BAB 29 : TERIMA AKU SEADANYA
BUNYI alarm telefon
mengejutkan Izzara dari
tidurnya. Sedap betul tidur! Dan
kalau tak mengenangkan
tanggungjawab pada yang
Esa, mahu saja dia
menyambung tidurnya.
Tambahan lagi di
hujung minggu begini. Memang bestlah layan
tidur sampai puas!
Tiba-tiba mata
bundarnya terbuka luas
dan rasa malas
nak bangun seketika
tadi hilang
sekelip mata bila
dia merasakan seseorang
memeluknya erat. Terus matanya
terarah pada badannya
yang dipeluk itu. Dengan
cahaya lampu tidur
yang samar-samar menerangi
ruang biliknya itu, terbit
senyuman kecil di
bibir nipisnya. Alahai!
Macamana dia boleh
lupa yang Rania
Arissa tidur dengannya. Belum apa-apa
dah lupa dengan
‘anak’!
Tangan comel
yang memeluknya itu
dialih perlahan, lalu dia
membetulkan kedudukan si
manja yang lena
terbaring itu agar
selesa tidurnya. Setelah
itu, dia baring mengiring
mengadap badan si
manja. Tangannya membetulkan rambut
Rania Arissa yang
menutupi wajah comel
itu. Lalu bibirnya menyentuh
lembut ke pipi
gebu si manja.
Mata bundarnya
menjelajah ke wajah
‘anaknya’ yang putih
bersih. Dia tersenyum lagi
bila mengenangkan saat
Rania Arissa yang
petah bercerita itu
dan ini sebelum
dia dan si
manja melelapkan mata
malam tadi. Terbayang-bayang mulut
mungil yang sesekali
memuncung bila si
manja beria-ia bercerita. Geram tengok
mulut si manja
yang memuncung tu, rasa
nak picit jer!
Izzara mengerling
jam di dinding
biliknya, sudah pukul 6:15
pagi. Dia bangun perlahan
dan matanya sempat
memandang ke wajah
si manja yang
lena tidur persis
Snow White
tu. Hatinya berkira-kira mahu
mengejutkan Rania Arissa
untuk solat Subuh
ke tidak. Dalam hatinya
yang kasihan, tak sampai
hati menganggu tidur
si manja, teringat akan WhatsApp dari Ghaz Khuzairi
semalam, berpesan agar mengejutkan
Rania Arissa untuk
solat Subuh.
“Rania, bangun sayang.”
Izzara menarik
perlahan ibu jari kaki si manja, lembut mengejutkan
si manja yang
tampak lena itu. Dan
dia tersenyum bila
Rania Arissa mengerakkan
badannya, sambil tangan comelnya
mengosok-gosok mata bundarnya
perlahan.
“Mommy.”
Rania Arissa
memandang ke wajah
Izzara dengan tersenyum. Izzara membalas
senyuman si manja
sambil tangannya menarik
perlahan badan si
manja yang cuba
bangun dari pembaringannya.
“Kita nak
solat Subuh ye, mommy?”
Lemah si
manja yang masih
mamai itu bertanya
seraya memeluk mommynya dengan
manja sekali. Bukan senang
nak dapat momen
bermanja dengan ‘mommy’ macam
ni.
“Ye,
sayang. Mommy mandikan
sayang dulu, lepas tu
kita bersiap-siap untuk solat sama-sama
ye.”
Usul Izzara, senang dengan
tingkah Rania Arissa
yang manja memeluknya. Namun dia
agak hairan bila
si manja yang
memeluknya itu hanya
memandang wajahnya dengan
matanya yang kuyu
itu tanpa membalas
kata-katanya.
“Rania mengantuk lagi
ye?”
Si manja
hanya menggelengkan kepalanya
tetapi matanya yang
bundar itu masih
memandang ke wajah mommynya.
“Kalau tak
mengantuk, kenapa tak lepaskan
pelukkan ni? Mommy nak mandikan
sayang mommy ni. Kejap lagi
nak solat kan.”
Soal Izzara
lagi, namun si manja tidak
berganjak dari posisinya
yang erat memeluk
Izzara.
“Hari ni, bila Rania
bangun pagi rasa best
sangat mommy. Sebab Rania dapat
peluk mommy macam ni. Selalu
bangun pagi, peluk daddy
jer. Takpun peluk Tok Ma, Mak
Long dan Mak
Su.”
Senyuman manis
dari bibir mungil
si manja tidak
sedikit pun ‘mendamaikan’
hati Izzara yang
tiba-tiba sebak mendengar
kata-kata dari si
manja. Lalu dia membalas
pelukkan si manja
dengan erat. Kasihan pada
si manja yang
dahagakan belaian kasih
seorang insan yang
bergelar ibu. Naluri seorang
anak, walaupun si manja dilimpahi
kasih sayang dari daddynya
dan orang sekeliling
yang mengasihinya, namun dia
tetap dahagakan pelukkan
serta kasih sayang
seorang ibu yang
tiada tandingannya.
“Sayang jangan
cakap macam tu. Hujung
minggu, sayang boleh datang
rumah mommy, tidur dengan mommy.
Mommy tak
kisah. Mommy pun
suka macam ni, bangun
jer tidur dapat
peluk sayang mommy ni.”
Lembut Izzara
menuturkan kata-katanya dengan
menguntum senyum pada
si manja yang
memandangnya. Memang dia tidak
kisah kalau setiap
hujung minggu Rania
Arissa datang bermalam
di rumahnya.
