Assalamualaikum & Salam Ramadan :)
BAB 25 : TERIMA AKU SEADANYA.
JANTUNGNYA bagaikan hilang rentak! Hatinya seolah-olah tidak percaya dengan apa yang disampaikan oleh Irfan Arief ketika itu.
“Bakal suami
Zara datang meminang Zara. Ini
bermakna Zara bakal
menjadi hak mutlak
lelaki lain. Siapakah lelaki
yang sangat bertuah
yang memiliki si
jelita yang sempurna
budi pekertinya itu?”
Sempat lagi
Ghaz Khuzairi bermonolog
dalam hati. Perasaannya saat
itu bagaikan dirobek-robek
bila mendapat tahu gadis yang dipuja dalam
diam bakal menjadi
hak lelaki lain. Pedih
hatinya… seperti kenangan pahit
beberapa tahun dahulu, ketika mendapat
tahu kekasihnya ditangkap
basah dengan Ryan
Arshad. “Oh Tuhan... dugaan apa
ini?” Hatinya merintih berlagu
pilu.
Namun suara
Irfan Arief di
talian menyentakkan lamunannya
ketika itu.
“ Ghaz, kenapa kau
senyap jer ni, bro?
Kau okey
tak ni?”
“ Errr... sorry, bro. Boleh pulak aku mengelamun. Mungkin aku dah mengantuk jugak ni, some more penat sikitlahlah hari ni. Anyway, congratulation, Arief... tak lama lagi kau bakal dapat adik iparlah ye. So, bila Zara akan bertunang, bro?
“ Errr... sorry, bro. Boleh pulak aku mengelamun. Mungkin aku dah mengantuk jugak ni, some more penat sikitlahlah hari ni. Anyway, congratulation, Arief... tak lama lagi kau bakal dapat adik iparlah ye. So, bila Zara akan bertunang, bro?
Bergetar suaranya
membalas pertanyaan Irfan
Arief, menahan rasa kecewa
ketika itu. Jantungnya bagaikan
hilang rentak bila
dia mengajukan tentang
pertunangan Izzara. Saat itu, Ghaz
Khuzairi cuba berlagak
tenang, dia tidak mahu
Irfan Arief mengesan
gelora jiwanya.
“La, aku beria-ia
bercerita, kau boleh pulak
mengelamun. Yang pasal Zara
tu, mulanya rombongan lelaki
tu just datang nak
meminang jer, alih-alih papa
aku pulak mencadangkan
agar ditunangkan saja
mereka berdua sekali
malam ni. Pihak lelaki
bersetuju, so officially Zara
dan tunangnya selamat
mengikat tali pertunangan
malam ni.”
Ghaz Khuzairi
menelan liurnya. Sesak dadanya
bila mendengar cerita
si sahabat. Detik itu, mahu
sahaja dia menamatkan
perbualannya dengan Irfan
Arief. Hatinya sudah tidak
mampu menahan rasa
kecewanya ketika itu. Tapi
kenapa dia harus
begitu kecewa? Bukankah antaranya
dengan Izzara tiada
hubungan yang istimewa?
“ Err... maksud kau, Zara dah
rasmi jadi tunangan
oranglah ni ye? So,
bila dia
plan nak
menikah pulak, bro?”
“ Hah, yelah. Zara dah
jadi tunangan orang
pun sekarang. Pihak lelaki
mencadangkan 4 bulan
untuk tempoh pertunangan
mereka. Dan papa aku
pun bersetuju dengan
cadangan pihak lelaki. Hesyy...
yang kau
ni lemah semacam
jer suara kau kenapa, bro?
Takkan kau frust kut
bila Zara dah
bertunang? Ke kau memang
ada menaruh hati
kat adik aku
yang jelita tu?”
Tebak Irfan
Arief, bertalu-talu soalan ditanyakan
pada Ghaz Khuzairi
yang nada suaranya
seakan kecewa itu. Lemah
semacam jer. Ke mamat
ni memang dah
mengantuk betul! Irfan Arief
tertanya-tanya dalam hati.
