Assalamualaikum & Hi all :)
Enjoy reading for these chapter 2 ya!
Hugs & kisses <3
~ Nina Harith ~
Hugs & kisses <3
~ Nina Harith ~
BAB 2 : TERIMA AKU SEADANYA.
IZZARA
meletakkan handbag
ke console table dan
merebahkan badannya ke
atas sofa. Dia mencapai
remote control
Astro dan memilih
channel AFC. Chef Emmanuel
Stroobant yang tengah
rancak berkongsi resepi
di dalam rancangan
36
Ways to Live
hanya dipandang sepi
oleh Izzara. Walaupun program
masakan merupakan antara
program tv yang diminatinya, namun kepenatannya
dengan tugasan hari ini membataskannya untuk
fokus pada program
tv tersebut.
Sungguh,
dia sangat penat
dengan rutin dia
hari ini. Berkejar dengan
masa untuk bertemu
clientnya dan
kembali ke pejabat
semula bagi menguruskan
dokumen-dokumen untuk client sebelum
dia boleh balik
ke rumah. Dan sangat
mencabar dan memenatkan
bila dia menjadi
pelakon tambahan dalam 'drama'
yang diciptakan dua
makhluk Tuhan yang
dijumpainya di Sunway Pyramid
tadi.
"Kenapa ya
Rania Arissa tu
beria-ia anggap aku
ni mommy dia? Yang Ghaz
Khuzairi pulak terkejut
beruk bila tengok
muka aku pasal
apa? Macam tengok hantu
kak limah pun
ye jugak! Aduh, pening kepala
aku dari tadi dok
pikir hal ni. Tapi
takpa, lambat-laun aku akan
tau jugak sebab
Ghaz Khuzairi tu
dah janji nak explain kat aku pasal
benda ni. Erm, sebut pasal
Ghaz Khuzairi, handsome jugak
mamat tu! Lagi pun
lelaki tu nampak
macam stok ayah
mithali jer. Nampak caring jer
dengan anak dia. Tapi wife
dia tak ada pulak
dengan diaorang tadi? Mana
ek peginya mommy si
Rania tu ye?"
Bisik Izzara
di dalam hati.
Rania Arissa... si
comel yang petah
berbicara itu telah
menambat hatinya walaupun pertemuan dan
'ikatan' ibu dan
anak itu cuma
seketika siang tadi. Agaknya umur Rania
Arissa tu lingkungan
4 atau 5
tahun kut dan
nampak bijak serta behaved jer
budaknya. Izzara
mengandaikan tentang si
comel itu. Sungguh dia
sudah jatuh sayang
pada si comel
bermata hazel itu.
Tapi dia
tertanya-tanya kenapa Rania
Arissa tidak ada
iras Ghaz Khuzairi
langsung? Macam anak mat
salih jer budak tu.
Si comel
yang bermata bundar
tampak bersinar, bulu mata
yang lentik, hidungnya yang
mancung, rambut dark
brown yang panjang
ditocang dua dan
berkulit cerah gebu
dengan pipinya yang
tembam membuatkan Izzara
rasa nak picit-picit
jer. Nampak sangat manja
dan begitu rapat
dengan Ghaz Khuzairi. Tanggapan Izzara
mungkin Rania Arissa
mengikut iras ibunya. Mungkin!
"Amboi!!
Sedapnya kau landing
kat
sofa tu ye, Zara! Kau
sedar tak dah
pukul berapa sekarang
ni? Dahlah balik lambat, siap
berangan bagai kau
kat situ ye! Baik
kau bangun sekarang, pergi mandi
dan solat. Kang tak
sempat pulak."
Sergahan Shamzlin
teman serumah Izzara
menyebabkan Izzara tersentak
daripada lamunan panjangnya
tadi.
