BAB 6 : TERIMA AKU SEADANYA.
TIBA-TIBA Izzara
teringat akan peristiwa
semalam. Dan baru dia
faham kenapa Rania
Arissa tiba-tiba memeluk
kakinya erat. Kenapa Rania
Arissa memanggilnya mommy.
Mengapa Rania Arissa
seakan enggan melepaskannya
berlalu pergi dan
dia baru dia
mengerti mengapa Rania
Arissa seolah–olah mengharapkan
pertemuan akan terjadi
selepas pertemuan pertama
mereka semalam. Dan hatinya
sayu dan jatuh
kasihan pada si
manja itu bila
si ayah mengkhabarkan yang
si comel itu
selalu bertanyakan tentang
dirinya selepas pertemuan
mereka semalam. Kasihan Rania
Arissa! Kalaulah Rania Arissa
itu ada ketika
itu, memang dia akan
memeluk si comel
yang dia sendiri
sudah jatuh sayang
dengan si manja
tersebut. Sungguh!
Perempuan di
dalam gambar itu
ditatap lama. Dan perempuan
itu jugalah berjaya
merungkai segala persoalannya
tentang peristiwa semalam
terutamanya tentang Rania
Arissa. Dan Rania Arissa
memiliki raut wajah
yang seiras dengan
perempuan di dalam
gambar tersebut terutamanya
mata bundar, hidung mancung
dan kulit putih gebu milik
perempuan itu. Tapi kenapa
Rania Arissa memiliki
mata hazel dan raut
wajah seolah–olah dia
tu berdarah campuran
mat salih? Pada amatan
Izzara, wajah perempuan tersebut
dan Ghaz Khuzairi, mereka memiliki
raut wajah kemelayuan.
Jantungnya seakan–akan
mahu gugur tadi
bila melihat wajah
jelita di dalam
gambar tersebut. Wajah perempuan
di dalam gambar
itu sangat seiras dengan
wajah miliknya. Mata, hidung,
bibir, lesung pipit, kulit gebu, semuanya sama
kecuali perempuan di
dalam gambar tersebut
bertudung. Patutlah Ghaz Khuzairi
tergamam bila melihat
wajahnya semalam. Ya Tuhan,
kebetulan apakah ini? Patutlah
Rania Arissa beria–ia
menganggap dirinya mommy si
manja itu. Tapi ke mana perginya perempuan
di dalam gambar
ni? Mereka dah berceraikah? Tapi siapa
Rania Arissa sebenarnya? Nak kata
anak angkat perempuan
itu, tetapi wajah
mereka seiras. Nak kata
anak Ghaz Khuzairi
dan perempuan itu,
tetapi kedua–duanya memiliki
wajah kemelayuan.
“Ghaz, perempuan dalam
gambar ni mommy Rania
kan? Atau secara tepatnya
wife awak? Betul
tak?”
Izzara
bertanya, mahukan kepastiaan
tentang perempuan di
dalam gambar tersebut. Tangannya masih
memegang gambar itu
dan matanya memandang
ke arah Ghaz
Khuzairi.
“Ya, Zara. Perempuan dalam
gambar tu mommy kandung
Rania Arissa. Marlissa namanya. Dia
bukan wife
saya, tetapi dia kekasih
pertama saya, Zara. Cinta hati
saya.”
Jawapan daripada
mulut Ghaz Khuzairi
itu membuatkan Izzara
tersentak!
“Kalau perempuan
itu bukan isterinya, kenapa Rania
Arissa boleh bersama
dengan Ghaz Khuzairi? Mana perginya
Marlissa? Adakah Rania Arissa
itu hasil hubungan
terlarang antara Marlissa
dan Ghaz Khuzairi? Nauzubillah! Ya Allah, kenapa
aku boleh fikir
bukan–bukan pulak ni. Astaghfirullah!”
Bisik Izzara
dalam hati, sempat beristighfar
bila dia memikirkan
yang bukan-bukan tentang
Rania Arissa, Marlissa dan
si kacak di
hadapannya itu.
“Saya keliru, Ghaz. Kalau Rania
Arissa tu bukan
anak kandung awak, siapa
ayah Rania sebenarnya? Dan mana
pergi mommy dia tak
jaga Rania? Atas sebab apa Rania
dijaga oleh awak?
