Assalamualaikum, darlings :)
BAB 30 : TERIMA AKU SEADANYA.
BEBERAPA saat
kemudian, riak wajah Izzara
yang tadinya agak
terkejut bila melihat
wajah lelaki yang
menarik tangan dan
mendukung Rania Arissa, bertukar riak
ceria sedikit. Lega sebenarnya
kerana yang menarik
si manja itu
tadi adalah lelaki
yang dikenali olehnya
dan Rania Arissa.
Dia yang
masih tersenyum pada
si kacak di
hadapannya itu yang
turut tersenyum padanya, mengerling ke
arah Rania Arissa
yang memeluk manja
badan tegap lelaki
yang mendukung si
manja. Macam dah bertahun-tahun tak
jumpa jer gayanya. Manja betul
si Sofia the First
ni!
“Bukan main cik
kak ni, dah dapat
yang badan tegap
terus dah tak
pandang mommy dia!”
Omel Izzara
dalam hati yang
tersenyum melihat tingkah
Rania Arissa yang
memeluk manja si
kacak itu sambil
kepalanya dilentokkan ke
bahu lelaki tersebut.
Izzara mara
ke arah si
kacak di hadapannya, namun belum
sempat dia bertanya
pada sesuatu pada
si kacak yang
mendukung Rania Arissa
itu tiba-tiba kedengaran
si manja menjerit
memanggil seseorang.
“Daddy!”
Izzara dan
lelaki tersebut menghala pandangan
mereka ke arah
orang yang dipanggil
oleh si manja.
Ghaz Khuzairi
yang berada di escalator
untuk turun, memandang ke
arah suara comel
yang menjerit itu. Dia
agak terkejut bila
melihat anaknya yang
manja didukung oleh
sahabat baiknya, Irfan Arief. Namun
bila melihat Izzara
berada di sebelah
Irfan Arief, dia dapat
mengagak yang anaknya
di bawa ke Subang
Parade oleh Izzara.
“Abang Irfan
ke gym
sekali dengan Ghaz
ke?”
Tanya Izzara
yang sedia maklum
Irfan Arief lepas
ke gym
bila melihat abangnya
itu membawa beg “Celebrity
Fitness” dengan memakai
kasut sukan bagai! Itulah
rutin abangnya, rajin workout di gym tersebut
bila dia ada
kelapangan.
“Hmm, abang Irfan memang
workout dengan
Ghaz tadi. Lepas siap workout, bersihkan diri
segala kami ke
surau atas tulah. Solat
Zohor. Zara baru sampai
ke dah lama
kat sini? Berdua dengan
Rania jer ke?”
“Baru jer
sampai. Datang sini bertiga
tapi Shamzlin ke
ATM machine kejap tu
yang Zara ke Dave’s
Deli dahulu. Tunggu dia
kat sanalah.”
Senyuman tersungging
di bibir Irfan
Arief bila mendengar
nama wanita idaman
hatinya itu. Kembang hatinya
bila mendapat tahu
yang Shamzlin turut
bersama dengan Izzara
ke Subang Parade. Haih, rezeki dialah
nampaknya dapat menatap
wajah ayu tu
kejap nanti!
“Aku ingat
kau dah kat Dome
dah, Arief.”
Ujar Ghaz
Khuzairi yang sudah
berdiri di hadapan
Irfan Arief. Dia sempat
melemparkan senyumannya pada
Izzara yang berdiri
di sebelahnya. Ketika melangkah
keluar dari Celebrity Fitness
tadi untuk ke
surau di tingkat
yang sama, dia dan
Irfan Arief berpakat
untuk lunch di Restoran
Dome usai mengerjakan
solat Zohor.
“Ermm, tulah aku memang
plan nak
ke Dome tapi on the
way nak ke
sana aku jumpa girlfriend aku
yang comel ni. Bukan
main manja lagi
dia Ghaz, bila
aku dukung dia. Rindulah
tu kat boyfriend dia
yang kacak ni!”
Rania Arissa
yang mendengar usikan
uncle Irfannya
itu terus menyembam
muka ke bahu
Irfan Arief yang
masih mendukungnya itu. Seganlah
dia diusik begitu
oleh lelaki yang
kacak pada pandangan
matanya itu. Izzara dan
Ghaz Khuzairi tergelak
kecil melihat tingkah
si manja.
Sesaat kemudian, Rania Arissa
mengangkat kepalanya lalu
memandang pada Ghaz
Khuzairi yang juga
memandang ke wajah
comel itu.
