ZEN FAHREEN menghela
nafasnya perlahan. Dia mengerling
ke kiri. Marleen, si kekasih
hati tampak begitu
lena dengan selimut
tebal yang membalut
tubuh langsing itu.Spontan
Zen Fahreen mengiringkan
tubuhnya ke kiri. Lalu
tubuh Marleen ditarik
lembut rapat dengan
tubuhnya dan dipeluk
dengan erat. Sesekali bibirnya
mengusik nakal ke
pipi dan leher
Marleen yang putih
gebu itu. Namun tubuh
Marleen tidak berkutik
sedikit pun tatkala
diusik begitu.
“Hey...penatnya dia.”
Bisik Zen
Fahreen perlahan ke
telinga perempuan itu. Sesaat
kemudian, tubuh Marleen direnggangkan
perlahan. Dia kecewa bila
tiada respon daripada
si kekasih yang
begitu lena tidurnya
itu. Barangkali Marleen terlalu
penat.
Buat
seketika, Zen Fahreen merenung
ke wajah putih
bersih Marleen. Perempuan yang
entah ke berapa
ditidurinya. Namun sejak meniduri
Marleen, dia tidak lagi
meniduri mana-mana perempuan
selain kekasih hatinya
itu. Dia hormatkan Marleen, kerana dia
adalah lelaki pertama
yang meniduri Marleen. Namun tidak
terlintas di benak
hatinya untuk menikahi
Marleen. Pada Zen Fahreen, cukuplah atas
dasar hormat itu
dia tidak menduakan
Marleen.
Lama Zen
Fahreen merenung ke
wajah lena Marleen. Tetapi fikirannya
sudah jauh menerawang
mengenangkan perbuatan terkutuk
itu.Selama ini, dia sedikit
pun tidak berasa
bersalah dengan perbuatan
kejinya itu. Malah dia
berasa seronok dan
puas.
Namun, entah
mengapa malam ini
hatinya disapa rasa
bersalah dan berdosa
dengan perbuatan zina
tersebut. Malah dia tahu
apa hukumnya jika dia meniduri
perempuan yang bukan
sah untuknya. Tiba-tiba jantung
seakan hilang rentak. Dan, hatinya gementar
tak terkata bila
memikirkan pembalasan di
atas perbuatannya itu
sekiranya dia tidak
sempat bertaubat.
Allah berfirman, maksudnya :
“ Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang buruk.”
“ Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang buruk.”
( Al-Isra : 32 )
Zen Fahreen
tahu apa balasan
bagi orang yang
melakukan zina. Bukan orang
tuanya tidak ajar
hal-hal agamanya kepadanya. Malah abahnya
merupakan seorang imam
masjid di kampungnya. Orang tuanya
itu sangat tersohor
dengan ilmu agama. Tapi
dia? Kalaulah orang tuanya
tahu tentang perbuatan
terkutuknya itu, silap hari
bulan mahu dia
dicincang lumat-lumat.
Garang abahnya itu
boleh tahan. Silap hari bulan abahnya
tak mengaku anak!
Peliknya,
bukan Zen Fahreen
tidak mampu untuk
bernikah. Malah lebih dari
mampu. Namun hatinya tidak
mampu untuk ke
arah itu. Alasannya mudah. Dia
belum bersedia untuk
memikul tanggungjawab di
dalam perkahwinan.
Lagi pun, bukan
dia yang terkejar-kejarkan perempuan
yang inginkannya. Mereka sendiri
yang sedia menyerah. Bukan dia
yang memaksa. Suka sama
suka. Masing-masing ada keinginan
yang sama.
Bila sebut
tentang perempuan, tiba-tiba fikirannya
teringat akan insiden
siang tadi. Serentak itu,
perasaan marahnya pada
perempuan itu membara
tiba-tiba.
AQEELA masuk
semula ke dalam
kereta. Pintu kereta di
bahagian pemandu itu
dihempas kuat. Hangin satu
badan bila Honda
Jazz miliknya buat
hal pulak. Tak pasal-pasal
dia tersadai di
tepi jalan yang
agak sesak ketika
itu.
