Assalamualaikum & Hi All :)
# Be happy, do not let the sadness destroy you. Say Alhamdulillah on everything that happens to you, Put your Trust in Him.
Chapter 7 is here. Special for you, darlingggssss
Chapter 7 is here. Special for you, darlingggssss
Thanks & Enjoy reading :)
Love,
~ Nina Harith ~
~ Nina Harith ~
BAB 7 : TERIMA AKU SEADANYA
>>>>>bersambung
P/S: terasa macam tak betul jer bila menaip bab ni siap menanges segala :P
KERETANYA meluncur
laju ke destinasi
yang di tuju. Sebentar tadi
dia telah mendapatkan
alamat kediaman Anita
melalui Sarah. Bukan susah
nak jejak Anita
kerana ramai kawannya
mengenali Anita dan
mereka adalah satu
tempat kerja dengannya.
Apa yang
Ghaz Khuzairi kesalkan
kenapa Ryan yang
memilikki Marlissa? Bukan dia
nak mempertikaikan di atas apa
yang terjadi tapi
dia risau kalau
Ryan yang kaki
perempuan itu tidak
mampu menjalankan tanggungjawabnya sebagai
suami yang baik
buat Marlissa. Di kalangan
rakan-rakannya, siapa yang tak
kenal dengan Ryan
Arshad, jejaka kacukan Melayu-Australia yang
kacak bermata hazel itu, yang
ada iras Steven
Gerrard pemain bola sepak
pasukan Liverpool. Perangai kaki
perempuannya sangat tersohor
dikalangan rakan-rakannya.
Ryan Arshad yang
dikenali sebagai Tiger Wood
versi pilot
pantang nampak pramugari
yang jelita, bergetah dan
gebu gebas pasti
akan dikebasnya.
Namun, jauh di
sudut hatinya, mendoakan moga
Ryan Arshad berubah
setelah menikahi Marlissa
dan mampu memikul
tanggungjawab sebagai seorang
suami yang baik. Ryan
Arshad bertuah kerana
memiliki Marlissa yang pandai
menjaga maruah diri walaupun
kerjayanya terdedah
dengan godaan keseronokkan
dunia.
Hatinya masih
sakit dan terluka
dengan apa yang
sudah terjadi pada hubungan cintanya
dengan Marlissa. Segala impian
dan harapannya untuk
membina kehidupan yang
bahagia dan sempurna
bersama–sama dengan wanita
idamannya itu punah
dan hancur berkecai
sekelip mata saja. Dan
hatinya bagaikan dirobek-robek
bila ternampak love bite yang bersepah
di leher Marlissa
tadi. Tak sanggup dia
membayangkan apa yang
berlaku antara Marlissa
dan Ryan ketika
mereka sudah khayal
oleh pil khayal
yang dibubuh oleh
Anita yang berhati
setan itu! Bodohlah kalau
dia tidak faham
apa yang berlaku kalau
sudah seronok khayal! Pasti Ryan Arshad seronok
meratah tubuh gebu
Marlissa yang dia
sendiri tidak pernah
mengusiknya. Dan pastinya mereka
berdua berseronok mengecapi
nikmat dunia kesan
dari pil tersebut
dengan hasutan syaitan
yang pastinya bertepuk
tangan gembira kerana
berjaya menyesatkan dua
anak Adam itu! Ya
Allah, kenapa dia harus
berhadapan dengan semua
ini? Kuatkanlah hatiku dan
imanku, Ya Allah.
Ghaz Khuzairi memberhentikan
keretanya di lorong
kecemasan. Dia seolah–olah tiada
kekuatan untuk meneruskan
pemanduannya. Badannya penat,
hati dan
fikirannya bercelaru dan
buntu! Setelah memastikan posisi
kereta selamat, dia menghidupkan lampu
kecemasan. Dia meletakkan kepalanya
ke stereng
kereta. Melayan hatinya yang
kecewa. Lagu Cinta Harus Memiliki
yang didendangkan oleh
Anuar Zain berkumandang
di radio keretanya. Hatinya luluh
bila mendengar bait-bait
dari lagu tersebut. Dengan tidak
semena–mena berjurai juga
airmatanya. Ya Allah, sakitnya!
Hatinya merintih. Sakit bila
mengenangkan cinta yang
dipuja tidak mampu
dimilikkinya. Sakit bila harapan
yang dibina punah
begitu saja. Dan sakit
bila dia hanya mampu memuja
bayangan dan hanya
mampu memiliki kenangan
silam.
Dan dia
terus teresak–esak bila mengingatkan tangisan
Marlissa tadi. Kalau diikutkan
hatinya, mahu saja dia
mendakap cuba meredakan
kesedihan Marlissa, akan tetapi
dia tidak boleh
mengikut perasaan. Marlissa isteri
orang, hak mutlak Ryan
Arshad. Dia cuba menunjukkan
dia kuat di
hadapan Marlissa ketika
itu, walaupun hakikatnya
jantungnya seakan – akan dirobek
setelah mengetahui apa
yang berlaku. Dia tidak
mahu Marlissa terus
menyalahkan takdir yang
Allah telah tetapkan
untuknya dan Marlissa. Dia
mahu Marlissa redha
menerima suratan itu
sebagaimana dia redha
menerimanya walaupun hatinya
sakit dan hancur berkecai!
