June 30, 2013

BAB 22 : TERIMA AKU SEADANYA

Assalamualaikum, my love :)

Alhamdulillah..syukur  dengan  rahmat  dan  kesempatan  yang  Allah  beri  pada  Nina  untuk mempublishkan  chapter  22  kat  blog  yang  tak seberapa  ni.
Thanks  to  all  of  u  coz  bersabar  menunggu  entry  kali  ini..Maaf  ya  sebab  Nina  mungkir  janji  kali  ini..huhu..lewat  2  hari  utk  post  entry  ni. Im  so  sorry ,my  dear.

Okey, love...enjoy  reading  for  this  chapter  ya. Maaf  dipinta  jika  ada  kekurangan  dalam  chapter  22  ni. Moga  penulisan  dan  TAS  Nina  dapat  diterima  seadanya :)

Thanks > hugs & kisses,

 Nina  Harith


BAB  22 :  TERIMA  AKU  SEADANYA.


SUASANA  di  Restoran  Bawang  Merah  yang  terletak  di  SS  12  Subang  Jaya  agak  crowded   waktu  tengahari  begini. Izzara  dan  3  lagi  rakan  sepejabatnya  sedang  menikmati  makanan  tengahari  di  situ  sambil  bersembang. Restoran  tersebut  antara  favourite  port  Izzara  dan  rakannya  untuk  makan  tengahari  memandangkan  lokasi  yang  mudah  dikunjungi  dan  kebersihan  restoran  tersebut  agak  memuaskan.

“ Lambat  you  sampai  ke  ofis  pagi  tadi, Zara?”


Soal  Damia  sambil  menikmati  mee  kari  yang  dipesannya. Dah  macam  boss  jer  lagaknya  bertanya. Faris  dan  Aman  Shah  yang  tengah  leka  menikmati  makanan  itu  memandang  seketika  wajah  Izzara  bila  Damia  bertanya  pada  si  jelita  di  hadapan  mereka  itu, dan  beberapa  saat  kemudian  kedua-dua  lelaki  tersebut  kembali  menikmati  makanan  yang  telah  dipesan  sebentar  tadi.

“ Mahu  tak  lambat  kena  hadap  jalan  jammed   dari  Damansara  ke  Sunway.” 

“ Oh.. That  means  you  dari  rumah  parents  you  lah  ye, Zara?” 


Soal  Damia  lagi. Belum  sempat  Izzara  membalas, si  Senior  Manager  Research  Department  yang  bernama  Aman  Shah  mencelah  pulak.  Nama  dah  ala-ala  retis  dah  tu!

“ Eh, bukan  you  duduk  kat  Sunway  ni  jugak  ke, Zara?” 

Soal  si  jejaka  berwajah  iras-iras  Anuar  Zain  tu. Pelik  kan?  Nama  dah  Aman  Shah  tapi  muka  dah  serupa  Anuar  Zain  lak! Sepatutnya  mamat  ni bagus  jadi  retis  jer!

Izzara  mencapai  straw  di  gelas  air  minumannya   lalu  menyedut   perlahan  air  limau  nipis  ais  itu  sebelum  dia  menjawab  pertanyaan  dua  rakan  itu. Entah  kenapa  pedas  pulak  ikan  pari  masak  asam  pedas  tu  hari  ini. Terlebih  bubuh  cili  ker? Sempat  lagi  Izzara  mengomel  dalam  hati. Dah  namanya  asam  pedas, pastilah  pedas  cik  kak  oii!


I  dari  Damansara  tadi, rumah  parents  I. Yang  rumah  kat  Sunway  I  cuma  menyewa  jer, Shah. Malaslah  I  nak  mengadap  jalan  sesak  hari-hari, baik  I  menyewa  jer, lagi  senang. “

Terang  Izzara  pada  Damia  dan  Aman  Shah. Dan  sememangnya  tak  ramai  yang  tahu  dia  menyewa  di  Sunway  dan  kadang-kadang  dia  berulang-alik  dari  Damansara, rumah  orang  tuanya. Baginya,  perkara  yang  peribadi  begitu  dia  kurang  gemar  berkongsi  dengan  rakan  sepejabatnya. Lebih  lagi  kalau  dia  tak  kenal  rapat  dengan  orang  tersebut.

