Assalamualaikum & hi, darlings :)
Ehem... cerita baru yang Nina pernah 'tayangkan' cover di fb Nina. Ini dia kisah Nour Hawani dan Eusoff Hans. Kisah berkisarkan dua jiwa yang menyulam kasih walaupun perbezaan usia yang begitu ketara... Eh, ketara ke eh? Si Hawa ni umurnya 27 tahun dan Eusoff Hans ni pulak 40 tahun...Cer kira...hehe
Okay, love....enjoy reading ya!
~Nina~
PROLOG : RAIKAN CINTA KITA
Nour Hawani mengerling pada jam di dashboard kereta. Sudah 11:30 pagi. Ini bermakna sudah setengah jam lelaki itu menunggunya di kafe tersebut. Aduhai... jika tidak mengenangkan dia perlu menuntut ganti rugi, tiada kerja dia mahu berkunjung ke sini! Jika diberi pilihan, malas benar mahu bersua semula dengan lelaki itu.
Selang beberapa minit kemudian, akhirnya Nour Hawani sudah pun masuk ke Crave Cafe. Matanya meliar sekitar ruang kafe yang berkonsepkan kontemporari dan santai. Melilau matanya mencari kelibat lelaki ingin dia temui. Dan, matanya tertancap pada sekujur tubuh yang santai duduk di sofa berdekatan dinding yang bercermin besar. Segera dia melangkah ke sudut tersebut. Namun lelaki itu masih tidak menyedari kehadirannya di situ. Dia tampak leka benar menikmati hidangan di hadapannya. Sesekali jari kasar itu lincah menyentuh skrin telefon pintarnya.
“Ehem... Encik Eusoff....”
Mendengar suara yang menyapa, segera Eusoff Hans mengangkat wajahnya. Sudu yang kemas dipegang itu lantas diletakkannya ke pinggan. Sebelah tangannya pula terhenti dari menyentuh skrin telefon pintarnya tatkala matanya terpandang seraut wajah manis itu.
“Cik Hawa? Thank God! Sampai juga you ke sini. Err...have a seat please.”
Sopan lelaki itu mempelawa. Dan, Nour Hawani terus melabuhkan duduknya. Tiba-tiba dahinya berkerut sedikit. Hairan bila melihat Eusoff Hans yang duduk bertentangan dengannya mempamerkan wajah yang ceria. Dah kenapa mamat ni suka semacam pulak ni? Takkan dia datang menuntut ganti rugi mamat ni mampu lagi nak tersenyum senang begitu?
Melihat wajah ceria itu, Nour Hawani tiba-tiba teringat kejadian dua minggu lepas. Kereta Honda CRV yang dipandunya rosak teruk bila dirempuh oleh Range Rover Evoque milik Eusoff Hans.
Dalam dia mengejar masa untuk segera sampai ke pejabat, tak pasal-pasal Eusoff Hans mencipta bala pada pagi itu. Sudahnya terpaksa Nour Hawani tadahkan telinga mendengar bebelan bosnya bila dia tidak masuk mesyuarat gara-gara kejadian tersebut. Mujur juga bukan dia yang merempuh kereta orang. Jika tidak, mana dia nak cekau duit untuk membayar ganti rugi!
“By the way... I thought that you wouldn’t come, Cik Hawa. Kut you merajuk sebab I asik tertangguh nak langsaikan hutang I tu.”
Eusoff Hans menyambung bicara. Bibirnya tidak lekang dengan senyuman.
“Of course I would come... you made the promise, Encik Eusoff. Lagi pun you yang langgar kereta I. Haruslah I tuntut ganti rugi.”
Ujar Nour Hawani dengan mendatar.
Buat seketika, pandangannya dihalakan ke dinding kafe yang bertentangan dengannya. Saat itu, dia lebih rela memandang ke dinding batu-bata merah itu berbanding menatap wajah Eusoff Hans. Terasa sesak dadanya bila menatap senyuman manis itu. Pandang lama-lama boleh kencing manis dibuatnya nanti!
“Cik Nour Hawani...”