“Daddy,
nak dukung!”
Pinta Rania
Arissa dengan manja
sambil menghulurkan kedua-dua
tangan comelnya itu.
“Eh, ini anak daddy
ke? Ingat princess
Barbie manalah tadi.”
Giliran Ghaz
Khuzairi pula mengusik
si manja yang
sudah tersengih suka
disamakan dengan watak
kesukaannya itu. Memang comel
anaknya mengenakan dress berwarna
merah hati dan
kasut berwarna merah jambu itu.
“Ini Rania
Arissa lah, daddy. Nak dukunglah, daddy.”
Ghaz Khuzairi
tersenyum mendengar si
manja menjawab usikannya
lalu mengambil anaknya
itu dari dukungan
Irfan Arief.
“I miss you, daddy.”
Ujar si
manja lagi sambil
mengucup lembut pipi
Ghaz Khuzairi bertalu-talu. Rindu sangatlah
tu.
“I miss you
too, sayang daddy. Mana sayang dapat dress
dan kasut ni?”
Tanya Ghaz
Khuzairi sambil membalas
kucupan si manja. Hairan
pulak melihat dress
dan kasut yang
dipakai oleh si
manja. Seingatnya, ketika
mengemas baju-baju anaknya
itu, dia takda pulak memasukkan dress dan
kasut tersebut ke
beg pakaian anaknya.
“Mommy beli untuk
Rania. Cantik tak, daddy?
“Cantik, macam sayang
daddy ni
jugak. Dah say thank you
kat mommy tak?”
Soal Ghaz
Khuzairi lagi. Dan Rania
Arissa yang memaut
manja leher daddynya
hanya mengangguk membalas
pertanyaan lelaki yang
penyayang itu.
“Good girl!
Puji si daddy sambil
bibirnya menyapa lembut
pipi gebu si
manja.
“Hmm, Ghaz. Aku suggest kita lunch
dengan diaorang jelah
kat Dave’s Deli tu. Kau
okey, tak?”
Cadang Irfan Arief pada sahabatnya yang leka melayan si manja itu.
“That’s good idea. Anyway, Zara okey
ke kita join lunch
sekali ni? Kut Zara
nak privacy dengan
Rania jer.”
Soal Ghaz
Khuzairi pada si
jelita yang berdiri
sebelahnya. Dah alang-alang bertemu
ni, bagus jugalah kalau
dapat makan semeja
dengan si jelita
tu. Bukan mudah nak
dapat peluang macam
ni.
“Eh, takda hallah
kalau you all nak join. After all, Shamzlin pun
ada sekali, bukan Zara
dengan Rania jer.”
Balas Izzara
dengan tersenyum senang
pada si jejaka
yang berkarisma itu. Hatinya
kagum bila melihat
pautan kasih dua
beranak itu tadi. Memang
bertuahlah mana-mana gadis
yang dapat memiliki
hati si abang Pilot
yang penyayang dan
ikhlas itu.
“La, Shamzlin pun join
you all ke
sini tadi? Ingatkan Zara
dan si budak
comel jer.”
Ujar Ghaz
Khuzairi sambil memicit
lembut pipi gebu
anaknya. Matanya sempat mengerling
ke arah Irfan
Arief yang sudah
tersenyum lebar bila
nama wanita kegilaannya
itu menjadi sebutan.
“Hmm,
patutlah mamat sorang
ni suka jer
bila aku kata
tak kisah join Zara
tu lunch. Ada
makna rupanya!”
Sempat Ghaz
Khuzairi berbisik dalam
hati bila melihat
sahabatnya itu tersenyum
lebar. Terkenang ketika mereka
di gym tadi.
Sahabatnya yang beria-ia
ingin bertemu dengannya
rupanya mahu meluahkan
rasa tentang hatinya
sudah meminati seseorang. Dan dia
terkejut bila wanita
yang dimaksudkan oleh
Irfan Arief adalah Shamzlin, sahabat baik
Izzara. Tersenyum dan geli
hati bila mengenangkan
Irfan Arief siap
mintak tips memikat
hati si empunya
badan. Dan dia sememangnya
menyokong kalau Irfan
Arief serius dengan
Shamzlin. Yelah, Shamzlin tu pun
jelita, sopan santun pulak
tu. Sesuailah kalau sahabatnya
itu ingin memperisterikan Shamzlin
tu.