Serentak itu, stereng
kereta dipukul berkali-kali. Aduhai, memang malang
betul kereta comel
itu mendapat tuan
yang kepala angin
seperti Aqeela ni. Tak
sudah-sudah badan comel
itu menjadi tempat
tuannya melempiaskan rasa
marah dan bengang.
Dengan hati
yang mendongkol marah, Aqeela
mencapai kasar beg
tangan Michael Kors
miliknya. Tangannya
meraba-raba kasar ke
dalam tote bag
yang persis poket
Doraemon itu. Maklumlah,
segala khazanah miliknya
dimasukkan ke dalam
beg tangan tersebut.
Selang beberapa
saat kemudian, dia mendail
nombor telefon Melinda. Besar harapannya
agar kakaknya itu
menjawab panggilan tersebut.
“Hello...
Kak Mel.”
Sapa Aqeela
dengan agak tergesa-gesa.
“Hmm... Assalamualaikum, Qeela.”
Lembut Melinda
bersuara, serentak memberi salam
menyindir adiknya yang
terlupa memberi salam
itu. Aqeela ni memang. Asik
kalut aje memanjang.
“Err...
Waalaikumussalam, Kak Mel.”
Balas Aqeela
dengan perasaan yang
termalu sendiri. Selalu terbabas
nak bagi salam. Bengang punya
pasal sampaikan dia
terlupa dengan ucapan
tersebut. Saat itu mahu
saja dia menghantukkan
kepala sendiri ke
stereng kereta. Haih, tak sudah-sudah
mahu menjahanamkan badan
keretanya itu.
“Hmm...
ada apa
Qeela call akak ni?”
Soal Melinda
dengan nada yang
sama. Suara lembut itu
selalu mendamaikan hati
siapa saja yang
mendengarnya.
“Err... Are
you busy, Kak Mel? I need
your help, sis.”
Tanya
Aqeela
dengan penuh harapan. Dalam masa
yang sama spontan
sebelah tangannya mengurut
dada. Lega bila Melinda
menjawab panggilan tersebut. Maklumlah, waktu pejabat
begini memang agak
payah Melinda menjawab
panggilan telefon. Akauntan seperti
kakaknya itu memang
sibuk aje memanjang.
“Yeah... I’m
busy right now. But
why you asked? Qeela ada problem
ke?”
Prihatin Melinda
bertanya. Walaupun dia sibuk
ketika itu, namun dia
cuba mencari ruang
untuk melayan panggilan
adiknya. Mendengar Aqeela mengeluh
saat itu, hati Melinda
disapa risau tiba-tiba.
“Kereta Qeela
tiba-tiba breakdown. Qeela dah tersadai
kat tepi highway
ni. Kak Mel
boleh datang rescue tak?”
Jelas Aqeela sambil
sebelah tangannya menyeka
pula peluh di
dahi. Apalah malang nasibnya
tersadai di tepi
jalan dengan cuaca
yang membahang panas
begini.Nasib baiklah kereta
yang buat hal. Kalau
orang yang buat
hal, mahu saja dilempang
laju-laju.
“La,
kesiannya adik akak
ni. Tapi akak ada meeting
penting sekejap lagi, Qeela...”
“Kak
Mel ni sampai
hati tau! Kak Mel
pentingkan meeting tu dari
Qeela ni...”
Belum
sempat Melinda menghabiskan
kata-katanya, laju pula Aqeela
memotong penjelasan kakaknya
itu. Terusik hatinya bila
Melinda tidak dapat
membantunya. Pada siapa lagi
dia nak harap
menolongnya kalau bukan
dengan Melinda. Saat itu, perasaan
bengang dan marah
tadi tiba-tiba disapa
rasa pilu pula. Sentimental pulak
hatinya kali ini.
“Please
understand me, Qeela.
Kalau boleh, akak memang
nak tolong, Qeela. Hmm... macam ni
jelah. Akak cuba call kawan
akak. Dia tu mekanik.”