“Ya
Allah, I know you
are there. I know
You see my
tears. I know You hear
my prayers. I know
You are testing
me. And all I
ask from You
is to strengthen
my imaan, so I can handle
the struggles in
life and have
patience. My Allah, I
really need You. Amen.”
Sempat dia
berdoa di dalam
hati. Hatinya merintih pedih
dan ketika ini
dia sememangnya memerlukan
Allah. Moga Allah memberi
ketenangan hati dan
menguatkan imannya.
Leka dia
melayan perasaannya,
tiba-tiba azan Maghrib
berkumandang di radio. Dia
meraup wajahnya.
“Ya Tuhan,
dah Maghrib rupanya.”
Desis hatinya. Dia
berjeda seketika,
beristighfar di dalam hati
kerana terlalu leka
melayan perasan sedih
dan kecewanya sebentar
tadi. Dan dia memutuskan
untuk singgah ke
masjid berdekatan bagi
menunaikan solat Maghrib
sebelum dia bersemuka
dengan Anita.
Setelah menghidupkan
enjin keretanya dan
menyalakan lampu isyarat
ke kanan, dia menekan
minyak setelah merasakan
selamat untuk ke kanan
jalan. Tiba–tiba terdengar bunyi
hon yang bertalu-talu.
Dummmmm !!!!
Ghaz Khuzairi
sempat mendengar dentuman
yang kuat dan
dia terasa badannya
sakit dirempuh objek
keras. Sakit yang teramat
terutama di bahagian
kakinya. Beberapa minit kemudian
dia sudah tidak
sedarkan diri.
GHAZ KHUZAIRI
duduk bersantai di gazebo
yang mengadap taman
kecil milik mamanya. Air
terjun buatan yang
cantik dan bunga–bunga
yang kembang mekar memberi sedikit
ketenangannya jiwanya. Hampir 8
bulan dia cuti
sakit akibat kemalangan
yang lalu. Keadaannya amat
kritikal masa itu. Tiga
hari dia tidak
sedarkan diri dan
kaki kanannya cedera
teruk kerana tertusuk
besi. Akibatnya dia terpaksa
dibedah bagi membuang
besi tersebut dan
dia terpaksa bergantung
dengan kerusi roda
dan tongkat untuk
bergerak.
Setelah menjalani
rawatan susulan dan
fisioterapi, akhirnya dia mampu
berjalan seperti sediakala. Sokongan dan dorongan
daripada kedua ibu bapanya yang
tidak putus–putus harapan
dan berusaha untuk
memulihkannya, menjadikannya
dia lebih bersemangat
untuk sembuh. Dia sangat
kagum dan terharu
dengan perhatian serta
sikap ambil berat kedua orang
tuanya itu.
Dia masih
ingat lagi ketika
dia sedar dari
komanya, dia hampir putus
harapan untuk meneruskan
hidupnya setelah mengetahui
kaki kanannya cedera
parah. Dia benar–benar terasa
sangat teruji dengan
apa yang berlaku
padanya ketika itu. Sudahlah
mahligai cintanya hancur
berkecai, kini dia terpaksa
berdepan dengan ujian yang maha
berat ini. Mujur sokongan
daripada keluarga menguatkan
semangatnya untuk meneruskan
hidupnya. Sahabat baiknya,
Arief yang kebetulan
bercuti sebulan ketika
itu, selalu menemaninya di
hospital, memberi kata–kata semangat
kepadanya. Ketika di hospital, rakan–rakan sekerjanya
turut menziarahinya termasuklah
Ryan Arshad. Dia tercari–cari
juga kelibat Marlissa, namun dia
hampa. Marlissa memang tidak
datang menjenguknya. Dan dia
akur, dia harus melupakan
tentang Marlissa walaupun
hatinya masih berbekas
rasa kasih dan
cintanya pada si
jelita itu.
Bukan mudah
untuk melupakan cinta
pertamanya itu walaupun
dia cuba berbuat
demikian. Terlalu banyak kenangan
manisnya bersama Marlissa
ketika mereka menyulam
kasih dan cinta
nan suci. Dan mustahil
baginya untuk bertanya
pada Ryan Arshad
mengapa Marlissa tidak
datang menjenguknya. Ryan Arshad
ada memaklumkannya mengenai
Anita yang sudah
memberi notis 24
jam kepada pihak
pengurusan sehari selepas
kejadian itu dan
membawa diri ke
Russia. Sesungguhnya, walau apa
pun yang telah
berlaku, dia percaya semuanya
itu adalah qada
dan qadar Allah. Dia
tidak sedikit pun
menyalahi takdir yang
telah Allah tuliskan
untuk dirinya. Dan dia
percaya pasti ada
kemanisan dan hikmah
di atas semua
yang berlaku.
“When Allah
puts you through
a trial, be glad
and be thankful
that He has
choosen you to
be put through
that trial. It is
the law of
nature, when a person
puts gold into
fire, it comes out
purer than it
was before. Likewise, when Allah
puts one through
bad times, they comes
out of that
trial a better, stronger person.”
