Assalamualaikum & Salam Aidilfitri :)
BAB 26 : TERIMA AKU SEADANYA.
IZZARA melangkah
keluar dari lift setelah
tiba di tingkat
dua bangunan Excellent
Investment Berhad untuk
ke Finance & Account
Department setelah mendapat
panggilan daripada Nini, Finance Executive
jabatan tersebut yang
memaklumkannya sales
cheque milik clientnya yang
jumlahnya RM790,000.00 sudah
ditandatangani oleh Managing Director’s. Sales cheque
yang jumlahnya RM100,000.00
dan ke atas
perlu ditandatangani oleh
MD kerana itu
sudah menjadi prosedur
syarikat dan selepas
itu barulah cek
tersebut boleh diserahkan
kepada pihak client.
Izzara ke meja
Nini setelah dia
masuk ke jabatan
tersebut.
“Hi, Nini... Wah,
busy
sangat I
tengok you
ni. Anyway, sales
cheque for my
client’s tu dah
boleh collect ke, Nini?”
Sapa Izzara mesra
pada Eksekutif Kewangan
itu yang tampak
sibuk dengan tugasannya. Si gadis
yang muda setahun
daripadanya itu menoleh
ke arah suara
yang menyapanya.
“Oh, you rupanya
Zara, I ingatkan siapalah
tadi. Macamana I tak busy
kalau dah pagi-pagi
begini you dah sibuk
nak cek tu
cepat. By the
way, I dah
bagitau kat you kejap
tadi cek tu
MD dah sign kan? So,
meaning that cek
tu ada kat I ni. You tak
payah nak buat-buat
tanya pulak. Nah!”
Ujar Nini dengan
nada bergurau lalu
menghulurkan sekeping sales cheque
milik client Izzara. Dan Izzara
menyambutnya dengan membalas
senyuman si gadis
yang memang mesra
padanya.
“Thanks, Nini. Sorry
ya kalau I
susahkan you pagi-pagi ni. Actually,
I ada appointment
dengan client’s I
ni petang nanti. And I
purposely memang nak cheque ni
cepat before lunch. Yelah,
kut client’s ni
tiba-tiba tukar fikiran
nak jumpa masa lunch
nanti, masak I kalau cheque ni
takde. Baik I bersiap sedia.”
Kata Izzara sambil
dia meneliti butir-butir
pada sales cheque yang merupakan
cek hasil jualan
saham oleh pelabur. Dah
alang-alang dia bertemu
dengan tuan empunya
cek tu, baik dia
bagi by hand jer
pada clientnya itu.
Selalunya dia sendiri
ke bank untuk bank
in cheque tersebut
pada clientnya.
“No problem. I faham, kalau tak urgent
takdelah you
terhegeh-hegeh cari I pagi
begini. Luckily our
MD tu masuk
awal hari ni, bolehlah
you dapat
cek tu cepat. Kalau
tak, tengahari nantilah
jawabnya you boleh pegang
cek tu.”
Balas Nini dengan
tersenyum lagi.
“Hmm, itulah I risau
jugaklah kalau tak
dapat cek ni before
lunch. Okeylah, I ke dealer room
dululah ye. Thanks, Nini.”
Nini menyambung semula
kerjanya setelah Izzara
berlalu keluar dari
jabatan tersebut. Matanya sempat
menghantar langkah si
jelita yang sentiasa
disenangi oleh pekerja-pekerja di
Execellent Investment Berhad. Si
jelita yang low profile
dan tidak sombong
orangnya.
IZZARA yang leka
dengan kerjanya sempat
melirik matanya ke
arah jam
di desktopnya. Dah pukul
4:30 petang! Haihh, cepatnya masa berlalu! Tekaknya terasa
haus, lalu dia
bangun untuk ke pantry. Lagipun dia
ada sesuatu yang
nak diberikan pada
Kak Liza, tea lady Excellent
Investment Berhad.
Di pantry, tiada kelibat
Kak Liza di
situ. Hanya kelihatan Aman
Shah yang ada
di situ, tengah membancuh
air di muknya.
“ What are
you looking for, Zara?”
Tanya Aman Shah
bila melihat Izzara
melilau sekitar pantry.
“ Eh, Shah. Just got
here? Anyway, you ada
nampak Kak Liza
tak, Shah?”
“ I kat
sini tak sampai
5 minit pun, Zara. Baru jer
nak bancuh air
ni. Kak Liza memang
takde masa I masuk
kat pantry ni tadi. Kenapa
you cari
dia, nak suruh buatkan
air ke?”
Jawab Aman Shah
sambil tangannya membancuh
air Nescafe di
muknya itu tetapi
matanya memandang ke
wajah perempuan idamannya
itu.