Serentak itu, Nour Hawani kembali memandang pada wajah yang sentiasa tersenyum itu.
“Would you like to order anything? At least a drink.”
Sambung Eusoff Hans lagi. Lembut nadanya bertanya pada Nour Hawani.
“Tak apa, Encik Eusoff. I’m still full. I had breakfast at home.”
Balas Nour Hawani malas. Sebenarnya dia tidak betah mahu berlama-lama dengan Eusoff Hans di kafe ini.
“Hmm…kalau macam tu boleh I habiskan breakfast ni dulu, Cik Hawa? I betul-betul lapar ni.”
Tanpa menunggu jawapan daripada Nour Hawani, terus Eusoff Hans menyambung makan. Bersahaja tingkahnya menyuap pancakes dengan hirisan pisang berkaramel sirap maple yang tinggal separuh itu. Usai itu, secawan cappuccino flat white suam itu dihirup perlahan.
“Tadi you tak sempat nak breakfast di rumah ke, Encik Eusoff?”
Lancar mulut Nour Hawani bertanya. Dia agak tercengang dengan gelagat selamba Eusoff Hans yang menikmati hidangan sarapan yang ringkas dipesan lelaki itu. Waktu hampir menginjak ke tengahari, takkan baru nak bersarapan? Hati Nour Hawani tertanya-tanya. Serius dia hairan!
“Bukan tak sempat, Cik Hawa… tapi tak ada siapa yang nak sediakan breakfast I. Mama I tak ada di KL sekarang ni. Maid pulak cuti seminggu.”
Jelas Eusoff Hans sambil menghirup minuman kegemarannya itu. Dahi Nour Hawani sudah berkerut seribu mendengar bicara lelaki itu. Semakin pelik dengan penjelasan Eusoff Hans. Haih, takkan dah besar panjang begini masih nak harapkan orang sediakan sarapan segala? Apa sangatlah setakat nak sediakan secawan kopi? Setakat nak bakar roti, budak tadika pun reti! Setakat nak buat scrambled egg, pejam mata pun boleh!
“Wife you ke mana pulak?”
Melihat Eusoff Hans menguntum senyum, Nour Hawani serasa mahu menepuk-nepuk mulutnya yang sibuk bertanya. Malu pula dengan kelancangan mulutnya. Tapi tak salah kalau dia bertanya, kan?
“I tak ada wife, Cik Hawa. I’m still single and have never been married.”
Mendengar jawapan Eusoff Hans, tiba-tiba mulut Nour Hawani sedikit melopong. Bulat matanya memandang pada Eusoff Hans yang masih tersenyum itu. Dalam masa yang sama, kepalanya berlegar-legar dengan kata-kata lelaki itu. Hesy, macam tak logik pulak bila Eusoff Hans ni masih bujang!
Lama mata Nour Hawani memandang pada Eusoff Hans. Pada amatannya mustahil lelaki yang segak itu belum berpunya. Melihat sedikit uban pada rambut yang tersisir rapi itu, barangkali lelaki itu berusia awal 40an. Namun walaupun lelaki itu agak berusia, tetapi dia tetapi kacak orangnya. Tambahan pula dengan gaya pemakaian lelaki itu kemas saja. Melihat jari-jemari serta kuku milik lelaki itu bersih aje! Menandakan orangnya yang mementingkan kebersihan diri. Sempat lagi mata Nour Hawani menilai Eusoff Hans.
“Hesy, macam pelik pulak mamat ni belum kahwin! Kalau tengok orangnya, lebih kurang sebaya abang Haizal aku je! Tapi kenapa dia tak kahwin-kahwin ek?”
Hati Nour Hawani tidak sudah-sudah berbicara tentang Eusoff Hans. Siap abang sulungnya yang sudah berkahwin dan punya dua orang anak itu dikait sama.
“Berapa yang I perlu bayar ganti rugi kereta you tu, Cik Hawa?”
Mendengar suara yang mendatar bertanya, Nour Hawani terpinga-pinga seketika. Hakikatnya suara itu telah menyentak lamunannya. Saat itu juga, segera tangannya mengambil sesuatu dari beg tangannya.