“Betul mommy tak
kisah kalau Rania
datang tidur rumah mommy
lagi lepas ni?”
Soal si
manja teruja, ceria wajahnya.
Izzara mengangguk, mengiakan pertanyaan
‘anaknya’.
“Kalau daddy bagi
Rania tidur dengan mommy
lagi, nanti Rania bagitau
mommy tau! Tapi
kan mommy, kalau daddy
ada sekali tidur
dengan kita,lagi best kan mommy?
Rania Arissa
yang masih memeluk
Izzara erat, mendongak dan tersengih
pada mommynya dengan mengajukan
pertanyaan yang membuatkan
Izzara terkedu mendengarnya. Alahai si
petah ni, selalu tanya
soalan yang mencabar
mommy atau daddy nak
menjawabnya!
“Okey, sayang. Nanti kalau daddy
bagi sayang tidur
rumah mommy lagi, cakap kat mommy
ye. Nanti mommy
datang jemput sayang
ye.”
Balas Izzara
lalu mencium kedua-dua
pipi gebu si
manja. Pertanyaan di akhir
kata-kata si manja
sebentar tadi saja dibiar sepi.
“Okey, mommy. Tapi nanti mommy tolong
pujuk daddy ye supaya
daddy bagi
Rania tidur dengan
mommy lagi
lepas ni.”
Cadang si
manja dengan tersengih
lebar. Dan dia seolah-olah
terlupa akan persoalannya
yang membuatkan Izzara
terkedu sebentar tadi. Soal
ingin tidur bersama
dengan mommynya di masa
akan datang lagi
‘penting’ bagi si
manja. Siap mencadangkan Izzara
untuk memujuk daddynya pulak
tu!
“Amboi, sayang mommy ni! Pandai
dia ye siap
suruh mommy pujuk daddy.
Okey, kalau mommy pujuk daddy dan daddy
bagi Rania tidur
dengan mommy, apa sayang nak
bagi upah kat mommy?
Izzara mengusik
Rania Arissa, saja nak
dengar jawapan dari
si manja yang
petah tu. Pandai dia
ye siap babitkan mommy
suruh pujuk daddy!
Dan Rania Arissa
yang masih tersengih
lebar itu menggarukan
kepalanya perlahan, berfikir agaknya
nak menjawab pertanyaan
si mommy yang tersenyum
menunggu balasan dari
mulut mungilnya itu.
“Nanti Rania
peluk mommy masa tidur dan bila
bangun tidur, Rania akan
peluk dan kiss mommy
macam ni. Mommy cakap tadi
kan, yang mommy suka kalau mommy bangun
tidur dapat peluk
Rania. Jadi, itulah upah untuk mommy
sebab dapat pujuk daddy.”
Jawab si
petah yang memeluk
mommynya erat
sambil bibir mungilnya
menyapa bertalu-talu ke
wajah Izzara, siap tunjukkan
lagi tu upah
yang bakal mommy dapat
kalau dapat pujuk daddy. Dan Izzara
hanya mampu tersenyum
lebar, senang dengan lagak
si manja yang siap mendemonstrasikan upah
yang bakal dia
dapat nanti.
“Ermm, pandai ye sayang
mommy ni
bodek mommy. Nanti mommy
tolong pujukkan daddy ye.”
Pipi gebu
si manja dipicit
perlahan dan si
empunya pipi gebu
itu hanya mengganggukkan kepalanya. Suka bila mommy
setuju dengan cadangannya
tadi. Harap lepas ni dapat tidur
di rumah mommy lagi!
“Thank you and
I love you
mommy. Mommy memang best!”
Ucap Rania
Arissa sambil menyandarkan
kepalanya di dada
Izzara dengan manja. Suka
dapat mommy yang sporting!
“My pleasure,dear! Mommy’s love
you too. Anyway sayang mommy, jomlah bangun
mandi. Nanti Auntie Sham tunggu
kita pulak nak
solat sama-sama dengan
dia.”
Malam tadi
Izzara sudah memaklumkan
pada sahabatnya itu
untuk solat Subuh
berjemaah sebentar nanti. Dan
dengan senang hati, Rania
Arissa bingkas bangun
dan turun dari
katil untuk ke
bilik air, patuh pada
usulan mommynya. Izzara turut melangkah
ke bilik airnya
untuk memandikan si
manja yang patuh
dan tak banyak
kerenahnya itu.
SETELAH
siap
mengemas dapur selepas
mereka menikmati sarapan
bersama sebentar tadi, Izzara
dan Shamzlin melangkah
ke ruang tamu. Ruang
tamu yang kemas
teratur itu juga
merupakan ruang untuk
bersantai bagi dua
sahabat ini bagi
menonton televisyen terutamanya. Sampai sahaja
di ruang tersebut, kelihatan Rania
Arissa leka menonton
siri kartun kegemarannya.
“Wah, Rania tengok
cerita Sofia The First
tak ajak Auntie Sham
pun ye!”
Shamzlin mengambil
tempat duduk sebelah
Rania Arissa yang
tersandar di sofa, leka
melayan siri kartun
Sofia The
First : Once Upon A
Princess di Disney
Channel itu. Rania Arissa
memandang sekilas ke
arah Shamzlin yang
duduk di sebelahnya
bila pipi gebunya
itu dipicit lembut
oleh Shamzlin ketika
menyapanya.