“ Hesy, you ni...takkan
air satu muk I
nak suruh Kak
Liza buatkan. I ada something
nak
bagi kat dia. You buat
air apa tu, Shah? Macam best jer!”
Soal Izzara sambil
berlalu ke kabinet
untuk mengambil muk
dan milo 3
in 1. Lalu membancuh
air milo panas
di muk miliknya.
“Air yang bancuh
ni memang nampak
macam best! Tapi you
tak minum pun
air ni. Yelah, you
mana minum air
Nescafe kan? Tapi kalau you
nak, I boleh bancuhkan
untuk you Nescafe ni. I
buat memang best tau!”
Ujar si lelaki
yang sentiasa segak
mengenakan kemeja dengan vest
itu bersungguh-sungguh kut
Izzara memang teringin
nak minum Nescafe
walaupun dia tahu
yang Izzara tidak
minum Nescafe.
“Thanks but
no thanks, Shah. Bau Nescafe
yang you bancuhkan tu
pun I tau best tapi you pun
tau kan I tak
boleh minum Nescafe, sakit kepala I
dibuatnya nanti. Dahlah balik
nanti I ada appointment
dengan client.
Nanti tak larat
pulak I nak drive ke
sana.”
Balas Izzara sambil
tersenyum pada Aman
Shah yang berdiri
tidak jauh darinya
sambil lelaki itu sesekali
menghirup air Nescafe
yang siap dibancuhnya. Izzara perasan, bila
petang-petang begini dia
ke pantry untuk membancuh
air minumannya, pasti Aman
Shah turut berada
di situ. Tapi malas
dia nak ambil
pusing pasal tu. Anggap
sahajalah yang Aman
Shah tu senang
berteman dengannya sambil
membancuh air petang-petang
macam ni.
Soal Aman Shah
sambil matanya tak
jemu-jemu memandang si
jelita itu. Sengaja dia
ke pantry petang begini, waktu
yang selalu Izzara ke
situ untuk membancuh
air. Bolehlah dia menikmati
Nescafe kegemarannya sambil
bersembang dengan perempuan
idamannya itu.
“Hurm, bukan new client’s
lah, Shah. Tapi I ada appointment dengan
kawan baik you tulah.”
“La, patutlah I
called dia tadi
ajak main badminton
malam karang dia
kata ada appointment 6:30
petang nanti, rupanya dia
ada appointment dengan you.
Eh, bukan ke
dia dah buat account
opening hari tu? Dia
nak apa lagi, Zara?”
Hairan pulak Aman
Shah pada sahabatnya
itu. Apa lagi dia
nak sampai siap appointment bagai
dengan Izzara tu. Jangan
sahabatnya itu ada
hati pada Izzara
sudah! Dia sudah bagitau
awal-awal pada si
sahabat yang Izzara
tu sudah berpunya! Jangan dirembat
hak orang!
“Dia nak buat online
trading. Actually, lagi mudah
berurusan kalau dia
sendiri datang ke
sini tapi dia
nak jumpa I lepas
kerja pulak kat
luar. Tapi nak buat
macamana, Shah... dah client
yang request nak jumpa
kat luar. I follow jelah
selagi ianya berkait
rapat dengan hal
kerja.”
Aman Shah hanya
menganggukkan kepalanya bila
mendengar kata-kata daripada
Izzara yang sesekali
menghirup air Milo
panas yang dibancuhnya
sebentar tadi. Kalau hal
kerja takpelah, jangan dibuatnya
si sahabatnya itu
ada niat nak
memikat si Izzara
ni sudah! Mamat tu
kasanova boleh tahan
jugak! Pantang tengok perempuan
lawa, lagilah yang jelita
macam si Izzara
ni. Mau tak kocak
dada kalau melihat
si jelita yang
lemah-lembut itu.
“ Ermm, nanti jumpa
dia sampaikan salam I
pada dia ye. Okeylah Zara, I nak mintak
diri dululah.”
Ujar Aman Shah
tersenyum pada Izzara
seraya dia mengatur
langkah keluar dari pantry
tersebut. Izzara yang tengah
menghirup air Milo
hanya mengangguk pada
si lelaki yang
sentiasa kemas penampilannya
itu.
Usai Izzara membasuh
muk di sinki, ketika
dia ingin melangkah
keluar kelihatan kelibat Kak Liza masuk
ke pantry tersebut dengan
menatang dulang yang
penuh dengan cawan-cawan
kotor. Agaknya tea
lady lewat 40an
itu tiada di pantry
tadi pergi mengutip
cawan kotor di
setiap jabatan.
