Assalamualaikum &
Hi Love :)
BAB 27 : TERIMA AKU SEADANYA
GHAZ
KHUZAIRI keluar dari
bilik air dan
dia agak kaget bila
terpandang si manja
duduk di birai
katil dengan mengendong
teddy bear
bersamanya. Bila masa pulak
Rania Arissa masuk
ke biliknya ni?
“Eh,
bukankah dia ni
dah tidur tadi?”
Bisik hatinya hairan.
Kakinya melangkah
ke katilnya dan
duduk di sebelah
Rania Arissa yang
tersengih-sengih padanya. Hesy, makin pelik
pulak dengan reaksi
anaknya itu. Tiba-tiba masuk
ke biliknya siap
tersengih-sengih bagai. Entah-entah budak
ni mengigau tak?
“
Sayang, kenapa tiba-tiba masuk
bilik daddy ni? Bukankah tadi
Rania dah tidur?”
Rania Arissa
memandang ke wajah
Ghaz Khuzairi, masih tersengih. Lalu tangannya
memaut lengan sasa
lelaki yang penyayang
itu dan menyandarkan
kepalanya dengan manja.
“Rania ada
satu permintaan, daddy.”
Dia mendongak, bulat matanya
merenung ke wajah
Ghaz Khuzairi yang
masih tertanya-tanya dengan
tingkah Rania Arissa
yang menghairankannya itu. Air
muka lelaki di
sisinya itu sedikit
serius. Walaupun serius tetap
kacak wajah si daddy walaupun hanya
mengenakan T-shirt Gap berwarna
putih dan berkain
pelekat.
“Permintaan apa, sayang? Sayang daddy ni
tak mengigau kan?”
Soal Ghaz
Khuzairi lembut, inginkan kepastian. Tadi elok
jer anaknya tu
tidur di biliknya
sendiri. Dia yang menemankan
Rania Arissa sehingga
si manja itu
melelapkan matanya. Dah tu, boleh
pulak masuk ke
biliknya dengan tersengih-sengih siap
dengan permintaan bagai!
Janganlah pulak
dia buat permintaan
nak tidur dengan
mommynya. Lepas isyak
tadi, ketika dia mengemas
baju-baju Rania Arissa
untuk bermalam di
rumah Izzara, si manja
tak sudah-sudah menyatakan
keterujaannya untuk bermalam
di rumah mommynya malam
esok. Nampaknya daddy
dah ‘kalah’ dengan
mommy!
“Rania tak
mengigaulah. Daddy… Rania nak
tidur dengan daddy malam
ni, boleh tak daddy?
Manja si
anak bertanya dengan
tersengih-sengih menampakkan barisan
gigi susu yang
putih dan teratur
itu.
“Oh,
nak tidur dengan
daddy?Boleh, sayang.”
Balas Ghaz
Khuzairi sambil menyimpul
senyum. Lega pun ye
jugak. Ingatkan anaknya mintak
yang bukan-bukan jer
tadi. Seawal umur 3
tahun dia sudah
membiasakan Rania Arissa
tidur di biliknya
sendiri. Dan setiap malam dia
akan bangun untuk ke bilik
anaknya yang bertentangan
dengan biliknya, memastikan si
manja tidur dalam
keadaan selamat dan
selesa.
“Yeayy.. Thank you, daddy!”
Sempat lagi
si manja bertepuk
tangan. Suka bila permintaan
itu ditunaikan. Lantas dia
berganjak ke tengah
katil dan mengambil
ruang sebelah kanan
untuk merebahkan badannya. Teddy bear
berwarna coklat pemberian
Izzara dipeluk erat. Yahoo!
Malam ni
Rania Arissa dan teddy
bear tidur sambil
peluk daddy!
Ghaz Khuzairi
tergelak kecil sambil
menganggukan kepalanya, membalas ucapan
terima kasih si
manja. Geli hati melihat
keletah anaknya itu.
“Daddy…”
Manja Rania
Arissa bersuara.
“Hmm… apa
dia, Rania?”
Balas si daddy
lembut, cermin mata Tag Heuer
miliknya ditanggalkan lalu
diletak di meja tepi katil. Dan
dia merebahkan badan
sasanya di sisi
Rania Arissa, berkongsi bantal
yang sama. Matanya yang agak sepet
itu memandang ke wajah comel
Rania Arissa dengan
penuh kasih. Sempat lagi
dia mencium lembut
ke pipi gebu
si manja
.
.
“Tadikan,
daddy. Masa dekat
tadika, Amanda menangis sebab
Haziq tarik rambut
dia.”
Si comel
mula bercerita, mukadimah untuk ‘pillow
talk session’ mereka. Tersenyum Ghaz
Khuzairi mendengar kata-kata
anaknya yang berbaur
mengadu itu.
“Kenapa Haziq
tarik rambut Amanda? Amanda kacau
dia ke?”