“Auntie Sham
kan dah besar, mana
boleh tengok kartunlah.”
Omel si
manja membalas sapaan
Shamzlin tetapi matanya
tetap tertumpu pada
skrin televisyen plasma
di hadapannya. Izzara yang
duduk bertentangan dengan
Shamzlin dan Rania
Arissa menahan gelaknya
bila mendengar omelan
si manja. Sebijik kau
kena, Sham!
“Tapi Auntie Sham
pun suka tengok
Sofia The
First ni, Rania. Best!”
Rania Arissa
terus berpaling pada
Shamzlin bila mendengar
kata-kata Auntie Shamnya itu. Wah, ada
geng minat tengok
Sofia The
First ni!
“Betul ke Auntie Sham
pun suka tengok
Sofia The
First?”
Tersenyum si
manja yang comel
memakai Pinafore Trudy &
Teddy berwarna coklat itu, menyoal pada
Shamzlin yang tersengih
bila mendengar pertanyaan
si manja yang
seakan tak percaya. Masakan si manja
tu nak percaya
yang Auntie Sham dah tua bangka
tu pun minat
kartun jugak.
Shamzlin mengangguk
dan bersuara lagi pada si
manja.
“Cinderella, Snow White dan Barbie
pun Auntie Sham suka
tengok tau!”
Riak wajah
Rania Arissa ceria, sukalah tu
ada geng tengok
kartun yang juga
diminatinya. Izzara hanya menggelengkan
kepalanya bila mendengar
kata-kata Shamzlin, dah macam
budak sebaya Rania
Arissa pun ada
jer lagaknya. Tak malu
betul mengaku minat
tengok kartun. Kalau bukan
sebab minat Shamzlin
melayan siri kartun, takde
maknanya saluran Disney Channel
itu tersenarai dalam
langganan Astro di
rumah sewa mereka.
Dan Shamzlin
sempat mengenyitkan matanya
ke arah Izzara
yang sudah menayangkan
riak muka menyampah
pada Shamzlin yang
begitu tulus mengaku
meminati rancangan kanak-kanak
itu pada Rania
Arissa. Dah sama ‘naik’
dengan Rania Arissa
jelah, leka dengan kartun!
“Sayang, mommy nak tanya
boleh?”
Izzara mencelah, bertanya pada
si manja yang
masih tersenyum ceria
itu. Dan si manja
bangun dari duduknya
lalu melangkah ke
sofa yang diduduki
oleh Izzara. Dia mengambil
tempat sebelah Izzara, dan
memaut manja lengan mommynya
itu.
“Mommy nak tanya
apa, mommy?”
Rania Arissa
sudah memeluk manja
Izzara, dia mendongak dan
bulat matanya memandang
ke wajah Izzara.
Izzara tersenyum
lalu membelai lembut
rambut dark brown si
manja, sebelum dia bersuara
untuk bertanya pada
anaknya itu.
“Mommy nak tanya, kenapa
Rania suka tengok
kartun Sofia The First
ni? Sebab dia kanak-kanak
yang comel macam
sayang mommy ni ke?
Lembut Izzara
bertanya yang masih
membelai rambut si
manja dan Rania Arissa tersenyum
mendengar pertanyaan dari mommynya
itu. Matanya sempat memandang
pada skrin televisyen
sebelum dia menjawab
pertanyaan tersebut.
“Rania suka
tengok Sofia The First
tu sebab Rania
nak jadi macam
Sofia tu jugak, mommy.”
Mudah si
manja menjawab sambil
matanya terarah pada scene
watak Sofia yang tengah menjahit
gaun milik kakak
tirinya, Amber yang terkoyak
itu. Sofia dalam Sofia The
First : Once Upon A Princess tersebut
adalah kanak-kanak yang
berusia 7 tahun
yang berasal dari
latar belakang keluarga
yang biasa sahaja
tetapi dia menjadi
keluarga diraja bila
ibunya berkahwin dengan
King Roland II.
“Kenapa Rania
nak jadi macam
Sofia tu?”
Izzara cuba
menduga lagi, apa agaknya
jawapan dari si
manja yang petah
dan bijak itu.
“Kalau mommy nak
tahu, Sofia tu budak
yang baik, mommy. Dia suka tolong
orang dan tak
suka gaduh walaupun
kakak dia suka
buat dia, mommy. Tadi mommy
tak tengok ke, dia
tolong makcik tu
angkat barang dan
tolong jahitkan gaun
kakak dia yang
terkoyak tu. Dia baik
sangat, mommy. Rania suka
dia, sebab tu Rania
nak jadi macam
Sofia yang baik
tu, mommy. Lagipun daddy cakap, kalau
kita baik dan
tak gaduh-gaduh, nanti semua
orang sayang kat
kita. Allah pun sayang
kita, mommy.”
Petah si
manja itu menjelaskan
pada mommynya. Izzara
menahan senyum bila
melihat riak wajah
si manja yang
bersungguh-sungguh menerangkannya
kenapa
si manja ingin
menjadi macam Sofia The
First. Nak tergelak pun
ada bila sesekali
si manja memuncungkan
mulutnya ketika bercerita
pasal si Sofia
itu.
“Baiknya Sofia
tu ye, sayang? Dahlah baik, comel
pulak tu. Macam sayang
mommy ni
jugaklah.”