“Hai, Kak
Liza...nampak sibuk betul
akak ni.” Sapa Izzara
lembut pada tea lady
yang sudah tersenyum
padanya.
“Mau tak sibuk, Zara. Hari ini
akak seorang jer. Kak
Tipah cuti hari
ni. Hah Zara, masa akak
nak ke pantry tadi
akak terserempak dengan
Shah. Katanya Zara cari
akak.”
Lembut si ibu
tunggal itu bertanya pada
Izzara seraya meletak
dulang yang berisi
cawan kotor tadi
ke sinki. Kemudian
dia memalingkan badannya
yang agak gempal
itu pada Izzara
yang berdiri di
sebelahnya.
“Ermm, memang Zara
cari Kak
Liza tadi. Tu yang
Zara ke pantry ni, nak
jumpa Kak Liza. Nah, ni
untuk anak-anak akak.”
Balas Izzara sopan
lalu menghulurkan satu
sampul berisi sejumlah
wang kepada Kak
Liza yang seakan
enggan menyambut sampul
tersebut.
“Ala, Zara... tak
payahlah susah-susah. Kak Liza
ni dah naik
segan dengan Zara. Setiap
bulan Zara bagi
duit kat anak-anak
akak. Tak apalah, Zara.”
Sayu nada si
ibu tunggal itu
menolak pemberian dari
Izzara. Hatinya sudah cukup
segan kerana sejak
arwah suaminya meninggal
akibat kemalangan tahun
lalu, dan selama tempoh
itulah Izzara menghulurkan
sejumlah wang padanya setiap bulan untuk menampung perbelanjaan
persekolahan anaknya yang
seramai 3 orang
itu.
Izzara tersenyum mendengar
kata-kata Kak Liza
itu. Setiap dia menghulurkan
pemberiannya itu, maka itulah
kata-kata yang terbit
dari mulut si
ibu tunggal yang
segan menerima dan
cuba menolak bantuannya
ikhlasnya itu.
“Kak Liza,
dengan Zara akak
janganlah segan menerima
pemberian Zara ni. Zara
dengan seikhlas hati
cuba membantu meringankan
bebanan akak. Dan akak
sekeluarga memang berhak
menerima bantuan Zara
yang tak seberapa
ni. Kalau akak tak
menerima pemberian Zara
ni selagi itulah
hati Zara tak
lapang sebab tak
dapat membantu akak. Akak
ambik ye. Buat
belanja anak-anak.”
Tangan kasar tea lady
yang kurang bernasib
baik itu dicapai
dengan lembut lalu
sampul berisi sejumlah
wang itu diletakkan
ke tapak tangan
wanita itu. Hanya itu
yang termampu untuk
dia membantu insan
yang kekurangan seperti
Kak Liza anak-beranak. Baginya, Allah mengurniakan
padanya rezeki yang
melimpah ruah adalah
untuk dikongsikan dengan
mereka yang memerlukan
seperti keluarga Kak
Liza itu. Helping others in
need is the
simplest way to
guarantee that Allah
will help us
at our own
time of need. Izzara akui, hidup
ini ibarat roda, ada
ketikanya dia akan
memerlukan pertolongan dari
orang lain. Dan dari
situlah dia sentiasa
mengingatkan dirinya agar
jangan sesekali berbangga
atau riak dengan
nikmat atau rezeki
yang Allah berikan
padanya.
Papanya selalu mengingatkan
anak-anaknya supaya sentiasa
ikhlas bersedekah dan
jangan lupa mengeluarkan zakat
kerana ianya akan
mewujudkan sifat bersyukur
dengan nikmat yang
dikurniakan oleh Allah
di kalangan golongan
yang berada seperti
keluarganya. Malah bersedekah
dan berzakat juga
akan membersihkan dan
menyuburkan harta. Sifat bersedekah
dan berzakat tidak
akan mengurangan harta
atau wang ringgit
pemiliknya malah memurahkan
lagi rezeki orang
yang suka bersedekah
dan berzakat itu.
“Ambillah (sebahagian) dari harta
mereka menjadi sedekah, supaya dengannya
engkau membersihkan mereka
(dari dosa) dan
mensucikan mereka (dari
akhlak yang buruk),
dan doakanlah untuk
mereka, kerana sesungguhnya doamu
itu menjadi ketenteraman
bagi mereka, dan (ingatlah)
Allah Maha Mendengar
Lagi Maha Mengetahui.”
- Surah At- Taubah
( ayat 103 ) -
“Terima kasih banyak
di atas pemberian
Zara ni. Hanya Allah
sahaja yang membalas
baik budi Zara
dan akak doakan
moga Allah sentiasa
memurahkan dan merahmati
rezeki Zara.”