Terngiang–ngiang ucapan
peniup semangat daripada
papanya. Papalah antara
orang yang sentiasa
memberi kata–kata semangat
kepadanya dan sentiasa
mengingatinya jangan sesekali
menyalahkan takdir Allah. Dan
dia percaya, kadang–kadang ujian
itu memberi cahaya
kepadanya kerana ujian
itulah mendekatkannya lagi
kepada Allah dan
memuhasabahkan dirinya tentang
musibah tersebut. Dia bersyukur
kerana diberi peluang
untuk meneruskan perjalanannya
hidupnya semula. Dan selagi
dia masih bernafas
selagi itulah dia
ada harapan, ruang dan
peluang untuk membetulkan
keadaan selagi dia
tidak berputus asa
dengan kasih sayang
dan rahmat Allah. Syukur, Ya Allah
di atas ujian
dan peluang ini. Alhamdulillah.
“Jauhnya anak
papa ni termenung. Apa yang
difikirkan tu, Khuzairi?”
Sapa Datuk
Ghazali yang sedari
tadi memerhatinya anak
lelaki kesayangan itu
termenung jauh. Dia bersyukur
kerana anaknya semakin
sihat dan kakinya
pulih sediakala. Dan Ghaz
Khuzairi seakan-akan sudah
bersemangat untuk meneruskannya
hidupnya dan rasa berbaloi
dia meniupkan kata–kata
semangat buat anak
bujangnya yang kacak
itu.
“Hesy, mana ada
termenung, pa. Khuzairi tengah menikmati
keindahan taman hasil
idea mama ni. Papa
tak pergi main
golf ke pagi
ni? Selalu pagi Ahad
macam ni, itulah rutin
papa.”
“Hari ni
papa malas nak
main golf, nak luangkan
masa dengan anak
papa ni. Dah lama
kita tak borak
panjang, yelah papa selalu busy dengan hal business jer
kan. Kaki Khuzairi dah
betul- betul sihat? Kalau rasa
tak okey lagi,
Khuzairi extend jelah cuti
sakit. Papa boleh tolong
uruskan.”
Cadang Datuk
Ghazali kepada anaknya
yang dia dan keluarganya lebih
suka memanggil dengan
nama Khuzairi. Nak panggil
Ghaz macam sebut nama
sendiri pulak... he he he.
“Alhamdulillah,
kaki Khuzairi ni
dah betul-betul okey, pa. Tapi ada lagi 2
minggu cuti sakit
lepas tu baru
boleh start kerja balik. Khuzairi dah
tak sabar nak
masuk kerja semula
ni, pa. Yelah, hampir 8 bulan terperuk
kat rumah jer.”
“Alhamdulillah,
baguslah kalau macam
tu. Happy papa
dengar bila Khuzairi
dah bersemangat nak
bekerja balik. Yelah, kalau Khuzairi
tak bersemangat tapi still jugak
nak bawa kapal
terbang tu, lain jadinya
nanti. Tugas sebagai pilot ni
besar tanggungjawabnya, Khuzairi.
Pilot bertanggungjawab ke
atas ratusan nyawa
di dalam satu
penerbangan yan dikendalikannya. Kalau tersilap
sikit, maut jadi taruhan.”
“Khuzairi tau
tu, pa. Lagipun Khuzairi dan
betul–betul bersedia nak
bekerja balik ni. Papa jangan
risau, Khuzairi dah okey.”
Balas Ghaz
Khuzairi dengan tersenyum
sambil tangannya menggenggam
erat tangan papanya
yang duduk di
sebelahnya. Dia bersyukur kerana
mempunyai seorang papa
yang begitu prihatin
dengannya. Begitu juga dengan
mamanya yang sangat
mengambil berat akan
dirinya. “Hmm...Khuzairi,
papa hanya bertanya, Marlissa ada contact Khuzairi
tak?
Soal Datuk
Ghazali mengenai bekas
kekasih anaknya itu. Mereka
sekeluarga sangat bersimpati
di atas apa
yang berlaku pada kesudahan hubungan
Marlissa dan Ghaz Khuzairi.
Walaupun mereka tidak
pernah mengenali Marlissa, mereka yakin
Marlissa tu seorang
perempuan yang baik. Kesal
bertamu di hatinya
dengan sikap sesetengah
manusia yang sanggup
memusnahkan kehidupan orang
lain hanya disebabkan
dendam dan kepentingan
diri sendiri. Dia tahu
hati anak terunanya
itu sangat kecewa
di atas apa
yang berlaku. Namun dia
bersyukur kerana Ghaz
Khuzairi tidak terlalu
mengikut hati dan
perasaan kecewanya dan
boleh meredhakan dengan
apa yang menimpa
dengan seikhlas hatinya.
“Hmm, semenjak kes
tu, kami dah tak
berhubung dah, pa. Khuzairi pun
tak tahu apa
khabar dia sekarang. Walau apa pun yang
telah berlaku dalam hubungan kami, Khuzairi sentiasa
mendoakan moga dia
sentiasa bahagia, pa.
Khuzairi ikhlas mendoakan
kegembiraan dia dengan
suaminya.”
“Baguslah kalau
macam tu, tak salah
kita mendoakan kebahagiaan
orang lain kerana
mendoakan kebaikan untuk
orang lain seolah–olah
kita mendoakan untuk
kita sendiri, begitu juga sebaliknya.
