Assalamualaikum & Jum'ah mubarak, everyone :)
Berat rasa hati Nina nak publish entry terakhir Terima Aku Seadanya di blog ni. Kalau boleh nak hold entry ni sampai Nina berjaya menyiapkan TAS sepenuhnya (boleh pulak macam tu kan? :P
Final entry bermakna Nina dan readers dah tak 'gaduh-gaduh' lagi pasal every chapters yang Nina publish kat sini. Lepas ni pasti saya rindu nak 'gaduh-gaduh' dengan readers yang rajin komen itu ini pada setiap entry.
Nina berterima kasih di atas doa,sokongan,kritikan, teguran dari anda semua yang sentiasa menyokong dan memberi semangat untuk Nina menulis. Terharu dengan keterujaan anda semua pada TAS. Alhamdulillah :)
To silent readers esp my sista Nini...terima kasih :)
To stalkers esp yang tak suka saya juga yang tak suka karya saya...terima kasih jugak :) # Bila dah 'masak' dgn dunia penulisan ni, Nina cuba tidak dan kalau boleh memang malas melatah atas ragam orang lain kerana masing-masing ada ragam sendiri.Betul tak?
Akhir sekali, doakan moga Allah mempermudahkan penulisan Nina untuk menyiapkan TAS. And now dah start buat editing from chapter 1 sampailah chapter yang terakhir nnt...tetiba berpinar mata saya :P
Enjoy your reading & maaf kalau ada kekurangan entry kali ni :)
Thanks & hugs,
~ Nina Harith ~
#People will continue to judge you but theres no need to worry when you know in your heart that Allah knows your intentions.
_ I need Allah in every single moment of my life. Thank you, Allah :)
BAB 31 : TERIMA AKU SEADANYA
“ASSALAMUALAIKUM.”
Ghaz Khuzairi
yang melangkah ke
ruang rehat bersama
dengan Irfan Arief
yang memimpin Rania
Arissa, memberi salam pada
mereka yang berada
di ruang tersebut.
Datuk Iskandar, Iqram Arief, Sarah
Yasmin dan Qaleef yang
leka berbual-bual santai
sambil menonton berita di televisyen
ketika itu, serentak menjawab
salam lalu menoleh
pada suara yang
memberi salam.
“Sihat, uncle? Maaflah, kalau saya
buat semua tertunggu-tunggu. Jalan jammed nak
ke sini tadi.”
Ghaz Khuzairi
menghulurkan tangan untuk
bersalam pada Datuk Iskandar sudah
berdiri lalu
dibalas lelaki tua
itu sambil tangan
kiri lelaki itu menepuk bahunya.
“Tak apa
lambat sikit jer
tu, kami boleh tunggu. Ghaz
datang ni pun
dah elok sangat dah. Lagipun
yang kat dapur
tu masih prepare apa
yang patut.”
“Thanks,
uncle.”
Datuk Iskandar
mengangguk membalas ucapan
Ghaz Khuzairi sambil
menguntum senyum di
bibir tuanya itu. Dan
ketika Ghaz Khuzairi
menoleh dan ingin
menghulurkan salam pada
lelaki kacak yang
berdiri tidak jauh
dari Datuk Iskandar,
tergamam dia seketika
bila melihat si
kacak yang sedari
tadi turut terkejut
melihat Ghaz Khuzairi
ketika bersalaman dengan
Datuk Iskandar.
Kedua-dua lelaki
itu kaget. Tangan yang
ingin bersalaman sudah
terkaku.
Kebetulan apakah
ini?
Yang pasti
ini bukanlah mimpi!
Datuk Iskandar, Iqram Arief, Irfan
Arief dan Sarah
Yasmin hairan bila melihat
situasi kedua-dua jejaka
kacak yang bagaikan
patung cendana saat itu bila
mata kedua-dua lelaki
itu bertautan.
Dah kenapa pulak
dengan Ghaz Khuzairi
dan Qaleef tu?
Semua yang
berada di situ
senyap tanpa sebarang
kata.
Ghaz Khuzairi
dan Qaleef masing-masing masih terkaku.
“Hmm,
Ghaz... Uncle nak
kenalkan, ni Qaleef. Tunang Izzara. Bakal
menantu uncle.”
Ghaz Khuzairi
dan Qaleef serentak
tersedar dari terkaku membisu
seketika tadi bila
mendengar Datuk Iskandar
bersuara. Dan serentak itu
mereka sama-sama menghulurkan
tangan dan terus
tangan itu bertaut
erat bersalaman seraya
terbit senyuman nipis
di bibir masing-masing.
Namun dada
masing-masing masih berdegup
bagaikan dipalu kencang
hinggakan kedua-dua jejaka
itu seolah-olah terkelu
lidah untuk bersuara.
“Kacak orangnya. Memang sepadan
dengan Izzara. Bagaikan cincin
dengan permata!”
Hati si
abang pilot sempat berbisik
bila matanya bertaut
dengan si abang engineer.
“Betul ke
apa yang aku
hadapi saat ini?
Pilot kacak ini
rupanya daddy Rania Arissa. Kecilnya dunia!”
Bisik si
abang engineer pula, terkejut bagaikan
nak gugur jantungnya
bila menatap wajah
si lelaki yang
berkarisma itu.