Selama dia
bersahabat dengan Irfan
Arief, ini kali pertama
dia mendengar luahan
si kacak itu
tentang perempuan dan
ini kali pertama
dia melihat kesungguhan
sahabatnya itu cuba
memikat si gadis! Memang
dah betul-betul seriuslah
Irfan Arief tu
nakkan Shamzlin yang ayu tu
kan! Some hearts
are like flowers, they
only open when
the time is
right. Mungkin dah tiba
masanya sahabatnya itu
mengakhiri zaman bujangnya
bila hatinya sudah
‘diusik’ oleh wanita
idaman sahabatnya. Harap
berjodohlah dua insan
yang pada amatannya
sangat sekufu itu… Insha
Allah. Amin! Doa Ghaz Khuzairi
buat sahabatnya.
“Jomlah kita
ke sana. Abang Irfan
dah lapar dah
ni!”
Suara Irfan
Arief menyentakkan lamunan
Ghaz Khuzairi bila
terkenangkan tentang luahan
si sahabatnya di gym
tadi. Dan dia turut
menyusul langkah Irfan
Arief dan Izzara
untuk ke Dave’s Deli
Restaurant.
Rania Arissa
di dukungannya itu
minta diturunkan kerana
si manja mahu
berjalan beriringan dengan
Izzara yang melangkah
di hadapan mereka. Lalu
dia menurunkan si
manja dan Ghaz
Khuzairi berjalan beriringan
dengan sahabatnya, Irfan Arief.
“Ewah, patutlah kau tiba-tiba nak join
lunch dengan Zara, rupanya
si jantung hati
kau ada sama. Mahu
tak senyum kau
sampai ke telinga!”
Ghaz Khuzairi
sempat berbisik pada
Irfan Arief yang
beriringan dengannya.
Menggiat sahabatnya itu. Yelah
tu lapar, padahal dah
tak sabar nak
bersua muka dengan
gadis idaman hatinya
itu.
“Gila aku
tak senyum sampai
telinga! Macam berjodoh pulakkan? Baru tadi
kita sembang pasal
idaman hati aku
tu, tup-tup sekarang
ni nak makan
semeja pulak. Kira aku praktis makan
beradablah nikan?”
Kata Irfan
Arief perlahan, membalas usikkan
Ghaz Khuzairi. Dah siap berangan praktis
makan beradab bagai
mamat ni!
“Kau jangan
over excited
sangat, Arief. Aku risau Shamzlin
tu tak senang
duduk jer nanti. Jangan
kau nak main-main
mata dengan dia
pulak. Kau kena behaved
sikit, Arief.”
Usik Ghaz
Khuzairi lagi sambil
tergelak kecil.
“Aku tahulah
nak control macho nanti. Jangan
kau pulak nak tackle
awek aku tuh! Tak mengaku
kawan nanti kang!”
Balas Irfan
Arief dengan nada
bergurau pada Ghaz
Khuzairi yang masih
tergelak kecil itu.
“Kau jangan
risau,bro! Aku tak
mainlah nak caras awek
orang. Sebenarnya aku setuju
sangat kalau jadi
dengan Shamzlin tu. Berharap
sangat ni dapat
makan nasi minyak
korang nanti. Moga dia
jodoh yang terbaik
buat kau, bro. Aku sentiasa mendoakannya.”
Ucap Ghaz
Khuzairi dengan nada
yang agak serius. Sesungguhnya dia
ikhlas mendoakannya buat
sahabatnya itu.
“Thanks, bro! Moga
termakbul doa kau
tu. Kau memang sahabat
yang terbaiklah, bro!”
“Not a big
deal, bro. As a good
friend’s, aku sentiasa mendoakan
yang terbaik buat
kau especially bab jodoh
ni. When you pray for
others, Allah listens to you and
blesses them, sometimes when
you are safe
and happy, remember that
someone has prayed
for you. Tak rugi
kalau kita mendoakan
yang baik-baik pada
orang ni, Arief. Sebabnya kebaikan
itu akan berbalik
pada kita. Insha Allah.”
Ujar Ghaz
Khuzairi sambil menepuk
lembut bahu sahabatnya
itu. Irfan Arief hanya
mampu mengangguk perlahan, terharu dengan
keikhlasan si sahabat
mendoakan kebaikan untuknya. Dia
bersyukur bila dikurniakan
sahabat yang ada
keserasian pemikiran, saling hormat-menghormati dan
selalu ingat-mengingati seperti
diri Ghaz Khuzairi. Sahabat yang
selalu mendoakan kebaikan
dan kebahagian adalah
satu rahmat baginya. Begitu juga
kalau sahabat yang
sentiasa berpesan pada
kebaikan dan menegur
jika berbuat salah
adalah satu kurniaan
untuknya agar dirinya
kekal di jalan
yang diredhai Allah. Itulah
sahabatnya yang bernama
Ghaz Khuzairi!