Ucap Kak Liza
dengan sayu sambil
menggenggam tangan Izzara. Sesungguhnya dia
sangat bersyukur kerana
ada juga orang
yang prihatin macam
si jelita itu. Dan
dia kagum dengan
budi pekerti Izzara, walaupun hidupnya
senang namun orang
seperti Izzara itu
tidak pernah sombong
dan memandang rendah
orang sepertinya yang
kurang bernasib baik
itu.
“Kak Liza jangan segan
dengan Zara. Kalau ada
apa-apa yang Kak
Liza perlukan bantuan
dari Zara, akak bagitau
jer. Insha Allah Zara
akan cuba usahakan. Hmm,
dah pukul 4:45
petang ni. Zara mintak
diri dululah, kak.”
Ujar Izzara seraya
menepuk lembut bahu
wanita itu dengan
menguntum senyuman padanya. Kak
Liza mengangguk perlahan
dan mengantar pandangannya
pada Izzara yang
sudah melangkah keluar
dari pantry itu.
KETIKA Izzara
leka meneliti beberapa
dokumen yang bakal diserahkan
pada client nanti untuk
diisi, kedengaran suara garau
menyapanya.
“ Hi, Zara. Have
you been waiting
long? Sorry, jalan jammed
tu yang I lambat
sampai ni.”
Izzara
mengangkat kepalanya,
menghala pandangannya ke
arah suara yang
menyapanya. Si lelaki yang
kacak bergaya dengan
kemeja putih yang
kemas tersarung di
badan sasanya, menarik kerusi
di hadapannya lalu
duduk sambil memandang
ke arah Izzara. Dan
Izzara tersenyum ke
arah lelaki itu sebelum
membalas pertanyaan client yang
ditunggunya sebentar tadi.
“It’s okay, Zen. I pun tak
sampai 10 minit tiba kat sini.”
Balas Izzara dengan
sopan. Dia sememangnya tak
sampai 10 minit
tiba di Starbucks,
Pavilion. Tempat yang telah
dijanjikan untuk berurusan
dengan clientnya itu. Selepas dia
menyiapkan closing reports pukul
5 petang tadi, terus
dia bergegas ke
Pavilion untuk mengelak
dia lambat sampai. Maklumlah waktu
begini memanglah jalan
sesak. Dan dia tidak
gemar bila client yang
menunggunya.
“I felt
guilty sebab buat you tertunggu. Dah
tu I menyusahkan you
pulak
tu kena jumpa I
after office hour.”
“You shouldn’t
say that. Dah kerja I
macam ni. Anyway Zen, won’t
you have a
drink first? A cup of coffee, perhaps?
“Thanks but
no thanks, Zara.
Kalau I nak minum
nanti I order.By the
way, should we start
our discussion now, Zara? If
possible, I taknak menyusahkan you untuk
ambil masa yang
lama kat sini.”
Kata Zen Fahreen
dengan sopan dan
dia sebenarnya segan
menyusahkan Izzara untuk
memenuhi temujanjinya petang
itu. Maklumlah businessman sepertinya
sentiasa sibuk dengan
temujanji sana sini. Nasib
baiklah Izzara ni
okey sahaja bila
dia mencadangkan untuk
berjumpa lepas kerja.
Izzara tersenyum lagi
bila mendengar kata-kata
dari bibir nipis
lelaki yang terlalu
risau menyusahkan dirinya
itu. Si jejaka yang
merupakan client yang telah
direkemenkan oleh Aman
Shah padanya. Dan ini
merupakan kali kedua
dia bersua muka
dengan si kacak
itu atas urusan
kerja. Pada amatanya Zen
Fahreen seorang yang
professional dan cool saja
orangnya.
“Okey, Zen. Oh ya, before tu I nak
bagi dulu sales cheque
ni kat you.
Nanti I lupa pulak.”
Sales cheque yang
dihulurkan oleh Izzara
disambut oleh Zen
Fahreen lalu dia
meneliti butir-butir yang
terdapat pada sales cheque
tersebut. Namun riak wajahnya
tidak menunjukkan teruja
melihat jumlah wang
yang tertulis di
cek tersebut. RM 790,000.00 adalah
nilai hasil jualan
saham yang dijualnya
3 hari lepas. Selepas menelitinya, lalu cek
tersebut diselitkan di planner yang dibawanya
bersama. Orang yang berkepuk-kepuk duitnya
macam si Zen
Fahreen ni agaknya
dah tak heran
dengan jumlah yang
tertera pada sales cheque
miliknya itu.
“Thanks, Zara. Anyway, I
dah sign up untuk
mendapatkan ID dan password
untuk online trading kat website
Excellent Investment tu. I dah
isi semua particular seperti
yang diperlukan. So, what
should I do now?