Bertalu–talu soalan
keliru dimuntahkan oleh
Izzara kepada Ghaz
Khuzairi. Hesy, Izzara ni tak
sudah-sudah nak keliru
bagai dari tadi. Muka
jer jelita tapi blur!
Ghaz Khuzairi
menghela nafasnya seketika, dan
matanya terpandang akan
sebentuk cincin yang
tersarung di jari
manis Izzara. Cincin emas
putih bertakhtakan sebutir
berlian menarik pandangannya. Entah kenapa
hatinya seakan–akan kecewa
melihat cincin yang
tersarung di jari
si jelita itu. Tapi
kenapa dia perlu
kecewa?
Ghaz Khuzairi
merenung cincin emas
putih yang bertakhtakan
sebutir berlian itu. Cantik! Tipulah kalau dia tak
faham di sebalik
makna si gadis
memakai cincin tersebut. Paling tidak
pun, cincin tu tandanya
si pemakai sudah
bertunang atau milik
orang. Mana ada
yang betul–betul single
nak pakai cincin
macam tu. Maknanya Izzara
sudah berpunya, dan bermakna
Izzara sudah ada
yang istimewa dihatinya. Telah Ghaz Khuzairi mengenai
cincin yang dipakai
Izzara itu. Sempat termenung
pulak mamat sorang ni!
Dan dia
tersedar dari lamunannya
bila mendengar Izzara
berdehem. Boleh pulak dia termenung tengok
jari anak dara
orang. Malunya! Nak sorok muka terkantoi ni
kat celah mana wei! Lalu dia
mengurut–ngurut perlahan belakang
tengkuknya, seolah-olah cuba menutup
malu. Dan dia berdehem, nak
control macholah
sebelum dia bersuara
menjawab soalan Izzara
itu. Aduhai! Dah dua kali dia terkantoi
dengan
Izzara ni wei!
Izzara tersenyum
bila melihat riak
wajah Ghaz Khuzairi
yang sedikit kemerahan
itu, menahan rasa malunya. Tulah, sape suruh tenung–tenung
jari anak dara
orang, kan dah terkantoi!
Bukan Izzara tak
faham apa yang
terlintas di fikiran
Ghaz Khuzairi bila
melihat sebentuk cincin
yang tersarung dijari
manisnya itu. Dia menjeling
sekilas jarinya yang
tersemat cincin yang
bermakna baginya. Izzara tersenyum
kecil dan tiba-tiba
dia terkenangkan saat
dia menerima cincin
tersebut.
IZZARA berhenti
seketika dari menikmati
dim sum yang dipesannya. Sedapnya sampaikan
hampir licin dim sum
tersebut di pinggannya. Dia memandang
penuh kehairanan ke
arah sang kekasih
di hadapannya yang
seolah–olah tidak berselera
untuk menjamu selera
ketika itu.
“Qal, kenapa ni? Macam
takda selera jer
nak makan. You ada problem
ke, honey?”
Soal Izzara
lembut, risau dengan Qaleef
ketika itu.
“I’m
okay! No worries ya, dear! Cuma I macam
takda selera nak
makanlah. Maybe sebab
berat nak tinggalkan you sampai
10 hari. Gila rindu I
nanti, Zara.”
Dalih Qaleef, padahal dia
risaukan tentang perkara
lain sebenarnya.
Izzara merenung
ke wajah kacak
lelaki di hadapannya itu. Lelaki
yang telah memenuhi
ruang hatinya. Kasih dan
cintanya pada lelaki
tersebut memang tiada
tandingannya. Kemudian, dia mencapai
tangan Qaleef dan
mengenggamnya erat, cuba memberi
ketenangan pada sang
kekasih yang seolah–olah
dibebani satu persoalan
di benak fikirannya. Apa masalah Qaleef
ni? “Sayang, kita dah
kenal lama kan? You happy
ke, you sedih
ke dan you ada problem ke, segalanya I boleh
tau, Qal. Please, Qal… Tell me what’s
your problem, honey? I risau you macam
ni."
Lembut Izzara
cuba memujuk Qaleef
untuk meluahkan apa
yang membebankan pemikirannya
itu. Tangannya meramas–ramas perlahan
tangan sang kekasih, cuba
menenangkan si kacak
itu.