SUASANA di Dave’s
Deli yang agak
sesak dengan pelanggan
yang tak putus-putus
mengunjungi restoran tersebut,
tidak sedikit pun
menganggu mereka berlima
yang santai bersembang
sambil menikmati hidangan
masing-masing. Rania Arissa yang
sesekali petah berceloteh
itu dan ini, sesekali
mengundang tawa mereka
berempat yang mendengarnya. Gamat seketika
dengan omelan si
manja itu.
Irfan Arief
yang duduk bersebelahan
dengan Ghaz Khuzairi, dengan tepat
lagi bertentangan dengan
wanita idaman hatinya, Shamzlin yang
sesekali melirik matanya
pada wanita yang
leka menikmati beef lasagna. Entah kenapa, Shamzlin yang
leka menikmati hidangan
kegemarannya itu terasa
ada mata yang
memerhatinya. Terus dia memandang
sekilas di hadapannya. Memang tepat
jangkaannya dan serasa
mahu nak gugur
saja jantungnya bila
matanya bertaut dengan
mata si kacak
yang duduk di
hadapannya itu.
Ketika dia
masuk ke Dave’s Deli tadi, terkejut melihat
gerangan jejaka yang
membuat jantungnya berdebar
kencang berada di restoran itu. Dan ketika
ini, sempat pulak
jejaka tersebut bermain
mata dengannya. Siap memerhatinya
makan lagi tu. Aduhai, makin kuatlah
debaran hatinya dan
jantungnya serasa mahu
gugur saja. Jangan jantungnya
betul-betul gugur sudah! Jenuhlah dia
nak mengutipnya nanti!
Yang Irfan
Arief ni pun
satu! Ghaz Khuzairi dah
pesan tadi kan? Jangan
main-main mata dengan
Shamzlin tu, kan dah
segan si jelita
tu dibuatnya!
“Emm,
Shamzlin join tak dinner
malam nanti?”
Soal Irfan
Arief, sambil matanya menghala
pada si jelita
di hadapannya itu. Cuba
mengajak Shamzlin berbual-bual, sekurang-kurangnya dapat
mengurangkan rasa segan
Shamzlin padanya.
“Insha Allah,
saya datang sekali
dengan Zara dan
Rania. Before, Maghrib kan, Zara?”
Izzara yang
baru menyuapkan Cream Carbonara
Pasta ke mulutnya
hanya menganggukkan kepalanya. Dan beberapa
saat kemudian, dia mencapai
straw di
gelas air Ribena
longan, lalu menyedut air
tersebut sebelum dia
berkata sesuatu pada
sahabatnya.
“Kalau boleh
awal sikit pun
elok jugak. At least boleh
tolong mama aku
dan Kak Salmah
prepare apa
yang patutlah. Kau okey
tak?”
Soal Izzara
pada Shamzlin.
“Aku okey
jer, Zara. Elok jugak kita
datang awal. Tolong apa
yang patut.”
Ujar Shamzlin
sambil menyuap beef lasagna
dengan sopan. Haruslah sopan, yelah
gerak-gerinya menjadi perhatian saat
itu. Dan Irfan Arief
tersenyum mendengar kata-kata
si jelita di
hadapannya itu. Suka bila
mendengar Shamzlin mahu
membantu mamanya di
dapur nanti. Pasti si
jelita itu rajin
dan cekap membuat
kerja-kerja di dapur!
“Awak jangan
tak datang pulak
malam ni, Ghaz.”
Lembut Izzara
mengingatkan pada Ghaz
Khuzairi yang melayan anaknya menikmati
Fish &
Chips, hidangan yang menjadi
pilihan si manja. Ghaz Khuzairi
dan Irfan Arief
memilih original ¼ roasted
chicken yang dihidangkan
bersama dengan salad dan coleslaw
sebagai menu pilihan
mereka yang merupakan
antara menu yang
popular di restoran
tersebut.
“Hmm, Insha Allah saya
datang.”
Jawab Ghaz
Khuzairi sambil tersenyum
pada Izzara.
“Ermm...Ghaz, awak makanlah. Biar saya
suapkan Rania makan.”
Usul Izzara
pada Ghaz Khuzairi
yang sedari tadi
hanya melayan anaknya
makan. Hanya sesekali sahaja
lelaki itu menikmati
hidangan di hadapannya
itu.