"Hesy, kau ni nak
aku mati cepat
ke? Sikit lagi jantung
aku nak gugur! Terkejut aku
tahu tak kau
sergah macam tu! Sikit
lagi jantung aku
nak gugur! Kau ni
memang dah tak
sayang aku lagi
agaknya…huk huk huk. Anyway, aku dah
solat Maghrib kat ofis tadi before
aku balik. Takut tak
sempat nak Maghrib
kat rumah dengan
jalan jammed bagai kan! Eh, kau
nak ke mana
dengan tudung segala
ni, Sham?"
Soal
Izzara pada sahabatnya
yang kemas mengenakan
shawl di kepalanya.
"Dah,
kau jangan nak
berdrama pulak. Jomlah kita
keluar makan. Aku dah
lapar sangat ni, Zara. Tengok dari
gaya kau yang
penat sangat tu
aku tak budget kau
boleh bersilat kat
dapur nak memasak
untuk santapan kita
malam ni. Jomlah darling...
aku dah
lapar sangat ni. Kau
ni memang tau,
pentingkan kerja kau
dari aku yang
dah nak mati
kebuluran tunggu kau
balik masak."
Jawab Shamzlin sambil melabuhkan
punggungnya sebelah Izzara. Izzara yang
sudah bangun dari
pembaringannya itu merapatkan
badannya sebelah Shamzlin
dan melentokkan kepalanya
di bahu temannya
itu.
Perbuatan Izzara
itu jelas menunjukkan
bahawa betapa rapatnya
dua sahabat itu
walaupun mereka sering
bertekak dan bertegang
urat serta bergurau
kasar. Gaduh-gaduh manja gitu.
Masing-masing tak ambil
hati walaupun kadang-kadang
keluar bahasa yang
agak kasar bila
mereka bertekak. Ini kerana
mereka berdua sudah
kenal lama dan
sudah mengenali baik budi
masing-masing. Dah macam
adik- beradik pun!
"Pergh,
kau ni
melampau betul, Sham! Mengkulikan aku
nak masak segala
untuk kau. Banyaklah kau
punya santapan, perasan anak
raja betul kau
ni ya! By the way, I'm
sorry my dear
baby, I'm really tired
today. Tak laratlah nak
jadi chef kau malam
ni. Kau tu, takkan setakat
nak goreng telur
pun tak reti? Mee segera
kan ada? Pemalas betul Muka
jer lawa tapi
pemalas macam beruang koala... he
he he"
Izzara menjawab
sambil tersengih kepada
Shamzlin.Dia dapat mengagak
pasti Shamzlin bengang
tahap cipan sebab
mengutuknya pemalas.
"Wah,
mulut kau! Mengalahkan mak
nenek jer nak
membebel aku ni
malas masak. Dahlah mengata
aku ni pemalas,
lepas tu boleh pulak
kau samakan aku
dengan beruang koala tu. Tapi binatang
tu cute apa? Jadi
takdalah aku nak
sentap sangat bila
kau kutuk camtu.
Aku taulah kau
tu pakar hal
masak memasak daripada
aku tapi tak
payahlah kau nak
membebel. Nanti aku free,
aku belajar la
memasak. Eh, jomlah kita keluar
makan. Kalau nak biarkan
kau membebel sampai
gastrik perut
aku nanti."
Berjela-jela
Shamzlin menjawab kutukan
Izzara itu. Muncung sedepa
mulutnya. Dahlah perut dia
lapar, pastu free jer kena
kutuk!
"Erm, aku
penat sangat ni, Sham. Kalau boleh,
aku malas betul
nak keluar makan, aku
rela masak maggie kat
dapur tu jer. Tapi
disebabkan aku sayang
kau, aku turutkan jua
katamu, wahai temanku. Kau tolong
tarik tangan aku, dah
tak larat nak
bangun ni."
Arah Izzara
pada Shamzlin.
"Thanks, babe! Aku pun
sayang kaulah, Zara. By
the way, dinner's
on me ya, darling! Just order
what you want
to eat, okay! Hesy,
penat semacam jer
aku tengok kau
ni, Zara. Kau ada problem
dengan kerja or clients
kau ke, Zara? Penat kau tu dah
macam pergi menebang
kayu balak jer
gayanya."