“ Hei, agak-agaklah,bro! Pehal pulak
aku nak frust bagai! Kan
aku cakap tadi
yang aku dah
mengantuk ni! Takkanlah baru
jer kenal adik
kau, aku dah menaruh
hati bagai! Kau ni
suka sangatlah nak
merapu!”
Dalih Ghaz
Khuzairi, sentap hatinya bila
Irfan Arief seolah-olah
dapat mengesan hatinya
yang lara bila
mengetahui si jelita
yang berjaya mengetuk
pintu hatinya, bakal dimilikki
oleh lelaki lain.
“ Bro,
tempoh kita mengenali
seseorang itu bukan
alasan untuk kita
jatuh suka pada
dia. Macam kes aku
sekarang nilah. Kalau kau
nak tau, bro. Aku dah jatuh
suka dekat seseorang
ni. Lately, aku asik teringat kat
dia jerlah. Pendek kata, aku
dah gila bayang
dibuatnya. Padahal aku baru
dua kali bersua
muka dengan dia.”
“ Eh, siapa perempuan
yang dah buat
kau angau semacam
ni, Arief?”
Soal Ghaz
Khuzairi, teruja pulak nak
tau siapa perempuan
yang dimaksudkan oleh
sahabatnya itu. Hilang pulak
perihal Izzara yang
sibuk diaorang perkatakan
sebentar tadi.
“ Ini yang
aku nak jumpa
sangat dengan kau, Ghaz. Aku nak story
by phone ni
macam tak best pulak. Nanti
jumpa, aku ceritalah kat
kau. Tapi kan Ghaz, yang
aku tak faham
tu kan. Aku baru
jer dua kali
bertemu dengan perempuan
ni. Tapi yang dua
kali tulah boleh
buat aku angau
semacam. Pelik betul! Hmm.. okeylah bro,
aku tahu
kau mengantuk sangatkan. Nanti apa-apa
kau confirm dengan aku
bila boleh keluar
dengan kau dan
Rania. Okey, good night, bro.”
Ujar Irfan
Arief sambil matanya
mengerling jam di
tangannya. Jam sudah menunjukkan
pukul sebelas lebih. Pasti
di Jakarta waktunya
sudah pukul dua
belas lebih. Kesian pulak
pada Ghaz Khuzairi
yang mengantuk kononnya
ketika itu.
“ Hmm.. yelah. Lagipun
dah pukul dua
belas lebih kat
sini, bro. Bye
the way, my friend... nanti jumpa
kau jangan lupa story
kat aku, okey. Menarik tu. Good night
and Assalamualaikum.”
Ghaz Khuzairi
menghela nafasnya setelah
menamatkan perbualan telefon
dengan Irfan Arief. Matanya merenung
ke arah skrin
iPhone 5 miliknya
sambil badannya masih
tersandar lemah di katil.
“ Apa yang
kau alami ketika
ini, itulah yang aku
hadapi saat ini, Arief.
Aku akui, tempoh kita
mengenali seseorang bukanlah
menjadi ukuran untuk
kita jatuh suka
padanya. Dan aku berharap
moga perempuan yang
kau suka itu
belum berpunya. Sekurang-
kuranya kau ada
harapan untuk memenangi
hatinya dan memiliki
orangnya. Jangan jadi macam
aku, Arief. Bila hati aku
dah boleh menerima
seseorang, sudah jatuh suka pada
dia, namun aku tidak
berpeluang untuk memiliki
orangnya kerana dia
bakal menjadi hak
mutlak lelaki lain, Arief. Pelik betul
perasaan ini dan
jika aku mampu
mengusir rasa ini, alangkah
baiknya, Arief. Tapi aku anggap
ini adalah dugaan
untuk aku. Mungkin Allah
ingin menguji aku
dan mungkin ini
sudah takdirku.”
