Assalamualaikum & Hi Love :)
BAB 28 : TERIMA AKU SEADANYA
SETELAH beg pakaian Rania Arissa disimpan di bonet kereta, Ghaz Khuzairi melangkah ke arah Rania Arissa yang berdiri di tepi kereta Honda City milik Izzara yang parking di garaj banglo mewah orang tuanya.
Rania Arissa
mendongakkan kepalanya,
memandang ke arah
Ghaz Khuzairi yang
yang tersenyum kecil
padanya. Seraya itu, Ghaz
Khuzairi mencangkung di
hadapan si manja, dan
bila melihat air
muka Rania Arissa
yang memandangnya sayu, seakan
berat meninggalkannya... terus lelaki
yang penyayang itu
mendakap anaknya erat. Aduhai, anakku... kenapalah hatinya
seakan berat untuk melepaskan si
manja itu pergi. Jarang
sekali dia berpisah
dengan Rania Arissa
ketika dia bercuti
begini. Hatinya serasa belum
puas meluangkan masa
cutinya bersama-sama dengan
Rania Arissa.
Pelukkan dileraikannya
perlahan, Ghaz Khuzairi menatap
wajah putih gebu
itu dengan penuh
kasih.
“Sayang,
be
good ya. Dengar cakap mommy
dan jangan susahkan
mommy.”
Rania Arissa
hanya mengangguk perlahan
bila mendengar kata-kata
yang dititipkan oleh
Ghaz Khuzairi. Lalu si
comel itu memeluk
manja daddynya. Erat. Tiba-tiba hati Ghaz
Khuzairi dipagut rasa
sebak dengan tingkah
anaknya. Entah kenapa pulak
si manja ni macam berat
nak meninggalkannya? Sebelum ni
bukan main lagi
tak sabar nak
bermalam di rumah
Izzara. Tapi saat ini, lain
pulak reaksi anaknya
itu. Kenapa dengan sayang
daddy ni?
Rania Arissa
merenggangkan pelukannya,
dia mendongak memandang
ke wajah Ghaz
Khuzairi. Cuba menyatakan sesuatu
pada lelaki di
hadapannya itu.
“Daddy
tak ikut Rania
tidur rumah mommy?”
Soal si
manja seakan mengharap
saja nada suaranya.
Ghaz Khuzairi
terdiam seketika bila
mendengar pertanyaan si
manja, matanya sempat mengerling
ke arah Izzara
yang berdiri tidak
jauh dari situ. Dan
Izzara tersenyum bila
Ghaz Khuzairi mengerling
sekilas padanya.
Ghaz
Khuzairi kembali menatap wajah
anaknya. Melihat riak wajah
si comel itu
sedikit sayu itu membuatkan Ghaz
Khuzairi terkenangkan masa
Rania Arissa diusia
bawah 2 tahun
dan ketika dia mula-mula menghantar
Rania Arissa ke
tadika ketika si
manja itu berusia
3 tahun.
Ketika usia
si manja bawah
2 tahun, bila sahaja
dia lengkap dengan
pilot uniformnya untuk
bertugas, sudah menjadi kebiasaannya
akan melayan si
manja terlebih dahulu
sebelum dia keluar
bertugas. Dan ketika
dia mendukung, memeluk dan
puas menggomol si manja, setiap
kali itulah bila
dia memandang ke wajah comel
Rania Arissa, si comel itu akan menghantar satu pandangan yang
hanya dia mengerti
maksud dari pandangan
tersebut. Walaupun anaknya tak
merengek namun dia
mengerti yang anaknya
‘sedih’ kerana terpaksa
berpisah dengan daddynya selama
3-4 hari. Ketahuilah sayangku, Rania Arissa… demi sebuah
tanggungjawab, dia kuatkan
juga hatinya untuk
berpisah walaupun ‘pandangan’
yang diberi oleh
si anak setiap
kali dia meninggalkan
si manja itu
sering berlegar-legar di
kepalanya ketika dia
menjalankan tugasnya.
Di awal
minggu pertama dia
menghantar Rania Arissa ke
tadika, dia menghadapi sedikit
masalah bila anaknya
enggan ke tadika
kerana tidak biasa
bercampur gaul dengan
orang sekeliling. Kalau tidak
mengenangkan dia mahu
anaknya belajar bergaul
dan berkawan dengan
rakan sebayanya, pasti hatinya
mengalah bila di
awal minggu pertama
itu dia terpaksa
melayan kerenah anaknya
merengek-merengek setiap pagi
bila dia mengejutkan
anaknya bangun untuk
ke tadika.