Dan Khuzairi kena
yakin, kalau Khuzairi tak
dapat memilikki gadis
sebaik Marlissa, Insha Allah
suatu hari nanti
Allah akan mengurniakan
pasangan yang lebih
baik dari sebelumnya. When Allah takes
one thing away
from you, He always
has something better
in store for
if you bear
the loss as a believer
should. And you should
believe that Allah
puts people in
your life for
a reason and
removes them from
your life for
a better reason. Khuzairi harus
ingat, walaupun apa ujian
dan dugaan yang
menimpa diri Khuzairi, percayalah Allah
sebenarnya telah merancang
yang lebih baik untuk Khuzairi
kerana Dia adalah
sebaik–baik perancang. Kena yakin
qada dan qadar
yang Allah tetapkan
untuk kita.”
“Thanks, pa sebab papa
dan mama sentiasa
bagi semangat pada
Khuzairi dan sentiasa
ada bersama Khuzairi
ketika susah. Baik budi
papa dan mama
takkan Khuzairi lupa
sampai bila-bila.”
“Jangan cakap
macam tu, Khuzairi. Dah jadi
tangunggjawab papa dan
mama. Khuzairi seorang jer anak
lelaki papa dan
mama. Kami tak sanggup
tengok Khuzairi terus
melayan perasaan kecewa
yang boleh memusnahkan
masa depan Khuzairi. Sebab itulah
kami sentiasa ada di
sisi dan
sentiasa bagi semangat
serta dorongan pada
Khuzairi. Kami mahukan yang
terbaik untuk anak–anak
kami termasuklah Khuzairi. Khuzairi anak
yang baik, tak pernah
kecewakan papa dan
mama. Cuma papa nak
ingatkan, walau apa pun yang berlaku, kita
kena berbalik pada
qada dan qadarNya, dan
sentiasa mengingati Allah. Hanya
Dia sahaja yang boleh bantu
kita dan sentiasa
bersama kita ketika
kita ditimpa musibah
atau ujianNya.”
Lembut Datuk
Ghazali menitipkan pesanan
serta nasihat sambil
menepuk–nepuk bahu anaknya
itu tanda sokongannya. Sesungguhnya dia
sangat bersyukur mempunyai
anak lelaki sebaik
dan anak yang
taat seperti Khuzairi. Dia
sentiasa mendoakan moga
anaknya akan menemui
kebahagiaan selepas ini.
MARLISSA duduk
berteleku di atas
sejadah sambil mengurut-ngurut perlahan
perutnya yang sarat
itu. Kandungan sudah mencecah
9 bulan, hanya menunggu
masa untuk bersalin. Dia
baru sahaja selesai
membaca Surah Maryam
setelah usai dia
mengerjakan solat Maghrib
sebentar tadi. Itulah rutinnya, membaca Al-Quran
terutamanya Surah Maryam, Surah
Yusuf, dan Al-Luqman
setelah dia disahkan
mengandung kerana surah–surah
tersebut elok dibaca
dan diamalkan oleh
ibu yang mengandung
sepertinya.
Hatinya menjadi
hiba tiba-tiba bila
mengenangkan nasib dirinya. Sudah 3
bulan Ryan Arshad
kepergiaan dan sampai
sekarang si suami
tidak juga balik. Teringat 3
bulan lepas ketika
Ryan mahu keluar
bekerja dengan membawa
beg pakaian yang
agak besar saiznya. Selalunya kalau
dia terbang ke
mana-mana, dia akan membawa
beg yang selalu
dia gunakan, bukan beg
pakaian sebesar itu. Bila
Marlissa bertanya, katanya dia
bertugas agak lama
kali ini. Ryan Arshad
siap meninggalkan sejumlah
wang yang agak
banyak untuknya.
Namun,
sampai kesudah si
suami tidak balik–balik. Bukan dia
tidak pernah cuba
menghubungi Ryan Arshad, akan
tetapi dia hampa
kerana nombor yang Ryan Arshad
gunakan itu tidak
dapat dihubungi sampailah
sekarang. Pilu hatinya mengenangkan
dirinya tiada tempat
untuk mengadu dan
meminta bantuan. Ayahnya baru
saja meninggal lima
bulan lepas dan
dia menjadi yatim
piatu dan tiada
tempat bergantung harap.
Teringat ketika
dia baru memulakan
hidupnya dengan Ryan
Arshad. Setelah dua bulan
bernikah, dia disahkan mengandung
lima minggu. Pada 7
bulan pertama perkahwinan
mereka, dia dan Ryan
sangat bahagia seperti pasangan
suami isteri yang lain.
Keprihatinan dan sikap bertanggungjawab Ryan Arshad ketika
itu membuat hatinya
semakin lama semakin
boleh menerima dan
menyintai serta mengasihi
suaminya itu. Malah dengan janji-janji
yang ditaburkan oleh
Ryan Arshad untuk
menjaganya sampai akhir
hayat membuatkan dirinya
begitu bertuah memiliki
suami seperti Pada usia
kehamilan trimester pertamanya, dia mengalami
alahan yang teruk
dan Ryan Arshad
telah menyarankan supaya
dia berhenti kerja. Dia
bersetuju dengan cadangan
suaminya memandangkan amat
mustahil dia dapat
menjalankan tugasnya dengan
baik.
