LEKA Zen
Fahreen memandang jauh
ke halaman yang
luas di hadapannya
itu. Suasana yang nyaman
dan sapaan angin
yang bertiup lembut
ke wajahnya sedikit
memberi ketenangan.
Sememangnya suasana yang
damai seperti di
kampungnya ini adakalanya
membuatkan dia malas
untuk kembali ke
kota.
Melihat halaman
yang luas itu, fikirannya terkenang
pula pada zaman
kanak-kanaknya. Zaman yang menyimpan
seribu kenangan suka
dan dukanya. Di halaman
itulah abahnya pernah membelah
sebiji bola gara-gara
dia dan tiga
lagi abangnya leka
bermain tanpa menghiraukan
waktu Maghrib hampir
menjengah ketika itu.
Suara emaknya, Hajjah Khadijah
yang memanggil pulang
ketika itu tidak
diendah sama sekali. Sebaliknya dia
dan abang-abangnya semakin
leka bermain. Jenuh memanggil
dan membebel, emaknya masuk
semula ke rumah. Namun, selang beberapa
minit kemudian keluar
pula abahnya, Haji Mazlan. Siap
membawa sebilah parang
bersama. Habislah!
“Dah nak
Maghrib ni tak reti-reti nak
balik mandi? Apa nak
jadi dengan kamu
semua ni, hah?”
Marah betul
Haji Mazlan ketika
itu. Sikap tidak peduli
anak-anaknya membuatnya angin
satu badan. Anak-anak jiran tumpang sekaki
bermain terus bertempiaran
lari dan balik
ke rumah masing-masing. Masing-masing kecut
perut mendengar suara
persis tarzan itu. Seriau
pun ada bila
melihat guru besar
tersebut membawa sebilah
parang. Baik cabut cepat. Kang
ada jugak yang
kena penangan parang
tu karang!
Spontan Zen
Fahreen dan abang-abangnya berhenti
bermain tatkala mendengar
suara serius Haji
Mazlan. Masing-masing hanya membatukan
diri. Dalam masa yang
sama, masing-masing seram melihat
sebilah parang di
tangan kasar itu. Dasyat
pulak abahnya kali
ini. Siap berparang bagai. Siapa yang
tak kecut perut
melihatnya.
Haji Mazlan
a.k.a Cikgu Mazlan, walaupun dia
bukanlah jenis yang
memukul anak, namun suara
yang meninggi persis
tarzan itu sudah
cukup membuat anak-anaknya
menikus takut.
Melihat anak-anak
sudah mematung di
hadapannya, Haji Mazlan mencapai
bola yang kebetulan
di kaki Zen
Fahreen. Dengan selamba, dia membelah
bola tersebut. Dah serupa
membelah tembikai pun
ada. Terkebil-kebil mata anak-anaknya
dengan tingkah lelaki
itu. Masing-masing takut untuk
bersuara walaupun mereka
tidak berpuas hati
bila bola kesayangan
mereka itu menjadi
‘mangsa’ Haji Mazlan. Aduhai... dah kenapa
pulak bola tak
berdosa itu menjadi
korban?
“Lain kali
bila dah nak
Maghrib, pergilah balik mandi. Lepas
tu bersiap-siap untuk
solat dan mengaji. Ini
tidak, main tu macam
esok tak boleh
nak sambung bermain.”
Bebel Haji
Mazlan lagi. Bola yang
sudah kemek dibelah
dua itu dilemparkan
pula di hadapan
anak-anaknya yang berdiri
sebaris itu. Pandai pulak
tu berdiri sebaris. Macam berpakat
pun ada budak-budak
ni.
“Alaaa...
kenapa abah belah
bola tu? Habis esok
kitaorang nak main
macam mana?”
Tiba-tiba Den
Ferdaus berani bersuara. Anak sulung
Haji Mazlan itu
tidak berpuas bila
bola tersebut dibelah
abahnya. Buat penat aje
dia kumpul duit
untuk membeli bola
tersebut. Abahnya pulak senang
aje nak merosakkan
bola tu. Dah tu
mana dia nak
cekau duit untuk
menganti bola tersebut? Nak
mintak pada abah? Memang
taklah! Sebab, abah bukan
jenis yang memanjakan
anak-anak dengan wang
ringgit. Kalau nak sesuatu, kena
usaha sendiri!
“Aik?