Ghaz Khuzairi cuba
memberi respon pada
topik tersebut. Sudah menjadi
rutinnya sebelum tidur,
melayan Rania Arissa
bercerita, paling tak pun
dia yang akan
bercerita pada si
manja. Saat inilah dia
dapat meluangkan masa
yang berkualiti dengan
anaknya memandangkan dia
sering berjauhan dengan
buah hatinya itu. Baginya, masa yang
berkualiti bersama yang tersayang bukan
diukur pada kuantiti
masa tersebut tetapi
diukur pada cara dia memanfaatkannya dan menghargai ruang serta peluang yang ada.
“Amanda tak
kacau Haziq pun! Dia
yang kacau kitaorang
main kat buaian
masa rehat. Dia cakap
Amanda mulut becok. Lepas
tu dia tarik
rambut Amanda sebab Amanda marah
dia ganggu kitaorang
main. Kasihan Amanda, daddy.”
Ghaz Khuzairi
tersenyum lagi, geli hati
pun ada bila
melihat reaksi wajah
si petah itu
bercerita. Beria-ia jer lagaknya. Mahu tak si Rania
Arissa tu mengadu
kalau dah sahabat
baiknya itu kena
buli. Pastilah dia sentap
sama!
Anaknya sering
mengadu tentang kenakalan
budak lelaki bernama
Haziq yang berusia
5 tahun itu. Dia
sendiri pernah nampak
si Haziq bergaduh
berebut mainan dengan
rakannya ketika Ghaz
Khuzairi menjemput Rania
Arissa balik. Budak Haziq
itu pada amatannya
boleh tahan jugak
lasaknya. Alah, biasalah tu budak
lelaki! Sesekali pasti suka
mengusik perempuan. Dia sendiri
masa sekolah dulu
pun nakal jugak!
“Yelah, kasihan Amanda. Masa
tu, teacher nampak
tak Haziq tarik
rambut Amanda?”
Soal Ghaz Khuzairi lagi. Dia
baring mengiring mengadap
Rania Arissa sambil
tangannya mengusap lembut
rambut si manja. Dia berminat
untuk mendengar dan
memberi perhatian pada
cerita dari mulut
mungil si comel
itu. Sebagai bapa, dia
perlu menjadi pendengar
yang baik bila si anak bercerita
ataupun mengadu walaupun
kadang-kadang cerita tersebut
agak remeh temeh. Kalau
dia ingin anaknya
mendengar kata, maka dia perlu belajar
untuk menjadi pendengar
yang baik pada
cerita atau pandangan
daripada anaknya.
Setiap kelakuan
dan gerak-geri ibu
bapa akan menjadi
ikutan anak-anak. Lagilah anak
yang umurnya seperti
peringkat umur Rania
Arissa ni. Mudah percaya
dan mengikut apa
sahaja yang ‘diajar’
oleh ibu bapa
atau penjaganya.
“Teacher
tak nampak pun
masa Haziq tarik
rambut Amanda. Bila Amanda
menangis baru Teacher Nurul
datang tengok tapi
Haziq dah lari
masuk ke kelas dia.
Haziq tu
jahatlah, daddy. Rania rasa
nak cubit dia
jer!”
Rania Arissa
bingkas bangun dari
pembaringannya, duduk mengadap Ghaz
Khuzairi. Tampak marah Rania
Arissa bercerita, geram jer
nada suaranya. Kalaulah budak
Haziq ada ketika
itu, dah kena penangan
dari Rania Arissa
agaknya. Sayang betul
dia pada sahabat
baiknya, Amanda…sehinggakan dia sanggup
nak mencubit si
Haziq!
“Sayang,
tak baik
cakap kawan jahat. Haziq
tu bukan jahat
tapi dia nakal
jer. Dengar sini daddy nak
pesan, kita tak boleh
sakitkan orang lain
dengan lidah atau
tangan. Contohnya macam Rania
nak cubit Haziq. Tak
baik tu, sayang. Berdosa.
Allah tak suka
kita gaduh dan
pukul atau cubit
kawan. Kalau kita buat
baik dan sayang
kat kawan kita, Allah
pun akan sayang
kita. Raniakan anak yang
solehah. ”
Lembut Ghaz
Khuzairi menasihatkan buah hatinya yang
tengah marah ketika
itu. Hatinya agak risau
kalau Rania Arissa
betul-betul mahu mencubit
budak Haziq tu. Risau
kalau anaknya bergaduh
dan nanti jadi
terbiasa pulak bergaduh
dengan kawan-kawannya.
“Tapi Haziq buat Amanda
menangis, itu tandanya Haziq
jahat dan berdosa
kan, daddy?”
Soal Rania
Arissa berbaur keliru. Bulat
matanya memandang ke
wajah Ghaz Khuzairi
yang sudah duduk
di hadapannya. Si comel
tampak teruja untuk
mendengar jawapan dari
si daddy.