Cadang Melinda
yang sememangnya prihatin
dengan masalah Aqeela. Saat
itu, dia sedaya upaya
mahu membantu adiknya.
“Please...
call kawan Kak
Mel tu. Qeela dah
tak tahan melangut
kat sini. Panas giler,
kak.”
Ujar Aqeela
berbaur merayu pada
Melinda. Dalam masa yang
sama hatinya sedikit
lega bila Melinda
punya kenalan yang
seorang mekanik. Bolehlah mekanik
tu nanti datang
periksa keretanya yang
rosak itu.
“Okey,
dik... Akak nak call dia
dulu, ya.”
“Thanks,
Kak Mel. Apa-apa jangan
lupa call Qeela balik, tau!”
“Hmm...
okey.”
Sudah hampir
setengah jam Aqeela
duduk melepak di
keretanya. Jam di tangan
sudah menunjukkan pukul
2:10 petang. Beberapa minit
yang lalu Melinda
sudah memaklumkan kepadanya
yang mekanik tersebut
dalam perjalanan untuk
datang membantu.
Bahang panas
semakin terasa. Aqeela semakin
bosan dan tidak
selesa duduk melangut
di dalam keretanya. Lalu dia
memutuskan untuk melepak
di bawah pokok
yang rendang di
tepi jalan tersebut. Elok juga
dia melepak di
bawah pokok tersebut. Selesalah jugak
dengan angin sepoi-sepoi
bahasa yang menyapa,
menyejukkan sikit hatinya
yang agak ‘membara’
ketika itu.
Aqeela mengalihkan
pandangannya ke arah
jalan raya. Melihat kereta
yang tidak putus-putus
melalui jalan tersebut
melegakan sedikit hatinya. Mana
tahu ada yang
berniat jahat padanya, senang dia
minta bantuan. Namun dia
bukanlah seorang yang
penakut. Kadang-kadang orang yang
takut kepadanya. Cuma dalam
situasi begini, dia hanya
mahu berjaga-jaga dengan
orang yang tidak
dikenalinya. Maklumlah,
sekarang ni macam-macam
kes jenayah berlaku.
Leka Aqeela
termenung menunggu,
kelihatan sebuah BMW
5 series berhenti
di belakang Honda
Jazz miliknya. Kemudian,
seorang lelaki yang
segak dan kemas
mengenakan pakaian pejabat
keluar dari kereta
tersebut. Kaca mata hitam
yang dipakai lelaki
tersebut menambahkan lagi
peratus kesegakkannya.
Terlopong mulut
Aqeela dek terkejut
melihat lelaki tersebut.
Mahu terjatuh anak
matanya kerana tidak
percaya dengan pemandangan
yang begitu ‘indah’
menjamunya ketika itu. Mahu
saja dia menampar-nampar wajah
sendiri, masih tidak percaya
dengan apa dilihatnya.
“Ni ke
abang mekanik kawan
Kak Mel tu?Giler
kacak! Segak dan
kemas pulak tu. Biar
betul akak aku
ni, mana entah dia cekau mekanik
stok retis ni?”
Omel Aqeela
dengan hatinya tertanya-tanya. Namun dia
yakin itulah mekanik
yang dihantar oleh
kakaknya tatkala melihat
lelaki kacak itu
beria-ia memerhati kereta
Honda Jazz miliknya
itu. Lagak lelaki itu
persis seorang mekanik
yang begitu prihatin
dengan masalah kereta
tersebut.
Lama Aqeela
memerhati tingkah lelaki
segak itu yang
masih membelek-belek Honda
Jazz tersebut. Macam disuruh-suruh
pulak memeriksa keadaan
kereta tersebut. Dalam masa
yang sama, hatinya masih
tidak percaya lelaki
yang kacak bergaya
itu seorang mekanik. Sumpah, dia kurang
percaya! Hesy, dari mana pulak
kakaknya ‘ceduk’ yang
segak bergaya tu? Teringin
pulak hatinya untuk
ke bengkel milik
abang mekanik yang
bergaya ni. Pasti gempak
macam tuannya jugak!