Ucap Ghaz
Khuzairi perlahan, seperti meluahkan
rasa kecewa ketika
itu. Seolah-olah Irfan Arief
berada bersamanya saat
itu. Demi Tuhan, kalaulah dia
mampu mengusir perasaanya
pada Izzara, sudah lama
dia berbuat demikian. Sudah tidak
sanggup dihambat rasa
kecewanya seperti kecewanya
dia dengan hubungan
cintanya dengan arwah
Marlissa dahulu. Namun siapa
dia menidakkan rasa
itu? Perasaan suka dan
cinta adalah kurniaan dari
Tuhan dan ianya hadir
dengan sendiri. Bukan kita
yang minta atau
paksa rasa itu
hadir pada diri
kita.
Mungkin inilah
yang dikatakan cinta
itu buta. Cinta memang
tak pernah waras. Kadang-kadang cinta
itu membuat seseorang
jadi gila! Adakalanya cinta
menjadikan seseorang itu
kuat tapi ada
ketikanya cinta itu
menjadikan seseorang itu
selemah-lemah manusia. Adakalanya seseorang
itu akan rasa
tak berdaya untuk
menghadapi akibat daripada
penangan dari cinta
itu. Oh cinta!
Walaupun ‘sakit’
yang dia hadapi
ketika itu sama
seperti ‘sakitnya’ ketika
kecewa dulu, namun dia
percaya setiap yang
berlaku itu pasti ada hikmahnya. Dan dia
tidak pernah menyalahkan
takdir atau suratan
yang tertulis untuknya
kerana dia percaya
setiap ‘kesakitan’ dan
kepahitan dalam kecewa
itu pasti ada
manisnya suatu hari
nanti asalkan dia
terus yakin dengan
apa yang Allah
aturkan untuknya. Doa dan
keyakinan serta kepercayaan
pada Allah menjadikan
dia mampu untuk
meneruskan hidupnya.
“Everything happens with
Allah’s wise consent. He
sees your tears
and hears the
throbbing pain in
your heart. He’s there
and He knows, and
He plans and
He does what’s
best for us.”
kata-kata yang pernah
diucapkan oleh papanya
ketika dia ‘jatuh’
dahulu.
“ Ya Allah, when I’m
are weak, help me
and grant me
strength to be
strong. Your plans are
the best plan.” Doanya bersungguh-sungguh dalam
hati.
Hatinya agak
tenang sedikit setelah
meluahkan rasa kecewanya. Hatinya agak
tenang bila merasakan
Allah sentiasa bersamanya. iPhone 5 diletakkan
di meja di
tepi katilnya. Tangannya mencapai
buku ARGO yang dibacanya
tadi. Hasrat hatinya bukan
untuk menyambung semula
bacaannya yang tergendala
seketika tadi tapi
dia ingin mengambil
sesuatu yang terselit
di lampiran buku
tersebut. Sesuatu yang merupakan
antara yang berharga
miliknya.
Sekeping gambar
yang merupakan bookmark
untuk buku
bacaannya, diambil dari celahan
lampiran buku tersebut. Gambar dia
dan Rania Arissa, si
little princess
yang selalu di
hati dan ingatannya. Gambar menunjukkan
dia sedang mendukung
dan mengusik Rania
Arissa yang ketika
itu baru berusia 11 bulan. Avent baby pacifier
milik si comel
sudah ‘kemas’ di
mulut Ghaz Khuzairi. Si
daddy sengaja
meletakkan benda alah
itu ke mulutnya, cuba mengusik
Rania Arissa yang
tersenyum lebar ketika
itu dan tangan
comelnya cuba mencapai
baby pacifier
miliknya dari mulut
Ghaz Khuzairi yang
sesekali mengacah-acah mulutnya
pada Rania Arissa. Adegan usik-mengusik
dua beranak itu sempat
‘ditangkap’ oleh Izzati
Aisyah dengan kamera
handphone miliknya.
Ghaz Khuzairi
tersenyum bila menatap
gambar tersebut yang
merupakan gambar favourite Rania
Arissa. “ Daddy looks so cute”.
Itulah ayat yang
selalu keluar dari
mulut mungil Rania
Arissa seraya tergelak
kecil bila si
manja itu melihat
gambar aksi comel daddynya
dengan Avent baby pacifier
di mulut Ghaz
Khuzairi.