“Rania,
kan daddy dah
cakap tadi…tak baik
cakap kawan jahat. Haziq
tu nakal je, suka
mengusik. Dan sebagai kawan, Rania
tegurlah dia. Cakap kat
dia tak baik
usik kawan, nanti Allah
tak sayang. Jangan bergaduh
dengan kawan, kalau gaduh
nanti Rania pun
sama macam diaorang
yang suka bergaduh
dan nakal. Daddy selalu pesan
kat sayang, kan?”
Nasihat Ghaz
Khuzairi lagi seraya
tersenyum pada si
manja. Tangannya mengelus lembut
pipi gebu si
comel yang turut
tersenyum padanya. Tanda faham
dengan apa yang
disampaikan oleh daddynya.
“Hmm, daddy… Hari tu
kan, Haziq ada bagi
Rania dan Amanda
coklat Kinder Bueno. Hari tu
dia baik jer
kat kitaorang tapi
tadi dia usik
kitaorang bermain pulak.”
Petah si
comel berbicara. Ghaz Khuzairi
mengukir senyuman bila mendengar bicara
si manja. Kan betul
dia cakap tadi, Haziq
tu suka mengusik
jer dan cuba
nak berkawan cuma
caranya agak ‘brutal’ sikit. Nak
ambik perhatian agaknya. Lagilah perhatian
daripada budak yang
comel macam anaknya
dan Amanda tu. Haila, Haziq...kecik-kecik dah
pandai mengusik anak
dara orang ye!
Ghaz Khuzairi
tak menafikan bahawa
anak-anak yang nakal
dan suka mengusik
seperti Haziq itu
adalah kelakuan fitrah
anak-anak yang pelbagai
corak dan penuh
warna-warni. Ada yang putih
dan ada hitamnya. Sebagai ibu
bapa atau penjaga, terimalah fitrah
tersebut dengan penuh
kesabaran dan seadanya.
“Wah,
baiknya Haziq siap
bagi coklat kat
Rania dan Amanda. Itu
tandanya dia nak
berkawan dengan Rania
dan Amanda. Lepas ni
jangan gaduh-gaduh dengan
kawan ye, sayang.”
Ujar Ghaz
Khuzairi sambil memicit
lembut hidung comel
si manja. Dia tergelak bila Rania
Arissa bertindak drastik
memukul lembut tangannya, si
manja itu tak
selesa agaknya bila
hidungnnya dipicit. Dan Ghaz Khuzairi
memeluk erat anaknya
itu. Kasihnya pada si
manja itu tiada
ukurannya.
“Okey, daddy. Rania dengar
cakap daddy, tak
gaduh dengan kawan. Kalau
gaduh nanti Allah
tak sayang. Rania nak jadi anak
yang solehah. Rania nak
Allah dan semua
orang sayang kat
Rania.”
Petah si
comel membalas. Pipi Ghaz
Khuzairi dikucup berkali-kali. Kembang semangkuk
hati si daddy dengan
tingkah anaknya yang
petah dan manja
itu. Dalam masa yang
sama, dia bersyukur pada
Allah kerana mengurniakan
anak yang bijak
dan mendengar kata
seperti Rania Arissa. Dan
dia bersyukur kerana
Rania Arissa seolah-olah
terpujuk dengan nasihatnya
tadi. Tidak lagi marah
seperti sebelumnya. Sayang,
Rania Arissa!
Sudah menjadi
fitrah, kanak-kanak yang bergaduh
atau berselisih faham, tidak
mengambil masa yang
lama untuk berbaik
semula. Mereka mudah melupakan
kerana kanak-kanak suci
hatinya, mudah berdamai dan
tak pandai berdendam. Kanak-kanak adalah
anugerah Allah yang
terindah!
“Terima kasih sebab dengar
cakap daddy. I love you,Rania! Okey, dah lewat
dah ni. It’s now time
for sleep, dear. Esok nak
ke tadika, kena bangun
awal. Baca doa sebelum
tidur, sayang.”
Ujar Ghaz
Khuzairi seraya melepaskan
pelukannya. Rania Arissa hanya
mengangguk, patuh arahan si daddy. Lalu dia
menadahkan tangan comelnya
itu dan membaca
doa sebelum tidur.
“Bismikallahumma Ahya
wa Amoot.”
Doa sebelum
tidur usai dibaca
dan si manja
merebahkan badannya di
sebelah daddynya. Sebelum
memejamkan matanya, bibir mungilnya
sempat menyuarakan sesuatu
pada Ghaz Khuzairi.
“Rania tak
sabar nak jumpa mommy
esok! Good night
and I love
you too, daddy! ”
Si lelaki
yang penyayang itu tersenyum sambil
menganggukan kepalanya. Dia mengucup
lembut dahi anaknya
seraya tangannya membetulkan
selimut di badan
si manja.