“Eh, korang berdua ni
dah kenapa macam
terkejut jer bila
nampak muka masing-masing? Kau kenal
Qaleef ke before ni, Ghaz?”
Ghaz Khuzairi
menarik tangannya bila
Irfan Arief bersuara. Entah tersampuk
apa sampaikan si
kacak berdua tu
boleh mengelamun pulak. Mujur
Irfan Arief bertanya, kalau tidak
sampai ke sudah
tangan mereka bertaut
erat!
Ghaz Khuzairi
berdehem sambil menguak
rambutnya ke belakang. Cuba menutup
rasa malunya bila
adegan terkaku bagaikan
patung cendana siap
mengelamun bagai menjadi
tontonan mereka yang
berada di situ. Begitu
juga dengan Qaleef, menggaru perlahan-lahan kepalanya. Juga menutup
malunya.
“Hmm,
sebenarnya aku dah
Qaleef ni pernah
jumpa sekali before ni. Itu
pun atas sebab
urusan kerja. Kami ni
satu tempat kerja, Arief.”
“La, macam manalah
kami tak terfikir
yang kamu berdua
ni sebenarnya kerja
di bawah satu company
yang sama. Bila kamu
berdua bertemu dan bersemuka macam
ni, barulah nak teringat
pasal tu. Eloklah, kalau dah
kenal.”
Lega hati
Datuk Iskandar bila
dapat tahu yang
Ghaz Khuzairi dan
Qaleef tu pernah
jumpa dan kenal
satu sama lain
sebelum ni. Kaget jugak
hatinya bila melihat
reaksi kedua-dua anak
muda itu tadi. Kut ada sejarah 'hitam' ke sebelum ni, sampaikan si kacak berdua tu terkejut bila menatap wajah masing-masing
“Tu yang
saya terkejut sangat
tadi, uncle. Tak sangka
kita berjodoh berjumpa sekali lagi
ye, Ghaz?”
Sampuk Qaleef
pula sambil menepuk-nepuk
mesra bahu Ghaz
Khuzairi. Rupanya ini lelaki
yang mulia hatinya
yang teringin sangat
dia nak kenal
sebelum ni. Namun jauh
di sudut hatinya, terbit juga
rasa bimbangnya tentang
hubungannya dengan Izzara
bila saat itu
dia sudah melihat
sendiri siapa Ghaz
Khuzairi yang dimaksudkan
oleh tunangnya dulu. Bimbang
jika ‘hadirnya’ Ghaz
Khuzairi boleh menganggu-gugat ikatan
yang tercipta antara
dia dengan si
jelita itu.
Chillex, Qaleef. Jangan main terjah jer. Belum kenal lagi, jangan main taram jer nak menilai orang!
Chillex, Qaleef. Jangan main terjah jer. Belum kenal lagi, jangan main taram jer nak menilai orang!
Qaleef cuba
tenangkan hati dan cuba berfikir sepositif
mungkin. Cuba mengusir anggapan yang bukan-bukan tentang Ghaz Khuzairi. Lagi
pun dia yakin, cinta
dan kasihnya Izzara hanya pada dirinya. Cuma dia kurang percaya pada lelaki yang mendekati tunangannya itu yang bisa menjadi idaman mana-mana lelaki bila mengenali si jelita itu.
“Itulah, saya pun
macam tak sangka
boleh jumpa awak
kat sini, Qaleef. Tu yang
terkejut sangat tadi
tu.”
Masing-masing tergelak
bila mendengar kata-kata
Ghaz Khuzairi. Geli hati
agaknya bila terkenangkan situasi sebentar tadi. Gamat
seketika suasana ketika
itu.
“Kenapa semua
orang ketawa, auntie?”
Rania Arissa yang sedari tadi
yang diam hanya
menjadi pemerhati, bertanya pada
Sarah Yasmin yang
duduk sebelahnya. Hairan pulak si
manja, tadi bukan main serius jer diaorang tu, lepas
tu boleh pulak
gelak-gelak.
“Sebab daddy Rania
dan uncle Qaleef buat
kelakarlah. Sebab tu orang ketawa.”
Namun si
manja mempamerkan reaksi
tak puas hatinya
dengan jawapan Sarah
Yasmin. Berkerut dahinya,
mungkin cuba mencerna
maksud kata-kata auntie
Yasminnya.
“Mana ada
kelakar, auntie. Rania tak
gelak pun!”
Balas si
manja bersahaja, tak puas hati dengan jawapan Sarah
Yasmin. Kerek semacam jer
gayanya!
Lalu suasana
gamat kembali dengan
gelak tawa mereka
yang berada di
situ bila mendengar butir bicara dari mulut
mungil si petah
itu.
“Jom sayang, ikut auntie ke
dapur. Kita tengok nenek
dan mommy siapkan dinner ye.”
Cadang Sarah
Yasmin lalu menarik
perlahan Rania Arissa
yang terkebil-kebil matanya
melihat situasi yang
si manja sendiri
tidak faham hujung
pangkalnya. Lalu si manja
yang patuh itu
menyusun langkah bersama
auntie Yasminnya menuju ke dapur.