Ketika  dia  menyuarakan  untuk  menyewa  rumah  di  Bandar  Sunway  masa  dia  mula  bekerja  dulu, mama  adalah  orang  yang  kurang  bersetuju  kerana  bimbang  akan  keselamatan  anak  daranya. Lagipun  Damansara  ke  Sunway  bukannya  jauh  sangat, hanya  sekangkang  siamang  jer! Tapi  disebabkan  nak  mengadap  jalan  sesak  hari-hari  tulah  alasan  yang  munasabah  Izzara  bagi  pada  mamanya. Dan  papanya  pulak  menyokong , tambahan  pula  Shamzlin  turut  menyewa  bersamanya  dan  mamanya  bersetuju  memandangkan  orang  tuanya  memang  dah  kenal  sangat  dengan  sahabatnya  ketika  itu.


“ Oh, I  ingatkan  you  duduk  dengan  parents  you  kat  Sunway  ni. Tapi  setuju  dengan  you, better  carik  rumah  sewa  jer  dari  you  ulang-alik  dengan  jalan  jammed  bagai  kan. “

Kata  Aman  Shah  sambil  matanya  memandang  ke  arah  si  jelita  yang  duduk  di  hadapannya. Dulu  dia  pernah  menaruh  hati  pada  Izzara, bukan  kerana  kecantikan  yang  dimiliki  orang  wanita  itu  tetapi  kerana   sifat  Izzara  yang  low  profile   dan  sopan  serta  bijak  yang  menjadi  hatinya  tertaut  pada  wanita  yang  selalu  sophisticated  penampilannya. Namun  malang  baginya  bila  Izzara  sudah  berpunya  kekasih  hati, malah  lagi  kacak  darinya. Dan  siapa  sangka  wanita  di  hadapannya  itu  adalah  anak  kepada  Datuk  Iskandar,  antara   businessman  yang  berjaya  di  Malaysia  ini.


Hmm, Damia… pagi  tadi  pasal  apa  Encik  Saleh  panggil  you?”  Faris  sedari  tadi  mendiamkan  diri  tiba-tiba  bersuara  bertanyakan  pada  Damia.

“ Ala  Faris, kalau  dia  dah  panggil  private  macam  tu  you  faham-faham  sendirilah. Apa  lagi, nak  ajak  I  join  dia  dan  Encik  Hamzar , CEO  kita  yang  gatal  tu  pergi  entertain  clients  diorang  kat  private  club  yang  diorang  selalu  pergi  tulah.”

Balas  Damia  dan  tak  semena-mena  hilang  seleranya  bila  mengenangkan  ajakan  ketuanya  pagi  tadi. Izzara  tiba-tiba  tertarik  dengan  topik  ketika  itu. Macam  dia  pernah  kena  dulu  yang  dia  tipah  tertipu  dengan  ketuanya. Konon  ke  situ  nak  bincang  pasal  bisnes, tapi  sebaliknya  diaorang  tu  sibuk  terkinja-kinja  menari  bagai. Itu  belum  part  yang  client  gatal  nak  merayap  jer  tangannya. Gila!

So, you  bersetuju  ke  nak  join  diaorang  tu?”  soal  Faris  lagi.

“ Hey! Gila  I  nak  bersetuju! Dah  sah-sah  I  sengaja  nak  jadi  bahan  untuk  clients  yang  gatal-gatal  tu  nanti  kalau  I  join  diaorang  ke  club  tu. Encik  Saleh  ingat  yang  I  ni  free  hair  sukalah  nak  ke  tempat  macam  tu? Oh, pleaselah! Tak  pasal-pasal  nanti  I  kena  tibai  dengan  papa  I  kalau  dia  tau  I  ke  club  tu. Dengan  CEO  dan  clients  yang  dah  tua-tua  tak  sedar  diri  tu  pulak  tu. Memang  I  takkan  joinlah. Lantaklah  Encik  Saleh  tu  nak  marah  I  ke  apa. I  ada  prinsip  I  sendiri  okey! Banyak  cara  lain  lagi  kalau  kita  nak  tarik  client. Gilalah  bos  macam  tu!”  


Panjang  Damia  membebel, geram  pulak  bila  teringatkan   Encik  Saleh  dan  CEO  mereka, Encik  Hamzar   yang  suka  mengambil  kesempatan  ke  atas  pekerja  wanita  yang  cantik  dan  seksi  terutamanya.

Dan  Faris  hanya  tersenyum  bila  mendengar  bebelan  Damia. Matanya  menghala  ke  arah  Aman  Shah  dan  Izzara  yang  hanya  berdiam  sedari  tadi.