Itu belum
kisah di tadika
lagi, siap tunjuk muka kesian
bila ditinggalkan di
muka pintu kelasnya. Aduhai, kalau tak
mengenangkan dia tu
lelaki, mahu gugur jugak
air matanya bila
melihat wajah kasihan
anaknya ketika itu. Tapi
bila dah pandai
berkawan, sudah sayang pada
cikgu-cikgu di tadika
tersebut, mudah betul bangun
pagi dan tak
sabar-sabar nak ke
tadika. Lagilah sekarang dah
ada sahabat baiknya, Amanda!
“Daddy, Rania tanya
ni. Kenapa daddy
senyap jer?”
Suara lembut
si manja bertanya
mengejutkan Ghaz Khuzairi
dari lamunannya.
“Hmm… macam ni, sayang. Daddy tak ikut
Rania ke rumah mommy. Jadi, tak apa
kan kalau Rania
jer ikut mommy?”
Usul Ghaz
Khuzairi lembut sambil
menguntum senyum pada
Rania Arissa. Alahai,
janganlah si manja
ni buat hal
paksa dia ikut
bermalam ke rumah
Izzara. Tak ke haru
namanya!
Riak wajah
si manja yang
tadinya tampak sayu, bertukar riak
seolah-olah tengah berfikir
jer gayanya. Tampak comel
dengan jari telunjuknya
diketuk-ketuk perlahan di
bibir mungilnya. Macam memikirkan
masalah negara pun
ye jugak!
Ghaz Khuzairi
tersenyum lagi bila
melihat reaksi anaknya
yang kononnya tengah
berfikir itu. Dan dia
mengerling ke arah
Izzara, yang jugak menahan
senyum, turut geli hati
dengan lagak Rania
Arissa ketika itu.
“Tapi kalau daddy
tak ikut, nanti daddy tinggal
sorang jer
kat rumah. Rania kasihan
kat daddy kalau daddy takde
kawan temankan daddy kat
rumah kita tu, daddy.”
Hati Ghaz
Khuzairi tersentak bila
mendengar omelan dari
mulut mungil si
manja yang berbaur
risau tentang daddynya.
Patutlah Rania Arissa
seakan berat meninggalkannya sebentar
tadi, rupanya si manja
itu risau tentang
dirinya yang tinggal
keseorangan di rumah. Hatinya dipagut
rasa sebak tiba-tiba. Tersentuh dengan
perkataan ‘kasihan’ yang
diucapkan oleh anaknya
seketika tadi. Dalam seronok
untuk bermalam di
rumah mommynya, Rania Arissa sempat
lagi memikirkan tentang
diri daddy yang akan
ditinggalkannya keseorangan. Risau
bertamu di hati
si manja itu
bila daddynya tak berteman
di rumah. Aduhai, sayangku Rania
Arissa… setiap kata-kata dan
tingkah anaknya itu
adakalanya membuatkan diri
Ghaz Khuzairi sedar
betapa kasih dan
sayangnya Rania Arissa
padanya sangat mendalam
sekali. Sebak dadanya,
hampir menitis airmatanya
bila melihat riak
wajah risau di
wajah mulus si
manja.
“Sayang daddy…
jangan risau tentang
daddy ye. Malam
ni dan malam
esok daddy tidur rumah
Tok Pa dan
Tok Ma. Sayang jangan
risau okey!”
Ucap Ghaz
Khuzairi lembut, cuba mengusir
perasaan risau di
hati si manjanya
itu. Dia sememangnya akan
bermalam di rumah
orang tuanya malam
ni dan malam
esok memandangkan Rania
Arissa tiada bersamanya
untuk dua malam
ini. Bukan kerana dia
takut untuk berseorangan
di kondonya itu
tetapi dia tidak
biasa sendirian tanpa
Rania Arissa ada
bersamanya di 'syurga’
dia dua beranak
itu.
“Okey, daddy. Malam ni
dan esok daddy tidur
kat sini tau. Ada
Tok Pa dan
Tok Ma temankan
daddy. Kalau daddy rindu
Rania, daddy telefon
Rania tau, daddy!”
Pesan si
manja dengan serius
nadanya bersuara seraya
tangannya memaut lembut
leher Ghaz Khuzairi
yang tergelak kecil
dengan tingkah anaknya
yang membulatkan mata
padanya. Serius menitipkan pesanan
padanya. Lalu si manja yang duduk
di pehanya itu
dipeluk erat.
Izzara yang
sedari tadi menjadi
pemerhati menyimpul senyumnya
pada adegan dua
beranak yang saling
menitipkan pesanan masing-masing. Kagum dengan
pautan kasih sayang
antara dua insan
yang pada hakikatnya
tiada hubungan darah
itu. Dia mengagumi keikhlasan
Ghaz Khuzairi mencurahkan
kasih sayangnya serta
kesungguhan lelaki yang
penyayang itu dalam
memberi didikan yang
sebaiknya pada si
manja itu. Terdetik di
hatinya, ada ke lelaki
seperti Ghaz Khuzairi
pada masa sekarang
ini, yang sanggup memelihara
dan mendidik serta
mengasuh anak yang
kurang bernasib baik
seperti Rania Arissa
itu?