“Hmm…Thanks, Zara.”
Izzara hanya
menggangguk sambil tersenyum
pada si kacak
itu lalu dia
mengambil-alih ‘tugas’ menyuapkan
si manja makan.
Ketika Izzara
menyuapkan Rania Arissa
fillet fish
yang dicicah dengan
mayonis, si manja
yang sedari tadi
senyap itu bersuara
pada ‘mommynya’.
“Mommy,
suaplah daddy jugak…mommy.”
“La, kenapa mommy nak
kena suapkan daddy pulak, sayang? Daddy kan boleh
suapkan sendiri.”
Soal Ghaz
Khuzairi pada anaknya
yang tiba-tiba bersuara
itu. Tadi elok jer
senyap sambil menikmati
Fish &
Chips itu. Dah tu, tiba-tiba
mintak mommy suapkan daddy bagai.
Irfan Arief
dan Shamzlin yang
sedari tadi berbual
ringan sambil makan,
mengalihkan pandangan pada
Rania Arissa bila
mendengar si manja
itu membuat permintaan
yang membuat Izzara
terkedu tak bersuara
itu.
“Yelah, mommy suapkan
Rania. Kenalah mommy
suapkan daddy jugak. Tengok macam
orang sebelah tu. Mommy dia
suapkan anak dia
dan daddy dia.”
Jelas si
manja sambil mulutnya
memuncung ke arah
meja sebelah mereka
duduk itu. Rupanya Rania
Arissa sedari tadi
memerhati gelagat 3
anak-beranak di meja
sebelah mereka itu
yang makan bersuap. Si
ibu menyuapkan anak
lelakinya yang berusia lingkungan 3 tahun itu
makan dan sesekali
menyuapkan suaminya.
Sesekali mereka tergelak
gembira bila si
anak membuat keletahnya. Nampak bahagia
3 beranak tersebut. Hinggakan Rania
Arissa terhibur dengan
gelagat keluarga tersebut.
“Ala, mommy suapkan jelah daddy
tu. Betul tak, Rania?”
Irfan Arief
tiba-tiba menyampuk. Kasihan pulak
pada Rania Arissa
jika permintaannya itu
tak ditunaikan.
“Daddy nak mommy suapkan
ke?”
Soal Izzara
pada Ghaz Khuzairi. Dia
cuba berlagak sporting
pada Ghaz Khuzairi
dan Rania Arissa
walaupun hatinya agak
segan untuk memenuhi
permintaan si manja. Alahai, satu hal
pulak nak menyuapkan
si abang pilot tu!
“Okey, kalau anak
dah buat permintaan, kenalah mommy suapkan
daddy. Itu pun
kalau mommy
tak kisah, ye tak
sayang daddy?
Balas Ghaz
Khuzairi sambil meminta
kepastian daripada anaknya
yang menunggu mommy menyuapkan
daddynya. Dah satu
hal pulak Ghaz Khuzairi
dan Izzara bermommy dan berdaddy
bagai! Dah serupa suami
isteri jer gayanya
bercakap.
“Yelah, mommy suapkanlah daddy cepat!”
Gesa si
anak sambil menggangguk
laju, mengiakan pertanyaan daddynya tadi. Dah
tak sabar jer lagaknya untuk
melihat mommy menyuapkan daddynya makan.
Dan Izzara
memotong sedikit fillet fish di
pinggan Rania Arissa. Dengan hati
yang berdebar kencang, dia
menyuapkan fillet
fish tersebut ke
mulut Ghaz Khuzairi
dengan garpu. Hanya Tuhan
saja yang tahu
betapa jantungnya serasa
mahu gugur saja
bila matanya bertaut
dengan mata Ghaz
Khuzairi yang redup
memandangnya ketika dia
menyuapkan makanan ke
mulut lelaki itu. Mukanya
sudah kemerahan akibat segan
bila melakukan sesuatu
yang tak terlintas
di fikirannya tika
itu. Kalaulah dia ada
kuasa menghilangkan diri
ketika itu, alangkah bagusnya!
“Thank you, mommy!”