RUANG MAKAN yang luas dan tampak mewah dengan dekorasi dan perabot yang diinspirasikan dari gaya Inggeris, sekali lagi
meriah dengan jamuan
makan malam keluarga
bahagia tersebut dengan
beberapa tetamu istimewa
yang diundang sama.
Seperti biasa, hidangan untuk
makan malam itu
sudah semestinya dimasak sendiri oleh
Datin Aziah yang
tidak kurang hebatnya
dalam bab masakan. Hasil ‘air
tangan’ Datin Aziah
yang hampir memenuhi
ruang meja makan yang boleh memuatkan
20 orang itu, sungguh menggoda selera
siapa sahaja yang
berada di situ.
Masing-masing sudah
‘berkayuh’ menikmati makanan
yang lazat pastinya
sambil mereka berbual-bual
santai. Pembantu rumah, Kak Salmah
turut menikmati makan
malam bersama di
ruang tersebut. Datuk Iskandar
dan Datin Aziah
serta anak-anaknya tidak
pernah memandang rendah
pada pembantu rumah
mereka. Malah, sikap
hormatkan pembantu rumah
memang sebati di
jiwa keluarga yang
tinggi budi pekertinya. Pembantu rumah
dilayan bagaikan keluarga
sendiri.
“Sham, malam ni
tidur sini sajalah. Kamu
tu tak pernah
sekali pun tidur
kat sini. Lagi pun auntie
risau kamu tidur sorang
kat rumah sewa
tu.”
Pelawa Datin
Aziah pada Shamzlin
yang tengah menikmati
nasi beriyani dengan
kari daging itu. Walaupun
dia sedia maklum
yang Shamzlin memang
‘berat’ bab yang
itu, tapi dia ingin mencuba nasib
kut si jelita
yang sudah dianggap
bagaikan anak sendiri
itu bersetuju dengan
ajakannya.
“Ermm,
Sham mintak maaflah,
auntie. Sham kena balik
ke Sunway jugak
malam ni. Lagi pun
Sham dah biasa sensorang kat
rumah tu. Auntie jangan risau ye.”
Sopan Shamzlin
menolak pelawaan bakal
mak mertuanya. Uikks, dah berbakal
mak mertua bagailah
pulak! Harap berjodohlah si
minah engineer ni dengan
Irfan Arief tu ye!
Walaupun papa
dan mama Izzara
sudah menganggapnya seperti
anak mereka sendiri, tapi
bukan bermaksud dia
suka-suka hati bangun
tidur di rumah orang yang
pada hakikatnya tiada
hubungan darah dengannya. Dia ada
prinsipnya sendiri, bukan bermaksud
dia berjauhan dengan
orang tuanya, dia boleh
melakukan apa sahaja.
Selagi dia boleh
menggelak dan ada
pilihan lain, dia takkan
mengambil kesempatan di
atas kepercayaan dan
peluang yang diberi
oleh kedua orang
tuanya . Walaupun dia
tidaklah sebaik mana, tetapi
dia berusaha untuk
menjadi gadis yang
pandai menjaga batas-batas
agama dan berusaha
memperbaiki akhlak yang
lebih baik.
“Handsome is
the brother who
lowers his gaze.
Beautiful is the sister who keeps her modesty.”
( Anonymous )
Beautiful is the sister who keeps her modesty.”
( Anonymous )
“So, nanti balik macamana?”
Irfan Arief
pula menyampuk bertanya. Setahunya, Shamzlin datang
petang tadi sekali
dengan adiknya. Maksudnya si
gadis datang bukan
dengan memandu kereta Toyota Viosnya. Dan Ghaz Khuzairi tiba-tiba tersengih
bila mendengar si
sahabat yang prihatin
pada wanita pujaannya. Dan-dan pulak nak
bertanya!
“Nanti Zara
yang akan hantar
Sham balik.”
Balas si
gadis pujaan.
“Zara yang
hantar?”
Soal Irfan
Arief lagi, siap berkerut
dahinya. Dalam reaksinya yang
seakan tertanya-tanya itu
sempat pulak dia
menyuapkan Suplee Rice Ball
ke mulutnya. Tampak sedap
dia menikmati bebola
nasi yang dicampur
dengan keju mozzarella
dilapisi
serbuk roti dan
digoreng. Antara makanan favourite si
kacak, siap request kat mamanya
untuk memasak hidangan
tersebut.
“Eh, abang Irfan ni
dah kenapa pulak? Memang Zaralah yang
hantar Sham nanti.”
Pelik pulak
Izzara dengan pertanyaan
si abangnya yang
siap berkerut dahi
bagai.
Bila mendengar
kata-kata Izzara, Irfan Arief
memandang ke wajah
Shamzlin di hadapannya. Terpancar riak
yang seperti tidak
setuju di wajah
kacak itu.
“La, kenapa Izzara
pulak yang hantar? Abang
Irfan kurang setujulah. Lagipun tak
elok Zara drive malam-malam. Nak patah
balik lagi. Biar abang
Irfan jer yang
hantar Shamzlin balik. Okey, tak?”
Senyuman tersungging
di bibir mungil
Izzara. Hatinya terasa bagaikan
digaru-garu bila mendengar
butir bicara abangnya. Kurang setuju
konon! Cakaplah jelah memang
dia tu nak
ambik peluang hantar
Shamzlin tu balik. Propa
jer lebih abangnya
tu!