Tanpa keikhlasan
dalam konsep memberi
dan mencurahkan kasih
dan sayang serta
cinta pada si
manja, mustahil akan ‘terhasilnya’
didikan yang sempurna
dalam mengasuh dan
mendidik anak-anak. Izzara nampak
keikhlasan pada diri
Ghaz Khuzairi mencurahkan
kasih sayang dan
cintanya dalam mengasuh
dan mendidik Rania
Arissa. Kesannya, Rania Arissa
menjadi seorang anak
yang patuh dan
mendengar kata. Setiap pujukan
dan pesanan serta
nasihat daripada Ghaz
Khuzairi mudah diterima
oleh si manja
itu. Memujuk atau membodek
kanak-kanak bukannya perkara
yang sangat mudah
walaupun ianya tampak
mudah. Anak yang patuh
dan mudah menerima
pujukan dan nasihat
adalah kesan dari
keikhlasan ibubapa dalam
mencurahkan kasih dan
sayang serta cinta
pada anak-anak.
“Mestilah daddy rindu
Rania. Nanti daddy call sayang
ye. Hmm, jom masuk
ke kereta. Kasihan mommy dah
tunggu lama dah
tu.”
Ghaz Khuzairi
perlahan bangun lalu
mendukung si manja. Izzara
tersentak dari lamunannya
bila suara garau
menyapa telinganya. Sempat pulak
dia mengelamun bila
melihat sketsa dua
beranak yang sarat
dengan kasih sayang
itu.
Ghaz Khuzairi
ke pintu penumpang
di bahagian hadapan
Honda City milik
si jelita itu. Pintu
dibuka lalu si
comel didukungannya itu
diletakkan di tempat
duduk tersebut. Setelah seat belt
dipasang pada si
manja, sempat lagi dia
menitipkan pesanan yang
entah kali ke
berapa dia titipkan
buat si manja.
“
Dengar cakap mommy ye, sweetheart.
Jangan nakal-nakal.”
Lalu pipi
gebu si manja
dicium bertalu-talu. Usai
itu, matanya merenung kasih
pada si manja
dengan tersenyum manis, cuba
menyembunyikan rasa hibanya
‘berpisah’ dengan buah
hatinya itu.
“Okey, daddy!”
Balas si
manja dengan mengangguk
berkali-kali. Lalu dia memaut
leher daddynya perlahan dan
memeluk lelaki yang
menunduk itu dengan
erat sekali. Sesaat kemudian, Rania Arissa
melepaskan pelukkannya dan
mencium wajah kacak
itu bertalu-talu.
Sebelum menutup
pintu kereta, sempat lagi
Ghaz Khuzairi memicit
lembut hidung comel
si manja. Rania Arissa
yang kurang gemar
hidungnya dipicit, spontan memukul
lembut tangan sasa
itu. Terhibur si daddy dengan
aksi spontan anaknya
itu lalu dia menutup
pintu kereta dengan
tergelak kecil setelah
memastikan si manja
selesa dan selamat
di tempat duduk
itu.
Ghaz Khuzairi
melangkah ke arah
Izzara yang berdiri di tepi
pintu kereta. Si jelita
itu masih tergelak
kecil bila melihat
reaksi Rania Arissa
bila dipicit hidung
oleh daddynya
seketika tadi. Comel
jer!
“ Zara,
thanks ya
sebab sudi luangkan
masa dengan Rania. Kalau
dia nakal-nakal, Zara jangan
segan nak tegur
dia.”
Izzara tersenyum
bila mendengar kata-kata
dari si kacak
yang berdiri di
hadapannya itu.
“ Thanks
jugak, Ghaz sebab sudi
bagi saya ‘pinjam’
si comel yang
manja tu. Hmm, Rania tu reti
nakal jugak ke? Behaved jer
saya tengok si
comel tu.”
Soal Izzara
dengan tersenyum lagi, geli
hati pun ye
jugak. Takkan Rania Arissa
yang mendengar kata
itu nakal sebab
sepanjang dia mengenali
diri Rania Arissa, tak
pernah si manja
itu buat perangai.
“Dah nama
pun kanak-kanak, Zara. Ada masanya
suka buat perangai
kalau ada yang
tak kena di
hati atau kehendak
mereka tu. Macam Rania
tu, kadang-kadang mengada jugaklah
kalau ada yang
tak kena dengan
keinginannya. Adakalanya
tergugat jugak kesabaran
saya ni dengan
mengada-ngada dia tu. Tapi
saya tidak suka
menangani kenakalan atau
sikap mengada-ngada dia
dengan memarahi atau
menengkingnya kerana tindakan
sebegitu tidak sesuai
untuk kanak-kanak yang
baru nak belajar
melihat dan mengenal
dunia seperti kanak-kanak
seusia Rania ni. Dalam
hal ini, saya suka
menanganinya dengan pendekatan
psikologi, bukannya memukul atau
meleterinya. Lagipun,
kanak-kanak bukan dicipta
untuk dimarahi atau
dileteri tetapi untuk
disayangi dan dididik
serta diasuh dengan
penuh kesabaran. Kanak-kanak yang
belum akil balighnya
ni, terang hatinya. Mudah menerima
apa yang ‘diajar’
oleh penjaganya. Kalau baik
kita kita tunjuk
dan ajar pada
mereka, maka yang baiklah
tulah mereka ikut
dan sebaliknya.”