Kata Izzara
lalu memeluk anaknya
yang bijak itu
erat. Lapang hatinya bila
si manja yang
seusia itu pandai
menilai setiap watak
yang ditayangkan dalam
siri tersebut. Walaupun hanya
cerita kartun, besar kemungkinan
ianya akan mempengaruhi
pemikiran dan kelakuan
anak-anak terutamanya anak-anak
yang seusia Rania
Arissa ni. Mudah meniru
dan mengikut apa
yang ditontonnya.
Sekurang-kurangnya Rania Arissa
tahu menilai mana
yang baik perlu
dicontohi dan yang
kurang baik itu
dijadikan pengajaran.
Walaupun terdapat banyak
siri kartun yang memaparkan sifat-sifat
yang mulia seperti
yang ditonjolkan oleh
watak Sofia dalam Sofia
The First itu, tetapi
ibubapa atau penjaga
harus memantau kartun
apa yang sesuai
untuk ditonton oleh
anak-anak mereka.
Rania Arissa
hanya tersengih dan
kemudian dia kembali
melayan siri kartun
kegemarannya itu yang
hampir tamat siarannya. Shamzlin yang
sedari tadi menjadi
pendengar dan memerhati
sketsa dua beranak
itu sempat menjeling
pada Izzara yang
turut memandang padanya
dan cuba menyuarakan
sesuatu.
“Ermm, aku dah
cakap kat kau
dah, Zara. Layan kartun ni best. Bukan sekadar best, tapi
ada juga pengajaran
yang terselit dalam
cerita tu. Tapi tengok
jenis kartunlah. Ada jugak
kartun yang berunsur
ganas dan kurang
sopan atau kurang
ajar jer wataknya
yang tak sesuai
ditonton. So, kita yang
dewasa nilah berperanan
memantau siri yang
sesuai untuk anak-anak.”
Belum sempat
Izzara membalas kata-kata
sahabatnya itu, si manja
menyuarakan sesuatu padanya.
“Mommy, Rania nak pergi
atas ambik beg Barbie
dalam bilik mommy,
boleh tak?
“Nak mommy temankan
sayang?”
“Tak payah, mommy.
Rania pergi ambik
sendiri. Sekejap jer, mommy.”
“Okay, then. Baik-baik
naik tangga tu ye,
sayang.”
Rania Arissa
mengangguk faham lalu
melangkah untuk naik
ke tingkat atas. Selang
beberapa minit kemudian, si
manja datang dengan
membawa beg Barbie miliknya
lalu mengambil tempat
duduk bersebelahan dengan
Izzara. Beg Barbie tersebut diletakkannya
di lantai dan disandarkannya di
tepi meja sofa.
Si manja
mengeluarkan satu buku
koleksi Barbie dan pensil
warna dari beg
tersebut lalu meletakkannya
di meja sofa
di hadapan dia
duduk. Setelah itu, si manja
mula dengan aktiviti
mewarna tanpa mempedulikan
Izzara dan Shamzlin
yang sedari tadi
memerhati tingkahnya itu.
“Wah, kemasnya sayang
auntie ni
mewarna. Ni dah besar
esok mesti fussy macam
mommy dia. Suka
mengemas pastu bising
kalau sepah-sepah.”
Izzara sempat
menghadiahkan satu cubitan
di lengan Shamzlin. Ada
ke cakap macam
tu depan Rania
Arissa. Memang hampeh
betul si Sham
ni!
“Aduh! Sakitlah, Zara. Kau ni
suka-suka jer cubit
aku! Betullah aku cakap. Kau
tak pernah dengar
ke, kalau orang yang
teliti dan cermat
dalam melakukan sesuatu
kerja tu, adalah orang
yang sukakan kekemasan
dan agak cerewetlah
kalau bab-bab mengemas
atau kebersihan. Contohnya ada
kat depan kita
ni, kau tengoklah Rania
tu mewarna. Sungguh teliti
dan kemas. Aku rasa
sampai malam karang
baru dia siap
mewarna Barbie tu.”
“Kau
ni, Sham. Suka nak mengarut. Sampaikan Rania
Arissa teliti mewarna
pun kau nak kaitkan dengan
cerewet segala.”
Izzara menjengilkan
matanya pada Shamzlin
yang tersengih padanya. Memang nak
kenalah Sham ni!
“La, aku cakap
berdasarkan dengan apa
yang aku tengok
sekarang. Dan memang betul
pun kau tu fussy kalau
bab mengemas dan
kebersihan. Kalau tak,
takdelah rumah kita
ni kemas sentiasa.”
Balas Shamzlin
selamba, cuba mempertahankan apa
yang diperkatakannya sebentar
tadi. Matanya terarah pada
Rania Arissa yang
tekun dengan aktiviti
mewarna kartun Barbie itu. Daripada
dia tengok muka
tak puas hati
Izzara tu baik
dia layan tengok
ketelitian si manja
tu mewarna.
“Daddy pun tak
suka sepah-sepah. Kalau Rania
buat kotor, mesti daddy bising. Dia
tak sukalah kalau
tak bersih.”
Belum sempat
Izzara yang menahan
rasa itu membalas
kata-kata sahabatnya, Rania Arissa
yang sedari tadi
tekun mewarna itu
mencelah.
“I told you, Zara. Rania ni
teliti orangnya sebab
ikut daddy and mommy dia. Suka
buat kerja dengan
kemas dan bersih. Betul
tak, sayang?