Kamu nak
salahkan abah pulak, Den? Sebelum ni
abah dah banyak
kali pesan, balik rumah
sebelum Maghrib!Balik mandi, lepas
tu bersiap-siap untuk
solat dan mengaji. Sepatutnya kamu
yang sulung, harus tunjuk
teladan yang baik
pada adik-adik kamu. Dah
tahu nak Maghrib, ajaklah dorang
ni balik! Ini tidak, kamu
sama naik je
dengan adik-adik kamu tu.”
“Tapi abah
janganlah rosakkan bola
tu...”
“Dah,
jangan pulak kamu
nak menjawab. Jangan nak
tayang muka tak
puas hati kamu
tu pada abah. Sudah! Sekarang ni
baik kamu semua
pergi naik dan
mandi.”
Serius Haji Mazlan bersuara, memotong Den
Ferdaus yang bersuara
membalas. Geram pulak anaknya
bujangnya itu menjawab.
Den
Ferdaus terus terdiam
mendengar suara yang
separuh meninggi itu. Begitu
juga dengan adik-adiknya, semakin kecut
perut dengan suara
kasar itu. Lalu, mereka segera
melangkah untuk naik
ke rumah. Walaupun masing-masing
masih tidak puas
hati dengan nasib bola
tersebut, namun mereka tetap
patuh dengan arahan
Haji Mazlan. Melawan lagi
kang, tak pasal-pasal ada
yang hilang kepala.
Zen
Fahreen yang ingin mengatur langkah
sempat mencapai bola
yang sudah kemek
itu. Lalu bola tersebut
dihulurkan pada Den
Ferdaus yang berjalan
beriringan dengannya. Dia mengerti,
Den Ferdaus sayangkan
bola tersebut.
“Abang Den... Nanti
Abang Den gam
ajelah bola ni. Lagi
pun rumah kita
kan ada sellotape,
boleh sambung bola
rosak ni dengan
sellotape. Esok boleh
kita main bola
ni lagi, Abang Den.”
Polos si adik bongsu
mencadangkan pada Den
Ferdaus. Tak padan dengan
usianya enam tahun, pandai
pulak nak bagi
cadangan yang entah
apa-apa tu.
Zam Fareez
dan Ram Fazreen, si
kembar yang berjalan
di hadapan tiba-tiba
tergelak besar sebaik
mendengar cadangan dari
si adik bongsu.
Den Ferdaus
mendengus geram. Sakit pulak
hatinya bila mendengar
si kembar yang
bergelak sakan. Namun, dia hanya
mampu menahan sabarnya. Mujurlah yang
mencadangkan itu adalah
si adik bongsu. Jika
Zam Fareez dan
Ram Fazreen, memang nak
kena tibailah jawabnya.
Haji Mazlan
yang masih berdiri
di situ tiba-tiba
menguntum senyum. Tercuit hatinya
mendengar idea anak
bongsunya itu. Aduhai, yang bongsu
ni boleh tahan
jugak nakalnya. Tak padan
dengan usianya yang
masih kecil tu. Apa
sahaja yang abang-abangnya buat, pasti
dia mengikut sama.
Saat itu
Haji Mazlan hanya
mampu menggeleng-gelengkan perlahan
kepalanya bila memikirkan
perihal si bongsu
itu. Senyuman masih tersungging
di bibirnya seraya
matanya setia memerhati
langkah anak-anaknya yang
sudah meniti tangga
rumah. Aduhai, anak-anak abah!
Zen Fahreen
menguntum senyum yang
lebar bila terkenangkan
memori zaman kanak-kanaknya itu. Memori
yang begitu indah
bila dikenangkan semula. Nak
tergelak pun ada
bila dia teringat
tentang cadangannya pada
Den Ferdaus. Boleh pulak
dia suruh abangnya
gam atau sambungkan
saja bola tersebut
dengan sellotape.
“Amboi...
bukan main lagi
lebar senyum dia. Apa
yang difikirkan tu
sampai tersenyum sorang-sorang, Zen?”
Suara yang
lembut menyapa itu
mematikan senyuman Zen
Fahreen. Segera dia berpaling. Dan bibirnya
kembali mengukir senyum
bila melihat seraut
wajah tua yang
sarat dengan kasih
itu.
“Hmm...