“Hmm,
Zara okey jer. Tapi
kena tanya pada
yang empunya badanlah. Setuju ke
tidak kalau abang
Irfan yang hantar
dia.”
Balas Izzara
sambil mengerling pada
Shamzlin yang sopan
tingkahnya menyuap makanan
ke mulutnya. Bertuah papa
dan mamanya kalau
dapat bakal menantu
yang persis perempuan
terakhir jer tingkahnya. Dia pun
tumpang bertuah sekaki
dua dapat bakal
kakak ipar yang
sopan dan ayu
itu. Tapi itu kalau
minah tu tak
tunjuk perangai kuat
menyakat dan kelam
kabutnyalah! Bisik Izzara dalam
hati, sempat pula mengutuk
Shamzlin yang tengah
berdebar hatinya saat
itu.
“Nanti saya
hantarkan Shamzlin balik
ye?”
Ujar Irfan
Arief dengan sopan
pada gadis idamannya
yang sudah tidak
senang duduk itu. Semua
yang di situ
memandang ke arahnya, seolah-olah tak
sabar menunggu jawapan
dari mulut si
jelita.
“Erm, kalau macam
tu tak apalah. Saya
tak kisah.”
Sopan si
jelita itu membalas
lalu memandang pada
Irfan Arief yang
sedari tadi redup
mata lelaki itu
menatap wajahnya. Darah panas
menyerbu tiba-tiba ke
wajahnya yang putih
bersih itu. Aduhai, dia serasa
mahu menyorok bawah
meja saja!
“Okay
,then.”
Balas Irfan
Arief ringkas dengan
senyuman manisnya yang
masih memandang ke
wajah si jelita
yang sudah kemerahan
itu. Memang selamba badak
jer mamat ni
tenung anak dara
orang tanpa menghiraukan
yang lain memerhati
tingkahnya itu.
“Ehem, elok-elok hantar
anak dara orang
tu balik, Irfan. Jangan melencong
ke tempat lain
pulak.”
Datuk Iskandar
berdehem seraya bersuara
mengingatkan anak bujangnya
yang semacam orang
angau jer ketika
itu. Tak senonoh betul, siap
main tenung-tenung anak
dara orang pulak!
“Betul tu, Irfan. Nanti hantar
Shamzlin tu terus
ke rumah. Satu lagi, jangan
nak tenung-tenung Shamzlin
macam tu. Kesian dia, dah
merah mukanya sebab
perangai tak sopan
kamu tu dok
menenung dia jer
dari tadi. Kalau dah
berkenan tu, boleh bincang
dengan mama dan
papa. Tahulah mama dan
papa nak uruskannya
nanti.”
Datin Aziah
pula bersuara mengingatkan
anak bujangnya yang
dia sendiri perasan,
si anaknya itu
sedari tadi asik
merenung ke wajah
si jelita yang
menahan rasa malunya
ketika itu. Anak bujangnya
itu dah berkenankan
si Shamzlin tu ke?
Kemaruk semacam jer
gayanya. Kalau betul pada
firasatnya, lega benar hatinya. Dia
memang berkenankan sahabat
baik anak daranya
itu. Mudah kerja mama, Irfan!
Irfan Arief
seolah-olah tersedar dari
khayalannya. Entah apa dia
berangankan bila merenung
wajah si gadis
yang kemerahan itu. Terus
dia tersengih pada
papa dan mamanya
sambil menggaru-garu kepalanya
yang tak gatal
itu. Yang lain tergelak
kecil bila mendengar
kata-kata Datuk Iskandar
dan Datin Aziah yang berbaur menyakat
anak bujangnya itu.
“Mommy,
Rania nak ikut uncle Arief
dan auntie Sham, boleh tak mommy?
Rania Arissa
yang duduk di
antara Izzara dan
Shamzlin, bersuara tiba-tiba sambil
memaut lembut lengan
Izzara dan mendongak
seraya matanya yang
membulat memandang ke
wajah ‘mommynya’. Harap mommy bagi
ikut!
“Hmm,
sayang cuba tanya daddy. Boleh tak
ikut uncle Arief hantar
auntie Sham.
Mommy bagi kalau daddy
benarkan sayang ikut
diaorang.”
Cadang Izzara
sambil tersenyum manis
di bibirnya. Tangannya membelai
lembut pipi gebu
si manja. Mendengar kata-kata
mommnya, si manja
berpaling pada si daddy
yang duduk bersebelahan
Irfan Arief.
“Rania boleh
ikut uncle
Arief dan auntie Sham
tak, daddy? Mommy
cakap, Rania boleh ikut
kalau daddy
bagi.”
Polos si
manja bertanya pada
Ghaz Khuzairi yang
sudah tersenyum mendengar
permintaan anaknya itu. Siap
nama mommy ‘naik’ sama
bila si manja
minta kebenaran pada daddynya. Pandai dia
ye meraih peratus
persetujuan dari daddy!
“Okey, sayang boleh
ikut kalau uncle Arief
bagi. So, sayang kena
tanya uncle Arief
dululah.”
Balas Ghaz
Khuzairi pada si
manja dengan lembut. Namun
belum sempat si
manja bertanya pada
Irfan Arief, lelaki itu
bersuara pula.