Setelah puas
memerhati keadaan kereta
tersebut, Zen Fahreen melangkah pula
ke arah Aqeela
yang masih setia
berdiri di bawah
pokok. Dahinya berkerut sedikit
tatkala melihat riak
wajah Aqeela yang
seakan terkejut memandangnya. Namun bibir
nipis itu menguntum
senyum pula pada
Aqeela. Gadis muda itu
tampak menawan walaupun
ringkas dengan skinny jeans
dan blaus bercorak
polkadot di tubuh
langsing itu. Paling menawan
pancainderanya adalah rambut
lurus milik si
gadis yang panjangnya
melepasi bahu.
“Alahai...
anak dara siapa
pulak yang berani
melepak di tepi
jalan ni?” Sempat hatinya
berbisik hairan. Bibirnya tetap
setia menguntum senyum
pada si gadis
di hadapannya itu.
Dan,
dada Aqeela terasa
sendat tiba-tiba tatkala
melihat senyuman nipis
yang manis itu. Aduhai... jantungnya serasa
nak gugur aje
ketika itu. Janganlah disebabkan
senyuman manis itu
dia pengsan di
sini!
“Kereta awak
rosak ke?”
Lembut suara
Zen Fahreen bertanya. Siap menayangkan
wajah yang begitu
prihatin pada Aqeela. Dengan anak
dara yang menawan
begini kenalah dia
prihatin sikit.
Mendengar suara
garau itu bertanya, segera Aqeela
mendongak. Mahu tak mendongak, mamat di
hadapannya itu tingginya
boleh tahan dengan
badan tegap bagai. Dah
serupa model pun
ada.
Kenapalah mamat
berkumis nipis yang
handsome ni jadi
mekanik?Kan bagus dia
jadi model atau retis , aje?Pakej dah
ada dah tu.”
Sempat lagi
Aqeela bermonolog sendiri
bila melihat fizikal
yang indah di
hadapannya itu.Tidak sudah-sudah
hatinya memuji.
“Err...
ha’ah, rosak. Abang ni kawan
Kak Mel, ya?Abang mekanik
yang kakak saya
suruh datang sini
untuk check kereta tu?”
Balas Aqeela
sambil menjuihkan bibirnya
ke arah kereta
Honda Jazz yang
tersadai di bahu
jalan itu.
Zen
Fahreen jadi bingung
tiba-tiba bila mendengar
pertanyaan si gadis
di hadapannya itu. Bila
masa pulak dia
jadi kawan Kak
Mel ni? Eh, entah-entah minah
ni tak berapa
nak betul agaknya.
“Kak Mel? Abang
mekanik? Awak merepek apa
ni?”
Soal Zen
Fahreen sedikit serius. Sentap pulak
dikata mekanik. Sejak bila pulak dia
jadi mekanik ni? Minah
ni mata letak
kat kaki ke?
“Habis,
awak ni
siapa? Kalau bukan abang
mekanik, dah tu kenapa
sibuk bertanya? Kenapa sibuk-sibuk
nak tengok kereta
saya tu?”
Sinis Aqeela
bertanya. Matanya membulat memandang
tajam pada Zen
Fahreen. Hangin pulak bila
dikata merepek. Hilang
sudah mood terujanya yang
tidak sudah-sudah memuji
ketampanan lelaki itu
tadi.
“Eh,
cik adik
manis. Agak-agaklah nak kata
saya ni abang
mekanik awak tu. Saya
hanya bertanya dan
cuba nak bantu,
kut awak perlukan
bantuan. Salah ke saya
nak tolong awak? Takkan
itu pun nak
marah-marah?”
Ujar Zen
Fahreen dengan nada
yang sama. Hairan pulak
hatinya bila gadis
itu melenting tiba-tiba. Dia ikhlas
nak menolong. Salah dia
ke?Atau dalam badan
minah tu memang
ada hantu? Mudah betul
nak melenting. Muka je
lawa.Tapi sayang, kepala angin! Menyesal pulak
dia memuji minah
kerek itu manis
tadi.