Izzara mengangguk
kepalanya, tanda memahami apa
yang diterangkan oleh
Ghaz Khuzairi tentang
pendekatan psikologi dalam
mendidik anak-anak. Sedikit sebanyak
dia mengagumi lelaki
di hadapannya itu.
“Oh ya, Zara. Sebelum saya
terlupa, dalam beg pakaian
Rania tu ada
buah tangan untuk
Zara dan Shamzlin. Buah tangan
dari Jakarta, saya fly ke
sana hari tu. Saya
dah pesan kat
Rania suruh bagi
kat awak dan
Shamzlin nanti.”
Baru Ghaz
Khuzairi teringat untuk
memaklumkan pada Izzara
tentang buah tangan
yang sempat dia
beli masa keluar
berjalan-jalan di sekitar
Bandar Jakarta ketika
dia nightstop di sana
tempohari. Malam tadi masa dia mengemas baju-baju
Rania Arissa, sempat dia
berpesan pada si
manja tentang buah
tangan untuk Izzara
dan Shamzlin.
“La,
awak ni
susah-susah jelah siap
bagi buah tangan. Anyway,
thanks, Ghaz. Ermm, sebut pasal
buah tangan, baru saya
teringat sapu tangan
yang awak pinjamkan
pada saya. Kejap ya
saya pergi ambil.”
Lantas itu
Izzara membuka pintu
di bahagian penumpang
belakang lalu mengambil
paperbag kecil
berwarna biru. Dan paperbag tersebut
lalu dihulurkan pada
Ghaz Khuzairi.
“Eh,
awak simpan lagi
sapu tangan ni, Zara? Saya dah
lupa pasal sapu
tangan ni ada
pada awak. Saya tak
kisah sebenarnya kalau
awak simpan sapu
tangan ni.”
Berkerut dahi
Ghaz Khuzairi bila
dia mengeluarkan sapu
tangan berwarna ungu
itu dari paperbag kecil
yang dihulurkan Zara
padanya.
“La,
dah kenapa pulak
saya nak simpan
sedangkan sapu tangan
tu awak yang
punya. Mestilah saya pulangkan
balik pada tuannya.”
Balas Zara
dengan menguntum senyumnya
yang menampakkan lesung
pipitnya. Terpana seketika Ghaz
Khuzairi bila terpandang
senyuman yang manis
itu.
“Hmm, okey jugak
kalau saya simpan
sapu tangan ni.
At least, bila tengok
sapu tangan ni, mengingatkan saya yang awak
menangis masa tu.”
Sempat pulak
Ghaz Khuzairi mengusik
Izzara sambil tersenyum
meleret. Dan Izzara tergelak
kecil bila Ghaz
Khuzairi mengusiknya. Tak sangka
abang pilot yang agak
serius jer ni
pandai mengusik jugak
ye!
“Pandai awak
kenakan saya balik
ye. By the
way, saya nak kena
gerak dululah Ghaz. Tuan
puteri kat dalam
tu dah tunggu
lama dah tu. Oh
ya Ghaz, for sure Abang
Irfan ada bagitau
awak pasal family dinner yang parents saya nak
buat malam esok. Jemput
datang ye, Ghaz.”
Ujar Izzara
yang sudah membuka
pintu keretanya dan
duduk di bahagian
pemandu.
“ Ha’ah… Arief called saya
semalam jemput ke family
dinner tu. Insha Allah, kalau
tak ada apa-apa
hal nanti saya
datang ye, Zara. Hmm, tuan puteri
dah dok menjeling-jeling tu. Nak
bagi signal bosan menunggulah
tu. Anyway, drive carefully
ya.”
Izzara hanya
tersenyum, lalu menutup pintu
keretanya. Selang beberapa minit
kemudian, Honda City milik
Izzara berlalu pergi
namun Ghaz Khuzairi
masih berdiri di
situ.
Bila melihat
kereta Izzara sudah
bergerak jauh, hatinya tiba-tiba
hiba. Tak sampai beberapa
minit Rania Arissa
meninggalnya, rindu pada anaknya
itu sudah bertamu
di hatinya. Aduhai,
bagaimanakah agaknya kalau
suatu hari nanti
Ryan Arshad muncul
datang menuntut haknya
itu. Mampukah dia melepaskan
Rania Arissa pergi
bersama dengan bapa
kandungnya itu kerana
dia sudah maklum, walaubagaimana sekalipun, Ryan Arshad
memang berhak ke
atas Rania Arissa.