Tak ada
apa-apalah, mak. Entahlah, mak. Tiba-tiba Zen
teringat kisah masa
kecik-kecik dulu. Rindu pulak
pada zaman nakal
dulu tu, mak.”
Lembut Zen
Fahreen bersuara membalas. Bibirnya masih
menguntum senyum sambil
matanya memandang kasih
ke wajah tua
yang banyak berjasa
itu. Dia pernah berkongsi
nyawa dengan wanita
di hadapannya itu. Wanita
yang mengandung dan
melahirkan serta membesarkan
juga mendidiknya dengan
kasih sayang.
Tenang hati
dan damai jiwanya
tatkala melihat wajah
emaknya yang tersenyum
senang itu. Lebih tenang
dari dia menghayati
keindahan alam di
sekitar rumah orang
tuanya sebentar tadi.
“Alahai, nak... Mak ni
kalau mengingatkan balik
zaman nakal kamu
tu,mahu sendat dada
mak ni dibuatnya. Nakal kamu
tu mengalahkan nakal
abang-abang kamu yang
lain. Tapi, syukurlah... bila
dah besar panjang
macam ni, anak mak ni menjadi
‘orang’. Berjaya hidupnya macam
anak-anak mak yang
lain.”
Zen Fahreen
tersenyum pahit. Tersentak mendengar
bicara emaknya. Aduhai, bondaku. Agaknya emaknya
mampu tersenyum ke
tidak jika tahu
yang anak bongsunya
itu lebih ‘nakal’
dari Zen Fahreen
di zaman kanak-kanak. Apa agaknya
perasaan emaknya bila
mendapat tahu dia
mengangkut anak dara
orang ke tempat
tidur? Boleh kena pelangkung
agaknya. Silap hari bulan
boleh lemah jantung
orang tua tu
nanti.
“Eh, Zen...Dah kenapa
pulak senyap ni. Hmm... jomlah kita
ke dapur, bersarapan. Mak buatkan
nasi goreng kesukaan
kamu, Zen.”
Hajjah Khadijah
kembali bersuara. Namun hatinya
hairan bila anak
bujangnya itu tiba-tiba
mendiamkan diri. Pelik pulak
dengan reaksi anaknya
yang seperti terkelu
untuk bersuara membalas
bicaranya.
Mendengar bicara
tersebut, Zen Fahreen hanya
mengangguk patuh. Lalu
dia mengikut langkah
Hajjah Khadijah untuk
ke ruang dapur. Entah
kenapa saat itu
lidahnya bagaikan terkelu
untuk bersuara. Rasa bersalah
menyelubungi hatinya saat
itu. Saat itu juga
dadanya terasa sesak
bila mendengar kata-kata
emaknya yang berbaur
bangga kepadanya. Oh, mak...
anak mak
ni ‘nakal’ sebenarnya, mak!
“Abah mana, mak? Zen tak
nampak dia pun
pagi,ni?”
Soal Zen
Fahreen yang sudah
duduk di meja
makan. Tangannya menyambut pula
pinggan berisi nasi
goreng yang dihulurkan
oleh Hajjah Khadijah
padanya. Bila dah duduk
bersarapan ni, baru dia
teringat pada abahnya.
“Ermm...
abah kamu tu
ke mana lagi, Zen
kalau tak ke
kebun.”
Terang Hajjah
Khadijah seraya menuangkan
pula Teh O
ke cawan anak
bujangnya itu. Itulah rutin
suaminya selepas bersara
sebagai guru besar. Begitu
juga dengan dirinya
yang juga seorang
guru yang sudah
bersara.
“La...
kenapa tak kejutkan
Zen tadi?Boleh Zen
ikut sekali. Tolong abah
di kebun tu.”
Hajjah Khadijah
mencebikkan bibirnya.
Hatinya tidak tercuit
sedikit pun dengan
bicara anaknya yang
konon prihatin itu. Sempat
lagi matanya mengerling
pada anak bujangnya
yang leka bersarapan.
“Hmm...
nak kejutkan kamu
solat subuh
pun payah. Apatah lagi
nak bangunkan kamu
untuk ke kebun? Dah
besar panjang macam
ni pun masih lagi
liat nak bangun
subuh. Agaknya di KL
sana, entah solat ke
tidak anak mak
ni.”