Namun, kebahagiaan
rumahtangga yang dikecapi
bersama Ryan Arshad
hanya bersifat sementara. Kepergiaan dan
kehilangan Ryan Arshad
daripada hidupnya selama
3 bulan ini
benar-benar merobek hatinya. Hatinya patah
seribu bila mengenangkan
kandungan yang sarat
itu dan mengenang
nasib diri dan
anaknya. Dia betul-betul tertekan
dengan situasi yang
dihadapinya.
“Abang, mana
abang pergi? Sampai
hati abang tinggalkan
Mar dengan baby kita. Abang,
baliklah bang! Mar
dan baby sangat memerlukan
abang. Mar dah
betul–betul buntu ni, abang! Mar dah
takda siapa-siapa lagi, bang. Abang, baliklah.”
Marlissa merintih
dengan tangisan yang
berlagu pilu. Teresak –esak dia
melayan tangisnya di
atas sejadah tersebut. Tiba–tiba perutnya
bergerak, tanda anak di
dalam seakan-akan memahami
kesedihan yang dialami oleh
mommynya. Dia mengurut–ngurut perlahan
perutnya. Cuba menenangkan anak
di dalam kandungannya
itu.
“Sayang,
sampai hati daddy tinggalkan
kita. Mommy sangat
rindukan daddy, sayang. Sayang
maafkan mommy
ye sebab mommy tak
dapat cari daddy.
Mommy dah
buntu sayang, tak tahu
nak cari daddy kat
mana. Maafkan mommy, sayang.”
Marlissa mengadu
pada anaknya dan
hanya pada si
anaknya itu tempat
dia meluahkan rasa
hatinya. Makin kuat esakkan
dan tangisan Marlissa
bila anak di
dalam perutnya itu
galak bergerak. Sesungguhnya dia
buntu mengenangkan nasib
anaknya itu. Sekiranya apa-apa
yang berlaku ke
atas dirinya, pada siapa
dia harus bergantung
harap. Ya Allah, berikanlah aku kekuatan
dan Kau lindungi
kami berdua Ya
Allah. Rintihnya pilu.
Marlissa membuka
telekung dan menukar
pakaian serta mengenakan
tudung. Dia ingin ke rumah Sarah
untuk bertanyakan tentang
Ryan Arshad, kut sahabatnya
itu tahu Ryan
ada di mana. Setelah
bersiap, dia mencapai handbag dan
kunci keretanya. Dia melangkah
perlahan keluar dari
rumah dengan mengusung
perutnya yang sarat
itu.
Sampai sahaja
di hadapan rumah
Sarah, iaitu rumah yang
pernah didudukinya ketika
dia bujang dulu, dia
menarik nafas lega
kerana kereta Sarah
ada di depan
rumah. Menandakan Sarah tak
keluar ke mana-mana.
“Assalamualaikum...
Sarah! Sarah!”
“Waalaikumussalam...Eh,
kau ke
ni, Marlissa?Aku hampir tak
kenal kau tadi. Kau
dan kandungan kau
sihat, Mar?”
Sarah sudah
berada di hadapan
Marlissa. Dia hampir-hampir tidak
mengenali Marlissa yang
ayu bertudung itu. Lalu
dia terus memeluk
sahabatnya itu.
“Alhamdulillah… Aku sihat macam nilah. Tunggu
masa jer nak
bersalin. Hmm… Sarah, aku mintak
maaflah kalau kedatangan
aku ni menganggu
kau. Aku datang ni
cuma nak bertanyakan
tentang Ryan. Kau ada
nampak Ryan atau
dengar cerita pasal
Ryan tak, Sarah? Dia dah
3 bulan tak
balik rumah. Aku ada
cuba call handpone dia
tapi tak dapat. Aku
dah buntu ni, Sarah. Tak tahu
mana nak cari
dia.”
Adu Marlissa
sebak. Bergenang airmatanya.
“Ya Allah, kasihan kau, Mar. Sampai hati
Ryan buat kau
macam ni. Tapi 3
bulan lepas Ryan
dan tak fly dengan
MAS. Aku dengar dia
dapat better offer daripada Emirates
Airlines. Dia tak bagitau kau
ke, Mar?”
“Ya Tuhan,
Ryan resigned 3 bulan
lepas? Kenapa dia tak bagitau
aku yang dia tak kerja
lagi dengan MAS? Sampai
hati Ryan buat
aku macam ni. Patutlah
3 bulan lepas
dia bawak beg
pakaian yang besar
keluar dari rumah. Sampai
hati dia tipu
aku, Sarah.”
Marlissa sudah teresak–esak menangis
mengenangkan sikap Ryan Arshad yang
pentingkan diri sendiri
dan mengetepikan haknya
sebagai isteri. Dia terkilan
kenapa Ryan Arshad
tidak memaklumkan dirinya
sudah berhenti berkhidmat
dengan MAS dan
mendapat tawaran daripada
Emirates Airlines. Tindakan Ryan Arshad itu
seolah-olah dirinya sudah
tidak penting di
mata lelaki tersebut. Hatinya sakit
bila mengenangkan janji
setia yang pernah
Ryan taburkan padanya
dulu.
“Sabar,
Mar. Kau jangan macam ni.