Saat ini, tak
sampai beberapa minit
Rania Arissa hilang
dari pandangannya dia
sudah bagaikan hilang
nyawa apatah lagi
jika suatu hari
nanti Ryan Arshad
datang mengambil dan
membawa si manja
itu jauh darinya. Luluh hatinya
dan tangkai jantung
bagaikan direntap bila
memikirkan kemungkinan yang
dia sendiri tidak
sanggup menghadapinya. Ya Allah, tabahkanlah hatiku, peliharalah imanku
walaupun apa pun
ujian dan dugaanMu
datang mengujiku. Bisiknya dalam
hati.
Setiap hamba
Allah pasti diuji, begitu
juga dengan dirinya. Dan
dia selalu mengingatkan
dirinya bahawa setiap
ujian dan dugaan itu datang dengan
hikmah dan pengajarannya. Dan sebagai
hambaNya, tidak mungkin hidupnya
tanpa diuji dan
diduga kerana setiap
ujian dan dugaan
itulah memberi erti
kehidupan. Hidup adalah ujian! Dan
dia selalu memohon
pada Allah moga
dia tidak dibebankan
dengan ujian dan
dugaan yang diluar
kemampuannya.
“ Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya.”
( Al – Baqarah 2 : 286 )
“ Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya.”
( Al – Baqarah 2 : 286 )
Punah harapannya ketika dulu untuk mengukir bahagia bersama dengan arwah Marlissa, itu adalah ujian dan dugaan dari Allah.
Kemalangan yang
berlaku beberapa tahun
lalu yang hampir
meragut nyawanya, itu adalah
ujian dan dugaan
dari Allah.
Di saat hatinya terbuka
untuk menerima seorang
wanita untuk bertamu
di ruang hatinya, namun wanita
tersebut bakal menjadi
hak mutlak lelaki
lain, itu juga adalah
dugaan dan ujian
dari Allah untuknya.
Dan mana
tahu suatu hari
nanti Allah akan
menduganya dengan hadirnya
Ryan Arshad untuk
menuntut Rania Arissa
padanya. Hatinya kena kuat
untuk menghadapi kemungkinan
itu dan dia
berdoa moga Allah
tabahkan dirinya, walaupun
dia tahu berpisahnya
Rania Arissa darinya
umpama hilanglah separuh
jiwanya. Ya Tuhan!
Allah menduga
hambanya bukan bermaksud
Dia tak mengasihi
hambaNya itu. Dan setiap
ujian dan dugaan
itu jika hambaNya
redha menerimanya, maka Allah
meningkatkan lagi darjat
hambaNya dari yang
kurang baik kepada
yang baik. Bersangka baiklah
pada setiap yang
Allah tentukan dan
tuliskan walaupun yang tertulis
itu amat pahit
diterima, kerana Dia lebih
tahu apa yang
terbaik untuk hambaNya.
RANIA ARISSA menyandarkan badannya
di sisi Izzara
yang bersandar di
katil itu. Izzara yang
leka dengan iPadnya itu
mengerling sekilas pada
wajah comel itu
dengan tersenyum manis.
“
Sayang mommy ni dah
siap mewarna ke?”
Soal Izzara
pada si manja
yang tampak comel
mengenakan satin pyjamas
berlengan pendek berwarna
merah jambu itu. Selesai
makan malam tadi, terus
dia membawa Rania
Arissa naik ke
biliknya untuk solat
Isyak berjemaah yang
diimamkan oleh Shamzlin. Dan
usai solat Isyak , si
manja tu pula sibuk nak
melayan aktiviti mewarna
yang merupakan aktiviti
kegemarannya.
Sebut pasal
sahabatnya itu, balik dari
menjemput Rania Arissa
di rumah orang
tua Ghaz Khuzairi
tadi, bagaikan mimpi di
siang hari jer
bila melihat Shamzlin
sibuk memasak di
dapur. Biar betul! Shamzlin tu
boleh jer memasak
tapi dia memang
berat nak ke
dapur. Izzara ingat lagi
masa di rumah
orang tua Shamzlin
ketika dia mengikut
si sahabatnya itu
balik kampung, bukan main
cekap lagi minah
tu ke dapur. Ni
mesti kes takut
mamanya membebellah tu!
Memandangkan Shamzlin
sudah menyediakan untuk
makan malam mereka, Izzara bergegas
ke biliknya dengan
membawa si manja
bersamanya. Dia perlu memandikan
‘anaknya’ itu dan
menyiapkan si manja
untuk solat Maghrib
berjemaah bersama dengan
Shamzlin yang menjadi
imam mereka. Walaupun seumur
hidupnya tidak pernah
memandikan kanak-kanak seusia
Rania Arissa dan
memakaikan pakaian untuk
si manja, tapi itulah
pengalaman yang manis
untuknya.
