Assalamualaikum & Salam Ramadan, Love :)
Sorry ya sebab lama sangat Nina 'peram' Abang Pilot & Abang Engineer dlm chapter 24 ni.
Okey, jom kita ke majlis merisik/meminang Izzara bagi pihak Qaleef.
Maaf seandainya ada kekurangan dalam entry kali ini. Harap penulisan Nina dapat diterima seadanya.Thanks everyone :)
hugs & kisses,
Sorry ya sebab lama sangat Nina 'peram' Abang Pilot & Abang Engineer dlm chapter 24 ni.
Okey, jom kita ke majlis merisik/meminang Izzara bagi pihak Qaleef.
Maaf seandainya ada kekurangan dalam entry kali ini. Harap penulisan Nina dapat diterima seadanya.Thanks everyone :)
hugs & kisses,
Nina
BAB 24 : TERIMA AKU SEADANYA.
CAWAN yang berisi air Nescafe yang dituang oleh bakal menantunya sebentar tadi dicapai dan diminum olehnya. Usai itu, Datuk Qaleed meletakkan semula cawan tersebut dan seraya itu dia memandang ke wajah isterinya, Datin Fareeda yang tersenyum padanya dan matanya turut terarah pada anak terunanya, Qaleef. Wajah si anak teruna seolah-olah mempamerkan air muka mengharap itu agar si ayah dapat menyampaikan hajatnya dengan sebaik mungkin bagi pihaknya.
“ Hmm...
Datuk dan Datin, saya
dan isteri datang
ni membawa hajat besar
bagi pihak anak
kami ni, Qaleef...”
Belum sempat Datuk Qaleed menghabiskan ayatnya, Datuk Iskandar sudah mencelah.
Belum sempat Datuk Qaleed menghabiskan ayatnya, Datuk Iskandar sudah mencelah.
“ Hesy, tak payahlah
nak berdatuk datin
ni, Qaleed. Kita ni tak
lama lagi nak
jadi satu keluarga, Insha Allah. Lagipun macam
tak mesra jer
kalau berdatuk datin
ni.”
Ujar Datuk Iskandar
lembut sambil tersenyum
pada bakal besannya
itu. Dan Datuk Qaleed
membalas senyuman pada
lelaki yang tinggi
budi bicaranya itu
sebelum dia menyambung
semula kata-katanya dan
menyampaikan hajat si
anak teruna.
“Begini, walaupun anak
teruna saya dah
berbincang dengan si
dara dan masing-masing
sudah bersetuju tapi
kami sebagai orang
tua Qaleef dengan
membawa hajat besar
datang
ke sini malam ni
untuk meminang anak
perempuan tunggal, Abang Iskandar
dan Kak Aziah. Kami
berhajat nak menyatukan
Qaleef dan Zara. Itu
kalau Abang Iskandar
dan Kak Aziah
bersetuju dengan hajat
kami ini. Bagi kami, pertemuan dua
keluarga ini sangat
penting bagi menghormati
pihak perempuan dan
perlukan pandangan serta
restu daripada pihak Abang
Iskandar dan Kak
Aziah sebagai orang
tua Zara.”
Lembut dan sopan Datuk Qaleed menjelaskan pada pihak perempuan tentang hajat pihak lelaki bertandang ke rumah Datuk Iskandar itu. Seperti kita sedia maklum, proses merisik atau meminang dilakukan dengan tertib dan sopan untuk menjaga dan memelihara nama baik kedua belah pihak.
Lembut dan sopan Datuk Qaleed menjelaskan pada pihak perempuan tentang hajat pihak lelaki bertandang ke rumah Datuk Iskandar itu. Seperti kita sedia maklum, proses merisik atau meminang dilakukan dengan tertib dan sopan untuk menjaga dan memelihara nama baik kedua belah pihak.
Peminangan
merupakan proses permulaan
perkahwinan dan merupakan
adat kebiasaan masyarakat
Melayu yang diterima
oleh Islam selagi
adat tersebut tidak
melanggar syariat Islam. Hukum
peminangan adalah harus
dan perempuan yang
dipinang itu hendaklah
bukan isteri orang,bukan
mahram sendiri, bukan tunangan
orang dan tidak
dalam idah.
Datuk Iskandar sedari tadi tekun mendengar penjelasan daripada pihak Datuk Qaleed yang dia sudah sedia maklum tentang hajat keluarga tersebut bertandang ke rumahnya. Matanya sempat menjeling sekilas ke arah anak daranya yang sedari tadi tertunduk, diam membisu. Geli hati pun ada bila melihat anaknya itu tiba-tiba menjadi pendiam dan gugup semacam! Kemudian mata sempat memandang sekilas ke arah Qaleef yang sedari tadi asyik melirik pandangannya ke arah si bakal tunangannya. Memang nak kena nikah budak berdua nih! Bisik hati Datuk Iskandar.
Datuk Iskandar sedari tadi tekun mendengar penjelasan daripada pihak Datuk Qaleed yang dia sudah sedia maklum tentang hajat keluarga tersebut bertandang ke rumahnya. Matanya sempat menjeling sekilas ke arah anak daranya yang sedari tadi tertunduk, diam membisu. Geli hati pun ada bila melihat anaknya itu tiba-tiba menjadi pendiam dan gugup semacam! Kemudian mata sempat memandang sekilas ke arah Qaleef yang sedari tadi asyik melirik pandangannya ke arah si bakal tunangannya. Memang nak kena nikah budak berdua nih! Bisik hati Datuk Iskandar.