Rania Arissa
tersenyum lebar bila
mendengar kata-kata yang
berbaur pujian itu
dan hanya menganggukkan
kepalanya, mengiakan kata-kata Shamzlin. Dan
Izzara semakin hangin bila
Shamzlin mengaitkannya dengan
Ghaz Khuzairi. Minah ni memang betul-betul
nak kena agaknya!
Tiba-tiba Shamzlin
tersepak beg Barbie milik
Rania Arissa yang diletakkan si
manja tidak jauh
darinya. Angkara cuba mengelak
Izzara yang mahu
mencubitnya lagi, tak pasal-pasal
beg si manja
tersepak olehnya. Habis segala
‘khazanah’ milik Rania
Arissa terkeluar dari
beg tersebut.
“Aduh, satu kerja
pulak aku nak
mengutip dan nak
mengemas buku-buku dan pensil
colors si Rania
ni. Kau punya pasallah
ni, Zara!”
Bebel Shamzlin
sambil mengutip dan
memasukkan semula segala
barang milik si
manja ke dalam
beg tersebut.
“Hah, tulah upah
orang yang suka
mengarut. Kau susun betul-betul
barang-barang Rania tu, Sham. Nanti tak
pasal-pasal Rania yang
kena bising dengan
daddy dia
kalau tak disusun
elok-elok.”
Ujar Izzara
sambil tergelak kecil, geli
hati melihat muka
tak puas hati
Shamzlin yang terpaksa
mengutip dan menyusun
balik ‘khazanah’ milik
si manja. Alahai, yang si
Rania ni pun
satu, pesal banyak sangat
bukunya ni! Nama jer
belajar kat tadika
tapi buku-buku dia ni mengalahkan
budak sekolah rendah
jer. Siap dengan pensil
warna yang sampai
2-3 kotak. Taulah anak pilot! Sempat lagi
Shamzlin mengomel dalam
hati sambil dia
mengutip buku-buku dan
pensil warna milik
si manja yang
bersepah itu.
Ketika Shamzlin mengutip segala
‘khazanah’ si manja itu,
tiba-tiba dia terpandang
akan satu bingkai
gambar di celah-celah
buku milik Rania Arissa yang
bersepah di permaidani. Tangannya mencapai
bingkai gambar tersebut
dan berkerut dahinya
bila melihat sekeping
gambar yang berukuran
4R dan sekeping
lagi gambar yang
berukuran paspot di
bingkai gambar yang
sama.
Tiba-tiba Shamzlin
ketawa kecil bila
menatap gambar tersebut. Izzara yang
leka memerhati si
manja yang sibuk
dengan aktiviti mewarna
itu, berpaling pada
sahabatnya dan hairan
bila melihat Shamzlin
yang menatap bingkai
gambar itu dengan
ketawa kecil. Dah kenapa
pulak dengan sahabatnya
tu? Takkan tersepak beg Barbie
tu terus jadi
tak betul kut! Bukannya
kepala Shamzlin tu
ada terhantuk kat
mana-mana tadi.
“Hey, Sham. Apa kelakar sangat
yang kau tengok
tu?”
Soal Izzara
pada Shamzlin yang
mara ke arahnya
lalu duduk disebelahnya
itu. Bingkai gambar tersebut
bertukar tangan dan
Izzara tersenyum lebar
bila melihat gambar
yang dipegangnya itu.
“Cute jer Ghaz
dengan baby pacifier tu
kan, Zara? Geli hati aku
tengok gambar abang pilot ni. Serius
cute! Kau tengok
Rania masa ni, cute and
chubby jer!”
Makin lebar
senyum Izzara mendengar
kata-kata Shamzlin itu. Dia
sendiri turut geli
hati melihat gambar
lelaki yang berkarisma
itu meletakkan baby pacifier
ke mulutnya. Dan matanya
terarah pada Rania
Arissa yang didukung
oleh daddynya itu. Okey, daddy dan
Rania sama-sama cute!
Kalaulah Ghaz Khuzairi
tahu yang gambar
tersebut menjadi tatapan
dua sahabat itu, agaknya
mahu dia malu
segantang! Silap hari bulan
nak pandang muka
Izzara dan Shamzlin
lepas ni pun
tak sanggup agaknya!
“She’s seem different. Montel betul
Rania masa ni kan,
Sham? Kau tengok jari-jari
dia tu, montel jer! Geram
jer tengok! Pipi tembam
dia tu, rasa nak
gigit jer!”
Balas Izzara
yang masih tersenyum
itu sambil melihat
aksi Ghaz Khuzairi
dalam gambar tersebut
yang mengusik Rania
Arissa dengan mengacahkan mulutnya
yang kemas dengan
baby pacifier
milik si manja
yang cuba mencapai
benda alah itu
dari mulut daddynya.
Rania Arissa
yang sedari tadi
leka mewarna bangun
dari duduknya dan
melangkah ke arah
Izzara dan Shamzlin
yang leka melihat
gambar tersebut. Nama daddynya
dan dirinya menjadi
sebutan dua jelita
itu menarik minatnya.
“Mommy, gambar tu Rania
punyalah, mommy.”
Izzara mengalihkan
pandangannya pada si
manja yang sudah
berdiri di hadapannya
dan Shamzlin yang
dari tadi tersengih-sengih melihat
gambar comel itu. Tangannya mencapai
si manja lalu
dibawa keribaannya.
“Rania, daddy dukung baby siapa
ni, sayang?”