I  setuju  dengan  prinsip  you  tu, Damia. Jangan  mereka  ingat  mereka  tu  berkuasa, boleh  buat  sesuka  hati  diaorang  termasuklah  nak  heret  staff  perempuan  ke  club  macam  tu. Walaupun  I  ni  lelaki, tak  semestinya  I  bersetuju  dengan  tindakan  bos  kita  tu. Pada  mereka  maruah  perempuan  tu  kat  tapak  kaki  mereka  jer, sesuka  hati  nak  mempergunakan  perempuan  untuk  mengaut  keuntungan  syarikat  dan  keseronokan  diri.”

Bersungguh-sungguh  Faris  menyuarakan  pendapatnya  itu. Baginya  ketua  atau  pemimpin  dalam  sesebuah  organisasi  seharusnya  melindungi  orang  bawahannya, bukannya  menindas  atau  mengambil  kesempatan  ke  atas  mereka  terutamanya  pada  golongan  wanita. Dan  Islam  tidak  pernah  memuliakan  lelaki  sebagai  pemimpin  dengan  tujuan  supaya  dia  dapat  menindas  kaum  wanita. Bagi  Faris, wanita  adalah  satu  amanah  Allah, dan  kaum  lelaki  sebagai  pemimpin,  mereka  haruslah  melindungi  kaum  wanita  dan  menjalankan  amanah  itu  dengan  sebaiknya. Lelaki  yang  baik  adalah  lelaki  yang  paling  baik  terhadap  keluarganya  dan  kaum  wanita.


“ Kaum  lelaki  itu  adalah  pemimpin  bagi  kaum  wanita  oleh  kerana  Allah  telah  melebihkan  sebahagian  mereka ( lelaki )  atas  sebahagian  yang  lain  (wanita)  dan  mereka  (lelaki)  telah  menafkahkan  sebahagian  daripada    harta  mereka.  ( Surah  An- Nisa 4 : 34 )


Aman  Shah  yang  sedari  tadi  mendiamkan  diri  tiba-tiba  berdehem, ingin  menyuarakan  pendapatnya  juga  mungkin.


“ Bagi  I  kalau  bos  you  all  tu  betul-betul  nak  tarik  client, tak  semestinya  macam  tu  caranya. Kenapa  harus  staff  perempuan  jer  yang  diajak  ke  tempat  macam  tu, kenapa  staff  lelaki  tak  diajak  sama? So,dari  situlah  kita  faham  yang  niat  mereka  agak  tak  betul  kat  situ. Pendapat  I  lah, Encik  Hamzar  atau  Encik  Saleh  tu  umpama   ketua  keluarga  Excellent  ni. Mereka  bertanggungjawab  memimpin  kita, menjaga  kebajikan  kita  dan  bukannya  menindas  atau  mengambil  kesempatan  pada  kita  terutamanya  pada  staff  perempuan. Mereka  ni  seharusnya  mengikut  kepimpinan  dan  keperihatinan  Rasulullah  terhadap  golongan  wanita. Salah  satu  tanda  kasih  sayang  Rasulullah  S.A.W   terhadap  kaum  wanita  ialah  berpesan  kepada  kaum  lelaki  agar  berbuat  baik  pada  wanita, khususnya  ahli  keluarga  mereka. Seriously, I  betul-betul  tak  faham  dengan  mentaliti  bos  you  all  tu,  kalau  mereka  berjaya  mengaut  keuntungan  dengan  mempergunakan  staff  perempuan  untuk  menarik  clients, mereka  tak  terfikir  ke  yang  keuntungan  macam  tu  menjadi  sumber  rezeki  mereka  yang  salah  caranya. Bila  dah  salah, so  bermaksud  tak  berkat.Dan  rezeki  tak  berkat  tulah  menjadi  darah  dagingnya.”

Kesal  nada  Aman  Shah  menyuarakan  pendapatnya. Kesal  kerana  sikap  ketua  mereka  itu  suka  mengambil  kesempatan  ke  atas  orang  lain  semata-mata  mengaut  keuntungan  dan  untuk  kepentingan  sendiri. Dia  dia  kurang  berkenan  dengan  sikap  rakan  sejawatannya, Encik  Saleh  yang  seolah-olah  menjadi  orang  tengah  menarik  staff  wanita  berpelesiran  ke  club   yang  diarahkan  oleh  CEO  yang  boleh  tahan  gatal  miangnya, Encik  Hamzar. Dah  tua  macam  tu, masih  nak  berseronok  lagi! Dan  dia  teringat  tentang  hadith  mengenai  tanggungjawab  lelaki  melindungi  dan  memuliakan  kaum  wanita, bukannya  menindas  atau  mengambil  kesempatan  ke  atas  kaum  ini.