Selang beberapa
minit kemudian, Ghaz
Khuzairi membisikkan bacaan
Surah Al-Fatihah, Ayat Kursi, Surah
Insyirah dan Surah
Toha ( ayat 1-5 )
ke telinga Rania
Arissa yang hampir
melelapkan matanya itu. Lalu
dia menghembuskannya perlahan
ke ubun-ubun anaknya. Doa
dan harapannya, moga
si anak menjadi
anak yang solehah
dan berjaya dunia
dan akhirat. Itulah rutin
si daddy bila menidurkan
si puteri kesayangannya
itu.
Usai itu, Ghaz
Khuzairi turut merebahkan
badannya lalu baring
di sebelah si
manja yang sudah
lena itu. Badan comel
itu dirapatkan ke
badan sasanya. Bibirnya sempat
mengucup lembut dahi
dan pipi si
manja. Mimpi yang indah-indah, sayangku Rania
Arissa!
SHAMZLIN mengetuk pintu
bilik Izzara, dan dia
melangkah masuk ke
bilik tersebut setelah
mendengar suara Izzara
menyuruhnya masuk.
“La,
kau baru
lepas mandi ke?Ingatkan
dah siap-siap pakai
baju.”
Soal Shamzlin
bila melihat Izzara
yang berdiri di
almari pakaiannya dalam
keadaan berkemban itu. Izzara
tampak leka memilih
baju tidur untuk
dipakai. Seingatnya tadi Izzara
balik hampir pukul
10 malam. Sekarang dah
pukul 10:40 malam.
Hurm, minah sorang ni
kalau bab mandi, puteri
raja bersiram pun
boleh kalah!
“Eh,taklah.
Aku baru
jer lepas meeting! Hailaa
kau ni! Kalau
kau nampak aku
berkemban macam ni, dengan
rambut basah segala
bermakna aku baru
lepas mandilah makcik! Apa
punya soalanlah.”
Shamzlin hanya
tersengih bila mendengar
balasan Izzara yang
berbaur mengenakannya. Dia pun
satu, boleh pulak tanya
soalan macam tu!
“Amboi marahnya, Kak
Ton! Orang tanya jer
pun!”
“Hey, kau
ni mulalah nak
merapu! Berkak Ton bagai
pulak! Yang kau ni,
ada apa datang
ke bilik aku?”
Balas Izzara
dengan nada geramnya. Ada
ke Si Shamzlin
ni mengelarkannya dengan
panggilan Kak Ton
yang popular kat
iklan tv tu. Taulah
Kak Ton tu glamour!
“Ala, relaxlah Kak
Ton! Kang terlucut tuala
Kak Ton tu
kang! Kalau dah marah-marah
macam tu, mana
nak sedar tuala
terlucut. Siapa yang untung? Aku
jugak sebab dapat
tengok free show…he he he!”
Usik Shamzlin
lagi, suka tengok reaksi
Izzara yang menahan
geram itu.
“Kau ni
kan, kalau setakat
nak merapu macam
ni baik kau
pergi rumah parents aku. Kau
pergilah dok merapu dengan
Abang Irfan aku
tu. Sekurang-kurangnya ada jugak
yang layan kau! Dia
tu pun macam
kau jugak, suka merapu
meraban!”
Izzara sempat
menjeling ke arah
Shamzlin yang duduk
di kerusi panjang
yang diperbuat daripada
kayu jati di hujung
katilnya dengan memeluk
kusyen yang disusunnya
di kerusi tersebut. Gaun tidur Victoria’s
Secret berwarna merah
itu diletakkannya di
atas tilam yang
kemas dibalut dengan
cadar Hallmark Design Collection berwarna putih.
“Hey! Kau
kata aku merapu, tapi
kau tu yang
merapu! Siap petik nama
abang kau tu
dah kenapa? Aku datang
ke bilik kau
ni sebenarnya ada
perkara yang aku
nak tanya pendapat
kau.”
Sentap pulak
Shamzlin bila Izzara
menyebut nama lelaki
yang kebelakangan ini
sering menerawang di
fikirannya. Terbayang wajah si
jejaka berambut lurus
yang hampir mencecah
ke bahu itu! Kacak
tapi kalau rambutnya
pendek dan tak
merokok lagi kacak
dan menawan! Bisik hati
kecil Shamzlin.
“Okey,
aku tahu
kau sentap bila
aku petik nama
Abang Irfan aku
tu! By the
way, kau nak tanya
pendapat aku pasal
apa, babe? Before tu, boleh
tak kau pandang
tempat lain? Aku nak
pakai baju ni. Kalau
kau curi-curi tengok, nanti
kau yang berdosa
dan masuk neraka. Kalau
kau masuk neraka, aku
tak dapat tolong
kau… he he he.”
Giliran Izzara
pula mengusik Shamzlin
yang sudah menjuihkan
bibirnya itu. Menyampah agaknya
dengan kata-kata Izzara.