“Zara, sebelum apa
yang I cuba cakapkan
ni, I mintak
maaf kat you kalau
apa yang I perkatakan
dan luahkan ini
membuatkan you tak selesa
atau tak gembira. Dan
sejujurnya, I bukan
macam orang lain, yang
pandai menyusun
kata–kata romantik atau
ayat berbunga–bunga. You pun
kenal I ni macam
mana kan?”
Izzara menjadi
tidak keruan bila
mendengar kata-kata yang
keluar dari mulut
si jejaka yang
kacak itu. Dia akui,
selama dia mengenali
lelaki di hadapannya
itu, Qaleef bukanlah seorang
yang romantik dari
segi pengucapannya. Tapi dia
tidak kisahkan semua
itu, yang penting sekarang
hati lelaki itu
ikhlas menyayanginya. Itu sudah
memadai baginya. Dan saat
itu, dia sudah tidak
sedap hati untuk
mendengar apa yang
cuba Qaleef sampaikan.
“Qal, if
you want to
say something, then just
say it, honey! Insha Allah, I
tak
marahkan you.”
“Sayang, sebenarnya I dah
fikir masak-masak dan I
dah buat keputusan
yang I sendiri
tak pasti sama
ada you setuju ke
tak. Tapi apa yang I cuba putuskan
ni adalah menunjukkan
bahawa I serius dengan
hubungan kita ni, sayang. I serius menyayangi, mengasihi dan
mencintai diri you.
Maksud I, I mahukan hubungan kita
ke arah yang
lebih diberkati dan
diredhai iaitu dengan
ikatan perkahwinan. Zara, I dengan
seikhlas hati I, ingin melamar you untuk
dijadikan isteri I dunia
akhirat.“
Seraya itu
Qaleef meletakkan kotak
kecil berwarna biru
yang bereben putih
itu di hadapan
Izzara sebelum dia
menyambung kata-katanya.
“Sayang, if
you wear this, then
you’re mine. Dan kalau you setuju, balik
dari Sheffield nanti I
bincang dengan parents I
untuk merisik you.
Tapi I
tak paksa you kalau you
tak ready lagi. Takpa, I sanggup tunggu
sampai you
bersedia untuk terima
lamaran I. Seriously, I can wait
for it, sayang!”
Ucap Qaleef
dengan tenang dan
sememangnya setiap kata-katanya
itu tadi memang
ikhlas dari benak
hati dan perasaannya.
Kalau Izzara tak
bersedia lagi untuk
menerima lamarannya, dia sanggup menunggu
sehingga si jelita
itu bersedia menjadi
hak mutlaknya.
Izzara mengambil
kotak yang pasti
dia dapat menjangkakan
isi di dalam
kotak tersebut. Reben putih yang
mengikat kotak cincin
Tiffany & Co itu
dibuka dengan cermat. Izzara tersenyum
bila melihat sebentuk
cincin emas putih
bertakhtakan sebutir berlian. Design yang simple tetapi
dia menyukainya. Qaleef sememangnya
sudah tau citarasanya.
“Qal, I
simpan dulu cincin
ni, boleh? Bagi I masa
untuk berfikir.” “Of course, dear! You boleh
ambik masa banyak
mana pun you nak fikirkan sebab I
faham soal nikah
kawin ni bukan
perkara mudah. It’s
okay, take your time.”
“Thanks, Qal.”
“My pleasure, dear. By the
way, you dah
siap makan? Ada 30
minit lagi boarding time
for my flight.”
“I
dah siap makan tadi dah, tengok
dim sum
ni pun dah
licin dah. You tu jer
tak habiskan steak you tu.”
“No
appetite to eat but it’s
okay, dalam flight
nanti I boleh makan
lagi kalau I lapar. Saja
nak luangkan masa
dengan you before I
pergi. Kejap ya, I nak
panggilkan waiter.”
Qaleef menyerahkan
kad kreditnya kepada
pelayan restoran setelah
pelayan tersebut datang
bersama bil pesanan
mereka tadi. Selesai membuat
pembayaran, dia dan Izzara
melangkah keluar dari Eden
Restaurant yang terletak
di tingkat 5
di KLIA itu. Sengaja
memilih restoran tersebut
kerana agak privacy dan
Izzara amat menyukai
dim sum yang terdapat
di restoran tersebut.