Sengaja Shamzlin
bertanyakan pada Rania
Arissa yang turut
melihat gambar yang
diacukan Shamzlin padanya. Sajalah Shamzlin
tu nak mengusik
si manja. Ni namanya, dah
gaharu cendana pula, dah
tahu bertanya pula!
“Ni Ranialah, Auntie Sham.”
Jawab si
manja dengan tersenyum
simpul.
“La, ni Rania
ke? Tapi kenapa tak
sama macam Rania
sekarang. Yang kat dalam
gambar ni lagi cute. Chubby pulak tu.”
Sempat lagi
Shamzlin mengenyitkan matanya
pada Izzara yang
meriba si manja. Izzara
hanya tersenyum dengan
gelagat Shamzlin. Nasiblah dapat
kawan yang sengal
macam tu kan! Suka
cari pasal ye
jugak! Kalau Rania Arissa
tu bengang, biar Shamzlin
yang memujuknya!
“Sama jelah, Auntie Sham!
Daddy cakap Rania
masa baby suka minum
susu, sebab tu Rania
dalam gambar ni
gemuk. Ni Ranialah, Auntie
Sham.”
Petah si
manja menjawab, serius jer
nadanya bersuara. Sentaplah dia
bila baby yang comel
di dalam gambar
tu dikatakan orang
lain.
“Betul ke baby
dalam gambar ni
Rania? Okey, Rania duduk diam-diam
dan pandang Auntie Sham. Auntie Sham
nak tengok, sama ke tak baby dalam
gambar ni dengan
Rania.”
Rania Arissa
patuh pada arahan
Shamzlin yang kononnya
cuba membuat perbandingan
sama ada baby yang
didukung oleh Ghaz
Khuzairi di dalam
gambar tersebut sama
ke tidak dengan
Rania Arissa di
hadapannya itu. Dah tak
ada kerja agaknya
si Shamzlin ni. Tak
pasal-pasal Rania Arissa
menjadi bahan usikannya.
Izzara menggelengkan
kepalanya, kesian pun ya
jugak dengan ‘anaknya’
yang menurut arahan
entah apa-apa si
Shamzlin yang sengal
tu. Kasihan anak mommy!
Kalau tak mengenangkan
Rania Arissa ada
di situ, dah lama
diketuknya kepala si
Shamzlin tu. Makin menjadi-jadi
perangai tak betul
sahabatnya itu. Suka betul
mengusik! Dah tak betul sebab tersepak
beg Barbie tadi agaknya!
“Hmm… Yelah, Rania. Baby dalam
gambar ni sama
macam Ranialah. Hidung sama. Mulut
comel ni pun
sama. Rambut pun sama colour. Pipi gebu
dan tembam ni pun sama. Yang
penting sekali, mata hazel
Rania tu sama dengan baby
dalam gambar ni. So,
betullah Rania bagitau
yang baby dalam gambar
ni adalah Rania
Arissa yang comel
di depan Auntie Sham
ni.”
Tersenyum Rania
Arissa mendengar kata-kata
Shamzlin, lega dan suka
bila Auntie Shamnya ‘mengesahkan’
yang baby dalam gambar
tersebut adalah Rania
Arissa. Terus dia menghadiahkan
ciuman ke pipi
Shamzlin. Dan Shamzlin tersenyum
lebar mendapat hadiah
‘penghargaan’ dari si manja. Tak
sia-sia dia mengusik
Rania Arissa kejap
tadi, siap dapat habuan
lagi!
“Thanks for the
great kisses, Rania. That is
so sweet and
adorable of you, my Rania.”
Ucap Shamzlin
lalu membalas ciuman
ke pipi gebu
si manja. Kembang setaman
hati si manja
bila dilayan begitu.
“She’s cute just
like her mommy. Sayang bawak
ye gambar ni ke tadika?”
Lembut Izzara
bertanya pada si
manja yang memandangnya
itu dengan tersengih, suka dipuji
sama comel macam mommy
dia!
“Gambar ni daddy
memang letak dalam
beg ni sebab
kalau Rania rindu daddy
dan mommy, jadi Rania tengoklah
gambar ni, mommy.”
Izzara hanya
mampu memeluk erat
‘anaknya’. Terkedu untuk membalas
kata-kata si manja. Hiba
hatinya tiba-tiba. Kasihan,
si manja
mommy ni!
Dan mata
Shamzlin tertancap pada
gambar arwah Marlissa
berukuran paspot yang
diletakkan di penjuru
bingkai gambar tersebut. Wajah arwah
memang saling tak
tumpah dengan wajah
milik Izzara. Patutlah Rania
Arissa beria-ia menganggap
Izzara tu ibu
kandungnya. Sebab gambar tu
rupanya. Dia yang sebelum
ni hanya mendengar
cerita tentang Marlissa
seiras dengan Izzara, agak
terkejut bila menatap
gambar arwah itu
tadi.
Mungkin ada
hikmah yang tersirat
di sebalik aturan
Allah ini. Sekurang-kurangnya Izzara
berpeluang menyayangi dan
berbakti pada anak
yatim seperti Rania
Arissa yang memerlukan
kasih sayang dari
seorang yang bergelar
ibu. Dan dirinya rasa
bersyukur kerana ‘terbabit’
sama menyayangi insan
seperti Rania Arissa. Shamzlin sempat
berdoa dalam hati
moga Allah sentiasa
merahmati insan yang
mulia hatinya seperti
Ghaz Khuzairi yang
begitu ikhlas mendidik
dan mencurahkan kasih
sayangnya pada anak
yatim seperti Rania
Arissa. Begitu juga dengan
sahabatnya Izzara, yang ikhlas
menyayangi si manja. Beruntunglah orang-orang
yang ikhlas mengasihi
dan menyayangi anak
yatim kerana Allah
menjanjikan ganjaran pada
golongan ini.