Shamzlin
bangun
dari duduknya, matanya
sempat melilau sekitar
bilik Izzara yang
kemas rapi dan
sentiasa segar dengan
haruman Lavender. Dan dia melangkah
ke satu sudut
di mana di dinding bilik
tersebut tersusun pelbagai
gambar berbingkai cantik
yang diambil oleh
Izzara dengan Nikon DSLR
D7000 with
18-105 lens miliknya. Nikon DSLR D7000 with
18-105 lens yang
menjadi punca perkenalan
si sahabatnya itu
dengan Qaleef dan
sehingga kini kamera
tersebut menjadi barang
kesayangan si jelita
itu. Sementara menunggu Izzara
bersiap memakai baju, baik dia layan
tengok gambar-gambar tersebut.
Selain gambar
pemandangan yang cantik
dan mendamaikan, Shamzlin juga tertarik dengan
gambar kanak-kanak yang
pelbagai bangsa dan
rupa yang sempat
diambil oleh Izzara
dengan kameranya itu. Izzara
yang juga rajin
bercuti ke pelbagai
destinasi menjadikan peluangnya
bercuti untuk mengambil
pelbagai gambar pemandangan
dan gambar kanak-kanak
perempuan terutamanya. Matanya terpandang
gambar Rania Arissa
yang berbingkai cantik. Gambar si
manja dengan aksi
ceria, sungguh comel dengan
sleeveless dress
yang dikenakan dengan
cardigan berwarna
putih, rambutnya dark
brown yang agak
panjang itu ditocang
dua. Gambar si comel
itu siap diedit
dengan kata-kata “ The sweetest
eyes I’ve ever
seen. It’s belong to
my little princess, Rania Arissa.Mommy’s always
love you, sayang!” Beruntungnya
Rania Arissa dapat ‘mommy’
seperti Izzara yang
penyayang, suka pada kanak-kanak!
“Hah, Sham. Kau termenung
apa pulak kat
situ? Tadi kata ada
perkara nak tanya
pendapat aku.”
Shamzlin menoleh
ke arah suara
yang menyentaknya, Izzara yang
sudah lengkap dengan
gaun tidurnya sudah
duduk di birai
katil. Dan Shamzlin melangkah
semula ke kerusi
panjang di hujung
katil sahabatnya itu, duduk
untuk berbincang sesuatu
pada Izzara.
“
Hmm, macam ni
Zara. Aku dapat offer ESOS
daripada company sebab aku
dah 3 tahun
kerja kat situ, tempoh
yang melayakkan staff untuk
dapat ESOS. So, sekarang ni aku
nak tanya kau, perlu
ke tak aku ambik
ESOS ni, Zara? Aku bab-bab
saham ni tak
berapa nak fahamlah.”
Soal Shamzlin
sambil membetulkan duduknya
dan memandang pada
wajah putih bersih
Izzara.
“Oh,
pasal ESOS rupanya. Company kau
tu offer berapa unit
saham pada kau? Bila
kau mentioned pasal ESOS
ni baru aku
teringat, aku ada baca
jugak news
pasal company tu offer ESOS
kat staff. If not my mistaken,
company tu offer
harga diskaun boleh
tahan jugak, tapi aku
dah lupa pulak
berapa harga diskaun
yang ditawarkan tu.”
“
Aku dapat offer
untuk
60,000 unit saham
tu. Dan harga untuk
satu unit saham
tu RM8, harga diskaun
yang ditawarkan oleh company
untuk staff. Dapat diskaun
RM6 lah daripada
harga pasaran iaitu
RM14. Kalau aku beli, ada
untung tak, Zara?
Serius Shamzlin
bertanya. Izzara menyimpul senyum
bila dengar pertanyaan
sahabatnya.
“Aduhai,
kau ni
Sham! Mestilah kau dapat
untung sebab kau
beli dengan harga
diskaun. Kalau kau beli
60,000 unit saham
tu dengan harga
RM8, sedangkan
harga di pasaran
RM14, ada jugak keuntungan
kau dapat. Sebabnya bila kau jual balik saham tu walaupun masa tu harga saham tersebut RM14 di pasaran, masih ada keuntungan dari hasil jualan saham tu sebab kau beli dengan harga diskaun. Itu belum
kau simpan, tunggu harga
saham tu naik, lagi
banyak keuntungan yang
kau peroleh. Mostly yang beli
ESOS ni diaorang
simpan dulu, tunggu harga
saham tu naik. Kalau
naik RM2-RM3 pun
dah boleh buat
untung, Sham. Tapi janganlah kau
jual masa harga
saham tu turun, rugilah kau! Dan
buat pengetahuan kau, untuk
pembayaran ESOS yang
dibeli oleh staff
, kau boleh bayar
dengan duit kau
sendiri atau membuat loan
yang disediakan oleh
pihak investment bank
yang telah dilantik
oleh syarikat kau
bekerja tu.”