Sampai sahaja
di hadapan pintu
masuk untuk International Departure, sebelum melangkah
masuk, Qaleef sempat
menitipkan beberapa pesanan
buat si jelita. Dan
selepas itu dia
melangkah masuk untuk
pemeriksaan imigresen sebelum
dia ke departure hall.
Izzara menghantar
pandang dengan perasaan
sayu ke arah
Qaleef yang tengah
membuat pemeriksaan imigresen
di kaunter. 10 hari
kena tinggal, gila rindu
dia nanti! Dia mengeluarkan
kotak cincin tadi
yang disimpannya dalam Chanel
tote bag miliknya. Kotak cincin
itu dibuka. Izzara merenung
seketika cincin tersebut, kemudian dia
mengambil dan menyarungnya
ke jari manisnya. Kemas cincin
tersebut dijarinya, tanda hatinya
memang tersemat kemas
menerima lamaran itu. Dia
tersenyum dan kemudian
dia memandang ke
arah Qaleef yang
sedang berdiri di sana memandangnya. Qaleef melambai–lambaikan tangannya
tanda mengucapkan selamat
tinggal buat buah
hati sebelum dia masuk ke
balai berlepas.
Izzara membalas
lambaian Qaleef dengan
menunjuk cincin emas
putih pemberian kekasih
yang sudah tersarung
dijari manisnya. Dia serasa
ingin ketawa bila
melihat telatah Qaleef
yang tiba–tiba melompat
dan tangan si
jejaka kacak itu
membuat aksi ‘yes’
tanda dirinya gembira
bila melihat cincin
tersebut sudah tersarung
dijari manis Izzara. Tanda
Izzara menerima lamarannya.
Beberapa saat
kemudian, berkumandang lagu A Thousand
Years di Blackberry Izzara
dan lantas dia
mengambilnya lalu menjawab
panggilan tersebut. Dia menjawab panggilan
itu sambil memandang
ke arah Qaleef
yang turut sama
memandang ke arahnya.
“My
baby, my love, my sayang... Thanks sudi
sarungkan cincin tu kat jari you
yang cantik tu. I’m really
happy, Zara. Tak sabarnya I nak hantar
rombongan merisik balik
dari Sheffield nanti. You tunggu
I balik
ye, sayang. Take good
care and I love so
much! Bye, sayang.”
Jelas ceria
nada suara Qaleef,
tanda hatinya betul–betul
gembira setelah Izzara
menerima lamarannya bila
si kekasih menunjukkan
cincin pemberiannya tadi
sudah disarungkan di jari manis
gadis itu.
“I love
you too, Qal. I akan
tunggu you balik, sayang.”
Lafaz Izzara lembut
dengan matanya memandang
ke arah Qaleef
yang berdiri di
sana sambil menghadiahkan
senyuman manis padanya. Kemudian, sang kekasih
mengatur langkah untuk
masuk ke balai
berlepas. Hati Izzara berbunga-bunga dengan
situasi sebentar tadi. Dia
benar-benar rasa gembira
dan rasa bersyukur
bila Qaleef menunjukkan
kesungguhan untuk memilikki
dirinya. Terima kasih, Ya Allah
di atas rasa
bahagia ini! I just wanna
feel this moment!
GHAZ
KHUZAIRI hairan
melihat Izzara tersenyum–senyum sambil
merenung cincin di
jari manisnya itu. Hesy,
angau pulak minah
ni!
“Are
you okay, Zara?
Soal Ghaz.
Dan tak
semena-mena Izzara tersedar
dari lamunannya. Terhenti lamunan
bak kata Aris
Ariwatan…he he he.
“Ceh! Buat malu
jer terkantoi feeling sensorang
sebab cincin ni. Nak
sorok muka celah
mana ni wei!
Tak pasal-pasal aku
pulak terkantoi mengelamun.”
Desis Izzara
dalam hati. Mukanya yang
putih bersih itu
sudah kemerahan menahan
rasa malu.
“I’m
sorry, Ghaz. Boleh pulak
saya mengelamun. Oh ya tadi saya
tanya pasal mommy and
daddy kandung Rania. Kalau
awak sudi ceritakan,
saya sedia mendengar.”
Ghaz Khuzairi
tersenyum, geli hati pun
ada bila mengenangkan
mengelabahnya Izzara bila
dia terkantoi mengelamun tadi. Ghaz
Khuzairi memandang seketika
ke wajah jelita
itu. Kemudian, dia menghela nafasnya
untuk mencari kekuatan
bercerita mengenai kenangan
silamnya. Kenangan yang menyebabkan
dia hampir-hampir putus
asa untuk meneruskan
hidupnya. Kenangan yang membuatkan
hatinya patah seribu
dan harapannya hancur
berkecai!