You bagitau
hari tu ada agreement
form yang perlu I isikan.”
“Begini Zen, lepas you dapatkan
ID dan password untuk online
trading tu, sekarang ni you have to
fill up
these two forms. Online Agreement Form
and ECOS Application
Form. But for your
information, untuk Online
Agreement Form ni, you perlu
isi untuk dua
set. Di mana satu
set untuk Retail Business
Department dan satu lagi akan
diposkan pada you untuk
di simpan oleh
pihak you sendiri setelah
kedua-dua borang tersebut mendapat approval daripada management. Setelah
mendapat approval daripada management, Retail Business
Department akan activated your
account as a
online trading client’s. Lepas tu, barulah
you boleh key
in buy order or
sell order thru
your laptop or
smartphones.”
Terang Izzara pada
Zen Fahreen yang
tampak tekun mendengar
itu sambil dia
meneliti borang yang
dihulurkan oleh Izzara
padanya.
Online trading adalah
dimana pihak pelabur
boleh memeriksa sendiri
harga saham, key in buy
order or sell
order melalui talian
internet dengan laptop atau smartphones
setelah mendaftar sebagai
online client’s dan membuka
akaun CDS serta Trading
Account. Online trading boleh dilakukan
di mana-mana sahaja
asalkan ada akses
internet dan jual
beli saham itu
sah mengikut waktu
perniagaan Bursa Malaysia.
Caj brokerage untuk online
trading adalah lebih
murah berbanding offline trading
dimana offline trading memerlukan
pelabur menghubungi remisier atau dealer
representative melalui panggilan
telefon untuk buy or
sell order.
“Lagi satu, Zen. Seperti yang I bagitau
kat you hari
tu, pihak syarikat kami
menawarkan 30% discount on brokerage charge untuk online trading. With minimum charge RM28 for online trading berbanding RM40 for offline trading. So,
kalau you nak buat online
trading, better you isi forms
ni. Apa-apa nanti I akan inform
you.”
Ujar Izzara lagi
pada Zen Fahreen
yang leka memandang
wajah jelita Izzara. Entah
dia dengar ke
tidak penjelasan panjang
lebar daripada Izzara
mengenai proses untuk online
trading.
“Ermm,
I decided to proceed online trading
ni, Zara. Rasanya lagi memudahkan
I
untuk proses jual
beli saham ni.”
Kata Zeh Fahreen
lalu mengisi Online Agreement
Form and ECOS
Application Form untuk
melengkapkan pendaftarannya
sebagai pelabur online trading.
“Zen, walaupun order
tersebut dibuat oleh you
sendiri tetapi I boleh nampak status
trading you
tu. Dan kalau ada
apa-apa problem atau apa
yang you tak pasti
tentang proses untuk online
trading ni, you
boleh call I atau Customer
Service Executive ( CSR for
online trading) untuk
bantuan.”
Zen Fahreen yang
leka mengisi borang-borang
itu mengangkat kepala, memandang ke
wajah putih gebu
di hadapannya bila
si jelita itu
bersuara. Dia menguntum senyuman
sebelum menyatakan sesuatu
pada Izzara.
“Zara, I akan
sentiasa cari you,
Zara kalau I ada problem
hal jual beli
saham ni. Tak bermakna
I tak
buat offline trading I
tak call you langsung, mabuk rindulah
I
nanti bila tak
dengar suara you.”
Izzara
menayangkan muka blurnya
bila mendengar kata-kata
yang terbit dari bibir nipis
lelaki di hadapannya
itu. Dalam maksud yang
tersirat yang dilafazkan
oleh Zen Fahreen
tu!
“What do
you mean, Zen?”
“
Errr...nothing. I was just
teasing you.”
Zen Fahreen gugup
seketika bila Izzara
mengajukan pertanyaan itu
padanya. Perghh...nasib baiklah
minah tu agak blur, tak faham
kata-kata yang dia
maksudkan. Kalau tak terkantoilah
yang dia tu
kasanova, pantang perempuan cantik
ada bersamanya pasti
nak mengayat!
Setelah hampir 15
minit, segala borang tersebut
sudah lengkap diisi
oleh Zen Fahreen
dan dia menyerahkannya pada
Izzara untuk diteliti
semula oleh Izzara
kut ada yang
tak lengkap.
“Forms ni I
akan pass kat Retail Business
Department untuk signature verification
dan approval daripada management. Anything, i will
inform to you, Zen.” Ujar
Izzara setelah berpuas
hati dengan borang-borang
yang telah lengkap
diisi oleh Zen
Fahreen.