Tanya Shamzlin
yang pelik dengan
Izzara.
"Hurm, aku bukan penat
pergi menebang kayu
balak bagailah. Kau ni suka betul
mengarut kan! Aku penat sangat ni
sebab pikir pasal
'bala' yang aku
dapat hari ni. Penat
kepala aku ni pikir
pasal hal ni, sampaikan dengan
badan aku pun
penat sama. Aku dah
tak larat dah ni!
Nantilah aku cerita
kat kau. Sekarang aku
tak senang nak
bercerita pasal ni
kat kau, babe! Apa-apa pun kita
pergi makan dulu. Tiba-tiba excited pulak
aku nak keluar
dinner ni
bila kau nak
belanja… he he he"
"Okey...okey...jomlah kita
keluar sekarang. Aku dah lapar giler ni!
Ajak Shamzlin
yang dah kelaparan
itu.
Kemudian,
kedua-duanya menuju ke
pintu rumah untuk
keluar makan malam. Shamzlin menawarkan
Izzara biar mereka
pergi dengan Toyota
Viosnya dan
biar dia saja
yang memandu keretanya
itu kerana dia
faham yang Izzara
memang tak larat
nak memandu. Toyota Vios berwarna
putih itu meluncur
laju menghala ke
Subang Jaya. Mereka memilih
untuk makan malam
di Restoran Akasia
yang terletak di
USJ Subang, iaitu
restoran kegemaran mereka
berdua untuk menjamu
selera. Tambahan pula lokasi
restoran tersebut tidak
jauh dari rumah
mereka yang terletak
di Bandar Sunway
memudahkan mereka untuk
ke sana.
Izzara mengenali
Shamzlin sejak di zaman kampus
lagi iaitu semasa
mereka sama-sama menuntut
di Universiti Malaya
beberapa tahun yang
lalu. Malah, mereka sebilik
ketika duduk asrama
di universiti tersebut
walaupun berbeza kursus
yang diambil. Setelah masing-masing
berjaya meraih ijazah
dan memperolehi pekerjaan, maka kedua-duanya
berpakat untuk menyewa
bersama walaupun berlainan
tempat bekerja. Telah banyak
kenangan pahit dan
manis mereka lalui
dan dikongsi bersama.
BADANNYA terasa
segar semula setelah
dia usai mandi. Izzara
yang berkemban dengan
tuala paras paha
mengatur langkah ke
almari bajunya. Almari untuk
bahagian baju tidur
itu dibuka dan
dia berjeda seketika
untuk memilih baju
tidur yang tersusun
rapi itu. Beberapa saat
kemudian, dia mencapai
gaun tidur Victoria's Secret
paras lutut bertali halus
yang berwarna putih
itu untuk dipakai. Setelah mengenakan
baju, dia mencapai telekung
dan membentang sejadah
untuk menunaikan solat
Isyak.
Izzara selalu
ingat akan pesanan
kedua orang tuanya,
sesibuk manapun, solat 5 waktu jangan
diabaikan dan kita
sebagai hambaNya wajib
menunaikan perintah Allah. Itu
salah satu tanda
kita mensyukuri dengan
nikmat yang telah
Allah kurniakan kepada
kita. Dia selalu ingat
dengan kata-kata papanya
mengenai solat.
Solat itu
memberi ketenangan.
Ketenangan pula adalah
benih kepintaran. Dan kepintaran
pula hasilnya kecemerlangan. Dan jangan
sesekali tinggalkan solat
kerana berjuta - juta yang
berada di kubur ingin
kembali ke kehidupan
semata - mata untuk sujud
kepada Allah.
Justeru, Izzara
memang tidak pernah
lupa akan pesanan
orang tuanya dan
tidak mengabaikan perintah
yang satu itu. Kira
stok anak mendengar
kata jugaklah si
Izzara nilah ye!