“Marlissa tu kekasih pertama
saya, Zara. Entah macamana silapnya,
dia ditangkap basah
dengan kawan saya
sendiri. Dan ayahnya paksa
jugak dia menikah
dengan lelaki tu, untuk
menutup malu dengan
onar yang dibuat
oleh si anak
walaupun berkali-kali Marlissa
bersumpah yang berlaku
itu bukan atas
kerelaan dia dan
lelaki tersebut. Dan atas
paksaan ayahnya, Marlissa terpaksa
menikah dengan Ryan, lelaki
kacukan Melayu- Australia itu. Mereka terperangkap, Zara. Yang saya kecewa, yang
memerangkap mereka tu
kawan kami sendiri. Dia
berdendam dengan saya, disebabkan saya
menolak cintanya, dia memerangkap
Marlissa dan Ryan dengan membubuh
pil khayal dalam
minuman mereka. Kemudian kedua–duanya
dihantar ke hotel
setelah khayal dengan
pil tersebut. Apa yang
saya tau, mereka ditangkap
oleh pihak pencegah
maksiat dalam keadaan
tanpa seurat benang
di badan dan
tengah nyenyak tidur
Dia mengimbas
peristiwa beberapa tahun
lalu, peristiwa yang telah
merobek hati lelakinya. Dia masih
ingat lagi ketika
itu, dia baru pulang nightstop dari
Kota Kinabalu. Ketika dia
ingin merebahkan badannya
di katil, cuba melayan
badannya yang keletihan
dengan penerbangan yang
panjang dan memenatkannya, tiba–tiba telefon
bimbitnya berdering minta
dijawab. Hatinya teruja bila
melihat nama kekasih
hatinya membuat panggilan. Hilang rasa
penatnya seketika. Kemudian dia
menjawab panggilan tersebut
namun hatinya terperanjat
bukan kepalang bila
mendengar suara si
pemanggil galak menangis. Apa
sudah jadi dengan
Marlissa ni? Takkan baru
ditinggalkan semalam dah
menangis macam orang
putus kasih jer!
“Mar, you kenapa
ni? Kenapa beria-ia
menangis ni. You dah
rindu sangat kat I ke? Hey,
kenapa ni, sayang?”
Soal Ghaz
Khuzairi bertalu–talu.
“Ghaz, I ada
kat bawah kat area kondo you
ni. I nak
jumpa dengan you.
Please, I
really need you
now.”
Dah mabuk
rindu sangat ke
Marlissa ni sampai
sanggup datang ke
kondo dia? Siap menangis
bagai pulak tu. Agaknya, kalau Marlissa
tahu mana satu
unit rumah dia, pasti
sudah terpacul depan
pintu rumahnya. Ghaz
Khuzairi tertanya-tanya,
hairan dengan kedatangan
Marlissa secara tiba-tiba. Walaupun lifestyle dan
kerjaya dia terdedah
dengan budaya bebas, namun
itu bukanlah untuk
dia jadikan alasan
turut sama mengamalkan
budaya yang kurang
sihat itu. Dia ada
prinsipnya sendiri. Dia bukan
jenis yang mudah mengangkut perempuan
ke rumah seperti
rakannya yang lain. Walaupun ilmu
agamanya tak sedalam
mana, tetapi dia
masih tahu halal
dan haram, dosa dan
pahala. Lagipun ajaran daripada
kedua orang tuanya
tetap dia ingati
dan pegang selalu. Sebab
itulah dia bukan
jenis yang selamba
membawa perempuan ke rumahnya dan
budaya one-night stands
bukanlah jadi ikutannya.
Ghaz Khuzairi
yang masih memakai
pilot uniform
bergegas keluar dari
rumah. Risau bila mendengar
tangisan Marlissa. Apa yang
sudah berlaku dengan
si kekasih hatinya
itu? Hilang segala penatnya, tetapi perasaan
risau pula yang
berlegar–legar di benak
fikirannya. Serabut
kepalanya mengenangkan Marlissa
beria–ia menangis ketika
menelefonnya tadi.