Hajjah Khadijah
tiba-tiba membebel. Bukan dia
tidak tahu yang
anak bujangnya ni
liat bab solat. Entah
apa nak jadi
dengan si Zen
ni. Dah tua bangka
macam ni pun
perlu disuruh-suruh untuk
bersolat. Bukankah sedari kecil
lagi anak itu
diasuh menjaga solatnya? Entah di
mana silapnya, sejak melanjutkan
pelajaran di luar
negara anaknya itu
seperti culas dengan
perintah Allah yang
wajib dikerjakan itu. Lalai
dengan tuntutan duniawi
sehingga perkara wajib
itu dipandang remeh.
Zen Fahreen
tersentap mendengar pertanyaan
emaknya. Alahai, mak ni! Dia baru
aje nak berlagak
jadi anak mithali. Dah
kena sedas. Macam tau-tau
aje yang anaknya
ni liat bab
solat. Pendek kata, solat depan
mak abah aje.
“Ehemm... err...solat, mak. Zen tak
lupa solat, mak.”
Balas Zen
Fahreen sedikit gugup. Spontan pula
dia mencapai cawan
berisi Teh O
di hadapannya, lalu dihirup
perlahan. Cuba menutup rasa
gugupnya. Nanti tak pasal-pasal
emaknya tahu yang
dia mengauta.
“Tapi solat
sunat Jumaat ajelah, mak.”
Nakal hatinya
berbisik.
“Jangan iyakan
aje, Zen. Tapi buatnya tidak.Tak
guna kita hidup
ni kalau tak jaga solat
kita. Rezeki dari Allah
kita nak. Tapi perintah-Nya
kita abaikan pula. Sebagai
orang tua, mak nasihatkan
Zen... tiada yang penting
di dalam hidup
kita melainkan ketakwaan
kita pada Allah.”
Zen
Fahreen hanya mengangguk
perlahan. Tanda fahamlah konon
dengan bicara emaknya
itu. Baik dia diamkan
diri. Menjawab kang, makin panjang
pulak tazkirah emaknya
nanti.
“Hah,
Zen… Mak ada benda
nak tanya Zen
ni.”
“Mak nak
tanya apa, mak?”
Soal
Zen Fahreen lalu
memandang ke wajah
tua di hadapannya
itu.
“Kamu ni
bila lagi nak
menikah, Zen? Abang-abang
kamu tu, semuanya dah
berkeluarga. Cuma anak mak
ni je yang
tak nampak nak
ke arah itu. Tak
ada calon ke, Zen?”
Lembut Hajjah
Khadijah bertanya. Namun wajahnya
mempamerkan riak yang
risau. Mahu tak risau, anak
bujangnya ini tidak
pernah menyuarakan padanya
untuk mengakhiri zaman
bujangnya itu. Jangan anaknya
itu ‘songsang’ sudah! Orang
sekarang ni bukan
boleh percaya. Kadang-kadang badan
saja tegap, muka aje
kacak tapi ‘songsang’. Nauzubillah!
“Hesy,
mak ni…
macam dah tak
ada benda lain nak tanya. Bila
Zen balik aje, itulah
soalan wajib mak
bertanya. Zen tak ready lagilah, mak.”
Jawab Zen
Fahreen malas. Bosan pulak
dengan topik nikah
kahwin ni.
“Ya Tuhan! Umur
Zen tu dah 33 tahun. Tak
ready apanya, Zen? Kalau Zen
tak ada calon, mak
ada calon untuk
Zen. Anak Haji Daud
yang mengajar di
sekolah menengah kampung
kita ni. Dia tu
ustazah, Zen. Sesuai
sangatlah dibuat calon
isteri. Itu pun kalau
Zen setuju.”
Zen Fahreen
yang sedang menghirup
Teh O itu
hampir tersedak mendengar
calon isteri yang
bukan calang-calang kriterianya. Anak pak
aji mana pulak
yang mak dia
petik ni? Ustazah pulak
tu! Mak ni biar
betul? Takkan dia nak berkahwin dengan
ustazah kut? Cukuplah ada
‘ustazah’ sorang kat
rumah ni… yang duduk
di depan dia
sekarang. Jenuhlah dia nak
menadah telinga mendengar
tazkirah aje nanti.
“Ermm…
ustazah tu mak. Takkan
Zen nak kahwin
dengan ustazah kut, mak?
Ujar Zen
Fahreen perlahan. Nadanya bersuara
seperti tidak bersetuju
dengan calon isteri
yang dicadangkan.