“Kalau macam tu, rasanya
setakat ini dululah
ye, Zara. Apa-apa nanti I
akan call you. Anyway, thanks a
lot ya, Zara.”
“You’re welcome. Oh ya
Zen... Shah kirim salam
kat you.”
Balas Izzara dengan
tersenyum manis pada
jejaka yang sudah
bangun dari duduknya
itu. Izzara turut bangun
dan dia sempat
menyampaikan salam Aman
Shah pada sahabatnya
itu.
“Waalaikumussalam. Mention about
Shah, dia called I tadi
ajak main badminton
but I ada appointment dengan
you, so macam tak
sempat jer. I dah lama
tak jumpa dia. I’ve been
busy lately. Banyak kerja
nak kena settle.
Okeylah, I nak
gerak balik dululah, Zara.”
Selang beberapa minit
kemudian, Izzara turut melangkah
pergi dari Starbucks setelah
mengemas beberapa dokumen
yang dibawanya tadi. Dia
memutuskan untuk ke
surau yang terdapat
di pusat membeli
belah itu untuk
menunaikan solat Maghrib
memandangkan waktu sudah
pukul 7:50 malam. Ketika
melangkah untuk ke
surau, Izzara sempat menelefon
Qaleef tetapi panggilannya
itu tidak berjawab. Tunangnya itu
tengah sibuk agaknya.
Izzara melangkah masuk
ke butik Burberry Children
yang terdapat di
Parkson, Pavilion. Selepas
menunaikan solat Maghrib
tadi, dah alang-alang dia
berada di Pavilion, ada
bagusnya jugak merembat
sehelai dua baju
untuk Rania Arissa. Tak
sabar dia nak menjemput
Rania Arissa balik dari kerja
esok! Rindu dengan si
comel yang petah
itu!
Tiba sahaja di
butik tersebut, Izzara jadi
rambang mata bila
melihat baju-baju yang
comel untuk kanak-kanak
perempuan pastinya. Dah terbayang-bayang di matanya
kecomelan Rania Arissa
mengenakan gaun yang
cantik rekaannya itu.
Hampir setengah jam
dia membuat pilihan
baju-baju di butik Burberry
Children itu, akhirnya dia
memilih sepasang cotton striped
sundress, sepasang sleeves
dress berwarna merah
hati dan sepasang
kasut ala-ala princess Barbie
berwarna pink. Harap-harap
muatlah dengan si
comel itu.
Setelah membuat pembayaran
untuk baju-baju Rania
Arissa yang dipilihnya
di Burberry Children
sebentar tadi, Izzara mengatur
langkah ke pintu keluar
Parkson Pavilion. Dalam masa
yang sama, tangannya mengambil
Blackberry dari Chanel
tote bagnya, untuk menghubungi
si tunang tersayang.
Beberapa jam yang
lepas, selepas dia berurusan
dengan clientnya tadi, dia sempat
membuat panggilan namun tiada respon
daripada Qaleef. Terbit risau
di hatinya, apa dah
jadi dengan tunangnya? Jarang Qaleef
begini.
Dan Izzara hampa, panggilan telefonnya
tetap tiada respon
daripada Qaleef. Hatinya betul-betul
risau ketika itu!Matanya
sempat melilau sekitar
pusat membeli-belah itu. Namun
jantung seakan mahu gugur bila melihat kelibat
orang yang sangat
dikenalinya. Terhenti langkahnya tetapi
mata bundarnya masih memandang ke arah lelaki
yang sangat dirisaunya
tadi. Qaleef!
Tapi siapa gadis
yang tampak mesra dengan tunangnya
itu? Hatinya bagaikan dirobek-robek
bila melihat kemesraan
Qaleef dengan gadis
yang pada amatannya
berusia awal 20an. Cantik
pulak tu! Siap bergelak
sakan lagi! Sakitnya hati!
Izzara
mengerling sekilas ke
arah jari manisnya
yang tersarung cincin
pertunangan pemberian Qaleef
tempohari. Hatinya tiba-tiba sebak
dan menitis airmatanya
bila mengenangkan kata-kata
yang dilafazkan oleh
Qaleef semasa majlis
pertunangan mereka. Baru beberapa
hari momen itu
berlalu, takkan semudah itu
Qaleef berubah hati? Takkan
Qaleef tergamak curang
padanya?
Perasaannya
buntu dan sakit
hatinya masih bersisa
bila dia kembali
memandang ke arah
Qaleef yang belum
menyedari dirinya berada tidak jauh dari
situ. Luluh jiwanya bila
melihat kemesraan dua
makhluk itu. Sampai hati
si tunang!