Setelah sampai
di bawah, kelihatan si
gadis sedang berdiri
di tepi keretanya, memeluk tubuh
dengan menundukkan wajahnya. Bahu si
gadis itu terhinggut–hinggut, menahan tangisnya. Ghaz Khuzairi
melangkah laju ke
arah Marlissa dengan
seribu persoalan berlegar
di kepalanya. Apa dah
jadi dengan Marlissa
ni, sanggup memandu datang
ke kediamannya dengan
menangis bagai begini? Oh
sayangku, apa sudah jadi
“What's
happen with you, sayang? Kenapa menangis
ni? You rindu sangat kat I ke?"
Marlissa mendongakkan
kepalanya bila mendengar
suara orang yang
diperlukannya saat itu. Suara
milik kekasih hatinya. Terus dia
memeluk Ghaz Khuzairi
yang sudah berada
di hadapannya itu. Makin
kuat esakkan Marlissa. Ghaz Khuzairi
kaget dengan tindakan
Marlissa dan makin
bingung dengan esakkan
si jelita. Hesy, takkan sehari tak
jumpa dah teruk
begini rindunya Marlissa
pada dia? Manja betul!
Ghaz Khuzairi
merungkaikan pelukkan erat
Marlissa dengan perlahan. Kedua–dua bahu
Marlissa dipegang, wajah jelita
itu dipandang sayang, cuba
memberi kelegaan pada
si gadis yang
sudah bengkak matanya
akibat menangis.
Sayang,
kenapa ni? Siapa buat you menangis
macam ni? You sakit ke?
Marlissa menggeleng-gelengkan kepalanya. Dia merenung
ke wajah Ghaz
Khuzairi. Kecut hatinya mengenangkan
apakah penerimaan Ghaz
Khuzairi dengan berita
yang cuba dia
sampaikan nanti. Apa reaksi
kekasihnya itu bila
mendengarnya?
“Ghaz, pagi
tadi I kena tangkap
berkhalwat dengan Ryan.”
Terketar–ketar Marlissa
mengungkapkan kata-katanya,
bimbang dengan reaksi
Ghaz Khuzairi setelah
mendengar berita tersebut.
“Hey, you merepek
apa ni, Mar?“
“I
tak merepek, Ghaz! Betul, pagi tadi
kami kena cekup
dengan beberapa pihak
pencegah maksiat! Dan ayah I
paksa kami menikah
jugak untuk menutup
malu. Kami dah menikah, Ghaz! Semua ni
perangkap Ghaz! You kena
tolong I.”
Ghaz Khuzairi
tersentak dan bagaikan
nak tercabut tangkai
hatinya bila mendengar
berita buruk itu. Dia
melepaskan kedua–dua tangannya
yang memegang bahu
Marlissa tadi. Tetapi akalnya
seakan-akan tak boleh
menerima apa yang disampaikan oleh
Marlissa. Khalwat? Menikah? Tapi
siapa yang perangkap
Marlissa dan Ryan
ni?
Dia
memicit–micit kepalanya,
cuba melegakan apa
yang berserabut di fikirannya itu. Sungguh
dia buntu. Takkan Marlissa
nak bergurau dengan
dia pulak? Keadaan Marlissa
sudah menunjukkan yang
perkara tersebut betul–betul
berlaku.
“Mar,
macam mana benda
ni boleh berlaku? Macam mana you
boleh ada bersama
dengan Ryan tu? Siapa
yang perangkap you all?
Marlissa menceritakan
segalanya apa yang
telah berlaku di Kelab
Zouk sehinggakan dia dan Ryan
terperangkap dengan rancangan
Anita. Zack, yang bertugas
sebagai bar tender di Zouk ternampak Anita membubuhkan sesuatu
ke dalam minuman
Marlissa dan Ryan. Namun, belum sempat
Zack memaklumlah tentang
itu, Ryan, Marlissa juga Anita
sudah tidak kelihatan
di situ. Rupanya Anita
telah mengupah beberapa
lelaki untuk menghantar
Ryan dan Marlissa
yang telah khayal
akibat minuman tersebut
ke bilik hotel. Dan
segalanya peristiwa pahit
itu bermula di
situ sehinggakan dia dipaksa menikah
dengan Ryan.