Shamzlin khusyuk
mendengar penerangan Izzara
mengenai ESOS yang
dia kurang arif
tentangnya.
ESOS adalah
singkatan bagi Employees Share
Option Scheme iaitu
satu skim yang
ditawarkan pembelian saham
syarikat yang tersenarai
di Bursa Malaysia
untuk pekerja-pekerja syarikat
tersebut dengan harga
diskaun dimana setiap
jumlah unit saham
yang ditawarkan selalunya
mengikut tempoh dan
pangkat pekerja yang
berkhidmat di syarikat
tersebut. ESOS merupakan satu
bentuk penghargaan oleh
syarikat kepada pekerjanya
dengan menawarkan saham
tersebut dengan harga
diskaun.
“Oh,
maksudnya aku kena
beli la ESOS
ni, Zara? Kalau aku beli, aku
nak guna duit
simpanan aku jer, Zara. Kalau buat loan, nak bayar interest
lagi.So, baik aku
guna duit sendiri.”
“Better
kau accept ESOS yang diaorang offer kat
kau. Lagipun company kau bekerja
tu tergolong dalam
Shariah Compliant ( syarikat
Patuh Syariah) iaitu syarikat
yang diiktiraf Kepatuhan
Syariahnya oleh Suruhanjaya
Sekuriti Malaysia. Maksudnya saham
syarikat tu adalah
saham yang dibenarkan
untuk orang Islam
membelinya. Dan aku bersetuju
kalau kau nak
guna duit sendiri
untuk beli ESOS
tu. Tak perlu kau
nak buat loan dan
bayar interest. Lagi berkat tu, Sham!”
Ujar Izzara
lagi menjelaskan pada
Shamzlin yang sesekali
mengganggukkan kepalanya,
tanda memahami apa
yang Izzara terangkan
padanya. Dan Shamzlin bersuara, inginkan kepastian
tentang proses untuk
pembelian ESOS.
“Zara, aku
bercadang nak ambik
kau sebagai dealer aku
untuk urusan pembelian
ESOS ni walaupun
company tu
ada melantik investement bank atau stockbroking firm
untuk menguruskan pembukaan
account pada
staff yang
berminat nak untuk
beli ESOS yang
ditawarkan. Kau setuju, tak?”
Usul Shamzlin
pada sahabatnya. Dah alang-alang
serumah dengan dealer jual
beli saham ni, baik
dia serahkan pada
Izzara sahaja untuk
berurusan pembelian ESOS
itu.
“
Boleh, aku okey jer. Tapi
memandangkan kau sahabat
baik aku, aku kena charge
lebih sikitlah untuk brokerage
charges! Yelah, dah nama pun
kawan baik, duduk serumah
pulak tu. Silap-silap, every minute
kau nak bertanya
pasal saham jer. Jenuhlah
aku!”
Giat Izzara
pada Shamzlin yang
sudah membeliakkan matanya.
Hangin bila kawan
berkira!
“Belum apa-apa
kau dah nak
berkira! Takpelah, aku cancellah nak
ambik kau. Baik aku
cari dealer or remisier
lain jer!”
Drama si
Shamzlin walaupun hakikatnya
dia tahu Izzara
hanya menyakatnya. Orang dah
menyakat tu layan
jelah!
“Amboi,
Kak Ton! Takkan tu
pun nak merajuk! By the
way, kau nak buka account
dengan aku kan? So,
kau kena
isi CDS Opening Account
form, Trading Account
form and E-dividend form. Kau
kena sertakan sekali
6 salinan untuk
kad pengenalan , 2 salinan
untuk bank statement dan
RM20 for charges CDS opening
account dan E-dividend.
Nanti aku bagi forms tu
kat kau ye.”
Dahi Shamzlin
tiba-tiba berkerut bila
mendengar senarai dokumen
yang perlukan yang
diberitahu Izzara padanya.
“Eh,
Zara. Kenapa nak bank statement
pulak?”
“Bank
statement
tu dokumen untuk E-dividend. E-dividend ni satu
perkhidmatan yang membolehkan
syarikat tersenarai di
Bursa Malaysia untuk
membayar dividen secara
sistem elektronik ke
akaun bank client.
Maksudnya macamni, katakanlah syarikat
tersebut nak bagi
dividen pada pemegang
saham, jadi pembayaran dividen
tersebut terus ke
akaun bank pemegang
saham. Bukan seperti sebelum
ni, pembayaran dividen tersebut
dibuat melalui cek
bank."
“Hmm, kalau macam
tu, nanti aku bagi
semua dokumen yang
diperlukan pada kau.”
Ujar Shamzlin
setelah mendengar penerangan
daripada Izzara tentang
kemusykilannya tadi.
“Oh ya, Sham. Pasal ESOS
tu, sure syarikat
tu bagi tempoh
exercise untuk
kau beli ESOS
tu kan? Maksudnya, kau kena
beli saham tu
dalam tempoh yang
ditetapkan. Contohnya, kalau
tempoh exercise tu setahun, maka kau
kena beli ESOS
yang ditawarkan pada
kau dalam tempoh
tersebut. Selagi kau tak
beli maka kau
tak boleh juallah
saham tu.”