“Tak siap
lagi, mommy. Sebab Rania
dah mengantuk!”
Izzara tersentak
dari lamunannya bila
mendengar Rania Arissa
bersuara. Si manja
yang bersandar di
sisinya itu lalu
dipeluk erat.
“Yeker mengantuk
ni, sayang?”
Soal Izzara
sambil mencium lembut
pipi gebu Rania
Arissa.
“Mengantuk sikit
jer. Sebenarnya Rania tak
sabar nak peluk mommy
macam ni, sambil cakap-cakap
dengan mommy. Macam daddy
selalu buat sebelum
Rania tidur.”
Manja Rania
Arissa membalas sambil
tersengih menampakkan barisan
gigi susunya yang
tersusun cantik itu. Dan
matanya terpandang akan teddy
bear besar di
katil Izzara.
“Siapa punya
ni, mommy?”
Soal si
manja serius! Dan Izzara
naik hairan dengan
reaksi wajah serius
si manja saat
itu.
“Mommy punya. Kenapa
sayang?”
“Mommy
tidur peluk teddy bear
ni eh?”
“Ha’ah, yelah. Mommy tidur sambil
peluk teddy bear nilah. Kenapa
sayang mommy serius jer
bertanya ni?”
Namun Rania
Arissa tidak membalas
pertanyaan Izzara. Teddy
bear yang besar
itu dicapai lalu
dibawa turun dari
katil Izzara.
Bersungguh-sungguh si comel mengangkat teddy bear
itu dan
dia melangkah dengan
membawa teddy bear tersebut
ke kerusi panjang
di hujung katil. Izzara
yang masih tertanya-tanya
dengan tingkah si manja
itu hanya memerhati
saja. Dan dia serasa
nak tergelak pun
ada bila melihat
Rania Arissa mengangkat
teddy bear
yang hampir sama
besarnya dengan diri
si comel itu. Cute pulak
aksi si manjanya itu. Entah apa dia
nak buat dengan
teddy bear
tu kan!
Setelah meletakkan
teddy bear
milik Izzara di
kerusi panjang tersebut, Rania Arissa
melangkah kembali ke
katil dan baring
di sisi Izzara
yang masih menyandar
di katil itu.
“Sayang,
kenapa letak teddy bear
kat situ?”
Soal Izzara
lagi, nak sangat tahu
apa maksud Rania
Arissa meletakkan teddy bear
pemberian Qaleef itu
di kerusi panjang
tersebut.
“Mommy, kalau teddy bear
tu ada kat
sini, nanti masa tidur mommy
tak peluk Rania
sebab mommy
peluk teddy bear tu. Rania
punya teddy bear pun
saja tak bawak
ke rumah mommy sebab
Rania nak tidur
sini nak peluk mommy, bukan teddy bear
Rania tu.”
Petah si
manja menjelaskan maksudnya
meletakkan teddy bear kesayangan
Izzara itu di
kerusi panjang tersebut. Dan
Izzara agak tersentak
bila mendengar kata-kata
dari mulut mungil
si manja. Bayangkan kanak-kanak
yang seusia Rania
Arissa pun tahu nak menghargai
masa dan peluang
bersama yang tersayang. Alahai, sayang mommy!
“Oh,
ni kes
jealouslah ye? Kalau
Rania ada kat
sini, tidur sebelah mommy,
mestilah mommy peluk sayang
mommy ni
sebab mommy pun dah
lama nak tidur
sambil peluk Rania.”
Ujar Izzara
dengan lembut, cuba mengusir
rasa gusar di
hati si manja
itu. Lalu dia memeluk
dan mencium wajah
si manja dengan
kasih. Alahai, dengan teddy
bear pun nak
cemburu ye, sayang?
“Mommy.”
“Ada apa, sayang?”
Izzara melepaskan
pelukkannya, dan memandang kasih
ke wajah mulus
itu.
“Daddy ada
barang nak bagi
kat mommy
dan Auntie Sham. Barang tu
ada kat dalam
beg baju Rania. Kejap
ye, Rania pergi ambil.”
Rania Arissa bingkas
turun dari katil
dan menuju ke
beg pakaiannya. Selang beberapa
minit kemudian, si manja
itu kembali ke
katil dengan membawa
dua bungkusan yang
berlainan warna.
“Apa benda
ni, sayang?”
Soal Izzara
bila Rania Arissa
meletakkan dua bungkusan
itu di hadapannya. Si manja
turut duduk di
hadapan mommynya yang tengah
membelek-belek bungkusan tersebut.
“Daddy bagitau
dalam ni ada
telekung. Yang hijau
ni untuk Auntie Sham
dan yang merah
ni untuk mommy.”