“Kalau daddy dan mommy
dah bagi kebenaran, so girlfriend uncle
yang comel ni
boleh ikut. Jadi bodyguard uncle
ye.”
“Yeay,
Rania boleh ikut. Thank you, mommy… daddy dan uncle Arief.”
Ucap Rania
Arissa manja dengan
senyuman yang sudah
melebar itu. Mereka yang
berada di meja
makan itu tersenyum
melihat tingkah si
manja yang ceria
itu.
Namun sebaliknya
pada diri Qaleef, hatinya bagai
dihiris bila mendengar
perbincangan ‘ 3 anak-beranak’
sebentar tadi. Sentap hatinya
bila mendengar Izzara
dan Ghaz Khuzairi
membahasakan diri dengan
mommy dan daddy
bagai. Walaupun gaya mereka
bersahaja berkata-kata dan
tidak semesra mana, tapi
hatinya seakan tidak
boleh menerimanya.
Qaleef cuba
sabarkan hati supaya jangan terikut rasa
sakit hatinya itu. Dia
tahu Izzara dan
Ghaz Khuzairi berbuat
begitu hanya sebab
Rania Arissa dan
tak salah kalau
dia cuba memahami
situasi Izzara dan
Ghaz Khuzairi tu.
“Qal, you
kan suka makan lamb. So, why not
you try this
Lamb Shank?
Izzara meletakkan
beberapa potong daging
biri-biri tersebut ke
pinggan tunangnya itu. Dia
perasan yang Qaleef
tidak ‘berkenan’ dengan
sketsa antara dia
dan Ghaz Khuzairi
serta si manja
tadi. Dia faham tu, sikit-sikit pastilah
ada rasa cemburu. Kalau dia
di tempat Qaleef
pun, mesti dia punya rasa
yang sama.
“Thanks, Zara. Did you cook
this Lamb Shank?”
Izzara tidak
menjawab sebaliknya dia memerhati si
tunang merasa daging
biri-biri tersebut. Menunggu komen
Qaleef tentang masakan itu.
“Hmm... superb! Sangat sedap dan I
sangat sukakannya! You
masakkan ke, Zara?”
Izzara tersengih
bila Qaleef bersungguh-sungguh memuji
betapa sedapnya Lamb Shank
iaitu betis biri-biri
yang direbus selama
3 jam sehingga
lembut dan dimasak
dengan herba Itali. Dia
sendiri sukakan Lamb Shank tersebut kerana
isinya lembut dan
sedap hasil perapan
herba Itali menjadikan
hidangan tersebut menjadi
kegemaran mereka sekeluarga.
“ So, kalau you sukakannya, kenalah I belajar
dari mama lepas
ni sebab tu secret
recipe mama tau! Next time, kalau you nak
makan Lamb Shank ni, boleh I
masakkan untuk you.”
Qaleef tersenyum
lebar bila mendengar
kata-kata Izzara itu. Kembang
setaman hatinya bila
si tunang sanggup
untuk belajar memasak
hidangan yang sudah
menjadi kesukaannya itu. Ini
bermakna Izzara memang
sayangkannya dan mengambil
berat akan dirinya! Perasaan sentapnya dengan sketsa '3 beranak' sebentar tadi terbang entah ke mana!
“Thanks, sayang.”
Ucap Qaleef
lembut sambil menatap
wajah jelita yang tersenyum sama padanya.
“Mommy, nak lagi!” Rania Arissa tiba-tiba bersuara.
Izzara menghala
pada pinggan si
manja. Oh, patutlah si manja
tu mintak tambah
lagi, rupanya pasta yang tersebut hampir
licin di pinggannya. Berseleranya Rania
Arissa makan ‘air
tangan’ mommynya, siap mintak tambah
lagi tu!
“Sayang mommy ni
lapar ye?”
“Yummy, mommy!”
Si manja mengangguk sambil tersengih manja, sempat lagi bersuara memuji masakan mommy dia.
Bila pinggannya
itu sudah ditambah
pasta yang dimintanya, terus dia
menyambung makannya
Fetuccini
Carbonara iaitu pasta
yang dimasak
dengan cendawan, isi ayam panggang dan keju parmagano
adalah hidangan yang
dimasak sendiri oleh
Izzara untuk si
manja. Itulah hidangan yang
ingin Rania Arissa
makan bila ditanya
oleh Izzara siang
tadi yang si
manja teringin nak
makan apa yang
dimasak oleh mommynya.
Rania Arissa nak
pasta, jadi Izzara memutuskan
untuk memasak Fetuccini Carbonara
untuk ‘anaknya’ itu. Mentang-mentang ada
darah omputih, terus pasta
menjadi pilihan si
mata hazel
tu ye!
“Say
thank you to
mommy, sayang.”
“Thank
you, mommy!”
Ucap si
manja dengan mulutnya
yang penuh dengan
pasta itu bila
diminta oleh daddynya untuk
berterima kasih pada mommynya
kerana memasakkan pasta
yang menyelerakan si
manja menikmatinya!
Mereka yang
berada di situ
hanya menguntum senyum
masing-masing dengan keletah
Rania Arissa yang
berselera dengan pasta
yang di masak
oleh Izzara untuknya. Dua
hari bersama dengan Izzara menjadikan peluang untuk si manja merasa ‘air
tangan’ mommy dialah! Esok-esok kat
tadika boleh kongsi
dengan kawan-kawan pasal
masakan mama masing-masing, dia pun
takdalah nak sentap
bagai bila orang
bercerita pasal masakan
mama diaorang lepas
ni!