“La, dah kenapa
pulak? Eloklah kalau ustazah. Erm… tapi, kalau Zen
tak nak ustazah, mak
boleh cari calon
lain pulak.”
Cadang Hajjah
Khadijah lagi. Harapannya moga
anak bujangnya itu
bersetuju.
“Errr…tak apalah, mak. Pasal calon
tu, biarlah Zen sendiri yang
carikan. Kalau memang tak
jumpa jugak, baru Zen
mintak tolong mak
carikan.”
Sopan Zen
Fahreen menolak. Anak bujang
mak ni bukannya
tak ada calon. Perempuan keliling
pinggang. Cuma menikah aje
tak mahu!
“Hah, yalah.
Kalau ada calon
tu, bawaklah dia jumpa
mak abah. Nak jugak
kenal dengan bakal
menantu mak tu. Bab
jodoh ni Zen, jangan
memilih sangat. Jangan terlalu
mahu yang sempurna
kalau kita sendiri
tak sempurna mana. Asalkan
dia tahu tanggungjawab
dia, sanggup bersama dengan
kita masa susah
dan senang. Zen kena
ingat, jodoh yang baik
tu datangnya dari
Allah. Rajinlah berdoa selepas
solat tu. Mintak pada
Dia jodoh yang
baik-baik. Tapi jangan tahu
nak mintak aje, kalau
sendiri tak berusaha
untuk berubah menjadi
baik.”
Hajjah Khadijah
bertazkirah lagi. Beria-ia menasihatkan
Zen Fahreen. Sengaja dia menyebut ‘berdoa selepas solat’
di dalam bicaranya
tadi. Harapannya. agar Zen
Fahreen mengerti di sebalik
maksud tersirat bicara
tersebut.
Solat itu
tiang agama, Zen! Tak guna
kita hidup di dunia
ni jika kita
tidak patuh pada suruhan Allah. Jangan
reti nak solat
depan mak abah aje,
Zen!
“Insha Allah, mak. Zen akan
ingat pesan mak
tu.”
Balas Zen
Fahreen perlahan. Konon ambil
peduli dengan bicara
tersebut. Saat itu, dia seperti
anak mithali saja
lagaknya. Walhal hati sudah
panas bila emaknya
tidak sudah-sudah menyindirnya
dalam diam. Jika tidak
mengenangkan yang mentazkirahnya ketika
itu adalah emaknya
sendiri, sudah lama dia
bangun dari duduknya. Mana tahan, asik
kena ‘tembak’ aje!
“Alhamdulillah, baguslah kalau
macam tu. Hah, lagi satu
mak nak pesan. Jangan
sesekali mempermainkan atau
merosakkan anak dara
orang. Kalau dah berkenan, bawak dia
jumpa emak. Tahulah mak
nak uruskannya. Zen kena
ingat, jangan bagi harapan
pada perempuan kalau
Zen tak berniat
mahu jadikannya isteri. Don’t you
hurt the hearts
of woman, because your
mom is woman
too. Ingat Zen, mak tak
pernah ajar anak-anak
mak buat benda
tak baik pada
orang terutamanya pada
perempuan. Sebelum kita nak
menyakiti atau buat
yang tak baik
pada perempuan itu,
Zen kena ingat
betapa susahnya si
ibu mengandungkan serta
melahirkan dia ke
dunia yang mana
bukan untuk disakiti
atau dirosakkan. Mak harap
Zen menghormati seorang
perempuan itu sebagaimana
Zen menghormati diri
mak.”
Semakin ‘laju’
pulak tazkirah Hajjah
Khadijah pagi ni. Berjela-jela bicaranya
menasihati anak bujangnya
itu. Siap bertutur dalam
bahasa Inggeris lagi. Maklumlah, bekas guru
bahasa Inggeris. Sudah ‘tersampuk’
aura subjek bahasa
Inggeris agaknya Cikgu
Hajjah Khadijah ni!
Dan, Zen
Fahreen terkedu bila
mendengar butir bicara
emaknya. Kena sedas lagi! Mak
ni, macam tahu-tahu aje
anaknya suka mempermainkan
perasaan perempuan! Saat itu, tiba-tiba Zen
Fahreen terkenang akan
wajah perempuan-perempuan yang
pernah diangkutnya ke
rumah. Paling terkesan di
hatinya adalah wajah
milik Marleen. Si kekasih
hatinya! Kalau perempuan lain
tu tak apalah
jugak, sebab memang dah sedia rosak. Namun
berlainan pula dengan
Marleen. Dia yang merosakkan
gadis tersebut.