Nanti aku akan
usahakan cari Ryan
untuk kau. Nanti aku
tanya kat kengkawan kita
mana tau diaorang
tahu Ryan ada
di mana. Kau jangan
sedih sangat macam
ni, Mar. Nanti effect
kat kandungan kau
tu.”
Pujuk Sarah
yang sudah memeluk
erat sahabatnya itu
sambil mengurut-ngurut perlahan
belakang Marlissa, cuba memberi
ketenangan kepada kawannya
yang malang itu.
“Takpalah, Sarah. Dah nasib
aku begini. Aku nak
balik dululah, Sarah. Kalau kau
ada berita pasal
Ryan, jangan lupa maklumkan
pada aku. Aku balik
dululah ye."
“Kau sure ke boleh drive ni, Mar? Aku
boleh tolong hantar
kau balik. Aku risau
kau dah sarat
macam ni.”
“Insha Allah,
aku okey. Jangan risau. Lagipun aku
dah biasa drive dengan
keadaan sarat macam
ni. Insha Allah, semuanya okey.
Aku gerak dululah, Sarah. Thanks ya.”
Marlissa memandu
keretanya ke arah
yang dia tidak
pasti ingin tujui. Fikirannya betul- betul
buntu setelah mendengar
tentang Ryan yang
sudah berhenti dari
MAS. Ke mana dia
nak mencari suaminya
itu. Dia teresak-esak bila
mengenangkan nasib malangnya. Hatinya pilu
bila mengenangkan nasib
anak dalam kandungan
itu.
Lagu Beribu Sesalan yang
didendangkan oleh 3 Suara
yang berkumandang di
radio keretanya, menambahkan
lagi rasa sedih
dan pilunya bila
mendengar bait-bait daripada
lagu tersebut yang
seakan-akan kena pada nasib dirinya.
Ku
susuri malam ini
Yang tidak berbintang sunyi sepi
Juga rembulan dah menghilang
Dalam kelam ku sendiri
Yang tidak berbintang sunyi sepi
Juga rembulan dah menghilang
Dalam kelam ku sendiri
Ku
mencari hembus bayu
Yang selalu berbisik madah rindu
Kini membisu dalam sayu
Tidak ku temu suaramu
Yang selalu berbisik madah rindu
Kini membisu dalam sayu
Tidak ku temu suaramu
Kekasihku
di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu
Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini diiringi
Kisah janji dimungkiri lagi
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu
Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini diiringi
Kisah janji dimungkiri lagi
Sia
-sia ku
Mencintaimu
Setia padamu
Percayakanmu
Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu
Mencintaimu
Setia padamu
Percayakanmu
Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu
( Beribu Sesalan
by 3 Suara )
“Abang, sampai
hati abang tinggalkan, Mar! Sampai hati
abang tinggalkan baby
kita. Abang baliklah, Abang. Mar sangat
perlukan abang.”
Rintih Marlissa
dengan esakannya. Baby
yang menendang-nendang perutnya
seakan-akan turut sedih
dengan apa yang
dihadapi oleh si
ibu. Kasihan sayang mommy!
Marlissa mengambil
keputusan untuk memandu
ke rumah Ghaz
Khuzairi. Hanya Ghaz Khuzairi
yang dia rasakan
dapat membantunya ketika
ini.
Sampai sahaja
di pintu masuk
kawasan kondo milik
Ghaz Khuzairi, dia memutuskan
untuk meletakkan keretanya
di luar kerana
malas berurusan dengan
security guard
kediaman tersebut yang
macam-macam cekadaknya. Setelah selamat meletakkan
keretanya, dia melangkah keluar
dan berjalan perlahan
ke pintu masuk
ke kawasan kondo
tersebut.
GHAZ KHUZAIRI memandu
pulang dari rumah
orang tuanya. Balik dari
kerja tadi dia
terus ke rumah
orang tuanya untuk
makan malam bersama- sama. Sudah hampir
2 bulan dia
memulakan tugasannya setelah
lama bercuti sakit
akibat kemalangan itu. Dia
mengerling ke arah
jam tangan Tag Heuer Aquaracer miliknya. Sudah pukul
11 malam. Sampai sahaja
ke pintu masuk kondonya, dia
terpandang akan seorang
wanita yang sarat
mengandung berjalan perlahan
menuju ke kawasan
kondo tersebut. Dia memperlahankan keretanya
untuk melihat wanita
mengandung tersebut.
“Kasihannya dia! Dia
tu nak ke mana
malam-malam buta ni?”
Bisik Ghaz
Khuzairi sendiri.
Tiba–tiba wanita
mengandung tersebut menahan
perutnya seolah-olah sakit
seperti mahu bersalin. Lantas Ghaz
Khuzairi memberhentikan keretanya
dan keluar memberi
bantuan kepada wanita
tersebut.
“Puan...Puan okey
ke?”
Tanya Ghaz Khuzairi
yang sudah mendekati
wanita yang sedang
tertunduk-tunjuk sambil memegang
perutnya.
“Encik, tolong hantar
saya ke hospital, encik. Saya sakit nak bersalin
ni.”
Jawab wanita
tersebut sambil mengaduh sakit
dan seraya dia
memandang ke arah
lelaki yang bertanyakannya tadi.