Izzara menyambut
bungkusan yang berwarna
merah yang dihulurkan
oleh Rania Arissa
padanya.
“Sayang nak
pergi mana?”
Izzara bertanya
pada Rania Arissa
bila melihat si manja itu
mencapai bungkusan hijau
untuk Shamzlin dan
cuba bergerak turun
dari katil.
“Rania nak
pergi hantar telekung
ni kat Auntie Sham
lah, mommy. Kan daddy dah
pesan suruh bagi
kat Auntie
Sham yang satu
ni.”
“Sayang duduk
sini jer dengan
mommy. Kejap lagi mommy
call Auntie Sham
suruh datang sini
ye.”
Usul Izzara
pada Rania Arissa
dan si manja
itu kembali di
sisinya. Sesaat kemudian dia
mencapai Blackberry, dan membuat panggilan
ke nombor sahabatnya
itu. Dah alang-alang hidup
di dunia yang
serba canggih ni, apa
gunanya ada telefon
kalau tak dimanfaatkan
dengan sepenuhnya.
Sekurang-kurangnya, tak perlu menyusahkan
Rania Arissa tu
turun ke bawah
menghantar telekung pada
Shamzlin yang tengah
melayan siri tv
kegemarannya ketika ini. Lagipun
kasihan pada si
manja, penatnya mengangkut teddy bear
besar tadi tu
pasti belum hilang
lagi. Ni terpaksa pulak
nak turun tangga
bagai!
“Okey,
sayang. Kejap lagi Auntie Sham
datang sini. Ermm, mommy nak tengoklah
telekung yang daddy beli
ni. Mesti cantik kan, sayang?”
“Daddy
pilih mestilah cantik. Mommy bukaklah
cepat, Rania pun nak
tengok.”
Izzara mencapai
bungkusan merah itu
lalu dibukanya. Bibirnya menguntum
senyum bila melihat
sepasang telekung yang
bersulam cantik itu.
“Yelah,
sayang. Cantik telekung ni. Pandai
daddy pilih.”
“Ha’ahlah. Sama macam
Rania punya telekunglah.”
Balas si
manja teruja bila
melihat telekung di
tangan Izzara itu
sama warna sulamannya
macam telekung yang
dibeli oleh Ghaz
Khuzairi untuknya.
“Eh,
cantiknya telekung tu, Zara.”
Sapa Shamzlin
yang masuk melangkah
ke arah katil
Izzara dan duduk
di birai katil
tersebut.
“Auntie Sham, yang
ni daddy suruh bagi
kat auntie.”
Shamzlin mengambil
bungkusan hijau yang
dihulurkan oleh Rania
Arissa padanya.
“Wah,
untuk Auntie Sham
pun ada ye, Rania? Say thank you
kat daddy ye sebab
bagi kat auntie jugak.”
Pesan Shamzlin
pada Rania Arissa
yang mengangguk faham
itu. Lalu bungkusan itu
dibuka.
“Sham,
cantiknya sulaman telekung
tu Sham. Pandai pulak
si Ghaz ni
memilih ye.”
“Tulah,
tak sangka pulak
si Ghaz tu
reti memilih telekung
yang cantik macam
ni kan? Mesti dia
beli kat Indonesia
ni kan, Zara?”
Soal Shamzlin
sambil tangannya mencapai
telekung milik Izzara
dan meneliti sulaman
serta jenis kain
telekung tersebut.
“Dia kata
ni buah tangan
dari Jakarta, dia fly ke
sana hari tu
katanya.”
Balas Izzara
sambil memandang ke
arah Shamzlin yang
nampak beria-ia meneliti
sulaman serta kain
telekung miliknya. Rania Arissa
yang berada di
situ turut memerhati
tingkah Shamzlin.
“Hmm, bestlah jadi
Rania Arissa, daddy
fly ke mana-mana
pasti ada buah
tangan untuk dia. Eh, Zara… kau perasan
tak telekung yang
Ghaz pilih untuk
kau ni dibuat
dari kain cotton Jepun? Yang telekung
aku ni dari
kain cotton Polino.”
Rania Arissa
hanya tersengih bila
Shamzlin menyebut tentang
dirinya dan daddynya.
Namun lain pulak
reaksi Izzara yang
pelik dengan tingkah
Shamzlin. Sampaikan kain telekung
pun dia tahu
jenisnya.
“Dah kenapa
pulak kalau cotton Jepun? Apa bezanya
dengan cotton Polino tu? Aku
tengok macam sama
jer.”