Di sudut sana, Qaleef
yang sakan bergelak
dengan gadis muda
itu tiba-tiba terpandang
akan Izzara yang
kaku berdiri tidak
jauh darinya dengan
merenung tajam ke
arahnya. Tersentak dia bila
melihat Izzara berada
di situ. Si gadis
yang perasan akan
perubahan Qaleef yang
tiba-tiba terdiam itu
turut memandang ke
arah perempuan yang
tajam merenung ke arahnya dan
Qaleef.
Namun, Qaleef
tiba-tiba tersenyum bila
melihat riak wajah
Izzara ketika itu. Nak
tergelak pun ada. Pasti
kes cemburulah ni!
“Eh, Abang Qal..
itu Kak
Zara kan?”
“ Ha’ah...dialah tu.
Jom, kita ke
sana. Haih, satu kerja lagilah
nak memujuk dia
ni.”
Jawab Qaleef lalu
menarik si gadis
itu melangkah ke
arah Izzara yang
masih terkaku berdiri
itu. Dan Izzara makin
sakit hati bila
melihat tunangnya berjalan beriringan dengan si gadis
yang ayu bertudung
itu dengan tersenyum
padanya. Sabar Zara!
Tiba sahaja di
hadapan Izzara yang
masih menayangkan riak
muka bengangnya itu, Qaleef
bersuara bertanya sesuatu
pada Izzara.
“Sayang, tak
sangka pulak I boleh
terserempak dengan you kat
sini. You shopping
eh?”
Soal Qaleef lembut
dan dia dapat
mengagak yang Izzara baru
lepas membeli belah
setelah melihat paperbag
dipegang oleh tunangnya
yang jelita itu.
Izzara hanya menjeling
ke arah Qaleef
tanpa menjawab pertanyaan
si kacak di hadapannya itu. Sakit
hatinya. Dahlah keluar dengan
perempuan lain, boleh pulak dia nak
bersayang-sayang bagai padanya. Ikutkan hatinya
yang sakit itu, mahu
sahaja dia mencampakkan
cincin pertunangan yang
tersarung di jari
manisnya itu ke wajah Qaleef.
“Sayang I
ni cemburu ye?”
Soal Qaleef lagi dengan nada
bergurau. Bertambah sakit hati
Izzara mendengar kata-kata
Qaleef itu. Perempuan mana
yang tak cemburu
bila melihat tunangnya
mesra dengan perempuan
yang tak dikenali! Qaleef ni
sengaja ke apa
nak carik pasal
dengannya!
“Sayang, kenapa
senyap jer ni. Takkan
dengan Dini pun you
nak cemburu. You tak kenal
ke, ni Dini Aisyah
lah. Cousin I yang study kat
Manchester yang I pernah cerita
kat you dulu. Ingat lagi tak
Dini adik Danial
cousin I yang kerja kat
London tu? Dini dan
Danial kan antara
cousins yang
rapat dengan I.”
Berubah riak wajah
Izzara bila mendengar
penjelasan daripada si
tunang. Merah mukanya menahan
rasa malunya. Ceh, buat malu jelah nak cemburu bagai dengan Dini
Aisyah tu.
Dini Aisyah tersenyum
bila melihat air
muka Izzara yang menahan rasa
malunya itu. Lalu dia
menghulurkan tangannya pada
Izzara untuk bersalaman.
“Apa khabar, Kak Zara? Takkan
dengan Dini akak
tak kenal?” Sapa
Dini Aisyah mesra
seraya dia memeluk
Izzara.
“Alhamdulillah, Kak
Zara sihat, Dini. Tapi Dini nampak
lainlah. Ke sebab
Dini bertudung sekarang
ni?”
Usai berpelukan Izzara
memegang kedua-dua bahu
Dini Aisyah, matanya memandang
ke arah wajah
hitam manis itu. Memang
nampak lain Dini
Aisyah di hadapannya
itu berbanding wajah
yang pernah dia tengok
melalui gambar yang
Qaleef tunjukkan padanya
dulu. Ketika itu Dini
Aisyah belum mengenakan
tudung seperti Dini
Aisyah di hadapannya
sekarang.
“ Yelah, sayang. Dulu
dia comot pastu
tak bertudung, sebab tu
Dini nampak lain
jer. Sekarang ni dah
pandai bergaya, maklumlah orang
tu dah ada
buah hati!” Sampuk
Qaleef yang sedari
menjadi pemerhati.
“Akak jangan dengar
cakap Abang Qal
yang auta tu! Dini
mana ada buah
hatilah, kak. Abang Qal memang
suka buat gosip liar!”