“ Saya sebenarnya Qaleed, amat bersyukur
bila Zara bagitau
yang dia dan
Qaleef nak mendirikan
rumahtangga. Yelah, sebagai
orang tua, saya dan
isteri saya ni
risau budak berdua
ni ke hulu ke
hilir tanpa sebarang
ikatan yang sah. Nak
saya suruh mereka
tu menikah, takut pulak
kalau dua-duanya belum
bersedia. Lagipun bab nikah kawin
ni bukan perkara
main-main. Jadi, bila dah budak
berdua ni menyuarakan
hasrat masing-masing pada
orang tuanya untuk
menikah, hati saya ni
terasa lapang benar, Qaleed. Alhamdulillah,
sekurang-kurangnya mereka berdua
ni sudah bersedia
untuk memikul tanggungjawab
masing-masing sebagai suami
isteri. Malah, dengan
kedatangan Qaleed membawa
hajat Qaleef, seolah-olah meringankan
kerisauan saya dan
isteri tentang anak
dara kami tu. Tentang
hajat anak teruna
yang ingin meminang
si dara tu, dengan
ini kami berbesar
hati menerima pinangan
daripada pihak lelaki
untuk anak perempuan
kami tu. Kecil tapak
tangan, nyiru kami tadahkan.”
Panjang lebar Datuk
Iskandar membalas.
Sesungguhnya Allah sahaja
yang tahu betapa
bersyukurnya dan lapang
dadanya bila anak
perempuan tunggalnya itu
bakal menamatkan zaman
bujangnya. Dan dia yakin
Qaleef boleh membimbing
dan menjaga anaknya
dengan baik bila
mereka sudah berumahtangga
nanti. Hatinya memang cukup
berkenan dengan si
jejaka yang menjadi
pilihan hati si
anak dara.
Apabila mendengar penerimaan pinangan daripada papanya, Izzara sempat memandang dan menjeling manja ke arah Qaleef yang sudah tersenyum lega padanya bila mendengar penerimaan daripada bakal bapa mertuanya. Dia tersenyum manis, membalas senyuman si jejaka yang kacak mengenakan baju melayu cekak musang berwarna kelabu itu. Ewah, sempat jeling-menjeling dan berbalas senyuman merpati dua sejoli ini!
Apabila mendengar penerimaan pinangan daripada papanya, Izzara sempat memandang dan menjeling manja ke arah Qaleef yang sudah tersenyum lega padanya bila mendengar penerimaan daripada bakal bapa mertuanya. Dia tersenyum manis, membalas senyuman si jejaka yang kacak mengenakan baju melayu cekak musang berwarna kelabu itu. Ewah, sempat jeling-menjeling dan berbalas senyuman merpati dua sejoli ini!
Hei,
dia tengok kita,
Hei dia jeling mata,
Aduh mak senyum lagi,
Amboi nona manis sekali!
“ Aduhai nonaku Izzara, kenapa makin nak kawin, makin manis si jelita ku nan seorang ni!”
Hei dia jeling mata,
Aduh mak senyum lagi,
Amboi nona manis sekali!
“ Aduhai nonaku Izzara, kenapa makin nak kawin, makin manis si jelita ku nan seorang ni!”
Bisik Qaleef dalam
hati sambil matanya
tak jemu memandang
ke arah perempuan
jelita yang sentiasa
bertakhta di hatinya. Namun suara
Datuk Qaleed menyentakkan
‘drama’ jeling menjeling si
merpati dua sejoli
itu. Pantas Qaleef mengalihkan
pandangannya ke arah
papanya yang menyatakan
sesuatu itu.
“Hmm, Abang Iskandar... Qaleef ada
menyuarakan cadangannya pada
saya dan Fareeda
dan kami bersetuju
dengan cadangan dia. Tapi
kami perlu bertanya
dulu pada pihak
abang, bersetuju ke tidak dengan
cadangan anak teruna
kami ni. Begini bang, Qaleef
mencadangkan majlis pertunangan
dia dan Zara
dilangsungkan bulan depan. Dan
dia mencadangkan 4 bulan untuk tempoh pertunangan
mereka. Kalau boleh, dia taknak
bertunang lama-lama katanya. Itu
kalau tidak menyusahkan
pihak abang sekeluarga
untuk membuat persiapan
majlis perkahwinan di
pihak perempuan nanti. Kata
Qaleef, dia dah berbincang
dengan Zara pasal
ni dan Zara
kata dia ikut
kata putus daripada
pihak abang sebagai
orang tuanya. Pihak kami
ni hanya mencadangkan
saja, bang. Kalau abang kurang
setuju tu, kami faham. Mungkin pihak
abang ada perancangan
atau cadangan yang
lagi baik dari
ini.” Tutur Datuk Qaleed
lembut mengenai cadangan
anak terunanya itu.
Namun Izzara tersentak
bila mendengar kata-kata
Datuk Qaleed dan
seraya itu dia memandang ke
arah Qaleef. Setahunya, dia bersetuju
untuk mengikat tali
pertunangan selama 6
bulan. Tetapi bukan 4
bulan seperti yang
disuarakan oleh bakal
bapa mertuanya sebentar
tadi. Yang Qaleef ni
pepandai mencadangkan tempoh
pertunangan itu menjadi
4 bulan tu
dah kenapa mamat
ni! Apa kata orang
tuanya nanti? Bersetujukah orang
tuanya dengan tempoh
yang singkat itu
untuk membuat persiapan
bagi majlis perkahwinan
mereka itu nanti? Sempurnakah persiapan
perkahwinan dibuat dengan
masa yang agak
singkat itu?
Aduhai sayangku,
kenapalah suka-suka nak
ubah tempoh pertunangan
tanpa meminta pendapat
dari dia? Nasib baiklah
sebelum ni dia
tidak menyuarakan pada
orang tuanya tentang
hal ini. Kalau tak,
apa kata orang
tuanya nanti? Macam gelojoh
pun ye jugak
si Qaleef ni! Ya
Allah, kenapa hati ni
jadi geram pulak
dengan si Qaleef
ni! Bisik hati Izzara
seraya merenung ke
arah Qaleef, seolah-olah perlukan
penjelasan dari bakal
tunangnya itu!