Rania Arissa... dialah penawar
ketika dia duka. Serasa
ingin dia terbang
pulang ketika itu, ingin
pulang memeluk si
manja yang sangat
dirinduinya. Sekurang-kurangnya
bila dapat menatap
wajah comel dan
memeluk anaknya, sedikit
sebanyak dapat mengubat
rasa gundah dan
rasa kecewanya ketika
itu. Tak sabarnya menunggu
lusa tiba! Tak sabar
bertemu dengan Rania
Arissa!
“ I miss you
each day, everyday and
all the time, Rania Arissa. I’m here
thinking about how
much I miss
you. Wherever I go, you
will be my
companion forever,
sayangku Rania Arissa. Daddy’s always
love you!”
Ucap Ghaz
Khuzairi sedikit sebak, lalu
gambar yang ditatapnya
tadi dilekapkan ke
dadanya. Sarat rindunya pada
si manja itu
dan dia agak kecewa bila
tidak dapat mendengar
suara si manja. Parah
hatinya, dahlah tak dapat
mendengar celoteh Rania
Arissa dan boleh
pulak mendengar khabar
tentang pertunangan Izzara
yang menyentap hatinya. Tabahkanlah hatiku, Ya
Tuhan!
Inginku hapus
semua
Rasa mencengkam ini
Hanya padaMu ku meminta
Aku pasrah...
Rasa mencengkam ini
Hanya padaMu ku meminta
Aku pasrah...
Hilangkan rasa
gundahku
Hilangkan rasa dukaku
Hilangkanlah segalanya
Ku tak ingin sakit lagi
Hilangkan rasa dukaku
Hilangkanlah segalanya
Ku tak ingin sakit lagi
Hilangkan kekosonganku
Hilangkan keasinganku
Hilangkanlah segalanya
Ku tak ingin lara lagi
Hilangkan keasinganku
Hilangkanlah segalanya
Ku tak ingin lara lagi
(
Hilangkanlah Segalanya – Farahwahida)
IZZARA keluar
dari lift setelah tiba
di tingkat 3
banglo mewah tersebut. Hatinya lega
bila melihat pintu
bilik orang tuanya
terbuka luas, menandakan papa
dan mamanya belum
tidur. Sebelum naik ke
atas tadi, sempat lagi
dia melihat jam
di dinding rumahnya. Baru pukul
sebelas lebih, awal lagi
kut orang tuanya
nak tidur.
Tiba sahaja
di muka pintu
bilik papa dan
mamanya, Izzara mengetuk perlahan
pintu tersebut sebelum
dia melangkah masuk. Datuk
Iskandar yang sedang
menyandar di katil
dengan sebuah buku
di tangannya. Dia yang
leka melayan bacaannya
memandang seketika ke
arah Izzara yang
melangkah ke arahnya.
“ Mama mana, pa?”
Tanya Izzara
yang sudah melabuhkan
punggungnya di sebelah
papanya. Matanya tertancap pada
buku yang dibaca
oleh papanya. Macam familiar
jer
dia dengan buku
tersebut. Hmm, patutlah buku Investment
Psychology Explained karya
Martin J. Pring, adalah buku
miliknya. Buku yang disimpan
di rak buku
bilik bacaan keluarganya
setelah buku tersebut habis dibaca. Pasti papanya
mengambil buku itu
di bilik bacaan
di tingkat 2
banglo mewah itu.
“ Hmm, mama kat bilik
air, dia baru jer
masuk. Anak papa ni
ada hal apa
tanya mama?”
Soal Datuk
Iskandar seraya menutup buku yang
dibacanya sebentar tadi. Matanya
memandang kasih pada
anak dara. Kalau dah
masuk bilik waktu
begini pasti ada hal
yang ingin di suarakan
oleh anaknya itu.
“ Zara saja
jer tanya sebab
tak nampak kelibat
mama. Ermm, Zara ganggu
papa ke tak
ni, pa?” soal Izzara lembut.
“ Eh, tak menganggu
punlah. Zara ada something ke
nak bincang dengan
papa?” Soal lelaki itu
lagi.