“Eh? Baik pulak
awak ni ya? Entah-entah awak
ada niat yang
tak baik pada
perempuan macam saya
ni? Dah, jangan banyak sembang
pulak kat sini.
I don’t
need you to
help me. So, better you
make a move
from here.”
Aqeela
sudah separuh menengking. Baran pulak
bila lelaki itu
seolah-olah menyalahkannya pula. Ingat
dia ingin sangat
ke dengan bantuan
tersebut? Dalam masa yang
sama dia tidak
berminat untuk melayan
lelaki yang tidak
dikenalinya itu. Risau jika
lelaki tersebut berniat
serong terhadapnya. Dalam situasi
begini, dia perlu berhati-hati
untuk menerima bantuan
dari mana-mana orang
yang tidak dikenali.
“Awak ni
perempuan yang tak
betul agaknya. Siap melalut
tuduh saya yang
bukan-bukan. Saya ikhlas nak
membantu. Lagi pun awak
tu perempuan. Bahaya sensorang
kat sini. Sombong betul
awak ni, ya?”
Zen
Fahreen membalas geram. Tajam
matanya membalas renungan
perempuan di hadapannya
itu. Yang peliknya riak
wajah itu sedikit
pun tidak gentar
padanya. Dan, baru dia perasan. Wajah perempuan
sombong dan kasar
itu seperti dia
pernah berjumpa saja
sebelum ini. Serentak itu
fikirannya menerawang cuba
mengingati siapa gerangan
di hadapannya itu.
Client dia kah?Atau
yang pernah menjadi
skandalnya sebelum ini? Aduhai... inilah masalahnya
kalau perempuan keliling
pinggang!
Pangggg....
Terhenti lamunan
Zen Fahreen bila
satu tamparan yang
agak kuat singgah
ke wajahnya. Tergamam dia
tiba-tiba serentak tangannya
menyentuh ke wajahnya
yang perit itu.
“Hei! Kau ni
gila ke apa? Apa hal kau
tiba-tiba nak lempang
aku pulak ni?”
Jerit Zen
Fahreen. Dia sudah angin
satu badan. Kasar sudah
bahasanya pada Aqeela. Jika
tidak mengenangkan yang
menamparnya itu adalah
perempuan, sudah pasti penampar
itu dibalasnya dengan
penumbuk.
“Adehhh!
Anak siapalah yang gila ni? Minah
ni dari planet
mana suka-suka nak
melempang orang? Kuat pulak
itu. Silap hari bulan
boleh serong sebelah
muka aku ni. Dasyat
betul dia ni.”
Bebel Zen
Fahreen di dalam
hatinya. Tangannya masih mengusap-usap
wajahnya yang perit
itu.
“Kau tu
yang gila! Yang kau
tenung-tenung muka aku
tu, kenapa? Dasar lelaki gila. Baik
kau berambus dari
sini sebelum aku
belasah kau lagi
teruk dari ni.”
Amboi!
Kuat pulak si Aqeela ni. Ada
hati nak membelasah
si badan sasa
yang tinggi lampai
itu. Berani betul dia
ni.
Namun,
belum sempat Zen
Fahreen membalas kata-kata
kasar itu, kelihatan sebuah
Proton Wira berhenti
di bahu jalan. Serentak Zen
Fahreen dan Aqeela
terarah pada kereta
tersebut. Pada firasat zen
Fahreen, mungkin itu abang
mekanik yang dimaksudkan
oleh perempuan sewel
yang kurang ajar
itu.
Lalu dia
memutuskan untuk beredar
dari situ. Malas mahu
melayan perempuan sewel
tersebut. Silap hari bulan, dia
boleh tersewel sama.
“Seumur hidup
aku tak pernah
jumpa perempuan yang
gila macam kau ni.
Dahlah gila sewel, sombong pulak
tu. Malanglah siapa lelaki
yang dapat kau
ni.”
