz tu si papa rania... Sama je nama lebih kurang.. Ada kena mengena ker.....
ReplyDeleteNina pun tanjat,kak..hahhaha
Deletebtw, ada kene mengena ker tak dgn Ghaz Khuzairi tu, kita tggu nx chapters ya.Jumpa lagi tak Datuk Ghazali lepas ni.
thanks, kak ~hugs~
dear, kalau tak silap pilot tak leh pakai spec lah...mata mesti clear... jdi ai pulak bayangkan wajah dia ala2 cristian bautista ...hihihi
ReplyDeleteDear..ada pilot yg i kenal..they all pakai spec lah..:)
Deletetapi xpe, nnt i tnya dorang ye..:)
btw,thanks ya 4 reading ~hugs~
ooowwhh..yer ker..coz my cousin hari tu tak lepas test untuk jd pilot coz dia rabun...anwy mmg mamat philipphinos ni hensem2.. apa pun welcome dear...keep a good work and i'm not a silent reader insya allah..hihii
ReplyDeletePiolo Pascual pun hensem...ciri2 bapa mithali pun terserlah...hahahaha...
DeleteDear, Nina dah tnya kat abg "Ghaz"..okey mmg ada pilot yg pakai spec mata even abg "Ghaz' pun dia pakai spec..takpe, dlm chapter 11 nanti Nina akk masuk info ini ok..Actually chapter 11 tu dah siap but Nina kene edit balit coz nk masukkan pasal info yg abg 'Ghaz" gtau ni..heheh
Deletethanks tau tanya soklan camni..info for another readers jugak kan..:)
Nina terbekenan pulak yg CB u ckp tu..mmg ada ciri2 Ghaz yg Nina imagine kan..hehe
Thanks a lot for folo TAS & klu boleh bg lah nama fb awak,dear..heheh
~hugs~