Usia dia bersolat, Izzara
melangkah ke meja
soleknya dan mencapai sikat. Rambutnya yang
ikal panjang melepasi
bahu itu disikat
rapi. Body lotion diambil
dan disapu ke tangan dan
kaki gebunya itu. Kemudian, perfume kegemarannya, Miss
Dior Cherie dicapai
lalu disembur ke
leher dan nadi
tangannya. Sudah menjadi
tabiatnya memakai perfume
sebelum dia tidur.
Setelah kepala
dilabuhkan di bantal, Izzara memejamkan
matanya seketika. Bau haruman
Lavender daripada pewangi
biliknya sedikit sebanyak
meangkan mindanya. Entah kenapa,
dia terasa betul-betul
penat dengan aktivitinya
siang tadi. Bukannya dia
tak biasa mengejar
masa ke sana
sini untuk memenuhi appointment dengan client
sebab itu memang sudah
menjadi tuntutan kerjanya. Penat berfikir
dan banyak berfikir
agaknya. Seharian dia banyak
memikirkan tentang Rania
Arissa dan Ghaz
Khuzairi. Sungguh, dia ingin tahu
disebalik 'misteri' kisah
dua beranak itu.
Izzara bangun
semula seraya dia
mencapai Blackberry di atas
meja tepi katil. Dia
memeriksa Blackberry
tersebut kalau ada
panggilan daripada Ghaz
Khuzairi. Namun dia hampa,
tiada sebarang panggilan
masuk pun.
"Kenapa sampai
sekarang Ghaz Khuzairi
tu tak call
aku
ye? Tadi beria
dia nak name card
aku, tapi sampai sekarang
tak call
pun."
Soal Izzara
sendiri.
Tiba-tiba dia teringat akan kekasih
hatinya, Qaleef. Qaleef yang bertugas
sebagai Aircraft Maintenance Engineer
kini menghadiri kursus
di sebuah Aviation Centre
di Sheffield selama
10 hari. Namun dia
hairan sudah 4 hari sang
kekasih menyepi tanpa
sebarang khabar. Ketika dia
menghantar Qaleef ke KLIA beberapa
hari lepas, sempat juga
dia menitipkan pesan
agar memaklumkan dirinya
jika si dia
selamat sampai ke
Sheffield. Namun, Izzara
hampa kerana tiada
sebarang berita daripada
Qaleef. Rindu kian sarat
bertamu dikalbunya.
"Ah,
rindunya kat dia! Erm, takpa, baik aku try Skype dia, mana
tau dia tengah online."
Baru
saja Izzara bangun
untuk mengambil iPadnya,
tiba-tiba kedengaran lagu A
Thousand Years di
Blackberrynya. Lantas
Izzara mencapai telefon
dan senyuman terukir
dibibir mungilnya bila melihat nama
si pemanggil. Serasa ingin
melompat pun ada! Terus dia
menekan punat hijau
untuk menjawab panggilan.
"Assalamualaikum, baby."
Sapa si
pemanggil.
"Walaikumussalam.
I
miss you so
much, honey! I baru try nak
skype
dengan you."
Jawab Izzara
manja.
"I miss you too, baby. Hmm, Zara… I'm so sorry
for not calling
you for almost
4 days. My schedule
is quite busy, dear. Sometimes, I nak rest
pun tak cukup
masa. Baru 4 hari
kat sini, I
dah rasa nak
balik Malaysia jer
sebab I rindu sangat
kat you."
Terang Qaleef
yang sememangnya rasa
bersalah kerana ‘mengabaikan'
Izzara tanpa sebarang
khabar selama 4 hari itu. Tuntutan
kerja di sana
membataskan Qaleef untuk
mengirim berita pada
buah hatinya itu.
"Not
a big deal, honey. I faham
yang you busy dengan
kerja you kat sana , but I'm
just worried you
senyap jer 4
hari ni. Risau something
yang
tak best
jadi kat you. Anyway, how are you, Qal? I heard it
can snow quite
heavily in Sheffield?''
"Thanks
for your concern
about me. Sayang jugak you
kat I
ya... he he he. By the
way, kat sini dah
tak snow dah, Zara.