USAI
menjamu selera tadi, Irfan
Arief mengajak Ghaz
Khuzairi dan Qaleef
duduk di gazebo
yang terletak di
tepi kolam renang
banglo itu. Irfan Arief
siap membawa gitarnya
bersama untuk duduk
bersantai dan berbual-bual
dengan dua jejaka
kacak tersebut.
“Hmm, kejap ya. Aku
masuk dalam kejap, lupa
nak ambik something.”
“La,
kau nak
ambik apa pulak? Entah-entah kau
nak pergi ngorat Shamzlin
yang tengah sibuk
kat dapur tu.”
Ghaz
Khuzairi bernada menggiat
si sahabatnya. Pelik pulak
mamat tu, tak sampai
10 minit duduk, dan-dan pulak ada benda nak
diambik segala.
“Hesy, kau ni
Ghaz! Tak baik tau
tuduh-tuduh macam tu. Berdosa
tahu! Aku nak pergi
ambik air kat
dapur tu, takkan korang taknak
minum pulak! Kering tekak
tu nanti!”
Sentap pulak
Irfan Arief bila
Ghaz Khuzairi mengusiknya
begitu. Macam tau-tau jer
niatnya nak ke
dapur mengambil
air minuman untuk ‘menjenguk’ si jelita
idaman hati yang
sibuk membantu berkemas
di dapur.
“Eleh,
nak ambik air
konon! Pigilah kau!
“Eh,
kau tak
suruh pun memang aku
nak pegi sanalah ni!”
Irfan Arief
sudah tersengih lebar,
siap loyar buruk pulak
membalas kata-kata sahabatnya
lalu dia mengatur
langkah untuk ke dapur.
Ghaz Khuzairi
hanya mampu menggelengkan
kepalanya. Haih, payah kalau orang
dah kemaruk semacam
macam tu!
“Betul kata
Zara yang abang
Irfan tu nakal
dan kuat menyakat
orangnya. Selamba pun ye
jugak!”
Qaleef mula
bersuara pada Ghaz
Khuzairi yang sedang
memetik string gitar dengan
memainkan instrumental lagu Di Penjara Janji nyanyian Awie. Oh, reti main
gitar rupanya abang pilot
ni!
“Huh, dia
memang macam tu. Since saya
kenal dia masa
sama study kat
US dulu sampailah
sekarang, macam tulah perangainya. Memang tak
berubah. Tapi nak dapatkan
sahabat macam dia tu memang
susahlah, dan saya bertuah
dapat bersahabat dengan
Arief tu.”
Ujar Ghaz
Khuzairi dengan senyuman
kecil bila mengingat
perangai kuat menyakat
dan nakal si
sahabatnya itu.
“Hari ni first
time saya jumpa
dia. Before ni
Zara just bercerita dan
tunjuk gambar jer. Maklumlah dia
menetap lama kat
US before ni. Hmm…
Ghaz, awak macam expert
jer ‘layan’ gitar
tu. Sure selalu
jamming and
ada band
sendiri ni.”
“Hesy, saya ni
takdalah expert
mana layan gitar
ni, Qaleef. Masa study
dululah rajin layan
dengan Arief tu
sekali. Masa tu kitaorang
memang ada band sendiri. Tapi
bila dah masing-masing
berkerja ni, terus sampai
ke sudah tak jamming
bersama. So, Qaleef pun
layan gitar jugak
ke?”
Lembut Ghaz
Khuzairi bertanya pada
Qaleef yang dia
sendiri sudah selesa
berbual dengan tunangan
wanita yang telah
mengusik hatinya itu. Malah
penerimaan yang positif
diri Qaleef padanya
dan Rania Arissa
melegakan hatinya.
“Saya memang
minat layan gitar
ni. Dan sebab gitarlah
saya dan Izzara
kenal kerana dia
memang minat lelaki
yang pandai bermain
gitar. Dah jodoh yang Allah aturkan
untuk kamilah tu. Gitar
tu cuma penyebab jer kami boleh berkenalan
sampailah mengikat tali
pertunangan ni.”
Terang Qaleef
lalu menguntum senyum
bila mengenangkan memori
perkenalannya dengan si
jelita yang sanggup
mencuri-curi menangkap gambarnya
ketika memetik gitar. Namun
hati Ghaz Khuzairi
agak tersentak bila
mendengar bicara yang berbaur bahagia dari lelaki
kacak itu.
“Ya
Allah, kau redhakan hatiku, moga
aku boleh menerima
hakikat yang dia
bukan tercipta untukku. Janganlah perasaan
kecewa ini menjadikan
aku seorang yang
lemah.”
Doa Ghaz
Khuzairi dalam hati
cuba memujuk hatinya.
“Hmm,
saya tak
tahu pulak yang
Zara tu minat
pada gitar segala. Dia dengan
Rania macam ada chemistry
pulak. Kalau awak nak
tahu Qaleef, Rania tu
pun minat gitar. Sayalah jadi ‘mangsa’
mainkan gitar untuk
dia. Kalau Arief tahu
saya petik gitar
mainkan lagu Twinkle-Twinkle Little
Star dan lagu ABC
untuk si manja
tu, sure dia
gelakkan saya setahun!”