Rasulullah  pernah  bersabda:

“Sebaik-baik  kamu  adalah  yang  terbaik  terhadap  keluarganya  dan  aku  adalah  yang  terbaik  dari  kamu  terhadap  keluargaku. Orang  yang  memuliakan  kaum  wanita  adalah  orang  yang  mulia, dan  orang  yang  menghina  kaum  wanita  adalah  orang  tidak  tahu  budinya.” ( Riwayat  Abu  Asakir )



Faris, Izzara  dan  Damia  terpegun  seketika  bila  mendengar  pendapat  dari  mulut   Aman  Shah  dan  mereka  akui  memang  betul  apa  yang  diperkatakan  oleh  ketua  penyelidik  itu. Tak  sangka, dalam  dia  sibuk  menyelidik  hal-hal  saham  ni, terselit  jugak  ilmu  kepimpinan  Rasulullah  dalam  diri  lelaki  lewat  20-an  tu.

“ Shah, orang  macam  tu  mana  tahu  bab  halal  haram  bab  berkat  segala  ni. Kalau  diorang  tahu, pastinya  tak  macam  tu  perangai  diaorang  terutamanya  CEO  kita  tu. Dah  tua  bangka  macam  tu  ada  hati  lagi  nak  berseronok  kat  club  bagai. Sepatutnya  usia  macam  tu  dah  sibuk  beramal    untuk  bekalan  akhirat  nanti. Ini  tidak, sibuk  berpelesiran  dengan  siap  berpeluk  cium  dengan  perempuan  yang  dah  sebaya  anak  dia  jer. I  yang  tengok  ni  nak  termuntah  tahu  tak! Cukuplah  sekali  tu  jelah  I  join   diaorang  tu. Business  konon!”

Emo  pulak  si  Damia  ni  bila  meluahkan  rasa  tak  puas  hatinya  tentang  sikap  Encik  Saleh  dan  Encik  Hamzar  itu. Mau  tak  geram  kalau  dia  diajak  ke  tempat  macam  tu  kononnya  semata-mata  untuk  berbincang  dengan  client  bosnya  tentang  business.  Sumpah, lepas  ni  dia  memang  takkan  bersetuju  dengan  ajakan  ketuanya  yang  mementingkan  diri  itu.

Izzara  yang  sedari  tadi  mendiamkan  diri,  berfikir  sebenarnya. Dia  teringat  akan  tazkirah  yang  disampaikan  oleh  papanya  tempohari  berkenaan  Istidraj. Dari  tadi  dia  memikirkan  hal  ini, adakah  Encik  Saleh  dan  Encik  Hamzar  itu   yang  tergolong  dalam  golongan  manusia  Istidraj? Kedua-duanya  mendapat  nikmat  pemberian  Allah  yang  melimpah  ruah ,hidup  mewah  tetapi  mereka  ini  lupa  daratan  dengan  kurniaan  Allah  itu. Malah  mereka  seronok  melakukan  maksiat  tanpa  rasa  takut  dengan  balasan  Allah. Ya  Allah, moga  Engkau  memberi  petunjuk  dan  hidayah  pada  mereka  ini  agar  mereka  kembali  ke  jalan  yang  Engkau  redhai. Doa  Izzara  dalam  hati.


Walaupun  dia  juga  pernah  tertipu  dengan  ketuanya  dulu  tapi  bukan  bermakna  dia  menyimpan  dendam, jauh  sekali  mendoakan  yang  tak  baik  terhadap  mereka. Ikhlas  hatinya  mendoakan  moga  ketuanya  itu  berubah  ke  jalan  yang  benar. Sometimes  God  doesn’t  change  our  situation  because  He  wants  to  change  our  hearts. Baginya, setiap  manusia  berbuat  silap  dan  sebesar  mana  pun  kesilapan  yang  dilakukan,  Allah  sentiasa  membuka  jalan  untuk  membetulkan  kesilapan  itu  dan  kita  masih  berpeluang   menjadi  ahli  syurganya  asalkan  kita  ada  niat  untuk  berubah  ke  jalan  yang  diredhainya. “ Ya  Allah, give  me  eyes  that  see  the  best  in  people, a  heart  that  forgives  the  worst, and  a  soul  that  never   loses  faith.”  bisik  Izzara  dalam  hati.

Jam  sudah  menunjukkan  1: 45  petang  dan  masing-masing  sudah  kekenyangan  menikmati  makanan  tengahari  sebentar  tadi  dan  selang  beberapa  minit  kemudian,  keempat-empat  mereka  melangkah  keluar  dari  restoran  tersebut  menuju  ke  Audi  Q5  milik  Aman  Shah  yang  mereka  naiki  bersama  untuk  keluar  lunch  tadi, dan  kembali  ke  ofis  mereka.