Qaleef yang perasan akan renungan dari si jelita yang mahukan penjelasan itu, cuba bersuara. Menjelaskan hal sebenarnya pada pihak perempuan terutamanya pada Izzara yang terkejut dengan cadangan itu.
Qaleef yang perasan akan renungan dari si jelita yang mahukan penjelasan itu, cuba bersuara. Menjelaskan hal sebenarnya pada pihak perempuan terutamanya pada Izzara yang terkejut dengan cadangan itu.
“ Hmm,
macam ni
uncle... Hari tu
saya ada berbincang
dan mencadangkan pada
Zara yang kami
nak melangsungkan ikatan
pertunangan bulan depan. Dan
pasal tempoh pertunangan tu kami
memutuskan untuk bertunang
6 bulan jer. Dan
Zara setuju tapi
dia kata, kalau uncle
tak setuju dengan
cadangan kami ni, terpulang
pada uncle
nak buat keputusan. Dia ikut
keputusan uncle, sebagai orang tuanya. Pasal
tempoh bertunang 4
bulan tu, baru tadi
saya buat keputusan
kat daddy dan ibu
saya, uncle. Sebelum kami
ke sini tadi. Sejujurnya, saya kurang
setuju kalau mengikat
tali pertunangan dalam
tempoh yang lama. Bukan
bermaksud saya ni
dah tak sabar
nak menikah, tapi bak
kata orang, banyak
dugaan orang yang
bertunang ni. Saya kalau
boleh, kalau dengan izin
Allah, mahukan yang terbaik
untuk ikatan kami
ni, uncle. Saya mahukan
juga yang terbaik
untuk hubungan kedua-dua
pihak tanpa sebarang
yang tak diingini
berlaku yang boleh
menjejaskan hubungan kekeluargaan
kita.”
Tenang Qaleef menjelaskannya, sambil matanya
memandang ke arah
bakal bapa mertuanya
dan sesekali dia
memandang ke arah
Izzara.
Entah kenapa hati
Izzara dipagut rasa
terharu bila mendengar
penjelasan daripada sang
kekasihnya itu. Barulah dia
mengerti yang Qaleef
mengubah tempoh pertunangan
mereka itu semata-mata
mahukan yang terbaik
bukan sahaja untuk hubungan dia
dan si jejaka
kacak itu malah bakal
tunangnya itu mahu
memelihara hubungan baik
bagi dua keluarga
ini. Hatinya bertambah yakin
untuk menjadi suri hidup lelaki
itu nanti. Syukur Ya
Tuhan!
Datuk Iskandar tersenyum
bila mendengar perjelasan dari
jejaka yang kacak
di hadapannya itu. Memang
sepadan dengan anak
daranya. Tapi bukan kekacakan
yang menjadi kebanggaannya
tapi sifat bertanggungjawab dan
kepimpinan yang ada
pada si kacak
itu menjadikan hatinya
bertambah yakin untuk
menjodohkan anaknya dengan
jejaka yang sopan
budi bicaranya itu.
“ Zara.”
Izzara memandang ke arah papanya yang sudah tersenyum padanya.
“ Zara.”
Izzara memandang ke arah papanya yang sudah tersenyum padanya.
“ Ya, pa.”
“Betul Zara ikut
apa yang papa
putuskan untuk Zara
nanti ? Zara yakin keputusan
papa dan tak
menyesal dengan apa
yang papa cuba
putuskan bagi pihak
Zara?” soal Datuk
Iskandar dengan lembut
sambil memandang kasih
ke wajah anak
perempuan tunggalnya itu.
“ Selama Zara menjadi anak papa, apa jua keputusan papa tak pernah menghampakan Zara, because I knew that you’re the best papa in the whole world, pa. Selagi Zara belum menikah, selagi itulah papa dan mama berhak memutuskan yang terbaik untuk Zara. Lagipun syurga Zara terletak pada ketaatan Zara pada papa dan mama. No worries, pa... Zara akan terima apa jua keputusan papa kalau papa rasa itu yang terbaik untuk Zara.”
Balas Izzara dengan
tersenyum manis pada
papanya. Dia yakin papanya
akan buat keputusan
yang terbaik untuknya. Iqram Arief
dan Irfan Arief
turut tersenyum ke
arah papa mereka.
Datuk Qaleed dan
Datin Fareeda tersenyum
senang mendengar kata-kata
daripada bakal menantu
mereka itu. Memang bertuah
anak teruna mereka
itu memiliki perempuan
yang baik dan
taat seperti Izzara
yang juga baik
budi pekertinya.
Dan Datuk Iskandar menganggukkan kepalanya bila
mendengar kata-kata dari
mulut anaknya itu.
“Qaleef, kamu tu bakal
anak lelaki papa, tak
payah nak beruncle-uncle lagi, nak. Biasakan panggil
papa ye, Qaleef. Hmm, Qaleed... Saya cadangkan
begini. Since Zara
pun dah putuskan
ikut keputusan papa dia, jadi
apa yang cuba
saya cadangkan ini
adalah cuba putuskan
yang terbaik untuk
anak-anak kita ni. Saya nak cadangkan, majlis pertunangan
tu tak payah
kita adakan bulan
depan. Dan dengan kedatangan
Qaleed sekeluarga malam
ni untuk merisik
dan meminang Zara
ni, adalah baiknya malam
ni kita tunangkan
saja mereka. Jadi, tempoh 4
bulan seperti yang
dicadangkan oleh Qaleef
tu, kita fokuskan untuk
membuat persiapan majlis perkahwinan mereka. Lagipun saya
bersetuju dengan cadangan
Qaleef tu, tak perlu
bertunang dalam tempoh
yang lama. Meminang dan
bertunang ini peranannya
untuk proses melihat
dan mengenali pasangan
yang bakal berkahwin
tu. Dalam hadith pun
ada menyebut tentang
ini.