Serentak itu
Qaleef ketawa kecil
bila mendengar kata-kata
si abang pilot itu. Ghaz
Khuzairi hanya menguntum
senyum bila mendengar
Qaleef ketawa. Kalau dikenangkan
balik dia sendiri
pun geli hati, mainkan
lagu Twinkle-twinkle Little Star bagai untuk anaknya yang
teruja menyanyikan lagu
tersebut. Beria-ia si manja
menyanyi, siap
termuncung-muncung mulut comelnya
itu. Sekarang dah reti
demand dah budak
kecik tu, siap suruh
daddy mainkan lagu Thank
You Allah dengan
gitar tersebut. Lagu favourite si
manja.
“Kelakar pulak
saya mendengarnya, Ghaz.
Tapi okeylah, at least ada
Rania yang layan
minat awak pada
gitar.”
Ujar si
kacak sambil memandang
wajah Ghaz Khuzairi
yang tersengih itu.
“Hmm, Qaleef. Saya
berterima kasih pada
awak sebab memahami
diri Izzara. Maksud saya, awak
tak menghalang Izzara
untuk ‘berhubung’ dengan
Rania Arissa. Pasal
saya dan Izzara, awak
jangan risau, Qaleef… saya takkan
ambil kesempatan di
atas kebaikan Izzara
pada kami anak-beranak. Yang menumpang
kasih Izzara adalah
Rania Arissa, bukannya saya.”
Ghaz Khuzairi
memulakan mukadimahnya untuk
berbicara hati ke
hati pada si
kacak itu. Elok baginya
dia menerangkan pada
Qaleef supaya lelaki
itu tidak berprasangka
yang bukan-bukan yang
boleh menjejaskan hubungan mereka.
Dan dia
sendiri telah berusaha
untuk melupakan perasaannya
dan tidak menaruh harapan
pada Izzara. Dia menganggap
perasaan yang ‘hadir’
itu adalah sekadar
untuk menguji hatinya. Dan
cuba positifkan hatinya
kerana hati adalah
punca segala tindak-tanduk
seseorang. Kalau dia berjaya
mengawal hatinya dari
berbuat sesuatu yang
tidak baik, maka dia
berjaya mengekalkan sifat
positif hatinya. Hatilah yang
melambangkan peribadi seseorang
itu
“Ketahuilah bahawa
di dalam tubuh
ada seketul daging. Apabila daging
itu baik, maka seluruh
tubuh itu baik, dan apabila
seketul daging itu
rosak, maka seluruh tubuh
itu pun rosak. Ketahuilah,
dia itu
adalah HATI.”
(
Riwayat al-Bukhari dan
Muslim )
“Hmm, Ghaz. Sejujurnya bila
saya Izzara bercerita
tentang diri awak
dan Rania Arissa, hati
saya sedikit bimbang
jika hubungan kami
terjejas. Yelah, kalau Zara yang
tak berubah hati, mungkin
awak yang cuba
mengubah hati dia
pada saya. Tapi setelah
saya berjumpa dengan
awak dan dah kenal
diri awak tika
ini, saya pasti awak
seorang yang baik
dan tidak berniat serong pada Zara. Maafkan
saya sebab fikir
yang bukan-bukan pasal
awak sebelum ni.”
“Awak tak
perlu minta maaf, Qaleef. Kalau saya
ditempat awak, pasti saya
juga fikir macam
tu. Zara tu perempuan yang baik, yang pandai
bawa diri. Awak jangan
risau, saya yakin dia cuma
ada
awak di hatinya. Dan
kalau Allah dah
tentukan memang jodoh
awak dan dia, Qaleef…diduga
macam mana sekalipun, Insha Allah
pasti kekal jodoh
tu sampai keakhir
hayat awak dan Zara. Allah has already written
the names of
your spouse for
you, dan pastilah Zara
adalah pasangan yang
tertulis untuk
awak, Qaleef. Yang penting, awak
selalu berdoa moga
Allah pelihara hubungan
awak dan Zara. Saya
juga sentiasa mendoakan
yang terbaik untuk
awak dan Zara.”
Ikhlas Ghaz
Khuzairi mendoakan kebaikan
untuk pasangan yang
memang sepadan baginya. Sebagaiman bertuahnya
Qaleef memiliki wanita
yang sebaik Izzara, begitu juga
dengan Izzara bertuah
memiliki diri Qaleef
kerana baginya Qaleef
juga lelaki yang
baik-baik dan tampak
sifat memahami pada
diri si kacak
itu.
Dan dia akui yang
hatinya sedikit kecewa
tetapi dia percaya
Allah telah mengatur
sesuatu yang terbaik
untuknya nanti. Pasti Allah
akan mengurniakannya jodoh
yang baik, sebaik Izzara atau yang lagi baik, jika dia terus
yakin dengan apa
yang telah Allah
tentukan untuknya walaupun
ianya amat pahit
dan pedih untuk
dia menerimanya.
“Life
has knocked me down
a few times,
it showed me
things I never
wanted to see. I
experienced sadness and
failure. But one thing
for sure, I always
get up. Not everything
needs to happen
the way I
want it to
happen. Allah plan is
the best plan. Only
He knows best.”