Sekarang dah spring season. Even masa
pun dah cepat
1 jam, so beza masa
kat sini dengan
Malaysia 7 jamlah. Cuma
still sejuk
walaupun matahari memancar. Sejuknya kekadang
buat I
nak balik Malaysia
jer. Kalau you ada boleh I peluk, jadi heater I... he
he he "
Usik Qaleef
sambil gelak kecil.
Amboi bukan
main lagi si
Qaleef. Sejuk punya pasal
siap nak peluk
anak dara orang. Muka si gadis di
Malaysia sudah kemerahan
menahan malu bila
diusik si jejaka
yang jauh di
Sheffield sana. Macamlah dia
tu pernah peluk
Izzara. Hampeh punya
Qaleef!
"Eeii, tak senonohlah
you ni, siap
nak peluk I. You ingat I
ni apa nak
samakan dengan heater pulak. Sampainya hati you, Qal. Baru 4
hari kat sana, you
dah
tak boleh bezakan
girlfriend you
dengan heater. Sedihlah I
macam ni."
Drama si
Zara. Sengaja nak bermanja dengan
buah hati. Hakikatnya dia
faham yang Qaleef
hanya bergurau.
"Aikk? I baru cakap
nak peluk dah
merajuk. I bergurau
jelah, baby. I hormati you sebagai
wanita yang paling
I cinta
dan yang paling I
sayang, takkanlah I nak
buat benda tak senonoh kat you, baby. Kalau betul I nak
peluk you, tunggu you halal
untuk I. Maruah you adalah
maruah I
jugak, Zara. You kena
ingat tu. Satu lagi,
takkanlah I
tak boleh nak
bezakan bidadari I ni
dengan heater. Memang sah-sahlah
bidadari I ni lebih
cantik daripada heater.
Furthermore, you're the
most gorgeous lady
in the entire
earth."
Lembut suara
Qaleef yang cuba
memujuk Izzara yang
kononnya merajuk dengan
sang kekasih hati
ketika itu.
Izzara di
sana sudah menahan
tawa. Baru sikit dia nak berdrama
merajuk , berjela-jela
pulak ayat Qaleef
cuba memujuk. Walaupun ikhlas
Qaleef memuji tentang
dirinya, namun agak propa
jer pujian tu
baginya. Lelaki biasalah,
mulut manis daripada
gula terutamanya bila
bab memujuk ni. Izzara
tidak mahu meletakkan
kepercayaannya 100 % kepada
lelaki terutamanya yang
bergelar kekasih. Dia harus
berhati-hati , payah kalau terlalu
percaya dan mudah
makan pujuk dengan
pujian. Nanti dia jugak
yang susah! Namun, dia sangat
bersyukur mengenali lelaki
bernama Qaleef Datuk
Qaleed.
Hampir dua
tahun menyulam kasih
dengan lelaki itu,
dan selama itu
juga Qaleef sangat
menghormatinya dirinya dan
terlalu mengambil berat
tentang dirinya. Hanya lelaki
itu yang berjaya menakluki
ruang hatinya sebagai
kekasih dan merangkap
lelaki yang istimewa
dalam hidupnya. Sungguh,
cinta dan setianya
hanya untuk lelaki
bernama Qaleef Datuk Qaleed.
“Yelah bushuk! I
tau you bergurau jer
tadi. You tu
kalau tak usik I
memang tak sah! Tapi over
sangat pujian you tu. Hopefully betullah
cuma I jer wanita
di hati you tu. Do you know
how much I
love you, Qal. Please
sayang, if anything happens, you jangan
tinggalkan I
dari hidup you. I really love you, honey."
Sayu
Izzara menuturkan ayat-ayat
yang terakhir itu. Demi
Tuhan, dia tidak dapat
membayangkan betapa tak
bermakna hidupnya tanpa
insan bernama Qaleef
itu.
"Baby
I ni dah
kenapa nak sedih-sedih
ni, sayang? Can't you
see how much
I love you, baby? Demi Tuhan,
tak terlintas di hati I
nak tinggalkan you.