Hadith Rasulullah
S.A.W berkenaan kebenaran
untuk merisik ( melihat tunang ) dan
meminang:
“
Daripada Abu Hurairah
R.A berkata, sabda Rasulullah
S.A.W kepada lelaki
yang hendak berkahwin
dengan seorang perempuan: “ Adakah kamu
telah melihatnya? Jawabnya tidak
( kata lelaki itu
kepada Rasulullah S.A.W ). Pergilah melihatnya
supaya perkahwinan kamu terjamin
berkekalan.” ( Hadith Riwayat
Tarmizi dan Nasai )
Jadi, memandangkan
anak-anak kita sudah
lama berkawan dan sudah mengenali
antara satu sama
lain, maka perlulah kita
mempermudahkan hal pernikahan
mereka ni. Apa pendapat
Qaleed dan Fareeda. Saya
ni hanya cuma
mencadangkan saja.”
Tanya Datuk Iskandar
pada bakal besannya. Matanya sempat
melirik ke arah
isterinya, Datin Aziah yang
tersenyum memandangnya,tanda bersetuju
dengan usulan si
suami. Datuk Qaleed memandang
ke arah isterinya, Datin Fareeda
sebelum dia menyuarakan
sesuatu pada si
isteri yang ayu
bertudung itu.
“ Eda, setuju ke tidak dengan cadangan pihak perempuan? Bagi abang, ada baiknya cadangan pihak mereka tu. Abang setuju kalau anak-anak kita ni ditunangkan jer malam ini. Maknanya kita hanya tumpukan pada persiapan perkahwinan mereka jer lepas ni. Sayang setuju tak?”
“ Kalau abang setuju dan rasa itu keputusan terbaik untuk budak berdua ni, Eda ikutkan jer,bang. Lagipun elok kita fokuskan hal nikah kawin mereka berdua ni. Tapi kan, Abang Iskandar dan Kak Aziah.. kami malam ni hanya bawak sebentuk cincin untuk meminang jer. Cincin untuk bertunang takde pulak. Tak tahu macam gini pulak jadinya plan kita.”
“ Eda, setuju ke tidak dengan cadangan pihak perempuan? Bagi abang, ada baiknya cadangan pihak mereka tu. Abang setuju kalau anak-anak kita ni ditunangkan jer malam ini. Maknanya kita hanya tumpukan pada persiapan perkahwinan mereka jer lepas ni. Sayang setuju tak?”
“ Kalau abang setuju dan rasa itu keputusan terbaik untuk budak berdua ni, Eda ikutkan jer,bang. Lagipun elok kita fokuskan hal nikah kawin mereka berdua ni. Tapi kan, Abang Iskandar dan Kak Aziah.. kami malam ni hanya bawak sebentuk cincin untuk meminang jer. Cincin untuk bertunang takde pulak. Tak tahu macam gini pulak jadinya plan kita.”
Datin Fareeda bersetuju
dengan cadangan tersebut
setelah si suami
lembut bertanya padanya
sebentar tadi. Namun baru
dia teringat kedatangan
mereka malam ni
hanya membawa sebentuk
cincin merisik dan
meminang sahaja, tanpa membawa
cincin tanda pertunangan
dan barang-barang hantaran.
“ Qaleed, Fareeda… Sebentuk
cincin merisik tu
pun dah memadai
menandakan bahawa Zara ni sudah dipinang
oleh Qaleef. Dan pemberian
cincin semasa merisik
atau peminangan ini
merupakan tanda ikatan pertunangan. Hal barang-barang
hantaran tu masa
nikah, kita boleh
sediakan sekali nanti.”
Datuk Qaleed dan
Datin Fareeda tersenyum
senang hati dengan
kata-kata bakal besan
mereka itu. Sifat merendah
diri dan tidak
banyak hal dalam
diri ketua keluarga
pihak perempuan itu
memudahkan urusan peminangan
di pihak mereka. Rasa
bersyukur bakal berbesan
dengan Datuk Iskandar
dan Datin Aziah
yang mudah dibawa
berunding itu.
“ Hmm, kalau macam tu kata abang, baik kiranya kita sarungkan cincin tanda pertunangan ni ke jari bakal menantu kami.”
Usul Datuk Qaleed
lalu dipersetujui oleh Datuk Iskandar
dengan mengangguk kepalanya. Datin Fareeda
yang sudah memegang
kotak kecil berwarna
biru berisi sebentuk
cincin, bersedia untuk menyarungkan
cincin tersebut ke
jari manis bakal
menantunya.
Datin Aziah yang
duduk di sebelah
Izzara, menyuruh anaknya menghulurkan
tangan kanannya pada
bakal mak mertuanya
yang sudah bersedia
untuk menyarungkan sebentuk
cincin ke jari
manis si jelita
itu. Cincin yang dipilih
sendiri oleh Qaleef, istimewa untuk
bakal isteri tersayang.
Dan Izzara dengan hati yang sedikit gementar, menghulurkan tangan kanannya dan dicapai lembut oleh Datin Fareeda yang tersenyum manis. Lalu, sebentuk cincin berlian Tiffany & Co 3.88 carat antique diamond disarungkan ke jari manis Izzara.
Dan Izzara dengan hati yang sedikit gementar, menghulurkan tangan kanannya dan dicapai lembut oleh Datin Fareeda yang tersenyum manis. Lalu, sebentuk cincin berlian Tiffany & Co 3.88 carat antique diamond disarungkan ke jari manis Izzara.