Bisik hatinya,
cuba menenangkan perasaan kecewanya. Dia
percaya setiap kejadian
atau perkara itu
pasti ada sebab
dan hikmahnya.
Qaleef memandang
ke wajah Ghaz
Khuzairi, kagum dengan diri
lelaki itu yang mulia hatinya. Dia tersenyum seraya
membalas senyuman lelaki
yang berkarisma itu
yang turut memandangnya.
“Ghaz,
terima kasih kerana
mendoakan yang baik-baik
buat saya dan
Izzara. Saya juga mendoakan
yang terbaik buat
awak. Saya percaya, suatu hari
nanti awak akan
dikurniakan jodoh yang
baik-baik. Insha Allah.”
Ghaz Khuzairi
mengangguk bila mendengar
butir bicara Qaleef
lalu menepuk-menepuk bahu
lelaki yang sangat
bertuah itu. Bertuah kerana
bakal memiliki Izzara. Moga
jodoh Qaleef dan
Izzara kekal selamanya. Doa Ghaz
Khuzairi ikhlas!
KAKINYA
mengatur langkah yang
pantas. Hatinya sudah tidak
sabar untuk pulang
menemui buah hatinya
yang sudah 4 hari ditinggalkannya. Rindu dengan pelukkan
anaknya. Rindu pada cerita
si manja dan
dia rindu dengan
bau si mata
hazel itu. Tak sabar
dia menggomol pipi
gebu anaknya. Rindunya daddy
pada Rania!
Dia mencapai
iPhone 5
miliknya untuk membuat
panggilan ke nombor
mamanya, Datin Irmanina untuk
memaklumkan ketibaannya itu. Entah
di mana silapnya, dia
yang laju mengatur
langkah itu terlanggar
seorang wanita yang
baru keluar dari
sebuah kedai yang
terdapat di tingkat
3 bangunan KLIA
itu.
“Ouchhh!”
Jeritan kecil
dari mulut wanita
itu menyentakkan Ghaz
Khuzairi lalu matanya
terarah pada wanita
yang dilanggarnya itu sudah
terjelepok jatuh.
“Maafkan saya, cik. Saya tak
perasan yang cik keluar
dari kedai tu
tadi.”
Ghaz Khuzairi
membantu wanita yang
ayu penampilannya itu
yang tertunduk mengutip
handbag dan
coklat yang bertaburan
di lantai. Sebelah tangannya memegang
bahunya yang mungkin sakit
akibat dilanggar oleh
si badan sasa
itu tadi.
“Uikss, ni geng
Rania ni… suka makan
coklat!”
Sempat lagi
hati lelaki itu
berbisik bila mengutip
setiap bungkusan coklat yang bertaburan.
“Takpa,
awak tak
sengaja.”
Balas wanita
itu dengan sopan
lalu mengangkat wajahnya
memandang ke arah
Ghaz Khuzairi.
Dan mata
masing-masing bertautan. Lama.
Ghaz Khuzairi
bagaikan hilang kata
bila pandangannya sudah
menjalar ke wajah
ayu yang kemas
lilitan shawl yang dipakainya.
Wanita yang
sopan penampilannya itu
turut tergamam di
situ bila melihat
wajah kacak si pilot
yang melanggarnya.
“Anita.”
Perlahan Ghaz
Khuzairi bersuara tetapi
matanya masih meneroka ke wajah wanita
yang sudah jauh
berbeza penampilannya.
>>>> bersambung
ke versi cetak... Insha Allah J
p/s: Sebagai
hamba Allah, kita sememangnya tidak layak untuk
menilai atau menghukum
bila seseorang itu
pernah berbuat silap dan sedar di atas kesilapan dan
salahnya. Hanya Allah yang
layak berbuat demikian. So, tak salah kalau kita beri peluang pada yang pernah berbuat silap pada kita jika dia benar-benar insaf dengan khilafnya itu.
Ada readers yang nak Izzara dengan Ghaz Khuzairi & ada readers yang nak Izzara dengan Qaleef. Pendek kata, cik writer bakal 'mengecewakan' satu pihak itu nanti. Maafkan saya :)
So, nak tahu kesudahan Izzara dengan siapa?
Dan apa pulak kaitan Anita yang sudah berubah itu tiba-tiba muncul?
Rania Arissa pula bagaimana nasibnya? Still dengan Ghaz Khuzairi or Ryan Arshad pula akan muncul menuntut haknya itu?
Chillex...chillex...tunggu novelnya ya kalau nak tahu kesudahan :)
Ada readers yang nak Izzara dengan Ghaz Khuzairi & ada readers yang nak Izzara dengan Qaleef. Pendek kata, cik writer bakal 'mengecewakan' satu pihak itu nanti. Maafkan saya :)
So, nak tahu kesudahan Izzara dengan siapa?
Dan apa pulak kaitan Anita yang sudah berubah itu tiba-tiba muncul?
Rania Arissa pula bagaimana nasibnya? Still dengan Ghaz Khuzairi or Ryan Arshad pula akan muncul menuntut haknya itu?
Chillex...chillex...tunggu novelnya ya kalau nak tahu kesudahan :)