IZZARA   melangkah  keluar  dari  bangunan  Excellent  Investment  Berhad  menuju  ke  kawasan  meletak  kereta   bersama-sama  dengan  Aman  Shah  yang  kebetulan  turut  keluar  ke  arah  kereta  masing-masing  untuk  balik. Kebetulan  Institutional  Sales  Department  dan  Research  Department  memang  terletak  bersebelahan  kedudukannya, mungkin  menjadi  penyebab  mereka  selalu  terserempak  atau  berselisih. Dan  seperti  dealer  yang  lain, Izzara  kerap  juga  ke  Research  Department  itu  untuk  ke  Bloomberg  Terminal  yang  terdapat  di  jabatan  tersebut  untuk  mencari  atau  mendapatkan  info  yang  berkaitan  pasaran  saham  terkini. Malah, kunjungan  Izzara  ke  jabatan  tersebut  adalah  saat  yang  selalu  Aman  Shah  nantikan. Sekurang-kurangnya  dia  boleh  menatap  wajah  gadis  idamannya  itu  walaupun  dia  tak  mampu  memiliki  hati  si  gadis. Cuci  matalah  tu!





Ketika  sampai  di  kereta  masing-masing,  Aman  Shah  yang  sudah  berada  di  pintu  kereta  Audi  Q5  miliknya, bertanyakan  sesuatu  pada  Izzara  yang  sudah  berdiri  di  tepi  Honda  City  milik  si  gadis   yang  tengah  mengeluarkan  kunci  kereta  dari  handbag  Coach  miliknya.

You  balik  rumah  parents  you  ke, Zara?”  soal  si  lelaki  segak  yang  memakai  vest  hitam  yang  dipadankan  dengan  Armani  Exchange  shirt  berwarna  biru  itu.

Izzara  yang  memandang  sekilas  ke  arah  suara  yang  bertanya  sambil  menguntum  senyum  pada  si  jejaka  itu. Tangannya  sempat  membuka  pintu  dan  menghidupkan  enjin  kereta  dan  selepas  itu  dia  berdiri  semula  di  tepi  pintu  tersebut  sambil  matanya  terarah  semula  ke  arah  Aman  Shah  yang  juga  turut  berdiri  di  tepi  pintu  Audi  Q5  miliknya , menunggu enjin  keretanya  panas.

“ Oh, I  balik  rumah  parents  kejap  lagi. Ada  family  matter  malam  ni. You  pulak, terus  balik  ke?”

Soal  Izzara  pada  Aman  Shah  yang  turut  tersenyum  padanya. Hatinya  kembang  setaman  bila  memikirkan  family  matter  yang  dia  maksudkan  itu. Dan  hatinya  sedikit  nervous  tetapi  excited  jugak  bila  mengenangkan  dia  dan  Qaleef  akan  melangkah  ke  gerbang  perkahwinan  tidak  lama  lagi. Semoga  urusan  merisik  dan  perbincangan  bagi  kedua-dua  pihak  malam  ini  berjalan  dengan  lancar. Sempat  lagi  dia  berdoa  dalam  hati.

I  nak  ke  KL  kejap  lagi, ada  photoshoot  kat  sana  pukul  7:00  malam  nanti. Okeylah  Zara, I’ve  got  to  go  now. Drive  carefully  ya.”

Oh, really? Anyway  Shah, take  care  and  enjoy  with  your  photoshoot  session  ya.”




Aman  Shah  menganggukan  kepala  seraya  dia  masuk  ke  Audi  Q5  miliknya  dan  beberapa  saat  kemudian  kereta  milik  lelaki  itu  meluncur  perlahan  keluar  dari  perkarangan  Excellent  Investment  Berhad  sambil  tangannya  melambai  pada  Izzara. Dan  Izzara  masuk  ke  Honda  City   setelah  dia  membalas  lambaian  rakan  sepejabatnya  itu  yang  dia  sedia  maklum  yang  Aman  Shah  merupakan  model  sambilan  untuk  iklan  tv  dan  majalah. Walaupun  Aman  Shah  menjadi  model  sambilan, tetapi  tugasan  di  pejabat  tetap  berjalan  lancar  dan  tiada  sebarang  aduan  tentang  kerja  atau  tugasan  si  lelaki  yang  sebenarnya  ada  menyimpan  rasa  hati  padanya. Namun  dia  bukan  perempuan  yang  jenis  melayan  lelaki  dan  bukan  jenis  yang  mudah  jatuh  hati  dengan  mana-mana  lelaki  kacak  yang  cuba  memikatnya  walapun  lelaki  yang  cuba  memikatnya  adalah  lelaki  yang  baik  budi  pekertinya  dan  berkerjaya  seperti  Aman  Shah  itu. Dan  cinta  kasihnya  dan  setianya  hanya  pada  Qaleef   seorang.