Rasulullah S.A.W bersabda:
“Demi Allah yang mengutusku dengan kebenaran, di hari kiamat Allah S.W.T tidak akan mengazab orang yang mengasihi anak yatim, dan bersikap ramah kepadanya, serta bertutur kata yang manis. Dia benar-benar menyayangi anak yatim dan memaklumi kelemahannya, dan tidak menyombongkan diri pada tetangganya atas kekayaan yang diberikan Allah kepadanya." (H.R. Thabrani)
Izzara meleraikan
pelukannya pada si
manja perlahan. Matanya memandang
ke wajah bersih
Rania Arissa. Sempat lagi
pipi gebu itu
dicium lembut sebelum
dia bersuara sesuatu
pada si manja.
“Sayang, kejap lagi
lepas kita solat
Zohor, kita keluar jalan-jalan
dengan Auntie Sham ye. Malam
nanti kita ke
rumah atuk dan
nenek, kita tidur sana. Sayang
nak tak tidur
sana?”
Izzara memandang
kasih pada ke
wajah ceria Rania
Arissa yang suka
mendengar cadangan mommynya itu.
“Mestilah Rania
nak, mommy. Rania dah
rindu dengan atuk
dan nenek yang
baik tu. Auntie Sham ikut
kita pergi rumah
atuk dan nenek
tak nanti mommy?”
Ceria si
manja bersuara, bulat matanya
yang bundar itu
memandang ke wajah
Izzara dan sesekali
memandang ke arah
Shamzlin yang tersenyum
padanya.
“Kalau Rania
pergi, mestilah Auntie
Sham pun ikut
sama, sayang.”
Shamzlin mencelah, menjawab pertanyaan
si manja pada mommynya.
“Eh, Zara. Kita bertiga
jer ke yang
keluar kejap lagi? Qaleef
tak join sama?
Shamzlin bertanya
pula pada Izzara, yang
dipeluk erat oleh
Rania Arissa yang
manja itu.
“Ermm, dia ada hal dengan ibu
dia. Katanya ibu dia
mintak teman carikan
barang-barang hantaran. Mama aku dan
ibu Qaleef tu
sama jer excited nak
buat preparation untuk majlis
kami nanti.”
“Qaleef tu
siapa, mommy?”
Rania Arissa
tiba-tiba bersuara, bertanya bila
nama yang tak
pernah didengarnya itu
menjadi topik perbualan
kedua wanita di
hadapannya. Dan Izzara menjeling sekilas
pada Shamzlin sebelum
memandang ke wajah
si manja yang
sabar menunggu jawapannya
itu.
“Bukan Qaleef, sayang. Uncle Qaleef. Dia kawan mommy. Malam nanti
kat rumah atuk
dan nenek, mommy kenalkan
sayang dengan uncle Qaleef
ye.”
Rania Arissa
hanya mengangguk, tanda memahami
apa yang diperkatakan
oleh mommynya.
“Uncle Qaleef tu daddy-to-be Rania
lah nanti.”
Shamzlin pula
menyampuk, tergelak kecil bila
mengusik Izzara yang
sudah menjengilkan matanya padanya. Namun
Rania Arissa menayangkan
riak muka tidak
faham dengan apa
yang disuarakan oleh Auntie
Shamnya itu.
“Jom, sayang. Kita naik
atas bersiap-siap.”
Izzara mengalihkan
Rania Arissa dari
ribaannya dan memimpin
si manja melangkah
bersama-sama untuk ke
biliknya. Si manja yang
patuh itu hanya
menurut tanpa bersuara
apa-apa, namun hatinya sudah
tidak sabar untuk
keluar dengan mommy dan Auntie
Shamnya lepas Zohor
nanti.
“Hah, Sham. Kau jangan
buat tak reti
pulak nak mengemas
buku-buku Rania yang
kau sepahkan tu
tadi. Dah pandai menyepah, pandai-pandailah mengemas
balik.”
Izzara sempat
berpesan berbaur memulangkan
paku buah keras
pada Shamzlin yang
sudah menayangkan muka
bengangnya pada Izzara. Makin
hangin pulak
bila melihat senyum
meleret Izzara yang
seolah-olah mengejeknya itu. Aku
pulak yang terkena
balik! Omel Shamzlin sambil
mengemas barang-barang Rania
Arissa yang bersepah
disebabkan dia tersepak
beg si manja
itu tadi.
RANIA ARISSA duduk
di kerusi jati
yang terletak di
hujung katil Izzara, leka
memakai kasut baru yang dibeli
Izzara di butik Burberry
Children tempohari. Kerana
terlalu suka mendapat
sepasang kasut ala-ala princess berwarna pink itu, sehingga si manja
mahu memakaikannya sendiri
tanpa bantuan mommynya.
“Mommy,
done!”
Izzara yang
duduk di meja
soleknya sambil menyapu
losyen di tangan, memalingkan wajahnya
ke arah si
manja yang tersenyum
lebar padanya.
“Oh
my dear, you looks like a little
princess! Comelnya
dia pakai dress dengan
shoes ni.”