“ Pa, thanks ya sebab
papa sudi terima
Qaleef sebagai bakal
menantu papa. I really appreciate it, pa. Hurm.. dan pasal tempoh
pertunangan tu, okey ke
bagi pihak papa? Maksud
Zara, sempat ke tidak
kita nak buat
persiapan untuk majlis
perkahwinan nanti pa?”
Lembut Izzara
bertanya sambil tangannya
mencapai tangan Datuk
Iskandar. Tangan papanya digenggam
erat. Dan Datuk Iskandar
tersenyum bila mendengar
kata-kata anaknya itu.
“ Zara, jangan cakap
macam tu. Papa dan
mama bersyukur bila
Zara bakal berkahwin
dengan Qaleef sebab
kami memang berkenan
dengan pilihan, Zara. Malah,
papa dan
mama yakin Qaleef
akan menjadi suami
dan ketua keluarga
yang baik buat
Zara. Pasal persiapan, Zara jangan
risau. Tahulah papa dan
mama nak uruskannya
nanti. Yang penting sekarang
ni, Zara dan Qaleef
kena uruskan hal
untuk kamu berdua
menghadiri kursus perkahwinan. Ujian HIV
jangan lupa uruskan
sebab itu wajib, Zara. Nanti bincanglah
dengan Qaleef tentang
masa atau tarikh
yang sesuai kamu
berdua selesaikannya. Jangan buat last
minute, payah nanti. Dan surat
kebenaran kahwin pun
kena ada. Papa rasa
Qaleef maklum hal-hal
ni. Nanti bincanglah dengan
dia ye, Zara.”
Terang Datuk
Iskandar sambil menepuk-nepuk
lembut tangan anaknya. Sebagai orang
tua, dia perlu mengingatkan
hal-hal tersebut pada
anaknya.
“ Insha Allah, nanti
Zara bincang dengan
Qaleef bila masa
dan tarikh yang
sesuai untuk kami
selesaikan semua tu. Thanks a
lot for doing
it on behalf
of me, pa.”
“ Zara anak
papa, selagi Zara belum
menjadi milik Qaleef
yang sah, maka Zara
masih di bawah
tanggungjawab papa. Jadi memang
wajib papa uruskan
segala hal yang
berkaitan dengan anak
papa ni, terutamanya hal
nikah kawin Zara. Dan
satu lagi papa
nak ingatkan. Bila dah
bertunang ni,
pandai-pandailah bawak diri. Maksud
papa, jangan dijadikan alasan
bertunang itu untuk
Zara dan Qaleef
buat macam orang
yang dah sah
menikah buat. Bertunang itu
cuma adat dan
bukan hukum yang
menghalalkan perbuatan lelaki
dan perempuan yang
bukan muhrim. Niat yang
baik tidak akan
menghalalkan yang haram, Zara. Tingkahlaku kena
jaga sepanjang tempoh
bertunang itu. Bak kata
orang, kita yang dalam
tempoh bertunang ni...darah
manis. Banyak dugaannya, Zara. Papa harap
Zara ingat pesan
papa ni. Cuma Zara
jer anak perempuan
papa dan papa
doakan moga urusan
pernikahan dan persandingan
Zara dan Qaleef
nanti dipermudahkan olehNya. Insha Allah.”
Lembut Datuk
Iskandar menuturkan kata-kata
nasihat pada anak
daranya yang manja
itu. Dia tersenyum kecil
bila Izzara mencapai
lengannya lalu si
anak daranya itu
memeluknya dengan manja. Alahai, dah nak
jadi isteri orang, tapi
tetap dengan sifat
manjanya, anak papa ni!
“ Thanks, pa. Insha Allah,
Zara akan pegang
nasihat papa ni. Zara
sangat sayangkan papa
Zara yang handsome ni!”
Lalu pipi
tua itu di
cium lembut. Terharu dan
bersyukur dikurniakan seorang
bapa yang sangat
prihatin dan penyayang
macam papanya. Alhamdulillah!