Ketika  Izzara, ingin  mengundurkan  keretanya  untuk  keluar  dari  kawasan  parking  itu, tiba-tiba  kedengaran  lagu  ‘ My  Baby  You’  di  Blackberry  miliknya. Ewah, dah  tukar  ringtone  nampaknya   Izzara  ni! Pasti  penangan  dari  persembahan  Ghaz  Khuzairi   malam  sambutan  hari  lahir  Rania  Arissa  tempohari!

Matanya  terarah  pada  nombor  telefon  yang  tertera  di  skrin  Blackberry  yang  sudah  di  tapak  tangannya. Lalu  butang  hijau  ditekan  untuk  menjawab  panggilan  tersebut. Malas  dia  nak  memikirkan  nombor  tersebut  milik  siapa  gerangannya. Mungkin  clientnya  yang  membuat  panggilan  tersebut.

Hello.”  sapa  Izzara  lembut.

“ Assalamualaikum, Zara. Auntie  Irma  ni.”

“ Waalaikumussalam. Auntie  Irma?” 


Balas  Izzara , tertanya-tanya  pada  diri  siapa  pulak  Auntie  Irma  ni? Takkan  si  pelakon  dan  model  Irma  Hasmie  tu  kut! Sejak  bila  pulak  dia  ada  Auntie  Irma  bagai  ni? Datang  dah  blur  si  Izzara  nih! Namun  belum  sempat  si  pemanggil  membalas, Izzara  bersuara  lagi.

“ Oh  Auntie  Irma…  maaflah  auntie  sebab  Zara  tak  perasankan  suara  auntie  tadi. Auntie  sihat? Ada  apa  call  Zara  ni, auntie?”


Tanya  Izzara  pada  si  pemanggil  dan  baru  dia  teringat  siapa  Auntie  Irma  yang  menelefonnya  itu. Datin  Irmanina  rupanya, mama  si  Ghaz  Khuzairi. Entah  macamana  dia  terlupa  nak  save  nombor  telefon  milik  Datin  Irmanina  ke  Blackberry  miliknya. Nombor  yang  pernah  Ghaz  Khuzairi  beri  pada  dia  tempohari.

“ Alhamdulillah,  auntie  sihat. Hmm, Zara  masih  kat  ofis  lagi  ke  ni? Auntie  ganggu  Zara  tak  ni?”  soal  Datin  Irmanina  lembut. Risau  pulak  menganggu  masa  Izzara.

“ Oh, tak  menganggu  pun, auntie. Kebetulan  Zara  dah  nak  gerak  balik  dah  ni.”

“ Zara, auntie  call  ni  ada  orang  yang  sibuk  tanya  pasal  Zara. Rindu  sangat  kat  Zara  katanya. Sibuk  nak  bersembang  dengan  Zara.”

“ Siapa  ye, auntie? Rania  ye




Soal  Izzara  lembut  dengan  senyuman  terbit  di  bibirnya. Tersenyum  bila  teringatkan  si  comel  Rania  Arissa. Dia  pun  merindui  ‘anaknya’  itu  walaupun  tak  sampai  sehari  tak  menatap  wajah  si  comel  Rania  Arissa.

“ Ha’ah.. cucu  kesayangan  auntie  nilah, Rania. Balik  dari  tadika  tadi  dok  sibuk  nak  bercakap  dengan  Zara. Tengahari  tadi  auntie  nak  call  Zara, tapi  auntie  risau  ganggu  masa  Zara  bekerja. Rania  ni  dah  bosan  agaknya, Maksu  Zati  dia  dah  balik  ke  kampus  pagi  tadi  dan  Khuzairi  pulak  dah  mula  bertugas  hari  ini, dah  tu  dia  dari  tadi  asik  bertanyakan  tentang  Zara. Rindu  katanya.”

“ Alahai, kesian  dia. Zara  pun  rindu  kat  Rania  tu, auntie. Rindu  dengan  celoteh  dia  tu. Mana  dia  auntie ?  Zara  nak  sembang  dengan  dia  kejap.”

“ Dia  ada  kat  sebelah  auntie  ni, dah  tersenyum-senyum  tu  bila  kita  sebut  nama  dia. Dah  tak  sabar  nampaknya  dia  nak  bercakap  dengan  Zara. Kejap  ya, Zara.”