“ Terima kasih, ibu”
ucap Izzara lembut
pada bakal mak
mertuanya setelah cincin
itu tersarung kemas
dijarinya seraya dia
mencium tangan Datin
Fareeda.
“Sama-sama, sayang ibu. Terima kasih jugak kat Zara sebab memilih anak ibu untuk dijadikan teman hidup Zara. Ibu sentiasa mendoakan moga jodoh kamu berdua kekal sampai ke syurga, nak.”
“Sama-sama, sayang ibu. Terima kasih jugak kat Zara sebab memilih anak ibu untuk dijadikan teman hidup Zara. Ibu sentiasa mendoakan moga jodoh kamu berdua kekal sampai ke syurga, nak.”
Balas Datin Fareeda
dengan senyuman manis
terukir di bibirnya lalu
mencium kedua-dua pipi
bakal menantunya yang
jelita itu.
Mereka yang menyaksikan
babak itu tersenyum
gembira dan memanjat
kesyukuran pada Allah
kerana terlaksana sudah
majlis meminang serta
pertunangan yang serba
ringkas itu tetapi
penuh bermakna bagi
kedua-dua pihak.
Dengan sebentuk cincin
berlian yang sudah
tersemat kemas di
jari si jelita itu, maka termeterailah
ikatan pertunangan antara
Izzara dan Qaleef
yang telah dipersetujui
oleh kedua-dua pihak.
GHAZ KHUZAIRI
yang baru sahaja
usai menunaikan solat
isyak, melipatkan sejadah dan
meletakkannya di almari
yang terdapat di
bilik hotel penginapannya. Kemudian dia
merebahkan badannya ke
katil, merehatkan seketika badannya
yang keletihan itu. Dia
mencapai jam tangan
Tag Heuer Aquaracer di meja di tepi
katil yang ditanggalkannya ketika
mengambil air wudhuk
sebentar tadi. Jam tangan
miliknya itu sudah menunjukkan
pukul 10:50 malam. Ini bermakna
waktu Malaysia sekarang
sudah pukul 9:50
malam kerana beza
waktu antara Jakarta
dan Malaysia ialah
1 jam.
Lepas maghrib tadi
dia pergi makan
malam bersama rakan
sekerjanya. Usai itu, mereka berjalan-jalan di
sekitar bandar Jakarta
itu. Hampir setengah jam
yang lalu dia
kembali semula ke
bilik hotel penginapannya, The Media
Hotel & Towers. Hotel
yang menjadi penginapan
‘rasmi’ bila mereka
nightstop di
Jakarta. Entah kenapa hatinya
teringat dan tiba-tiba
rindu untuk mendengar
celoteh Rania Arissa.
Kadang-kadang timbul rasa kasihan pada si manja bermata hazel tu, kerana tugasnya selalu terbang ke sana sini, dia dan anaknya sering berjauh dan rindu-rinduan. Mujurlah Rania Arissa anak yang baik dan memahami tugasan begitu. Kalau tidak kerana minatnya yang mendalam dalam bidang penerbangan, pasti sudah lama dia membantu papanya menguruskan perniagaan milik keluarganya. Minat menawan awan biru memang sudah menjadi cita-citanya sejak kecil lagi.
Kadang-kadang timbul rasa kasihan pada si manja bermata hazel tu, kerana tugasnya selalu terbang ke sana sini, dia dan anaknya sering berjauh dan rindu-rinduan. Mujurlah Rania Arissa anak yang baik dan memahami tugasan begitu. Kalau tidak kerana minatnya yang mendalam dalam bidang penerbangan, pasti sudah lama dia membantu papanya menguruskan perniagaan milik keluarganya. Minat menawan awan biru memang sudah menjadi cita-citanya sejak kecil lagi.
To most people, the sky is limit.
To those who love aviation, the sky is home.
( Anonymous )
“ Rania Arissa.” Ucap Ghaz
Khuzairi perlahan.
Rindunya pada si
anak dara yang
petah dan bijak
itu. Lalu dia bingkas
bangun dan mencapai
iPhone 5
miliknya dan mendail
nombor milik mamanya. Hanya beberapa
deringan, kedengaran suara memberi
salam menyapanya di
talian.
“ Waalaikumussalam, mama. Mama dah tidur ke ni, ma?”
“ Waalaikumussalam, mama. Mama dah tidur ke ni, ma?”
Lembut
Ghaz Khuzairi bertanya.
“ Belum lagi.
Mama baru lepas tidurkan Rania.”
Balas Datin Irmanina.
“ Laa, Rania dah tidur
ke, ma? Baru pukul 9:30
malam. Awal pulak dia
tidur malam ni, ma?”
Hampa nadanya bertanya. Hampa tidak
dapat bersembang dengan
anak daranya yang
petah itu.
“ Itulah, mama pun hairan Rania awal pulak tidur malam ni. Merengek-rengek tadi mintak mama temankan dia tidur. Penat mandi kat kolam petang tadi agaknya. Tu yang dia tidur awal malam ni.” Ujar Datin Irmanina pada anaknya.
“ Itulah, mama pun hairan Rania awal pulak tidur malam ni. Merengek-rengek tadi mintak mama temankan dia tidur. Penat mandi kat kolam petang tadi agaknya. Tu yang dia tidur awal malam ni.” Ujar Datin Irmanina pada anaknya.
“ Khuzairi call ni
nak sembang dengan
dia, dah rindu dengan suaranya, ma. Dia mandi
kat kolam dengan
sape pulak, ma? Papa ke?”