Tidak lama kemudian, sehelai resit pembayaran sudah diletakkannya ke meja. Dengan lebih tepat lagi, di hadapan Eusoff Hans yang sudah selesai menghabiskan pancakes yang dipesan. Cuma tinggal mahu menghabiskan air minuman yang masih berbaki sedikit.
Melihat saja resit tersebut, tingkah Eusoff Hans yang mahu menghirup air minumannya terhenti seketika. Lalu sekeping kertas itu dicapai dan diteliti dengan riak wajah yang tenang. Saat itu, matanya tertancap pada jumlah kos membaiki Honda CRV yang rosak dirempuh oleh keretanya dua minggu yang lalu. Kos membaiki memang setimpal dengan keadaan belakang Honda CRV yang rosak teruk dirempuh itu.
Bila terkenang insiden tersebut, dia sendiri tidak percaya yang kereta yang dipandunya ketika itu tiba-tiba merempuh kereta di hadapan. Ini gara-gara dia mahu mengelak sebuah motosikal yang laju dari arah belakang, hampir merempuh sisi keretanya. Sudahnya dia pulak yang melanggar kereta orang. Mahu mengelak kemalangan, tapi dia pulak yang menjadi punca kemalangan.
Namun, mujur juga Nour Hawani yang memandu Honda CRV yang dirempuhnya itu tidak memaki hamun atau memarahinya. Syukur juga bila si gadis tidak menghempuknya dengan streng lock atau sebagainya. Pendek kata, Nour Hawani ni senang dibawa berunding walaupun ketika itu wajahnya tidak semanis sekarang ini. Masa tu menahan marah, nak manis macam mana, kan? Takkan nak tersengih pulak bila kereta yang tak berdosa dirempuh tiba-tiba!
“Kereta yang you drive hari tu milik siapa sebenarnya, Cik Hawa? Husband you ke?”
Selamba Eusoff Hans bertanya. Tiada senyuman yang terukir di bibirnya. Saat itu, hatinya bagaikan diketuk-ketuk ingin tahu. Kereta milik siapa sebenarnya yang dipandu oleh Nour Hawani. Mustahil gadis genit yang muda remaja seperti itu berminat memiliki kereta SUV tersebut. Paling tidak, gadis yang bergaya ini pasti memilih Honda Jazz ataupun Honda City. Entah-entah betul tekaannya yang kereta Honda CRV itu adalah milik suami Nour Hawani. Aduhai…dah melalut pulak Eusoff Hans ni. Suka hati si Hawa tulah nak pakai kereta apa pun!
Nour Hawani yang mendengar soalan cepu emas Eusoff Hans terus tersentap hatinya. Panas pulak dadanya tiba-tiba bila lelaki itu bertanya begitu. Macam tahu-tahu aje yang Honda CRV tersebut bukan miliknya.
Sudahlah sedari tadi dia menahan hati. Dia mahu cepatkan urusan, namun Eusoff Hans sibuk pulak nak habiskan sarapan segala. Sekarang, dan-dan pulak nak beramah tamah dengan dia bagai?
“Eh! Ingat mesra sangat ke soalan yang ditanya? Orang tua ni dah kenapa sibuk nak tahu?”
Bebel Nour Hawani dalam hati. Tadi bukan main puji lelaki tu kacaklah. Bersihlah. Tapi kerana soalan yang menyentap hatinya itu, terus si kacak bertukar ke orang tua!
...........bersambung
# Macam mana ek bercinta dengan lelaki yang berusia macam Eusoff Hans ni kan? hehe
Anyway, thanks a bunch for your reading, sayang. Hugs!
menarik...
ReplyDeleteAs Salam, Kak Zarlina
Deletehaha...baru sempat nk reply komen akk.
thanks,anyway ~hugs~
Menarik
ReplyDeleteThanks,kak Eifa...Insha Allah nnt Nina up entry lg ya :)
DeleteBest 3x nak lagi
ReplyDeleteThanks,baby...hihi
DeleteBestttttt cinta xkenal usia ....hihi...hero tua cikit la....hihi..
ReplyDelete