Setelah  bersembang  dengan  Izzara, Datin  Irmanina  menyerahkan  handponenya  pada  Rania  Arissa.   Izzara  yang  masih  dalam  talian  itu  tersenyum  mendengar  suara  halus  mengucap  terima  kasih  pada  Tok  Ma nya  dan  beberapa  saat  kemudian,  suara  halus  itu  menerjah  jelas  ke  telinganya.

“ Assalamualaikum, mommy.” 


Rania  Arissa  memberi  salam, manja  suaranya  menyapa  di  talian. Sekali  lagi  terbit  senyuman  nipis  di  bibir  mungil   Izzara  bila  mendengar  suara  yang   tampak  teruja  menyapanya.

“ Waalaikumussalam,  sayang. Rindunya  mommy  kat  sayang  mommy  ni.”

“ I  miss  you  too, mommy.”


“Betul  ke  sayang  rindu  jugak  kat  mommy   ni? 

Soal  Izzara, cuba  mengusik  si  manja.

“ Betullah, mommy. Rania  rindu  sangat  kat  mommy. Rania  rasa  nak  kiss  dan  peluk  mommy  jer!” 

Bersungguh-sungguh   si  comel  membalas   dengan  nada  suaranya  yang  manja. Dapat  dia  bayangkan  riak  wajah  yang  bersungguh-sungguh  meyakinkannya  itu. Nak  tergelak  Izzara  membayangkan  riak  wajah  si  comel  ketika  itu.

“ Yeker, sayang? Rindu  sangat  kat  mommy  ye? Bukan  rindu  kat  daddy  atau  kat  Maksu  Zati  ke?”  duga  Izzara  lagi.

“ Rania  pun  rindu  kat  daddy  dan  Maksu  Zati  tapi  Rania  lagi  rindu  kat  mommy.” Omel   Rania  Arissa  dengan  manja.

“ Sebab  apa  sayang  rindu  sangat  kat  mommy?” 


Izzara  cuba  menduga  lagi, entah  kenapa  suka  pulak  dia  mengusik  Rania  Arissa  yang  petah  itu. Agak  lama  dia  menunggu  Rania  Arissa  membalas, seolah-olah  si  comel  tu  tengah  memikirkan  jawapan  apa  yang  sesuai  untuk  membalas  pertanyaan  mommynya. Izzara  tersenyum  lagi  bila  membayangkan  betapa  comelnya  riak  wajah  Rania  Arissa  yang  kononnya  tengah  berfikir  ketika  itu.




Mommy  kan  ibu  Rania. Teacher  Nurul  cakap, ibu  yang  jaga  kita  masa  kita  dalam  perut  dia  dan  ibu  yang  bersusah  payah  melahirkan  kita  kat  dunia  ni. Teacher  Nurul  pesan, kita  kena  sayang  dan  buat  baik  pada  ibu  kita  sebab  syurga  itu  di  bawah  telapak  kaki  ibu. Rania  nak  masuk  syurgalah  mommy,  sebab  Teacher  Nurul  cakap  syurga  tu   tempat  yang  paling  best  dan  tempat  untuk  orang  yang  Allah  sayang. Kalau  kita  nak  Allah  sayang  kita, kenalah  kita  sayang  kat  ibu  dan  ayah  kita. Sebab  tu  Rania  sayang  dan  rindu  kat  mommy.  Terima  kasih  mommy  sebab  lahirkan  Rania  dan  sayang  kat  Rania  macam  daddy  sayang  Rania  jugak. I  love  you, mommy.”


Berjela-jela  Rania  Arissa  membalas. Dan  Izzara  terkedu  dan  hampir  terlepas  Blackberry  dari  pegangannya  bila  mendengar  celoteh  si  comel  yang  petah  itu. Hatinya  bagaikan  direntap  bila  mendengar   kata-kata  Rania  Arissa  yang  menganggap  dialah  ibu  yang  mengandungkan  dan  melahirkan  si  comel  itu.

Izzara  diam  terkaku, lama. Namun  suara  Rania  Arissa  menyentap  lamunannya  ketika  itu.


Mommy! Kenapa  mommy  diam? Mommy  tak  sayang  Rania  ye? Mommy  tak  rindu  Rania  ye?”  bertalu-talu  si  comel  bertanya, pelik  bila  mommynya  tiba-tiba  mendiamkan  diri.

Dan  Izzara  menarik  perlahan  nafasnya, cuba  melegakan  rasa  tak  keruannya. Beberapa  saat  kemudian, dia  kembali  bersuara.