“ Amboi, dah nak
jadi isteri orang
pun still nak manja-manja
dengan papa!”
Datuk Iskandar
dan Izzara menghala
pandangan mereka ke
arah gerangan yang
tiba-tiba bersuara. Kelihatan Irfan
Arief yang menguntum
senyum manisnya melangkah
menuju ke arah
mereka, lalu duduk di
birai katil. Pada masa
yang sama, Datin Aziah
turut melangkah ke
arah katil mewah
itu, lalu duduk di
situ. Rupanya, sedari tadi dia
mendengar perbualan dua
beranak itu. Datuk Iskandar
dan Izzara tak
perasan dia keluar
dari bilik air
dan menjadi pemerhati
serta pendengar perbualan
dua beranak itu.
“ Hesy, datang dah penyibuk
ni! Suka hati Zara
lah nak manja-manja
dengan papa. Suka jer tau
nak usik orang!” Omel
Izzara dengan manja
lalu menghadiahkan satu
cubitan di lengan
sasa Irfan Arief.
“ Aduh, sakitlah. Eiii.. dengan papa bukan
main manja, siap peluk and
kiss papa! Dengan Abang
Irfan main cubit-cubit
lak!” Rungut Irfan Arief
sambil mengusap-ngusap lengannya
yang dicubit oleh
Izzara, siap tayang muka
kesian tuh!
“ Tu hadiah
untuk orang yang
suka usik Zara. Padan
muka! Mesti best kan! Buweek!”
Izzara yang
masih memeluk lengan
papanya, sempat menjelirkan lidahnya
pada Irfan Arief. Datuk
Iskandar dan Datin
Aziah hanya mampu
tersenyum bila melihat
drama dua beradik
itu. Dah besar panjang, boleh pulak
dua beradik ni
bergaduh manja. Dah serupa
budak tadika jer!
“ Hmm, Zara... manja
semacam jer anak
mama malam ni. Siap
peluk, kiss and
puji papa dia
ye. Dengan mama taknak
buat macam tu ke?
Ke dah
tak sayang mama
dah?” Soal Datin
Aziah dengan nada
rajuknya, sengaja mengusik anak
daranya yang manja
itu.
Izzara melepaskan
lengan papanya yang
dipeluknya tadi. Lalu mengengsot
badannya ke arah
mamanya. Aik, takkan dengan anak
sendiri pun nak
cemburu, mama ni? Dah macam merajuk
pun ada nada
mamanya bersuara!
“ Ala mama, janganlah merajuk. Zara
pun sayanglah mama
macam Zara sayang
papa. Meh mama, Zara nak
peluk and kiss mama
ni. Rugi tak kiss mama Zara
yang paling cantik
di dunia ni! Zara
sayang sangat kat
mama!” Izzara memeluk manja
mamanya lalu menghadiahkan
ciuman di pipi
wanita yang berjasa
padanya itu. Sayang mama!
Irfan Arief
menjuihkan bibirnya bila
melihat aksi manja
adiknya itu. Hesyy...manja
mengalahkan budak kecik
jer.
“ Ermm, pa… Zara manja semacam
dengan papa ni sure
ada maksud tu, pa. Entah-entah dia
nak bodek papa. Mintak
dipendekkan tempoh pertunangan
dia tu. Tadi bukan
main Irfan tengok
dia main mata
dengan Qaleef. Yang si
Qaleef tu asik
dok tenung si
Zara jer. Bahaya ni, pa. Baik
nikahkan segera jer buat berdua
ni, pa… he he he.”
Ujar Irfan
Arief sambil tersengih
ke arah Izzara
yang sudah menunjukkan
muka bengangnya pada
si abang yang
nakal mengusiknya. Nak kena
dia nih!
“ Abang Irfan
boleh tak jangan
mengarut! Sibuk jelah dia
ni!” Belum sempat
Irfan Arief mengelak, satu cubitan
singgah di pehanya. Perghh…memang bestlah rasanya
bila dicubit oleh
orang yang tengah
bengang!