“Mak jangan
risau, kalau Zen dah
jumpa calon menantu
untuk mak, nanti Zen
kenalkan dia dengan
mak ya.”
Balas Zen
Fahreen dengan sopan. Dia
sudah duduk di
kerusi sebelah Hajjah
Khadijah. Spontan tangannya mencapai
tangan kasar wanita
yang sarat dengan
kasih sayang dan
banyak berbudi padanya
itu. Tangan tua itu
dikucup lembut. Sebak hatinya
tiba-tiba bila mengenangkan begitu
banyak dosanya pada
perempuan.
“Zen sebenarnya
sudah mengecewakan mak
dan abah. Zen tak
patuh segala nasihat
dan pesan yang
mak dan abah
titipkan selama ni.
Ampunkan Zen, mak!”
Hatinya berbisik. Demi Tuhan, saat
itu hatinya tiba-tiba
disapa rasa bersalah
dan berdosa.
“Hmm…
baguslah kalau macam
tu. Soal nikah kahwin
ni jangan sesekali
membelakangkan orang tua, Zen.
Kata Hajjah
Khadijah sambil mengusap
lembut kepala anak
bujangnya itu. Sejuk hatinya
bila tangannya dikucup lembut
oleh anak bongsunya
itu. Tetap manja seperti
dulu juga.
“Hesy, mak ni. Takkanlah
hal nikah kahwin
Zen nak membelakangkan mak
dan abah pulak? Insha
Allah, Zen takkan buat
macam pada mak
dan abah.”
Janji
Zen Fahreen dengan
segaris senyuman manis
yang tersungging di
bibir nipisnya itu. Buat
seketika wajah tua
itu dipandang kasih. Lalu
dia memeluk lembut
bahu wanita yang
sentiasa di hatinya.
“Mak
cuma nak mengingatkan
aje, Zen. Ni ha, mak baru
teringat nak bertanya. Kamu jadi
ke nak balik
hari ni jugak, Zen? Takkan baru semalam sampai, hari
ni dah nak
balik?”
“Jadi mak. Lepas
Maghrib karang Zen
balik. Maaflah mak, Zen tak
boleh nak cuti
lama. I’ve been
really busy lately.”
“Lain kali
cutilah lama sikit. Sudahlah jarang
balik. Bila dah balik, sekejap aje
kamu di kampung
ni.”
Ujar Hajjah
Khadijah separuh membebel.
“Ala,
mak… banyak kerja nak
kena settle, mak. Insha Allah,
nanti free
Zen baliklah lagi. Lagipun
bukan jauh pun
KL ke kampung
kita ni, mak.
Balas Zen
Fahreen lembut sambil
mengucup lembut pipi
Puan Muna.
Hajjah Khadijah
hanya mampu mengeleng
perlahan bila mendengar
alasan anak bujangnya
itu. Bosan pun iya
dengan kesibukan si
Zen ni. Kalau dah
sibuk sangat, bila
masa pulak nak fikirkan tentang
kahwin?
“Haih,
payah benar dengan
orang gila kerja
ni.”
Keluh Hajjah
Khadijah. Zen Fahreen yang
mendengar hanya mampu
tersenyum kelat. Alahai,
cikgu bahasa Inggeris
ni!
MINI
Cooper Countryman miliknya
dipandu agak laju di
lebuhraya yang agak
sibuk ketika itu. Lagu
“Bailamos” dendangan Enrique
Iglesias berkumandang
di radio kereta yang merupakan antara kereta kesayangannya. Tenang dia memandu untuk kembali ke Kuala Lumpur.
Sesekali dia
turut mendendangkan bait-bait
lagu yang rancak
berkumandang. Tiba-tiba lagu tersebut
mengingatkannya pada Marleen.
Lagu inilah menjadi
punca perkenalannya dengan
Marleen empat tahun
yang lepas.
Mengimbas kembali
ketika di pusat
hiburan elit di
Kuala Lumpur, bermulanya kisah
perkenalan dia dan
Marleen di situ. Mulanya
dia ke sana
hanya memenuhi undangan
seorang kenalan yang
meraikan hari jadi
di pusat hiburan
tersebut.