Sempat Zen
Fahreen bersuara menyindir. Cuba menyakitkan
hati Aqeela. Lalu dia
mengatur langkah yang
panjang untuk berlalu
dari situ. Sesak dadanya
dengan layanan ‘istimewa’
daripada perempuan itu. Hari
ini menjadi sejarah
di dalam hidupnya. Tidak pernah
wajah kacaknya itu
ditampar oleh mana-mana
perempuan di luar
sana. Malah wajah inilah
yang menjadi dambaan. Cis!Dasar perempuan
gila. Menyesal dia singgah
tadi.
“Perempuan malang
manalah yang dapat
lelaki bajet bagus
macam kau tu.”
Aqeela pula
tidak mahu mengalah. Kuat suaranya
menyindir Zen Fahreen. Sengaja mahu
lelaki itu mendengar
kata-kata sinisnya itu.
Zen Fahreen
yang ingin membuka
pintu keretanya, spontan menjeling
tajam pada Aqeela. Bertambah sakit
hatinya bila melihat
Aqeela menayangkan wajah
seakan mengejek padanya.
“Gila!
Muka je
lawa. Tapi perangai mengalahkan
babun hutan aje. Dasar
perempuan sewel!”
Bisik Zen
Fahreen lalu dia
melolos masuk ke
dalam kereta.
“Sayang...
You termenung apa
ni? Kenapa tak tidur
lagi?”
Suara serak
yang manja bertanya
itu menyedarkan Zen
Fahreen yang terkenangkan
peristiwa siang tadi. Segera
dia memandang pada
Marleen yang tersenyum
manis padanya. Melihat senyuman
itu, hatinya menjadi tenang
tiba-tiba. Hilang sudah perasaan
sakit hati pada
perempuan yang ditemuinya
siang tadi.
Zen
Fahreen tidak bersuara
menjawab. Sebaliknya tangan kasar
itu membelai-belai wajah
Marleen.
“Kita menikah
ya, Zen? I dah tak
sanggup untuk terus
menanggung dosa dengan
apa yang kita
lakukan ni. Kita menikah
ya, sayang?”
Marleen kembali
bersuara. Walaupun manja dia
menyatakan hasrat itu, namun
kata-kata itu mematikan
tingkah Zen Fahreen
yang membelai-belai wajahnya.
Zen Fahreen
masih tidak bersuara
membalas. Wajah Marleen hanya
dipandang dengan perasaan
yang berbolak-balik. Saat itu dadanya terasa
sesak tiba-tiba. Baru tadi
dia memikirkan perkara
yang sama. Sampai bila
dia harus bergelumang
dengan dosa di
atas perbuatannya yang
terkutuk itu?
Namun yang
menghairankannya, kenapa
malam baru sekarang
dia dan Marleen
memikirkan tentang dosa
itu? Adakah kerana Tuhan
telah membuka sedikit
hati mereka untuk
berubah dan bertaubat? Namun, bila memikirkan
tanggungjawab dalam perkahwinan, hatinya seakan
tertutup. Dia belum bersedia
untuk memikul tanggungjawab
sebagai ketua keluarga.
Ketahuilah,
Zen Fahreen... pernikahan itu
bertujuaan untuk mengelak
berlakunya perbuatan zina. Kerana, hanya dengan
sebuah ikatan pernikahan
itu menghalalkan hubungan
lelaki dan perempuan
yang bukan muhrim.
Bertaubatlah,
Zen Fahreen selagi
ada peluang dan
kesempatan untuk bertaubat. Tinggalkanlah perbuatan
zina, dan menikahlah.
Bersambung....
p/s: Thanks a bunch for reading,lev :)
xxx NiNa xxx
Best 3x nak lagi
ReplyDeleteInsha Allah..nnt Nina up lagi entry ya.
DeleteThanks for reading,dear ~hugs~
Bestttt....nk lgggg
ReplyDeletetengkiu :)
DeleteAkak best...... bila nak sambung........
ReplyDeleteKak Nina dah sambung Bab 2...nnt baca ya. thanks :)
DeletePermulaan yg best..
ReplyDeleteKak Nitasha Ari