“
La, aku lupa pulak
pasal tempoh exercise tu. Takpe,
nanti aku check balik.”
“Lagi satu
Sham, bila dah dapat
keuntungan hasil jualan
saham tu nanti, kau
jangan lupa bayar
zakat saham ye, Kak
Ton!”
Tersengih Izzara
mengingatkan sahabatnya itu
tentang tanggungjawab yang
satu itu. Best pulak berkak Ton
bagai ni kan!
“
Itu sudah pasti. Kak
Ton jangan risau
ye!”
Serentak dua
sahabat itu tergelak
geli hati. Kesian Kak
Ton, agaknya tersedak bila
Izzara dan Shamzlin
dok menyebut namanya.
“Eh,
Sham. Lupa aku nak
bagitau kau. Mama aku
nak buat family dinner
Sabtu malam. Dia suruh
ajak kau sekali. Kau
jangan menolak pulak.”
Maklum Izzara
sambil mengiringkan badannya
pada Shamzlin yang
juga turut berbaring
di sebelahnya. Punyalah penat
bersembang pasal ESOS
sampai terlanding si sahabat
berdua ni.
“Rajin betul
mama kau masak. Insha
Allah, kalau aku free aku join ye.
Eh, Zara… bukan ke Rania
nak duduk dengan
kau weekend ni. Jadi ke
tidak?
“Dah mama
aku, memanglah rajin. Lainlah kau
tu, pemalas nak ke
dapur bersilat dengan
kuali periuk! Hmm, petang esok
aku pergi jemput
budak comel tu. Sabtu
aku plan nak bawak
dia jalan-jalan. Kau ikut
sekali ye, Sham.”
“Amboi Kak
Ton! Sedap betul mulut
tu mengata aku
pemalas. Cili mulut tu
kang! Ermm, best pulak aku
dengar plan kau tu. Lagipun
aku dah lama
tak keluar dengan
Rania tu. Rindu nak
dengar dia petah
berceloteh. Oh ya Zara, aku
hanya bertanya ni. Ghaz
tahu ke kau
dah bertunang dengan
Qaleef?”
Izzara agak
tersentak bila mendengar
pertanyaan dari Shamzlin. Terbayang wajah
kacak itu di matanya. Apa reaksi
Ghaz Khuzairi tu
bila tahu dia
dah mengikat tali
pertunangan. Tapi kenapa dia
risau tentang reaksi
si kacak itu? Bukannya
dia dan Ghaz
Khuzairi ada hubungan
yang istimewa atau
pernah mengukir apa-apa
janji pun! Izzara bermonolog
dalam diri.
“Hesy, dah kenapa
pulak aku nak
bagitau dia yang
aku dah bertunang. Bukannya aku
dan dia ada
apa-apa pun. Lagipun, kan
baik kita rahsiakan
hal pertunangan ni.Cukuplah
family aku
dan family Qaleef serta
kau jer yang
tahu.”
Balas Izzara
perlahan, dia yang baring
terlentang itu memandang
ke arah siling. Terbit rasa
berbelah bahagi di
hatinya, antara perlu memaklumkan
hal pertunangannya itu atau tidak
pada Ghaz Khuzairi. Sesaat kemudian, dia
memandang ke jari
manisnya. Tersarung kemas cincin
pertunangan pemberian Qaleef. Lalu
dia memutuskan tak
perlu menghebahkan hal
tersebut pada Ghaz
Khuzairi atau mana-mana
orang luar. Sesiapa sahaja
yang melihat cincin
tersebut pasti memahami
yang dia sudah
dimiliki. Lagipun dia kurang
gemar untuk berkongsi
hal peribadi pada
sesiapa yang tak rapat dengannya
terutamanya hal pertunangannya itu. Sedangkan agama
Islam turut menyarankan
supaya hal pertunangan
seeloknya dirahsiakan.
Nabi S.A.W
pernah bersabda:
“Rahsiakan pertunangan
dan iklankan ( maklumkan )
tentang perkahwinan.”