Ucap Ghaz
Khuzairi pada Izzara
setelah si jelita
itu menyuapkan fillet fish
ke mulutnya. “And
thank you, my beloved
Rania.” Sambung si
kacak itu dalam
hati sambil dia
memandang ke arah
Rania Arissa yang
sudah bertepuk tangan. Suka
bila melihat daddy dan
mommy bersuap
makan. Haruslah dia berterima
kasih pada anaknya, sekurang-kurangnya merasa
jugak disuapkan makan
oleh wanita yang
mencuri hatinya itu. Dan
dia sangat berterima
kasih pada Izzara
kerana sporting dengan permintaan
si manja itu
walaupun dia dapat
melihat riak segan
di wajah si
jelita itu. Dia sendiri
pun segan bila
disuap sebentar tadi. Dadanya
bagai dipalu kencang
bila matanya bertaut
dengan mata bundar
si jelita itu. Alahai
anak daddy, makin
menjadi-jadi perangai pelik
anaknya itu. Suka buat
permintaan yang membuatkan
jantung daddy dan ‘mommynya’
mahu
gugur sajalah!
“Wah, uncle Arief pun
nak jugaklah, Rania.”
Irfan Arief
mengusik si manja
yang masih tersengih
lebar bila melihat
adegan mommy
menyuapkan fillet fish ke
mulut daddynya. Rania Arissa yang
mendengar usikan Irfan
Arief terus matanya
memandang ke arah
Izzara dan kemudian
memandang pada uncle Ariefnya
pula.
“Uncle suruhlah daddy suapkan
sebab daddy
duduk dekat dengan
uncle.”
Manja si
comel itu menjawab
dengan sengihannya yang
makin melebar, menampakkan barisan
gigi susunya yang
tersusun cantik itu.
“Uncle tak naklah daddy suapkan. Uncle nak girl
yang suapkan uncle makan. Rania
kan girl?”
Giat Irfan
Arief lagi, tapi matanya
sempat mengerling ke
arah Shamzlin yang
menyibukkan diri dengan
menikmati beef lasagna itu.
Padahal dalam hati si
jelita itu dah
tak keruan bila
mendengar usikan Irfan
Arief pada Rania
Arissa. Dah kenapa pulak
dengan Shamzlin tu? Irfan
Arief yang mengusik
Rania Arissa tapi
minah tu pulak
tak keruan bagai!
“Ala, Rania duduk
jauhlah. Tak boleh nak
suapkan uncle
makan. Uncle suruhlah
auntie Sham. Dia
kan girl, lagipun dia duduk
dekat dengan uncle.”
Ghaz Khuzairi
yang tengah menyedut
air minumannya hampir
tersedak bila mendengar
kata-kata dari mulut
mungil anaknya itu. Dan
Izzara yang ingin
menyuapkan pasta ke
mulut, terhenti tiba-tiba.
Kalau tak mengenangkan
Ghaz Khuzairi ada
di situ, memang dah
dicubitnya si abang
yang kuat mengusik
tu! Kasihan minah engineer tu, terus
tertunduk bila mendengar
jawapan dari mulut
si manja!
Irfan Arief
tersenyum lebar bila
mendengar balasan dari
mulut si manja
yang petah itu. Memang
itu jawapan yang
dia nak dengar
sebenarnya. Untung-untung
dapat disuap betul-betul
oleh Shamzlin! Takkan Ghaz
Khuzairi jer dapat
makan bersuap. Dia pun teringin jugak!
Dan matanya
sempat mengerling ke
arah si jelita
di hadapannya yang
sudah tertunduk malu
itu. Belum tengok raut
wajah ayu tu
lagi, pasti kemerahan!
Shamzlin serasa
mahu bangun saja
dari duduknya, segan pada
Ghaz Khuzairi dan
lebih-lebih lagi pada
jejaka kacak di
hadapannya itu! Kenapa aku
jugak yang kena! Omelnya
dalam hati.
USAI
solat
Maghrib berjemaah, Izzara dan
Shamzlin membantu Datin
Aziah dan Kak
Salmah di dapur
untuk menyediakan hidangan
untuk makan malam
mereka. Semua hidangan sudah
siap dimasak, cuma untuk
menghidangkan dan menyediakan
meja dan apa-apa
yang perlu untuk
acara makan malam
keluarga itu.
Di ruang
rehat keluarga di
banglo mewah itu, Datuk
Iskandar, Iqram Arief, Irfan Arief
dan Sarah Yasmin
bersantai di ruang
tersebut sambil menonton
televisyen sambil berbual
ringan. Kelihatan Iqram Arief
sesekali memicit badan
si isteri yang
lenguh-lenguh akibat mengandung
itu. Datin Aziah sememangnya
tidak membenarkan menantunya
itu membantu di
dapur. Maklumlah tengah mengandung
dan tak berapa
sihat.