Zen Fahreen
ingat lagi, kali pertama
dia memandang Marleen
hatinya betul-betul terusik
dengan gadis tersebut. Orang lain
sibuk berhibur dengan
menari di ruang
yang di sewa
khas itu, namun Zen
Fahreen tidak sudah-sudah
melirik pandangannya pada
Marleen yang duduk bersembang
dengan seorang tetamu. Hatinya betul-betul
tidak keruan dengan
aura yang dimiliki
Marleen. Dia tersampuk apa
entah sampai hatinya
ingin mendekati dan
memikat Marleen.
Hatinya semakin
menggila bila dia
tiba-tiba mempelawa Marleen
untuk menari bersamanya. Namun siapa
menyangka, bagai pucuk dicita
ulam mendatang… Marleen sudi
pula dengan pelawaannya
itu.
Lalu, dengan hatinya
yang berkocak hebat
dengan lirikan manja
Marleen, segera dia menarik
gadis itu ke
ruang menari. Saat itu
terasa begitu indah
sekali. Dia dan Marleen
begitu rancak menari
dengan alunan lagu
‘Bailamos’ yang mengiringi
tarian mereka. Jika boleh, dia
mahu panjangkan momen
menari tersebut. Dalam masa
yang sama, Zen Fahreen
tidak mahu melepaskan
peluang yang ada
untuk dia mendekati
dan mengenali Marleen.
Tonight I'm yours
We can make it happen I'm so sure
I won’t let it go
There is something I think you should know
We can make it happen I'm so sure
I won’t let it go
There is something I think you should know
I won't be leaving your side
We're gonna dance through the night
I'm wanna reach for the stars
(Bailamos by Enrique Iglesias)
We're gonna dance through the night
I'm wanna reach for the stars
(Bailamos by Enrique Iglesias)
Kini,
sudah empat tahun
dia mengenali Marleen. Dia
berjaya memiliki Marleen
sebagai kekasih hatinya. Malah dia
telah memiliki segalanya
diri Marleen.
Bila teringatkan
Marleen, terdetik di hati
Zen Fahreen ketika
itu. Ke mana perginya
Marleen? Leka dengan kesibukkan
diri sehingga dia
terlupa akan kekasih
hatinya itu. Baru dia
tersedar, sudah lima hari
dia ‘kehilangan’ Marleen. Si kekasih hatinya
itu masih merajuk
lagikah? Kalau tak merajuk, namun kenapa
Marleen sepi saja
tanpa sebarang panggilan
atau pesanan dari
si jelita itu. Tak
pernah Marleen begini!
Mengingati Marleen,
Zen Fahreen terkenang
pula akan kata-kata
yang diucapkan oleh
Hajjah Khadijah siang
tadi.
“Zen kena
ingat, jangan bagi harapan
pada perempuan kalau
Zen tak berniat
mahu menjadikannya isteri. Don’t you
hurt the hearts
of woman, because your
mom is woman
too.”
“Sayangku, Marleen.”
Ucap bibir
nipisnya perlahan. Tiba-tiba hatinya
disapa rindu pada
Marleen.
“Marleen ni
merajuk dengan aku
ke?”
Ucapnya lagi, bercakap seorang
diri. Pada sangkaannya barangkali
benar Marleen merajuk. Merajuk dengan
peristiwa beberapa malam
yang lalu. Serentak itu, Zen
Fahreen terkenangkan peristiwa
yang mungkin menguris
hati kekasih hatinya
itu.
Bersambung......
p/s: Thanks for reading, Love :)
rasanya lambat lg zen nak berubah...
ReplyDeletemacam liat je ye,kak?anyway,thanks for reading,kak..lev u :)
DeleteHmmm.....zen2... bertaubatlah
ReplyDeleteItulah...harap2 bertaubat le si Zen ni ya..hehe
Deletebest.
ReplyDeleteThank you,dear :)
Deletetak semestinya ayah imam anak tu alim. dugaan ibu bapa. Bagus Nina permulaan yang baik
ReplyDeletebest...tak sabar nk tunggu next entry
ReplyDeleteNak lagi....i loike Nina <3
ReplyDeleteKak Nitasha Ari
Next entry bila nk update ??
ReplyDeleteNext entry please!!
ReplyDeleteAda group fb tak ?