Ghaz Khuzairi
dan Marlissa saling
tergamam bila mereka
berpandangan. Serentak itu Marlissa
memeluk Ghaz Khuzairi, tak
semena-mena dia teresak-esak di dalam
pelukkan lelaki itu. Dalam masa
yang sama dia bersyukur
kerana Allah ‘menghantar’
Ghaz Khuzairi untuknya
ketika dia diserang
sakit nak bersalin.
“Ghaz,
tolong I Ghaz! I sakit nak
bersalin ni. Tolong hantar
I ke hospital, Ghaz. Ryan
takda Ghaz, dia
dah hilangkan diri
dan tinggalkan I.
Tolong I, Ghaz.”
Rayu
Marlissa pada Ghaz
Khuzairi dengan tangisan
sendunya itu. “Ya
Allah, Mar. Kenapa boleh jadi
macam ni? Kenapa you tak
cari I selama
ni, Mar? “
Soal Ghaz
Khuzairi dengan sebak. Luluh
hatinya bila melihat
keadaan Marlissa begitu. Melihat keadaan
Marlissa yang lemah, dia
terus mencempung badan
yang agak kurus
itu masuk ke
keretanya. Dia segera memandu
ke arah hospital
yang berdekat. Air matanya
gugur bila mendengar
erangan menahan sakit
dan tangisan Marlissa. Rasa nak
gugur jantungnya bila
melihat keadaan Marlissa
tadi. Sampai hati
Ryan Arshad buat
Marlissa begini!
Ghaz Khuzairi
masih menunggu Marlissa
yang sedang menjalani
pembedahan. Menurut Doktor Yusuffian,
keadaan Marlissa sangat
kritikal kerana tekanan
darahnya rendah dan keadaan kandungannya
agak terjejas memaksa
pihaknya membuat pembedahan
bagi menyelamatkan kedua-dua
nyawa tersebut.
Setelah selesai
pembedahan itu, Ghaz Khuzairi
bergegas ke arah
Doktor Yusuffian untuk
bertanyakan tentang keadaan
Marlissa dan anaknya.
“Doktor,
macam mana keadaan
Puan Marlissa dan anaknya? Kedua–duanya okey
tak, Doktor?
“Encik Ghaz, kami
mintak maaf sangat-sangat. Kami hanya
dapat menyelamatkan anaknya. Harap Encik
Ghaz bersabar dengan
berita ini.“
Balas Dr. Yusuffian
sambil menepuk-nepuk bahu Ghaz
Khuzairi.
“Inna
lillahi wa inna ilayhi raji'un .”
Ucap Ghaz
Khuzairi terkejut dengan
khabar tersebut lalu
dia menyandarkan badannya
ke dinding. Menitis air matanya,
sebak dengan nasib
Marlissa.
Bayi perempuan
yang comel itu
direnung dengan deraian
air matanya. Ketika membawa
Marlissa ke hospital
tadi, Marlissa sempat menitipkan beberapa
pesanan untuknya. Jika berlaku
apa-apa ke atasnya,
dia merayu pada
Ghaz Khuzairi agar
menjaga anaknya itu, kerana
hanya Ghaz Khuzairi
tempat dia bergantung
harap dan bantuan. Dia
merayu moga Ghaz
Khuzairi dapat mencurahkan
kasih sayang dan
memberi didikan dunia
dan akhirat kepada
anaknya.
Marlissa juga sempat
berpesan barang-barang keperluan
bayi tersebut ada di dalam
keretanya. Marlissa sempat
juga menitipkan pesanan
moga selalu memberitahu
anaknya itu yang mommynya sangat
sayang akan si comel
itu. Marlissa seolah-olah tahu
dia akan pergi
meninggalkan anaknya itu
buat selama-lamanya. Ghaz Khuzairi
sangat hiba bila
mengenangkan di saat
bayi itu sempat
memberi ciuman terakhir
untuk mommynya sebelum jenazah
Marlissa diuruskan untuk
pengebumian. Tangisan si anak
bergema bila mencium
ke wajah kaku mommynya
seolah-olah menceritakan si
anak turut sedih
dengan pemergian si
ibu.
GHAZ KHUZAIRI merenung
pintu rumah orang tuanya
sebelum dia ada
kekuatan untuk masuk
dan berhadapan dengan
keluarga. Sesungguhnya, dia bimbang
akan reaksi keluarga
terutamanya kedua orang
tuanya bila mendengar
apa yang cuba
dia sampaikan sebentar
nanti. Wajah Rania Arissa, nama
yang sempat dititipkan
oleh arwah Marlissa,
direnung Ghaz Khuzairi
dengan hiba. Hatinya luluh
mengenangkan nasib si
comel bermata hazel itu sudah kehilangkan
ibu di usia
begini. Pipi si comel
itu dicium, cuba mendapatkan
kekuatan untuk berhadapan
dengan keluarganya.
Dia membuka
pintu dan melangkah
masuk. Kebetulan papa dan
mamanya,Intan Shafinas dan
Izzati Aisyah tengah
bersantai menonton televisyen
di ruang rehat
keluarganya. Mereka tergamam bila
melihat Ghaz Khuzairi
yang memegang seorang
bayi comel meluru
ke arah papanya.
“Papa, maafkan
Khuzairi, pa. Khuzairi
banyak menyusahkan papa. Kali
ini Khuzairi betul-betul
perlukan bantuan papa.”