“ Aduh, pesal suka
cubit-cubit Abang Irfan
ni! Orang nak bergurau
senda pun tak
boleh! Dengan mama dan
papa bukan main
lagi kissing bagai! Tapi dengan
Abang Irfan boleh
pulak Zara cubit. Kuat
pulak tu! Malang betul Qaleef
dapat bakal isteri
yang garang suka
cubit-cubit orang.”
“ Mama, papa… tengoklah Abang
Irfan tu. Eiii..pesal dia
suka sangat merapu
ni! Geramlah dengan dia
ni!” Adu Zara
sambil jemarinya cuba
mencubit Irfan Arief lagi,
namun sempat dielak
oleh si abang
yang sudah bangun
dari duduknya itu.
“ Irfan, dahlah tu
usik adik kamu
tuh. Bilik ni dah
macam kelas budak
tadika pulak dengan
korang berdua sakat-menyakat ni.”
Datin Aziah
bersuara dengan lembut, cuba
menenangkan suasana yang
gamat ketika itu. Irfan
Arief ni sejak
dari kecik sampailah
dah besar panjang
macam ni tak habis-habis nak
menyakat si adik. Tersenyum si
mama bila mengenangkan kenakalan
anak lelakinya itu. Dan
Datuk Iskandar hanya
tergelak kecil bila
melihat kenakalan Irfan
Arief menyakat Izzara
yang sudah menayangkan
muka yang seakan
menangis itu. Alahai,
anak-anak papa!
“ Ala, mama… Irfan usik
jer pun. Bukan pukul
dia pun! Takpe ma, dia
garang sangat kat
Irfan. Nanti dia kawin, Irfan
taknak jadi pengapit
si Qaleef tu
baru tau!” Sakat
Irfan Arief lagi. Seronok
pulak bila melihat
air muka Izzara
yang seakan mahu menangis ketika
itu.
“ Eh, bila masa
entah orang suruh
dia jadi pengapit
Qaleef. Tak malu betul!”
Balas Izzara.
“ Yelah, memanglah Zara
tak suruh tapi
secara tidak langsungnya
Abang Irfan jadi
pengapit Qaleef sebab sure Shamzlin
jadi pengapit Zara
nantikan? Diakan bestfriend Zara. Dan
Shamzlin tu kan
bakal girlfriend Abang Irfan, so
logiknya dia
dan Abang Irfan
jadi pengapit pengantin
nanti.”
“ Ya Allah, tak
malunya anak bujang
papa dan mama ni. Siap
mengaku Sham tu girlfriend dia. Entah
Sham tu nak
ke tidak dengan
dia yang suka
menyakat orang ni.” Balas
Izzara sambil menjelirkan
lidahnya pada Irfan
Arief.
“ Hesy, dahlah tu. Hah, Zara.
Sebut pasal Sham, mama
dah bincang dengan
papa nak buat family dinner Sabtu malam. Nanti Zara
ajaklah Sham ye. Qaleef
pun jangan lupa
diajak sama ye, sayang.”
Datin Aziah
mencelah, lalu menyampaikan rancangan
untuk menjemput sahabat
dan tunang si
anak daranya untuk
bersama-sama ke majlis
makan malam keluarga
itu. Irfan Arief sudah
tersenyum lebar bila
mendengar rancangan mamanya
itu. Dapatlah dia menatap
wajah perempuan idamannya
itu nanti!
“ Mama, kalau Irfan
jemput Ghaz Khuzairi
sekali, boleh tak ma?”
Soal Irfan
Arief pada mamanya. Dah
alang-alang kawan Zara
dijemput sama, apa salahnya
dia menjemput sahabatnya
itu. Sekurang-kurangnya bolehlah Ghaz
Khuzairi melihat siapa
gerangan wanita yang membuatnya
angau semenjak dua
menjak ni.
“ La, apa salahnya
jemput Ghaz tu
sekali. Ajaklah dia nanti, bolehlah kita
kenalkan dia dengan
Qaleef nanti.” Datuk
Iskandar pula mencelah
bila mendengar pertanyaan
Irfan Arief.