“ Laa.. bukan
rezeki Khuzairi lah
nak dengar suara
dia malam ni. Nak
kejutkan dia, tak sampai
hati pulak mama. Dia
baru jer tidur. Hmm,
siapa lagi yang
rajin melayan dia
tu mandi kat
kolam tu kalau
tak Abang Farhan
kamu tu.”
“ Takpelah, ma. Tak payah kejutkan dia. Insha Allah, malam esok Khuzairi call lagi. Mama, Abang Farhan dan Kak Intan tidur situ ke?”
“ Oh, diaorang tak tidur sini. Biasalah tu, Rania ada kat sini rajinlah mereka singgah sini lepas kerja petang tadi. Tu yang Rania sibuk ajak Pak Long dia mandi kat kolam tu.”
“ Takpelah, ma. Tak payah kejutkan dia. Insha Allah, malam esok Khuzairi call lagi. Mama, Abang Farhan dan Kak Intan tidur situ ke?”
“ Oh, diaorang tak tidur sini. Biasalah tu, Rania ada kat sini rajinlah mereka singgah sini lepas kerja petang tadi. Tu yang Rania sibuk ajak Pak Long dia mandi kat kolam tu.”
Tersenyum Ghaz
Khuzairi bila mamanya
bercerita tentang Rania
Arissa. Anak daranya itu
memang suka bermain
air terutamanya mandi
di kolam renang
di banglo milik
orang tuanya. Pernah si
manja itu berceloteh
padanya, teringin nak
jadi ikan duyung
macam dalam cerita
The Little
Mermaid yang menjadi
tontonan kegemaran si
anak manja itu. Bila
ditanya kenapa ingin
jadi mermaid? Jawab si manja
tu petah, sebab bila
dia jadi mermaid,
nanti boleh duduk
dalam air lama-lama
dan berkawan dengan
ikan yang cantik-cantik! Tergelak besar Ghaz Khuzairi bila mendengar jawapan dari
mulut mungil si
manja. Anaknya itu berangannya
boleh tahan! Bila tengok
princess Barbie, sibuk nak
jadi macam princess Barbie! Bila tengok
Cinderella dan Snow
White, sibuk nak cantik
macam Cinderella dan Snow
White. Alahai, si manja daddy!
“ Oh ya, Khuzairi… sebut
pasal Rania baru
mama teringat nak bagitau. Petang Jumaat
nanti Zara datang
ambik Rania. Dia nak
bawak Rania ke
rumahnya sampai Ahad
nanti.”
Suara Datin Irmanina menyentakkan lamunan Ghaz Khuzairi yang terkenangkan keletah anaknya itu. Namun hatinya tertarik dan ingin tahu bila nama Izzara dikaitkan mamanya. Apa mimpi Izzara datang jemput anaknya dan bawak bermalam ke rumah si jelita tu?
“ Ma, Zara datang rumah kita ke, ma?” tanya Ghaz Khuzairi ingin tahu.
Suara Datin Irmanina menyentakkan lamunan Ghaz Khuzairi yang terkenangkan keletah anaknya itu. Namun hatinya tertarik dan ingin tahu bila nama Izzara dikaitkan mamanya. Apa mimpi Izzara datang jemput anaknya dan bawak bermalam ke rumah si jelita tu?
“ Ma, Zara datang rumah kita ke, ma?” tanya Ghaz Khuzairi ingin tahu.
“Bukan, dia tak datang
pun ke rumah
ni. Siang tadi mama
yang call dia sebab
Rania lah sibuk
nak bercakap dengan
Zara. Dah rindu kat mommy dia
katanya. Bila dah dapat
sembang dengan mommy dia, Rania
pulak cakap kat
Zara yang dia
nak tidur dengan
Zara malam ni. Tapi
Zara pulak ada
hal malam ni, tak
dapat nak jemput
Rania. Mulanya merajuk jugaklah
si manja tu
tapi bila Zara
cakap nak ambik Rania Jumaat
nanti, bawak dia duduk
dengan Zara sampai
Ahad, tu yang dia
okey balik.” Jelas Datin Irmanina
panjang lebar pada
anak lelaki tunggalnya
itu.
“ La, tak menyusahkan Zara ke, ma? Segan pulak Khuzairi bila Rania mintak Zara ambik dia, nak tidur dengan Zara. Kalau Zara yang pelawa, takpelah jugak.”
Hati Khuzairi rasa serba salah bila mendengar cerita mamanya tentang perihal si manja bermata hazel itu.
“Nak buat macamana, Khuzairi. Dah dia tu anggap Zara tu mommy dia, memanglah dia tak segan nak mintak hal macam tu. Lagipun dia tu belum faham lagi, kalau kita nak bercerita hal sebenar pun, mana dia nak mengerti. Lagipun Zara kata tak menyusahkan dia. Dia sendiri dah rindu dengan Rania. Tu yang dia plan nak bawak Rania keluar weekend nanti.”
“ Takpelah, ma. Kalau Zara kata tak menyusahkan dia, lapang sikit hati Khuzairi ni, ma. Bukan apa ma, Khuzairi seganlah menyusahkan dia jer. Risau pun ye jugak, kut Zara rasa terbeban nak melayan kerenah anak Khuzairi, ma. Tapi ma, Khuzairi kesian sangat kat Rania tu. Beria-ria menganggap Zara tu mommy dia. Yelah, baru sekarang dia merasa kasih sayang ‘mommy’ dia. Kadang-kadang Khuzairi buntu bila memikirkan hal Rania ni.”
Hati Ghaz Khuzairi tiba-tiba dipagut rasa hiba bila mengenangkan Rania Arissa yang dahagakan kasih seorang ibu sejak dia lahir lagi. Dalam masa yang sama, hatinya terbit kerisauannya bila Izzara terbabit dalam perihal anaknya itu. Risau si jelita terbeban melayan kerenah si manja bermata hazel itu. Ketika itu, Ghaz Khuzairi seolah-olah meluahkan rasa yang terbuku di hati pada mamanya.