( Riwayat Ahmad daripada Abdullah bin Zubair R.A, dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Irwa’ al- Ghalil )
( Riwayat Ahmad daripada Abdullah bin Zubair R.A, dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Irwa’ al- Ghalil )
“Aku tanya
jer. Tapikan Zara, instinct aku
ni kuat mengatakan
yang Ghaz tu
ada hati pada
kau. Cara dia bercakap dan
pandang kau tu, aku
boleh nampak yang
dia suka kat
kau. Baik kau berjaga-jaga, Zara. Bukan maksud
aku Ghaz tu
ada niat tak
baik pada kau, tapi
aku risau kau tu jer. Kut
kau terjatuh hati
pada abang pilot yang
kacak dan berkarisma
tu. Meranalah Qaleef. ”
“Amboi,
Kak Ton! Sejak bila
pulak kau pandai
berinstinct bagai
ni? Oh, maksud kau Ghaz
tu pandang aku
macam Abang Irfan
pandang kau lah, kan? Yelah, Abang aku tu memang
dah sah-sah suka kat kau! Kau
tu jer jual
mahal! Hmm, Insha Allah, Sham. Selagi Qaleef
setia kat aku, selagi
tulah aku pertahankan
hubungan aku dan
dia. Nak dapatkan lelaki
yang sebaik Qaleef
tu bukan mudah
bagi aku, Sham. Sepanjang aku
mengenali diri Qaleef, dia
sangat menghormati aku, sering
bertolak-ansur serta memahami
aku. Dia terlalu sempurna
di mata aku, Sham. Pasal Ghaz
tu, kalau dia suka
kat aku pun, aku
tak boleh nak
buat apalah. Yang penting
aku tahu hati
aku ni milik
Qaleef. Lagipun aku yakin
Ghaz takkan ambik
kesempatan di atas
kebaikan aku pada
Rania. Dia tu pun
baik budi pekertinya.”
Shamzlin mengangguk
faham dengan apa
yang diperkatakan oleh
Izzara itu. Dia tak
menafikan, Qaleef seorang lelaki
yang sempurna buat
Izzara kerana Qaleef
sangat memahami diri
Izzara. Tak pernah dia
mendengar si sahabatnya
itu mengadu tentang
keburukan si kacak
itu dan jarang
sekali dia mendengar
mereka bergaduh. Kalau bergaduh
pun, Qaleef yang sering
mengalah dan memujuk.
Dia selalu
berdoa moga dia dijodohkan dengan
lelaki yang baik seperti mana
baiknya Qaleef buat
Izzara. Sebenarnya bab jodoh, Shamzlin tak
terlalu memilih atau
meletak sebarang syarat
terutamanya tentang kesempurnaan
pada pasangannya nanti. Baginya, kalau dia
inginkan jodoh yang
baik-baik, maka dia sendiri
perlu berusaha menjadi
baik. Insha Allah.
“Sebagai sahabat, aku sentiasa
mendoakan moga Allah
sentiasa memelihara hubungan
kau dan Qaleef
sampai ke syurga. Hmm,
lama betul kita
bersembang. Aku rasa dah
lewat dah ni.”
Ikhlas Shamzlin
mendoakan kebaikan untuk
sahabatnya itu. Dia bangun
dari pembaringan sambil
mengeliat malas.
“
Thanks, Sham.Eh, kau nak
ke mana pulak
tu? Tidur dengan aku
jelah malam ni. Dah
lama kita tak
tidur sama-sama.”
“Eh,
kau macam faham-faham
pulak aku malas
nak ke bilik
aku. Elok jugak aku
tidur dengan kau
malam ni. Aku mengantuk
betul ni, Zara. Aku tidur
dululah ye. Good night!”
Izzara memandang
pada Shamzlin yang kembali merebahkan
badan di sebelahnya. Dia menggeleng
kepala dengan tingkah
sahabatnya, ada ke nak
ke bilik yang
hanya sekangkang siamang
jer jaraknya itu
pun nak berkira!
“Moga kau
mimpi bernikah dengan
Abang Irfan ye. Good night, Kak Ton!”
Tergelak kecil
Izzara bila mengusik
Shamzlin yang sudah
memejamkan matanya itu. Dan
Shamzlin yang kononnya
mengantuk sangat itu
terus membuka matanya, menjeling tajam
pada Izzara. Teddy bear sebesar
pemeluk milik Izzara
di tengah katil
itu diambil lalu
dibalingnya pada pemiliknya.
“Aku nak
tidur ni, Kak Ton!”
Shamzlin
menjerit kecil. Geram pulak
Izzara merapu lewat-lewat
malam ni. Makin kuat
Izzara ketawa mendengar
Shamzlin menjerit geram. Bengang diusik
begitu oleh Izzara. Alahai, Kak Ton!
>>>>>>>> bersambung
p/s: Bukan sekadar
hanya menulis tetapi
dengan rendah hatinya, Nina
ingin berkongsi knowledges dan
dengan apa yang
Nina rasa yang
perlu Nina kongsikan
pada readers. Setiap info dan
pengajaran bukan untuk
diri pembaca sahaja
tetapi untuk diri
Nina sebagai penulis
yang juga ada
kelemahan diri. Tetap bersyukur
dan terus bersyukur
walaupun hanya menjadi
penulis novel di
blog & sangat
berterima kasih pada readers
yang selalu menyokong
dan follow setiap entry di
blog Nina. Alhamdulillah… terima kasih ya
Allah, dengan kurniaan yang
satu ini.
# Thank you, Allah :)
# Thank you, Allah :)