“ Sayang, mommy  terdiam  sebab  mommy  terharu  yang  sayang  mommy  ni  selalu  sayangkan  mommy  macam  mommy  sayangkan  Rania. Dan  kalau  sayang  nak  tahu, mommy  sangat  merindui  sayang, rindu  nak  kiss  dan  peluk  Rania. Walau  apa  pun  yang  berlaku, Rania  tetap  anak  mommy  dan  mommy  akan  selalu  sayangkan  Rania. I ‘ll  love  you  forever  and  I’ll  like  you  for  always, as  long  as  I’m  living, my  dear. My  heart  is  always  for  you, my  beloved  daughter… always  love  you, sayangku  Rania  Arissa.”  lembut  Izzara  membalas  dengan  nada  yang  sedikit  sebak  dan  bergenang  airmata  di  kelopak  mata  bundarnya.

Demi  Tuhan, walaupun  bukan  dia  yang  mengandungkan  dan  melahirkan  Rania  Arissa, kasihnya  pada  si  comel  itu  umpama  Rania  Arissa  itu  anak  kandungnya, darah  dagingnya. Dan  dia  telah  berjanji  pada  dirinya, walau  apa  pun  berlaku, demi  Tuhan,  kasihnya  pada  Rania  Arissa  takkan  pudar  dan  si  comel  itu  tetap  menjadi  ‘anak’  kesayangannya  walaupun  kemungkinan  esok  dia  dikurniakan  anak  dari  darah  dagingnya  sendiri. Rania  Arissa  tetap  anak  kesayangan  mommy  sampai  bila-bila. Percayalah, sayangku!






Mommy, terima  kasih  sebab  sayangkan  Rania. Mommy, Rania   rindu  nak  peluk  mommylah.” manja  Rania  Arissa  bersuara.

Mommy  pun  rindu  nak  peluk  sayang.. nak  kiss  sayang.”  balas  Izzara  lembut, demi  Tuhan  kalaulah  Rania  Arissa  ada  bersamanya  ketika  itu, pasti  si  manja  itu  dipeluknya.

Hmm, mommy…”  


Rania  Arissa  bersuara, namun  ayatnya  terhenti  seketika  seolah-olah  berat  untuk  menyatakan  sesuatu  pada  mommynya. Hairan  Izzara  dibuatnya.

“ Ye, sayang. Manja  mommy  ni  nak  cakap  apa  kat  mommy  sebenarnya?  Nak  cakap  sayang  dan  rindu  kat  mommy   ye?”  soal  Izzara  lembut.

Mommy… Rania  nak  tidur  dengan  mommy  malam  ni, boleh  tak  mommy? Rania  nak  tidur  sambil  peluk  mommy.”


Si  manja  bersuara  lagi, menyatakan  hasrat  hatinya  pada  si  mommy  yang  sudah  tergamam  mendengar  permintaan  si  anak.



>>>>  bersambung


P/S : Thanks  for  reading  Terima  Aku  Seadanya.
Sure tertanya-tanya..bila  lagilah  part  nk  merisik  Izzara  ni..hehe..Sabar  ye, Insha  Allah  next  chapter  okey,dear :)





10 comments:

  1. kesian Rania... harap mreka kahwin cpt sikit supaya rania dpt peluk zara puas2.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rania nak sangat tidur sambil peluk mommy dia.Kesian kan dia.

      Delete
  2. Tk sabar nak tahu the next chapter.. Adalah tercapai hasrat zara nak kahwin dgn qaleef? How are u going to turn this the other way around...
    Anyway.. Happy holiday sis! Enjoy urself... Love..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks kak Rozi darling :)

      Hopefully dpt cuti pjg nih..and dpt tulis utk part honeymoon tu.
      and finally u tahu Zara kawen dgn sape nnt..heheh :)

      Delete
  3. Replies
    1. Hi Hani :)

      Wah, nak Qaleef?wait 4 next entry ya..pasti jumpa Qaleef :)

      Thanks Hani~hugs~

      Delete
  4. ho yeahhhh ! nak lagi ! mane abg Ghaz kite ?

    -fz-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Fatin :)

      Insha Allah..nnt kak Nina post nx entry ye.Nnt kak Nina tag awk kat fb ye.

      Anyway,abg Ghaz kan fly ke jakarta..dah rindu ye..hehe
      thanks,dear :)

      Delete
    2. haha . mesti lahhh rindu . dh mcm bertahun-thun dh x jumpe dgn abg Ghaz . huhuhu :(
      oraitttttt .

      Delete
    3. wahh..gila rindu tu dik!..haha

      Delete