“ Zara tu mama
nampak ikhlas dia
melayan Rania tu, Khuzairi. Kadang-kadang mama
rasa dia tu dah anggap
Rania tu macam
anak dia sendiri, macam darah
daging dia. Macamana ikhlas
kita dengan Rania, macam
tulah jugak mama
tengok Zara tu ikhlas melayan
Rania tu. Hati mama
ni berat mengatakan
yang Zara tu
perempuan yang baik-baik. Susah-susah, mama pinangkan
jelah Zara tu
untuk Khuzairi.
Untung-untung Rania dapat mommy
betul. Lagipun mama dan
papa berkenan sangat
dengan Zara tu
kalau dijadikan menantu, Khuzairi.”
Seronok Datin Irmanina
menggiat si anak
lelaki tunggalnya itu. Walaupun
nadanya mengusik tetapi
betapa hatinya mengharap
yang Zara menjadi
menantunya jika si
jelita itu terbaik
untuk Ghaz Khuzairi.
Dada Ghaz Khuzairi
bagai dipalu kencang
bila dia dikaitkan
dengan Izzara. Sesak
dadanya bila mengenangkan
usikan mamanya yang
berbaur harapan itu. Teringat
akan cincin yang
tersarung kemas di
jari Izzara, entah-entah hati
si jelita itu
sudah dimiliki. Walaupun naluri
lelakinya terusik sejak
mengenali Izzara, merampas hak
milik orang lain
bukan prinsipnya waima
hatinya sudah berkenankan
pada si jelita
itu.
“ Hesy, mama ni
ada pulak sampai
nak meminang bagai. Hmm,
okeylah ma, malam esok
Khuzairi call lagi ye, ma. Ingatkan dapat
dengar suara Rania
malam ni. Nanti mama
peluk cium Rania
untuk Khuzairi ye,ma. Kirim
salam kat papa
ye. Take care, ma. Assalamualaikum.”
Pesan Ghaz Khuzairi
pada mamanya ketika
mengakhiri perbualan. Bila mamanya
menyentuh bab meminang, malas pulak
dia nak melayan usikan
mamanya itu. Kang dilayan jadi
harapan di hati
mamanya tersayang itu. Baik
dia mengelak!
“ Walaikumussalam…Amboi, anak mama
ni, bila sebut hal
meminang terus nak
mengelak. Yelah, nanti mama peluk
cium Rania tu
untuk kamu. Insha Allah, nanti
mama sampaikan pada
papa ye. Khuzairi jaga
diri baik-baik ye, nak.”
Balas Datin
Irmanina sambil menitipkan
pesanan buat anaknya
itu. Punat merah telefonnya
ditekan, menamatkan
perbualan mereka.
Ghaz Khuzairi kembali berbaring di tilam yang empuk itu. Senyuman terukir di bibirnya bila mengenangkan usikan mamanya nak meminang Izzara untuk dirinya. Alangkah bahagianya jika Izzara itu tercipta untuknya! Hatinya berbunga-bunga bila mengenangkan angannya entah apa-apa tu.
Ghaz Khuzairi kembali berbaring di tilam yang empuk itu. Senyuman terukir di bibirnya bila mengenangkan usikan mamanya nak meminang Izzara untuk dirinya. Alangkah bahagianya jika Izzara itu tercipta untuknya! Hatinya berbunga-bunga bila mengenangkan angannya entah apa-apa tu.
“ Wahai hati, tak
payahlah nak berangan!” Bisik Ghaz
Khuzairi perlahan.
Matanya
mengerling ke skrin iPhone
5 yang masih
dipegangnya. Jam sudah menunjukkan
pukul 11: 45 malam. Lama
jugak dia bersembang
dengan mamanya tadi. Beberapa saat
kemudian, dia bangun semula
dari pembaringannya. iPhone
5 miliknya diletakkan
di meja tepi
katil itu dan
dia bangun dari
katil itu, melangkah ke almari. Beg
pakaiannya dicapai lalu
dibuka. Sebuah buku yang
dibawa bersama diambil
lalu kakinya melangkah
semula ke katil
dan merebahkan semula
badannya ke tilam
empuk itu.
ARGO karya Antonio Mendez and Matt Baglio, buku itu menjadi penemannya sebelum dia melelapkan matanya. Sudah menjadi rutinnya, membaca buku sebelum tidur. Hampir setengah jam dia melayan bacaannya, tiba-tiba iPhone 5 berbunyi, lalu tangannya mencapai iPhone 5 tersebut di meja di tepi katilnya. Senyuman terukir bila melihat nama Irfan Arief di skrin telefonnya.
“ Assalamualaikum, bro.
Weh, tengah-tengah malam call aku
ni, apa hal, bro?” sapa Ghaz
Khuzairi mesra dengan
nada mengusik si
sahabat.
“ Waalaikumussalam. Hey,
bro… sekarang baru pukul
11 lebih lah, tengah
malam amendanya? Kau
mengingau ke, bro? Awalnya kau
tidur? Takkan Rania tidur
awal, kau pun nak
tumpang sekaki tidur
awal jugak!” balas
Irfan Arief
“ Aku kat Jakarta
ni, Arief. Kau taulah Jakarta
kan awal sejam
masanya. Kau jangan nak
sebut-sebut nama anak
aku tu. Dahlah aku
hampa ni tak
dapat sembang dengan
dia. Awal pulak dia
tidur malam ni. Eh, yang
kau call aku ni
ada apa hal, bro?
Rindu kat aku
eh?”