Ghaz Khuzairi
sudah tersandar di
kereta. Patah seribu hatinya
mendengar berita itu. Kekasih
yang dipuja dan
disayangi serta dicintainya
selama ini, sekelip
mata sudah menjadi
hak mutlak kawannya
sendiri iaitu, Ryan. Ya Tuhan,
dugaan apakah ini!
“Mar,
malam tadi you text I yang you bagitau
Sarah ada dengan
you. You ke Zouk tu
dengan Sarah kan? So,
mana Sarah ketika
itu? Dan atas alasan
apa Anita perangkapkan
you dan
Ryan? Anita kan kawan
kita?
“Ghaz, memang I ke Zouk tu
dengan Sarah, tapi sampai saja kat sana, Sarah
lepak dengan friends dia. Maksud
I, dia tak lepak
semeja dengan I. Masa tu I lepak dengan
Ryan dan Anita. Pasal
Anita tu, pagi tadi
Zack memaklumkan kepada
Ryan yang dia
ternampak Anita bubuh
serbuk pil khayal
tu ke dalam
minuman kami. Dan Ryan
telah bersemuka dengan
Anita, mahukan jawapan atas
sebab apa Anita
memerangkap kami. Anita mengaku
dia yang merancang
semua tu dan
dia berbuat demikian
atas sebab dia
berdendam dengan you,
Ghaz. Sebab you pernah
tolak cinta dia. Bagi
Anita, kalau dia tak
berjaya memiliki cinta you, begitu jugak
dengan I dan perempuan
lain. Ghaz, kenapa I yang jadi
mangsa? Kenapa tak
orang lain?
Ghaz
Khuzairi menggeleng-gelengkan kepalanya
perlahan setelah mendengar
penjelasan daripada Marlissa. Dalam hal
ini, dia tidak boleh
menyalahkan Ryan dan
Marlissa seratus peratus
kerana dengan pengakuan
Anita itu, jelas menunjukkan
mereka terperangkap dengan
rancangan bodoh Anita.
Yang dia kesalkan, kenapa Anita
sanggup memusnahkan masa
depan Ryan dan
Marlissa di atas
dendam Anita itu? Dia
yang berdendam dengan
Ghaz Khuzairi, jadi kenapa
Ryan dan Marlissa
dibabitkan sama? Jangan disebabkan
rancangan bodoh dia
tu, Ghaz Khuzairi akan menerima dia. Memang
taklah! Ghaz Khuzairi sudah
nekad, dia harus berjumpa
dengan Anita. Sekurang-kurangnya Anita
kena mengaku dan
meminta maaf kepada
keluarga Marlissa dan
Ryan kerana memerangkap
mereka berdua itu. Dia
mahu Anita menjernihkan
keadaan tersebut.
“Mar, I sangat kecewa
dengan apa yang
dah berlaku. Hati I sakit
bila I dapat tahu
gadis yang I cintai
sepenuh jiwa dan
raga I, sudah dimiliki oleh
lelaki lain. Tapi, I
tak boleh menidakkan
ketentuan Tuhan. Semua yang
berlaku ini adalah
kehendakNya. Walaupun sakit untuk
menerima berita ini, tapi
I kena
kuatkan hati dan
perasaan I ni. Begitu jugak
dengan you, jangan
mempertikaikan atas apa
yang berlaku walaupun
perkara itu sebenarnya
bukan dari punca
atau kehendak kita
sendiri. Kita kena sama-sama
redha, Mar walaupun hati
kita sakit untuk
menerimanya. Mar, apa yang menimpa
diri seseorang bukanlah
suatu kesalahan, kekeliruan atau kebetulan.
Semuanya sudah ditentukan
takdirNya. Malah dalam ayat
Al–Quran pun ada
menyatakan “Tiada suatu
bencana pun yang
menimpa di bumi dan
pada dirimu sendiri
melainkan telah tertulis
dalam kitab ( Luh Mahfuz ) sebelum Kami
menciptakannya (QS 22 – 23).”
Oleh itu
Mar, kita kena redha
dengan ujian dan
takdir yang Allah
telah tetapkan untuk
kita. Apabila kita redha
di atas sesuatu
yang mengecewakan kita, maka
percayalah, Allah akan menggantikan
kekecewaan itu dengan
sesuatu yang tidak
dijangka. Sometimes Allah allows
you to taste
the bitterness of
this world so
that you could
fully appreciate the sweetness
of faith. Bila kita
ikhlas redha dengan
ujian dan takdir
Allah untuk kita, itulah
kemanisan yang akan
kekal di hati
kita.