Izzara sudah
berdiri di hadapan
Rania Arissa lalu
mengangkat si manja
yang duduk itu untuk
berdiri di kerusi
tersebut. Dan Rania Arissa
tersengih lebar hingga
menampakkan barisan gigi susunya yang
tersusun cantik. Pantang dipuji
comel, terus tersengih!
“Mommy, thank you. Rania suka dress
dan shoes yang mommy beli
ni. I love
you, mommy!”
Lalu si
manja berdiri di
kerusi itu menghadiahkan
ciuman manja di
pipi Izzara dan
memeluk wanita yang
penyayang itu erat
sekali. Izzara hanya menggangguk, membalas ucapan
terima kasih dari ‘anaknya’.
Terbit rasa lega
di hatinya kerana
Burberry sleeveless
dress dan kasut
berwarna pink yang dibelinya
tempohari, kena dengan ukuran
badan dan muat
dengan kaki comel
si manja.
“Meh, mommy nak sapu
losyen kat tangan
sayang. Dah cantik-cantik macam
ni, kenalah wangi-wangi jugak, sayang.”
Ujar Izzara
sambil menyapu losyen
di tangan comel
si manja. Setelah semuanya
okey, dia memimpin
Rania Arissa turun
ke tingkat bawah.
Shamzlin yang
duduk di sofa, menunggu Izzara
dan Rania Arissa
bersiap memandang ke
arah tangga bila
mendengar si manja
berceloteh pada mommynya.
Terpegun dia seketika
bila melihat Rania
Arissa yang tampak
sungguh comel dan
bergaya dengan sleeveless dress berwarna merah
hati yang bereben di bahagian pinggang dress itu dan dipadankan dengan
kasut ala-ala princess
berwarna pink.
Comelnya dia!
Shamzlin bangun
dari duduknya dan
melangkah ke arah
Rania Arissa dan Izzara yang berdiri di
muka pintu rumah. Senyuman manis
dilemparkan pada si
manja yang turut
tersenyum padanya.
“Amboi! Cantiknya sayang
auntie ni! Ini
Rania Arissa ke
atau Sofia The First?”
Shamzlin mengusik
si manja sambil
tangannya memicit lembut
pipi gebu itu.
“Ni Rania
Arissa lah, auntie.”
Jawab Rania
Arissa dengan manja, tersenyum malu-malu
alah bila diusik
begitu oleh Shamzlin.
“Ye ker
Rania Arissa ni? Auntie
tengok macam Sofia
The First jer. Cantik macam princess.”
Si manja
yang sudah merah
pipinya, malu bila diusik
begitu tidak membalas
sebalik dia memeluk
kaki Shamzlin. Nak sorok
muka malunya lah
tu. Terus Izzara dan
Shamzlin tergelak dengan
aksi spontan Rania
Arissa itu.
IZZARA
berjalan dengan memimpin
tangan Rania Arissa
melangkah ke Dave’s Deli
Restaurant yang terdapat
di pusat membeli-belah
Subang Parade. Shamzlin yang
mencadangkan untuk mereka
lunch di
situ memandang si
sahabatnya dah teringin
sangat makan lasagna di
restaurant tersebut. Lasagna
yang menjadi favourite si
sahabat. Kata Shamzlin lasagna
di Dave’s Deli itu
sedapnya seperti lasagna yang
dibuat oleh mamanya, Puan
Suraya.
Sampai sahaja
di Subang Parade
sebentar tadi, Shamzlin memintanya
membawa Rania Arissa
ke Dave’s Deli terlebih
dahulu kerana si
sahabat mahu ke
mesin ATM. Dan ketika
dia leka mengatur
langkah bersama dengan
si manja untuk
ke tempat yang ditujui, dia
yang memimpin tangan
si manja itu
tiba-tiba merasakan ada
seseorang menarik si
manja. Terus Izzara berpaling
pada si manja
yang sudah melepaskan
pegangan tangannya. Dan dia
memandang pada Rania
Arissa yang sudah
didukung seseorang.
Matanya tertancap pada Rania Arissa yang sudah tersenyum bila didukung oleh lelaki yang kacak itu. Dan lelaki tersebut menguntum senyumnya pada Izzara yang tampak terkejut sahaja riak wajahnya.
>>>>>>>> bersambung
>>>>>>>> bersambung
Walaupun agak terlewat, tetapi Rania Arissa nak wish jugak untuk mommies kesayangannya :) # Anggap jelah yang Rania Arissa buat card ni ye..he he |
Please add another chapter...till I know who the handsome guy....but really Hope he is my Ghaz....hehehe
ReplyDeleteTQVM dear....4 the sweet wishes.....speechless....
Hi, Kak Eijan :)
DeleteNo worries,sista! I will update another entry for TAS after this & will let readers know which chapter will be last in my blog :)
Abt d card & wishes..Rania said: " you're welcome & Rania luv u,mommy Eijan" :)
thanks nina & rania arissa for the wishes....nak stop dah ke...agak2 lama lagi tak novel ni nak dikeluarkan....rindu la nanti...
ReplyDeleteKak Suzie darling :)
DeleteOh, Insha Allah kak pasni Nina akn update another entry utk TAS..saje tu mengusik akak..hehe
Anyway, abt TAS Insha Allah kalau dipermudahkan olehNya utk Nina siapkan TAS ni, maka akk akn peluk TAS thun ni jgak..insha Allah :)
best.....sambung lg ye
ReplyDeleteThanks, Anon :)
DeleteInsha Allah, nanti saya sambung lagi ye :)