Si manja
Rania Arissa turut
berada di ruang
tersebut, duduk dipangkuan Qaleef
yang baru dikenali
si manja ketika
kunjungan Qaleef sebelum
Maghrib tadi. Sengaja tunangan
Izzara tu datang
awal kerana ingin
solat Maghrib berjemaah
dengan bakal keluarga
barunya itu. Dan siapa
sangka, penerimaan Qaleef terhadap
si manja itu
sangat melegakan hati
Izzara terutamanya. Begitu juga
penerimaan Rania Arissa
pada si kacak
itu. Si manja yang
nampak malu-malu mulanya, kini
dah semakin rapat
dengan uncle Qaleefnya itu. Dan
saat ini, boleh pulak
duduk dipangkuan si
kacak dan petah
bercerita pada Qaleef
yang mesra melayan
si manja.
“Malam ni uncle tidur
sini ke? Rania dengan
mommy tidur
sini tau!”
Soal si
manja yang mesra
berbual-bual dengan ‘kawan’
barunya itu. Siap memaut
manja leher si
kacak tu lagi. Mudah
mesra betul si
mata hazel ni kan!
“Malam ni uncle
tak tidur sini
sebab uncle ada rumah
sendiri. Nanti bila ada
masa, uncle bawak
Rania datang rumah uncle. Boleh kenal
dengan atuk dan
nenek kat rumah
tu. Rania nak tak?”
Ujar Qaleef
sambil memicit lembut
pipi gebu si
manja itu. Terbit juga
rasa kasihannya pada
si manja anak
yatim itu yang
menumpang kasih pada
yang sudi dan
ikhlas mencurahkan kasih
sayang dan mendidik
si manja yang
belum mengerti citra
hidupnya. Hatinya teruja untuk
berkenalan dengan lelaki
yang mulia hatinya
yang ikhlas menjaga
dan memberi didikan
yang sempurna pada
si manja. Ketika solat
Maghrib tadi, hatinya agak
kagum bila anak
yang seusia Rania
Arissa itu sudah
terlatih untuk mengerjakan
solat. Siap minta diajar
mengaji lagi. Kagum benar
dia dengan penjaga
si anak yatim
itu yang memberi
tunjuk ajar dan
didikan yang baik
pada si manja.
“Mestilah Rania
nak, uncle. Nanti kita
bawak mommy
sekali ye, uncle.”
Cadang si
manja pada Qaleef
yang tersenyum padanya
sambil mengangguk, bersetuju dengan
cadangan si manja
yang sesekali mengusap
lembut pipi jejaka
kacak itu.
“Amboi, bukan main
lagi girlfriend uncle Arief
ni. Dah kenal dengan
uncle Qaleef
dia, terus lupa kat uncle
yang handsome
ni ye.”
Irfan Arief
mengambil tempat duduk
bersebelah Qaleef, mengusik si
manja yang sedari
tadi asik berkepit
dengan Qaleef. Sempat lagi
pipi gebu si
manja di picit
lembut.
Dan si
manja di pangkuan
Qaleef itu hanya
tersengih malu diusik
begitu. Sesaat kemudian, dia turun
dari pangkuan Qaleef
dan duduk bersebelah
dengan Sarah Yasmin
yang menyandar di
sebelah suaminya.
“Kenapa sayang
auntie ni? Malu
sebab uncle Arief usik
dia ye?
Si manja
hanya mengangguk sambil
memeluk Sarah Yasmin
dengan manja. Mereka yang
berada di situ
tersenyum bila melihat
keletah si mata hazel yang
manja itu.
Ketika memeluk
Sarah Yasmin, mata Rania
Arissa terarah pada
perut Sarah Yasmin
yang sudah membulat
itu. Pelik riak wajahnya
melihat perut auntienya yang
kembung semacam.
“Kenapa perut auntie besar? Auntie sakit
perut ke?”
Polos si
manja bertanya. Dia yang
memeluk manja Sarah
Yasmin tadi terus
meleraikan pelukkannya.
Risau perut Sarah
Yasmin sakit bila
disentuh. Tersenyum Sarah Yasmin
dengan tingkah si
manja.
“Kalau sayang
nak tahu, perut auntie ni
besar bukan sebab
sakit. Tapi dalam ni
ada baby. Cuba sayang pegang
perut auntie ni.”
Jawab Sarah
Yasmin lembut sambil
menarik perlahan tangan
comel itu untuk
menyentuh dan mengusap
perutnya yang membulat
itu. Tiba-tiba Rania Arissa
yang takut-takut mengusap
perut itu menarik
tangannya bila merasa
sesuatu yang bergerak.