“ Ha’ahlah, Irfan. Mama
pun tak kisahlah
kalau Irfan nak ajak dia. Nanti
boleh mama jumpa
Rania. Dah rindu nak
dengar celoteh si
comel tu.” Sampuk Datin
Aziah pula. Tersenyum bila
terkenangkan Rania Arissa
yang comel dan
petah itu.
“ Hmm, ma… Nanti Zara datang
petang sikit boleh
tak, ma? Sebab Zara nak
bawak Rania keluar
jalan-jalan dulu siang
Sabtu tu,ma. Sebab dah
janji dengan dia. Lagipun
petang Jumaat nanti
Zara pergi jemput
dia kat rumah
orang tua Ghaz. Dia
tu dah teringin
sangat nak tidur
dengan Zara.”
“ Alahai si
comel tu. Kasihan dia. Nanti
Sabtu malam Zara bawak jelah
dia tidur sini.”
Cadang Datin Aziah
pada Izzara.
“ Ye,ma. Zara memang
nak bawak Rania
tu tidur sini
Sabtu malam nanti, ma.”
Balas Izzara sambil
menguntum senyum pada
mamanya.
Kedengaran Datuk
Iskandar berdehem sebelum
dia menyuarakan sesuatu. Buku
yang dipegangnya tadi, diletakkan ke
meja tepi katil.
“Okey, anak-anak papa. Dah
lewat dah ni. Dah
pukul 12 lebih
dah ni. Papa dan
mama nak tidur. Lagipun esok
nak kena bangun
awal. Nanti kita sambung
berborak lagi ye.” Ujar
Datuk
Iskandar yang tampak
sudah mengantuk itu. Sesekali
kelihatan dia menguap.
“ Emm.. yelah, dah nak pukul 1
pagi dah. Jomlah Zara, papa
dan mama dah
nak tidur dah
tu. Baik kita masuk tidur sama. Abang
Irfan pun dah
mengantuk jugak ni. Lainlah
bakal pengantin tu. Sure
tak
boleh nak tidur
malam ni. Maklumlah dah
berangan nak duduk
kat pelamin. Ye tak, ma?”
Sempat pulak si
Irfan Arief ni
mengusik adiknya.
Izzara
menjeling tajam ke
arah Irfan Arief
yang sudah tersengih. Suka melihat
muka bengang Izzara
ketika itu.
“ Abang Irfan!” Jerit
Izzara lalu cuba
mengejar Irfan Arief
yang sudah berlari
keluar dari bilik
orang tua. Baik cabut
cepat! Nanti ada jugak
yang kena penangan
sepit ketam berbisa
itu!
>>>>>>>>>> bersambung
P/S: Family is the most precious thing on earth. Where life begins and love never ends :)
>>>>>>>>>> bersambung
P/S: Family is the most precious thing on earth. Where life begins and love never ends :)
arghhh...suka3... :)
ReplyDeleteThanks for reading, cempaka rembulan :)
DeletePatah hati....Zara bukan dgn abg saya...sob sob
ReplyDeleteSi adik pun patah hati sb dapat beriparkan Izzara..hehe
Deletebest2
ReplyDeleteThanks for reading TAS,budak noty a.k.a girlfriend Abg Ghaz (katanya!)..hahah :P
DeleteBetol ke tak de jodoh zara ngan ghaz tew.. Hmm klu gitu cik writer hadirkanlah satu wtak lagi wanita pengganti .. So takde lah saya sesedih niy baca perasaan ghaz tu.. Hiiikszzz
ReplyDeleteHi Cik Kucing Cat :)
DeleteAbg Pilot ckp dia percaya setiap kekecewaan itu pasti ada manisnya klu dia redha dgn takdir itu. So mana tau 1 fine day, di akn dpt 'kemanisan' itu..kut2 jmpe someone yg lg baik :)
Janganlah sedey..klu awk sedey,sape nk pujuk abg pilot yg tgh frust tu..:)
kesian abg Ghaz kite..sobsob..sedih laa kak Nina n3 ni..
ReplyDelete-fz-
Alaa..janganlah sedih2..hehe
Delete