“Hesy, nilah masalah
orang macam kau
ni. Jenis material telekung ni
pun tak tahu nak bezakan. Kalau
kau nak tahu, telekung yang
kainnya jenis cotton Jepun
ni adalah yang
paling eksklusif kalau
bab-bab telekung ni. Cuba
kau rasa kain
ni, halus dan ringan
kan? Dan kain telekung
jenis ni selalu
digunakan untuk membuat
telekung jenis sulam
goyang. Maksudnya sekarang,
telekung yang Ghaz
beli untuk kau
ni bukan murah
harganya, dah nama pun
eksklusif mestilah mahal! Dan
kain telekung jenis cotton
Polino pulak memang
popular sekarang. Tapi kainnya
agak tebal berbanding
kain cotton Jepun tu. Tapi walaupun
tebal tetap sejuk
bila dipakai dan
lembut. Tak mudah mengerbanglah bila ditiup angin. Aku pernah guna
telekung jenis kain cotton
Polino ni masa
mengerjakan umrah, memang selesa
sebab sejuk walaupun
tebal jer tekstur
kainnya. Kira telekung jenis
kain cotton Polino ni adalah favourite material
akulah kalau bab
telekung. Ghaz ni macam
tahu jer taste aku! Tapikan, Zara… kau perasan
tak? Sulaman telekung kau
tu sama bentuk
dan warnanya sulamannya
dengan telekung yang
Rania guna masa
solat tadi.”
Panjang lebar
Shamzlin menerangkan jenis-jenis
kain telekung pada
Izzara yang berminat
mendengar info tersebut. Dan
belum sempat Izzara
membalas, si manja pula
menyampuk.
“Auntie
Sham, telekung Rania tu daddy
cakap dia memang
beli sama colour macam
mommy punya
telekung.”
Izzara dan
Shamzlin tersenyum mendengar
si petah itu
bersuara.
“Wah, bestlah
telekung Rania sama colour
sulamannya dengan telekung
mommy. Pandai daddy pilih
ye.”
Rania Arissa
hanya tersengih mendengar
kata-kata Shamzlin yang
berbaur pujian itu. Dia
sukalah sebab orang
puji daddy dia!
“Hmm, okeylah, Zara. Aku nak
masuk bilik aku
dululah.”
Shamzlin bangun
dari duduknya dengan
membawa telekung pemberian Ghaz
Khuzairi padanya. Tiba-tiba dia
terpandang akan teddy bear milik Izzara
elok terletak di
kerusi panjang tersebut. Tak
pernah-pernah Izzara meletakkan
teddy bear
pemberian Qaleef itu
ke situ.
“Eh,
Zara. Dah kenapa pulak teddy
bear kau kat
situ? Dah macam terpinggir
jer rupanya.”
Sebelum menjawab
pertanyaan sahabatnya itu, Izzara
sempat mengerling sekilas
pada Rania Arissa
yang duduk di
sebelahnya itu yang
sudah tersengih-sengih.
“Kalau kau
nak tahu, Sham… ada orang
tu jealous
dengan teddy bear tu. Sanggup
dia angkut benda
tu ke situ, risau
aku tidur tak
peluk dia malam
ni.”
“La,
siapa pulak yang
nak jealous
dengan teddy bear yang
tak berdosa ni? Takkan
dengan benda ni
pun nak jealous! Siapa yang jealous
sangat tu?
Lurus pulak
si Shamzlin ni
bertanya, tak dapat menangkap
siapa yang dimaksud
oleh Izzara itu.
“Siapa lagi
yang bermata hazel kat
sini kalau tak
budak comel sebelah
aku nilah. Si mata hazel
ni cemburu kat teddy
bear tu kalau
kau nak tahu, Sham. Beria-ia dia
mengangkat teddy bear tu
pindah ke kerusi
tu.”
Balas Izzara
lagi sambil menahan
senyumnya bila melihat
Rania Arissa memeluknya
erat sambil menyembunyikan wajahnya. Malulah tu
sebab ‘kegiatannya’ itu
diketahui oleh Auntie Shamnya.
“La,
budak comel ni jealous dengan teddy bear
tu?
Soal Shamzlin
lagi, masih tak percaya. Biar
betul Rania Arissa
ni!
Izzara hanya
mengangguk, mengiakan
pertanyaan sahabatnya itu. Dan
Shamzlin hanya menggeleng, tak tahu
nak komen apa
dah. Geli hati pun
ada bila melihat
aksi spontan Rania
Arissa yang memeluk
Izzara sambil menyembunyikan wajahnya. Malu bila
Izzara dan Shamzlin
memperkatakan tentang dirinya
yang cemburukan teddy bear
itu. Alahai, Rania Arissa!
>>>>>>>>>> bersambung
>>>>>>>>>> bersambung
dah lama akak tunggu...tiap-tiap hari bukak blog tp akhirnya dpt juga baca.
ReplyDeletecepat sambung dik....best ceritanya
Thanks, kakak darling sebab bersabar menunggu.Insha Allah, pasti akn bersambung :) ~hugs~
DeleteThank you,adik manis :)
ReplyDelete