“Laa, kau kat Jakarta
rupanya, Ghaz. Aku ingatkan kau
ada kat sini. Eh, takde makna
aku nak rindu
kat kau! Aku rindu
kat girlfriend
aku tu, si comel
Rania. Aku call ni ingat
nak ajak kau dinner
malam esok. Dah lama
tak lepak sembang-sembang dengan
kau. Ingat nak suruh
kau bawak Rania
tu sekali. Dah tu
bila kau ke
KL balik, bro?”
“Oh, sebab nak jumpa
Rania, kau hajak aku keluar
dinner ? Nantilah aku confirm dengan
kau balik bila
aku boleh dinner dengan
kau. Esok aku balik
ke KL tapi
lepas tu aku continue
fly ke Hong
Kong pulak. So, aku nightstop
kat sanalah malam
esok. Lusa aku fly ke
KL balik and off
day 3 hari. Insha
Allah, apa-apa nanti aku reconfirm dengan
kau ye. Kesian kat
bakal menantu aku
ni, rindu sangat kat girlfriend dia tu ye.
Eh, yang kau
tu tak keluar
memana pulak malam
ni. Kut keluar lepak
dengan member kau ke?”
Soal Ghaz Khuzairi
pada Irfan Arief seraya
dia mengusik lagi sahabatnya itu.
“ Kau jangan lupa confirm dengan aku balik, Ghaz. Hmm, aku nak keluar macamana, ada tetamu istimewa bertandang ke rumah tadi. Diaorang baru jer balik kejap tadi.”
“ Kau jangan lupa confirm dengan aku balik, Ghaz. Hmm, aku nak keluar macamana, ada tetamu istimewa bertandang ke rumah tadi. Diaorang baru jer balik kejap tadi.”
“ Wah, istimewa
betul tetamu tu
sampai kau pun
tak boleh nak
keluar malam ni. Ke
kau bawak bakal
isteri kau datang
rumah, nak kenal-kenal dengan
family kau? Amboi
dia! Senyap-senyap bawak bakal
isteri datang rumah. Dengan
aku kau taknak
kenalkan ke?”
Tebak Ghaz
Khuzairi, teruja ingin tahu
siapa tetamu istimewa
yang dimaksudkan oleh
sahabatnya itu.
“Hesy, kau jangan
nak merapu meraban
pulak, bro! Tetamu istimewa
tu bukan bakal
isteri aku tapi
bakal suami adik
aku, Zara. Dia datang dengan
parents dia
tadi. Datang dengan hajat
nak meminang adik
aku tu.”
What a lovely card dear! Thanks for bringing Rania Arissa, Ghaz Khuzairi, Izzara and Qaleef into kak rozi's life... Love n hugs... Muahh..
ReplyDeleteKak Rozy darling..muahhsss
Deleteheee...malulah card tu mcm bdak tadika jer buat..takpe,anggap jer card tu Rania yang buat utk sume readers :)
Thanks for always gimme support,sis..lebiu :)
Wah! Terharu ada nama alia dlm ucapan tu.. ^_^
ReplyDeleteHi Alia :)
DeleteNina pun terharu dengan sokongan Alia.thanks for folo & reading TAS :)
Hugs
Salam sayang akak Nina...akhirnya ber "update" gak bab 24..but pity to Khuzairi..adakah jodohnya bukan bersama Izzara?...uwaa...sedihnya..huhuhu...(bru pertengahan cerita tapi dah emo lebih, ape2 boleh jdi kan kak Nina?)...hope the best for my sweety, Rania Arissa & abg Khuzairi...
ReplyDeletewah, ade nama adik lah dlm kad comel tu...love u so muchh...muahhss...
Wah Izzati dah create ur own blog ye :)
DeleteAnyway,gal..Ghaz tu abg awak sure lah awk sedih..sama ada jodoh Zara dgn Ghaz or Qaleef nnt kita tahu kesudahannya bila TAS ni dicetak ye ..pray for me,dik :)
my name written on the card.thanks nina daling....bab 24 ni makin mendebarkn....hahhahaha
ReplyDeleteHi kak Salmah darling :)
DeleteAlahaiii kak..Nina rasa nk menyorok jer bila tgk card tu..mcm hasil tangan bdak tadika jer..haha
Takpe,akak anggaplah tu card Rania Arissa yg create utk all TAS readers :)
berdebar ye,kak...tahan dada tu..hahha
huhu... best cita niiii
ReplyDeleteThanks for always folo & reading TAS, Ruunna darling :)
Delete~hugs~
salam kak nina. yeah!! dah hilang rindu kat abg Ghaz . heheh :D nama kite ada dlm kad tu laa. tenkiu kak nina !
ReplyDeletehmmmm.. sedih laa n3 ni. kesian abg Ghaz... xde jodoh ke abg Ghaz dgn Zara?? sob~~
update cepat2 eh chap 25 ?
-fz-
Waalaikumussalam Fatin :)
DeleteWahhh budak tecit dah muncul dah..hehe..sure ilang g carik abg Ghaz eh?neway dik, kad tu Rania Arissa yg buat ( segan nk ngaku sendiri yg buat..haha)
Insha Allah..kak Nina akn update nx entry ye.Thanks,dear :)
salam ramadhan..suke bce citer nie..
ReplyDeletedh tunang izzara, frust Ghaz cinta xsempt diungkp tp still jd mommy rania..
ara
Salam Ramadan,dear Anon :)
DeleteThanks for reading TAS,dear :)
~hugs~
Tak sabar nak tunggu.... reaksi ghaz.....
ReplyDeleteThanks,dear Anon :)
DeleteInsha Allah..klu Nina berpeluang nk menulis lagi, Nina post next entry...Insha Allah..klu dgn izinNya :)
Bila novel ni nak dicetak? Huhu
ReplyDeleteInsha Allah..thn ni jugak..doa2kan ye.Thanks Anon :)
Delete