Balas Dini Aisyah
sambil menjengilkan matanya
yang bundar pada Qaleef yang
sudah tersengih bila
melihat muka bengang
adik sepupunya itu.
“Hai, takkan
dah ayu begini
takde buah hati, kan
sayang?”
Tambah Izzara pula
sambil mengajukan pertanyaannya
itu pada Qaleef. Seronok pulak
menjadi nasi tambah
mengusik adik sepupu
tunangnya yang sudah
memuncungkan mulutnya.
“Akak dengan Abang
Qal sama jer
tau! Suka usik Dini. Kalau
camtu, Dini nak baliklah
macam ni!” Drama
si Dini Aisyah. Izzara dan
Qaleef tergelak kecil
mendengar nada rajuk
si gadis itu.
“Ala, baru usik sikit dah nak merajuk. Sebijik macam
Kak Zara dia!”
Giat Qaleef lagi
namun dibalas jelingan
maut dari Izzara. Bengang dikatakan
kuat merajuk!
“Eh, sayang... you memang ke Pavilion
semata-mata shopping ke?” Soal Qaleef
pada Izzara.
“I ada appointment dengan client kat Starbucks lepas
kerja tadi. Ni, I nak
tanya you
ni, kenapa I called you
tak jawab? You ni saja
tau buat I risaukan
you.”
“Ala, sorrylah sayang... handphone I
tertinggal kat kereta. Dini
nilah tak menyabar
nak shopping! Tengok, baju pun I tak
sempat nak tukar
tadi. Tak pasal-pasal I pakai uniform ke tempat
macam ni.”
Izzara tersenyum mendengar
si tunang yang
masih lengkap beruniform
AME berwarna putih
itu, seolah-olah mengadunya pada
itu. Dini Aisyah mengekek
bila mengenangkan betapa
terkejutnya abang sepupunya
itu bila dia
menyatakan yang dia
sudah menunggunya di
Pavilion. Sengaja dia balik
ke Malaysia tanpa
memaklumkan pada abang
sepupu kesayangannya itu.
“Yang Dini ni
bila sampai sini? Qaleef
takde bagitau kat
Kak Zara pun
yang Dini nak
balik ke Malaysia?”
Belum sempat Dini
Aisyah menjawab pertanyaan
Izzara, Qaleef sudah menyampuk
menjawab.
“I nak inform
you macamana kalau
dengan I pun dia
tak bagi tahu
nak balik Malaysia. Tau-tau dapat call
dia tadi yang
dia tu dah
ada kat Pavilion
ni. Budak kecik memang
suka buli I!”
Serentak Izzara dan
Dini Aisyah tergelak
kecil mendengar kata-kata
Qaleef itu.
“Jomlah, kita
pergi dinner. Dini dah tak
sabar nak borak
dengan bakal kakak
ipar Dini yang
cantik ni.Jomlah!”
Usul Dini dengan
menarik tangan Qaleef
dan Izzara supaya
berlalu dari situ. Dan
mereka memilih untuk
menikmati makan malam
bersama di The Manhattan Fish Market.
>>>> bersambung
P/S: La adik sepupu Qaleef rupanya! Ingatkan cik Niera or Cik Melinda! Ehem..Kak Mona darling, agak2 bleh lompat bintang tak?heheh # tetiba rasa nak menyorok dalam kantung kangaroo kak Mona tu lah :P
alahhhhh, buat suspen je akak nie..ingat ke betul2x Qaleef curang...boleh Zara dgn abg Ghaz...heehehe
ReplyDeletehahaha...saspen eh?
Deletenenci menci huarghhh..Mona Haslina nak boikot lah..heee
ReplyDeleteAla kak Mona...relaxlah...klu Zara dgn Qaleef, jadi akk ada chance la rembat si Ghaz tu..hehe
Deletehahaha... akak suka uat gempaklah
ReplyDeletebest2.. tapi sedih sbb xde part budak comel 2
hahha...xdelah gempak mana dik!
Deleteecceehhh...entah2 rindu kat daddy budak comel tu kan?kan?kan?
Doi!.. Ingat sapelah yg qaleef sakan gelak bersama2 tu... Mona haslina rasanya tak jadi lompat bintang, kangaroo tu pun dah cabut lari..ekekeke..
ReplyDeletekak Mona frust tu,kak Rozi.
Deletebuat penat jer dia practice lompat bintang smapai ke Pluto katanya..hehe
oh maiii . zen punn ade laa . alaaa..abg Ghaz xde laa pulak . . anyway , thanks kak nina. big hug !
ReplyDelete-fz-
My pleasure,dik!
Deletehugs
Tak sabar nak tau ending cerita... milik saper lah si izzara ni... byk tul suspen... (k.Ira)
ReplyDelete