“Apa yang
bergerak tu, auntie?”
Sarah tersenyum
geli hati melihat
riak takut di
wajah comel itu.
“Yang bergerak
tu babylah, sayang.”
“Kenapa baby tu
bergerak, auntie? Dia tak
suka kita pegang
dia ye?
Makin lebar
senyuman Sarah Yasmin
bila mendengar si
petah itu bertanya. Mereka yang
berada di situ
turut menyimpul senyum
mendengar sesi soal
jawab tersebut.
“Baby bergerak tandanya
dia bangun dan
tandanya dia sihat. Kalau
dia senyap mungkin
dia tidur atau
berehat di dalam
ni. Rania pegang jer
perut auntie, baby tak marah
pun. ”
Bila mendengar
penjelasan dari auntie Yasminnya, terus si
manja itu mengusap
lembut perut itu. Mungkin ini yang pernah Teacher Nurul cerita dulu pasal ibu mengandung tu, cuma dia tak pernah nampak perut wanita yang mengandung, perut yang membulat macam tu.
“Hi...hi..hi...
Baby bergeraklah
auntie sebab
Rania ‘pegang’ dia.”
Kata si
manja yang tampak
teruja itu merasa
pergerakan bayi bila
dia mengusap lembut
perut Sarah Yasmin. Comel
jer bunyi gelaknya
tu.
“Nanti, bila baby dah
keluar, Rania bolehlah tengok
baby ni
dan berkawan dengan
dia.”
“Yeay, tak sabar nak
tengok baby ni, auntie. Dulu Rania
masa baby
pun dalam perut mommy
ye, auntie?”
“Ye, sayang. Dulu Rania
masa baby pun dalam
perut mommy Rania. Auntie
pun sama, masa baby dalam
perut mommy auntie. Semua kita
masa baby asalnya dari
perut mommy kita. Sebab tu
kita kena sayang
dan dengar cakap mommy
kita, Rania.”
Jawab Sarah
Yasmin sedikit sebak
bila dia terkenangkan
arwah sahabatnya, Marlissa yang
sarat mengandungkan Rania
Arissa ketika itu
bertandang ke rumahnya
semata-mata bertanyakan tentang
si suami yang
menghilangkan diri itu. Hatinya
diusik hiba bila
teringat arwah menangis
kecewa saat itu
bila mendapat berita
suaminya sudah berhenti
berkhidmat di MAS tanpa memaklumkan
dirinya. Dia tidak dapat
membayangkan perasaan arwah
yang sarat mengandung
itu bila ditinggalkan
suami tanpa sebarang
pesan.
“Rania sayang
mommy Rania. Dengan
auntie Yasmin
pun Rania sayang.”
Sarah Yasmin
mengusap lembut kepala
si manja yang
sudah memeluknya erat. Terasa
mahu gugur airmatanya
bila mengenangkan nasib
si manja itu. Moga
Rania Arissa menjadi
insan yang solehah, hormatkan orang
tua dan berjaya
bila dah besar
kelak!
Yang lain
berada di situ
tersentuh mendengar kata-kata
si manja yang
polos itu. Namun mereka
dikejutkan dengan bunyi
loceng rumah yang
menandakan ada orang
yang bertandang ke banglo itu.
“Daddy Rania
dah sampai agaknya. Jom
kita pergi tengok.”
>>>>>>>>> bersambung
Happy birthday to Kak Zunidah Dollah & Nur Wajihah Zuhairi. Thanks for always follow & support Terima Aku Seadanya. Hugs! :) |
p/s: Sure tak sabar nak tengok reaksi abg pilot & abg engineer bersua muka kan? kan? kan? hehehe...so my dear, nantikan Chapter 31 yang akan cik writer publish kat blog ni ye. Dan chapter 31 nanti adalah entry terakhir untuk Terima Aku Seadanya di blog yang super humble ni. Serius, saya sangat sedih kerana bakal berpisah dengan peminat Rania Arissa di blog ni :(
terima jelah hakikat, lepas nie dah tak de entry TAS...x sabar nak tunggu versi cetak...semoga dipermudahkan..Amenn...chaiyok3 kak nina...;)
ReplyDeleteala...sedihnya TAS dah nak tamat di blog....nanti rindu la dgn keletah si princess ni....harap2 cepatlah TAS diterbitkan ya....
ReplyDeleteAda sambungan ke
ReplyDelete