Rayu Ghaz Khuzairi dengan
teresak-esak.
“Eh,
kenapa ni, Khuzairi? Kenapa menangis
ni? Anak siapa yang
Khuzairi bawak ni?
Soal Datuk
Ghazali bertalu-talu dengan
penuh kehairanan.
Tiba-tiba Rania
Arissa yang didukung
oleh Ghaz Khuzairi
itu menangis. Terkejut agaknya tidurnya
terganggu. Tak semena-mena Datin
Irmanina mengambil si
comel itu dari dukungan Ghaz
Khuzairi. Hatinya sayu melihat
wajah comel yang
memakai baby jumpsuit Oshkosh
sedang menangis itu. Anak
siapa yang Ghaz
Khuzairi bawa balik
ni? Soalnya dalam hati.
Dan Ghaz
Khuzairi menjawab soalan
papanya dengan menceritakan
segala tentang nasib
Marlissa yang ditinggalkan
suami dan nasib
Rania Arissa yang
menjadi yatim setelah
dia lahir ke
dunia.
“Papa, Khuzairi
mohon sangat pada
papa, harap papa
benarkan Khuzairi jaga
Rania Arissa ni, pa. Khuzairi tak
sanggup dan tak
sampai hati nak
hantar dia ke
rumah anak yatim, pa. Kasihan dia, pa.”
Teresak–esak Ghaz Khuzairi menuturkan
permintaannya itu sambil
memaut kaki papanya, cuba
memujuk lelaki yang
mendiamkan diri itu. Dia
sangat perlukan sokongan
papa dan keluarganya
untuk sama-sama membesarkan
Rania Arissa.
“Khuzairi, dengar
sini. Kenapa perlu nak
merayu dan melutut
begini? Papa tak cakap
pun papa tak
bagi Khuzairi jaga
si comel ni. Papa
tak cakap pun
yang papa tak
bersetuju. Dengar sini Khuzairi, papa pun
tak sampai hati
nak hantar baby ni
ke rumah anak
yatim, dan kenapa kita
perlu nak menghantar
dia ke sana
sedangkan kita mampu
dan bertanggungjawab untuk
menjaga baby ni? Besar pahala
kalau kita jaga
dan didik anak
yatim ni, Khuzairi. Dahlah, jangan nak
menangis lagi. Papa dah
putuskan yang kita
sekeluarga akan jaga
si comel ni.
Kata-kata Datuk
Ghazali itu seakan-akan
meringankan bahu dan
fikiran Ghaz Khuzairi
yang berat memikul
bebanan sebentar tadi. Dia
sangat bersyukur dengan
keputusan papanya dan
dia sangat berterima
kasih dengan sokongan
keluarganya.
“Siapa nama
cucu mama yang
comel ni, Khuzairi?”
Tanya Datin
Irmanina sambil menepuk-nepuk
lembut si comel
yang merengek itu.
“Rania Arissa, ma.”
Jawab Ghaz
Khuzairi sambil tersenyum
gembira dengan penerimaan mamanya
pada si comel
itu.
“Eiii...
bestnyer ada baby comel
kat rumah ini. Untunglah mama
dan papa dapat
cucu express yang comel
macam Mak Su
Zati dia kan, Rania?”
Soal Izzati
Aisyah pada Rania
Arissa sambil tangannya
memicit lembut pipi
gebu si comel
itu. Jelas keceriaan di
wajah si gadis
tersebut menerima kehadiran si
manja bermata hazel itu.
“Eh,
Khuzairi…Mana botol susu
Rania ni? Kak Long
nak buatkan dia
susu, dah merengek- rengek dari
tadi tu. Dia lapar
susulah tu.”
Lantas Ghaz
Khuzairi bangun dan
keluar menuju ke
keretanya untuk mengambil
keperluan Rania Arissa. Lapang dadanya
hanya Allah saja
yang tahu. Dia tak
dapat membayangkan kalau
papa dan mamanya
tidak bersetuju dengan
permintaannya untuk menjaga
Rania Arissa. Syukur, Ya Allah! Bisik
Ghaz Khuzairi dalam
hati.
>>>>>bersambung
P/S: terasa macam tak betul jer bila menaip bab ni siap menanges segala :P
ala2 cedihnye,mula2 bab 1 ala mcm biase je ni, bab seterusnye x keruan mak sekejap, meleleh air mate ni...ape pown best..
ReplyDeleteDIDIE
Nina pun tak keruan nak menaip bab ni,DIDIE...
Deletebtw,thanks,didie darling :)
bestlah...crita nie akak.. ;)
ReplyDeletesegan kak nina..cite biase2 jer nisha..br blajar nk menulis bgai..hehe
Deletethanks,dear
tertarik dgn jalan cerita ni..terus jatuh cinta...best sgt3....akan jd salah satu my fav after this..will wait for the next entry...good karya...ada tak updated entry baru dlm fb..senang sy nk tahu kalau2 ada entry baru ke...
ReplyDeleteDear, thanks ya for reading TAS yg tak seberapa ni.btw,cite ni biase dr anganku yg ntah pape..hehhe
Deleteevery n3 l'll post to my fb Nina Harith. :)
Thanks,Shayanggg ~hugs~