I
will never let
you go and
I will always
with you. Insha Allah, hati
I
cuma terpahat nama you,
cuma you sahaja yang
tersemat di sanubari
I ni, Zara. Trust me, okay. Melainkan hanya
Allah saja yang
boleh memisahkan kita. Furthermore, since
i've known you, I
will never get
bored. Malah berkepuk -
kepuk rasa sayang
dalam hati I ni
kat you. You pun tau
kan, impian I sekarang
ni ingin hidup
dengan you. Nak bina kebahagiaan
dengan you dan anak-anak
kita sampai ke syurga.
So, kita kenalah
selalu mendoakan yang terbaik
untuk hubungan kita
ni. Dan you jangan buat-buat
lupa pulak yang I
nak 10 orang
anak yang comel-comel...he he he "
Ucap Qaleef tulus
sambil ketawa kecil
bila menuturkan ayat
yang terakhir itu.
"Oh
my shayang! How
sweet of you! You
make me feel
wonderful, honey! Hmm, pasal
anak ye? You ni
kan saja tau
nak buat I ni blushing. Melampaulah
tu siap nak
anak 10 orang. Ingat
I ni
mesin buat anak
ke, honey? Kalau nak
anak yang comel, Insha Allah I boleh
beranak anak yang
comel untuk you,
because i'm pretty
sure diaorang tu
comel sebab ikut mommy
diaorang yang cantik
ni. Tapi kalau you nak
anak 10 orang, you beranak
sendirilah."
Usik Izzara
pula. Mengarut jer nak
beranak sampai 10
orang. Ingat senang ker nak beranak? Namun, hati Izzara
tetap kembang semangkuk
bila mendengar luahan
ikhlas dari hati
sang kekasih. Sungguh, dia
sangat rasa bahagia, siapa yang
tak ingin ada
anak dengan orang
yang disayangi dan
dikasihi sepenuh jiwanya. Syukur Ya Tuhan, di
atas rasa bahagia
ini.
"He he he... I'm just joking, baby. Kalau Allah
nak bagi 2 orang anak
pun dah okey. Itu
pun I dah bersyukur
sangat sebab dapat
anak-anak yang dilahirkan
oleh perempuan yang
paling I sayang
dan cintai. Ya Allah, Zara…
tak sabarnya I nak
hidup dengan you dan
ada anak-anak hasil
cinta kita nanti. Doakan
moga dipermudahkan olehNya
hubungan kita ni ye,
baby."
Tutur Qaleef
dengan penuh pengharapan.
Sesungguhnya itulah
harapan dia selama
mengenali Izzara. Dia sememangnya
ingin mengukir bahagia
dengan gadis idamannya
itu. Malah, dia telah
melamar dan berbincang
dengan Izzara sebelum
dia ke Sheffield
hari tu semasa
Izzara menghantarnya ke
KLIA. Balik dari Sheffield
nanti, dia akan berbincang
dengan kedua orang
tuanya untuk
menghantar rombongan merisik
Izzara. Izzara sendiri telah
menerima lamaran Qaleef
dan mempersetujui rancangan
itu. Dan si gadis
haruslah bersetuju kerana memang
itu yang Izzara
inginkan bila dia
mengenali si jejaka
hampir 2 tahun. Semoga
Allah mempermudahkan dan
mengekalkan hubungan dua
hati ini.
>>>> bersambung......
How sweettttt... alalalalaaa....:) zamira
ReplyDeletesweet eh?this part sweet lah..tggu part sentap pulak ye..hehhe
Deletebtw,thanks 4 reading & ur support :)
sweet... ;)
ReplyDeleteThanks,dear...wait 4 d nx chapter ok :)
Deletethanks 4 reading :)
Ala..ingt td zara x de bf
ReplyDeletetulah si zara tu dah bf pulak...hehhe
Deletexpe,we wait & see what will happen on d nx n3 ya..:)
thanks,dear :)