“Ghaz, I
tak tahu macam mana I nak
hidup dengan orang
yang I tak cintai
langsung dan I tak
boleh nak bayangkan
kehidupan I selepas ni tanpa you,
Ghaz.”
Marlissa teresak–esak
bila meluahkan kebimbangan
mengenai perjalanan hidupnya
selepas ini. Berkahwin tanpa
rela dan akan
berkongsi hidup dengan
lelaki yang langsung
tiada di ruang
hatinya.
“Mar, kadang-kadang
cinta itu bukan
penentu untuk kita
dapat mengecapi kebahagiaan
hidup. Yang penting nawaitu
kita dan kepercayaan
kita dengan telah
apa yang Allah
dan tentukan untuk
kita. Kena yakin setiap
yang Allah takdirkan
begitu sebagai saluran
kita merintih, merayu dan
bergantung kepadaNya. You
kena yakin dan
selalu berdoa moga
Allah mengurniakan kehidupan
yang baik untuk you
selepas ni. Mar, you pergilah
balik. Walau apa pun
yang dah berlaku
pada hubungan kita
ini, kita tetap boleh
berkawan walaupun harapan
untuk membina mahligai
kita musnah. I akan sentiasa
di sisi you
sebagai seorang sahabat. Dan
kalau you
perlukan pertolongan daripada
I, Insha
Allah I
akan sentiasa ada
untuk you. Tapi untuk kita
berhubung seperti sebelum
ni memang I tak
bersetuju sebab hukum
melarangnya. You adalah
isteri Ryan yang
sah. Secara jelasnya tiada
sebab kita nak
berhubung seperti sebelum
ni. Walau siapa pun
Ryan tu, dia tetap
suami you, Mar. You pergilah
balik, dan I sentiasa
mendoakan kebahagiaan you dan
Ryan. Anggaplah kita memang
tiada jodoh untuk
bersama.”
Dan Marlissa
melangkah menuju ke
keretanya dengan perasaan
yang kecewa dan hatinya
remuk. Sungguh dia tak
menjangkakan peristiwa pahit
seperti ini boleh
terjadi ke atas
dirinya. Dan seperti kata
Ghaz Khuzairi, dia seharusnya
ikhlas dan redha
menerima ujian dan
takdir Allah ni. Dia
percaya pasti ada
hikmah di sebalik
apa yang telah berlaku.
Ghaz Khuzairi
meraup mukanya, kesal dan
kecewa dengan apa
yang telah berlaku. Dia
sendiri sangat terluka
setelah ini kesudahan
hubungan cintanya dengan
Marlissa. Punah segala harapan
dan impiannya untuk
membina mahligai cinta
bersama Marlissa. Kini, yang tinggal
cuma kenangan antara
dia dan Marlissa. Sungguh, dia
sudah terjatuh di
dalam harapan yang
dia bina selama
ini! Harapan tinggal harapan. Dan
dia yakin setiap
ketentuan Allah itu
ada sebabnya dan
sesungguhnya Allah itu
Maha Mengetahui apa
yang terbaik untuk
hambaNya. Dia yakin Allah
telah merancang yang
lebih baik untuknya. Sesungguhnya Dialah
sebaik- baik perancang.
Ghaz Khuzairi
melangkah untuk naik
semula ke kondonya. Dia
perlu menukar baju
dan mengambil kunci
keretanya. Matlamatnya
sekarang adalah untuk
berjumpa dengan Anita. Dia
harus bersemuka dengan
Anita.
>>>>>>> bersambung
Thanks to you nina for this wonderfull ride! Teruskan gigih berkarya becoz you got the gift yang!
ReplyDeleteTak sabor nak tahu kenapa abg ghaz kena pelihara Rania, n wat happen to marlissa.. Happy ke dia dgn Ryan?
Thanks to you too coz always gimme support. Insha Allah, Nina akn teruskan selagi Nina mampu..Semuanya ni dr Allah...syukur :)
DeleteWait 4 nx chapters ya kak :)
~hugs~
smbng lagiiiiiii♥
ReplyDeleteInsha Allah,nnt free Nina up n3 lg ye..but not today,dear :)
Deletebtw,thanks 4 reading TAS ~hugs~